Daulat Tuanku
DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN PERAK DARUL RIDZUAN SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH AL-MAGHFUR-LAH D.K., D.K.S.A., D.K.A., D.M.N., D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), D.K.N.S., D.K. (Perlis), D.K. (Kedah), D.K. 1 (Johor), D.K. (Pahang), PhD (Harvard).
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sekali lagi dapat menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi tahun 2023. Pastinya tarikh keramat ini sentiasa dinanti-nantikan oleh semua warga MCKK untuk meraikan dan memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada murid-murid yang telah berjaya dengan cemerlang dalam bidang akademik bagi tahun ini. Majlis Anugerah Kecemerlangan ini ialah platform yang amat tepat untuk menghargai dan mengiktiraf kecemerlangan murid-murid. Hari ini juga merupakan hari yang penuh bersejarah buat semua warga sekolah terutamanya kepada anak-anak yang menerima anugerah berprestij ini. Saya percaya sokongan dan pengiktirafan yang diberikan ini akan meningkatkan lagi semangat dan motivasi murid-murid untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan pada masa akan datang. Sesungguhnya, hasrat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan generasi masa hadapan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, keluhuran adab sopan, kemantapan integriti, dan sahsiah diri yang unggul. Sehubungan dengan itu, semua warga sekolah perlu benar-benar memahami dan menghayati konsep Karamah Insaniah, iaitu konsep manusiawi yang memerlukan setiap anak yang dilahirkan itu bukan sahaja intelektual malahan mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu sama lain sesuai dengan konsep Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC). Maka dengan itu, baharulah dapat direalisasikan Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera. Oleh itu, guru, ibu bapa malah seluruh warga sekolah memainkan peranan penting untuk membangkitkan roh, jiwa dan menyuntik semangat generasi muda ke arah kecemerlangan. Akhir kata, saya juga menyeru kepada semua pihak yang berkepentingan agar terus memberikan sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah sama ada dari segi pandangan, kemahiran mahupun kewangan untuk melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak kita ke arah yang jauh lebih baik. Marilah kita bersama-sama bergerak sederap dan senada, sebagai pemangkin yang membentuk generasi MADANI berdasarkan acuan kita sendiri. Akhir kata, saya mendoakan kesejahteraan buat seluruh warga MCKK untuk terus berusaha dalam mencapai kecemerlangan. DATUK HAJI PKHARUDDIN BIN HAJI GHAZALI Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Kata Alu–aluan KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA 1
Kata Alu–aluan PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada seluruh warga The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) atas kejayaan menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) 2023. Penganjuran majlis seumpama ini pasti memberikan impak yang begitu bermakna dan pengertian yang besar kepada ibu bapa dan murid khususnya bagi menghargai dan meraikan kejayaan yang dicipta sepanjang tahun 2022-2023. Umum mengetahui bahawa MCKK adalah antara institusi pendidikan terulung yang menjadi perintis dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber. Dalam melahirkan anak watan pewaris bangsa yang berkualiti, warga pendidik MCKK perlu berpegang teguh dengan 7 Teras Utama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini selari dengan aspirasi KPM yang menitikberatkan Karamah Insaniah dalam pembangunan dan pembentukan murid beradab, berakhlak dan berintegriti yang amat bertepatan dengan konsep Anak yang Baik lagi Cerdik yang tidak hanya mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi juga merangkumi sahsiah dan budi pekerti yang mulia. Oleh hal yang sedemikian, ciri-ciri kepimpinan sebeginilah yang perlu dititikberatkan kepada anak-anak murid yang menjadi harapan untuk menerajui tampuk kepimpinan negara pada hari mendatang. Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh warga MCKK yang telah berjaya mencipta kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa kesungguhan dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya sama ada daripada pihak guru, staf mahupun pentadbir sendiri. Kerjasama bagai aur dengan tebing ini seharusnya menjadi pemangkin kepada sekolah ini untuk terus mencipta kejayaan demi kejayaan pada masa yang akan datang. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang telah memberikan sepenuh komitmen dan kerjasama untuk bersama-sama berganding bahu demi kejayaan anak masing-masing. Akhir kata, sekali lagi saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua warga MCKK dan pemegang taruh yang telah mencurahkan bakti dan berkorban demi kemajuan dan pembangunan pendidikan negara. Semoga MCKK terus unggul, cemerlang dan gemilang sebagai sekolah kebanggaan negara. AB AZIZ BIN MAMAT K.M.W Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh 2
