Page | 1
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-13(2025)PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA (PPTST)19 APRIL 2026 (AHAD)9:00 PAGI - 12:00 TGHPage | 2
—---------------------------------------------------------------------------------------------------------------ATURCARA MAJLISMESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) KALI KE-13 (2025)PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA (PPTST)TARIKH : 19 APRIL 2026 (AHAD)TEMPAT : PUSAT KOMUNITI TAMAN SURIA TROPIKA (TSTCC)JAM : 8:30 PAGI - 2:00 PTG8.30 PAGI : KETIBAAN TETAMU & PENDAFTARAN9.00 PAGI : UCAPAN ALU-ALUAN JURUACARA MAJLISDOA PEMBUKA MAJLIS9.30 PAGI : AGENDA 1 - UCAPAN ALUAN PENGERUSIAGENDA 2 - PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINITMESYUARAT AGM KALI KE 12 - 2024OLEH SETIAUSAHA Ts. MOHD NORDIN BIN SALLEHAGENDA 3 - PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORANAKTIVITI PPTST 2025OLEH TIMB. SETIAUSAHA EN. SHAMSUDIN B MD SARIFAGENDA 4 - PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 2024 (Audited)PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN 2025 (Belum Audit)OLEH BENDAHARI EN. NORAZLAN BIN ITHNINAGENDA 5 - PEMBENTANGAN USUL / CADANGANOLEH PENGERUSI EN YUSAIDI BIN KAMARULZAMANAGENDA 6 - PENYAMPAIAN PENGHARGAAN KEPADAJAWATANKUASA DAN AJK SESI 2024/2025AGENDA 7 - PEMBUBARAN JAWATANKUASA & AJK SESI 2024/2025AGENDA 8 - PEMILIHAN JAWATANKUASA & AJK BAGI SESI 2026/2027AGENDA 9 - CABUTAN BERTUAHAGENDA 10 - UCAPAN PENANGGUHAN PENGERUSI BARU SESI 26/2711.00 PAGI MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 20262:00 PETANG BERSURAIPage | 3
AGENDA 1 - UCAPAN PENGERUSI PPTSTAlhamdulillah dan salam sejahteraAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt. Dengan izinnya, saya diberikankesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata dalam buku program inibersempena dengan Mesyuarat Agung PPTST kali ini. Mesyuarat Agung kali ke-13ini merupakan medium untuk kita berbincang dan mencapai kata sepakat demikesejahteraan taman kita.Tujuan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan cadangan-cadangan bagimeningkatkan lagi tahap keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan taman kita.Syabas dan tahniah atas kehadiran Tuan/Puan yang menggambarkan kesungguhandan komitmen kita dalam meningkatkan lagi keselamatan, kesejahteraan dankelestarian taman kita.Dalam usaha kita untuk menjaga kesejahteraan taman ini, saya berharapTuan/puan bersama-sama membantu dalam menjayakan setiap program yangdirencanakan dan sama-sama kita saling membantu dalam meringankan tugas dantanggungjawab yang dipikul oleh setiap ahli jawatankuasa.Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua AJKyang terdahulu dan juga semua penduduk yang hadir. Marilah sama-sama menjagakesejahteraan, keselamatan dan keharmonian taman kita.Akhir kata, saya doakan semoga segala usaha yang dicurahkan oleh semua AhliJawatankuasa PPTST dan semua penduduk akan dirahmati dan diberkati oleh Allahswt. Harapan saya agar kita semua beroleh kecemerlangan dalam hidup kita.Sekian, terima kasih.Saya yang menjalankan amanahYUSAIDI BIN KAMARULZAMANPengerusiPersatuan Penduduk Taman Suria Tropika - PPTSTSesi 2024-2025Page | 4
