The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Missfirichstore2u collection premier Grand Gala officiated by Dato Henry Harry Jinep. Congratulations to mini ambassadors and thank you to all our loyalists and customers for endless support.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fiona J M, 2022-03-04 20:31:03

PROGRAM BOOKLET PREMIER GRAND GALA AWARD NIGHT

Missfirichstore2u collection premier Grand Gala officiated by Dato Henry Harry Jinep. Congratulations to mini ambassadors and thank you to all our loyalists and customers for endless support.

TENTATIF PROGRAM

6.30PM — Pendaftaran 9.45PM — Penyampaian Penghargaan & Cenderahati VVIP

7.05PM — Umum Ketibaan YB Dato Henry & Isteri oleh Pengurus, Norin.

7.10PM — Tarian Penyambut Tetamu 9.50PM — Perarakan keluar VVIP, semua hadirin dijemut
berdiri.

7.20PM — Bacaan Doa Pemberkatan Majlis dipimpin oleh 10.00PM – Persembahan Nyanyian

Keezrawati Mujan.

— Para hadirin dijemput menjamu selera. 10.10PM – Cabutan Bertuah

7.25PM — Ucapan Pengasas/Pengarah , Fiona Joyce Makah GRAND GALA LUCKY DRAW

7.35PM — Ucapan Pengurus Syarikat, Emylie @ Norin * *Nombor Cabutan ada pada Door Gift
7.45PM — Ucapan Perasmi Majlis YB Dato Henry H J 5th C&K Wallet
8.00 PM — Persembahan fesyen show oleh wakil 4th Guess Satchel
3rd Starbuck Merchandice Green Bag
Duta Kecil Missfirichstore2u. 2nd Subang Kate Spade
8.15PM — Sesi Penyampaian Ganjaran Terulung 1st Habib Jewel Love Dreamcatcher
charm Gold 916
MEI – DESEMBER 2021 (Duta Kecil yang men-
capai sasaran jualan bulanan sebanyak RM3,000

& ke atas). Ganjaran disampaikan oleh FJM.

9.00PM — Persembahan Sketsa dari Missfirichstore2u oleh CABUTAN GRAND BONANZA

wakil Duta Kecil Missfirichstore2u yang diketuai DE’XANDRA
oleh Hassie. ** Nombor Cabutan ada pada Borneo Edition
Air Freshener De’Xandra
9.15PM — Sesi Penyampaian Anugerah Pencapaian Khas &
Insentif Khas sepanjang Tahun 2021.

(Duta Kecil yang mempunyai personaliti unggul Hadiah : 1 X Habib Jewel 1gram Gold Bar

