The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD RIFQI BIN REMELI, 2019-07-03 22:07:45

Topik 4 FLORA DAN FAUNA

Topik 4 FLORA DAN FAUNA

FLORA DAN FAUNA

Sub topik

 5.1 Mengenalpasti kepelbagaian flora :

 5.1.1 Tumbuhan semulajadi di Malaysia

- Hutan hujan tropika
- Hutan paya
- Hutan pantai
- Hutan Gunung

 5.1.2 Sumber herba di Malaysia

*5.2 Mengenalpasti kepelbagaian fauna

 5.2.1 Spesis hidupan laut
 5.2.2 Spesis Hidupan darat

TABURAN TUMBUHAN SEMULAJADI MALAYSIA

5.1 MENGENALPASTI KEPELBAGAIAN FLORA

5.1.1 Tumbuhan semulajadi di Malaysia

A. HUTAN HUJAN TROPIKA/KHATULISTIWA
 Hutan terluas di Malaysia.
 meliputi kira-kira 70% daripada jumlah kawasan hutan di Malaysia
 Kira-kira 46% daripada keluasan hutan ini terdapat di negeri Sarawak, 31 % di Semenanjung
Malaysia dan 23% di negeri Sabah.
 Tumbuh di kawasan kurang daripada 1200 meter.
 juga dikenali sebagai Hutan Dipterokarp Tanah Pamah.
 Hutan ini berlapis-lapis dan terdapat pokok menjalar serta memanjat.
 Pokok-pokok hutan hujan tropika tumbuh dengan ketinggian yang berbeza-beza.
 Ciri-Ciri:

i. Malar Hijau - pokok-pokok tidak menggugurkan semua daun pada masa yang sama;
ii. Tumbuhan tinggi, lurus, rapat dan tebal;
iii. Menjadi habitat bagi hampir dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi;
iv. Bercampur aduk/pelbagai sepsis - terdapat pelbagai spesies pokok yang tumbuh dalam satu kawasan;
v. Berakar banir, tumbuh berlapis-lapis dan mempunyai batang yang lurus dan tinggi;
vi. Terdapat pelbagai jenis kayu keras yang bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing,

merbau, balau, seraya dan kapur;
vii. 4 lapisan utama iaitu lapisan emergen, kanopi, tengah dan bawah

4 LAPISAN HUTAN HUJAN TROPIKA

 Ciri-ciri : Berakar banir  Epifit : Paku Tanduk Rusa

CIRI-CIRI MENGIKUT LAPISAN HUTAN

Pelbagai jenis Hidupan mengikut ketinggian

B. HUTAN PAYA  Mengkuang
 Keladi Air
Hutan paya dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:

1. Hutan paya air tawar
 Tumbuh di kawasan air tawar bertakung.
 Mempunyai akar jangkang, ceracak dan berbanir.
 Jenis-jenis Tumbuhan - Pokok palma, gelam, nipah, kempas, keladi air, mengkuang.
 Terdapat kawasan paya yang ditebus guna menjadi kawasan pertanian seperti:

- Tanaman padi (Dataran Kedah dan Delta Kelantan)
- Tanaman nenas (Barat Johor) dan Tanaman kelapa sawit dan padi ( Barat daya Johor)
 Kawasan
- Sekitar Dataran Johor (Johor)
- Sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
- Kawasan Delta Rajang (Sarawak) Kawasan Sabak Bernam (Selangor)
 Hidupan Air - Ikan, udang galah, ular, biawak, katak

2. Hutan paya air masin (paya bakau)
 Memiliki sistem akar untuk bernafas dan sokongan seperti akar jengkang, ceracak dan banir.
 Rendah dan berlumpur
 Hutan paya air masin tumbuh di kawasan pinggir laut yang berlumpur dan terlindung daripada pukulan ombak dan

sering mengalami air pasang dan surut.
 Jenis Tumbuhan (Pokok Palma, Nipah,Bakau, Gedabu, Perepat, Api-api, Berus atau Tumu, Berembang)
 Kawasan

- Sekitar muara Sungai Perak Dan Sungai Bernam
- Kawasan Pinggir laut Johor, Pahang dan Melaka
- Sekitar muara Sungai Rajang dan Sungai Baram (Sarawak)
- Kawasan pinggir laut pantai barat Sarawak. Kawasan pantai timur Sabah
 Hidupan Air - Ikan, ketam, kerang, udang, sotong, lokan dan siput

C. HUTAN PANTAI

 Hutan pantai terdapat di kawasan berpasir seperti di:
- Pantai Cahaya Bulan (Kelantan)
- Pantai Tanjung Rhu (Pulau Langkawi)
- Pantai Desaru (Johor)
- Pantai Batu Feringgi (Pulau Pinang)
- Pantai Pulau Talang-talang (Sarawak)
- Pantai Pulau Sipadan (Sabah)

 Kepentingan hutan pantai
1.Kayu daripada pokok ru biasanya digunakan untuk membuat perahu, kelong dan kayu api.
2.Daun mengkuang digunakan untuk membuat tikar dan bakul.
3.Kawasan rekreasi dan pelancongan

 Hidupan Liar
- Habitat utama bagi binatang kecil dan serangga.
- Kera,ular biawak tupai,burung dan serangga.