AGENDA 2 - PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINITMESYUARAT AGM KE-13 PPTST (2025)LAPORAN MINIT MESYUARAT AGUNG (AGM)TAHUNAN KALI KE-12 (2024)PERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA (PPTST)Tarikh : 18 Januari 2025Hari : SabtuMasa : 9.00 pagi hingga 12:00 tghTempat : Pusat Komuniti Taman Suria Tropika (TSTCC)Pengerusi : En. Yusaidi Bin KamarulzamanPencatit Minit : Ts. Mohd Nordin Bin SallehKehadiran : 60 orang (Kehadiran seperti di Lampiran 1)Kehadiran ahli mesyuarat berjumlah seramai 60 orang dan mencukupi syarat bagiperlaksanaan mesyuarat AGM pada kali ini. Senarai ahli yang datang adalah sepertidilampirkan di LAMPIRAN A.Pengerusi mesyuarat mengucapkan terima kasih di atas kehadiran penduduk TSTuntuk mesyuarat agung kali ini. Pengerusi mesyuarat turut mengumumkan bilangankehadiran ahli seramai berjumlah seramai lebih 60 orang dan bilangan tersebut telahmencukupi untuk menjalankan mesyuarat agung tahunan bagi kali ini. Mesyuaratkali ini juga bukanlah mesyuarat pemilihan AJK baru.Mesyuarat di mulakan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis pada pagi ini.AGENDA 1.Ucapan Alu-aluan Pengerusi Persatuan.Pengerusi merakamkan rasa bangga dengan kehadiran ahli-ahli persatuan yangramai pada mesyuarat tersebut. Diharapkan keadaan ini dapat dikekalkan dandipertingkatkan lagi di masa hadapan. Mesyuarat Agung kali ini merupakan mediumuntuk kita berbincang dan mencapai kata sepakat demi kesejahteraan taman kita.PPTST akan berusaha melaksanakan semua program yang dicadangkan danpengerusi juga menerangkan serba sedikit fungsi persatuan penduduk, antaranyaseperti pengantara dengan PBT, Pejabat Tanah, TNB, Air Selangor dan sebagainya.Pengerusi berharap semua penduduk bersama-sama membantu dalam menjayakansetiap program yang direncanakan dan sama-sama saling membantu dalammeringankan tugas dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap ahli jawatankuasadalam masa yang sama sentiasa mengambil tahu jiran-jiran tertanggaPage | 5
Pengerusi juga mengharapkan semoga segala usaha yang dicurahkan oleh semuaAhli Jawatankuasa PPTST dan semua penduduk akan dirahmati dan diberkati olehAllah swt. Harapan pengerusi agar kita semua beroleh kecemerlangan dan kejayaandalam hidup kita semua.AGENDA 2.Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika (PPTST) kali ke-11 (2023)Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat tahunan kali ke-11 (AGM 2023)Taman Suria Tropika oleh Setiausaha PPTST, Ts. Mohd Nordin Bin Salleh.Kesemua kandungan minit telah dibentangkan dengan ulasan daripada setiausaha.Minit Mesyuarat telah dicadangkan untuk pengesahan oleh En. Azam (No. JlnST5) dan disokong oleh Datuk Razak (No. 30, Jln ST1B). Salinan Minit Mesyuaratseperti di LAMPIRAN B.AGENDA 3Laporan aktiviti-aktiviti PPTST 2025Pembentangan aktiviti-aktiviti dibentangkan oleh Timbalan Setiausaha, EnShamsudin Md Shariff. Sebanyak 19 aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahuntempoh 2024 dan beliau juga telah membuat rumusan beberapa perkara berkaitanperlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut. Senarai aktiviti dan slide persembahan sepertidi LAMPIRAN C termasuk ulasan berkaitan.AGENDA 4Membentang dan menerima Penyata Kewangan (Beraudit 2023 dan BelumBeraudit 2024).Bendahari Persatuan En. Norazlan Bin Ithnin telah membentangkan PenyataKewangan Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika yang berakhir pada 31hb.Disember 2023 beraudit, seperti yang terkandung di dalam buku program dan dalamportal PPTST. Pembentangan Penyata kewangan bagi tahun berakhir Disember2024 yang belum beraudit turut dipersembahkan oleh En. Norazlan selakuBendahari PPTST.Bendahari juga telah turut membuat pembentangan penyata akaun bagi 2024 yangbelum diaudit dan akan di bentangkan penyata kewangan beraudit pada mesyuaratAGM akan datang,Pengesahan penyata kewangan tersebut telah dibuat oleh En. Shahril Syamsir(No. 21 Jalan ST2) dan disokong oleh En. Zulaila (No. 18 Jalan ST1B).Salinan penyata kewangan 2023 dan 2024 adalah seperti di LAMPIRAN D.Page | 6