dan bermanfaat serta memberikan keuntungan

kepada syarikat sepanjang 2021) 10.30PM – Sesi Bergambar

Anugerah disampaikan oleh YB Dato Henry. 1) Pemenang & penerima anugerah

Anugerah Pencapaian Khas: 2) Gambar perseorangan

Anugerah Personaliti Dedikasi 3) Berkumpulan

Anugerah Personaliti Konsisten

Anugerah Personaliti Kesetiaan 11.00PM - Bersurai
Anugerah Personaliti Versatile

Anugerah Personaliti Berkarisma

Insentif Khas Jualan melebihi RM20,000
sebulan : BILLAWATI ANNUAR

Tunai RM500

Insentif khas Jualan Tertinggi - November 2021

GOLD BAR 1G EDISI KHAS HARIMAU

MALAYA

Insentif khas Jualan Tertinggi—Disember

GOLD BAR 1G EDISI KHAS MARVEL CHARACTERS

CHINESE SET (HALAL) MENU

COLD AND HOT DISH COMBINATIONS
Chilled chicken meat roll with lemon mayonnaise

Marinated Japanese octopus

SOUP
Oriental seafood chowder with fish lips

CHICKEN
Roasted chicken with black pepper and wild mushroom

FISH
Deep fried sea bass with sweet & sour sauce

BEAN CURD
Braised bean curd with crabmeat sauce

VEGETABLE
Braised superior mixed vegetables in oyster sauce

RICE
Wok fried fragrant rice with chicken and vegetable

DESSERT
Boiled sweetened Lin Chi Kang

BEVERAGE
Chinese Tea

Cordial
Coffee & Tea

KATA ALUAN PERASMI

DATO HENRY HARRY JINEP

TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN SARAWAK

Bersempena dengan majlis malam Gala & Malam Anugerah Kecemerlangan Jualan koleksi
missFirichstore2u by FJM Outlet Empire, saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan Syabas
kepada semua yang telah bertungkus lumus mempromosikan produk dan khidmat “personal shopping”
barangan berjenama di bawah koleksi missFirichstore2u. Usaha tuan dan puan ini telah mengharumkan
dan memartabatkan lagi nama koleksi ini sehingga ke hari ini. Ucapan tahniah ditujukan khas terutaman-
ya kepada Pengasas missFirichstore2u, Pengurus operasi, dan tidak dilupakan juga kepada semua staf
pengurusan, duta-duta kecil dan krew pemasaran koleksi missFirichstore2u by FJM Outlet Empire. Majlis
Malam Gala & Anugerah Kecemerlangan Jualan koleksi missFirichstore2u by FJM Outlet Empire yang
julung kali diadakan sejak bertapak di Sarawak pada 2020, telah membuktikan bahawa perniagaan ini di
atas landasan yang betul dalam menjana ekonomi masyarakat setempat.

Kepada penerima yang bakal membawa pulang anugerah-anugerah pengiktirafan khas dan ganjaran-
ganjaran hebat malam ini, tahniah diucapkan. Diharapkan kejayaan seumpama ini akan diteruskan dan
menjadi contoh yang baik untuk pelapis-pelapis kalian kelak. Selain itu, penghargaan juga ditujukan
kepada semua pelanggan-pelangan setia @ loyalist missfirichstore2u terutamanya yang dipilih untuk
turut serta dalam majlis gilang gemilang ini untuk bersama-sama meraikan kejayaan koleksi
missFirichstore2u sepanjang 2020/2021; selain untuk menghargai sokongan kalian selama ini. Tidak lupa
juga kepada pihak pengurusan majlis yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menyumbang tenaga, masa dan idea demi kelancaran majlis malam ini.

Seperti yang kita sedia maklum, pengasas kepada koleksi missFirichstore2u iaitu Fiona Joyce Makah (FJM) meletakkan harapan tinggi
kepada perusahaan ini agar menjadi platform perniagaan “personal shopping” serta jaringan jualan semula barangan fesyen berjenama
antarabangsa atas talian @ online yang utama di Borneo. Koleksi missFirichstore2u ialah platform yang mengumpul, mempromosikan dan
menjual semula barangan berjenama yang autentik dari jenama antarabangsa yang dibeli terus dari butik dan outlet terkemuka di negara-
negara Eropah, Amerika, Canada dan Jepun menggunakan khidmat wakil personal shopper yang dilantik khas di negara-negara berke-
naan ataupun menggunakan khidmat pengasasnya Fiona Joyce Makah sendiri yang akan mengunjungi negara-negara tersebut untuk mem-
beli terus pesanan / order pelanggan koleksi ini.

Selain itu, pengasas koleksi ini juga berhasrat untuk mengembangkan sayap dalam pembuatan dan pengilangan barangan berjenama
sendiri iaitu jenama “FJM collection” seperti beg tangan dan aksesori wanita yang lain untuk dipasarkan di pasaran tempatan. Setakat ini,
FJM collection bucket bag sudah berjaya dihasilkan dan dipasarkan dan mencatat jualan sebanyak 800 bag telah terjual seluruh Malaysia
(contoh bucket bag diletakkan pada rostrum untuk ditayang pada hadirin).

Dengan adanya perniagaan seperti ini diharap akan menambahkan sumber ekonomi tempatan dan membuka lebih banyak peluang untuk
menjana pendapatan tambahan yang lumayan, selain peluang untuk mengumpul ganjaran hebat, terutamanya untuk golongan wanita t idak
kira yang berkerjaya/ suri rumah. Umum sedia maklum, wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Oleh itu, saya sendiri berasa amat
optimis bahawa industri ini akan kekal relevan dalam pasaran tempatan mahupun di luar negara.

Harapan saya semoga semua yang berada dalam dewan ini, terutama para staf, duta-duta kecil, dan krew pemasaran serta pelanggan-
pelanggan setia akan terus menyokong usaha baik anak watan kita di Sarawak ini, agar impian kita untuk menyediakan platform e-dagang
yang terkemuka dalam fesyen akan tercapai. Usaha ini sekaligus, mampu memanfaatkan lebih ramai pihak dan terus menyumbang kep ada
ekonomi yang mampan.

