The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaharudin73, 2020-12-21 07:15:43

Laporan SU 1

Laporan SU 1

KERTAS KONSEP

WEBINAR:
ISU DAN CABARAN DALAM
KEPDIEMWAPN ISNMKADNATOI’NBESNTTARRAUDAKLSAMIONAL

DI SEK25OMLAAC 2H018SEMASA
PANDEMIK COVID-19

CADANGAN TARIKH:
08 JANUARI 2021

ANJURAN:
PELAJAR CURRICULUM AND INSTRUCTIONAL LEADERSHIP COURSE (EDA 7501)

IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN AMBILAN
SEMESTER 1 2018/2019

IIUM KAMPUS PAGOH, MUAR, JOHOR

KERTAS KONSEP
WEBINAR: ISU DAN CABARAN
KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH SEMASA PANDEMIK COVID-19

1.0 TUJUAN
Kertas konsep ini disediakan adalah bertujuan membentangkan cadangan menganjurkan
program “Webinar: Isu dan Cabaran dalam Kepimpinan Instruksional di Sekolah semasa
Pandemik COVID-19” bagi penerbitan program siaran langsung atas talian (webinar) dengan
menggunakan medium “youtube” dan “facebook” ataupun platform selainnya secara kolaborasi
dengan institusi atau pihak-pihak yang berkaitan.

2.0 LATAR BELAKANG DAN RASIONAL
Program “Webinar: Isu dan Cabaran dalam Kepimpinan Instruksional di Sekolah semasa
Pandemik COVID-19” adalah merupakan program pembudayaan ilmu dan perkongsian
pengalaman dalam kalangan pemimpin pendidikan di Malaysia dan beberapa buah negara
serantau seperti Indonesia dan Brunei berkaitan suasana pembelajaran dalam norma baharu di
negara masing-masing.

Peranan pemimpin pendidikan dalam menangani isu-isu pendidikan seperti pandemik COVID-19
amat penting khususnya sebagai pemimpin instruksional sekolah mereka untuk mengimbangi
pelbagai tanggungjawab lain supaya tidak terhalang. Isu dan cabaran yang dihadapi oleh
pemimpin pendidikan ini serta impak terhadap tindakan yang dilaksanakan amat menarik untuk
dikupas dan dikongsi bersama bagi memastikan matlamat dan agenda pendidikan dapat
dilestarikan.

Oleh yang demikian, pelajar kumpulan 1 kursus EDA 7501: Curriculum and Instructional
Leadership, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Pagoh, Muar, Johor) yang terdiri
daripada 36 orang pelajar telah mengambil inisiatif ini untuk menjalankannya secara atas talian
(webinar) dan disiarkan secara langsung kepada warga pendidikan dan umum.

1

3.0 OBJEKTIF

3.1 Membincangkan isu dan cabaran berkaitan kesan-kesan COVID-19 ke atas institusi
pendidikan di Malaysia dan beberapa negara serantau.

3.2 Mengenal pasti peranan pemimpin pendidikan dalam memastikan matlamat dan agenda
pendidikan dilestari dalam tempoh COVID-19.

3.3 Membudayakan program ilmiah berteraskan kepimpinan pendidikan terutamanya
peranan kepimpinan instruksional di sekolah.

3.4 Melengkapkan prasyarat kursus EDA 7501: Curriculum and Instructional Leadership,
Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Kepimpinan Ambilan Semester 1
2018/2019.

4.0 ANJURAN

Pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Kepimpinan Ambilan Semester 1 2018/2019
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Pagoh) dan dikelolakan oleh Pelajar Kumpulan
1 Kursus EDA 7501: Curriculum and Instructional Leadership.