Kata Alu–aluan PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulilah, bersyukur kita kepada Allah kerana dengan kasih sayang-Nya kita dapat bersama-sama untuk meraikan para murid cemerlang dalam majlis tahunan ini. Penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan ini sememangnya memberikan makna yang besar buat kita semua. Tahniah dan syabas saya ucapkan buat seluruh warga The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) atas kejayaan penganjuran Majlis Anugerah Kecemerlangan yang gilang-gemilang bagi tahun ini. Tidak lupa untuk saya ucapkan, sekalung apresiasi buat guru-guru serta ibu bapa yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu anak didik di sini demi mencapai kejayaan yang cemerlang. Kerjasama yang erat antara ibu bapa dan guru telah diterjemahkan dalam pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022. Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai melalui usaha secara individu sahaja melainkan penglibatan semua pihak. Kata sepakat yang dicapai umpama ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni ini telah melengkapkan ramuan kejayaan bagi sekolah yang sinonim dengan lahirnya murid yang berjaya dalam pelbagai bidang. MCKK telah membuktikan bahawa pelbagai program kecemerlangan yang tersusun cermat, teliti dan berhati-hati dapat membantu pihak sekolah untuk menghasilkan kejayaan yang jitu. Program-program ini banyak membantu murid-murid di MCKK untuk meneruskan legasi kejayaan alumni yang terdahulu. Selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melestarikan pendidikan setaraf dengan pendidikan global. Akhir sekali, saya menyeru kepada warga pendidik di MCKK untuk menggembleng tenaga bagi merealisasikan visi dan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN Perak) iaitu menghasilkan pendidikan yang berkualiti, sekolah unggul dan murid yang holistik. Semoga kita diberikan kekuatan hati dan iman untuk sama-sama mencapai impian tersebut. Sekian, terima kasih. MOHAMAD FAUZI BIN MAHSON AMP Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak 3
Kata Alu–aluan YANG DIPERTUA PIBG THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buku program bersempena Majlis Anugerah Kecemerlangan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) bagi tahun 2023. Majlis ini diadakan pada setiap tahun sebagai manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Dasawarsa ini, generasi Madani berkait rapat dengan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang maju bertunjangkan ilmu dan kemahiran mutakhir yang mampu membangunkan ketamadunan manusia dari segi pelbagai sudut. Namun begitu, kemajuan duniawi ini perlu disulami dengan ilmu agama dan nilai moral yang holistik. Perkara ini amat penting untuk mengelakkan generasi muda yang hanya cemerlang dari segi akademik namun menyalahgunakan kebijaksanaan mereka untuk melakukan perkara tidak bermoral. Oleh itu, jalinan antara pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) merupakan benteng utama untuk merealisasikan impian ini. Pada kesempatan ini, pihak PIBG akan selalu membantu memberikan bantuan dalam bentuk buah fikiran, dorongan kepada anak-anak dan sumber kewangan kepada sekolah untuk meneruskan kesinambungan dan kecemerlangan dalam apa-apa juga aktiviti sekolah ke arah memacu transformasi pendidikan. Dengan adanya kesinambungan antara pihak PIBG dengan sekolah ini diharapkan dapat membantu menjayakan usaha melahirkan anak-anak cemerlang dan memiliki sahsiah terpuji. Akhir kata, saya dan pihak ibu bapa mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada warga pendidik MCKK yang telah bekerja keras mencurahkan ilmu dengan penuh rasa tanggungjawab. Semoga pengorbanan tersebut menjadi amal jariah yang berpanjangan dan terus ceria mendidik anak bangsa kita. Sekian, terima kasih. AHMAD FAISAL BIN FAUZI Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru The Malay College Kuala Kangsar 4
Kata Alu–aluan PENGETUA THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR Assalamualaikum Warahmatulahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menitipkan sepatah dua kata dalam buku program Majlis Anugerah Kecemerlangan The Malay College Kuala Kangsar (MCKK) bagi tahun 2023 ini. Sesungguhnya, Majlis Anugerah Kecemerlangan merupakan majlis yang begitu bernilai untuk memberikan pengiktirafan kepada murid yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran dapat diperkukuh dan diamalkan melalui aktiviti kokurikulum. Dengan ini, saya ucapkan tahniah kepada murid yang berjaya meraih kejayaan secara holistik dalam bidang-bidang tersebut. Umum mengetahui bahawa konsep Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC) sejajar dengan aspirasi tujuh teras utama yang menjadi