Secara peribadi, saya juga yakin yang industri perniagaan seumpama ini yang didominasi oleh wanita juga mampu memberi impak yang
positif dan menguntungkan jika kita saling menyokong satu sama lain, agar terus berkembang seiring dengan peredaran masa.

Dengan ini, saya dengan sukacita, merasmikan majlis Malam Gala & Anugerah Kecemerlangan staf, duta dan krew koleksi
missFirichstore2u untuk tahun 2021.

Tahniah dan selamat maju jaya.

DATO HENRY HARRY JINEP

Menteri Muda Pengangkutan 2 Sarawak

Merangkap ADUN N2 , Tasik Biru

KATA ALU-ALUAN PENGARAH
FIONA JOYCE MAKAH
PENGASAS (FOUNDER) missFirichstore2u collection

Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,

Bersempena dengan Malam Gala missFirichstore2u collection (by FJM Outlet Empire) yang julung
kalinya ini, sukacita saya merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh
jawatankuasa majlis atas kejayaan menjayakan majlis yang serba indah ini serta kesemua duta kecil
missFirichstore2u collection di atas pencapaian tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun 2021. Saya
berbesar hati dan gembira dengan pencapaian jualan yang sangat memberangsangkan dan mewakili
pihak syarikat FJM Outlet Empire untuk menyampaikan pengiktirafan dan ganjaran yang setimpal
untuk usaha baik kalian sepanjang 2021. Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima ganjaran dan
anugerah tahun 2021. Yang tidak berjaya, tahun 2022 ialah peluang untuk anda bersinar. Saya
berharap yang platform untuk menjana pendapatan tambahan ini akan terus memberi peluang yang
adil untuk ramai lagi individu yang mahu menimba pengalaman berbeza dan baru dalam dunia perniagaan atas talian, teruta-
manya yang berkaitan dengan fesyen dan aksesori wanita.

Pengiktirafan ini juga ditujukan terutamanya kepada pasukan pengurusan missFirichstore2u collection di atas kejayaan pada
hari ini. Kalian telah menjadi tulang belakang kepada platform membeli belah melalui khidmat “personal shopper” yang
beroperasi secara atas talian. Kebanyakan urus niaga kita dalam perniagaan norma baru ini melalui medium sosial media
terutamanya Facebook dan Instagram. Tahniah, kita telah berjaya mengharungi musim pandemik Covid-19 sepanjang 2020/21
walaupun banyak perniagaan lain yang seumpama ini telah gagal. Jadi ini adalah satu pencapaian yang harus diraikan.
Syabas Norin selaku pengurus syarikat untuk kesabaran, kecekalan , dedikasi dan tidak jemu dalam melayani segala
permintaan duta kecil, wakil pemasaran MCrew serta pelanggan , samada jauh atau dekat. Tanpa kerjasama yang jitu,
tidaklah kita bersama pada hari ini dan tidak jugalah nama MissFirichstore2u collection semakin dikenali dan diterima oleh
masyarakat.

Segala ilmu, pengalaman dan teknik perniagaan yang berkesan yang telah kita pelajari bersama sepanjang tertubuhnya
perusahaan ini, saya harapkan akan terus kita perbaiki, akan terus kita semai dalam menongkah cabaran arus perniagaan
masa kini yang semakin hari semakin mencabar. Bersama-samalah kita terus maju bersama, terus menimba ilmu perniagaan
dan mencetus idea-idea baru agar terus bermanfaat untuk semua. Saya akan terus berinovasi dan mencuba sistem baru yang
lebih efisyen agar nama MissFirichstore2u collection terus berkembang pesat, kekal relevan dan selari dengan permintaan
dalam industri “personal shopping” di Borneo khususnya. Para duta kecil atau dikenali sebagai “mini ambassador” kita juga
harus terus mengambil ruang dan peluang untuk menguasai pelbagai strategi dalam bidang keusahawanan e-dagang dan
dapat mengembangkan lagi kemahiran pengiklanan digital. Anggaplah platform ini sebagai kerjaya sampingan tuan-tuan dan
puan-puan yang berpotensi menjana pendapatan yang tinggi demi diri dan keluarga yang tercinta.

