NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PERANCANGAN, PENYELIDIKAN
DAN INOVASI
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA
LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR
TUGASAN KERJA KURSUS
(INDIVIDU)
Nama : HILAL IZHAR BIN MOHD AZRUL HISHAM
Angka Giliran : 2019212350009
Nombor K/P : 001030-02-0489
Kumpulan/Unit : PISMP TESL A JUN 2019
Kod dan Nama Kursus : LASS3013 PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : PUAN SIVE DARSHINE A/P PERIASAMY
Tarikh Hantar : 26/10/2022
Tarikh Diterima :
(Diisi Oleh Pensyarah)
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Pengesahan Pelajar
/ Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami.
Tandatangan Pelajar : Jumlah markah:
Tarikh : 26/10/2022
Catatan: Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus
pelajar.
LAPORAN PELAKSANAAN KHIDMAT
MASYARAKAT DI SK SENA
RINGKASAN PROJEK
JENIS PROJEK : Khidmat masyarakat
JANGKA WAKTU / MASA : 9:00am – 11:00am (2 jam)
LOKASI : Sekolah Kebangsaan Sena, Kangar, Perlis
PESERTA : Murid tahun 4 SK Sena
JUMLAH PESERTA : 40 orang
AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN :
1. Mengutip sampah di sekeliling sekolah.
2. Membersihkan longkang untuk memudahkan pengaliran air.
3. Menyapu daun kering di kawasan sekolah.
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Fasa Perancangan
2.1 Kertas kerja
3.0 Fasa Pelaksanaan
3.1 Sesi taklimat
3.1 Pembersihan Kawasan sekolah
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
5.0 Analisis SWOT
5.1 Kekuatan
5.2 Kelemahan
5.3 Peluang
5.4 Ancaman
6.0 Cadangan penambahbaikan
7.0 Penutup
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM PENGHIJAUAN DI RUMAH
1.0 Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, isu alam sekitar kian meruncing dalam negara kita. Banyak
isu-isu alam sekitar dilaporkan yang membuka mata masyarakat tentang kepentingan
penjagaan alam sekitar. Umum mengetahui bahawa penjagaan alam sekitar mempunyai
banyak faedahnya. Adalah wajar untuk kepentingan ini didedahkan kepada rakyat Malaysia
sejak di bangku sekolah lagi. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar di sekolah merupakan
pewaris negara pada masa akan dating. Sekiranya mereka tidak mengetahui kepentingan
menjaga alam sekitar, maka mereka akan mengabaikannya pada masa akan dating
seterusnya membuatkan isu alam sekitar di negara ini semakin meruncing. Oleh yang
demikian, pelajar sebaiknya mengetahui tentang penjagaan alam sekitar. Program khidmat
masyararakat yang dijalankan di Sekolah Kebangsaan Sena merupakan antara inisiatif guru
dalam menangani masalah ini. Seramai 40 orang pelajar tahun 4 SK Sena menyertai aktiviti
khidmat masyarakat ini yang berlangsung pada 18/10/2022. Antara aktiviti yang dilakukan
adalah mengutip sampah, membersihkan longkang dan menyapu dedaun kering. Aktiviti-
aktiviti ini diharap dapat membantu menyemat kepentingan penjagaan alam sekitar dalam diri
para pelajar.
1
2.0 Fasa Perancangan
Fasa perancangan melibatkan proses membuat kertas kerja cadangan kepada pihak
pentadbiran. Butiran program dan segala jenis perancangan seperti matlamat dan objektif
program, cadangan aktiviti pelaksanaan, anggaran perbelanjaan dan peruntukan dirangka
di dalam kertas cadangan. Kertas cadangan kemudian diserahkan kepada pihak
pentadbiran untuk dinilai dan diluluskan. Berikut merupakan kertas cadangan yang telah
dirangka bagi menjayakan program ini.
