PERTANDINGAN BOWLING
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA
DAERAH TEMERLOH
TARIKH:
TEMPAT:
Pusat Bowling StarMall
Mentakab
ANJURAN:
PPIM Temerloh
1.0 PENDAHULUAN
Pertandingan Bowling ini bermatlamat untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli PPIM di dalam acara
sukan sebagai aktiviti mengeratkan sillatulrahim. Disamping itu, ia dapat mendorong ahli mewujudkan
gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah. Melaluinya, diharapkan agar ahli dapat
mewujudkan budaya hidup berteraskan kesukanan bagi meningkatkan kecergasan diri yang proaktif
dan terbilang.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Memupuk semangat toleransi di antara ahli PPIM disamping mengamalkan gaya hidup yang sihat
melalui aktiviti berteraskan kesukanan.
2.2 Memberi peluang kepada ahli untuk berani mencuba dan mencungkil bakat-bakat di dalam sukan
ini yang boleh diketengahkan.
2.3 Meningkatkan kecergasan minda dengan seimbang dari aspek moral, spiritual, emosi jasmani dan
mental.
2.4 Memberi peluang berinteraksi dan bersosial dalam sesama ahli PPIM.
3.0 BUTIRAN PERTANDINGAN
Tempat : Pusat Bowling StarMall Mentakab
Masa : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari
Pengangkutan : Sendiri
Yuran : RM30 seorang
4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1. Acara 4 Sepasukan Campuran.
4.2. Pemain diwajibkan bermain dua (2) permainan
4.3. Pasukan dengan jatuhan pin terbanyak dalam dua (2) permainan akan dikira pemenang
kategori berpasukan.
4.4. Bagi pemain terbaik kategori perseorangan, jumlah jatuhan pin terbanyak mengikut individu
dalam dua (2) permainan, dikira sebagai pemenang.
4.5. Adalah menjadi tanggungjawab setiap peserta/pasukan untuk memberi jumlah skor individu /
peserta yang tepat kepada urusetia.
5. SYOR SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
5.1 Sumber Kewangan:
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Yuran Peserta 40 orang x RM30.00 RM1200.00
JUMLAH KESELURUHAN RM1200.00
5.2 Anggaran Perbelanjaan:
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Kos peserta 40 orang x (RM7.00 x 2 games + RM660.00
RM2.50 sewaan kasut)
RM15 x 3 kotak
2 Air Mineral RM45.00
Sijil, Hadiah &
3 Sijil
Cenderahati
RM1 X 40 orang = RM40 RM40.00
Hadiah
Kumpulan
Hamper
Johan = RM60
Naib Johan = RM50
Ketiga = RM40
Keempat = RM30 RM180.00
Perseorangan
Johan = RM40
Naib Johan = RM30 RM70.00
Cenderahati
- 40 orang x RM5.00 RM200.00
Cenderahati VIP RM50.00
JUMLAH KESELURUHAN RM1245.00
6.0 TENTATIF PERTANDINGAN
9.00 : Ketibaan peserta
9.30 : Ucapan alu-aluan Pengerusi
10.00 : Pertandingan bowling bermula
12.00 : Pertandingan tamat
12.15 : Penyampaian hadiah kepada pemenang
12.25 : Ucapan penutup Pengerusi
12.30 : Bersurai
7.0 PENUTUP
Pertandingan Bowling PPIM 2019 ini adalah bagi memenuhi aktiviti kelab PPIM pada tahun 2019.
Diharap pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya mengikut jadual yang dirancang dan
mendapat sambutan daripada semua ahli serta Pertandingan Bowling PPIM ini dijadikan sebagai acara
tahunan. Segala kerjasama yang diberikan oleh urusetia mahupun peserta didahulukan dengan ucapan
ribuan terima kasih.
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
……………………………………. ..................................................