Harapan saya semoga semua ahli rakan niaga usahasama MissFirichstore2u collection akan terus berusaha memperkasakan
kebolehan diri. Sesungguhnya kombinasi sikap positif, berani mencuba, disiplin diri yang tinggi, tidak menyerah kalah dan
semangat berpasukan akan membentuk personaliti perniagaan yang unggul.

Tahniah dan selamat maju jaya,

FIONA JOYCE MAKAH
Pengasas & Pengarah
missFirichstore2u collection

KATA ALU-ALUAN PENGURUS
EMYLIE PETIE (NORIN)
PENGURUS (MANAGER) MissFirichstore2u collection

Salam Sejahtera dan Salam Keluarga Malaysia,

Bersyukur kepada Tuhan kerana berkat-Nya missFirichstore2u collection yang diusahakan
di bawah syarikat FJM OUTLET EMPIRE berjaya menganjurkan Majlis Malam Gala &
Anugerah 2021. Sungguh saya berasa gembira kita dapat berkumpul di sini untuk meraikan
hari yang ditunggu-tunggu disamping dapat bersua muka dengan duta-duta kecil koleksi
missFirichstore2u terutamanya yang datang dari jauh, seperti dari Kuala Lumpur, Johor,
Pulau Pinang, Sabah, Miri, Bintulu, dan lain-lain. Terima kasih yang tidak terhingga juga
kepada pelanggan setia yang sudi meluangkan masa untuk hadir dan memberi sokongan
pada kami sejak perniagaan beroperasi dari 2020. Semoga pertemuan kita semua akan
memberi manfaat pada masa akan datang, dan semoga kita dapat lebih kesefahaman da-
lam urusniaga pada masa-masa akan datang. Silalah menikmati jamuan yang kami telah
tempah khas untuk majlis malam ini.
Malam Gala pada kali ini merupakan satu acara penghargaan terhadap kejayaan jualan
bulanan yang mencapai sasaran dan juga pengiktirafan khas untuk segala usaha, inisiatif,
pengorbanan, kesungguhan dan komitmen tinggi yang telah ditunjukkan oleh duta-duta kecil missFirichstore2u collection
sepanjang tahun 2021 yang lepas. Kejayaan mencapai sasaran jualan bulanan memberi banyak impak positif dan motivasi un-
tuk kami selain menjadi pemangkin dalam usaha memperbaiki diri melalui penguasaan ilmu tentang barangan berjenama,
teknik berniaga melalui platform sosial media, serta menerapkan lagi semangat berpasukan dan membina sikap positif sesame
sendiri agar mengekalkan keharmonian antara kami sepasukan dan antara kami dengan pelanggan.
Walaupun kita berhadapan dengan pandemik Covid-19, situasi ini bukanlah menjadi penghalang kepada kita untuk terus
bergaya dan memiliki barangan berjenama sebagai koleksi peribadi. Selain itu, barangan daripada missFirichstore2u collec-
tion turut menjadi salah pilihan untuk dijadikan hadiah kepada orang tersayang. Oleh itu, duta-duta kecil sekalian mari pupuk
semangat bekerjasama demi meneruskan Visi dan Misi kita sebagai pembekal, pengedar berstatus “personal shopper” untuk
barangan berjenama autentik berkualiti di seluruh Sarawak, Sabah dan tidak terkecuali di seluruh Semenanjung Malaysia.
Dalam era yang mencabar ini, tiada jalan yang pintas untuk mencapai kejayaan. Oleh yang demikian, harapan saya semoga
semangat dan disiplin diri yang tinggi serta sikap yang konsisten dalam diri masing-masing mampu mempersiapkan kita untuk
menempuh pelbagai cabaran serta rintangan untuk terus maju bersama. Kejayaan yang diperoleh kelak akan menjanjikan
ganjaran besar dan kepuasan peribadi. Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
duta-duta kecil yang telah menunjukkan bakat dalam aktiviti perniagaan ini sehingga berjaya memperolehi ganjaran yang
setimpal.

Sekian. Selamat maju jaya.

EMYLIE PETIE @ NORIN
Pengurus
missFirichstore2u collection by
FJM Outlet Empire

SEJARAH PENUBUHAN

Apakah MissFirichstore2u collection?