5.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Dr. Azam Bin Othman
Pengarah : Mohd. Faidzul bin Ashara
Timb Pengarah : Che Nur Azizi Aizuddin Bin Che Kadir
Setiausaha : 1) Shaharudin Bin Muhammad (Ketua)

Bendahari 2) Zulnazmi Bin Mohamad Zawi
3) Jaazli Bin Ahmad
: 1) Ain Syazwani Binti Haron (Ketua)
2) Nor Hidayah Binti Mat Aris
3) Siti Nabilah Binti Mohamed
4) Haslilah Binti Selamat

AJK Aktivi : 1) Rusma Binti Saat (Ketua)
2) Nurdiana Binti Lut
3) Emilina Filza Binti Aris
4) Siti Fairuz Binti Khatan

2

AJK Pengurus Peserta : 1) Marina Binti Sabari (Ketua)
AJK Pendaftaran / Sijil 2) Nor Idayu Binti Mohd Yunos
AJK Persiapan 3) Nadia Binti Harroon
AJK Pemasaran 4) Norhafiza Binti Kamarulzaman
AJK Jemputan
AJK Pengelola : 1) Nur Firdaus Binti Safie (Ketua)
2) Salwani Binti Ramli
3) Amalia Zakiah Binti Zulkaply
4) Norazlina Binti Kamisan

: 1) Nurshafida Binti Mohd Shah (Ketua)
2) Haliza Binti Hassan
3) Rafidah Binti Amat Hamdi

: 1) Rohana Binti Abdul Razak (Ketua)
2) Amy Hanis Binti Zainuddin
3) Farizah Binti Arbak
4) Nur Pattin Hakima Binti Yahaya

: 1) Alias Bin Yaacob (Ketua)
2) Syahida Binti Abd Sukor
3) Siti Hajjar Binti Othman
4) Selvakumari a/p Naga Rajoo

: 1) Muhammad Faiz Bin Khalid (Ketua)
2) Mirza Adzraf Bin Abu Kasim
3) Siti Nurfariza Binti Mohd Said
4) Raehana Binti Burhanuddin

6.0 CADANGAN PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 8 Januari 2021

6.2 Tempat : Secara atas talian (Webinar) melalui medium Youtube

dan Facebook atau platform selainnya.

6.3 Kumpulan Sasaran : Pelajar, pendidik dan orang awam (tiada limit)

6.4 Cadangan Panel : 1. Pn. Hjh. Siti Haidah binti Tamby

Pengetua

SMK Bandar Maharani, Muar, Johor.

2. Dr. (C) H. Moeh Djuddah, S. Ag, M. Pd.I

Kepala Sekolah

Madrasah Tsanawiyah Negeri 8

Muaro Jambi, Indonesia.

3. Pn. Hjh. Noor Zinatul Ashiqin binti Hj. Ibrahim

Pemangku Pengetua

Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali

Brunei Darussalam.

3

6.5 Aturcara :
MASA
ATURCARA
08.30 pagi Pendaftaran dan persiapan
09.00 pagi Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
09.15 pagi Bacaan doa
Webinar: Isu dan Cabaran dalam Kepimpinan Instruksional di
11.00 pagi Sekolah semasa Pandemik COVID-19

Moderator:
Sdr. Muhammad Faiz bin Khalid
Pelajar Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Kepimpinan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Pagoh, Johor).

Panel:
1. Pn. Hjh. Siti Haidah binti Tamby

Pengetua SMK Bandar Maharani, Muar, Johor.
2. Dr. (C) H. Moeh Djuddah, S. Ag, M. Pd.I

Kepala Sekolah Madrasah Tsanawiyah Negeri 8
Muaro Jambi, Indonesia.
3. Pn. Hjh. Noor Zinatul Ashiqin binti Hj. Ibrahim
Pemangku Pengetua Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali
Brunei Darussalam.
Sesi bergambar (screenshoot) dan bersurai

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN UNIT JUMLAH (RM)
900
PERKARA 3 x RM 300 240
Bayaran ahli Panel 3 x RM 80 200
Cenderahati ahli Panel 4 x RM 50 100
Bayaran teknikal
Kos overhead 1 1440

JUMLAH BESAR

4

8.0 PENUTUP

Pemimpin pendidikan pada hari ini berhadapan dengan perubahan dunia yang semakin
mencabar dan kompleks. Oleh itu, pemimpin perlu mempersiapkan diri dalam segala aspek dan
mengadaptasi apa jua keadaan terutamanya dalam menghadapi krisis pandemik COVID-19.
Kegagalan menangani perubahan akan memberi implikasi kepada pengurusan institusi secara
keseluruhannya.

