The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-97263765, 2022-07-14 05:19:01

MC TEXT KSO 2022

MC TEXT KSO 2022

Ketibaan Teks Pengacaraan Kejohanan Sukan Olahraga
Jemputan SK Pulau Bum Bum kali ke 15 Tahun 2022

Mengumumkan ketibaan YANG BERBAHAGIAN TUAN ABDUL MANAN
BIN HAJI INDANAN PEMIMPIN PEMBANGUNAN MASYARAKAT N64
SULABAYAN, dif-dif jemputan, guru-guru besar, wakil guru besar, ketua-
ketua kampung dan seterusnya ibubapa/penjaga yang dihormati sekalian
Hadirin diminta berdiri.

Senarai Salutasi

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
( )Yang Berusaha En. Sapie bin Baruun Pegawai Transformasi SK Pulau Bum Bum mewakili
Pegawai Pendidikan Daerah Semporna, Pejabat Pendidikan Daerah Semporna

Yang Berusaha En Razali bin Datuk Haji Melali, Guru Besar SK Pulau Bum Bum merangkap
Pengerusi Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 15 yang kita raikan pada hari ini
( )Yang Berusaha En Motahar bin Janani, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Semporna
yang juga merupakan Guru Besar SK Tagasan
( )Yang Berusaha En Johan bin Okasa, Pengetua / wakil SMK Bum Bum
( )Yang Berusaha _______________________, Guru Besar SK Balimbang
( )Yang Berusaha En Ari n bin Ujam, Guru Besar SK Labuan Haji
( )Yang Berusaha En Ainal bin Abu Nawas, Guru Besar SK Terusan Tengah
( )Yang Berusaha En Budlaji bin Tianggi, Guru Besar SK Terusan Baru
( )Yang Berusaha En Leksing Salleh bin Ismail, Guru Besar SK Sulabayan
( )Yang Berusaha En Mucktar bin Jalil, Guru Besar SK Hampalan
( )Yang Berusaha En Mohd Kasi bin Salasani, Guru Besar SK Gelam-Gelam
( )Yang Berusaha Tuan Haji Muhammad Shah bin Ladji, Guru Besar SK Egang-Egang
( )Yang Berusaha Tuan Haji Hussin bin Mostim, Guru Besar SK Tongkalloh
( )Yang Berusaha _____________________, Guru Besar SK Pulau Omadal
( )Yang Berbahagia _______________________, Ketua / Wakil Balai Polis Pulau Bum Bum
Turut saya raikan En Mohd Adaha bin Haji Balnain, Yang Dipertua PIBG SK Pulau Bum Bum
berserta semua AJK PIBG

Turut saya hormati Ketua-ketua Kampung, JKKK dan seluruh warga SK Pulau Bum Bum

dan Yang saya paling kasihi dan sayangi Murid-murid SK Pulau Bum Bum














iff

Perbarisan lintas Majlis kita pada pagi ini dimulakan dengan perbarisan masuk bendera
hormat kontinjen kejohanan dan lintas hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan Kejohanan
rumah sukan Sukan OIahraga kali ke 15, Tahun 2022, Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-
Bum.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput Yang Berbahagia Tuan Abdul
Manan bin Haji Indanan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N64
Sulabayan untuk menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan
kejohanan. Dengan segala hormat majlis mempersilakan.

Memulakan lintas hormat kita pada pagi ini adalah perarakan masuk
bendera kejohanan sekolah. Bendera kejohanan merupakan lambang
perjuangan dan semangat kesukanan warga SK Pulau Bum Bum dalam
membawa nama sekolah ke mata masyarakat amnya dan daerah khasnya.
Untuk makluman, kontinjen pembawa bendera kejohanan kali ini adalah
dibawah pimpinan En. Hendezian bin Amai dan En. Mohd Awie bin Rani.
Sekali lagi berikan tepukan yang gemuruh kepada perarakan masuk bendera
kejohanan.