MissFirichstore2u collection merupakan “koleksi barangan kepunyaan
MissFi yang kini diedarkan dan dijual kepada umum melalui syarikat FJM
Outlet Empire (syarikat berdaftar dengan SSM). Syarikat menggunakan
platform media sosial sebagai medium utama dalam memperkenalkan
produk-produk yang dijual selain melalui kaedah jualan langsung yang kini sedang giat
diusahakan kerana telah mempunyai banyak stok tersedia @ ready stocks. Hasil yang di-
perolehi pula digunakan untuk mengembangkan potensi bisnes terutamanya untuk membuka
cawangan-cawangan dan “branch outlet” yang menjual barangan fesyen berjenama
antarabangsa di samping menyediakan servis-servis yang berkaitan di serata bandar-bandar
utama di Sarawak, bermula dengan Kuching dan Bau (kerana pengasas berasal dari Bau),
seterusnya ke bandar utama lain seperti Miri, Bintulu dan akan diikuti dengan lokaliti lain yang
berpotensi. Koleksi Missfirichstore2u juga merupakan manifestasi gaya hidup MissFi sendiri
yang meminati fesyen dan barangan berjenama mewah antarabangsa sebagai koleksi dan
hobi. Itulah maksud “MissFi- richstore-2-u”.

Pengasas ‘missFi-richstore-2-u’ dan idea penubuhannya

Koleksi MissFirichstore2u telah diasaskan oleh Fiona Joyce
Makah atau lebih dikenali dengan singkatan “FJM”. Idea untuk
memulakan koleksi ini tercetus pada tahun 2012 dimana beliau
berada di tahun akhir pengajiannya di University of Auckland,
New Zealand. Di situlah beliau cuba mencari nama kepada
koleksi pakaian, perfume, kasut dan beg tangan berjenama
yang beliau miliki ketika itu dan mendapat ilham untuk
menamakannya sebagai MissFi collection. Dan pada masa itu
juga, beliau mendapat idea membuat jualan “preloved” koleksi
tersebut sebelum tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.
Tujuan jualan preloved tersebut adalah untuk mengurangkan
beban barangan yang perlu dibawa balik ke Malaysia kerana merasakan sebahagian koleksi
berkenaan sudah tidak diperlukan lagi. Namun begitu, barangan berjenama tersebut, jika
dijual masih mempunyai nilai kerana semua koleksi berkenaan adalah barangan berjenama
antarabangsa. Niat pada mulanya hanyalah untuk mencuba untuk mengurangkan bagasi untuk
dibawa pulang ke Malaysia, namun begitu, beliau tidak menyangka bahawa jualan koleksi
tersebut laris dan habis terjual dalam masa seminggu. Pada ketika itulah beliau amat teruja
kerana sambutan luar biasa yang diberikan , jadi beliau mula membuat catatan kecil dalam
jurnal beliau dengan menulis “ one day I will own an outlet for MissFirichstore2u collection. “

Jadi, dari situlah timbul nama “missFirichstore2u collection”.

Dari sinilah bermulanya minat untuk menjadi

“personal shopper” yang menjual barangan berjenama mewah

telah ditanamkan dalam jiwa tapi tidak diteruskan dengan serius

pada Ketika itu kerana terikat komitmen kerja dan kerjaya.

Koleksi Missfirichstore2u ini mula mendapat perhatian dan

tempat di hati ramai prospek pelanggan sejak 2016, apabila

pengasas / founder FJM atau dikenali sebagai MissFi mengambil

keputusan untuk mempromosikan secara konsisten semua

barangan berjenama antarabangsa melalui platform atas talian iaitu Facebook sebagai medi-

um utama, sebelum mula menjual secara langsung bermula tahun 2020 apabila syarikat perni-

agaan atas talian miliknya sudah mampu untuk menyimpan stok sendiri dengan lebih banyak.

Bermula dengan 3 jualan beg sahaja dalam masa sebulan sehingga kini dapat mencecah 500

jualan bag sebulan, dengan bantuan seramai lebih 30 orang agen atau lebih dikenali sebagai

“mini ambassador”.

