The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 2022

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by toklglim, 2022-03-22 23:57:59

BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI 2022

BAB 1 PENGENALAN KEPADA REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI TAHUN 2022

1) Pembenaman

• Sesuatu objek asas dimasukkan ke
dalam objek yang lain.

2) Pembuangan

• Bahagian yang tidak dikehendaki
dibuangkan dengan cara dikerat,
ditebuk/dicungkil keluar.

3) PENYATUAN

• Mencantumkan dua/lebih objek tanpa
melibatkan pembuangan/pembenaman.

• Dilakukan dengan menggunakan paku,
skru, glu dan rivet.

• Boleh dilakukan secara bertindih pada
tempat yang sama/pada bahagian
bucu/sebahagian saja.

4) PELERAIAN

• Objek asas dileraikan sehingga
menjadi objek baharu yang lebih
ringkas.

KEPENTINGAN RBT
• Menyumbang kepada perkembangan

teknologi moden.
• Menyumbang kepada pembangunan sosial,

sains, dan perniagaan.
• Memenuhi kehendak individu dan

masyarakat.
• Memudahkan urusan kerja melalui

pengubahsuaian.
• Memupuk nilai invensi, inovasi, dan kreatif.
• Membuka laluan kerjaya dan pekerjaan.



PERANAN REKA BENTUK

Individu
1. Memberi kebebasan memilih kepada

pengguna mengikut kemampuan &
keperluan.
2. Menjadikan pengguna lebih kreatif, mudah
melakukan tugas, menerima manfaat
daripada sumber alam ciptaan Tuhan.
3. Menggunakan sumber alam secara terhad
dengan bijak & optimum tanpa membazir.

5. Memupuk sikap bersyukur kerana
kehidupan semakin dipermudahkan.

6. Menghasilkan reka bentuk yang serba
boleh dan kaya dengan idea.

Masyarakat
1. Melindungi & memelihara etika sosial.
2. Menyokong, melindungi &

mempelbagaikan etika budaya.
3. Melahirkan nilai-nilai estetika.
4. Melahirkan masyarakat yang kreatif dalam

penggunaan sumber.

5. Membentuk masyarakat yang lebih
bertamadun & berdaya saing.

Pengeluar & Negara
1. Mengeluarkan produk berjenama negara.
2. Melindungi hak cipta rakyat.
3. Meningkatkan pendapatan negara.
4. Menjadi aset negara yang berharga.
5. Menjaga maruah & keselamatan negara.
6. Menjadi penanda aras sebagai negara

maju.

ETIKA REKA BENTUK

• Nilai murni yang menjadi pegangan
dan amalan seseorang pereka
bentuk supaya hasil ciptaannya itu
tidak memudaratkan dirinya dan
pengguna.





DEFINISI INVENSI

Kaedah dan proses mencari jalan untuk
menghasilkan produk/perkhidmatan yang
baharu serta belum pernah wujud
sebelumnya.

• Eksperimen, pengamatan secara tidak
sengaja/melalui kajian.

• Produk tidak dianggap invensi apabila
usianya melebihi 10 tahun/banyak orang
telah biasa menggunakannya.

DEFINISI INOVASI

Pengubahsuaian terhadap produk sedia
ada supaya menjadi lebih baik,
menjimatkan, bertenaga, dan bermakna
serta mesra pengguna.

• Terdapat penambahbaikan terhadap
fungsi, corak, sistem/rupa bentuk
sesuatu produk.

• RBT hanya merupakan pelengkap kepada
inovasi.

• Ia memberikan peluang untuk memilih cara
pembinaan dan penyelesaian yang lebih
cekap dan baik.

• Ini melibatkan pengetahuan, kemahiran,
menambah baik, dan kefahaman secara
mendalam terhadap sesuatu masalah reka
bentuk.

• Tujuannya ialah untuk menjadikan produk itu
berfungsi secara maksimum pada kos yang
munasabah.


Click to View FlipBook Version