The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosedur Operasi Standard Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Pahang ini adalah digunapakai untuk panduan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Pahang khasnya dan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Malaysia amnya.

[Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, gambar, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Kolej Komuniti Temerloh]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pengambilankktm, 2021-05-07 03:56:24

PROSEDUR OPERASI STANDARD PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PAHANG

Prosedur Operasi Standard Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Pahang ini adalah digunapakai untuk panduan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Pahang khasnya dan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Malaysia amnya.

[Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, gambar, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Kolej Komuniti Temerloh]

Keywords: Pengambilan,Pelajar,Kolej Komuniti,Pahang

PROSEDUR OPERASI STANDARD

PENGAMBILAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PAHANG

Cetakan Pertama 2020
© Kolej Komuniti Temerloh

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan cara sama ada secara
elektronik, fotokopi, gambar, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Kolej Komuniti Temerloh.

Diterbitkan oleh:
Kolej Komuniti Temerloh
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pengajian Tinggi

By Pass Batu 2, Kampung Chatin Ulu,
Jalan Temerloh, 28400 Mentakab, Pahang, MALAYSIA
Tel: (+609) 270 1550 / 1553 Fax: (+609) 270 1551
Email: [email protected]
Prosedur Operasi Standard
Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Pahang

Jawatankuasa Penerbitan Buku
Prosedur Operasi Standard Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Pahang

Pengerusi

Encik Suhairi Bin Ismail
Pengarah

Kolej Komuniti Temerloh

Timbalan Pengerusi

Puan Wan Norhayati Binti Wan Saupi
Kolej Komuniti Temerloh

Ketua Editorial

Puan Zunaedah Binti Sahrul
Kolej Komuniti Temerloh

Editorial

Puan Norfadzilah Binti Ishak
Kolej Komuniti Temerloh

Puan Afzaa Aaida Shahnaz Binti Mohamed Harith
Kolej Komuniti Temerloh

Cik Nurul Aisyah Binti Abdul Ghani
Kolej Komuniti Temerloh

Puan Nor Aishah Binti Othman
Kolej Komuniti Temerloh

Setiausaha

Tuan Syed Khailuddin Bin Syed Jaafar
Kolej Komuniti Temerloh

Senarai Penulis

Puan Zunaedah Binti Sahrul
Kolej Komuniti Temerloh

Puan Norarziana Binti Sasudian
Kolej Komuniti Temerloh

Puan Nurul Naim Binti Othman
Kolej Komuniti Temerloh

Puan Halimah Binti Adnan
Kolej Komuniti Paya Besar

Puan Khairiana Binti Razali
Kolej Komuniti Bentong

Puan Siti Rahayu Binti Sheikh Abdullah
Kolej Komuniti Bera

Puan Nor Amalina Binti Abdullah
Kolej Komuniti Jerantut

Puan Ratinah Binti Jaafar
Kolej Komuniti Pekan

Puan Jamaliah Binti Shafiee
Kolej Komuniti Raub

Encik Mohd Zakiri M Marzuki
Kolej Komuniti Rompin

Puan Rozilawati Binti Mat Nor
Kolej Komuniti Kuantan

KANDUNGAN Muka Surat

I. Pendahuluan i

A: Pengurusan Pelajar Baharu 1
1
1. Pengenalan 2
2. Syarat-Syarat Kemasukan Ke Kolej Komuniti 2
3. Prosedur Permohonan 3
4. Yuran 5
5. Sistem 3E 12
6. Prosedur Pengambilan Pelajar Baharu 14
7. Prosedur Pendaftaran 19
8. Pendaftaran Pelajar Baharu Dalam Sistem ePelajar 22
9. Tukar Kursus Program 29
10. Tukar Kolej 34
11. Tangguh 41
12. Berhenti
13. FAQ Pelajar Baharu 43
43
B: Pengurusan Pelajar Semasa 47
47
1. Pengenalan 49
2. Urusan Lapor Diri 51
3. Sistem ePelajar 56
4. Yuran 64
5. Tamat Kelas 68
6. Naik Kelas 72
7. Tangguh / Tangguh Latihan Industri 80
8. Tukar Kolej 84
9. Berhenti
10. Ulang Semester
11. Ulang Subjek
12. FAQ Pelajar Semasa