Saudara Chong (No. 30 Jln 5) bertanya berkaitan perolehan dan kaedah perolehandengan Cadangan SOP Perolehan atau kajian pasaran bagi menjimatkanperuntukan dan perbelanjaan persatuan.Pengerusi: memaklumkan perolehan bernilai tinggi seperti dalam peruntukanperlembagaan PPTST adalah mengunakan kaedah sebutharga seperti perolehankawalan keselamatan yang dilaksanakan sepenuhnya menggunakan kaedahsebutharga dan kepada yang syarikat yang cukup syarat boleh menyertaisebutharga tersebut. Walaubagaimanapun bagi pembaikan kecil atau pembaikansegera seperti kerosakan bekalan elektrik atau pemasangan lampu di PondokKawalan Keselamatan biasanya adalah mengikut kaedah pembelian terus dengankajian harga pasaran semasa dengan keputusan dibuat dalam AJK utama.AGENDA 5Pembentangan Usul Dan Cadangan oleh PengerusiUSUL1. KAWALAN KESELAMATANPengerusi memulakan ucapan dengan agenda penting berkaitan kawalankeselamatan. Pengerusi membuat laporan keselamatan termasuk sejarahjenayah/isu keselamatan yang pernah berlaku di dalam Taman Suria Tropika.Statistik berkaitan perkara tersebut turut dibentangkan dari mula kita menetap di sinisehingga kini.Elemen teknologi, pendaftaran pelawat, proses, kaedah manual, menggunakansistem/aplikasi sehingga terkini RFID. Kita juga telah mendapat kelulusan MPSsebagai Guarded and Gated Community sejak tahun 2019 sehingga kinidiperbaharui setiap tahun. Walaupun sebelum ini ada cadangan untukmelaksanakan kaedah PLR (Plate Licence Recognition), RFID buat masa ini adalahyang terbaik.Pengerusi seterusnya membentangkan analisis kutipan yuran keselamatan yang kitagunakan dengan tujuan utama untuk kawalan keselamatan dan diuruskansepenuhnya oleh PPTST. Pembentangan menunjukkan analisis bayaran yang dibuatoleh penduduk dan jenis-jenis pembayaran yang dibuat oleh penduduk. Ada yangmembuat bayaran secara bulanan yang tetap, ada yang membuat secara berkala(lump sum) dan ada yang bermusim. Keadaan ini akan menyebabkan kedudukankewangan yang susut dan perolehan kawalan pada masa depan dengan kaedah gajiminimum pengawal kawalan keselamatan memerlukan dana yang lebih besar.Page | 7
Pengerusi membuka pertanyaan / perbahasan / cadangani. En. Khoo Jalan 3A Rumah No. 57Memaklumkan bahawa pengawal tidak mengambil data pelawat dan kenderaanparking di depan rumah.Pengerusi: Makluman kepada semua penduduk, pengawal akan diminta untuk tegasuntuk mengikut prosedur / SOP yang telah ditetapkan untuk mengambil maklumatpelawat dan penduduk sebenarnya boleh melihat maklumat pelawat / tetamu /penghantar barang / apabila pengawal memasukkan data dalam aplikasi i-neighbourdi pondok pengawal secara real time. Bagi kenderaan yang tidak mempunyaimaklumat, penduduk disarankan untuk memaklumkan dalam group wasap jalanmasing2. dan rekod kenderaan pelawat memang ada di pondok pengawal jikaberlaku kejadian yang tidak diingini.Pengerusi turut memaklumkan untuk perolehan kawalan keselamatan baru akanlebih diberi perhatian agar syarikat kawalan yang terpilih akan dapat melaksanakantugasan kawalan keselamatan dengan lebih tegas dan terbaik.ii. En. Kamarudin (No, 32 Jln 2)1. Cadangan pengawal keselamatan 3 shift (8 jam setiap shift)2. Penglibatan apartment dalam hal keselamatan. Apa fungsi. Jika ada kes,siapa yang hendak dihubungi. JMB hanya untuk maintenance bangunan,keselamatan tidak.Pengerusi: Menjelaskan bahawa PPTST dan JMB Apartment ada bermesyauratbersama dan untuk makluman kepada semua penduduk, JMB ada turutmenyumbang dalam bayaran kawalan keselamatan sebanyak RM 500 sebuan dandi dalam cadangan untuk dinaikan kepada RM1000 sebulan.Kita juga akan membuat penyeragaman dan akan meminta/mendapatkan maklumatnama penghuni apartmen untuk diseragamkan/dimasukkan dalam sistemi-neighbour termasuk owner dan juga tenant.iii. Chong (No. 30 Jln 5)● Cadangan pendapatan tambahan untuk Pondok pengawal● Kurangkan aktiviti yang guna duit● Naikkan Security Budget● Fokuskan security daripada teknologiIv. Datuk Razak (No. 31, Jln 1C)● Secara ringkas Datuk Razak melihat pembentangan dan analisis yang di buatoleh pengerusi merupakan satu keperluan dalam kenaikan harga untukpembayaran bulanan kawalan keselamatan. Cadangan kenaikan hargadisokong untuk dipersetujui.Page | 8
