The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NOR AZLINA YUNOS, 2019-08-01 10:28:16

Minit Mesyuarat kali ke 12 SMKDH 2019.

Minit Mesyuarat kali ke 12 SMKDH 2019.

Keywords: MINIT,MESYUARAT

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ HAMZAH
PELABUHAN KLANG

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN SMKDH BIL 12/2019

Tarikh : 9 Julai 2019 ( Selasa )
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Sutra Pawana SMKDH
Kehadiran : 8 orang
Pengerusi : En Saharudin b. Kasman

Hadir :

Bil Nama Jawatan

1. En Sahrudin b. Kasman Pengetua
2. Tn Hj Mohd Ariff b. Sujud PK HEM
3. Tn Hj Mustafa Al Bakri b. Rein PK Kokurikulum
4. Pn Rozilawati bt Md Mustapar PK Petang
5. Pn Noor Nalalita bt Mat Daim GKMP Bahasa
6. Pn Ngiam Kwei Heong GKMP Kemanusiaan
7. Pn Tan Swee Suan GKMP Sains dan Matematik
8. Pn Nor Azlina bt Yunos GKMP Teknik dan Vokasional

Tidak hadir (Bersebab) :
Tiada

Urus setia Mesyuarat : GKMP Teknik dan Vokasional
1. Pn Nor Azlina bt Yunos

AGENDA MESYUARAT:
1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah.

1.2 Pengerusi menerangkan dalam melaksanakan pencerapaan adalah perlu sangat mahir
mentakrif setiap item dan jelas dalam pemberian skor. Maka hari ini akan dibincangka n
semula setiap item yang ada dari segi penyelarasan pemberian skor supaya tidak wujud
jurang yang besar dalam pemberian skor antara pentadbir.

1.3 Pengetua berhasrat agar dapat membuat PLC Pencerapan dalam kelangan pentadbir dengan

menggunakan kaedah di mana beberapa pentadbir bersama sama masuk ke kelas beberapa

guru mata pelajaran semasa PdPc guru tersebut dan membuat penilaiaan. Selepas itu

membincangkan semula dalam kalangan pentadbir bagi setiap penskoran yang diberikan

berdasrkan item yang dinilai.

1

1.4 Pentadbir diharapkan dapat menjalankan peranan sebagai kumpulan Pemimp in
pertengahan (Middle Leader Team) dalam merealisasikan Transformasi sekolah 2025.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 4/2018
2.1 Cadangan : Pn Noor Nalalita bt Mat Daim
2.2 Sokongan : Pn Tan Swee Suan

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT/ MAKLUM BALAS

Tiada

4. PERKARA-PERKARA BAHARU/ISU

4.1 Pembugaran SKPMG2 Standard 4
4.1.1 Pengerusi meminta agar semua pentadbir menguasai dan mahir dalam mentafs ir
setiap item SKPMG2 Standard 4 dan mahir dalam pemberian penskoran untuk
pencerapan yang dibuat. Setiap skor yang diberi mestilah memenuhi item yang
dinilai.

4.1.2 Pengerusi meminta agar dapat membuat PLC Pencerapan. Caranya di mana
sekumpulan pentadbir masuk ke kelas guru yang dipilih untuk dicerap seterusnya
pentadbir membuat pencerapan mengikut pentafsiran masing- masing. Kemudian
skor yang diberi oleh setiap pentadbir akan dibincangkan dan dimurnikan supaya skor
yang diberi itu lebih sahih dan tepat.

4.2 Peranan MLT ( Middle Leader Team) dalam TS 25
4.2.1 Pengetua membentangkan Peranan MLT dalam meralisasikan Transformasi
Sekolah 2025

Tindakan : Makluman

4.3 Laporan daripada PK dan GKMP

4.3.1 Laporan PK HEM
4.3.1.1 Peratus kehadiran bulanan
i) Peratus kehadiran bulanan Januari sehinga Jun 2019 ialah sebanyak 84.13%
ii) Murid cicir atau dibuang persekolahan Januari hingga Jun 2019 ialah
sebanyak 10 orang
iii) Murid yang telah diberhentikan sekolah sepanjang Januari sehingga Jun 2019
adalalah sebanyak 17 orang.

Tindakan : Makluman

2

4.3.1.2 Statistik disiplin
i) Mengikut data statistik,

 kesalahan poteng sekolah adalah yang paling tinggi iaitu sebanyak 65.47%
kes/ 383 kes

 Kesalahan ponteng kelas adalah sebanyak 33.33%
Tindakan : Makluman

4.3.1.3 Mulai 10 Julai 2019, grill blok kelas akan dibuka pada pukul 7.35 pagi
untuk menggelakkan murid berada kelas awal tanpa pengawasan.