I. PENDAHULUAN
Prosedur Operasi Standard Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti Pahang ini adalah
digunapakai untuk panduan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Pahang khasnya
dan Pegawai Pengambilan Kolej Komuniti Malaysia amnya.

i

A: PENGURUSAN PELAJAR BAHARU
1.0 PENGENALAN

Pengambilan pelajar baharu Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan
Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi adalah secara 2 kali
ambilan.
Pengambilan adalah pada bulan Jun dan Disember setiap tahun.

2.0 SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE KOLEJ KOMUNITI
Syarat utama kemasukan pelajar ke kolej komuniti adalah

a. Warganegara Malaysia dan
b. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setara;

Penerangan lanjut adalah seperti berikut:
1. Lepasan SPM

Bagi SPM 2012 dan ke bawah

Lulus Bahasa Melayu sahaja sekurang-kurangnya mendapat gred E
atau nilai 8 dalam slip keputusan.

Bagi SPM 2013 dan ke atas

Lulus Bahasa Melayu dan Sejarah sekurang-kurangnya mendapat gred
E atau nilai 8 dalam slip keputusan.

2. Lepasan Kolej Vokasional

Lulus matapelajaran Bahasa Melayu (kod : BM 1104 @ BM 1103 ) dan
Sejarah (Kod : Sejarah 1249)

(Rujuk surat pengiktirafan penyetaraan Bahasa Melayu Kolej
Vokasional)

3. Lepasan Diploma / Ijazah / Phd

Bagi lepasan Diploma / Ijazah / Phd, syarat kemasukan adalah
mengikut kepada syarat utama iaitu Warganegara dan Lulus SPM

1

3.0 PROSEDUR PERMOHONAN
Kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej
Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi melalui kaedah tersebut:

1. UPU Online
2. ambilan.mypolycc.edu.my
3. eBorang
4. Walk –in ke kolej komuniti berdekatan
5. Lain-lain

1. Google Forms
2. Borang Promosi

Nota Tambahan:
Permohonan melalui UPU adalah bagi sesi Jun setiap tahun sahaja. Bagi sesi
Disember adalah melalui portal pengambilan Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti iaitu ambilan.mypolycc.edu.my.

4.0 YURAN

1. YURAN PENGAJIAN

Yuran pengajian kolej komuniti adalah RM 200.00 per semester. Yuran
pengajian perlu dibayar dalam bentuk wang pos atau kiriman wang sahaja.
Bayaran tunai adalah TIDAK DIBENARKAN.

Yuran pengajian kolej komuniti akan di bayar bagi Semester 1 hingga
Semester 3 sahaja. Pada akhir semester pelajar tidak perlu membayar yuran
pengajian ketika menjalani latihan industri.

Namun demikian, sekiranya pelajar perlu mengulang subjek dan perlu
menambah semester, maka yuran pengajian perlu di jelaskan.

2. BAYARAN PELBAGAI
Bayaran pelbagai merupakan bayaran yang dikenakan bagi aktiviti dan
kebajikan pelajar. Ia adalah mengikut kepada penetapan daripada Jabatan
Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti . Berikut merupakan contoh
pecahan bayaran pelbagai yang ditetapkan bagi Sesi Jun 2019:

2

Kaedah pembayaran bayaran pelbagai ini mengikut penetapan pihak
pengurusan kolej masing-masing.

5.0 SISTEM 3E
Sistem 3E merupakan sistem yang diguna pakai oleh Pegawai Pengambilan bagi
memudahkan dan melancarkan proses pengambilan dan data pelajar.

(Sumber Handbook Pegawai Kanan Kolej Komuniti Edisi 1)
1. eBORANG

Sistem eBorang merupakan platform atas talian bagi orang awam untuk
memohon kemasukan ke kolej komuniti. Keadah penggunaan sistem ini

3

boleh merujuk kepada Handbook Pegawai Kanan Kolej Komuniti Edisi 1
yang ditulis oleh Ana Pataniah dan Sharifah Nozi.

