DENGARLAH SAYANG KHAIRUL NAZIMA ABDUL HALIM PANTUN KANAK-KANAK Warisan Tradisi
KANDUNGAN Penafian Penghargaan Biodata Penulis Pengenalan : Pantun Ciri-Ciri Pantun Bentuk Pantun Penutup Pantun Kanak-kanak m/s 3 m/s 4 m/s 5-7 m/s 8-10 m/s 11 m/s 12-17 m/s 29-43 m/s 44-45 Jenis Pantun m/s 18-28
e-Book ini adalah karya Khairul Nazima Bt Abdul Halim Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang manamana bahagian ini dalam apa jua bentuk dan dalam apa cara sekalipun samaada secara elektronik , fotokopi , mekanik , rakaman atau apa saja tanpa izin penulis Penulis juga tidak menjamin apa yang terkandung adalah sesuai untuk pembaca , namun semua isi kandungan adalah melalui kepakaran serta pengalaman penulis PENAFIAN Terima Kasih 3
Terima Kasih diucapkan kepada Dr Mazeni & Coach Dee diatas bimbingan beliau sehingga terhasilnya e-Book ini . Terima Kasih Buat suami , keluarga dan sahabat handai diatas dorongan yang diberikan sepanjang tempoh saya menyiapkan e-Book ini. Semoga e-Book ini dapat membantu dalam memahami seni warisan bangsa yang makin dilupakan ini. penghargaan Terima Kasih 4
KHAIRUL NAZIMA BT ABDUL HALIM KETUA UNITLATIHAN JURULATIH KANAN SIJILPENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (TABIKA ) PUSATLATIHAN KEMAS MELAKA biodata penulis 5
TENAGA PENGAJAR SIJIL PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT ( 2006 hingga Kini ) pengalaman akademik 7 PENCERAMAH SISTEM LATIHAN E-SILK JABATAN KEMAJUAN MASYARAKAT
Pantun adalah sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi.Mengikut sejarah,pantun wujud sejak zaman masyarakat Melayu tidak tahu membaca dan menulis lagi.Pantun dicipta sebagai suatu bentuk pengucapan untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir,berjenaka dan memberi nasihat serta untuk bersuka-suka. PENGENALAN Pantun 8
Terdiri daripada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Bahagian pembayang biasanya diletakkan di rangkap atas pantun dan tidak membawa apa-apa maksud. Sementara itu, rangkap bawah pantun pula mengandungi maksud atau mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang. PENGENALAN Pantun 9
Pantun juga turut mempunyai kedudukan yang istimewa dalam pertumbuhan serta perkembangan puisi Melayu lama. Pantun adalah salah satu puisi Melayu lama yang tertua dan asli amat diminati. Ini terbukti, pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. PENGENALAN Pantun 10 Ku kirim doa di angin lalu, Dengan berkat sekalian penghulu, Wahai sekalian anak cucu ku, Bernaung semula Kesultanan Melayu
ciri-ciri pantun Pantun melayu terbina dalam bentuk berangkap 11 Mengandungi bahagian pembayang dan maksud Bentuk pantun terbahagi kepada rangkap pantun 2 baris/kerat,4 baris, 6 baris, 8 baris dan 12 baris. Bagi pantun 2 kerat rima akhirnya ialah a,a Bagi pantun 4 kerat rima akhirnya ialah a,b,a,b
bentuk pantun 12 Pantun 2 Kerat Pantun 4 Kerat Pantun 12 Kerat Pantun 6 Kerat Pantun 8 Kerat
Pantun 2 Kerat Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam 13
Pantun 4 Kerat Pisang emas dibawa belayar, Masak sebiji di atas peti, Hutang emas boleh dibayar, Hutang budi dibawa mati. 14
Pantun 6 Kerat Putik kelapa menjadi muda, Kelapa muda jadi kemirau, Sudah kemirau menjadi kotai; Hati luka pura tiada, Rasa pedih buat tak hirau, Ibarat kaca jatuh ke lantai. 15
Bagus rupanya bunga melur, Putih rupanya bunga pinang, Berukir bertangkai perak, Permainan raja perempuan; Cawan, cerek sudah teratur, Pinggan, mangkuk sudah terhidang, Penganan mulia sudah terletak, Samalah duduk kita makan. Pantun 8 Kerat 16
Rotan sepatah dua patah, Tarik kerakap batang padi, Dibawa sultan dari judah, Padi yang jangan digemparkan, Kalau gempar jadi gugur, Bila gugur masuk perigi, Tuan di mekah di madinah, Naik akhirat naik haji, Tegak berdiri Rasulullah, Kami yang jangan dilupa, Kalau lupa antara tidur, Dalam tidur menjadi mimpi. Pantun 12 Kerat 17
jenis-jenis pantun 18 Pantun Nasihat Pantun Teka - Teki Pantun Jenaka Pantun Agama Pantun Kiasan
Pantun Nasihat Pantun nasihat memiliki isi yang bertujuan menyampaikan pesan moral dan didikan. Pantun nasihat biasanya memiliki pesan-pesan bijak yang mengajak untuk berbuat baik 19
