INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : MUHAMMAD NAJIB BIN ABDUL RAZAK No. K/P : 040420-04-0321 Angka Giliran : 2022242310069 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y3 Nama Pensyarah : PN ROS ANITA KARTINI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEBRUARI 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Muhammad Najib bin Abdul Razak Kod: BMMB1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak
“Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki; i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari.
b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan: 13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama: SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan Pengajian Bahasa Melayu
PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi maka dengan izin dan inayahNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh kerana telah memberi peluang kepada saya untuk melaksanakan tugasan kerja kursus ini supaya dapat menilai kefahaman dan juga kemampuan saya dalam kursus yang saya pelajari ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn Ros Anita Kartini Mohamed kerana memberi tunjuk ajar kepada kami dalam mencurahkan ilmu pengetahuan dalam kursus BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu pada kali ini. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada Pn Ros Anita Kartini kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan tugasan ini dengan penuh semangat. Semoga ilmu yang telah dicurahkan oleh Pn Ros Anita Kartini menjadi asbab dalam kejayaan kami dalam tugasan pada kali ini, InshaAllah. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan Unit Y3 yang selalu memberikan nasihat yang amat berguna kepada saya dan juga kepada rakan sekelas serta kata-kata semangat dalam menyiapkan tugasan pada kali ini. Tanpa mereka, sudah tentu tugasan ini tidak akan disiapkan dengan sempurna. Semoga dengan usaha kita pada kali ini menjadikan kita seorang guru yang berjaya pada masa akan datang. Harapan saya terhadap tugasan pada kali ini adalah segala usaha yang telah saya dan rakanrakan membuahkan hasil dan mendapatkan keputusan yang cemerlang serta menjadi pembakar semangat dalam menghadapi tugasan yang seterusnya. Oleh itu, saya berharap dengan tugasan ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya serta menjadi seorang pendidik yang bukan sahaja ingin mengajar tetapi ingin mendidik anak bangsa supaya mereka juga dapat mencapai cita-cita serta menjadi insan yang berjaya.
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Konsep Kesusasteraan Melayu 1 2.0 Konsep dan Fungsi Puisi Melayu Tradisional 1 3.0 Puisi Melayu Tradisional yang Dipilih Sebagai Wahana Kesantunan dan Budaya Masyarakat Melayu 2 3.1 Analisis Puisi Terpilih Melalui Manifestasi Akal Budi Masyarakat Melayu 3 4.0 Rumusan 5
1.0 KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU Masyarakat Melayu mempunyai hasil karya dan ciptaan mereka yang tersendiri yang dipanggil kesusasteraan Melayu. Perkembangan masyarakat dalam dunia serba moden ini telah mencetuskan jurang antara hubungan sastera dengan kehidupan manusia. Sastera ini juga mempunyai bidangnya yang tersendiri dan pernah menjadi hak milik bersama. Secara umumnya, kesusasteraan ialah satu ciptaan seni yang diterjemahkan melalui bahasa. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), sastera merupakan satu keterangan yang panjang lebar secara teratur yang bertujuan untuk memahami sesuatu karya itu sama ada sastera lama atau moden. Sastera juga merupakan perkataan asal bahasa Sanskrit iaitu “sastra”. Perkataan dasar sasmembawa maksud mengajar manakala perkataan tra- merujuk kepada alat. Jadi dapat disimpulkan bahawa sastra ialah alat mengajar. Daripada aspek pendidikan, kesusasteraan Melayu merupakan karya asal yang ditulis dalam bahasa Melayu bertemakan kehalusan dan keindahan. 2.0 KONSEP DAN FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi Melayu tradisional ini kaya dengan peradaban serta keunikannya yang tersendiri dan telah wujud sebelum terciptanya sistem tulisan. Puisi bukan sahaja sebagai satu seni kepada masyarakat, namun merupakan saluran pemeliharaan adat, membina sahsiah diri, kepercayaan dan juga hiburan (Abdul Halim Ali, 2004). Puisi ini menggambarkan gaya hidup masyarakat Melayu lama dengan menggunakan perkataan – perkataan yang indah. Puisi ini mempunyai kelainan dengan puisi moden dari segi bentuk, jalan irama, perasaan dan fikiran kerana perkembangan kehidupan dahulu dan sekarang masyarakat adalah berbeza. Selain itu, puisi Melayu tradisional ini merupakan seni yang mengagumkan kerana berkait rapat dengan emosi, imaginasi dan budi seseorang. Sebagai genre sastera yang sudah lama bertapak di dunia, terdapat juga masyarakat yang menggunakan puisi dalam sesuatu perkara seperti masyarakat di