Jualan dari koleksi missfirichstore2u ini dianggap sebagai
sejarah dalam hidup pengasasnya sendiri kerana; sebe-
lumnya, beliau telah banyak mencuba perniagaan
sampingan yang lain, yang melibatkan pelbagai produk,
namun sambutan terhadap produk-produk tersebut
kurang mendapat perhatian kerana sudah tepu
pasarannya, dan kurang menguntungkan lalu membuat-
kan pengasas mencari inisiatif baru. Akhirnya, setelah
mengambil risiko bersama rakannya yang tinggal di kota
New York, koleksi missfirichstore2u telah mampu men-
capai rekod jualan tertinggi berbanding hasil jualan perniagaan beliau yang lain sebelumnya
hanya dalam masa setahun, dan telah berjaya bertapak dengan kukuh di kalangan masyarakat
di Sarawak dan Sabah sejak 2020. Antara resepi kejayaan perniagaan koleksi ini adalah mem-
perkenalkan sistem pengurusan stok dan pengurusan hasil jualan yang tersendiri. Sehingga
kini, missfirichstore2u telah mempunyai seramai 26 orang “mini ambassador” atau “duta kecil”
yang komited di Borneo sahaja; yang berperanan mempromosikan dengan aktif barangan dari
koleksi missfirichstore2u secara atas talian dan secara langsung kepada prospek kenalan,
keluarga dan rakan-rakan mereka. Duta-duta kecil ini dipilih dan disaring berdasarkan minat,
pengalaman,ilmu dan kecenderungan mereka dengan barangan berjenama mewah.

Mereka juga merupakan pemilik kepada koleksi barangan berjenama yang tersendiri
(bermaksud mereka memiliki prior knowledge mengenai barangan berjenama) selain
menunjukkan komitmen tinggi serta kesungguhan mereka untuk meyakinkan prospek
pelanggan agar memilih perkhidmatan dan barangan hasil personal shopping yang ditawar-
kan. Mereka dijanjikan dengan ganjaran dan bonus jualan yang lumayan agar mereka dapat
mengekalkan fokus dan motivasi apabila sama-sama memasarkan produk dari koleksi
missfirichstore2u. Ganjaran mereka sepanjang tahun 2021 disampaikan melalui majlis
pengiktirafan khas seperti malam Gala&Anugerah yang berjaya dilangsungkan buat julung ka-
linya ini. Pengasas koleksi missfirichstore2u menaruh kepercayaan penuh terhadap pasukan
yang sedang berkembang dengan pesat ini dengan harapan mereka mereka akan jadi individu
yang akan terus membina dan menghidupkan legasi perniagaan yang didominasi oleh kaum
wanita supaya kekal lama.

Juga menjadi kebanggaan kami sebagai sepasukan usahawan
yang memberi keutamaan kepada wakil jualan berbangsa
Bidayuh (ataupun kacukan Bidayuh) --iaitu lebih kurang 90%
daripada bilangan keseluruhan dalam pasukan ini untuk
mengangkat martabat bangsa Bidayuh agar terus bangkit dan
membuat perubahan kecil dalam komuniti dengan menceburi
bidang perniagaan yang bertaraf komersial dan
antarabangsa, selain mampu menyediakan peluang
peningkatan kerjaya dan akhirnya dapat menyumbang semula kepada komuniti dengan mem-
berikan sumbangan ikhlas kepada badan kerja amal yang sesuai, atau individu-individu yang
memerlukan.

Gambar ini ialah sebahagian dari mini ambassador batch 1 Borneo edition
2020/21

RUMUSAN PENCAPAIAN KEJAYAAN usahawan Missfirichstore2u collection

 Bermula sebagai perniagaan atas talian sepenuhnya kini telah mampu membuka dan men-
guruskan ibu pejabat di Kuching, Sarawak dan juga “warehouse” yang menempatkan
koleksi-koleksi barangan jenama tersedia di Kuala Lumpur.

 Mempunyai lebih 35 orang wakil jualan dan lebih 26 orang adalah wakil Borneo dalam
masa 2 tahun bergiat aktif dalam promosi dan jualan. Wakil jualan atas talian/ jualan
langsung yang dikenali sebagai “mini ambassador @ duta kecil” dan juga
“marketing crew@MCrew” yang bertanggungjawab untuk semua promosi atas talian.