Dalam penulisan tersebut telah diterangkan dengan lebih teliti kaedah
penggunaan sistem eBorang.

2. ePENGAMBILAN
Sistem ePengambilan merupakan platform atas talian bagi kegunaan
Pegawai Pengambilan untuk menguruskan penawaran dan pemilihan pelajar
baharu yang memohon ke kolej komuniti.
Setiap sesi ambilan baharu, pegawai pengambilan mengunakan sistem ini
untuk perkara berikut:
a. Membuat penawaran
b. Membuat semakan calon
c. Mencetak surat tawaran
d. Membuat semakan BJT
e. Melihat statistik ambilan

Manual sistem ePengambilan telah disediakan oleh pihak JPPKK. Boleh rujuk
manual yang disediakan.

3. ePELAJAR
Sistem ePelajar digunakan oleh Pegawai Pengambilan bagi menguruskan
data-data pelajar yang telah mendaftar sebagai pelajar kolej komuniti.
Kegunaan ePelajar adalah seperti berikut:
a. Mendaftar pelajar baharu
b. Mendaftar pelajar semasa yang naik kelas
c. Mewujudkan kelas
d. Menamatkan kelas
e. Melihat statistik pelajar semasa
f. Melihat maklumat pelajar
g. Mengemaskini maklumat pelajar

Manual ePelajar ada disediakan namun manual tersebut mengikut paparan
versi lama, bagi versi baru tiada manual baru yang dikeluarkan. Namun begitu,
paparan sahaja yang berbeza, kaedah penggunaan epelajar masih sama
seperti versi lama.

4

6.0 PROSEDUR PENGAMBILAN PELAJAR BAHARU
Sebelum pendaftaran pelajar baharu, Pegawai Pengambilan perlu mewujudkan
kelas dalam sistem ePelajar dan CCMS. Kaedah mewujudkan kelas dalam sistem
adalah seperti di bawah.
6.1 Tambah Kelas (Sistem e-pelajar)

i. Klik pada sub-modul Kelas -> Tambah Kelas

Submodul
Tambah Kelas

ii. Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik Senarai Kategori
iii. Pilih kategori kursus daripada senarai yang disediakan (Contoh: SKK)
iv. Klik butang carian

5

Pilih Kategori

v. Senarai kursus dalam kategori tersebut akan dipaparkan dan klik pada ikon .
(seperti gambarajah)

Klik pada simbol
tambah

vi. Tetingkap berikut akan dipaparkan. Lengkapkan semua ruangan dan kemudian
klik butang Tambah Kelas.

6

vii. Senarai kelas akan dipaparkan. Ini bermakna kelas telah berjaya diwujudkan.
7

6.2 Tambah Kelas (Sistem CCMS)
i. Klik pada submodul Pelajar -> Senarai Kelas

Pilih Kategori
Senarai Kelas

ii. Tetingkap berikut akan dipaparkan dan klik ikon

Klik ikon ini

8

iii. Tetingkap berikut akan dipaparkan. Lengkapkan semua ruangan ‘Perihal Kelas’,
‘Tempoh Kelas’ dan ‘Struktur Kelas’ dan klik butang Tambah.
9

iv. Paparan Berjaya! Akan keluar. Ini bermakna kelas telah berjaya diwujudkan.
10

v. Anda boleh semak senarai kelas yang anda wujudkan di entri terakhir dalam
paparan senarai kelas.

11

7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN

(Rujuk Garis Panduan Pengambilan Edisi Terkini)
Bahagian Pelajar
- Memastikan bakal pelajar telah mengetahui prosedur pendaftaran dan

perkara yang perlu dilakukan sebelum pendaftaran
- Memastikan pelajar telah menyediakan dengan lengkap segala dokumen

yang diperlukan sebelum datang mendaftar.
- Borang BHHP 1-6 telah lengkap
- Setiap Salinan dokumen yang diperlukan telah disahkan benar dan