Program “Webinar: Isu dan Cabaran dalam Kepimpinan Instruksional di Sekolah semasa
Pandemik COVID-19” merupakan satu inisiatif yang sangat signifikan dalam menyokong
pembudayaan ilmu dan perkongsian pengalaman dalam menangani perubahan dan cabaran ini.
Semoga program ini dapat memberi seribu kerahmatan buat semua.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(SHAHARUDIN BIN MUHAMMAD) (MOHD FAIDZUL BIN ASHARA)
Setiausaha Pengarah
Program Webinar Program Webinar
Curriculum and Instructional Leadership Course Curriculum and Instructional Leadership Course
Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Kepimpinan Sarjana Pendidikan Pengurusan dan Kepimpinan
Ambilan Semester 1 2018/2019 Ambilan Semester 1 2018/2019

Disahkan oleh,

(DR. AZAM BIN OTHMAN)
Pensyarah
Curriculum and Instructional Leadership Course
Kulliyah Pendidikan (Pascasiswazah)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Gombak, Selangor.

5

SURAT JEMPUTAN PANEL
6

EDA 7501: CURRICULUM AND INSTRUCTIONAL LEADERSHIP COURSE
IIUM KAMPUS PAGOH, MUAR, JOHOR (KUMPULAN 1)

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM WEBINAR

Tarikh : 27 November 2020
Masa
Tempat : 2.15 Petang
Pengerusi : Lokasi masing – masing (platform google meet)
Kehadiran (Bilangan)
Turut Hadir (Jika ada) : Mohd. Faidzul Bin Ashara
: 25
: (tiada)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan salam dan mengalukan kehadiran semua untuk mesyuarat pengelolaan kali
pertama.
1.2 Mengharapkan agar program dapat dilaksanakan dengan lancar dan dipermudahkan segala
urusannya.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Tiada.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Tiada.

Tindakan: -

4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Lantikan Jawatankuasa dan Perancangan Tugas
Lantikan Jawatankuasa dan Perancangan Tugas adalah mengikut butiran berikut:

Bil Jawatan Nama / Tugas
Kumpulan

Mohd.Faidzul Memberi tugasan, arahan dan nasihat agar program
1 Pengarah

bin Ashara dapat dilaksanakan dengan lancar

2 Timb.Pengarah Che Azizi Memangku, mengambil alih tugas pengarah

Bertanggungjawab mengumpul, mencatat maklumat

3 Setiausaha Kumpulan 8

dan menyediakan kertas kerja (jika ada)
Memberi cadangan, mengurus kewangan dan

4 Bendahari Kumpulan 2 menyediakan butiran perbelanjaan Cenderahati /

Emolumen
1. Memastikan peserta mematuhi masa, aktiviti dan
jadual program.

