The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DARIPADA 4AD

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Riaty Abada, 2023-08-30 08:33:10

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN

TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN DARIPADA 4AD

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA KALI KE-66 4 ABU DAUD


ZAFIRAH HUMAIRA NAZURAH ZEYNIA IZZA AISYAH QHALIFF ADAM NAUFAL DARWISY PUTRA ADAM HAIKAL AQIL UMAR MUHAIMIN DANIA FALISYA ISKANDAR THAQIF ARIFF AISY ARIFF USTAZAH RIATY KAMI WARGA 4 ABU DAUD 2023


TOKOH-TOKOH KEMERDEKAAN 1. TUNKU ABDUL RAHMAN Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah lahir pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat/ Istana Pelamin, Alor Setar, Kedah. Tunku Abdul Rahman merupakan anak lelaki yang ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Cik Menyalara. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampong. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Selain daripada gelaran “Tunku, beliau juga dikenang sebagai “Bapa Kemerdekaan” dan “Bapa Malaysia”. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, “Bapa Kemerdekaan” Malaysia, mengiktiraf pentingnya memupuk kerjasama di kalangan pelbagai kaum sebagai cara utama untuk mengatasi cabaran politik. Anak ketujuh Sultan Kedah ke-25, Sultan Abdul Hamid Halim Shah, dan Che ‘Menjalara, Tunku telah bertanding – dan menang – pemilihan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) pada tahun 1951. Sebagai Presiden UMNO, beliau menubuhkan sebuah gabungan politik dengan kaum Cina dan India, mengakibatkan kelahiran gabungan yang kini dikenali sebagai Barisan Nasional (Barisan Nasional).


Tunku telah mengetuai perundingan untuk kemerdekaan, dan pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mengisytiharkan kemerdekaannya dari kerajaan British, tanpa sebarang pertumpahan darah. Tunku juga telah mencadangkan penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura (yang kemudiannya keluar pada tahun 1965), Sabah, dan Sarawak, yang ditubuhkan pada 16 September 1963. Sebagai ketua kerajaan, Tunku memberi pengiktirafan kepada agama Islam sebagai agama rasmi. Beliau berperanan penting dalam penubuhan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) pada tahun 1969, di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama. Pencapaian terbesar Tunku Abdul Rahman mungkin adalah pada pemupukan semangat kegenegaraan dan kebanggan rakyat Malaysia. 2. TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSEIN Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein ialah seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua dari September 1970 hingga kematiannya pada Januari 1976. Beliau dikenali sebagai Bapa Pembangunan. Beliau dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang serta merupakan anak sulung kepada Dato' Hussein bin Awang Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah binti Daud.] Beliau juga merupakan keturunan bangsawan berbangsa Bugis yang menjadi ketua-ketua bagi suku kaum di Pahang. Bapanya, Dato' Hussein pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Bentong. Beliau diberi gelaran Orang Kaya Indera Syahbandar dan Orang Kaya Berempat Pahang. Gelaran ini diwarisi oleh Tun Abdul Razak kemudiannya yang turut pernah menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Anak sulungnya, Dato' Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam setelah menggantikan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi pada tahun 2009. Anak-anaknya yang lain ialah Datuk Ahmad Johari Razak, Mohamed Nizam, Mohamed Nazim dan Mohamed Nazir.