disediakan mengikut bilangan yang dinyatakan dalam panduan
pendaftaran

Bahagian Kolej
1. Sebelum

1. Membentuk Jawatankuasa(JK) Pendaftaran Pelajar Baharu
2. Mengadakan mesyuarat JK Pendaftaran Pelajar Baharu
3. Memastikan persiapan telah dibuat sebelum pendaftaran pelajar

baharu
4. Memastikan semua bahan dan peralatan untuk pendaftaran telah

tersedia
5. Mewujudkan kelas dalam sistem ePelajar. Pastikan kelas diwujudkan

sebelum bermula pendaftaran pelajar.
6. Mewujudkan carta alir pergerakan semasa pendaftaran.
7. Memastikan semua ahli JK yang terlibat memahami semua tugas dan

tanggungjawab.

2. Semasa

1. Memastikan carta alir pergerakan pendaftaran dipatuhi
2. Memastikan semua prosedur pendaftaran mengikut SOP yang

ditetapkan oleh JPPKK dan pihak kolej.
3. Menyediakan dan mengemaskini statistik pendaftaran setiap jam.

3. Selepas

1. Memastikan tempat, peralatan dan bahan yang diguna telah dikemas
dan dibersihkan semua.

12

2. Menyediakan dan mempamerkan statistik akhir pendaftaran pada hari
pendaftaran utama dalam bentuk laporan ringkas dan dikongsi
bersama iaitu dalam telegram group kolej

3. Menyediakan laporan pendaftaran
4. Pendaftaran pelajar baharu adalah dalam tempoh 2 minggu dari

tarikh mula pendaftaran. (Mohon rujuk timeline yang disediakan oleh
JPPKK)
5. Selepas hari pendaftaran utama, semua pendaftaran akan dilakukan
secara terus dengan Pegawai Pengambilan di Unit Pengambilan.

13

8.0 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DALAM SISTEM ePELAJAR
Sebelum memulakan pendaftaran pelajar dalam sistem ePelajar, pegawai
perlu memastikan perkara-perkara berikut:
 Maklumat dalam borang BHHP 1 – 6 telah lengkap diisi
 Salinan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran telah
dimasukkan dalam fail peribadi pelajar
Langkah pendaftaran :
1. Log in ke sistem ePelajar
2. Klik pada menu Pengambilan
3. Klik pada Daftar Pelajar Baru (Rujuk gambar dibawah)

14

4. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar
5. Pastikan maklumat yang terpapar adalah betul
6. Pastikan maklumat surat tawaran adalah sama seperti yang dipohon,

jika tidak mohon kemaskini
7. Klik kemaskini maklumat SPM. Maklumat SPM perlu dilengkapkan.

8. Klik pada daftar kelas. Pastikan kelas yang dipilih adalah betul.
9. Klik pada butang “Adakah anda bersetuju dengan kenyataan diatas.
10. Klik butang “Daftar”

15

Proses pendaftaran selesai.
Nombor pendaftaran pelajar akan dijanakan oleh sistem
Pegawai perlu mencatat nombor pendaftaran pelajar pada Fail Peribadi Pelajar.

16

Proses Pendaftaran Pelajar Baharu dalam Sistem CCMS.
Klik mengikut turutan nombor seperti gambarajah di bawah.

17

18

9.0 TUKAR KURSUS PROGRAM
Pelajar yang belum mendaftar
Semua calon perlu mengemukakan permohonan kepada Pengarah Kolej
Komuniti. Kelulusan pertukaran program sebelum mendaftar perlu mendapat
kelulusan daripada Pengarah Kolej Komuniti.
Pelajar yang telah mendaftar
Proses pertukaran kursus boleh dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu selepas
tarikh pendaftaran utama. Tiada syarat khas dalam pertukaran kursus program,
namun demikian, pertukaran kursus perlu mendapatkan kelulusan dari pihak
pengurusan tertinggi dengan sokongan daripada Ketua Program.
Carta alir pengurusan tukar program boleh merujuk kepada Garis Panduan
Pengambilan Pelajar Edisi 9. Pelajar dikehendaki untuk mengisi dan
melengkapkan Borang Pertukaran Program. Pastikan borang telah lengkap
diisi dan mendapat sokongan dan kelulusan sepenuhnya sebelum proses tukar
dalam sistem ePelajar.
Apabila pertukaran kursus telah diluluskan, pegawai perlu menukar status
pelajar tersebut kepada “Bertukar Kursus” dan perlu mendaftarkan pelajar
seperti pendaftaran pelajar baharu.

