0 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NUR AIN BINTI SAMSUDIN No. K/P : 040126-10-0266 Angka Giliran : 2022242310204 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y4 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:_____Nur Ain_______ Tarikh : 13 FEBRUARI 2023 PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
1 “Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas.
2 ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN.......................................................................................................... 3 1.0 PENGENALAN .................................................................................................. 4 2.0 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL............................................................... 4 2.1 PANTUN.............................................................................................................. 5 2.2 SYAIR ................................................................................................................. 5 2.3 GURINDAM......................................................................................................... 6 2.4 SELOKA.............................................................................................................. 6 3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL ................................................................ 7 3.1 HIBURAN............................................................................................................ 7 3.2 KRITIKAN SOSIAL.............................................................................................. 7 3.3 PENDIDIKAN ...................................................................................................... 7 4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN................. 8 5.0 KESIMPULAN......................................................................................................... 9 RUJUKAN................................................................................................................... 10
3 PENGHARGAAN Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Ribuan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah saya iaitu Puan Ros Anita Kartini Binti Mohamed di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan yang diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang menjadi tulang belakang saya dan tidak pernah jemu memberikan sokongan kepada saya sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberikan bantuan. Akhir sekali, saya berharap agar tugasan yang saya hasilkan dapat menambahkan ilmu pengetahuan saya. Secara keseluruhannya, saya berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sewaktu menyiapkan kerja kursus ini.
4 1.0 PENGENALAN kesusasteraan merupakan “Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa” (Hashim Awang, 1986). Ianya disebut sastera lisan apabila dituturkan dan disebut sastera tulisan apabila ditulis. Sastera memiliki keindahannya yang tersendiri dalam aspek isi atau daya pengucapan. Istilah kesusasteraan berasal daripada perkataan sastra iaitu diambil daripada bahasa Sanskrit. Kata dasar sas- membawa maksud mengajar dan mengarahkan, -tra pula bermaksud alat. Justeru itu, sastra membawa maksud alat untuk mengajar. Selain itu, awalan su- merujuk kepada indah atau baik dan imbuhan ke- dan -an mempunyai makna yang menyeluruh iaitu segala yang tertulis, yang bernilai seni dan estetika serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran (Prof Dr Hashim Awang, Artikel Akademik, hal 2). Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada empat jenis dan bentuk iaitu puisi moden, prosa moden, puisi tradisional dan prosa tradisional. Puisi Melayu tradisional merupakan sastera terawal bagi semua bangsa di dunia dan dibaca dengan berirama. Puisi tradisional adalah hasil kesusasteraan yang ditulis dalam gaya tertentu. Puisi terdiri merupakan frasa yang disusun dalam bentuk baris dan tidak terdiri daripada ayat yang lengkap (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011). 2.0 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu Tradisional merupakan karya kesusasteraan yang memenuhi elemen sastera seperti mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai perantara. Puisi ini mempunyai nilai estetika dan bahasa yang digunakan merupakan bahasa yang indah dan berirama. Puisi Melayu tradisional terdiri daripada pantun, gurindam, syair, seloka, mantera, teka-teki, talibun, peribahasa dan sebagainya. Dalam konteks ini memfokuskan kepada empat jenis puisi iaitu gurindam, syair, seloka dan pantun.