v. Ady Nasran (No. 22A Jalan 1B)● Pengawal keselamatan Nepal boleh digunakan asalkan tidak mempunyaimasalah dalam berkomunikasi dan faham bahasa.● Sokong dan setuju dengan kenaikan.● Menghargai susah payah PPTST dan AJK-nya dalam menguruskan PPTST.vi. En. Kamarudin (No. 32 Jln ST2)● Mohon kenaikan bayaran di JMB / Apartment 88 unit / 500 sebulan?● Cadangan kenaikan harga● Mohon bayaran yang sama untuk 88 unit -> 500 (tak sepadan)Pengerusi:Memaklumkan yang penghuni ada membayar yuran penyelenggaraan kepada JMBdan jika dikenakan yuran keselamatan ini mungkin agak sukar, walaubagaimanapunPPTST akan sentiasa membawa perkara ini untuk perbincangan bersama JMBApartmentvii. Hafiz (No. 3A)● 1 security apps - Subscription● LPRS untuk pelawat.Pengerusi:PPTST telah melanggan aplikasi i-Neighbour yang telah dipersetujui dalammesyuarat task force jawatankuasa keselamatan sebelum ini. Aplikasi inimempunyai beberapa ciri untuk tujuan keselamatan seperti fungsi pelawat,maklumat, berita dan pembayaran yuran keselamatan secara dalam talian. Untukmakluman penduduk, cadangan asal untuk keluar masuk di Taman Suria Tropikaadalah menggunakan LPRS, Walaubagaimanapun sebaik sahaja setelahmendapatkan sebut harga, terjadi 1 kes pecah masuk di Jalan 3A kenderaanpenjenayah memasuki taman menggunakan No Plate pemilik sah dalam taman.Oleh yang demikian PPTST telah menukar untuk sistem keluar masukmenggunakan RFID setelah ujian pelaksanaan dilaksanakan dan didapati ia yangterbaik untuk setakat ini.Rumusan dan keputusan usul mesyuaratSetelah perbahasan cadangan dan pendapat yang dikemukakan, pengerusiseterusnya membuat pengundian dan semua ahli hadir sebulat suara bersetujudengan kenaikan harga bayaran yuran keselamatan daripada RM80 kepada RM100bermula pada bulan hadapan, iaitu Februari 2025.Mesyuarat juga bersetuju untuk persatuan menguatkuasakan perkhidmatan sekatankeluar masuk melalui laluan residen/penduduk kepada defaulters (yang tertunggakbayaran selama 3 bulan) dengan menggunakan laluan pelawat dan melapor kepadapondok pengawal bagi membezakan penduduk yang membuat bayaran penuhsetiap bulan.Makluman: Semua AhliPage | 9
AGENDA 6 - Hal-Hal lainMesyuarat dimaklumkan oleh Pengerusi bahawa mulai bulan depan akan adaSyarikat Kawalan Keselamatan Baru yang akan menggunakan PengawalKeselamatan dari Nepal sepenuhnya dan diharapkan agar kawalan keselamatanakan lebih berdisiplin dalam melaksanakan tanggungjawab.Makluman: Semua AhliMesyuarat juga bersetuju untuk Program Guarded and Gated Community / SkimPerumahan Berpengawal diteruskan bagi tahun-tahun seterusnya dan memastikanAJK PPTST dapat menguruskan proses dokumentasinya dengan PBT/MPSepangdan Pejabat Tanah setiap tahun.Tindakan: AJK PPTST / BendahariAGENDA 7Ucapan Penangguhan Pengerusi Bagi Mesyuarat AGM Ke 12 (2024)Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjangmesyuarat. Selain itu ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua ahli kerana memberikan komitmen dalam menjayakan mesyuarat ini.Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada barisan AJK dan penduduk yangbanyak membantu dalam menjayakan program dan aktiviti-aktiviti persatuan.Seterusnya menceriakan dan mengharmonikan taman.Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 12:00 tengahari.Disediakan Oleh,….…………………………………..Ts. MOHD NORDIN BIN SALLEHSetiausaha PPTSTPersatuan Penduduk Taman Suria TropikaDi semak dan Disahkan Oleh,…………………………………………..EN. YUSAIDI BIN KAMARULZAMANPengerusi PPTSTPersatuan Penduduk Taman Suria TropikaPage | 10