19

Langkah Tukar Program dalam Sistem ePelajar:

1. Log in e-pelajar
2. Klik Hal-hal pelajar -> Butir Peribadi
3. Masukkan no kad pengenalan atau nama penuh
4. Klik Cari

Masukkan no kad
pengenalan

Butir Peribadi

5. Klik Pengajian

Klik Pengajian

20

6. Klik Kemaskini

Klik Kemaskini

7. Isikan No. fail pelajar, Sesi semasa, Status Pendaftaran (Pilih -> BERTUKAR
KURSUS) dan Sebab/Alasan.

Klik Bertukar
Kursus

8. Kemudian, tandakan (√ )dan klik Kemaskini

Tandakan
(√)

Setelah pertukaran status pelajar baharu di tukar, proses seterusnya adalah
mendaftarkan pelajar mengikut kaedah pendaftaran pelajar baharu. (Rujuk
kaedah daftar pelajar baharu).

21

10.0 TUKAR KOLEJ
Semua keputusan tawaran kolej adalah muktamad. Namun demikian,
permohonan bertukar kolej boleh dibuat mengikut keadaan berikut:

Pelajar Yang Belum Mendaftar

Semua calon perlu mengemukakan permohonan kepada Pengarah Kolej
Komuniti. Kelulusan pertukaran kolej sebelum mendaftar perlu mendapat
kelulusan daripada Pengarah Kolej Komuniti. Prosedur Operasi Standard
tukar kolej bagi yang belum mendaftar:

1. Calon perlu menghubungi kolej yang dikehendaki dan bertanya
kekosongan

2. Jika ada kekosongan, calon hubungi kolej yang ditawarkan dan
memaklumkan kepada kolej

3. Calon menolak tawaran dan membuat rayuan dalam sistem esemakan.

Sekiranya calon telah menerima tawaran dalam sistem eSemakan, Pegawai
Pengambilan perlu menolak calon yang telah klik terima dalam sistem
epengambilan.

Calon akan boleh membuat rayuan melalui laman eSemakan. Dan mengikuti
langkah-langkah yang diperlukan.

Calon boleh juga tidak menghubungi kolej yang dikehendaki untuk bertanya
kekosongan dan terus menolak tawaran dan membuat rayuan. Calon akan
menunggu keputusan rayuan. Tamat.

Jika calon yang telah menolak tawaran, ingin mendaftar sebagai pelajar kolej
semula, pertimbangan dan kelulusan adalah daripada pihak pengurusan
kolej.

Pelajar Yang Telah Mendaftar

Pertukaran kolej perlu mendapat kelulusan daripada Pengarah Kolej Komuniti.
Pelajar perlu mengisi dan melengkapkan Borang Pertukaran Kolej. Sebelum
itu, pegawai perlu menghubungi kolej yang berkenaan untuk mendapatkan
status kekosongan tempat.

Sekiranya terdapat kekosongan tempat dan telah mendapat kelulusan
daripada Pengarah Kolej Komuniti, maka proses pertukaran pelajar boleh
dilaksanakan. Rujuk Garis Panduan Pengambilan Pelajar bagi tatacara
pertukaran kolej.