Sejak dari sekolah rendah lagi, beliau telah menunjukkan kepintaran dan kecemerlangan dalam bidang pelajaran dan sukan. Beliau kemudian dipilih untuk menyambung pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Selepas pendidikannya tamat di Kolej Melayu Kuala Kangsar, beliau bertugas dengan PerkhidmatanPentadbiran Tanah Melayu. Pada tahun 1939, beliau ditawarkan biasiswa untuk menuntut di Kolej Raffles, Singapura pada 1940. Bagaimanapun, pendidikannya terpaksa ditamatkan sewaktu pencetusan Perang Dunia II. Selepas peperangan, beliau pergi ke United Kingdom pada tahun 1947 untuk belajar jurusanundang-undang. 3. SHARIF MASAHOR Sharif Masahor Syarif Masahor bin Muhammad Al-Shahab biasanya dikenali sebagai Syarif Masahor atau Sharif Masahor beliau dilahirkan pada tahun 1810 dan meninggal dunia pada tahun 1890 di Selangor. Beliau merupakan pahlawan melayu yang terkenal di Sarawak yang berketurunan Hadram di Sarikei, Sarawak. Beliau terkenal pada era penjajahan Brooke di Sarawak. Pada zaman dahulu, Sharif Masahor dikatakan seorang Gabenor yang disegani oleh masyarakat Iban dan Melanau. Beliau telah dilantik oleh Sultan Brunei sebagai Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Gabenor berpegang teguh dengan agama yang disegani Sharif Masahor dikatakan merupakan seorang yang amat berpegang teguh kepada agama. Beliau terkenal dengan dakwahnya dan telah berjaya membawa penduduk Kampung Tengah, Igan kembali kepada fitrah Islam. Oleh kerana itu, beliau sangatlah berpengaruh dalam kalangan orang Melanau.


Ketika James Brookes menjajah Sarawak, Brooke telah memperkenalkan sistem pentadbiran baharu dan ini telah menambah kemarahan pembesar-pembesar Sarawak. Brooke telah mengambil alih kawasan Sungai Rajang sebagai kawasan bawah pemerintahannya dan dia juga telah membina sebuah kubu di Kanowit. Hal ini telah membuat Sharif Masahor bertindak merancang untuk menghalau Brooke dari Sarawak. 4. TOK JANGGUT Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut (1853 – 25 Mei 1915) ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British ketika Perang Tok Janggut di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan. Gelaran Tok Janggut yang diberikan kepada beliau adalah kerana janggutnya yang panjang hingga ke paras dada. Haji Hassan bin Panglima Mat Munas dilahirkan di Kampung Jeram, Africa, Selangor. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan. Antara yang paling sensitif ialah pengenaan cukai seperti berikut: cukai tanah, cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang seabad, cukai pokok buah-buahan sebanyak 3 sen setahun, kelapa sebanyak 3 sen setandan dan sireh sebanyak 5 sen sejunjung. Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka. Keadaan ini ditambah lagi oleh peristiwa abang Tok Janggut telah dibunuh oleh budak raja oleh sultan sebelumnya menambah kebimbangan sultan mengenai kebenaran dakwaan British. Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.


5. DATO’ ONN BIN JAAFAR Dato' Sir Onn bin Dato' Jaafar merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO. Pada 1 Jun 1947, beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu 1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos, 1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.


6. TOK GAJAH Tok Gajah atau nama sebenar beliau Imam Rasu bin Shahrum, juga dikenali sebagai Khatib Rasu dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Tok Gajah juga merupakan ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang. Beliau merupakan Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga ke Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang. Tok Gajah juga merupakan ketua pasukan pemberontak dalam penentangan terhadap penjajah British dan Sultan, bersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang dipimpin oleh Tok Ku Paloh pada tahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan pemberontakan Pahang antara tahun 1891 hingga tahun 1895. Bersama dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.


7. TUN SIR HENRY LEE Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S. Lee (19 November 1900 – 22 Jun 1988) merupakan antara tokoh yang terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan kemudian menjadi Menteri Kewangan pertamanya dalam Jemaah Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan. H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Pada 1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya. Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan. Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti Perikatan.