D. HUTAN GUNUNG

Ciri-ciri Utama

 Hutan gunung terdapat di kawasan yang ketinggiannya melebihi 1 200 meter dari aras laut
 Tumbuh dengan subur di kawasan tanah laterit.
 Pokok-pokok semakin jarang apabila tanah semakin tinggi

Jenis Tumbuhan (Flora)
Jenis Tumbuhan di hutan gunung berbeza mengikut ketinggian :
• Ketinggian 1 200 - 1 800 meter (Terdapat hutan montane bawah atau dikenali juga hutan daun
luruh (oak dan laurel), tumbuhan epifit (orkid, paku langsuyar)

• Ketinggian 1 800 - 2 900 meter (Terdapat hutan montane atas atau dikenali juga hutan poko
tirus (pain, sprus, gelam gunung), epifit (liken, lumut), Rafflesia, periuk kera, pokok
rhododendron)

• Ketinggian 2 900 - 3 500 meter (Tumbuhan hampir alpain iaitu pokok kerdil dan rumput,
pokok renek konifer, rumput jenis Low's Buttercup, Bornean eyebright, red sanicle dan periuk
kera)

• Ketinggian melebihi 3 500 meter (pokok renek, paku-pakis, lumut)

Jenis Hidupan (Fauna)
Jenis fauna yang hidup di hutan gunung berbeza-beza juga mengikut ketinggian:
• Di hutan montane bawah : Terdapat harimau dahan, kucing batu, ungka, binturong, musang,

katak, burung dan serangga).
• Di hutan montane atas : Terdapat beruang, ferretbadger, tikus, burung dan serangga)

Fungsi hutan

* Ekologi

i. Tadahan Air
ii. Mengawal banjir
iii. Menstabilkan iklim
iv. Melindungi hakisan tanah

 Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat

- Melindungi habitat semulajadi semua tumbuhan dan haiwan. Di dalam aspek ini flora yang
menghadapi kepupusan diberi tumpuan utama untuk dibiakkan semula.

* Sosio-ekonomi
i. Sumbangan kepada kemajuan sosio-ekonomi negara
ii. Perkembangan industri berasaskan kayu
iii. Mewujudkan peluang pekerjaan

* Rekreasi dan pendidikan
i. Menyediakan aktiviti rekreasi
ii. Penyelidikan dan pendidikan

5.1.2 SUMBER HERBA DI MALAYSIA

 Hutan Hujan Tropika kaya dengan sumber tumbuh-tumbuhan herba yang dikomersialkan untuk dijadikan ubat.

No. TUMBUHAN HERBA KEGUNAAN
1 Akar Seratus - membantu mengecutkan rahim wanita selepas bersalin.

2 Kacip Fatimah - Sebagai ubat tradisional untuk wanita yang bersalin.
3 Keladi kemoyang
- boleh melegakan rasa kembung perut.
4 Tongkat Ali - Rebusan akarnya untuk merawat cirit-birit
- Campuran daun dan akarnya untuk dijadikan ubat demam.

- Melancarkan proses peredaran darah.
- Meningaktkan tenaga batin

5 Lengkuas hutan - Digunakan untuk mengubati bisa gigitan ular dan serangga.

6 Daun Lerek - Mengubati luka bisul dengan memakan tiga biji buahnya.

7 Lebak - Untuk merawat demam dan selesma.

8 Kembang Semangkuk - Buahnya direndam dan boleh meredakan demam panas.

9 Pokok petai - Buahnya boleh menyembuhkan penyakit kencing manis.

10 Senduduk - Boleh merawat luka dan bisa.

11 Segemuk - Ubat tenaga batin.
12 Hempedu Beruang - Akar direbus dengan sarang burung

- Ubat tradisional untuk merawat sakit puan

5.2 MENGENALPASTI KEPELBAGAIAN FAUNA

 5.2.1 Spesis Hidupan Laut AMFIBIA IKAN
 Mamalia air INVERTEBRATA
Ikan kap dan Ikan
REPTILIA keli

Buaya Katak dan Kodok Ikan akuarium
Kura-kura
Penyu Kolam
Labi-labi
Cicak
Biawak
Ular

5.2.2 Spesis Hidupan Darat

INVERTEBRATA VERTEBRATA Karnivor Herbivor
(Serangga) (Mamalia)
Beruang Gajah
Haiwan Insektor Primat Serigala Tapir
(haiwan yang memakan Mempunyai tangan, Musang Seladang
serangga) kedudukan yang berjarak Harimau Kijang
jauh dan tidak mempunyai Rusa
 5.2.2 Spesis Hidupan Darat muncung panjang serta
kakinya telah digantikan
Kupu-kupu Tikus ambagn bulan dengan kuku
Lalat Tenggiling
Kumbang badak Kubong Beruk
Rama-rama Tupai
Anai-anai Kera
Kelip-kelip
Lotong

Kongkang (slow loris)

Proboscis monkey

kelawar

Landak

Roden

Kesimpulan

 Malaysia merupakan salah sebuah daripada dua belas negara di dunia yang
dikenali sebagai pusat megadiversiti flora dan fauna berdasarkan kekayaan
dan kepelbagaian sumber asli. Flora dan fauna memberikan sumbangan yang
besar terhadap nilai kepelbagaian yang tinggi ini. Kepelbagaian tumbuhan di
negara ini adalah dianggarkan sebanyak 15,000 spesies tumbuhan
bervaskular peringkat tinggi. Bagi kepelbagaian hidupan liar pula, Malaysia
mempunyai kira-kira 286 spesies mamalia, lebih daripada 150,000 spesies
invertebrata, 1,000 spesies kupu-kupu dan 12,000 spesies rama-rama dan
lebih daripada 4,000 spesies ikan laut


Click to View FlipBook Version