fokus Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu menekankan aspek Karamah Insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid. Pada realitinya, kita tidak dapat sangkalkan lagi apabila seseorang anak atau murid dilengkapi dengan akidah dan ibadah maka intelek mereka akan mudah dilentur. Lantaran itu, ilmu yang dicurahkan oleh guru akan mudah difahami oleh murid. Seterusnya, pembentukan peribadi dan potensi diri yang tinggi mampu dilahirkan melalui institusi pendidikan negara ini. Dengan ini, aspirasi ABC menjadi seruan penting kepada para pendidik agar sentiasa menampilkan ciri-ciri manusiawi sebagai seorang guru yang benar-benar menjiwai amanah untuk mentarbiah anak bangsa. Berkat usaha yang berterusan daripada guru dalam membimbing, membentuk pemikiran dan sikap murid akan melahirkan anak yang baik seterusnya menjadi murid yang cerdik. Impaknya, kecemerlangan MCKK telah dijulang dengan keputusan yang cemerlang untuk kita merealisasikan dari sudut pembentukan insaniah. Akhir kalam, sekalung penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu dalam usaha untuk melahirkan murid yang cemerlang dalam pelbagai aspek. Tidak dilupakan juga kepada semua warga sekolah serta ibu bapa yang sering membantu dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan MCKK. Saya juga berharap agar murid-murid yang kita raikan pada hari ini akan menjadi seorang yang berjaya pada masa hadapan untuk memenuhi impian maknawi Malaysia tercinta. Sekian, terima kasih. MOHD SHAHADAN BIN ABD RAHMAN Pengetua Cemerlang The Malay College Kuala Kangsar 5
JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN 2023 JAWATANKUASA INDUK PENGERUSI : Pengetua TIMBALAN PENGERUSI : Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : Penolong Kanan KoKurikulum SETIAUSAHA : Cik Norsafaliza bt. Ibrahim BENDAHARI : Pn. Majidah bt. Ismail PROTOKOL DAN SAMBUTAN Penyelia : En Shah Riman bin Zahari Protokol 1. En Shah Riman bin Zahari (K) 2. En. Fidzamil bin Basaruddin 3. En. Mohd. Khairul bin Abdul Hak 4. Cik Norsafaliza binti Ibrahim 5. Cik Zahrihan Azura binti Azahan Sambutan Tetamu/VVIP dan Pengedaran Buku Program 1. Pn. Azlinda bt Muda (K) 2. Pn. Nor Azizah bt Abdul Aziz 3. Pengawas dan KPKM PERSIAPAN TEMPAT DAN KEBERSIHAN Penyelia : En. Khainuri bin Hanafiah Persiapan Pentas Auditorium, Backdrop & Banner 1. Pn. Aisah binti Baharin (K) 2. Pn. Aina Syakirah binti Mohammed Persiapan Dewan, Persiapan Foyer, Permaidani, Tempat Duduk, Kebersihan dan Keceriaan 1. En. Mohd Fahmi bin Asmawi (K) 2. En. Ahmad Kamil bin Hamza 3. En. Mohammad Naqib bin Mohd Adnan 4. En. Erwan bin Mohamed Zaid Persiapan Bilik Persalinan BOG 1. Pn. Siti Nurul Nabilah binti Jamil (K) 2. En. Mohd Khairul bin Abdul Hak 3. En. Muhamad Arif Akhbar bin Abd Razak Persiapan Bilik Diraja 1. Cik Siti Mariyam binti Hassan (K) 2. Cik Nurul Nabisah binti Hj Mohamad 3. Pn. Kathy Ann Michael Das Bilik Air Diraja & Tetamu di Auditorium 1. En. Abu Mohd Hanifah bin Abdul Rahman 2. Pn. Mariam bt. Mohamed JAWATANKUASA KECIL 6
BUKU PROGRAM DAN JEMPUTAN Penyelia: En. Fidzamil bin Basaruddin Konsep, Grafik, Percetakan dan Kandungan 1. Pn. Fairuz binti Yahaya (K) 2. En. Mohammad Syamil bin Shahul Hameed 3. En. Fauzul Amin bin Asad 4. Cik A.P.Rajananthini a/p Pushpanathan Teks Kata Alu-aluan Teks KPPM 1. Pn. Hamizan binti Mohamed Ali Teks Pengarah BPSBP & Pengarah JPN Perak 1. Pn. Wahidah binti Sulaiman Teks YDP PIBG & Pengetua 1. Pn. Nurul Nazira bt. Ismail Biodata Penerima Anugerah Khas Anugerah Carey & Hasanal Bolkiah 1. Cik Noor Meme Yanti binti Mohd Shamsuddin Anugerah Pengetua & MCOBA 1. Cik Haleeda binti Osman Anugerah Kepimpinan & PIBG 1. Cik Nur Raei Ashikin binti Md Shahrir Rizal Anugerah Yayasan MCKK 1. En. Rosman Fitri bin Hamzah Penyediaan dan Pengedaran Kad Jemputan VIP, BOG dan Ketua Jabatan 1. Pn. Nurul Khaireyah Hakimah binti Katnin (K) 2. Pn. Farah binti Ikram 3. Pn. Noriahwana binti Ramli 4. Pn. Norfarah Hanim binti Azmi Penerima Hadiah dan Ibu Bapa 1. Cik Norazlina binti Mat Saad (K) 2. Pn. Helda Hanim binti Abdul Jabir 3. Pn. Kartini binti Mohamed Faizal Anthony 4. Pn. Rohayu binti Yussof Penerima Hadiah IBDP 1. Pn. Rosnani bt. Ghazali ANUGERAH DAN HADIAH KECEMERLANGAN Penyelia: Pn. Nor Azizah binti Abdul Aziz Pemilihan Anugerah Khas dan Akademik 1. Pn. Hidayati bt. Husain (Peperiksaan) 2. Barisan Pentadbir Anugerah, Medal, dan Hadiah 1. Pn. Norsyazila bt. Abdul Rahman (K) 2. Cik Fatimah binti Bidin Sijil 1. Pn. Nur Zulhanini binti Zaulkuranai @ Zulkarnain (K) 2. Pn. Yanti binti Mat Amin 3. Cik Salwa binti Ismail 4. Cik Aini Maznimah Binti Megat Jamaluddin 5. Pn. Nurulhuda bt. Abdullah (IBDP) 6. Cik Noora Murni binti Mohamad Noor Cenderamata Khas Tetamu 1. Pn. Nor Azizah binti Abdul Aziz (K) 2. Pn. Azlinda binti Muda Jubah Penerima Hadiah (IBDP) 1. Cik Nurul 'Adilah binti Abdul Halim (K) 2. Pn. Rohana bt. Mohd Tahir Pengurus Penerima Hadiah dan Anugerah 1. Pn. Les Suzina binti Jamil (K) 2. Pn. Fatin Awanis binti Ahmad Tajuddin Sobri 3. Pn. Mastura binti Mohamad 4. En. Rosman Fitri bin Hamzah 5. En. Ahmad Fazmi bin Zainuddin 7