4
KERTAS KERJA CADANGAN
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT
DI
SK SENA
TARIKH: 18 OKTOBER 2022
DISEDIAKAN OLEH:
HILAL IZHAR BIN MOHD AZRUL HISHAM
4
KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
2.0 Matlamat
3.0 Objektif
4.0 Rasional
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
6.0 Rancangan aktiviti
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Penghijauan di SK Bandar Baru Ampang
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan
8.2 Peruntukan
9.0 Penutup
4
1.0 Pengenalan
Alam sekitar merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian
masyarakat zaman kini. Noor Azizah Samsudin & Zanaton H. Ikhsan (2015) mengatakan
bahawa Kebergantungan manusia kepada alam sekitar mencukupi pelbagai aspek kehidupan
termasuklah dari segi keperluan asas sehinggalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak
kehidupan. Hal ini merujuk kepada bagaimana kehidupan manusia dan alam sekitar adalah
saling bergantung antara satu sama lain. Misalnya, oksigen yang diperlukan oleh manusia
dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan manakala karbon dioksida yang diperlukan oleh tumbuhan
dihasilkan oleh manusia. Manusia dan alam merupakan dua komponen utama tenaga hijau
dalam ekosistem kehidupan manusia (Markom & Hassan, 2014). Masyarakat sewajarnya
mempunyai kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar. Walau bagaimanapun,
pembangunan yang pesat membawa kepada pengabaian alam sekitar. Meskipun negara
menjadi semakin moden dengan pelbagai bangunan pencakar langit dan sebagainya,
kelestarian alam sekitar tidak dijaga dengan baik. Perkara ini merujuk kepada bagaimana
masyarakat tidak mahu mengambil bahagian dalam pemuliharaan alam sekitar meskipun
mengetahui akan kepentingannya. Oleh yang demikian, pelaksanaan program yang
melibatkan alam sekitar di bangku sekolah wajar dilakukan. Hal ini adalah untuk memastikan
bahawa pelajar dididik untuk menjaga alam sekitar secara aktif. Kertas cadangan ini ingin
mencadangkan satu program khidmat masyarakat di Sekolah Kebangsaan Sena.
2.0 Matlamat
Program ini bermatlamat untuk menimbulkan kesedaran tentang kepentingan alam
sekitar dalam kalangan murid di Sekolah Kebangsaan Sena. Menerusi program ini, murid-
murid diharapkan agar mereka peka akan keadaan semasa alam sekitar.
3.0 Objektif
Objektif program ini adalah seperti berikut:
1. Menimbulkan kesedaran dalam diri murid tentang kepentingan alam sekitar.
2. Memupuk minat murid dalam aktiviti berkaitan alam sekitar.
3. Memastikan persekitaran sekolah dalam keadaan yang baik.
4. Menyemai rasa cinta akan alam sekitar dan sekolah dalam diri murid.
5. Menggalakkan murid melibatkan diri dalam kegiatan sukarelawan.
6. Mendorong murid untuk bersosial dalam aktiviti yang bermanfaat.
4.0 Rasional
7
Rasional program ini adalah seperti berikut:
1. Memastikan murid peka dengan keadaan semasa alam sekitar.
2. Melahirkan generasi yang dapat membantu memulihara alam sekitar.
3. Memastikan murid mempunyai nilai-nilai murni yang baik.
5.0 Cadangan pelaksanaan
5.1 Butiran program
Tarikh: 18 Oktober 2022
Tempat: Sekolah Kebangsaan Sena
Sasaran: 40 orang pelajar tahun 4
Cadangan nama program: Program Khidmat Masyarakat SK Sena
Keluasan Tempat : 15 meter x 20 meter = 300 meter persegi
6.0 Rancangan aktiviti
Beberapa aktiviti telah dirancang bagi menjayakan program ini. Antaranya ialah
pembersihan Kawasan persekitaran sekolah. Pelajar akan bekerjasama dalam
membersihkan Kawasan yang telah ditetapkan. Antara aktiviti pembersihan adalah
termasuk pembersihan longkang agar aliran air lancer, menyapu dedaun kering dan
mengutip sampah di persekitaran sekolah. Aktiviti-aktiviti ini dipercayai dapat
membantu menimbulkan kesedaran dalam diri murid akan kepentingan penjagaan
alam sekitar.
7.0 Carta alir pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat SK Sena
7
Perbincangan mengenai isu
alam sekitar di sekolah
Pengenalpastian kawasan
tumpuan program
Memilih peserta dan guru
yang terlibat
Menyediakan peralatan yang
diperlukan
Melaksanakan program pada
tarikh yang telah ditetapkan
Membuat refleksi
8.0 Kewangan
8.1 Anggaran perbelanjaan:
Item Kuantiti Kos Jumlah
Plastik sampah 5 paket RM5 RM25
Sarung tangan 50 pasang RM2 RM100
Air minuman 50 botol RM1 RM50
JUMLAH RM175.00
KESELURUHAN 7
8.2 Peruntukan:
Peruntukan bagi program ini adalah daripada Sekolah Kebangsaan Sena. Diharapkan
pihak sekolah dapat memberikan peruntukan seperti yang dinyatakan di atas.
7
9.0 Penutup
Alam sekitar merupakan suatu yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat. Penjagaan
dan pemuliharaan alam sekitar adalah penting dalam memastikan bumi menjadi lebih hijau.