5 2.1 PANTUN Pantun berasal daripada masyarakat Melayu dan menurut Za’ba (1978), orang Melayu telah pandai berpantun semenjak sebelum mereka tahu surat menyurat. Pantun merupakan pengucapan yang bertujuan untuk menyampaikan pemikiran atau perasaan mengenai sesuatu perkara itu. Pantun juga disampaikan dalam beberapa tujuan seperti menghibur, nasihat, jenaka dan sebagainya. Pantun merupakan puisi terikat yang terdiri daripada dua, empat, enam, lapan atau dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun juga mengandungi pembayang dan maksud. Pantun dapat ditafsirkan berdasarkan aspek luaran dan dalaman struktur visualnya. Unsur estetik dan isi iaitu tema serta persoalan merupakan aspek dalaman pantun. Unsur estetik pantun terbahagi kepada dua aspek. Unsur yang pertama berkaitan dengan penggunaan sesuatu lambang dalam pantun mengikut pandangan daripada dunia masyarakat Melayu. Kedua, hubungan makna antara pembayang sama ada secara abstrak atau konkrit. Pantun yang sering digunakan ialah pantun empat kerat dan dua kerat. Bunyi atau rima akhir adalah ‘a’, ‘a’ bagi pantun dua kerat manakala rima akhir berbentuk ‘a’, ‘b’, ‘a’, ‘b’, untuk pantun empat kerat. 2.2 SYAIR Syair merupakan puisi Melayu lama dan berlagu. Syair mempunyai empat perkataan dan lapan hingga 12 suku kata bagi setiap baris. Dalam setiap baris mempunyai suatu hentian dan memerlukan rangkap yang berurutan untuk menyampaikan idea yang lengkap dalam setiap rangkap. Menurut Harun Mat Piah (1989), kesemua pengkaji berpendapat bahawa perkataan syair itu berasal daripada Bahasa Arab yang membawa maksud puisi. Namun, syair Melayu dan syair Arab sangat berbeza bentuknya. Syair terbahagi kepada dua bahagian iaitu syair naratif dan bukan naratif. Syair naratif dapat dijelaskan sebagai penceritaan seperti syair sejarah dan juga kiasan. Selain itu, syair bukan naratif ialah syair bukan penceritaan seperti syair nasihat dan syair agama. Seterusnya, syair juga berperanan untuk menyampaikan cerita, buah fikiran, puji-pujian, kisah dan nasihat.
6 2.3 GURINDAM Salah satu bentuk puisi Melayu tradisional ialah gurindam. Gurindam memiliki bahasa yang bernas, serius dan padat. Selain itu, bahasa yang digunakan lebih cenderung menggunakan bahasa yang riang untuk dinyanyikan. Isinya pula mengandungi pelbagai nasihat, kebenaran, pengajaran dan luahan perasaan. Gurindam mengandungi dua baris serangkap dan tiga hingga enam patah perkataan. Seterusnya, gurindam 8 hingga 12 suku kata dalam sebaris dan memerlukan lebih daripada satu rangkap untuk melengkapkan idea. Gurindam merupakan syair yang melarat tetapi rangkapannya tetap. Manakala menurut Raja Ali Haji (1954), bentuk gurindam tercipta daripada sebuah ayat majmuk yang berpecah menjadi dua baris yang bersajak. Gurindam dihasilkan dengan tujuan gurau senda, nyanyian, jenaka dan sindiran. 2.4 SELOKA Perkataan ‘Seloka’ berasal daripada ‘shloka’ iaitu perkataan Sanskrit yang m menyindir atau berseloroh (Harun Mat Piah, 1989). Seloka merupakan puisi Melayu tradisional yang mempunyai bahasa yang berirama dan bercorak karangan berangkap. Seloka biasanya mengandungi unsur seperti ejekan, sindiran dan olokan. Namun, sindiran yang terkandung dalam seloka merupakan sindiran yang menyampaikan mesej yang berbentuk pengajaran dan teladan. Berdasarkan seloka juga kita boleh melihat bahawa masyarakat Melayu mengkritik secara halus dan berlapik. Kebanyakan seloka ditulis sebagai bentuk terikat iaitu serangkap mempunyai empat baris seperti seloka tetapi bentuknya lebih sama dengan pantun dan syair. Namun ada seloka yang berbentuk bebas iaitu ditulis setiap barisnya adalah isi seperti Seloka Pak Kaduk.