JAMUAN PETUGAS & IBU BAPA Penyelia: Pn. Azlinda bt Muda Jamuan 1. En. Zulkeply bin Hassan (K) 2. Cik Faridah binti Abdullah (Bilik diRaja/VIP) 3. Pn. Aznisham binti Abdul Ghafar (BoG/VIP) 4. Pn. Rosneyna binti Zainal Abidin (VIP) 5. Pn. Nur Afiqah binti Abdul Rashid (VIP) 6. En. Ahmad Tarmizi bin Md Isa (Petugas) 7. En. Muhamad Arif Akhbar bin Abd Razak (Petugas- Sesi 2 di Bilik BoG) 8. En. Mohamed Hasnan Bin Pauzi (Ibu Bapa) 9. En. Ahmad Naim bin Pahim (Ibu Bapa) 10. Pn. Nor Azira bt. Abdul Rahman (Ibu Bapa) 11. Pn. Wahidah binti Sulaiman (Ibu Bapa) 12. Cik Mazita binti Mazlan (Ibu Bapa) 13. Pn. Khairul Bariah binti Mat Bakiri (Ibu Bapa) Persiapan Auditorium/Tempat Jamuan 1. En. Nik Mohd Azrin bin Nik Pa (K) 2. En. Ahmad Naim bin Pahim JAWATANKUASA TUGAS-TUGAS KHAS Penyelia: Pn Rabiatul Adwiah binti Pathil Teks Ucapan Pengetua 1. En. Rosman bin Ngah 2. Pn. Hamizan binti Mohamed Ali Buku Pelawat dan Meja Tandatangan 1. Pn. Zuraida binti Kadir Kawalan Trafik 1. En. Fauzul Amin bin Asad 2. Pasukan Pengakap Rakaman dan Multimedia 1. En. Mohd Razif bin Abdul Razak (K) 2. En. Ahmad Qassim bin Mohamad 3. Briged Bestari Persembahan 1. En. Mohd Hazwan bin Abdul Rahim (K) 2. En. Rosman bin Ngah Khidmat Bantu dan Disiplin Murid 1. En. Mohamad Hazim bin Afifi (K) 2. En. Ahmad Qassim bin Mohamad Juruacara 1. Pn. Rabiatul Adwiah binti Pathil 2. En. Mohd Ghazalie bin Mally Pembaca Doa & Bacaan Al-Quran 1. En. Mohd.Salehuddin bin Zabidi Seranta dan Publisiti 1. Pn. Nor Azira bt. Abdul Rahman Siaraya dan Lintas Langsung 1. Cik A.P. Rajananthini a/p Pushpanathan (K) 2. En. Muhd Shahlan Faizal bin Ahmad 3. En. Mohamed Redzuan bin Borhan Tempahan Jurugambar 1. Pn. S. Sivagami Saminathan 8
8.45 pagi : Dif-dif mengambil tempat di Auditorium Tun Abdul Razak 8.50 pagi : Ketibaan ahli-ahli Lembaga Pengelola MCKK 9.20 pagi : Ketibaan dif-dif kehormat 9.25 pagi : Ketibaan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan 9.30 pagi : Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan : Sesi bergambar di ruang legar Auditorium Tun Abdul Razak : Keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan ke Auditorium Tun Abdul Razak : Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu The Malay College dimainkan dan dinyanyikan : Bacaan Al-Quran dan bacaan doa : Sembah ucapan Pengetua MCKK : Penyampaian anugerah dan hadiah sesi I : Persembahan orkestra dan nyanyian lagu asli : Penyampaian anugerah dan hadiah sesi II : Lagu Kebesaran Negeri Perak dimainkan dan dinyanyikan 12.00 t/hari : DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berangkat meninggalkan majlis : YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan meninggalkan majlis : Majlis bersurai Susunan Acara Majlis Anugerah Kecemerlangan 2023 9
Muhammad Sufi Irfan telah membuktikan bakat kepimpinan beliau apabila dilantik sebagai Bendahari Agung Lembaga Pengawas MCKK bagi sesi 2023 dan Ketua Penyelaras Pengawas Tingkatan 3. Antara tanggungjawab lain yang diamanahkan kepada beliau ialah Timbalan Presiden 1 Badan Nahdhah Islamiah MCKK (BANI) 2023. Beliau juga telah diberikan kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi Persatuan Bahas Bahasa Melayu dan telah bergiat aktif dalam arena perbahasan Bahasa Melayu sama ada pada peringkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan. Selain itu, beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Kelab Bahasa Melayu dan merupakan Ahli Jawatankuasa Kerohanian Class of ‘23 bagi tahun 2021 dan 2022. Pada tahun 2022, beliau telah dianugerahkan Anugerah Gangsa dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Beliau juga cemerlang dalam bidang akademik sewaktu berada di menengah rendah apabila mendapat Tempat Ketiga dalam Bijak Minda 1 dan 2, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun 2019 – 2020. Sufi Irfan juga mengukir namanya dalam bidang kokurikulum. Ahli rumah Sulaiman ini telah berjaya menduduki tempat pertama dalam Pertandingan Ikon Dakwah Kebangsaan, Kem Nadwah Islamiah SBP 2022 dan beliau juga tergolong dalam 10 orang peserta terbaik Kem Kepimpinan Al-Fateh 2022. Selain itu, bakat dan kebolehannya dalam pengucapan awam juga tidak dapat dinafikan. Antara kejayaan beliau dalam pertandingan bahas yang telah disertainya ialah Naib Johan Pertandingan Bahas Asrama Yayasan Selangor 2021, Naib Johan Pertandingan Bahas Piala Menteri Besar Perak 2022 dan beliau bersama-sama pasukannya telah berjaya mara ke pusingan Separuh Akhir Pertandingan Debat UIA 2022. Beliau juga aktif menyertai pertandingan-pertandingan bahasa yang telah dianjurkan pada peringkat kebangsaan. Antara kejayaan yang telah dikecapi oleh beliau ialah Johan Pertandingan Syair PADNI 2021 dan melibatkan diri dalam Pertandingan E-Deklamasikan Sajak PADNI 2022 serta pertandingan The Queen's Commonwealth Essay Competition 2023. Anugerah Carey MUHAMMAD SUFI IRFAN BIN ISMAIL 10
