The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD RIFQI BIN REMELI, 2019-07-01 04:11:31

Topik 2 BENTUK MUKA BUMI

Topik 2 BENTUK MUKA BUMI

BENTUK MUKA BUMI

Sub topik

 4.1 Mengenalpasti potensi kawasan dan aktiviti berdasarkan jenis Bentuk Muka
Bumi Malaysia:

 4.1.1 Tanah Tinggi dan Banjaran
 4.1.2 Gunung
 4.1.3 Tanah Pamah
 4.1.4 Gua
 4.1.5 Pulau dan Pantai
 4.1.6 Laut dan Lautan
 4.1.7 Tasik (semulajadi dan buatan)
 4.1.8 Sungai dan air terjun
 4.1.9 Geiser (pancutan mata air panas)

4.1 MENGENALPASTI POTENSI KAWASAN DAN AKTIVITI
BERDASARKAN JENIS BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA

4.1.1 Tanah Tinggi dan Bandaran

A. TANAH TINGGI
 Terbentuk daripada gunung lipat tua.
 Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi.
 Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur. Terletak di :
i. Bahagian tengah Semenanjung Malaysia
ii. Bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
 Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan.

Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:

1. Banjaran Bintang
 Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang
 Menjadi bagi sungai Perak dan sungai Kinta

2. Banjaran Titiwangsa
 Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia
 Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia
 Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Korbu (2182 m)
 Penting sebai tapak bina stesen hidroelektrik
 Mempunyai pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Tanah
Tinggi Cameron.

3. Banjaran Tahan
 Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia
 Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190 m)

4. Banjaran Crocer
 Banjaran tertinggi di Sabah
 Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu

KEPENTINGAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

KEPENTINGAN CONTOH
a) Pusat Pelancongan - Suhu yang sederhana menarik
pelancong datang ke Malaysia.
b) Kawasan Tadahan Air - Tanah Tinggi Cameron
c) Sumber Kayu Balak - menjadi kawasan tadahan air bagi
sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa.
d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik - Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang
membekalkan kayu-kayu yang berharga
e) Kawasan Pertanian seperti keruing dan Meranti
- sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro
elektrik kerana banyak sungai yang
beraliran deras
- iklim yang sederhana menggalakkan
penanaman tanaman hawa sederhana

4.1.2 GUNUNG

 Banjaran gunung di Malaysia terbentuk daripada proses lipatan.
 Proses lipatan terbentuk apabila kerak bumi menerima kuasa mampatan.
 Pergerakan plat-plat tektonik menghasilkan kuasa tegangan dan mampatan

pada kerak bumi.
 Apabila kerak bumi termampat, maka terbentuk banjaran gunung lipat.

Perbandingan antara Sistem Gunung Lipat Muda dan
Gunung Lipat Tua

GUNUNG LIPAT MUDA GUNUNG LIPAT TUA

Terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu. Kira-kira 240 juta tahun dahulu terbentuk
Terkenal sebagai system Gunung Indo-Malaya.
Berpunca dari Pusaran Pamir. Berpunca dari Dataran Tinggi Yunnan (China)
menganjur ke Dataran Tinggi Shan (Myanmar).
Tidak stabil, lebih tinggi dan kasap Stabil kerana terletak di luar Lingkaran Api Pasifik.
Lebih rendah kerana telah mengalami banyak
Contoh: proses hakisan dan gongolan.
• Banjaran Himalaya Contoh:
• Banjaran Korakoram • Banjaran Titiwangsa
• Banjaran Barisan • Banjaran Annam
• Banjaran Crocker • Banjaran Ural
• Banjaran Tama Abu

*** Banjaran Himalaya ialah banjaran gunung yang terpanjang dan tertinggi di dunia. Banjaran ini mempunyai
sebanyak 30 gunung yang mencapai ketinggian melebihi 7300meter dari paras laut. Kemuncak tertinggi ialah
Gunung Everest iaitu 8848 meter dari aras laut dan merupakan gunung tertinggi di dunia.

4.1.3 TANAH PAMAH

 Bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia, jaluran tanah pamahnya adalah
lebih luas dan panjang

 Kawasan ini berpenduduk padat dan diliputi oleh tanah aluvium yang subur.

 Terdapat tanah pamah di kawasan lembah sungai seperti di lembah-lembah sungai
seperti di lembah Sungai Perak, Sungai Bernam, dan Sungai muar.

 Di bahagian hilir sungai, terdapat dataran, iaitu kawasan rendah yang lebih luas
seperti di Dataran Kedah. Dataran Perlis, Dataran Hilir Sungai Perak, Dataran Pinggir
Laut Selangor, dan Tanah Rendah Beralun-alun Selatan.

