Illustrations can
be a big window:
A looking glass
into the author's
imagination.
Tony DiTerlizzi
Sebuah lagi syair menarik untuk dikaji ialah Syair Bidasari iaitu
bergenre syair romantik yang amat popular dalam masyarakat
Melayu abad ke-18 dan ke-19. Tarikh teksnya dikarang dipercayai
seawall 1750 Masihi oleh pengarang asal berdasarkan hikayat di
Kembayat Negara Champa iaitu menurut rangkap pertama syair
tersebut. Para sejarahwan percaya bahawa Kembayat Negara
ialah Negara Champa. Manuskrip terawal ditemui setakat ini
bertarikh 1814 Masihi. Syair Bidasari ialah karya asli Melayu dan
dikatakan berasal dari Palembang berdasarkan beberapa faktor
linguistik.
Syair Bidasari ini pernah diangkat dijadikan sebuah filem dengan
judul Bidasari yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1965.
Pelakon utamanya adalah Sarimah yang memegang watak utama
sebagai Bidasari. Syair ini berkisar pada Bidasari seorang puteri
raja yang sangat cantik. Dia tidak tahu asal-usulnya, kemudian
diambil sebagai anak angkat oleh sepasang pedang kaya. Ratu
negeri yang cemburu akan kecantikkannya kemudian
bersekongkol membuang Bidasari ke hutan. Di sana dia
dipertemukan dengan putera raja yang kemudian mengahwininya.