22

Pegawai Pengambilan perlu mengeluarkan surat pertukaran kolej dan
menghantar semua dokumen yang terdapat dalam fail peribadi pelajar.
Langkah Pertukaran Kolej dalam Sistem ePelajar
1. Log in ePelajar
2. Klik Menu “Hal-hal pelajar”
3. Klik Butir Peribadi

4. Masukkan no kad pengenalan pelajar. Klik “Cari”

23

5. Paparan seperti dibawah akan tertera.
6. Klik Menu “Pengajian”

7. Maklumat Status pendaftaran pelajar akan terpapar.
8. Klik pada butang “Kemaskini” pada status pelajar yang terkini

9. Paparan maklumat pelajar akan tertera seperti di bawah
10. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.

24

11. Tukar Status Pendaftaran kepada “BERTUKAR KOLEJ”

12. Klik “KEMASKINI” apabila maklumat telah dilengkapkan.

13. Tukar status pelajar telah selesai.
25

Tukar kolej dalam sistem CCMS
1. Log in sistem CCMS
2. Klik “HEP”, pilih REKOD
3. Klik “Tukar status/tukar kelas ”

4. Paparan “Pencarian Pelajar” akan tertera
5. Masukkan no kad pengenalan pelajar dan klik butang Cari

26

6. Hasil carian seperti di bawah tertera.
7. Klik pada butang “EDIT” untuk tukar data pelajar

8. Pop up Maklumat Tukar Status akan tertera

9. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan pilih status “BERTUKAR
KOLEJ”
10. Klik “HANTAR” untuk selesaikan pertukaran status bertukar kolej
pelajar.

27

Bagi pelajar yang bertukar kolej ke tempat tuan, proses pendaftaran pelajar
dalam ePelajar adalah seperti Pendaftaran Pelajar Baharu. Rujuk Garis
Panduan Pengambilan Pelajar Edisi 9 untuk tatacara lengkap.

28

11.0 TANGGUH
Pelajar Yang Belum Mendaftar
Permohonan menangguhkan pendaftaran perlu dikemukan kepada Pengarah
Kolej Komuniti. Sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada calon.

Pelajar Yang Telah Mendaftar
Pelajar yang ingin menangguhkan pengajian perlu mendapatkan kelulusan
daripada Pengarah Kolej Komuniti. Pelajar perlu mengisi dan melengkapkan
borang Penangguhan Pengajian.
Carta alir pengurusan penangguhan pengajian pelajar perlu merujuk kepada
Garis Panduan Pengambilan Pelajar Edisi 9. Pastikan borang telah
dilengkapkan dan mendapat kelulusan daripada Pengarah Kolej Komuniti.
Setelah itu, pegawai pengambilan perlu mengeluarkan surat rasmi
penangguhkan pelajar dan merekodkan status pelajar dalam ePelajar.

Langkah Penangguhan dalam ePelajar:
Pegawai boleh membuat semakan status pelajar dalam Menu Pengambilan
dengan mencari Senarai Kelas pelajar terdahulu dan melihat status pelajar
tersebut. Pastikan status telah bertukar.
Tangguh dalam sistem ePelajar:
1. Log in ePelajar
2. Klik Menu Hal-Hal Pelajar

29

3. Klik Butir Peribadi, carian menggunakan nombor kad pengenalan pelajar
atau nama penuh pelajar

4. Keluar butiran, klik pada menu Pengajian

30

5. Klik butang Kemaskini

6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- No Fail Pelajar = Letak nombor pendaftaran pelajar
- Sesi Semasa = Sesi yang akan ditangguhkan
- Status Pendaftaran = Tangguh
- Sebab/Alasan = Nyatakan alasan yang dinyatakan dalam borang

7. Klik Kemaskini, setelah semua maklumat dilengkapkan
8. Selesai proses tangguh.

31

Tangguh dalam sistem CCMS:
1. Log in CCMS
2. Klik pada menu REKOD
3. Pilih tukar Status /Tukar Kelas

4. Masukkan no kad pengenalan pelajar
5. Klik butang Cari

32

6. Paparan maklumat pelajar akan tertera.

7. Klik pada ikon EDIT

8. Pop up Maklumat Tukar Kursus akan tertera seperti di bawah
9. Tukar status Mendaftar kepada TANGGUH
10. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik “Hantar”
11. Selesai tukar status kepada Tangguh