Hifzhan Thaqif bin Radzali, telah menonjolkan bakat kepimpinan yang tinggi yang membolehkan beliau dilantik sebagai Ketua Biro Kokurikulum dan Keberhasilan, Lembaga Pengawas MCKK. Murid dari rumah Mohd Shah ini juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Robotik MCKK dan Pengawas Pavilion pada tahun 2022. Dalam bidang akademik, beliau telah mendapat Anugerah Gangsa dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2022. Beliau telah melibatkan diri secara aktif dalam program sekolah apabila terpilih sebagai salah seorang daripada 23 orang peserta Program Kennedy-Lugar Youth Exchange and Study ke Amerika Syarikat. Minat beliau dalam bidang inovasi telah membawa beliau untuk terlibat dalam banyak pertandingan sama ada pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Antara pertandingan yang pernah disertainya ialah Malaysia International Young Inventors Olympiad (MIYIO) pada tahun 2019 hingga 2022. Beliau berjaya memperoleh pelbagai anugerah seperti Anugerah Emas, Perak dan Gangsa serta Anugerah Persembahan Terbaik dalam pertandingan tersebut. Selain itu, beliau juga merupakan johan bagi pertandingan MAD Youth Summit 2020 dan mendapat Anugerah Perak dalam EURO INVENT dan Malaysia Technology Expo pada tahun 2021. Hifzhan Thaqif juga telah melibatkan diri dalam International Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium (iPERLIS 2021) dan memperoleh Anugerah Emas. Penglibatan beliau dalam Youth Scientist Challenge pada tahun 2021 pula telah melayakkan beliau untuk memenangi Anugerah YSC Youth, Anugerah YSC Genius Creative dan Anugerah Video dan Persembahan Terbaik. Akhir sekali, beliau turut melibatkan diri dalam International Invention & Innovation Expo dan mendapat Anugerah Perak. Seterusnya, beliau juga merupakan wakil Kumpulan Malaysia dalam 10th e-Learning International (e-ICON) World Contest anjuran Kementerian Pendidikan Republik Korea. Selain aktif dalam bidang inovasi, murid yang berdaya saing ini juga merupakan pemain bola keranjang dan telah memenangi tempat ketiga dalam BPSBP Bola Keranjang Peringkat Kebangsaan 2022. Anugerah Hasanal Bolkiah HIFZHAN THAQIF BIN RADZALI 11
Khairul Iman bin Azni merupakan salah seorang murid 5 Sains 3 dan ahli rumah Sulaiman. Seorang murid yang telah menunjukkan ciri-ciri kepimpinan sejak mula melangkah ke bumi The Malay College Kuala Kangsar. Pada tahun 2019, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Dorm E di blok asrama Prep School dan Penolong Ketua Blok. Beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Tingkatan Satu bagi unit uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Persatuan Sejarah The Malay College Kuala Kangsar. Pada tahun 2020, beliau menggalas jawatan sebagai Ketua Dorm 2 dan Penolong Ketua Blok di blok asrama Pavilion. Beliau menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Sejarah semasa berada di tingkatan dua dan tingkatan tiga. Beliau telah dilantik sebagai seorang pengawas pada tahun 2022 dan bertugas di blok asrama Prep School serta memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Tugas-tugas Khas bagi Persatuan Sejarah. Tahun 2023 merupakan tahun beliau dilantik sebagai Ketua Pengawas, Lembaga Pengawas The Malay College Kuala Kangsar. Di samping itu, beliau turut memegang jawatan sebagai Setiausaha Class of ‘23 dan Setiausaha Persatuan Sejarah. Pencapaian akademik Khairul Iman bin Azni amat membanggakan apabila beliau menerima Anugerah Gangsa dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 dan Peperiksaan Akhir Tahun 2022. Dalam pencapaian kokurikulum pula, beliau telah menyertai program Malaysia Future Leaders School (MFLS) Kohort 7 2022, Marikh 2035 Design Concept Competition dan The Queen's Commonwealth Essay Competition 2023. Beliau juga telah mendapat tempat ketiga dalam Program Celik Istilah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2021. Anugerah Kepimpinan KHAIRUL IMAN BIN AZNI 12
Bergiat aktif dalam dunia pengucapan awam, Luqman Haziq bin Mohd Aqi telah mengasah minatnya dalam sayembara deklamasi serta penulisan puisi sejak awal tingkatan 1 dan merangkul pelbagai kemenangan. Usaha gigihnya membuahkan hasil dengan pencapaian tempat ke-3 Negeri Perak Pertandingan Mendeklamasi Sajak (PADNI), Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaan serta Tempat ke-2 Pertandingan Mencipta Sajak peringkat Daerah Kuala Kangsar. Beliau juga memegang jawatan sebagai Kapten Pasukan “All Blacks”. Selain daripada minat yang mendalam dalam penulisan kreatif, beliau juga amat aktif dalam olahraga. Beliau merupakan pemenang bagi acara jarak jauh iaitu, tempat ke-11 Merentas Desa Daerah dan ke-2 Keseluruhan Merentas Desa Daerah (pasukan). Selain daripada itu, beliau juga mendapat tempat ke-3 Daerah Kuala Kangsar bagi acara 1500 meter dan 800 meter bawah kategori lelaki 17 tahun. Rentetan daripada sikap serta sifat yang sentiasa berusaha sehingga berjaya itu, beliau juga mempunyai daya kepimpinan yang tinggi sehingga melayakkan beliau menjawat beberapa jawatan penting di sekolah seperti Timbalan Ketua Pengawas dan Ketua Batch Class of ‘23. Melalui aspek akademik, beliau sentiasa berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Seringkali mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan yang diduduki, menunjukkan beliau amat menitikberatkan akademik sebagai asas utama untuk kejayaan pada masa hadapan. Anugerah Yayasan MCKK LUQMAN HAZIQ BIN MOHD. AQI 13