8. DOL SAID Datuk Abdul Said atau lebih dikenali sebagai Dol Said adalah Penghulu Naning yang cukup berani. Beliau dikatakan mampu mengalahkan dua kapal angkatan tentera penjajah siap dengan kelengkapan meriam. Meskipun ketika itu senjata digunakan British jauh lebih moden, namun Dol Said dan pengikutnya tidak pernah gentar, malah sanggup bertempur demi memperjuangkan penduduk Naning yang ditindas. Beliau dan pengikutnya mula mengatur strategi sebaik mengetahui Gabenor Robert Ibbetson yang ketika itu memerintah India telah mengarahkan sepasukan askar Sepoi (askar upahan dari India) terdiri daripada 150 orang menaiki dua kapal lengkap dengan meriam belayar ke Melaka. Arahan Ibbetson itu adalah bagi memenuhi permintaan Gabenor Negeri Selat Melaka, Robert Fullerton yang meminta bantuan untuk menyekat penentangan Dol Said terhadap British di Naning. Tindakan Ibbetson itu cukup menggembirakan Fullerton dan sebaik pasukan bantuan tiba, beliau terus menyerang Naning sehingga berlaku pertempuran cukup hebat. Bagaimanapun, semangat juang yang ada pada Dol Said dan setiap penduduk Naning telah berjaya mengalahkan askar British sehingga Fullerton terpaksa menanggung malu dan pada masa sama ramai askar yang diupah British itu mati dibunuh. 9. HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG


Haji Abdul Rahman Limbong atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Abdul Kadir merupakan antara tokoh agama yang terkemuka di negeri Terengganu Darul Iman. Meskipun beliau bermula sebagai seorang tokoh agama dan pendakwah, namun, namanya mekar sebagai salah seorang yang bertanggungjawab membela nasib rakyat Terengganu dan berperanan penting dalam kebangkitan rakyat pada waktu itu. Haji Abdul Rahman Limbong yang dilahirkan pada tahun 1868 turut dikenali sebagai Tok Limbong dan Haji Derahman Limbong merupakan anak jati Terengganu yang dilahirkan di Kampung Jenguk Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu. Kisah perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong dalam menentang para penjajah adalah panjang, dan beliau adalah antara individu penting dalam kebangkitan rakyat Terengganu pada waktu itu. Meskipun beliau tidak terlibat secara fizikal dalam siri-siri pemberontakan yang berlaku di Terengganu pada tahun 1922, 1925 dan 1928, namun semangat, motivasi dan sokongan yang diberikan olehnya kepada para penduduk telah menaikkan semangat mereka untuk terus berjuang. Antara siri perjuangan yang paling diingati ialah bagaimana beliau menyokong penentangan terhadap perintah undang-undang cukai tanah dan larangan untuk menebas hutan yang dilaksanakan oleh pihak British pada waktu itu. Keadaan ini telah menyebabkan pihak British berasa tercabar dengan tindakan yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong sehingga beliau diberi amaran oleh pihak British. 10.MAT SALLEH Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi


Wakil Kesultanan Sulu di Sungai Sugut dan daerah Tambunan ialah sebahagian daripada daerah di bawah kekuasaannya. Sebelum kedatangan British. Beliau ialah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Kesan kedatangan British menyebabkan wilayah kesultanan Brunei semakin lama semakin mengecil dan kesultanan Sulu ditamatkan atas dasar perjanjian yang dimeterai dengan British. Penentangan bersenjata Datu Mat Salleh dan kumpulannya terhadap BNBCC bermula pada bulan Julai 1897. Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan beberapa rumah, gerai, kedai dan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong. Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar. 11. TUN TAN CHENG LOCK Tun Tan Cheng Lock telah dilahirkan pada 5 April 1883 di Hereen Street, Melaka. Beliau telah belajar di Sekolah Tinggi Melaka dan Institusi Raffles, Singapura, dimana beliau telah mengajar selama 6 tahun sehingga 1908. Kemudian, beliau telah pulang ke Melaka dan bekerja sebagai Penolong Pengurus di Ladang Getah Bukit Kajang. Pada 1909, beliau telah membuka syarikat getah sendiri yang bernama Ladang Getah Melaka Pindah, Ladang Getah United Malacca dan Ladang Ayer Molek.Pada 27 Februari 1949, Cheng Lock bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin Cina lain seperti Tun Leong Yew Koh dan Kolonel H.S. Lee telah menubuhkan MCA yang bertujuan untuk menyatu-padukan masyarakat Cina, bekerjasama dengan kerajaan menentang komunis, dan berganding bahu dengan kaum-kaum lain demi berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak British.