Pantun Nasihat Mak Timah melipat kain, Bersama baju kain dilipat, Saling menolong satu sama lain, Hidup bermuafakat membawa berkat Rusa bertina berbelang kaki, Mati terkene jerat sembat, Orang yang muda kita sanjungi, Orang yang tua kita hormati 20
Pantun Teka-Teki pantun teka-teki adalah ayat pertanyaan pada baris akhir pantun. Pantun ini berisi teka-teki untuk para pendengarnya 21
Pantun Teka-Teki Kalau tuan pergi ke kedai, Belikan saya buah keranji, Kalau tuan bijak pandai Apa binatang keris di kaki? Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah teka wahai saudara, Semakin diisi makin ringan? 22
Pantun Jenaka Pantun jenaka merupakan pantun yang dibuat untuk tujuan hiburan. Terkadang, pantun jenaka dijadikan sebagai media untuk saling menyindir dalam suasana yang penuh keakraban sehingga tidak menimbulkan rasa tersinggung, dan dengan pantun jenaka diharapkan suasana akan menjadi makin riang 23
Pantun Jenaka Ceduk air di dalam perigi Timbanya bertangkaikan suasa Jikalau kucing tak bergigi Alamat tikus berjoget berdansa Berderak-derak sangkutan dacing Bagaikan putus diimpit lumpang Bergerak-gerak kumis kucing Melihat tikus bawa senapang 24
Pantun Agama Pantun agama mengandungi ajaran moral dan pengajaran hidup. Umumnya, pantun agama akan merangkumi nasihat tentang manusia dan pencipta. Tambahan pula, rima agama secara langsung memberikan prinsip dan nilai agama tertentu 25
Pantun Agama Dari kecil menanam biji Saat besar jadi pohonan Sejak kecil rajin mengaji Makin teguhlah dalam beriman Pergi ke pasar membeli meja Tidak lupa membeli papan Belajar ilmu dunia boleh saja Tapi ilmu agama jangan dilupakan 26
Pantun Kiasan Pantun kiasan adalah pantun yang isinya berupa ibarat. Ia mengkiaskan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Kadangkalah pantun ini berisi dengan pribahasa 27
Pantun Kiasan Asah kapak tajam beliung, Tebang mari kayu berduri; Tuanku umpama kemuncak payung, Patik di bawah berteduh diri Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih saya lurutkan; Buang emak buang saudara, Hati kasih saya turutkan 28
Pantun kanak-kanak adalah : pantun yang berisi atau bercerita tentang masa kanak-kanak. Pantun ini biasanya memiliki makna suka cita, senang atau menyedihkan Pantun Kanak-kanak 29
Pantun Kanak-kanak Anak rusa nani Baru kembang ekor Apa dosa kami Lalu tidak tegur 30
Pantun Kanak-kanak Buai laju-laju Sampai puncak sana Apa dalam baju? Sekuntum bunga Cina 31
Pantun Kanak-kanak Timang tinggi-tinggi Sampai cucur atap Belum tumbuh gigi Pandai baca kitab 32
Pantun Kanak-kanak Ayam kedek-kedek Beri makan padi Abang sayang adik Mesti ajar mengaji 33
Pantun Kanak-kanak Burung kenek-kenek Hinggap bawah batang Apa pesan nenek Cepat-cepat pulang 34
Pantun Kanak-kanak Pok amai-amai Belalang kupu-kupu Bertepuk adik pandai Malam nanti upah susu Susu lemak manis Santan kelapa muda Adik jangan menangis Emak banyak kerja 35
Pantun Kanak-kanak Air pasang pagi Surut pukul lima Bangun pagi-pagi Siram pokok bunga Pokok bunga melur Tanam tepi batas Itik dah bertelur Ayam dah menetas 36
Pantun Kanak-kanak Lompat si katak lompat Lompat dalam perigi Cepat adik cepat Pergi mandi cuci gigi Lompat si katak lompat Lompat di tepi pagar Sekolah lekas dapat Dan mesti rajin belajar 37
Pantun Kanak-kanak Lompat si katak lompat Lompat di air tenang Pergi sekolah cermat Emak bapa hati senang Lompat si katak lompat Lompat di rumput muda Belajar kuat-kuat Buat ilmu hari tua 38
Pantun Kanak-kanak Anak lembu merah Tambat di pokok asam Adik kena marah Tarik muka masam 39
Pantun Kanak-kanak Burung Kakak Tua Hinggap di jendela Nenek sudah tua Giginya tingal dua Burung Kakak Tua Ada anak empat Nenek sudah tua Jalan pakai tongkat 40
Pantun Kanak-kanak Durian atas titi Pisang dalam dulang Sukanya rasa hati Abang sudah pulang 41
Pantun Kanak-kanak Geylang si paku Geylang Geylang si rama-rama Pulang marilah pulang Marilah pulang bersama-sama 42
Pantun Kanak-kanak Oh bulan mana bintang? Atas puncak kayu ara Oh tuan mana hilang? Dalam dapur atas para 43
PENutup Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan, Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan 1.https://youtu.be/8piQYdb0gJ4 44 VIDEO LAGU GURINDAM JIWA
Tanah luas tak ada tuannya Tombak tajam ditancapkan Atas perhatian dan bantuannya Terima kasih saya ucapkan PENutup 45