Keterampilan Ahmad Haziq bin Rafely mula menyerlah apabila memegang jawatan sebagai Bendahari blok Prep School pada tahun 2019. Pada tahun 2020 pula, beliau turut menyandang jawatan Bendahari blok Pavilion. Sifat kepimpinan dalam diri beliau kian terserlah apabila dilantik sebagai pengawas sekolah pada tahun 2022. Pada tahun yang sama, beliau turut menyandang beberapa jawatan lain iaitu Naib Presiden Kesatuan Pelajar Kolej Melayu (KPKM), Naib Presiden Kelab Sejarah dan Naib Pengerusi Unit Beruniform PBSM. Selain itu, kemahiran yang dimiliki oleh beliau dalam bidang teknologi maklumat telah meletakkan beliau sebagai Ketua Media Malay College Rugby Union (MCRU) 10s dan Ketua Bahagian Design Cyber Brigade pada tahun 2022. Seterusnya, pada tahun 2023, ketegasan yang diperlihatkan oleh beliau telah melayakkannya untuk menyandang jawatan sebagai Naib Ketua Pengawas dan Presiden KPKM. Pada masa yang sama, beliau turut menyandang jawatan Timbalan Presiden Class of 2023. Tambahan pula, beliau juga merupakan seorang Cheerleader pada tahun tersebut. Dalam konteks pencapaian bidang akademik, beliau telah menerima anugerah Gangsa bagi keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2022. Dalam pencapaian kokurikulum, beliau mula melakarkan kejayaan pada tahun 2019 dengan memenangi Naib Johan dalam pertandingan Plate SDAR 10s pada peringkat kebangsaan serta Naib Johan Bowl KE 10s. Pada tahun 2021, beliau juga telah menyertai program Leadership. Seterusnya, beliau juga turut melibatkan diri dalam Malaysia Future Leaders School pada peringkat kebangsaan tahun 2022 serta terlibat secara langsung dalam Program ‘Asramaku Sejahtera’ dengan menggunakan modul ‘Prodigy’ bagi tahun 2022 dan 2023. Akhir sekali, diharapkan anak jati kelahiran Perak ini memperoleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kelak. Semoga beliau terus berusaha dan bersedia demi menempuh alam dunia sebenar apabila menamatkan zaman persekolahan. Anugerah MCOBA AHMAD HAZIQ BIN RAFELY 14
Raja Shahrin Aydin bin Raja Sallehuddin telah menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Setia Alam sebelum melanjutkan pelajaran peringkat menengah di The Malay College Kuala Kangsar. Pada tahun 2022, beliau telah menerima anugerah Perak dalam Peperiksaan Akhir Tahun dan telah membuktikan bahawa beliau berpotensi dalam bidang akademik. Seterusnya, anak jati kelahiran negeri Perak ini sangat petah dalam penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturannya. Hal ini sekali gus memberi peluang untuk beliau bergiat aktif dalam pasukan bahas Bahasa Inggeris sekolah. Pelbagai pencapaian telah dilakarkan oleh beliau seperti mendapat tempat pertama bagi 10 pembahas terbaik dalam pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri kali ke-48 peringkat kebangsaan pada bulan Julai 2023 yang lalu. Dalam kategori bahas juga, beliau turut menyertai pertandingan pada peringkat antarabangsa seperti World Scholars Cup Bangkok dan menerima anugerah Emas pada tahun 2022. Kecemerlangan beliau diteruskan lagi dengan pencapaian johan dalam pertandingan Asian Public Speaking Championship pada tahun 2022. Selain itu, beliau turut berkemahiran dalam penulisan Bahasa Inggeris. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian beliau yang telah menerima pingat Perak dalam pertandingan Queen’s Commonwealth Essay. Dalam konteks kepimpinan pula, murid dari rumah sukan Sulaiman ini telah dilantik sebagai seorang pengawas sekolah pada tahun 2023. Pada masa yang sama, beliau juga turut menyandang jawatan sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Kehebatan dan kegemilangan ditampilkannya bersama-sama pasukan bahas Bahasa Inggeris telah melayakkan dirinya untuk memegang jawatan sebagai President of Malay College Debate Union. Selain jawatan tersebut, beliau juga turut menyandang jawatan setiausaha Kelab Robotik. Akhir sekali, semoga saudara Raja Shahrin Aydin terus melakarkan kecemerlangan demi kecemerlangan tidak kira dalam apa-apa jua bidang yang diceburinya. Anugerah Pengetua RAJA SHAHRIN AYDIN BIN RAJA SALLEHUDDIN 15