MCA telah mengadakan kempen di seluruh negara dan telah berjaya merekrut 200,000 ahli-ahli. Antara tugas-tugas MCA pada masa ini adalah untuk meyakinkan pihak British bahawa masyarakat Cina tidak memihak kepada Parti Komunis Malaya (PKM). Salah satu sumbangan MCA dalam usaha ini adalah untuk menempatkan semula masyarakatmasyarakat Cina kepada kampong-kampung baru yang lebih selamat dan jauh dari ancaman komunis. 12. YAM TUAN ANTAH Yamtuan Antah Ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 hingga 22 Oktober 1888 dan memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah oleh British pada tahun 1876. Perjuangan menentang penjajah di Negeri Sembilan dipelopori Tuanku Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin atau dikenali Yamtuan Antah yang juga Yamtuan (pemerintah) kelapan bagi kawasan Seri Menanti. Perjuangan di negeri itu bermula pada Mac 1872 apabila Datuk Kelana Sungai Ujong, Datuk Laksamana Syed Abdul Rahman membuat perjanjian membenarkan seorang Inggeris, Henry Velge membuka lombong biji timah di Sungai Ujong (kini Seremban). Bermula detik itu, Empayar British bertapak di Negeri Sembilan. Kemarahan Orang Melayu semakin meluap-luap pada April 1874 apabila Datuk Kelana Syed Abdul Rahman dan Datuk Muda Linggi pergi ke Singapura untuk bertemu British membuat satu perjanjian dengan wakil British, Andrew Clarke yang boleh merugikan bangsa dan tanah air itu menawarkan Sungai Ujong berada di bawah lindungan penjajah itu. Datuk Kelana menghantar surat itu kepada Clarke yang mengalualukan kehadiran seorang residen untuk menasihatinya memerintah Sungai Ujong. Bendera Union Jack akhirnya dinaik dan dikibarkan di puncak tiang berhampiran rumah Datuk Kelana di Ampangan pada September 1874, seterusnya disusuli istiadat tembakan meriam sebanyak 21 das seolah-olah British cuba memberitahu penduduk yang mereka berkuasa di Sungai Ujong. Bagi mengukuhkan kedudukannya di Sungai Ujong.


Datuk Kelana yang dibantu oleh 150 askar British lengkap bersenjata kemudian menyerang Datuk Bandar Tunggal dan membakar Rahang yang dimusuhinya pada November 1874. Datuk Bandar Tunggal akhirnya menyerah kalah akibat serangan itu. Selepas dua tahun berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri Menanti 13.TUN V.T SAMBANTHAN Tun Veerasamy Thirugnana Sambanthan atau lebih dikenali sebagai Tun V.T. Sambanthan. Beliau dilahirkan pada 16 Jun 1919 di Sungai Siput, Perak. Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang tokoh yang disanjung sepanjang masa khususnya oleh masyarakat India di Malaysia. Sambanthan juga dianggap pembela kaum India di Tanah Melayu. Beliau telah menubuhkan tabung pekerja India Selatan pada tahun 1907. Tabung ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan buruh India yang bekerja di ladang getah. Beliau seorang yang sanggup mengorbankan harta benda bagi membantu anak-anak buruh India dalam bidang Pendidikan seperti membina sekolah. Tun Sambanthan juga telah menyumbangkan tenaga dalam usaha menuntut kemerdekaan. Tun Sambanthan merupakan seorang yang mementingkan toleransi, keharmonian dan kerjasama pelbagai bangsa dan kaum di negara kita apabila beliau menjadi pemimpin. 14.TUNKU KUDIN Tunku Dhiauddin ibn Sultan Zainal Rashid I atau lebih dikenali sebagai Tengku Kudin (1821 – 25 Mei 1909) ialah seorang putera Kesultanan Kedah. Beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1821. Beliau dikatakan terpengaruh dengan cara hidup Eropah dan mendapat pendidikan separuh Eropah.