 Di bahagian pantai timur Semenanjung Malaysia pula, jaluran tanah pamahnya
adalah terputus-putus, sempit, dan berpasir.

 Contohnya, kawasan tanah pamah seperti di lembah Sungai Pahang, lembah
Sungai Kelantan, lembah Sungai Terengganu, Dataran Kelantan, Dataran
Terengganu, dan Dataran Pahang.

 Di bahagian pantai timur Sabah, jaluran tanah pamah adalah lebih lebar
berbanding pantai baratnya, tetapi sebahagianbesarnya adalah berpaya.

 Dataran lebih luas yang terdapat di hilir Sungai Kinabatangan dan Sungai
Segama.

 Dataran Pantai Barat Sabah adalah sempit dan terputus-putus kerana Banjaran
Crocker menganjur hampir dekat dengan laut.

 Kawasan tanah pamah di Sarawak adalah lebih panjang.

 Contohnya, terdapat di Dataran Baram, Dataran Pantai Barat Sarawak, dan
Delta Rajang

KEPENTINGAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA

KEPENTINGAN CONTOH
a) Kawasan Pertanian - Diliputi tahih alluvium; penting untuk
padi
b) Kawasan Perlombongan - Bersaliran baik, sesuai untuk
c) Tapak Petempatan penanaman getah dan kelapa sawit
d) Kawasan Perindustrian - Timah alluvium banyak terdapat di
lombong di Lembah Kinta
e) Jaringan Pengangkutan dan - Menjadi kawasan tumpuan penduduk
Perhubungan seperti di Lembah Kelang
- Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di
kawasan tanah pamah seperti di
Lembah Kelang
- Tanah pamah memudahkan
pembinaan jaringan pengangkutan

4.1.4 GUA

Gua batu kapur di kawasan tanah tinggi mempunyai ciri yang istimewa, misalnya
bentuk stalaktit danstalagmitnya yang unik. Gua Niah dan sistem gua di Gunung
Mulu, Sarawak, Gua Gomantong di Sabah dan Batu Caves adalah gua yang
sering dikunjungi pelancong. Gua batu kapur yang lain, khususnya di Gua Musang,
Kelantan mempunyai potensi yang baik untuk dimajukan sebagai pusat
Pelancongan.

4.1.5 PULAU DAN PANTAI

1. Pusat perikanan
(a) Kawasan pantai yang panjang menggalakkan sektor perikanan.
(b) Kawasan yang panjang dan berteluk sesuai dijadikan kawasan pembiakan
ikan, perkampungan nelayan, dan pelabuhan perikanan.
(c) Kawasan pantai mempunyai banyak pusat perikanan
Contohnya di Mersing, Batu Maung, Kudat, Mukah, Oya, Pulau Ketam dan Pulau
Pangkor.

2. Pusat pelancongan
(a) Kawasan pantainya yang berpasir dan indah menggalakkan pelancongan.
(b) Pemandangan pulau yang indah dan menghijau.
(c) Air lautnya bersih dan kaya dengan terumbu karang serta hidupan laut yang
unik lagi menarik. Contohnya di Pantai Cahaya Bulan, Pantai Teluk Cempedak, Port
Dickson, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pantai
Morib.

3. Tapak pelabuhan
(a) Kawasan pantai yang berteluk sesuai dijadikan
tapak pelabuhan kerana terlindung dan airnya
dalam. Contohnya di pelabuhan Pulau Pinang,
Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan
Pelabuhan Kuantan.

4. Sumber kayu bakau
(a) Kawasan paya air masin di kawasan pinggir laut
merupakan sumber kayu bakau. Contohnya disekitar
muara Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Rajang
dan Sungai Baram serta sekitar Sandakan.

4.1.6 LAUT DAN LAUTAN

Di Malaysia, taman laut ialah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh 2 batu
nautika dari tikas air surut terendah. Tetapi Pulau Kapas di Terengganu, Pulau
Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan
sejauh 1 batu nautika dari tikas air surut terendah. Negara ini juga merupakan
negara yang terletak di dalam kawasan Segi Tiga Terumbu Karang (CTI) dan
dikelilingi perairan Laut Andaman , Selat Melaka ,Laut Sulu dan Laut Sulawesi
menjadikan Malaysia kaya dengan biodiversiti marin.Hal ini kerana lebih 83 peratus
spesies terumbu karang dunia telah direkodkan di Malaysia.

Kegiatan menangkap ikan dilarang sama sekali di dalam kawasan Taman Laut
dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.
Ini termasuklah memancing, menjaring, pukat, bom ikan, tuba dan sebagainya.
Taman Laut adalah kawasan yang dilindungi,biasanya untuk melindungi dan
memulihara pelbagai habitat dan kehidupan marin akuatik.