Program Khidmat Masyarakat yang dicadangkan ini diharapkan dapat membuatkan murid SK
Sena lebih peka dengan keadaan alam sekitar di negara ini.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(Hilal Izhar bin Mohd Azrul Hisham)
8
3.0 Fasa Pelaksanaan
Seterusnya, fasa semasa pelaksanaan pula melibatkan pelaksaan aktiviti bagi program
penghijauan ini seperti yang telah dirangka dalam kertas kerja cadangan di atas. Aktiviti
tersebut merangkumi aktiviti mengutip sampah di halaman sekolah, menyapu dedaun
kering yang terkumpul dan membersihkan longkang untuk memastikan air dapat mengalir
dengan lancer. Aktiviti-aktiviti ini dapat memupuk murid untuk lebih peka dengan
kebersihan alam sekitar. Murid akan lebih mementingkan kebersihan dan sedar akan
kepentingan menjaga alam sekitar.
Pelaksanaan Program Khidmat Masyarakat SK Sena ini telah berlangsung pada 18
Oktober 2022. Program dirasmikan oleh Guru Besar SK Sena. Program diteruskan lagi
dengan ucapan ringkas oleh pihak pentadbiran. Kemudian, para pelajar yang terlibat
diberikan taklimat ringkas.
Rajah 1: Sesi taklimat
3.1 Sesi taklimat
3.1.1 Sesi taklimat diberikan oleh pengendali program kepada murid-murid.
Aktiviti dimulakan dengan taklimat ringkas oleh pengendali. Murid-
murid diberikan taklimat tentang skop tugas mereka dan cara untuk
melaksanakan tugas mereka.
12
Rajah 2: Pembersihan Kawasan sekolah
3.2 Proses pembersihan Kawasan sekolah
3.2.1 Para murid memulakan pembersihan Kawasan bermula pada pukul
9:30am. Murid bertugas mengikut skop tugasan yang telah diberikan.
4.0 Fasa Selepas Pelaksanaan
Akhir sekali, fasa selepas pelaksanaan pula merangkumi perbincangan post-
mortem yang dijalankan pada akhir program. Perbincangan post-mortem tersebut
melibatkan pengenalpastian kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman dan
cadangan penambahbaikan. Penulisan laporan mengenai pelaksanaan program
turut dilaksanakan pada fasa selepas pelaksanaan ini.
5.0 Analisis SWOT (Kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman)
5.1 Kekuatan
Menerusi program ini, antara kekuatan yang dapat dikenal pasti adalah kerjasama
antara pelajar. Para pelajar perlu melakukan tugasan mereka dengan efisien bagi
memastikan tugasan mereka dapat dijalankan dengan jayanya. Para pelaar
beganding bahu dalam melakukan pembersihan di sekitar kampus.
Selain itu, komunikasi di antara pelajar juga dapat dilihat dengan sangat jelas. Pelajar
dapat bergaul antara satu sama lain ketika program sedang berlangsung. Ada di
antara mereka yang daripada kelas yang berbeza. Menerusi program ini, pelajar-
16
pelajar dapat meluaskan jaringan kenalan mereka. Perkara ini mengeratkan
silaturahim dalam kalangan pelajar.
Akhir sekali, program khidmat masyarakat membersihkan alam sekitar membuatkan
pelajar menjadi lebih peka dengan alam sekitar di sekeliling mereka. Semasa proses
refleksi, pelajar meluahkan bagaimana mereka baru menyedari bahawa Kawasan
persekitaran di sekolah berada dalam keadaan yang teruk. Dedaun bertaburan dan
terdapat banyak sampah sarap di sekitar sekolah. Perkara ini merosakkan alam
sekitar di Kawasan sekolah. Pelajar meluahkan bagaimana mereka akan berusaha
untuk menjaga kebersihan alam sekitar pada masa hadapan.
5.2 Kelemahan
Terdapat beberapa kelemahan yang dapat dilihat menerusi program ini. Antaranya
adalah tenaga kerja yang tidak mencukupi. Kawasan persekitaran sekolah berada
dalam keadaan yang lebih teruk berbanding yang dijangka. Hal ini menyebabkan
bilangan pelajar yang terlibat tidak mencukupi untuk memastikan Kawasan sekolah
benar-benar berada dalam keadaan yang bersih. Pelajar terpaksa bekerja keras untuk
memastikan mereka dapat menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan.
