The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BUKU MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH PPD KOTA BHARU 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niknorahmarizam, 2023-06-26 09:26:21

TEKS ALU-ALUAN PENGARAH JPN KELANTAN

BUKU MANUAL PdPc e-EKSPERIMEN SAINS SEKOLAH RENDAH PPD KOTA BHARU 2023

Keywords: SAINS SEKOLAH RENDAH

TEKS ALU-ALUAN PENGARAH JPNK 2023 Disediakan oleh Nik Nor Ahmarizam bin Nik Ahmad (SISC+ Bahasa) PPD Kota Bharu, Kelantan Bismillahhirrahmanirrahim Assalamualaikum wbt. Salam Malaysia Madani Pertama-tamanya, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia-Nya kita hamba-Nya masih diberi-Nya kekuatan semangat dan iltizam serta keafiatan untuk meneruskan cabaran mandala pendidikan pada era Revolusi Industri 4.0 yang kian mencabar ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran, komitmen dan kolaboratif nan mulus, Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu telah berjaya menerbitkan Buku Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 1 untuk panduan para guru Sains. Ucapan terima kasih dan tahniah yang setinggi-tingginya kepada Jawatankuasa Penerbitan Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah yang telah bertungkus lumus dan bekerjasama seteguh tekad untuk mencurahkan tenaga, idea dan sumbang saran bagi menzahirkan Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 1. Ucapan syabas jua kepada panel penulis dan editor yang telah berpadu tenaga dan buah fikiran seutuh kudrat bersama-sama pegawai-pegawai USTP Tapang, Sektor Pembelajaran PPD Kota Bharu, guru-guru dan murid-murid bagi menerbitkan Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 1 yang berkualiti dan ilmiah ini. Manual PdPc e-Eksperimen Sains Sekolah Rendah Tahun 1 diharapkan dapat membantu guru-guru tatkala melaksanakan eksperimen Sains via penggunaan video PdPc Sains secara komprehensif dalam ranah pendidikan digital tanpa sempadan kini. Dalam usaha murni KPM untuk menjayakan dasar 60:40 pendidikan STEM dalam kalangan murid sekolah, PdPc Sains yang tekal bertunjangkan teknologi maklumat dan komunikasi kini mampu untuk menarik minat murid pascamerdeka Malaysia Madani meneroka dunia Sains sekali gus melahirkan modal insan yang mahir dalam bidang industri dan teknologi pada masa hadapan. Di samping itu, subjek-subjek seperti STEM memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang agak tinggi. Murid-murid bukan sahaja dapat mendalami ilmu STEM bahkan mereka juga dapat menambah keyakinan diri melalui pendedahan dan interaksi dengan dunia luar selain berpeluang untuk melakukan eksperimen Sains dengan bantuan guru Sains yang sememangnya tahu akan obligasi besar yang digalas mereka. Akhirulkalamnya, saya berharap semoga buku manual ini dimiliki oleh setiap guru Sains sebagai rujukan dalam pelaksanaan PdPc Sains yang berkualiti. Guru-guru Sains seyogianya sentiasa merancang PdPc yang melangkaui landskap pemikiran jumud lampau lantaran murid-murid yang celik digital pada masa ini akan berasa seronok belajar mengalami dan menghayati dunia Sains yang sememangnya memenuhi keinginan daya penaakulan dan inspirasi ciri-ciri murid global marcapada ini. “Science Unites, Innovation Decides” Sekian. HAJI MOHD ZAMRI BIN ABDUL AZIZ P.S.K. Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan


TEKS ALU-ALUAN PENGARAH JPNK 2023 Disediakan oleh Nik Nor Ahmarizam bin Nik Ahmad (SISC+ Bahasa) PPD Kota Bharu, Kelantan


Click to View FlipBook Version