33

12.0 BERHENTI
Pelajar yang ingin berhenti pengajian dari kolej komuniti perlu mengisi borang
dan berjumpa dengan pegawai kaunseling.
Kelulusan berhenti pengajian akan diluluskan oleh Pengarah Kolej Komuniti.
Carta alir pengurusan berhenti pelajar perlu merujuk kepada Garis Panduan
Pegambilan Pelajar Edisi 9. Pastikan semua maklumat dalam borang telah
lengkap dan ditandatangani oleh pihak yang berwajib.
Langkah Berhenti Pelajar dalam ePelajar:
1. Log in ePelajar
2. Klik Menu Hal-Hal Pelajar

34

3. Klik Butir Peribadi, carian menggunakan nombor kad pengenalan
pelajar atau nama penuh pelajar

4. Keluar butiran, klik pada menu Pengajian

35

5. Klik butang Kemaskini

6. Lengkapkan maklumat yang diperlukan
- No Fail Pelajar = Letak nombor pendaftaran pelajar
- Sesi Semasa = Sesi yang akan ditangguhkan
- Status Pendaftaran = Berhenti
- Sebab/Alasan = Nyatakan alasan yang dinyatakan dalam borang

36

7. Klik Kemaskini, setelah semua maklumat dilengkapkan. Selesai proses
tangguh

37

Langkah Berhenti Pelajar dalam sistem CCMS:
1. Log in sistem CCMS
2. Klik “HEP”, pilih REKOD
3. Klik “Tukar status/tukar kelas ”

4. Paparan “Pencarian Pelajar” akan tertera
5. Masukkan no kad pengenalan pelajar dan klik butang Cari

38

6. Hasil carian seperti di bawah tertera.
7. Klik pada butang “EDIT” untuk tukar data pelajar

8. Pop up Maklumat Tukar Status akan tertera

9. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan pilih status “BERHENTI”
10. Klik “HANTAR” untuk selesaikan pertukaran status bertukar kolej pelajar.

39

Pegawai boleh membuat semakan status pelajar dalam Menu Pengambilan
dengan mencari Senarai Kelas pelajar terdahulu dan melihat status pelajar
tersebut. Pastikan status telah bertukar.

40

13.0 FAQ PELAJAR BAHARU

1- Asrama disediakan? (rujuk buku panduan)

Terdapat enam (6) buah Kolej Komuniti (KK) yang menyediakan kemudahan asrama
iaitu KK Gerik, KK Paya Besar, KK Rompin, KK Jelebu, KK Segamat 2 dan
Langkawi Tourism Academy @ KK Langkawi.Tempat adalah terhad tertakluk
kepada keputusan pengurusan kolej yang berkenaan.

Kolej Komuniti yang lain TIDAK menyediakan penginapan / asrama. Walau
bagaimanapun, pihak Kolej Komuniti akan bersedia membantu dalam urusan
penginapan pelajar.

2- Yuran Pengajian

Yuran Pengajian = RM200 (untuk semester 1 hingga 3 sahaja)
Terdapat dua jenis pembayaran yang perlu dijelaskan pada Hari Pendaftaran Pelajar
Baharu iaitu Yuran Pengajian dan Bayaran Pelbagai. Yuran Pengajian bernilai
RM200 adalah bagi setiap semester.

3- Bantuan Kewangan

Bantuan kewangan atau elaun pelajar akan diberikan kepada pelajar yang
berkelayakan dan mencukupi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Bahagian
Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) sahaja. Jumlah yang akan diterima
adalah sebanyak RM3,600.00.

4- Berapa lama belajar?

Sesi perkuliahan adalah selama 2 tahun.
Semester 1-3 : sesi perkuliahan di kampus
Semester 4 : latihan industri

6- Laluan untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma

Poilteknik merupakan salah satu destinasi yang tersedia untuk pelajar bagi
menyambung pengajian ke peringkat diploma.

7- Nak tukar program, adakah ianya dibenarkan?

Pertukaran program boleh dilaksanakan mengikut prosedur di Unit Pengambilan
kolej masing-masing.