Tindakan : Makluman

4.3.1.4 Sebut harga kantin baru tahun 2020-2021 akan mula dibuat pada Julai
2019
Tindakan : Makluman

4.3.2 Laporan daripada PK Kokurikulum

4.3.2.1 Pembentangan kertas kerja Program Sambutan Bulan Kebangsaan &
i) Bulan Kemanusiaan 2019
ii) Pembentangan aktiviti aktiviti yang akam dijalankan (Rujuk Kertas
iii) Kerja)
Pembentangan anggaran perbelanjaan dan sumber peruntukan Bulan
Kemerdekaan ( Rujuk kertas kerja)
Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana akan diadakan pada 17 Julai 2019

Tindakan : Makluman

4.3.2.2 Laporan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Sidang Redaksi 2 pada 4
i) Julai 2019
ii)
Sebuah komputer riba diperlukan untuk kegunaan AJK Grafik bagi
penyediaan Majalah Sekolah
AJK Fotografi juga memohon sebuah “External drive” (hard disk)
untuk menyimpan data dan foto berkaitan majalah sekolah

Tindakan : Makluman

4.3.2.3 Perkhemahan Perdana PBB SMKDH 2019 telah berjaya dilaksanakan
pada 5- 7 Julai 2019 dengan jayanya. Seramai 88 pelajar telah menyertai
unit kokurikulum mengucapkan berbanyak terima kasih kepda guru yang
telah menjayakan program perkhemahan ini.

Tindakan : Makluman

3

4.3.2.4 Pertandingan kawad kaki PBB SMKDH siri 5, 2019 akan dilaksanakan
pada seperti ketetapan berikut

Tarikh : 13 Julai 2019

Tempat : Tapak Pakir (Hadapan Dewan Perdana Nunis)
Masa : 0800 pagi – 12.30 tengah hari

4.3.3 Tindakan : Makluman
Laporan PK Petang
4.3.3.1 Peratus kehadiran ibu bapa pada Hari Konsultasi Peperiksaan Pertengahan

Tahun 2019 meningkat sebanyak 1.76% dari tahun 2018 iaitu 50.55%
4.3.3.2 Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun Peralihan

i) Peralihan
 Peratus Murid menguasai 55.29%
 Peratus Murid yang tidak menguasai 44.71%

ii) Tingkatan 1
 Peratus murid menguasai 39.96%
 Peratus murid yang tidak menguasai 60.04 %

iii) Tingkatan 2
 Peratus murid menguasai 38.32%
 Peratus murid yang tidak menguasai 61.68 %

4.3.3.3 Disiplin
i) Isu murid membawa vape ke sekolah
ii) Jawatankuasa disiplin akan membuat spot check untuk menangani
masalah ini
Tindakan : Makluman

4.3.3.4 Kebersihan kelas
i) Semua kelas murid sesi petang tiada penyapu. Ianya menyebabkan
kesukaran untuk murid membersihkan kelas.
Tindakan : PK HEM

4.3.4 Laporan daripada GKMP Bahasa
4.3.4.1 Ujian Pra Bertutur akan dijalankan pada 16 hingga 18 Julai 2019

Tindakan : Makluman

4.3.5 Laporan daripada GKMP Teknik dan Vokasional
4.3.5.1 Bulan Teknik dan Vokasional
i) Pelancaran Bulan Teknik dan Vokasional telah dibuat di perhimpunan rasmi
sekolah pada 8 Julai 2019
ii) Aktiviti akan dijalankan dalam bulan ini (mengikut seperti kertas kerja)

iii) Panitia Seni Reka Tanda akan mencari cara lain untuk menjalankan aktivitinya
memandangkan tekanan airi rendah dan sukar untuk membasuh alatan yang
digunakan

Tindakan : Makluman
4

4.3.5.2 Karnival MPV, Hari Koperasi dan Karnival Kerjaya
i) Program ini akan dijalankan pada18 Julai 2019, ianya akan berjalan serentak di
Dewan Nunis Perdana dan Parking berbumbung. Ianya akan dilancarkan oleh Tan
Sri Zainal Rampak dalam majlis perasmian yang akan diadakan pada 10.00 pagi di
Dewan Perdana Nunis SMKDH.
ii) Mesyuarat pertama telah dijalankan pada 4 Julai 2019
iii) Mesyuarat kedua akan dibuat pada 8 Julai 2019 untuk pembentangan tugasan yang
telah dibuat oleh jawatankuasa pelaksana.
Tindakan : Makluman

4.3.5.3 Guru ICT memohon agar kelas ICT dibuka dan penambahan alatan ICT
Tindakan : Makluman

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Pengetua memaklumkan tarikh solat hajat dikekalkan seperti dalam takwim sekolah iaitu
pada 20 September 2019 (Jumaat)
Tindakan : Makluman

5.2 Puan Tan memaklumkan jadual baru akan mula diedarkan pada 12 Julai 2019 dan akan
diguna pakai pada 15 Julai 2019 (Isnin).
Tindakan : Makluman

6. PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua ahli mesyuarat. Mesyuarat
ditangguhkan pada pukul 4.15 petang

Disediakan oleh:

----------------------------------------
(Nor Azlina bt Yunos)
GKMP Teknik dan Vokasional
SMK Dato’ Hamzah
Tarikh : 9 Julai 2019

5

6


Click to View FlipBook Version