Eropah, Arab dan Hindu. Pelbagai jenis dan bentuk yang terdapat dalam puisi Melayu tradisional ini seperti pantun, syair, gurindam dan seloka. Bentuk pantun merangkumi bilangan baris seperti pantun dua kerat, empat kerat dan lapan kerat. Ciri pantun empat kerat ialah baris pertama dan kedua ialah pembayang manakala baris ketiga dan keempat ialah maksud serta rimanya berbentuk ‘a’,’b’,’a’,’b’. Jenis kedua ialah syair yang dikatakan berasal daripada Parsi tetapi telah dibawa masuk ke Nusantara ketika kedatangan Islam. Bentuknya pula berakhir dengan rima ‘a’,’a’,’a’,’a’ manakala setiap baris 4 hingga 5 patah perkataan. Seterusnya seloka atau ‘shloka’ dalam bahasa Sanskrit iaitu berseloroh atau menyindir (Harun Mat Piah,1989). Seloka mengandungi bentuk corak karangan berangkap atau lebih kepada pepatah atau perumpamaan dan sebahagian besarnya ditulis empat baris serangkap namun ada juga berbentuk bebas. 1
Fungsi puisi Melayu tradisional adalah untuk menceritakan fikiran, perasaan, cita-cita dan mesej kepada masyarakat sekeliling kerana aspek sosio budaya kehidupan masyarakat Melayu ditekankan dalam puisi ini. Karya kreatif masyarakat Melayu ini merupakan aspek penting dalam kehidupan masyarakat ketika itu kerana puisi ini adalah untuk memberi nasihat, pengajaran dan hiburan dalam kehidupan seharian mereka. Tujuan karya sastera Melayu ini dibentuk adalah untuk melahirkan individu yang berfikiran pintar agar dapat membimbing manusia ke arah kemajuan dan kesejahteraan yang lebih baik. Fungsi puisi Melayu tradisional yang dapat dilihat dari segi hiburan ialah untuk menghiburkan hati para pembaca. Contohnya, jika sesebuah puisi itu mempunyai unsur jenaka, maka pembaca dapat merasakan unsur kelucuan itu sendiri. Selain itu, daripada aspek pendidikan. Contohnya, apabila penulis menyebarkan idea pemikiran mereka ke dalam puisi, sudah tentu pembaca dapat menambah ilmu pengetahuan mereka seperti dari aspek kemasyarakatan, kerohanian atau kemanusiaan. Seterusnya, daripada aspek dakwah pula, terdapat syair agama yang bertemakan sufi atau ajaran ilmu agama. Syair agama dikategorikan kepada empat iaitu syair nasihat, syair sufi, syair riwayat cerita nabi serta syair sejarah Islam. Akhir sekali, daripada aspek kritikan sosial. Puisi Melayu tradisional ini telah menjadi saluran untuk para karyawan mengkritik atau menegur kehidupan seseorang kerana pada zaman dahulu tidak wujud lagi kecanggihan teknologi seperti zaman sekarang. Hal ini berlaku demikian supaya dapat memberikan kesedaran kepada para pembaca agar mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. 3.0 PUISI MELAYU TRADISIONAL YANG DIPILIH SEBAGAI WAHANA KESANTUNAN BAHASA DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA Gurindam Dua Belas Fasal Kedua: Barang siapa mengenal yang tersebut, tahulah ia makna takut. Barang siapa meninggalkan sembahyang, seperti rumah tiada bertiang. Barang siapa meninggalkan puasa, tidaklah mendapat dua temasya. Barang siapa meninggalkan zakat, tiadalah hartanya beroleh berkat. Barang siapa meninggalkan haji, tiadalah ia menyempurnakan janji 2
Fasal Kelima: Jika hendak mengenal orang berbangsa, lihat kepada budi dan bahasa, Jika hendak mengenal orang yang berbahagia, sangat memeliharakan yang sia-sia. Jika hendak mengenal orang mulia, lihatlah kepada kelakuan dia. Jika hendak mengenal orang yang berilmu, bertanya dan belajar tiadalah jemu. Jika hendak mengenal orang yang berakal, di dalam dunia mengambil bekal. Jika hendak mengenal orang yang baik perangai, lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai. 3.1 ANALISIS PUISI TERPILIH MELALUI MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Oleh itu, beralih kepada analisis puisi. “Gurindam Dua Belas” yang dikarang oleh Raja Ali Haji pada tahun 1846 merupakan puisi Melayu tradisional yang terkenal pada zaman dahulu. Gurindam ini mempunyai bentuk yang terikat iaitu hanya dua baris serangkap terdiri daripada tiga hingga enam patah perkataan dengan rima akhir ‘a’,’a’. Secara umumnya, gurindam ini memerlukan beberapa rangkap untuk menjadikan sebuah gurindam itu memiliki idea yang lengkap dan bermakna. Gurindam ini merangkumi nasihat, pernyataan perasaan cinta dan pengajaran yang dapat dicontohi oleh masyarakat Melayu. Menurut Za’ba (1965), beliau berpendapat bahawa gurindam seperti sebuah syair melarat yang tetap rangkapnya. Contoh akal budi masyarakat Melayu yang terkandung dalam Gurindam Dua Belas fasal kedua ialah pengarang memberitahu kepada pembaca tentang sebuah nilai agama yang indah jika diikuti. Manusia yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah SWT akan mempunyai perasaan takut untuk melakukan segala larangan-Nya dan sedaya upaya menuruti perintah Allah SWT. Antara perintah yang wajib dilaksanakan sebagai umat Islam yang bepegang teguh kepada rukun Islam ialah menunaikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat serta menunaikan ibadah haji jika mampu. Pengarang iaitu Raja Ali Haji mementingkan solat sebagai tunggak pegangan hidup. Hal ini berlaku demikian kerana jika kita tidak menunaikan solat, hidup kita akan menjadi tidak tenang dan tidak mendapat keberkatan Allah SWT. Seterusnya, bagi orang yang meninggalkan puasa pula akan kehilangan kejayaan di dunia dan akhirat kerana orang itu tidak akan mendapat 3
