ZIKIR WWW.ZIKIR.COM EDISI 01 APRIL 2024 MENURUT AJARAN ISLAM
SIDANG REDAKSI MOHD HANAFI BIN JUSOH PENASIHAT NUR ZULFA IZATI BINTI ZULKIFLI 18DPM23F1004 JURNALIS NUR FATIYA AQILAH BINTI MUHAMAD FAIRUZ 18DAT23F1002 JURNALIS & EDITOR SITI NUR BALQIS BINTI MOKHSIN 18DPM23F10055 JURNALIS NURUL AIN BINTI ZULKEFLI 18DPM23F1045 JURNALIS
Isi Kandungan “Jangan pernah penat untuk berzikir, kerana setiap kalimah yang diucapkan membawa berkat.” ZIKIR Intro PENGHARGAAN DEFINISI ZIKIR PEMBAHAGIAN ZIKIR PERINTAH ZIKIR HAKIKAT ZIKIR KELEBIHAN ZIKIR SEBAB TIDAK MAHU BERZIKIR PANDANGAN ULAMA MENGENAI ZIKIR DALIL TENTANG ZIKIR ADAB KETIKA BERZIKIR 5 CONTOH ZIKIR NABI ISU-ISU SEMASA KESIMPULAN RUJUKAN 04 05 06 07 08 09 10 11-12 13 14-15 16 17-19 20 21
Penghargaan Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang telah menolong dan memberi kerjasama yang tidak ternilai untuk kami menyiapkan tugasan e-majalah ini. Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah kami yang dihormati iaitu Tuan Mohd Hanafi Bin Jusoh kerana memberi tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang sungguh berfaedah semasa kami menjalankan tugasan ini. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa kami yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada kami. Akhir kata, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas khususnya kepada ahli kumpulan yang telah banyak membantu dalam tugasan e-majalah ini. 02 03 04 Edisi 01, April 2024 01 04
Definisi ZIKIR “Kuatkan hati dengan berzikir kepada Allah. ” Zikir adalah ucapan-ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati akan tuhan iaitu Allah SWT dengan hati dengan ucapan atau ingatan yang mempersucikan Tuhan dan membersihkannya dari sifat-sifat yang tidak layak untuknya. Setengah ulama mengatakan bahawa melaksanakan tugas-tugas agama dan menjauhi semua yang dilarang oleh agama juga dikatakan sebagai zikir. Zikir dalam bahasa Arab bermaksud megingat atau menyedari. Menurut Tasawuf, meningat atau menyedari adalah pekerjaan hati yang berhubungan dengan tingkah laku seharian manusia. 05
Zikir Fe’li Zikir Qalbi Zikir Qauli Seorang yang telah bersyariat ataupun seseorang yang memahami seluruh hukum hakam Allah dan terus mengamalkannya. Zikir yang berhubung dengan hati. Iaitu hatinya sentiasa mengingat Allah dan merasakan Allah sentiasa mengawasi setiap tindak-tanduknya. Zikir yang berhubung dengan suara dan lidah dan dapat didengar. Pembahagian Zikir ‘’’Perbanyakkanlah berzikir, kerana zikir itu mampu menenangkan hati.” 06
Perintah Zikir Pernah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW : “Manakah amalan yang paling utama? Nabi menjawab : iaitu apabila engkau menghadapi maut, sedangkan lidahmu tetap basah kerana zikir kepada Allah.” Allah berfirman mengenai hakikat zikir “Ketahuilah dengan mengingati Allah itu boleh menyenangkan hati.” Ayat ini jelas menunjukkan bahawa berzikir (mengingati Allah) itu sumber ketenangan hati. Maksud sebuah firman Allah : “Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu dengan sebutan yang banyak dan bertasbihkanlah olehmu (mengakui kesucian Allah) pada setiap pagi dan petang.” Surah Al Ahzab: 41-42 07 FIRMAN ALLAH SWT ‘”Dan hendaklah kamu menyebut nama Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu mendapat kemenangan.” Surah Al Anfal : 40 SABDA RASULULLAH SAW “Barangsiapa yang ingin bersenangsenang di atas taman syurga, maka hendaklah ia memperbanyakkan zikir kepada Allah.”