5 AJK Aktiviti Kumpulan 5

2. Menyediakan jadual kumpulan bertugas sebelum
dan semasa program berjalan.

7

AJK Pengurus Kumpulan 6 1. Menyediakan pengkalan data/email bagi
6 Kumpulan 4 pendaftaran peserta.
Kumpulan 1 2. Membimbing peserta program
peserta Kumpulan 9 3. Memastikan senarai semak sebelum dan semasa
AJK Kumpulan 3 program berjalan.
7 Pendaftaran / Kumpulan 7 1. Membuat pendaftaran peserta
Sijil 2. Menyediakan borang pendaftaran (jika ada) / soalan
8 AJK Persiapan / quiz semasa program berjalan
3. Menyediakan sijil peserta
AJK 1. Memastikan aplikasi yang sesuai untuk digunakan
9 2. membangunkan aplikasi
3. Persiapan raptai (uji cuba) aplikasi
Pemasaran 4. Memastikan aplikasi berjalan dengan lancar dan
10 AJK Pengelola bersedia untuk melaksanakan pelan kotegensi
1. Memastikan program dihebahkan kepada orang
11 AJK Jemputan ramai
2. Membuat promosi sebulan sebelum program
berjalan melalui kaedah media massa atau sebagainya
1. Menjadi moderator program
2. Menjadi pengacara program
3. Membuat persiapan bagi pertanyaan dan isu kepada
panel (1Jam – 3Jam)
1. Mengurus dan Menjemput Panel / VIP dan
sebagainya
2. Membuat rundingan kepada panel / VIP dan
sebagainya bagi memastikan program ini berjalan
lancar
3. Mengesahkan kehadiran panel dan VIP

Tindakan: makluman

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Cikgu Rohana meminta agar kertas kerja dapat disiapkan segera.
Tindakan: Setiausaha

6 PENUTUP
6.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat seterusnya
yang akan ditetapkan kemudiannya.

8

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 02.53 petang.
Disediakan oleh,
(ZULNAZMI BIN MOHD ZAWI)
Urus Setia
Tarikh : 10 Disember 2020
* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

9

EDA 7501: CURRICULUM AND INSTRUCTIONAL LEADERSHIP COURSE
IIUM KAMPUS PAGOH, MUAR, JOHOR (KUMPULAN 1)

MINIT MESYUARAT TINDAK SUSUL PRESTASI PENGELOLAAN WEBINAR BIL. 1/2020

Tarikh : 14 Disember 2020
Masa
Tempat : 3.00 Petang
Pengerusi : Lokasi masing – masing (platform google meet)
Kehadiran (Bilangan)
Turut Hadir (Jika ada) : Mohd. Faidzul Bin Ashara
: 30
: (tiada)

1 PERUTUSAN PENGERUSI
1.1 Mengucapkan salam dan mengalukan kehadiran semua untuk mesyuarat tindak susul
prestasi pengelolaan kali pertama.
1.2 Memohon Ustaz Faiz mengetuai bacaan doa.
1.3 Mengharapkan agar semua jawatankuasa dapat sudah bersedia dengan laporan masing-
masing.

2 PEMBENTANGAN DAN LAPORAN PRESTASI PENGELOLAAN
2.1 Setiausaha (Kumpulan 8)
2.1.1 Kertas konsep program telah disiapkan dan telah dipanjangkan kepada Dr. Azam.
2.1.2 Draf surat jemputan dan sumbangan juga telah disiapkan.
2.1.3 Jika ada AJK lain yang memerlukan surat boleh memaklumkan kepada setiausaha.
Tindakan: makluman

2.2 Bendahari (Kumpulan 2)
2.2.1 Anggaran perbelanjaan

Ahli Panel
RM 300 x 4 orang = RM1200

Cenderahati
RM 80 x 4 = RM 320

Teknikal
RM200

Kos Overhead
RM100

Jumlah RM 1820
Cadangan kutipan dari pelajar sebanyak RM60.

Tindakan: makluman

2.3 AJK Aktiviti (Kumpulan 5)
2.3.1 Jadual aktiviti dan carta gant telah dimasukkan dalam telegram untuk rujukan.
2.3.2 Akan memastikan setiap kumpulan menjalankan tugasan masing-masing.
Tindakan: makluman

10

2.4 AJK Pengurus Peserta (Kumpulan 6)
2.4.1 Membuat email 3 minggu sebelum untuk mendapatkan maklumat peserta.
2.4.2 Akan membuat tatacara menyertai webinar untuk peserta dan akan dimasukkan
dalam pamplet promosi.
Tindakan: makluman