Carshief Darius Ambar bin Saiful Ambar merupakan salah seorang murid 3 Cemerlang dan ahli rumah Idris. Beliau merupakan Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2023, Ahli Badan Nahdhah Islamiah (BANI) 2023 dan Bendahari Agung Class of ‘25 serta Penasihat Biro Akademik Class of ‘25. Carshief Darius Ambar merupakan murid yang cemerlang dari segi akademik kerana beliau telah mendapat tempat pertama dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022 dan Bijak Minda 2 bagi tahun yang sama. Kecemerlangan beliau ini diteruskan lagi apabila beliau mendapat tempat ketiga dalam Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) 2022 dan menduduki tempat pertama dalam Bijak Minda 1 tahun 2023. Dalam bidang kokurikulum, beliau merupakan peserta yang mendapat Naib Johan dan Pembahas Terbaik dalam pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor 2021. Pada tahun 2022, beliau layak ke peringkat suku akhir dalam Cabaran Debat Zaaba, mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2022 peringkat Zon Utara serta layak ke suku akhir Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 2022 peringkat kebangsaan. Beliau juga telah menyertai pertandingan Debat Universiti Islam Antarabangsa (UIA) 2022 sehingga layak ke separuh akhir pertandingan debat tersebut. Pada tahun 2023, beliau telah berjaya ke peringkat suku akhir Cabaran Debat Zaaba. Beliau dan pasukan bahas Bahasa Melayu MCKK telah menduduki tempat ketiga dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri peringkat Zon Utara 2023 dan merupakan Pembahas Terbaik dalam Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri peringkat kebangsaan 2023. Anugerah PIBG CARSHIEF DARIUS AMBAR BIN SAIFUL AMBAR 16
Senarai Penerima Anugerah EXCO PENGAWAS IBDP 1 KETUA PENGAWAS IBDP Mohamad Andrian bin Mohamad Tarmuzi Idris 2 PENOLONG KETUA PENGAWAS IBDP Muhammad Fauzan bin Rosli Ahmad 3 SETIAUSAHA Razin bin Rushdan Ahmad 4 BENDAHARI Muhammad Iqbal bin Ramlee Sulaiman 5 KEBAJIKAN Muhammad Adam Zafran bin Azwan Yunos Sulaiman EXCO BADAN PENGAWAS MCKK 6 KETUA PENGAWAS Khairul Iman bin Azni Sulaiman 7 TIMBALAN KETUA PENGAWAS Luqman Haziq bin Mohd Aqi Ahmad 8 NAIB KETUA PENGAWAS HAL EHWAL MURID Ahmad Haziq bin Rafely Ahmad 9 NAIB KETUA PENGAWAS KOKURIKULUM Muhammad Darwish bin Ahmad Zaki Idris 10 SETIAUSAHA PENGAWAS Muhammad Zafirul Asyraf bin Noor Helmi Sulaiman PENCAPAIAN TERBAIK MURID TINGKATAN 1 11 Anas Rayyan bin Muhammad Shaifuddin Mohd Shah 12 Amir Rayyan bin Muhammad Shaifuddin Mohd Shah 13 Adam Imran bin Mohd Isman Idris PENCAPAIAN TERBAIK MURID TINGKATAN 2 14 Muhammad Fariduddin Affendi Bin Mohd Affendi Idris 15 Saiful Afeeq Bin Shahrul Anuar Ahmad 16 Arif Zakwan Bin Daniel Mohd Shah 17
Senarai Penerima Anugerah PENCAPAIAN TERBAIK MURID TINGKATAN 3 17 Carshief Darius Ambar Bin Saiful Ambar Idris 18 Muhammad Qawiem Athif Bin Yuzaidi Ahmad 19 Mohamad Isma Haidar Bin Mohd Anuzi Ahmad PENCAPAIAN TERBAIK MURID TINGKATAN 4 20 Yusuf Ashraf Bin Amran Sulaiman 21 Ahmad Zariq Bin Ahmad Izuan Idris 22 Muhammad Izz Darwish Bin Zulkifli Mohd Shah PENCAPAIAN TERBAIK MURID TINGKATAN 5 23 Muhammad Umar Bin Mohamad Nadzrie Idris 24 Muhammad Qusyairi Naim Bin Kamaruzaman Ahmad 25 Ahmad Adib Fahmi Bin Ahmad Badri Sulaiman PENCAPAIAN TERBAIK PELAJAR IBDP TAHUN 1 26 Muhammad Iqbal bin Ramlee Sulaiman 27 Khairil Irfan Bin Yusri Idris 28 Mohamad Faheem Bin Azizul Rahman Ahmad 29 Muhammad Fauzan Bin Rosli Ahmad PELAJAR CEMERLANG BAHASA ANTARABANGSA 30 Bahasa Perancis Hariz Arriyan bin Mohamad Sakri Mohd. Shah 31 Bahasa Arab Mohamad Irfan bin Mohamad Faizul Sulaiman 32 Bahasa Mandarin Wan Azlan bin Wan Irfan Rinezry Mohd. Shah 17
PANITIA CEMERLANG SPM 2022 33 PANITIA BAHAS MELAYU 34 PANITIA BAHASA INGGERIS 35 PANITIA PENDIDIKAN ISLAM 36 PANITIA SEJARAH 37 PANITIA MATEMATIK 38 PANITIA MATEMATIK TAMBAHAN 39 PANITIA FIZIK 40 PANITIA KIMIA 41 PANITIA BIOLOGI 42 PANITIA SAINS 43 PANITIA PRINSIP PERAKAUNAN & EKONOMI 18
PENCAPAIAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2022 44 Pelajar Terbaik SPM, Cemerlang 9A+ dan Terbaik Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi Muhammad Faiz bin Zul Zarihi Idris 45 Cemerlang 9A+ dan Terbaik Mata Pelajaran Sejarah, Sains dan Ekonomi Adam bin Baltasar Idris 46 Cemerlang 9A+ dan Terbaik Mata Pelajaran Fizik Imran Azdi bin Norazrol Hisham Mohd. Shah 47 Cemerlang 9A+ dan Terbaik Mata Pelajaran Prinsip Perakauan Aliff Hakimi bin Azuddin Mohd. Shah 48 Cemerlang 9A+ Mohamad Hazman bin Yuzairi Idris 49 Cemerlang 9A+ Muhammad Zaqwan bin Mohd Shukri Idris 50 Cemerlang 9A+ Iman Amirul Syahmi bin Abdullah Ahmad 51 Cemerlang 9A+ Hanif bin Firdaus Idris 52 Cemerlang 9A+ Muhammad Danial bin Abdul Razak Idris 53 Cemerlang 9A Ameer Ikhwan bin Fauzi Ahmad 54 Amirul Hisyam bin Amir Ruddin Ahmad 55 Amirul Irfan Haziq bin Mohd Suhaimi Ahmad 56 Iman Hariz bin Mohd Shahrizal Ahmad 57 Iman Syafique bin Syahriman Ahmad 58 Mirza Bukhairy bin Mazuki Ahmad 59 Mohammad Idraki Zihni bin Noorulkhairi Ahmad 60 Muhammad Hidayat bin Mohd Tahir Ahmad 61 Muhammad Nazrul Akif bin Zahari Ahmad 62 Muhammad Safir Haziq bin Mohd Ariffin Ahmad 63 Wan Adli Syahmi bin Wan Ahmad Syamsul Ahmad 18