Hakikat Zikir Allah SWT berfirman dalam surah Al Ahzab ayat 21 yang bermaksud : “Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” Di sini jelaslah bahawa Rasulullah SAW diutuskan sebagai contoh yang perlu diikuti oleh manusia keseluruhannya. Di samping itu, Rasulullah ialah orang yang paling banyak berzikir. Baginda tidak pernah meninggalkan zikir. Baginda sentiasa berzikir kepada Allah disetiap waktu dan tempat. 08
KELEBIHAH BERZIKIR Al-Qur’anul Karim Hadis Ingatlah kamu kepada-ku nescaya aku akan mengantimu, dan bersyukurlah kepada-ku, dan janganlah kamu meningkari (nikmat)-ku Surah Al Baqarah: 152 Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan megingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Surah ar-Ra’d: 28 Perumpamaan orang yang meningati (dan menyebut) tuhannya dengan orang yang tidak meningatiNya adalah seumpama (perbezaan) orang yang hidup dan mati Riwayat Bukhari “Sesiapa yang duduk di sesuatu tempat yang mana dia tidak menyebut nama Allah padanya, maka dia akan mendapat kekurangan (dan juga penyesalan)...” “Ahli syurga tidak akan menyesal melainkan (perkara yang dilakukan di dunia) nelainkan terhadap masa yang berlalu tanpa mereka berzikir kepada Allah padanya.” Riwayat Baihaqi 09
Sebab Tidak Mahu Berzikir ZIKIR “Zikir adalah membebaskan diri dari sikap lalai dan lupa dengan menghadirkan hati secara terus menerus bersama Allah SWT.” Siapa pun berpaling dari ajaran ar-Rahman, Tuhan Yang Maha Pemurah (al-Quran), Kami jadikan baginya syaitan yang menjadi temannya yang selalu bersamanya. Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka benar mendapat petunjuk. Surah az-Zukhruf: 36-37 “Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dalam keadaan rendah diri dan takut, juga dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang lalai. Surah al-A’raf: 205 Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka, dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas, dengan tujuan menunjuknunjuk kepada orang lain, dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sangat sedikit. Surah aln-Nisa’: 142 Mereka lupakan Allah, lalu Allah melupakan mereka, sesungguhnya para munafiq itu adalah orang-orangnya yang fasiq. Surah at-Taubah: 67 10
“Tidak ada satupun yang Allah SWT fardhukan ke atas hambaNya melainkan ada takatnya dan ada rukhsahnya, melainkan zikir. Sesungguhnya zikir tiada takat yang akhir dan tidak diberikan kepada seseorang keuzuran melainkan orang yang hilang akalnya. Dan dia pula memerintahkan ia dilakukan dalam semua keadaan...” Ibnu Abbas f “Sesungguhnya penyebab kepada neraka jahannam ialah kelalaian dan yang mampu menyelamatkan mereka daripadanya ialah zikrullah...” PANDANGAN ULAMA MENGENAI ZIKIR Fakhruddin ar-Razi 11
“...dan seseorang tidak akan sampai kepada Allah SWT melainkan dengan sentiasa berzikir.” Imam Abu Qasim al-Qusyairi “Zikir ialah membebaskan diri daripada kelalaian dan lupa dengan sentiasa menghadirkan hati bersama Allah...” Ibnu Ataillah as-Sakandari 12
DALIL TENTANG ZIKIR ZIKIR َّلِذيَن َها ا ُّي َأ وَن َعىَل الَّنِبِّيۚ َيا ُّل ـَه َوَماَلِئَكَتُه ُيَص َّل ِإَّن ال ُموا َتْسِليًما ِّل ْيِه َوَس وا َعَل ُّل آَمُنوا َص Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” Surah al-Ahzab: 56 ِّبَك ُبْك َرًة َوَأِصياًل اْسَم َر َواْذُك ِر Surah al-Insan: 25 Maksudnya: “Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar solat) pada waktu pagi dan petang.” َيْذُك ُر َرَّبُه، َمَثُل ال َحِّي َّلِذي َال َّلِذي َيْذُك ُر َرَّبُه َوا َمَثُل ا َوالَمِّيِت Riwayat al-Bukhari: 6407 Maksudnya: “Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir kepada Allah seperti orang yang hidup dan mati.” ْكِثُروا َعَلَّي ِمَن الَّصاَلِة ِفي ُكِّل َيْوِم ُجُمَعٍة َأ Riwayat al-Baihaqi: 5995 Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat.” 13