2.5 AJK Pendaftaran/Sijil (Kumpulan 4)
2.5.1 Akan menyediakan QR kod atau link google form untuk pendaftaran peserta.
2.5.2 Akan menyediakan e-sijil bagi semua peserta.
Tindakan: makluman

2.6 AJK Persiapan (Kumpulan 1)
2.6.1 Akan mengadakan perbincangan dengan PPD Muar untuk cadangan kerjasama selaku
pengelola serta memohon e-sijil dari JPN untuk warga pendidik.
2.6.2 Perbincangan tidak rasmi juga telah dilakukan bersama pegawai IT PPD Muar, En.
Reza untuk bantual sokongan dan teknikal serta penggunaan platform webinar nanti
umapmanya youtube dan sebagainya.
Tindakan: makluman

2.7 AJK Pemasaran (Kumpulan 9)
2.7.1 Akan membuat promosi dan menghebahkan maklumat program sebelum hari
kejadian berlangsung dengan menggunakan kaedah Facebook ads, Whatapps,
telegram atau instragram ads.
Tindakan: makluman

2.8 AJK Pengelola (Kumpulan 3)
2.8.1 Akan bertindak sebgai moderator semasa sesi webinar nanti.
2.8.2 Telah menyediakan senarai soalan kepada panel dengan setiap panel akan diajukan 2
soalan (senarai soalan dikemukakan sebagai rujukan).
2.8.3 Soalan tambahan juga akan disediakan jika masa masih mencukupi.
2.8.4 Mesyuarat juga sebulat suara bersetuju untuk membenarkan soalan dan pertanyaan
daripada penonton jika masa mengizinkan.
Tindakan: makluman

2.9 AJK Jemputan (Kumpulan 7)
2.9.1 Mesyuarat telah sebulat suara bersetuju dengan pemilihan 3 orang panel sahaja iaitu
daripada negara Malayisa, Indonesia dan Brunei
2.9.2 Panel dari negara Malaysia adalah Pengetua SMK Bandar Maharani, Muar.
Tindakan: makluman

3 HAL-HAL LAIN
3.1 Cikgu Siti Hajjar Memohon pandangan mengenai bayaran atau bayaran secara wakaf time
kepada panel.
Tindakan: Pengarah
Respon: Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju tentang bayaran panel secara wakaf time
seperti yang dicadangkan oleh Dr. Azam dan akan dirunding oleh JK Jemputan, namun
cenderamata juga disediakan dengan nilai RM 300 seorang.

11

3.2 Cikgu Rafidah mencadangkan agar program ini dibuat secara rakaman.
Tindakan: Pengarah

Respon: Setelah perbincangan dengan pihak PPD Muar, kaedah rakaman adalah kurang
sesuai dan tidak disyorkan.
3.3 Cikgu Rafidah meminta Pengarah projek berjumpa dengan Tuan PPD Muar iaitu En
Puniran.

Tindakan: Pengarah
Respon: Pengarah dan beberapa orang ajk yang lain telah berjumpa dengan wakil PPD
Muar pada 17 Disember dan hasil perbincangan akan dimaklumkan dalam mesyuarat yang
akan datang.

3.4 Cikgu Nabilah meminta rakan rakan yang belum membuat bayaran RM 10 agar segera
berbuat demikian.
Tindakan: Pelajar yang terlibat
Respon: Seramai 31 orang pelajar telah membayar RM 10 iaitu kutipan terdahulu untuk
belian e-book dan akan terus disumbang kepada pengelolaan program.

4 PENUTUP
4.1 Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat seterusnya
yang akan ditetapkan kemudiannya.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 04.20 petang.

Disediakan oleh,

(ZULNAZMI BIN MOHD ZAWI)
Urus Setia
Tarikh : 18 Disember 2020

* Minit mesyuarat tidak perlu ada tanda tangan, no. PK, header dan footer.

12


Click to View FlipBook Version