64 Ahmad Shafi bin Ahmad Naji Idris 65 Amir Asyraf bin Rohadi Idris 66 Azim Nazran bin Akmal Halimi Idris 67 'Azman Nabil bin Khyril Amir Idris 68 Muhammad Adam Ikhwan bin Mohamad Nasir Idris 69 Muhammad Aminurrahman bin Hazizan Idris 70 Muhammad Muhaimin bin Abdul Manan Idris 71 Syed Muhammad Hafidz bin Syed Ali Idris 72 Adam bin Abdul Jamal Mohd. Shah 73 Adam Fariz bin Nazman Fariz Mohd. Shah 74 Alif Ikhwan bin Ahmad Ramezul Mohd. Shah 75 Ammar bin Azri Mohd. Shah 76 Ammar Hakeem bin Sulaiman Mohd. Shah 77 Azeem Zuhair bin Noor Azhar Mohd. Shah 78 Iman Syakir bin Sharizan Mohd. Shah 79 Muhammad Adree Danish bin Mohamed Mahadi Mohd. Shah 80 Muhammad Hamizan Firas bin Mohd Nizam Mohd. Shah 81 Muhammad Haziq bin Mohd. Amri Mohd. Shah 82 Muhammad Haziq bin Nasaruddin Mohd. Shah 83 Wan Muhammad Hamka bin Wan Azman Mohd. Shah 84 Ahmad Haziq bin Mohd Busyairy Sulaiman 85 Ahmad Zuhairi bin Ahmad Zaidi Sulaiman 86 Amir Asyraf bin Sa'adon Sulaiman 87 Amirrul Hebat bin Azri Sulaiman 88 Amzar Arham bin Aminazrul Nizam Sulaiman 89 'Ariff bin Amir Ali Sulaiman 90 Hazif Danish bin Darwis Sulaiman 91 Mohamad Asraruddin bin Mohammd Hazreen Sulaiman 92 Muhaimin bin Khairul Anuar Hafizi Sulaiman 19
93 Muhamad Ariff Ziqri bin Muhamad Nazree Sulaiman 94 Muhammad Aliff Mikhail bin Norkamarulazhar Sulaiman 95 Muhammad Aqil Harith bin Mohamad Azlan Sulaiman 96 Muhammad Arif bin Mohd Asmi Sulaiman 97 Muhammad Danish Zakwan bin Mazlan Sulaiman 98 Muhammad Faiq Faisal bin Mustaffa Sulaiman 99 Zarif Qayyum bin Zahrizal Sulaiman PELAJAR PROGRAM DIPLOMA INTERNATIONAL BACCALAUREATE 100 Raja Abd Latif bin Raja Abd Jalil Mohd. Shah 101 Wan Muhammad Haziq bin Wan Adlin Sulaiman 102 Muhammad Daniel bin Surali Ahmad 103 Nur Iman Muttaqin bin Sofian Ahmad 104 Mohamad Danial bin Azahri Idris 105 Arman Haziq bin Arsuhaily Ahmad 106 Hadif Hannan bin Razaleigh Ahmad 107 Muhammad Adam Amin bin Mohd Abd Rashid Ahmad 108 Muhammad Adam Firdaus bin Mohd Daud Ahmad 109 Adam bin Muhammad Idris 110 Danial bin Mohd Haziph Idris 111 Haidan Safiy bin Hazurin Idris 112 Muhammad Danish bin Mohd Asri Idris 113 Muhammad Raif Danial bin Mohd Tasyrif Idris 114 Akif Zulfikar bin Mohd Izni Zuhdi Mohd. Shah 115 Amirul Hakim bin Zamakhshari Mohd. Shah 116 Mifzal Syazwie bin Rosmal Mohd. Shah 117 Mohamad Amiirulaimaan bin Mohd Ariff Mohd. Shah 118 Muhammad Ammar Hakim bin Adnan Mohd. Shah 119 Alif Iskandar bin Shamsuhaime Sulaiman 120 Fahim bin Mohd Sabri Sulaiman 121 Muhammad Alif bin Yusri Sulaiman 122 Muhammad Azri Akid bin Mohd Yusof Sulaiman 20
AHLI LEMBAGA PENGELOLA 123 YBhg. Dato’ Ahmad Redza bin Ahmad Khairuddin ANUGERAH KHAS 124 ANUGERAH PIBG Carshief Darius Ambar bin Saiful Ambar Idris 125 ANUGERAH KHAS PENGETUA Raja Shahrin Aydin bin Raja Sallehudin Sulaiman 126 ANUGERAH KHAS MCOBA Ahmad Haziq bin Rafely Ahmad 127 ANUGERAH YAYASAN MCKK Luqman Haziq bin Mohd Aqi Ahmad 128 ANUGERAH KEPIMPINAN Khairul Iman bin Azni Sulaiman 129 ANUGERAH HASANAL BOLKIAH Hifzhan Thaqif bin Radzali Mohd Shah 130 ANUGERAH CAREY Muhammad Sufi Irfan bin Ismail Sulaiman 21
KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2022 22
INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA PROGRAMME MAY EXAMINATION 2023 23
Sekalung Budi Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Pejabat YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Jabatan Pendidikan Negeri Perak Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar Pejabat Jurutera JKR Daerah Kuala Kangsar Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Majlis Perbandaran Daerah Kuala Kangsar Tenaga Nasional Berhad Daerah Kuala Kangsar Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar Hospital Daerah Kuala Kangsar Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar Pejabat RELA Daerah Kuala Kangsar Ahli-ahli Lembaga Pengelola MCKK Persatuan Ibu Bapa dan Guru MCKK MCKK Foundation Malay College Old Boys Association (MCOBA) Organisasi dan individu yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penganjuran majlis ini. 24
7 Wasiat Raja-Raja Melayu Wasiat Raja-Raja Melayu dan Pemimpin-pemimpin yang diperbuat semasa merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957 “Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.” 7 perkara itu adalah: PERTAMA Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali sebagai MALAYSIA); KEDUA Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang ,tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain; KETIGA Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara; KEEMPAT Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini; KELIMA Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan; KEENAM Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan KETUJUH Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).