perlindungan Allah SWT. Sebagai umat Islam yang bertakwa, kita perlu menzakatkan harta supaya harta yang dimiliki itu sentiasa suci dan berkat. Hasil zakat itu pula akan disumbangkan kepada orang yang kurang berkemampuan dan pembangunan umat Islam. Akhir sekali, orang yang tidak menunaikan haji tetapi berkemampuan. Hal ini dapat dikaitkan dengan hadis riwayat Tirmizi yang menyatakan bahawa orang yang mempunyai bekalan atau berkemampuan untuk menunaikan haji tetapi sengaja melewat - lewatkannya akan diancam mati sebagai Yahudi atau Nasrani. Seterusnya, fasal kelima berkait rapat dengan etika seseorang. Etika bermaksud suatu bidang yang berkait rapat dengan pendidikan, pengajaran dan moral individu (Rashid Md. Idris, 2011). Perkara ini banyak disentuh dalam gurindam fasal kelima yang ditujukan kepada pembaca atau pendengar. Contohnya, Raja Ali Haji menyeru supaya sentiasa berkelakuan mulia dan berilmu pengetahuan. Oleh hal yang demikian kita perlu menitikberatkan moral dalam kehidupan dan mencari rakan yang berperangai baik. Jelaslah bahawa falsafah pemikiran pengarang amat tertumpu kepada perkara berkaitan etika. Menurut Mana Sikana (1986), falsafah bermaksud satu kesenian berfikir yang bernas, waras dan terperinci. Karya Gurindam Dua Belas ini mengandungi falsafah dan aspek pemikiran yang menceritakan kehidupan manusia di dunia dan akhirat. Tamsilannya, sebagai umat Islam, kita perlu taat atas segala perintah-Nya dengan mematuhi rukun Islam dan iman dengan penuh takwa. Raja Ali Haji berjaya menyedarkan jiwa masyarakat bagi membentuk peribadi umat Islam yang berlandaskan syariat Islam. Di samping itu, akal budi daripada aspek pertuturan yang terdapat dalam gurindam ini ialah perkataan yang digunakan oleh pengarang mempunyai sifat kesantunan. Hal ini dikatakan demikian kerana gurindam ini menggunakan bahasa yang baik dan tidak mengguris hati pendengar. Selain itu, manifestasi akal budi dalam konteks gaya hidup yang dapat dilihat dalam gurindam ini ialah kehidupan masyarakat Melayu yang taat kepada perintah agama serta menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Akhir sekali, manifestasi akal budi masyarakat Melayu dalam aspek perlakuan. Contohnya, dalam fasal kelima gurindam ini menekankan bahawa pentingnya mencari kawan yang mempunyai tingkah laku dan adab yang mulia. Sebagai masyarakat Melayu, kita perlulah menjaga perlakuan dalam kehidupan seharian agar nama baik kaum Melayu tidak tercemar. 4
4.0 RUMUSAN Natijahnya, kesusasteraan Melayu ini perlulah dijaga dan diperlukan dalam kehidupan seharian kerana puisi Melayu tradisional kita ini merupakan khazanah bangsa dan negara yang tidak ternilai. Generasi muda seharusnya mempelajari puisi ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas kerana ini merupakan warisan yang telah diturunkan oleh nenek moyang kita. Sebagai warganegara Malaysia, kita merupakan insan yang bertanggungjawab memastikan puisi ini tidak ditelan zaman dan seterusnya mengangkat warisan ini ke mata dunia. (1205 patah perkataan) 5
RUJUKAN Abdul Halim Ali. (2006). Mendekati puisi Melayu tradisional. Profesional Baharu. Azman bin rahmat, Mohd Nazri bin Zainuddin, Shamsudin bin Abu Bakar, & Hasnah binti Awang. (2022). Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Pustaka Al-Ehsan. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (2015). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisonal. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana. (1986). Kritik sastera: Pendekatan dan Keadah. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mohd Rashid bin Md.Idris. (2011). Teori Falsafah Bahasa Asas Kesempurnaan Berbahasa: The Language Philosophy Theory as The Perfection of Communication Skill. PENDETA, 2, 21–33. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/PENDETA/article/view/1083 Mohd Rosli Saludin. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212 Za'ba. (2002). Ilmu mengarang Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zubir Idris. (2015). Komunikasi Moral Lewat Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid, 31(2), 601–616. http://journalarticle.ukm.my/10035/1/V31_2_35.pdf Zurakintan Abdul Razak, & Che Ibrahim. (2015). Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional. International Journal of the Malay World and Civilisation, 3(2), 121–129. http://journalarticle.ukm.my/8944/1/Pemikiran_melayu_tentang_ilmu_....pdf 6