Beliau pernah dilantik sebagai Raja Muda Kedah semasa pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin III tetapi telah dilucutkan jawatan kerana terlibat dengan Perang Saudara Selangor. Perang Klang akhirnya berakhir apabila British campur tangan dan letak J.G Davidson sebagai residen Selangor pada 1875. Tengku Kudin masih lagi dikekalkan sebagai pentadbir kawasan di Selangor, tapi ada orang yang masih tak puas hati dengan Tengku Kudin ni cerita bukan-bukan dengan Sultan Kedah. 15. MAT KILAU Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, 1865 - 16 Ogos 1970, merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kirakira tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau dikatakan suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau dikatakan sebagai seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Antara pengikut Mat Kilau yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.


16.TUN HUSSEIN ONN Tun Hussein bin Dato' Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau dilihat sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan". Semangat Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union turut mengapikan semangat Tun Hussein untuk bersama bapanya menentang Malayan Union. Beliau kemudiannya menyertai bapanya dalam bidang politik apabila bapanya menubuhkan Pergerakan Melayu Johor Semenanjung. Apabila UMNO ditubuhkan, beliau dilantik sebagai Penolong Setiausaha Agung UMNO dan kemudiannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang pertama pada usia 28 tahun. Beliau kemudiannya menjadi Setiausaha Agung UMNO dan Tun Abdul Razak pula mengambil alih sebagai Ketua Pemuda UMNO. 17.DATO BAHAMAN Dato' Bahaman, atau nama sebenarnya Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh ialah seorang pahlawan Melayu terkemuka di Pahang, Tanah Melayu semasa zaman pendudukan British. Beliau juga merupakan salah seorang Orang Besar bagi Sultan Pahang, dan berpengaruh di kawasan Semantan, Pahang.


Beliau lahir pada tahun 1838 dan meninggal dunia pada tahun 1977 ketika berusia 139 tahun dengan identitinya sebagai Tok Guru Peramu. Pada Januari 1892, pihak Inggeris telah menjadi orang yang paling kuat dan memaksa Sultan Wan Ahmad untuk menamatkan kebangkitan Dato’ Bahaman di Pahang. Satu pasukan yang dinamakan “Gerakan Tentera” telah dilancarkan pada 22 Januari 1892 dengan kekuatan 800 orang. Seramai 140 daripadanya mempunyai senjata api yang dipimpin oleh Tengku Ali, Rodger (Residen Pahang), Panglima Garang Yusof, Saiyid Ali Badoh dan Abdullah dari Bera. Gerakan ini juga menemui kegagalan kerana selain daripada hanya dapat memusnahkan 11 buah kubu kecil termasuk Kubu Batu Ampar, jejak Dato’ Bahaman tidak dapat dikesan dan tidak ada tanda-tanda yang memungkinkan Orang Kaya Semantan itu dan pengikut-pengikutnya yang terdekat akan tertangkap. Pada awal bulan Februari, 1892, keadaan tegang dianggap telah berakhir. Untuk sementara waktu, daerah Semantan telah diletakkan dibawah jagaan Abdullah Bera. Pada Mac 1892, pasukan Dato’ Bahaman berjaya menawan semula Lubuk Terua. Perjuangan Dato’ Bahaman menjadi lebih hebat kerana dibantu oleh Tok Gajah. Pihak Inggeris kalah dan Abdullah Bera terpaksa pulang ke Bera. Kubu Lubuk Terua dikawal oleh orang-orang dari Cempaka dan Buluh. Ternyata mereka bersimpati dengan gerakan penentangan Dato’ Bahaman terhadap Inggeris. 18.ANTENOM Antenom atau Antanom nama penuh ialah Datuk Seri Panglima Ontoros bin Endol@Antanom atau dikenali Ontoros Antanom. Antanom lahir pada pada tahun 1875 di Borneo Utara (kini Sabah) Antanom juga ialah pahlawan murut yang terkenal dan perkasa dari Borneo Utara yang kini dikenali sebagai Sabah. Menurut sejarah lisan tempatan didakwa bahawa Antanom memiliki kuasa sakti (boleh bercakap dengan haiwan dan pokok) Selain itu, beliau telah menerima sokongan daripada ketua dan penduduk kampung sekitar Keningau,Tenom,Pensiangan dan Rundum lalu mendorong kepada kebangkitan Rundum menetang Syarikat Borneo Utara


