PIDATO BAHASA BERIRAMA
SILA IMBAS KOD QR…
Makna Pidato
Pidato ialah syarahan kepada umum, atas
tajuk tertentu yang disampaikan oleh
seorang penyampai yang dipanggil
“pemidato”, mengandungi pendahuluan, isi,
dan penutup.
Tujuan Pidato
Pidato bertujuan untuk menyampaikan idea
berkenaan sesuatu isu kepada hadirin dan
pada masa yang sama adalah untuk
meyakinkan hadirin tersebut melalui
cara pembawaan pidato.
Bicara berirama ialah bercakap atau berkata
menggunakan bahasa berirama dalam nada suara
panjang atau pendek dengan bunyi yang teratur atau
turun naik bunyi yang teratur pada lagu, rentak gaya,
tingkah, ragam atau rentak. Mengenai skrip yang
dinyatakan, bicara berirama ini bukan sahaja boleh
diaplikasikan pada teks ucapan, bahkan sewaktu
menyampaikan syair, pantun, gurindam dan lain-lain.
Kebiasaannya, seseorang yang menggunakan bicara
berirama akan memastikan intonasi suara, irama,
lenggok bahasa dan kepetahan disatukan dalam
menyampaikan sesuatu teks itu selain bergantung
pada latihan yang dilakukannya.
NIK NOR AHMARIZAM BIN NIK AHMAD
MUNSYI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA
SISC+ BAHASA
SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KOTA BHARU