ADAB KETIKA BERZIKIR Taubat Nasuha iaitu bertaubat daripada perkara yang tidak diperlukan sama ada perkataan, perbuatan dan keinginan. Zu al-Nun al-Misriy berkata: Sesiapa mendakwa dia telah bertaubat sedangkan dia cenderong kepada syahwat dunia maka dia sebenarnya pembohong. Mandi atau berwudhu’ setiap kali hendak berzikir, memakai wangian pada pakaian dan mulut dengan wangi-wangian dan air mawar Diam dan duduk tetap untuk mendapatkan rasa Sidq ketika berzikir, iaitu dengan menyibukkan hatinya dengan Allah: (lafaz) Allah Allah iaitu dalam fikiran tanpa lafaz, sehingga tiada lintasan hati dengan (lafaz) Allah Allah, kemudian seiringkan lisan dengan hati dengan berkata (ال هللا إال اله ,(hendaklah melakukan sedemikan ketika hendak berzikir. Seseorang itu hendaklah melakukan istimdad dengan hemah syeikhnya iaitu dengan membayangkannya di antara kedua-dua belah matanya (pada khayalannya) dan beristimdad dari hemah syeikhnya itu supaya dia menjadi rakannya di dalam perjalanan rohaninya. Dia juga hendaklah beranggapan bahawa istimdad dari syeikh itu, pada hakikatnya adalah merupakan istimdad dari Rasulullah s.a.w kerana syeikh itu adalah sebagai perantaraan di antaranya dengan Rasulullah s.a.w Duduk pada tempat yang bersih seperti duduk tahiyyat awal dalam solat. Meletakkan kedua tangannya di atas peha, menghadap kiblat sekiranya berzikir seorang diri, dan dalam bentuk halaqah sekiranya berzikir secara jemaah. Meletak bau-bauan yang wangi. Memakai pakaian yang halal. Memilih tempat gelap seperti bilik berkhulwah atau tempat tersembunyi. Menutup kedua-dua mata, ini kerana orang yang bezikir jika menutup matanya dia akan menutup pancainderanya yang zahir dan ini akan membuka pancaindera hatinya. Mengkhayalkan diri gurunya seolah-olah dia berada di hadapan matanya ketika berzikir, hal ini bertujuan untuk mengukuhkan adab bagi seorang murid, ini kerana seorang murid beroleh peningkatan rohani dengan adab yang diajarinya untuk rasa sentiasa bersama Allah dan guru adalah teman dalam perjalanannya. Yakin ketika berzikir sama ada secara perlahan atau nyata. Ikhlas dan membersihkan amalan daripada segala percampuran (lelaki perempuan), dengan niat yang siddiq dan ikhlas yang akan menyampaikan seseorang murid kepada maqam siddiqiyyah. SEBELUM SEMASA 14
ADAB KETIKA BERZIKIR Berdiam diri selepas duduk tetap, penuh kekhusyukan dan dia bersama dengan hatinya menanti hasil yang datang daripada zikir dengan harapan mendapat warid. Maka berusaha mendapatkannya walaupun seketika, ianya adalah lebih baik daripada mereka yang melakukan mujahadah dan riadhah selama 30 tahun. Sepertimana orang yang mendapat zuhuh jadilah dia zahid, atau orang yang menanggung kesusahan daripada makhluk lain menjadikan dia penyabar, atau orang yang menerima perasaan takut kepada Allah dipanggil Kha’if. Berulang-ulang mengkeji nafsunya dengan kadar 3 kali nafas hingga ke tujuh kali atau lebih sehingga mengalir warid zikir tadi ke seluruh anggota badan dan maka dengan itu bercahaya mata hatinya, terhapus lintasan nafsu dan syaitan, tersingkap hijab. Beginilah seperti yang disepakati oleh mereka untuk dilakukannya. Ditegah minum air sejuk selepas selesai berzikir. Sesungguhnya selepas berzikir menghasilkan kepanasan, didihan dan kenikmatan kepada yang dizikirkan (Allah), kerana Dia adalah tujuan utama kita berzikir. Dengan meminum air akan memadamkan kepanasan tersebut, maka orang yang berzikir hendaklah loba dalam menjaga 3 adab berzikir ini. Sesungguhnya natijah berzikir akan terzahir dengannya. SELEPAS 15