Kontinjen yang sedang memasuki ruang hadapan khemah utama, nampak
memukau bagaikan kapal yang membelah lautan biru, berjuang untuk
bersaing merangkul kejuaraan dengan kekuatan anggota seramai 34 orang,
dengan moto BIRU HEBAT. Berikan tepukan yang gemuruh kepada
Kontinjen Rumah Biru. Nadi kekuatan rumah biru adalah En. Syed Mohd
Adan bin Syed Sugala, GPK Hal Ehwal Murid selaku penasihat dan Cikgu Sri
Puspadewi binti Jipun sebagai Ketua. Berikan tepukan gemuruh kepada
kontinjen Rumah Biru

Berikut menghampiri khemah utama, bagaikan raja dengan hulubakangnya
ialah, Kontinjen Rumah Kuning dengan kekuatan seramai 33 orang. Tunjang
kekuatan Rumah Kuning ialah En Ahmad Fadzlee bin Dato Donald, GPK
Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI sebagai penasihat, Rumah Kuning
diketuai oleh Teacher Ermah binti Edrus. Dengan moto, BISA MENYENGAT,
dan maskot Lebahnya ini lah kontinjen perbarisan Rumah Kuning.

Seterusnya, kelihatan bersemarak merah lambang keberanian dengan
semangat membara memburu kejuaraan, dengan kekuatan seramai 32 orang
dengan moto Pahlawan Melayu Ayuh Kita Serbu ini lah kontinjen rumah
Merah. Arkitek penjana kekuatan rumah sukan merah adalah En. Moktar bin
Makling, GPK Pentadbiran selaku penasihat dengan ditunjangi oleh Ustazah
Rodhiyah binti Abdul Hamid sebagai Ketua Rumah Sukan.

Mengakhiri perbarisan lintas hormat kita pada pagi ini, membelah belantara
nan luas bagaikan layaknya raja rimba ialah Pasukan Rumah Hijau.
Berpegang pada moto “CHYO FENTO CHONGYA” membawa maksud
Looking Forward (Melihat ke hadapan). Rumah Hijau merupakan mantan
Juara Keseluruhan Kejohanan Sukan Olahraga kali ke 14. Dengan kekuatan
anggota seramai 34 orang, nadi kekuatan rumah hijau adalah En Salamun
bin Khatib Haiyun, GPK Kokurikulum selaku penasihat dan diketuai oleh
Cik Wong Jia Ying.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Tuan Abdul Manan bin Haji
Indanan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N64 Sulabayan kerana sudi
menerima tabik hormat daripada kontinjen perbarisan kejohanan.

Hadirin mohon berdiri bagi nyanyian lagu Negaraku, lagu Sabah Maju Jaya
dan lagu sekolah.
Hadirin sekalian dijemput duduk.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Mohd Aizuddin
bin Ab Wahid untuk membacakan doa. Dengan segala hormat dipersilakan.
Amin amin ya rabbal A’lamin.
Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
- Baca senarai salutasi
Assalamualaikum wbt dan selamat datang ke Kejohanan Sukan Olahraga
Sekolah Kebangsaan Pulau Bum-Bum Kali ke-15 bagi Tahun 2022.

BACAAN IKRAR Hadirin sekalian, majlis pada pada kali ini diteruskan lagi dengan bacaan
KEJOHANAN ikrar kejohanan yang akan diketuai oleh Adik Ridwan bin Simada. Bacaan

ikrar ini akan diiringi oleh pembawa-pembawa bendera.

Untuk makluman sidang, Adik Ridwan telah mewakili sekolah ke pelbagai
pertandingan ko-akademik seperti hafazan, dsb di peringkat daerah dan
terkini mewakili asrama ke peringkat negeri sabah baru-baru ini.

Ucapan aluan Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai
GB tanda komitmen para atlet kepada kejohanan ini.
Ucapan Tentatif majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha En
perasmian Razali bin Datuk Haji Melali, Guru Besar SK Pulau Bum Bum merangkap
Pengerusi Kejohanan. Dengan segala hormat majlis mempersilakan.
Upacara Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Guru Besar SK Pulau Bum
menyalakan Bum di atas ucapan beliau sebentar tadi. Kini tiba masa yang dinanti-
obor nantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat, Yang Berbahagia Tuan
Abdul Manan bin Haji Indanan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N64
Sulabayan. Dengan segala hormat majlis mempersilakan yang berbahagia
tuan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Kejohanan
Sukan Olahraga SK Pulau Bum Bum kali ke 15, Tahun 2022.
Hadirin sekalian, Majlis diteruskan dengan gimik perasmian iaitu upacara
nyalaan obor Kejohanan yang akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia
Tuan Abdul Manan bin Haji Indanan, Pemimpin Pembangunan Masyarakat
N64 Sulabayan.

