PBD 5.2 REKA BENTUK FESYEN
Prosedur - (i) Menyediakan borang soal selidik, atau (ii) Kenal pasti responden. (iii) Mengedar dan mengutip borang soal
selidik / mencatat maklumat.
Daya usaha - Lakaran terbaik berlabel jenis bahan, elemen dan teknik cantuman yang digunakan.
Nilai tambah - Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.
Membimbing - (i) Menjadi contoh dari segi tingkah laku dan hasil kerja, atau (ii) Boleh memberi tunjuk ajar kepada murid
yang lain
PBD 5.2 TP 3
Anda dikehendaki merangka dua lakaran reka bentuk
fesyen.
Panduan Merangka Lakaran:
1) Memilih satu produk reka bentuk fesyen sama ada
pakaian atau aksesori.
2) Memilih satu/dua tema reka bentuk fesyen.
3) Merangka 2 lakaran sama ada 1 tema 2 lakaran atau
2 tema 2 lakaran dengan mengaplikasikan elemen
garisan, bentuk dan warna.
4) Pastikan anda dapat menghasilkan mock-up
berdasarkan lakaran anda selepas ini.
5) Membuat lakaran anda di kertas kosong(tanpa
garisan).
6) Melabelkan elemen pada lakaran anda.
Contoh
Produk Reka Bentuk Fesyen - Beg tangan wanita
Langkah 1: Pemilihan tema reka bentuk produk
Anda boleh memilih tema misalnya alam
semula jadi, budaya setempat, kehidupan,
muzik dan sebagainya sebagai tema produk
fesyen anda.
Contohnya:
Anda boleh memilih tema alam semula jadi
misalnya daun, flora dan fauna sebagai
tema produk reka bentuk fesyen anda.
Langkah 2: Penjanaan Idea
Anda boleh menterjemahkan idea/gambaran anda tentang reka
bentuk produk dalam bentuk lakaran 3D.
Contoh: Lakaran 3D beg tangan bertemakan sumber alam
semula jadi