41

8- Keperluan yang perlu dibawa semasa hari pendaftaran?
Pelajar baharu perlu menyediakan dokumen pendaftaran yang lengkap dan
mencukupi untuk mengelakkan dari keciciran maklumat yang dikehendaki. Selain itu,
pelajar juga perlu membawa peralatan seperti pakaian, bekalan makanan dan
keperluan lain yang diperlukan sepanjang sesi perkuliahan berlangsung.
9- Macam mana untuk dapatkan maklumat tentang kolej komuniti yang
dipohon?
Pelajar boleh melayari laman sesawang unit pengambilan setiap kolej seperti :
https://pengambilankktemerloh.weebly.com/ (Kolej Komuniti Temerloh)
https://epengambilankkbera.weeblysite.com/ (Kolej Komuniti Bera)
https://pengambilanpelajarkkpekan.weebly.com/ (Kolej Komuniti Pekan)
https://pengambilankkpb.weebly.com/ (Kolej Komuniti Paya Besar)

42

B: PENGURUSAN PELAJAR SEMASA
1. PENGENALAN

SOP bagi pengurusan pelajar semasa adalah melibatkan pelajar semester 2, 3, 4
dan yang mengulang semester / mengulang subjek.

Pelajar semasa adalah pelajar yang telah tamat semester sebelum ini iaitu
pelajar semester 1 akan naik kepada semester 2. Begitulah seterusnya.

Mengulang Subjek merupakan pelajar yang perlu mengulang subjek dalam
semester yang sama atau perlu menambah semester pengajian

Mengulang semester merupakan pelajar yang perlu mengambil semula subjek
pada semester yang gagal. Tiada berlaku pertambahan semester. Pelajar akan
kekal pada semester yang sama. Tiada naik kelas.

2. URUSAN LAPOR DIRI
Pelajar semasa yang telah berjaya menamatkan kelas semester lalu dengan
lulus dan jayanya perlu untuk melapor diri pada semester seterusnya.

Pelajar semasa akan melapor diri sehari selepas pendaftaran pelajar baharu dan
tempoh pendaftaran adalah 1 minggu dari tarikh mula daftar pelajar semasa.

SEBELUM LAPOR DIRI
 Pegawai pengambilan akan mengeluarkan surat lapor diri pada minggu ke

13 iaitu seminggu sebelum tamat semester tersebut.
 Pelajar akan tamat kelas pada minggu ke 16 pada sesi pengajian tersebut.
 Surat lapor diri akan diserahkan kepada pensyarah kelas untuk diedarkan

kepada para pelajar.
 Sebelum pelajar lapor diri pada semester baru, Pegawai Pengambilan perlu

mendapatkan senarai pelajar layak mendaftar daripada Pegawai
Peperiksaan.
 Senarai pelajar layak lapor diri akan dikeluarkan setelah mesyuarat
peperiksaan selesai.
 Bagi Pelajar Tangguh perlu dipanggil semula untuk lapor diri. (Lihat Perkara
7.0 Tangguh)
 Unit Pengambilan perlu mewujudkan Jawatankuasa(JK) Pendaftaran Pelajar
Senior
 Mengadakan mesyuarat JK Pendaftaran Pelajar Senior.

43

 Mewujudkan tatacara Lapor Diri bagi pelajar senior
 Menyediakan carta alir lapor diri pelajar

a. Pelajar menyemak keputusan peperiksaan samada layak atau tidak
untuk lapor diri (semak di portal istudent)

b. Pelajar menyediakan yuran pengajian RM200 dalam bentuk wang pos/
kiriman wang dan bawa semasa hari lapor diri

c. Pelajar perlu memasukkan bayaran pelbagai ke akaun koperasi kolej
dan membawa bukti slip bank bagi urusan bayaran pelbagai.

d. Pegawai pengambilan telah menamatkan kelas dan menaikkan kelas
bagi pendaftaran sesi baru.(Lihat perkara Tamat Kelas dan Naik Kelas)

Langkah Daftar Pelajar Senior dalam ePelajar
Sebelum mendaftar pelajar senior, pelajar ini perlu ditamatkan dan dinaikkan kelas
pada akhir semester sebelum. Pelajar ini hanya boleh ditamatkan dan dinaikkan
setelah lulus peperiksaan pada semester tersebut.

1. Log in ke sistem ePelajar

44


Click to View FlipBook Version