British tetapi telah terbunuh semasa bertempur dengan tentera syarikat di Sungai Selangit berhampiran pensiangan. Pentadbiran Syarikat Borneo Utara British mengenakan cukai yang tidak pernah didengari oleh penduduk tempatan dan pihak British turut memaksa setiap pasangan Murut memiliki dua orang anak untuk menyerahkan seorang daripada mereka sebagai buruh syarikat. Antanom mengumpulkan hampir seribu orang pahlawan Murut dari Tenom, Keningau,Pensiangan untuk menentang empayar British pada tahun 1915. Antanom membina beberapa kubu dengan terowong bawah tanah dan rumah. Pihak British dikejutkan dengan kehadiran Antanom dan kesemua pahlawan yang berjaya dikumpulkannya itu dihadapan bangunan pentadbiran mereka. Antanom dan pengikutnya kemudian menyerang dengan membakar bangunan kerajaan dan kejahaanya itu telah membakar semangan orang Murut yang lain. Pengikut Antanom bertambah seramai 900 orang dan berlakunya pertempuran selama 6 minggu antara mereka dan pihak British. Antanom juga telah membina kubu pertahanan pada April 1915, pihak British menghantar 400 orang tentera yang dilengkapi dengan senjata api bagi menyerang balas sungguhpun pihak Murut hanya memilik senjata asas seperti sumpitan pedang dan lembing. Tentera British gagal menundukkan mereka dengan itu pihak British memasang perangkap dengan menawarkan perundingan damai di Rundum apabila Antanom dan perangikutnya dalam perjalanan ke tapak tersebut mereka dikepung dan ditahan oleh beratus-ratus orang tentera British selepas itu Antanom telah dihukum mati oleh pihak British. 19.DATO MAHARAJA LELA Dato' Maharaja Lela Pandak Lam ialah keturunan Daeng Salili anak Raja Bugis yang Berasal dari daerah Luwuk, Sulawesi. Dato' Maharaja Lela merupakan seorang penghulu di Pasir Salak dan juga merupakan seorang pembesar Berlapan di Perak. Beliau juga memegang gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Tun Jana Putra. Beliau terlibat dalam perjuangan menentang British di perak dan merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan tersebut. Beliau bersama-sama dengan pemimpin lain seperti Dato' Sagor dan Ngah Kandin telah merancang dan membuat pakatan


menentang penglibatan British di Perak dengan membunuh Residen British iaitu James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch).Dalam perjuangan ini, beliau mendapat restu daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail Serta mendapat sokongan daripada penduduk sekitar Pasir Salak dan Kampung gajah. Namun beliau telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada tanggal 20 Januari 1877 kerana beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W.Birch semasa perbicaraan di mahkamah Pasir Salak pada 14 Disember hingga 22 Disember 1876.


Wahai anak bangsa, Pertahankan negara kita, Kerana Merdeka itu sangat mahal, Tidak ternilai harganya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langusng.


Click to View FlipBook Version