5 CONTOH ZIKIR NABI ِذي َال َيُضُّر َمَع اْسِمِه َشْىٌء ِفى َّل ِبْسِم ِهَّللا ا ْلَعِليُم ا َألْرِض َو َال ِفي الَّسَماِء َوُهَو الَّسِميُع ا Maksudnya: “Dengan nama Allah, yang (berkat) namaNya tidak ada satu pun yang boleh mendatangkan bahaya, samada di bumi ataupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani.” ْذ ُكُرواَهَّللا ِذْكًرا َكِثيًرا ِذيَن آَمُنوا ا َّل ُّيَها ا َأ َيا Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu semuanya dengan sebanyak-banyak zikir. ْلَعِظْيَم َاْسَتْغِفُرَهللا ا Maksudnya: “Aku memohon keampunan daripada Allah yang maha agung.” ْن َال َأْشَهُد َأ ُهَّم َوبَحْمِدَك، َّل ُسْبَحاَنَك ال ْيَك َل ُتوُب ِإ َأْسَتْغِفُرَك َوَأ ْنَت، َأ َّال َلَه ِإ ِإ Maksudnya: “Maha suci Engkau Ya Allah dan kepujian untuk Engkau, aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya berhak disembah kecuali Engkau. Aku mohon keampunan kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.” َّالُهَّللا َوْحَدُه َال َشِريَك َلُه ، َلُه َلَه ِإ ِإ َال ْلَحْمُد َوُهَو َعىَل ُكِّل َشْىٍء ْلُمْلُك َوَلُه ا ا ِديُر َق Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Allah yang tunggal tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nyalah kerajaan dan puji-pujian, dan Dia berkuasa membuat segala sesuatu.” 16
Hukum Gerakan Dalam Zikir Sebelum dibincangkan tajuk utama iaitu zikir dalam keadaan menari, suka dinyatakan bahawa zikir dalam keadaan bergerak adalah perkara yang dibolehkan kerana ia menyebabkan badan menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan ibadat zikir. Mereka berdalilkan kepada nas al-Qur’an dan hadith antaranya: Firman Allah SWT ُعوًدا َوَعىَل ُجُنوِبِهْم َّلِذيَن َيْذ ُكُروَن َهَّللا ِقَياًما َو ُق ا Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…” (Surah Ali Imran: 191) Al-Maraghi berkata: “Sepanjang menjalani kehidupan, mereka tidak pernah lupa kepada Allah SWT malahan mereka sering mengingati Allah SWT dengan hati yang terang dan menyedari sepenuhnya bahawa Allah SWT sentiasa mengawasi dirinya.” Adapun dari segi hadith Ummu al-Mukminin Aisyah RAnha pernah melaporkan bahawa Rasulullah SAW berzikrullah (berzikir kepada Allah) dalam semua keadaan. Sedang berjalan, menaiki kenderaan, di atas kenderaan, berbaring, duduk dan bermacam lagi pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Zikir Sambil Menari ISU SEMASA APRIL 2024 ISSUE #01 17
Hukum Zikir Dalam Keadaan Menari Pertama: Haram Antaranya firman Allah SWT: Antara hujah golongan ini adalah Rasulullah SAW tidak melakukannya begitu juga secara umumnya para Sahabat tidak melakukannya kecuali sebahagian kecil sahaja di kalangan mereka. اِنَي ِبًها َّمَث ْلَحِديِث ِكَتاًبا ُّمَتَشا ْحَسَن ا َّزَل َأ ـُه َن الَّل ِليُن َّم َت َّلِذيَن َيْخَشْوَن َرَّبُهْم ُث وُد ا ُل َتْقَشِعُّر ِمْنُه ُج ـِه وُبُهْم ِإ ٰىَل ِذْكِر الَّل وُدُهْم َو ُق ُل ُل ُج Maksudnya: "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci AlQuran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulangulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orangorang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah..." (Surah al-Zumar: 23) Hukum Zikir Dalam Keadaan Menari Kedua: Harus Mereka berhujahkan kepada umum ayat dan beberapa dalil daripada hadith antaranya firman Allah SWT: ُعوًدا َوَعىَل ُجُنوِبِهْم َّلِذيَن َيْذ ُكُروَن َهَّللا ِقَياًما َو ُق ا Maksudnya: “…(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring…” (Surah Ali Imran: 191) Imam al-Alusi dalam Ruh al-Ma’ani menyatakan bahawa sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar RA dan Urwah bin al-Zubair RA serta jamaah daripada sahabat RA, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiqh ayat tersebut. Firman Allah SWT: ُعوًدا َوَعىَل ا ْذ ُكُروا َهَّللا ِقَياًما َو ُق َقَضْيُتُم الَّصاَل َة َف ا َذ ِإ َف ُكْم ُجُنوِب Maksudnya: “Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring.” (Surah Al-Nisa’: 103) Zikir Sambil Menari ISU SEMASA APRIL 2024 ISSUE #01 18
