The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by niknorahmarizam, 2021-07-11 13:19:14

BUKU KELEBIHAN & AMALAN 10 ZULHIJJAH

TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS

JABATAN MUFTI
NEGERI PERLIS



KELEBIHAN DAN AMALAN
10 HARI AWAL BULAN ZULHIJJAH

1. 10 hari awal bulan Zulhijjah memiliki kelebihan berdasarkan firman Allah SWT:

‫َوَل َيا ٍل َع ْش ٍر‬

Maksudnya: “Dan malam-malam yang sepuluh.”

(al-Fajr: 2)

Kata Ibn „Abbas RA: “Sesungguhnya hari-hari itu adalah 10 hari awal bulan
Zulhijjah .” Kata Ibn Kathir: “Dan ia Sahih.” Inilah pandangan majoriti ulama tafsir
salaf dan selain mereka. (Tafsir Ibn Kathir 8/390)

2. Memeliki kelebihan berbanding hari-hari lain dalam setahun berdasarkan hadis
Nabi SAW:

:‫ ولا أعظم أجرا من خير يعملو في عشر الأضحى قيل‬-‫ عز وجل‬- ‫ما من عمل أزكى عند الله‬
‫ إلا رجل‬-‫ عز وجل‬- ‫ ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله‬-‫ عز وجل‬- ‫ولا الجهاد في سبيل الله‬

‫خرج بنفسو ومالو فلم يرجع من ذلك بشيء‬

Maksudnya: “Tiada satu amalan baik yang lebih suci dan lebih besar
pahalanya di sisi Allah, yang dilakukan oleh seseorang berbanding
pada hari 10 hari awal bulan Zulhijjah.” Ditanya kepada baginda: “Tidak
juga jihad fi sabilillah azza wajalla? Baginda menjawab: “Tidak juga
jihad fi sabilillah, melainkan seorang lelaki yang keluar membawa diri
dan hartanya (berjihad) lalu dia tidak membawa pulang suatupun lagi
selepas daripada itu.” (Riwayat al-Darimiy. Sanadnya dinilai Hasan
oleh al-Albani di dalam Irwa‟ al-Ghalil)

3. Amalan fardhu pada 10 hari awal Zulhijjah adalah lebih afdhal berbanding
amalan fardhu pada waktu lain. Demikian juga amalan sunat yang dilakukan
pada 10 hari awal Zulhijjah lebih afdhal berbanding amalan sunat yang dilakukan
dalam bulan lain.

4. Solat yang dilakukan pada 10 awal Zulhijjah adalah afdhal (lebih utama)
berbanding solat yang ditunaikan dalam bulan lain. Demikian juga puasa, bacaan
al-Quran, berzikir, doa, berbuat baik kepada kedua ibu-bapa, menghubungkan
silaturrahim, menunaikan hajat orang yang memerlukan, menziarahi orang sakit,
mengiringi jenazah, berbuat baik kepada jiran tetangga, membuat kenduri dan
amalan-malan lain.

5. Kelebihan 10 awal Zulhijjah dan beramal di dalamnya adalah merangkumi
beramal pada malam harinya. Akan tetapi 10 malam terakhir Ramadan adalah

lebih utama kerana padanya terdapat malam al-Qadr. 10 hari awal Zulhijjah
merupakan hari-hari yang lebih utama kerana terdapat di dalamnya hari al-Nahr
(hari menyembelih binatang korban), hari Arafah dan hari Tarwiyyah. (Zad al-
Maad 1/57) Terhimpun di dalam 10 hari awal Zulhijjah ini beberapa ibadah agung
yang tidak terdapat dalam bulan yang lain iaitulah ibadat haji, menyembelih
korban, berpuasa dan bersedekah. (Fath al-Bari oleh Ibn Rajab 2/460)

6. 10 hari awal Zulhijjah merupakan al-Ayyam al-Ma’lumat al-Mubarakat (hari-
hari yang diberkati). Allah SWT mensyariatkan di dalamnya agar diperbanyakkan
mengingatiNya di atas rezeki yang dikurniakan dariNya. Allah berfirman:

ْ‫ِلّ َي ۡش َهدُواْْْ َه َٰنَ ِف َعْلَ ُه ۡنْ َو َي ۡذ ُك ُزواْْٱ ۡس َْنْٱّ َلْلِْ ِف ٓيْأَيَاٖمْ َه ۡعلُى َٰ َه ٍتْ َع َل َٰىْ َهاْ َر َس َق ُهنْ ِّه ۢنْ َب ِهي َو ِة‬
٨٢ْْ‫ٱ ۡۡلَۡن َٰ َع ِْنْ َف ُكلُىاْْ ِه ۡن َهاْ َوأَ ۡط ِع ُوىاْْٱۡل َبآ ِئ َسْْٱۡل َف ِقي َز‬

Maksudnya: “supaya mereka menyaksikan berbagai manfaat bagi
mereka dan supaya mereka menyebut nama Allah pada hari-hari yang
telah ditentukan (ْ‫ )أَ َياٖمْ َه ۡعلُى َٰ َه ٍت‬atas rezeki yang Allah telah berikan kepada
mereka berupa binatang ternak. Maka makanlah sebahagian
daripadanya dan (sebahagian lagi) berikanlah untuk dimakan orang-
orang yang sengsara dan fakir.”

(al-Hajj: 28)

Majoriti ulama tafsir menyatakan ‫ أَ َياٖمْ َه ۡعلُى َٰ َه ٍْت‬ialah 10 hari awal Zulhijjah. (Tafsir
al-Baghawi 5/379, Tafsir Ibn Kathir 5/415 dan Lata„if al-Ma‟arif 269)

7. 10 hari awal zulhijjah merupakah hari penutup kepada al-Asyhur al-Ma‟lumat
(bulan-bulan Haji) yang dinyatakan oleh Allah SWT:

ْ‫ت‬ٞۚٞ ‫زْ َه ۡعلُى َٰ َه‬ٞ ‫ٱۡل َح ْجْأَ ۡش ُه‬

Maksudnya: “(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi…”

(al-Baqarah: 197)

Bulan-bulan yang dimaklumi ‫ْز ْ َه ۡعلُى َٰ َه ٍْت‬ٞ ‫ أَ ۡش ُه‬tersebut ialah bulan Syawal, Zul

Qaedah dan 10 hari awal Zulhijjah berdasarkan riwayat dari ramai para sahabat
seperti „Umar, Ibn „Umar, „Ali, Ibn Mas‟ud, Ibn „Abbas, Ibn al-Zubair dan selain
mereka. Inilah juga pandangan kebanyakan ulama Tabi‟ien. (Lata„if al-Ma‟arif 269)

8. Pada 10 hari awal Zulhijjah terdapat Hari al-Nahr (10 Zulhijjah). Ia juga
merupakan hari Haji Akbar, merupakan hari yang paling mulia di sisi Allah SWT.
Di dalam hadis dinyatakan:

‫إن أعظم الأيام عند الله تبارك وتعالى يوم النحر ثم يوم القر‬

Maksudnya: “Hari yang paling agung di sisi Allah Tabaraka Wa Taala
adalah Hari al-Nahr kemudian hari al-Qarr (selepas hari 10 zulhijjah).”

(Riwayat Abu Daud 1765. Dinilai Sahih oleh al-Albani)

9. Melakukan amalan salih pada 10 hari awal Zulhijjah adalah suatu yang afdhal
atau paling utama berbanding pada hari-hari yang lain. Kerana itu generasi al-
Salaf al-Soleh (umat Islam yang awal) bersungguh-sungguh memperbanyakkan
amalan ketaatan atau amalan soleh dalam tempoh ini. Antara amalan soleh yang
boleh diperbanyakkan pada 10 hari awal bulan Zulhijjah ini ialah:

i. Melaksanakan ibadah haji terutamanya haji wajib.

ii. Membanyakkan berzikir dalam setiap keadaan, sama ada dalam keadaan
berdiri, duduk mahupun ketika berbaring, berjalan kaki mahupun ketika
berkenderaan.

iii. Membanyakan bertakbir, bertahlil dan bertahmid berdasarkan hadis
daripada „Abdullah bin „Umar RA, Nabi SAW bersabda:

‫ أَيااِم الَْع ْشِر فَأَ ْكثُِروا فِيِه ان‬، ‫َِمماَنِمالْتان ْأَحيااِمٍيم ِدأَ ْعَوالظَتاَمْهلِيِعْنِلَد َاواّلَالتاِل ْكَبِولياِر أَ َح اب إِلَْيِو فِيِه ان الَْع َم ُل ِم ْن َى ِذِه الأَيااِم‬

Mafhumnya: “Tiada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan yang
lebih disukai di sisiNya untuk dilakukan amalan soleh berbanding hari-
hari ini, iaitulah 10 hari awal dalam bulan Zulhijjah, oleh itu
perbanyakkanlah di dalamnya Tahmid, Tahlil dan Takbir.”

(HR Ahmad: 7/224. Sanadnya dinilai Sahih oleh Ahmad Syakir)

iv. Menzahirkan laungan takbir bersama tasbih, tahmid dan tahlil di merata-
rata tempat. Semua ini merupakan tunas yang disemai di dalam syurga. Ia
juga merupakan perkataan yang paling disukai oleh Allah SWT dan Nabi
SAW. Seorang Tabi‟ie, Maimun bin Mihran RH berkata:

‫ إِ ان‬:‫ َويَُقوُل‬،‫ َحَاّت ُكْن ُت أُ َشبُِّهوُ ِبْلأَْمَوا ِج ِم ْن َكثَْرِِتَا‬،‫اأَلْدنااَرْكَسُتقَْادلنانَاَقَسُصوَاوإِنِافُيه ْمتَْرلَكِيُِهَكُمِّّبُالوتاَنْكبِِيفَري الَْع ْشِر‬

Maksudnya: “Aku menemui ramai (dari kalangan sahabat).
Sesungguhnya mereka benar-benar bertakbir pada 10 hari awal
Zulhijjah , sehingga daku mengumpamakan (laungan takbir mereka)
dengan ombak kerana banyaknya.” Beliau juga berkata: “(Adapun
sekarang) sesungguhnya orang ramai telah mengurangkan laungan
takbir tersebut.”

(Fath al-Bari oleh Ibn Rajab 6/113)

Takbir pada 10 awal Zulhijjah terbahagi kepada dua:

- Takbir Mutlaq: Ia dilakukan bermula 1 Zulhijjah sehingga hari Tasyriq
yang ketiga. Dilakukan dalam setiap waktu, keadaan dan tempat,
melainkan di tempat yang dilarang berzikir seperti di dalam tandas dan
seumpamanya.

- Takbir Muqayyad: Ia dilakukan setelah menunaikan solat fardhu. Bermula
selepas solat Subuh 9 Zulhijjah sehingga selepas solat Asar hari Tasyriq
ketiga.

Antara lafaz takbir yang boleh diucapkan pada sepuluh hari awal Zulhijjah

ialah: ،ُ‫َالِلَلااْْإِلَلَْموَدإِالا الله‬،ِّ‫للهُاللأَهُْكأَبَُْركبََُرو‬،‫اللهُ أَ ْكبََُورا‬

Mafhumnya: “Allah Maha Benar, Allah Maha Benar, tidak ada sembahan melainkan
Allah, Allah Maha Besar dan bagi Allah segala pujian.” Jika diucapkan dengan lafaz
takbir yang lain juga tidak mengapa.

v. Memperbanyakkan puasa sunat kerana ia termasuk amalan soleh yang
boleh diperbanyakkan pada 10 hari awal Zulhijjah. Nabi SAW bersabda:

‫َم ْن َصاَم يَْوماً ِفي َسبِي ِل الله بَاع َد الله َو ْجَهوُ َع ْن الناا ِر َسْبعِيَن َخِريًفا‬

Mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa sehari kerana Allah, Allah akan
jauhkan mukanya dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.”

(al-Bukhari dan Muslim)

vi. Puasa khusus hari Arafah pada 9 Zulhijjah. Ia menghapuskan kesalahan
dan dosa selama dua tahun. Nabi SAW bersabda:

‫صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبلو والسنة التي بعده‬

Maksudnya: “Puasa hari „Arafah, aku mengharapkan Allah
menghapuskan dosa setahun sebelum dan setahun selepasnya.”