 Banyak pencapaian dan perkembangan besar yang berlaku walaupun baru sahaja 2 tahun
bergiat aktif dalam industri fesyen jenama antarabangsa, walaupun dalam keadaan kita
dilanda krisis pandemik yang meruncing bermula tahun 2020 sehingga kini, tetapi koleksi
missfirichstore2u masih mendapat sambutan yang luar biasa sehingga pengurusan
terpaksa menambah bilangan staf sepenuh masa untuk menguruskan aktiviti jual beli, kini
kami mempunyai 5 staf sepenuh masa di Borneo, KL dan New York.

PERANCANGAN Missfirichstore2u
 Membuka cawangan showroom di Bau yang juga
akan menjemput beberapa vendor pilihan yang lain untuk
bersama-sama di bawah satu bumbung dalam
menjalankan bisnes berasaskan barangan fesyen dari
jenama terkemuka antarabangsa

 Membuka lebih kurang 10-15 peluang pekerjaan di seluruh Sarawak/Sabah, khusus un-
tuk wanita yang proaktif dan mahu menjana pendapatan dalam bidang jualan.

 Membuka cawangan outlet mini di bandar-bandar seperti
Miri dan Bintulu

 Merancang dan melaksanakan ekspo jelajah Borneo dalam
masa setahun atau dua tahun selepas ini untuk tujuan promosi
Membuat promosi radio dan TV secara one off tahun ini dan
tahun depan.

 Membuat program “anak angkat” dengan memilih beberapa
pelajar berpotensi akademik di sekitar Bau sebagai salah satu usaha CSR syarikat,
dan membantu menyediakan biasiswa untuk pelajar-pelajar tersebut menyambung
pengajian terutama yang berminat dengan bidang bisnes dan pemasaran.

SENARAI PENERIMA GANJARAN TERULUNG BULANAN

MEI —DISEMBER 2021

UNTUK PENCAPAIAN JUMLAH JUALAN BULANAN MELEBIHI
SASARAN RM3000















SENARAI ANUGERAH KHAS

 5 ORANG PENERIMA ANUGERAH PERSONALITI UNGGUL AKAN MEMBAWA PULANG
SEBUAH TROFI & VOUCHER KOLEKSI MISSFIRICHSTORE2U BERNILAI RM188
) PERSONALITI DEDIKASI
) PERSONALITI KONSISTEN
) PERSONALITI VERSATILE
) PERSONALITI SETIA
) PERSONALITI BERKARISMA

 1 ORANG PENERIMA INSENTIF TUNAI RM500 SETELAH MENCAPAI HASIL JUALAN
MELEBIHI RM20,000 PADA BULAN NOVEMBER 2021.

 SEORANG PENERIMA INSENTIF KHAS JUALAN TERTINGGI NOVEMBER & DISEMBER
2021, MENERIMA GOLD BAR 1G EDISI TERHAD HARIMAU MALAYSIA DAN 1G GOLD
BAR EDISI TERHAD MARVEL CHARACTER.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA MAJLIS MALAM GALA 2022

PENGASAS & PENGARAH FIONA JOYCE MAKAH
PENGURUS SYARIKAT EMYLIE PETIE @ NORIN
PENGURUS MAJLIS
CORINA EMPATI
EKSEKUTIF PEMASARAN POLLINE RISTA

BELIVINA
JUELLA (PT)
CLARE (PT)

ATUR CARA , PENGACARA MAJLIS PERSEMBAHAN
JEMPUTAN & Paul R.S Hassie Lassie
PROTOKOL
Corina Empati PEMBACA DOA PENGIRING HADIAH
Keezrawati Mujan Nadia
PENDAFTARAN Chrisini
Juella Paul R.S
Clare BUKU PROGRAM
PENGANGKUTAN Polline
PERALATAN Belivina
Maliana Kassim

SEKALUNG PENGHARGAAN

Seluruh jawatankuasa Majlis Makan Malam Gala & Anugerah
Kecemerlangan kali Pertama missfirichstore2u collection dengan
sukacitanya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih
yang tidak terhingga kepada YB Dato Henry Harry Jinep, para
petugas dan wartawan dari pelbagai agensi, pihak pengurusan
RAIA Hotel & Convention Centre, petugas-petugas RELA, semua
mini ambassadors dan krew-krew pemasaran atas talian, serta
semua pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan padu
dan telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam
menjayakan majlis pada kali ini.

SILA LIKE & FOLLOW US @ FB PAGE UNTUK
PROMOSI TERBARU :


Click to View FlipBook Version