Kenyataan JAKIM Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan supaya orang Islam tidak meniru amalan berzikir ke atas Nabi Muhammad SAW sambil menari kerana perbuatan itu disifatkan sebagai ajaran yang menyeleweng. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata, pihaknya telah mengeluarkan larangan tersebut dalam laman web e-fatwa menerusi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-48 pada 3 April 2000. “Beberapa tahun lalu budaya berzikir sambil menari ini tersebar di Malaysia dan ketika itu Jakim telah pun mengeluarkan larangan kepada umat Islam supaya tidak terpengaruh atau mengikut cara tersebut. “Bagaimanapun kejadian yang sama berlaku lagi, justeru Jakim menegaskan sekali lagi bahawa budaya berzikir sambil menari itu merupakan ajaran yang menyeleweng dan bertentangan dengan budaya masyarakat Islam di negara ini,” katanya. Kenyataan Mufti Wilayah Perseketuan Syeikh Dahlan al-Qadiri dalam kitabnya Siraj al-Talibin telah menyebut bahawa hukum belajar tasawwuf adalah wajib aini bagi setiap mukallaf. Ini kerana sebagaimana wajib mengislahkan yang zahir, begitu juga wajib mengislahkan yang batin. Benarlah kata Imam Malik: “Siapa yang bertasawwuf tanpa faqih dia mungkin membawa kafir zindiq. Siapa yang mempelajajari feqah tanpa tasawwuf, dia boleh membawa fasiq. Siapa yang menghimpunkan keduaduanya nescaya dia yang sebenarnya tahqiq.” Tatkala kita ingin mendekatkan diri kepada Allah samada melalui ilmu atau penghayatan amalan maka hendaklah ia benar-benar mengikut apa yang disyariatkan oleh Allah. Syeikh Abdul Qadir al-Jailani pernah berkata dan mewasiatkan kepada anaknya: “Terbanglah kamu ketika kamu menuju kepada Allah dengan dua sayap iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul.” Hal ini amat penting kerana sehebat mana manusia sekalipun, jika rujukannya bukan lagi Kitabullah dan Sunnah Rasul maka mudahlah terbelit dengan godaan syaitan. Justeru, amat wajar kita melakukan sesuatu benar-benar dengan kefahaman dan sebaliknya tanpa ilmu, seseorang itu mudah terpedaya dan tergelincir daripada hakikat Islam yang sebenar. Bacalah kitab-kitab tasawwuf seperti Minhaj al-Abidin oleh Imam al-Ghazali, Mukhtasar Minhaj al-Qasidin oleh Ibn Qudamah al-Maqdisi dan lain-lain ulama sufi yang muktabar. Zikir Sambil Menari ISU SEMASA APRIL 2024 ISSUE #01 19
KESIMPULAN Zikir kepada Allah adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam. Melalui zikir, seseorang dapat mendekatkan diri kepada Allah, dan memperkuatkan hubungan denganNya. Zikir juga memiliki banyak manfaat, antara lain dapat menenangkan hati, menguatkan iman, dan mendatangkan keberkatan. Oleh karena itu, zikir kepada Allah sebaiknya dilakukan secara rutin dan ikhlas sebagai bentuk ibadah dan peringatan akan kebesaran-Nya. 20
SUMBER RUJUKAN https://muftins.gov.my/tareqattasauwuf/adab-adab-zikir/ https://kalam.sindonews.com/newsrea d/497916/68/7-kalimat-dzikir-yangsering-dibaca-nabi-dan-mudahdiamalkan-1627718865 https://people.utm.my/nizamray/2020 /02/24/25-zikir-harian-nabimuhammad-saw-dan-keutamaannya/ https://muftiwp.gov.my/en/artikel/bay an-linnas/2619-bayan-linnas-siri-ke-17- penjelasan-berhubung-hukum-zikirmenari https://koleksipembentangankerjakurs us.blogspot.com/2014/10/blogpost.html?m=1
WWW.ZIKIR.COM EDISI 01 APRIL 2024