Kawasan persekitaran sekolah yang teruk juga dilihat sebagai satu kelemahan
program ini. Program khidmat masyarakat ini hanya melibatkan sebahagian
persekitaran sekolah. Namun yang demikian, setelah diteliti dengan lebih jelas,
didapati bahawa Kawasan sekolah secara keseluruhan berada dalam keadaan yang
kurang memuaskan. Walaupun bahagian sekolah yang terlibat dalam program ini
dapat dibersihkan dengan baik, bahagian sekolah yang lain masih lagi perlu
dibersihkan untuk memastikan persekitaran sekolah berada dalam keadaan yang
optimum.
Di samping itu, kekurang peruntukan juga merupakan satu isu yang timbul dalam
program ini. Anggaran perbelanjaan yang dirangka tidak mencukupi. Hal ini berlaku
disebabkan terdapat beberapa barangan yang menelan kos dengan lebih tinggi.
Misalnya minuman yang mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding jangkaan.
Perkara ini menyebabkan pihak penganjur terpaksa mengeluarkan perbelanjaan
persendirian untuk menampung kos lebihan program ini.
16
5.3 Peluang
Program ini dapat ditambah baik untuk masa hadapan. Di masa hadapan, adalah
wajar untuk program khidmat masyrakat di Kawasan sekolah diluaskan. Hal ini adalah
untuk memastikan Kawasan sekolah dibersihkan dengan sepenuhnya.
Bilangan peserta juga boleh ditingkatkan. Program khidmat masyarakat pada masa
akan datang boleh melibatkan keseluruhan sekolah termasuk murid dan guru.
Kesedaran tentang alam sekitar bukan hanya terhad kepada generasi muda.
Sekiranya lebih ramai orang mengambil bahagian di dalam aktiviti khidmat
masyarakat, pasti lebih ramai juga orang yang akan mendapat manfaatnya.
Penglibatan yang lebih ramai juga boleh memastikan kerja membersihkan Kawasan
sekolah dapat dilakukan dengan lebih efisien.
5.4 Ancaman
Antara ancaman yang boleh timbul daripada program khidmat masyarakat ini adalah
kos yang meningkat. Aktiviti khidmat masyarakat boleh menelan perbelanjaan yang
agak tinggi. Apabila aktiviti ini dilakukan dalam skala yang besar, kos perbelanjaan
akan meningkat dengan mendadak. Hal ini boleh menyukarkan pihak terlibat untuk
menyediakan peruntukan yang mencukupi.
6.0 Cadangan penambahbaikan
Berdasarkan kelemahan-kelemahan dan ancaman yang telah dinyatakan, antara
penambahbaikan yang dapat dicadangkan adalah dengan menambah bilangan peserta.
Kelemahan yang dapat dikenal pasti daripada program ini adalah skop aktiviti yang terlalu
besar. Peserta yang terlibat tidak mampu untuk melakukan kerja pembersihan di dalam
Kawasan yang ditetapkan disebabkan oleh keadaan persekitaran yang lebih teruk
daripada dijangka dan juga jumlah tenaga kerja yang tidak mencukupi. Justeru, adalah
wajar untuk jumlah peserta ditingkatkan pada masa akan datang untuk memastikan setiap
kerja dapat diselesaikan dengan baik.
Selain itu, untuk menangani masalah kos yang tinggi, pihak sekolah boleh meminta
kutipan sumbangan daripada dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Program
khidmat masyarakat dapat memberi manfaat kepada anak mereka. Sekiranya jumlah
kutipan masih lagi tidak mencukupi, pihak penganjur boleh berusaha untuk mencari tajaan
16
daripada agensi luar. Langkah-langkah ini dapat mengatasi masalah kos program yang
terlalu tinggi.
7.0 Penutup
Secara keseluruhannya, pelaksanaan program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang
telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dan ancaman yang
dapat dikenal pasti. Program khidmat masyarakat telah terbukti dapat memupuk sifat cinta
akan alam sekitar dalam diri murid. Pihak sekolah sebaiknya meneruskan program
sebegini pada masa akan datang untuk memastikan bahawa kepekaan terhadap alam
sekitar disemai secara berterusan dalam diri murid.
Disediakan oleh,
……………………………………………
(Hilal Izhar bin Mohd Azrul Hisham)
16
Rujukan
Noor Azizah Samsudin, & Zanaton H Iksan. (2015). Kesedaran alam sekitar melalui aplikasi kendiri
alam sekitar (KAKAS). Jurnal Personalia Pelajar, 18 (2), 23-31
Ruzian Markom, & Norizan Hassan. (2014). Kelestarian alam sekitar dan pembiayaan teknologi hijau
dari perspektif undang-undang syariah. KANUN, 268-287.
16