(Riwayat Muslim1162)

vii. Melatih ahli keluarga melaksanakan puasa hari Arafah. Kata Sa‟ied bin
Jubair RH:

َ‫أَيَْقظُوا َخ َدَم ُك ْم يَتَ َس احُروَن لِ َصْوِم يَْوِم َعَرفَة‬

Maksudnya: “Bangunkan ahli keluarga kamu, agar mereka bersahur
untuk berpuasa hari Arafah.”

(Siyar A‟lam al-Nubala 4/327)

viii. Membanyakkan bacaan al-Quran. Ia merupakan pelaburan akhirat yang
amat berharga. Demikian juga berusaha membaca al-Quran dengan
disertai dengan tadabbur (memerhati) dan tafahhum (memahami). Kerana
sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada yang membaca al-Quran
satu huruf dengan 10 kali gandaan.

ix. Melakukan solat malam tanpa dikhususkan mana-mana malam dalam 10
malam awal Zulhijjah .

x. Membanyakkan Istighfar terutamanya ketika waktu Sahur agar tergolong
dalam kalangan orang-orang taqwa yang disebut sifat-sifat mereka oleh
Allah SWT di dalam al-Quran:

‫والمستغفرين ِبلأسحار‬

Maksudnya: “dan mereka yang beristighfar pada waktu sahur.”
(Ali Imran: 17)

xi. Membanyakkan sedekah yang merupakan salah satu amalan saleh. Ia
mampu menghapuskan dosa, menghilangkan kemurkaan Allah dan
menjadi sebab memperoleh keberkatan dan pertambahan rezeki.
Melakukan amalan sedekah pada 10 hari awal Zulhijjah adalah afdhal
berbanding hari-hari yang lain.

xii. Mendatangkan kegembiraan kepada orang-orang yang beriman dalam
menjalinkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan dengan membantu
mereka yang memerlukan, membuat makanan untuk mereka dan
seumpamanya. Kesemua ini termasuk dalam amalan saleh yang wajar
diperbanyakkan terutamanya pada 10 hari awal Zulhijjah.

xiii. Memenuhi keperluan atau meringankan urusan anak-anak jiran tetangga
yang penjaga mereka pergi melaksanakan ibadah haji. Di dalam hadis
Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Sesiapa yang bantu mempersiapkan keperluan seorang yang
melaksanakan haji atau menggantikan tempatnya memerhatikan
keluarganya… untuknya seperti pahala orang yang pergi melaksanakan haji
tersebut, tanpa dikurangkan sedikitpun dari pahala-pahala mereka.” (Riwayat
Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya 1930. Al-Albani juga menilai hadis ini
sebagai Sahih)

xiv. Termasuk amalam soleh yang wajar dilakukan pada 10 hari awal Zulhijjah

ialah menjauhi dosa dan maksiat. Terutamanya 10 hari awal Zulhijjah

termasuk di dalam bulan-bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Firman

Allah SWT: ‫زْلَ ۥهُْْ ِعندَْ َر ِبّ ِْهۦ‬ٞ ‫َو َهنْيُعَ ِّظ ۡنْ ُح ُز َٰ َه ِتْٱّ َلْلِْ َف ُه َىْ َخ ۡي‬

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang mengagungkan apa-apa yang
dimuliakan di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi
Tuhannya…”

(al-Hajj: 30)



Diterbitkan Oleh Tajaan Penerbitan

JABATAN MUFTI NEGERI PERLIS MAJLIS AGAMA ISLAM &
Tingkat 1, Blok A, ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS
Bangunan Dato’ Mahmud Mat, No A2, Taman Pengkalan Asam,
01000 Kangar, Perlis. Jalan Tuanku Syed Putra,
01000 Kangar, Perlis.
(04) 979 4428
(04) 976 3844 (04) 979 4439
mufti.perlis.gov.my
(04) 978 2400

www.maips.gov.my


Click to View FlipBook Version