(Obor dibawa ke pentas utama oleh murid)

Untuk itu, dipersilakan Yang Berbahagian Tuan Abdul Manan selaku perasmi
kita dengan diiringi oleh Yang berusaha Tuan Guru Besar En Razali bin
Datuk Haji Melali dan dif-dif jemputan untuk menyalakan obor kejohanan

Gimik Obor Nyalaan obor tadi merupakan simbolik perasmian bagi kejohanan kita pada
Persembahan tahun ini. Ucapan terima kasih kepada Yang berbahagia Tuan Abdul Manan
bin Haji Indanan di atas kesudian menyempurnakan upacara sebentar tadi
sekaligus menandakan rasmi lah suda Kejohanan kita pada pagi ini.
Untuk makluman sidang, gimik perasmian sebentar tadi merupakan cetusan
idea Tuan Guru Besar, En Razali bin Datuk Haji Melali dan telah berjaya
direalisasikan oleh Jawatankuasa Gimik dan Obor dibawah pimpinan En
Hendezian bin Amai dan En Azman bin Salleh.
Majlis kini mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Abdul Manan bin Haji
Indanan, PPM N64 Sulabayan dengan diiringi oleh Yang Berusaha Tuan
Guru Besar En Razali bin Datuk Haji Melali serta semua dif-dif jemputan
untuk bersuai kenal dengan kontinjen rumah sukan yang bertanding di
KEJORA kali ke 15 Tahun 2022. Dengan segala hormat majlis
mempersilakan.
* Diminta Penasihat serta Ketua Rumah Sukan untuk berada bersama
kontinjen rumah masing-masing.
Majlis kita teruskan lagi dengan menyaksikan persembahan khas oleh
murid-murid asrama sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Untuk makluman semua, persembahan itu tadi merupakan usaha sama
murid -murid asrama sekolah dibawah pimpinan Cik Faizatul Asyikin binti
Masmi Shahrul, Pembantu Pengurusan Murid Asrama SK Pulau Bum Bum.

Penyampaian Majlis kita teruskan dengan penyampaian cenderahati kejohanan. Untuk
Cenderahati penyampaian yang pertama, dijemput yang Berusaha Guru Besar SK Pulau
Bum Bum En Razali bin Datuk Haji Melali dengan diiringi oleh Yang
Perbarisan berusaha YDP PIBG SK Pulau Bum Bum En Mohd Adaha bin Haji Balnain
berarak keluar untuk menyampaikan cenderahati tanda kenang-kenangan kepada Yang
Dif Jamuan Berbahagia Tuan Abdul Manan bin Haji Indanan. Dengan sukacita majlis
mempersilakan. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang
berbahagia Tuan Abdul Manan diatas kesudian hadir dan merasmikan
kejohanan ini. Majlis memohon agar Yang Berbahagia Tuan kekal di
hadapan pentas utama bagi menyempurnakan penyampaian yang
seterusnya.
Sekarang, majlis kita teruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan
cenderahati kepada pegawai jemputan dan penaja kejohanan. Bagi
menyempurnakan aturcara tersebut, dijemput sekali lagi Yang Berbahagia
Tuan Abdul Manan bin Haji Indanan dengan diiringi oleh Yang Berusaha
Guru Besar SK Pulau Bum Bum En Razali bin Datuk Haji Melali untuk
menyempurnakan penyampaian. Dengan sukacita majlis mempersilakan.
Penaja Kejohanan
- Dilsa Enterprise (Pembekal Makanan Bermasak Asrama Sekolah)
- Syazila Enterprise (Pembekal RMT dan Kantin Sekolah)
- Sania Enterprise (Pembekal Perkhidmatan Kanopi Kejohanan)
Pegawai Jemputan
- En Julke ee Pesiming (SK Lihak Lihak)
- En Shafee Mohammad (SK Terusan Tengah)
- En Mohd Aliff Abdul Rahman (SK Bugaya)
Terima kasih diucapkan kepada pihak tuan diatas kesudian
menyempurnakan penyampaian itu tadi.
Kini tiba masa untuk kita menyaksikan kontinjen perbarisan keluar baris.
Perarakan keluar kontinjen-kontinjen rumah sukan dimulakan dengan
rumah sukan biru.




lf


Click to View FlipBook Version