KONSEP MASYARAKAT OLEH: AMMAR MIRZA MELAYU
Konsep Masyarakat Melayu
Mari Belajar!
Ralph Linton (1936), masyarakat ialah kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu. Apa itu masyarakat? Secara umumnya, masyarakat bermaksud orang yang membentuk sebuah sistem interaksi sosial. Sebahagian besar interaksi yang berlaku dalam lingkungan sistem sosial itu adalah lahir daripada individu-individu yang berada dalam kelompok tersebut. Umumnya, istilah masyarakat pada asasnya merujuk kepada sekumpulan manusia yang hidup bersama di suatu tempat tertentu dalam satu komuniti yang teratur.
Masyarakat itu hidup dalam satu kelompok dan tinggal tetap dalam kumpulannya. Contohnya, komuniti yang saling bergantung dan memerlukan antara satu sama lain, anggota masyarakat mempunyai peranan tertentu, mempunyai kebudayaan, dan kebudayaan tersebut boleh terus berkembang, mempunyai stratifikasi, iaitu kelas dan status dan berinteraksi melalui bahasa Apa itu ciri-ciri masyarakat?
Akal Budi Masyarakat Melayu manusia yang hidup saling berhubungan dan bergantungan berasaskan satu budaya tertentu dan mempunyai matlamat yang sama. Mereka ini terdiri daripada manusia yang hidup bersama dan berorganisasi atas dasar saling berhubungan dari pelbagai aspek gaya hidup. -Syed Ismail bin Syed Mustafa (2012)-
Pemikiran Proses menggunakan minda) untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dilalui. Alam pemikiran sosial Melayu ini merangkumi akal-fikiran, akalbudi, alam, ilmu yang diperlihatkan dalam siratan Alam-ManusiaTuhan. Manusia menggunakan akal dan hati untuk mendekati dan berinteraski dengan Tuhan dan juga memerlukan hubungan spiritual, emosi, dan jiwa.
Apa pula dari aspek pertuturan? Pertuturan Awang Sariyan (2007), memberi (dolar takrifan kesantunan sebagai penggunaan bahasa yang baik sopan, beradab, memancarkan peibadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Contohnya, ialah masyarakat Melayu akan menggunakan kata ganti nama diri yang lebih lembut laitu merendah diri. Rakyat akan menggunakan kata ganti nama diri pertama iaitu patik atau hamba manakala Raja akan menggunakan kata ganti nama diri ketiga laitu tuanku dalam pertuturan laras bahasa istana.
Pelakuan Masyarakat Melayu dapat dikategorikan masyarakat yang kaya dengan tingkah laku yang berhemah dan baik. Misalnya, masyarakat Melayu akan melayan tetamu terlebih dahulu Hikayat sastera klasik mana terdapat beberapa pergaduhan yang mengaibkan atau menghukum seseorang. Contohnya kerana Hang Jebat ingin membalas dendam ke atas Sultan Melaka, akibat Hang Tuah telah dimalukan dan dijatuhi hukuman bunuh kerana difitnah bermukah dengan perempuan istana. Justeru masyarakat perlu menjaga perlakuan agar tidak menyinggung perasaan seseorang.
Gaya hidup bermaksud cara tertentu seseorang individu atau kumpulan menjalani kehidupan mengikut kemampuan sama ada mewah, sederhana atau sebagainya. Gaya hidup pula?
Adat Istiadat Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur temparan dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam dan Barat ke alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Contonya adat kunjung-mengunjungi jian tetangga.
Kesenian Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur temparan dan unsur luar seiring dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam dan Barat ke alam Melayu. Dalam pemerintahan Malaysia, unsurunsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibenarkan. Contonya adat kunjung-mengunjungi jian tetangga.
Penerapan sistem bilateral aitu sistem kekeluargan berdasarkan hak yang sama daripada keluarga ayah ataupun ibu. Penerapan sistem kekeluargaan nasab ibu matrlineal yang digunakan oleh orang Minangkabau di Malaysia. Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu dipengaruhi oleh sistem Islam Kekeluargaan
Apa pula dari aspek nilai ? Tamadun Melayu juga berteraskan pada nilainilai agama Islam Masyarakat Melayu taat setia kepada Sultan atau Raja sejak turun-temurun yang diikuti dan diajar oleh orang Melayu sehingga ke hari ini. Masyarakat Melayu berpegang teguh pada adat tradisi dalam amalan hidup seharian. Orang Melayu tidak memandang rendah kepada orang lain. Masyarakat Melayu yang penyabar dan penyayang, bersopan santun dan berbudi pekeri adalah sebahagian daripada nilai-nilai tamadun Melayu yang berkaitan dengan beradab. Masyarakat Melayu menganggap bahawa orang yang beradab sebagai halus budi pekertinya, manakala yang tidak beradab dianggap kasar.
SEMOGA BERMANFAAT!