7 3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu Tradisional memiliki pelbagai fungsi antaranya adalah sebagai hiburan, kritikan sosial dan pendidikan. 3.1 HIBURAN Hiburan merupakan sesuatu perbuatan atau perlakuan untuk menghiburkan hati (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005). Kata-kata yang indah, rentak atau irama yang tersusun, hasil karya yang mampu menyentuh emosi pendengar atau pembaca dapat menghasilkan hiburan. Hiburan dalam Puisi Melayu Tradisional ini boleh disampaikan dalam bentuk nyanyian, dialog dalam hikayat, pemerian atau ujaran. Oleh itu, Puisi Melayu Tradisional berfungsi untuk menghiburkan pembaca atau pendengar 3.2 KRITIKAN SOSIAL Kritikan sosial merupakan salah satu fungsi Puisi Melayu Tradisional. Kritikan sosial biasanya terjadi kerana pengarang menghasilkan karya dengan tujuan untuk menyampaikan sesuatu kritikan itu kepada masyarakat. Ia biasanya memfokuskan isu masyarakat, manusia dan kehidupan. Puisi ini akan menjadi medium atau perantara untuk menegur dan menyampaikan mesej. 3.3 PENDIDIKAN Puisi Melayu Tradisional turut dijadikan medium untuk mendidik masyarakat. Hal ini demikian kerana terdapat banyak karya yang dihasilkan mempunyai unsur teladan dan nasihat yang disampaikan sama ada tersurat mahupun tersirat. Selain itu, dalam Puisi Melayu Tradisional juga mengandungi bidang ilmu seperti agama, sosiologi dan ekonomi yang secara tidak langsung akan memberi pengetahuan kepada pembaca. Puisi ini secara tidak langsung memberi ksedaran kepada pembaca atau pendengar.
8 4.0 MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN Seni sastera terbaik orang Melayu ialah pantun. Berdasarkan sesuatu pantun tersebut, dapat dikaji pemikiran, struktur sosial bangsa Melayu, akal budi dan falsafah hidup mereka. Pantun memang asal kepunyaan masyarakat Melayu dan digunakan untuk menunjukkan perasaan atau pemikiran. Tidak kira apa juga bentuk dan bilangan rangkap sesuatu pantun tersebut, pantun tersebut semstinya mengandungi pembayang maksud dan maksud. Ada sirih ada pinang, Nantikan gambir dengan kapur, Sudah dipilih sudah dipinang, Hanya menanti ijab kabul, Pantun diatas merupakan contoh pantun dalam adat perkahwinan. Berdasarkan pantun tersebut kita dapat lihat bahawa 2 baris pertama dalam pantun itu merupakan pembayang manakala 2 baris terakhir pantun tersebut merupakan maksud. Jenis pantun seperti di atas sering digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk menjadi saluran kepada apa juga jenis adat dalam masyarakat. Kebiasaannya pantun ini disampaikan melalui lisan kerana masyarakat terdahulu tidak mementingkan tulisan. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau salah tolong tunjukkan. Kalau dilihat pada maksud pantun tersebut, buah cempedak digunakan sebagai unsur flora. Berdasarkan pantun tersebut kita boleh memahami maksud pantun tersebut bahawa orang yang mahu menimba ilmu perlulah mempunyai sikap rendah diri sewaktu belajar. Pokok cempedak digunakan di dalam pantun ini kerana pokok cempedak merupakan pokok yang rendang dan buah cempedak tumbuh pada pangkal pokoknya.
9 5.0 KESIMPULAN Puisi Melayu Tradisional mempunyai pelbagai fungsi dan memberi pelbagai manfaat dan kebaikan kepada diri dan masyarakat. Hal ini demikian kerana dalam puisi ini terkandung banyak pangajaran, teladan dan juga nasihat kepada pembaca. Oleh itu, Puisi Melayu Tradisional ini perlulah dipelihara oleh semua generasi supaya tidaj lenyap ditelan zaman. (1207 patah perkataan)
10 RUJUKAN Dewan Bahasa dan Pustaka. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Harun Mat Piah,1989. Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang, 1987. Glosari Mini Kesusasteraan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mat Piah, H. (2004). Puisi melayu tradisional/nasihat dan pengajaran diselenggara. Razali, L. S., & Radzi, S. B. M. (2019). Puisi Lisan: Pemerkasaan Warisan Bangsa Melayu. Jurnal Melayu Sedunia, 2(1), 234-277. Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227 Siti Hajar Abd. Aziz. (2011). Bahasa Melayu 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Za’ba. (1965). Ilmu Mengarang Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zakaria, N., Abdullah, A., Zakaria, S. Z. S., Mutalib, M. H. A., Lambri, A., Jamaldin, S. S., ... & Derak, R. (2017). Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun: Akal Budi and Reflection of Malay Identity in Pantun. The Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 4(2), 89-97.