Sebanyak 42 pulau yang telah digazetkan Jabatan Taman Laut Malaysia.
Usaha kerajaan mewujudkan Taman Laut tidak perlu dikhuatiri oleh
masyarakat nelayan kerana hal ini menyumbangkan kepada pembiakan
ikan. secara tidak langsung Hanya kawasan yang berpotensi seperti kawasan
batu karang dan kawasan pembiakan Ikan.

Selain itu juga pewartaan Taman Laut mewujudkan ekosistem seimbang dan
meningkatkan produktiviti berasaskan perikanan. (Topik 6)

4.1.7 TASIK (SEMULAJADI DAN BUATAN)

Tasik-tasik yang terdapat di Malaysia terbahagi kepada 2 jenis:
Tasik semulajadi (contohnya Tasik Bera dan Tasik Chini).
Tasik buatan manusia (contohnya Tasik Kenyir, Tasik Chenderoh, Tasik Temenggor).

Tasik-tasik ini penting sebagai:
- Sumber ikan air tawar.
- Sumber bekalan air.
- Tempat rekreasi dan pelancongan.
- Pusat penjanaan kuasa hidroelektrik (Tasik Kenyir).

4.1.8 SUNGAI DAN AIR TERJUN

1. Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal.
Lembah dan muara sungai menjadi tapak tamadun dan pusat perdagangan
awal. Contohnya Kuala Sungai Muda di Kedah muara Sungai Melaka dan lembah
Sungai Kinta di Perak.

2. Sempadan antarabangsa
Sungai menjadi sempadan semula jadi antarabangsa. Contohnya Sungai Golok di
kelantan memisahkan Malaysia dengan Thailand dan Sungai Padaruan
memisahkan Sarawak dengan Brunei Darussalam.

3. Sempadan negeri
Sungai menjadi sempadan semula jadi negeri, Contohnya Sungai Bernam
memisahkan Selangor dengan Perak, Sungai Muda memisahkan Kedah dengan
Pulau Pinang dan Sungai Endau memisahkan Johor dengan Pahang.

4. Bekalan air dan pengaliran
Empangan dibina di peringkat hulu sungai untuk membekalkan air untuk
kegunaan harian dan pengairan. Contohnya Projek Pengairan Muda
(Dataran Kedah) dan Projek Pengairan Kemubu (Dataran Kelantan)

5. Penjanaan kuasa hidroelektrik
Empangan juga dibina di hulu sungai untuk menjana kuasa hidroelektrik.
Contohnya Empangan Chendroh dan Empangan Temenggor di Sungai
Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu, Empangan Batang Ai di
Sungai Lupar dan Empangan Tenom Pangi di Sungai Padas.

6. Pembentukan dataran aluvium
Sungai membentuk dataran aluvium di peringkat hilir untuk penanaman
padi. Contohnya Dataran Kedah (Sungai Kedah), Dataran Kelantan
(Sungai Kelantan) dan Delta Rajang (Sungai Rajang)

4.1.9 GEISER (PANCURAN MATA AIR PANAS)

Geiser atau Mata air panas atau kolam air panas ialah mata air yang terhasil
akibat air bawah tanah yang dipanaskan secara geoterma mengalir keluar
dari kerak Bumi.

Di Malaysia, terdapat tempat mandi yang amat digemari orang bagi melegakan
lenguh-lenguh kaki dan seluruh anggota badan. Tidak lain dan tidak bukan
ialah Kolam Air Panas.

Kebiasaannya kolam air panas mengandungi kandungan sulfur yang tinggi dan
pelbagai lagi jenis mineral.

Banyak tempat kolam air panas semulajadi terdapat di seluruh negeri di Malaysia.
Antaranya ialah Kolam air panas yang terletak di Ulu Legong, Baling, Kedah. Kolam
air panas Sg. Klah yang terletak di Trolak, Perak. Kolam Air panas yang terletak di
Pedas, Negeri Sembilan. Kolam Air panas Bemban yang terletak di Jasin. Kolam Air
panas Bentong yang terletak di Pahang dan banyak lagi kolam air panas yang
terdapat di Malaysia.

Latihan Amali
(kumpulan)

 Pelajar dikehendaki mengenalpasti KAWASAN PELANCONGAN dan AKTIVTI berdasarkan bentuk
muka bumi berikut:

a. Tanah Tinggi dan Banjaran
b. Gunung
c. Tanah Pamah
d. Gua
e. Pulau dan Pantai
f. Laut dan Lautan
g. Tasik (semulajadi dan buatan)
h. Sungai dan air terjun
i. Geiser (pancutan mata air panas)


Click to View FlipBook Version