AGENDA 2 - LAPORAN AKTIVITI PPTST 2024/2025Aktiviti 2024/2025202428 Jan 2024 - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-11(Pemilihan AJK 2024/2025) Taman Suria Tropika14 Feb 2024 - Mesyuarat Ahli JawatankuasaPersatuan Penduduk Taman Suria Tropika (PPTST)sesi 2024/2025 Bil.1/202424 Apr 2024 - Perbincangan Pelaksanaan \"License Plate Recognition System\" (LPRS)Di Pintu Masuk Taman Suria Tropika25 Apr 2024 - Mesyuarat Khas Ahli JawatankuasaPersatuan Penduduk Taman Suria Tropika bagi membincangkanpersediaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Taman Suria Tropika10 Mei 2024 - Persediaan Sambutan Hari Raya TST 202411 Mei 2024 - Part 1: Sambutan Hari Raya TST 2024 (Malam)11 Mei 2024 - Part 2: Photo Booth Sambutan Hari Raya TST 202422 Mei 2024 - Mengukur dan membuat pemerhatian di laluan masuk utamaTaman Suria Tropika29 Mei 2024 - Mesyuarat TST Main Entrance Task Force bersama wakil I-Neighbour28 Ogo 2024 - Mesyuarat persediaan akhir untuk Program TST PatriotikSambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia Taman Suria Tropika 202430 Ogo 2024 - Persediaan untuk Program TST Patriotik: Sambutan Kemerdekaan& Hari Malaysia Taman Suria Tropika 2024.30 Ogo 2024 - Sambutan Ambang kemerdekaan peringkat TST bagi tahun 2024.31 Ogo 2024 - Part 1: Kemeriahan TST Patriotik 202431 Ogo 2024 - Part 2: Kemeriahan TST Patriotik 202426 Okt 2024 - Perbincangan untuk menjadikan jalan masuk / keluar TSTkepada “2 In & 2 out” serta penambah baikan dari sistem kad akses lamakepada RFID sticker (Anti clone UHF RFID sticker).29 Okt 2024 - Ujian penggunaan RFID Sticker01 Nov 2024 - Proses pertukaran kad lama kepada RFID sticker09 Nov 2024 - Kerja-kerja mengecat garisan dan menaiktaraf jalan masuk dan keluar.10 Nov 2024 - Kerja-kerja pembinaan TST Arena.20253 Jan 2025 – Tender Kawalan Keselamatan Persatuan Penduduk TST16 Jan 2025 – Jawatankuasa Pembuka Tender Kawalan Keselamatan TST18 Jan 2025 – Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-12 PPTST20 Jan 2025 – Mesyuarat Suai Kenal Bersama Syarikat Sekuriti14 Apr 2025 – Bayaran yuran taman? Mudah je! Guna i-Neighbour27 Apr 2025 – Sambutan Hari Raya TST 2025 (Malam)22 Sep 2025 – Sebut Harga Penambahbaikan & Pemasangan CCTV31 Dis 2025 – Kempen Kutipan Yuran Keselamatan TSTPage | 11
AGENDA 4 - PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGANLaporan Kewangan 2024 beraudit seperti di bawahPage | 12
Page | 13
Page | 14
Page | 15
Page | 16
Laporan Kewangan 2025 belum beraudit seperti di bawahPage | 17
Page | 18
PENUTUPPihak Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Suria Tropika sesi 2023/2024,mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk atas kerjasama yangtelah diberikan selama kami berkhidmat untuk persatuan.Jawatankuasa PPTST juga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1447Hkepada semua.Page | 19
SEKALUNG PENGHARGAANAHLI JAWATANKUASAPERSATUAN PENDUDUK TAMAN SURIA TROPIKA (PPTST)SESI 2024/2025Jawatankuasa Utama1. Pengerusi : En. Yusaidi Bin Kamarulzaman2. Timbalan Pengerusi : En. Najib Bin Mohamad3. Setiausaha : Ts. Mohd Nordin Bin Salleh4. Penolong Setiausaha : En. Shamsudin Bin Md Sarif5. Bendahari : En. Norazlan Bin Ithnin6. Penolong Bendahari : En. Md Farishzan Bin IsmailJawatankuasa Kerja (Wakil Jalan)7. Wakil Jalan 1 : En. Imran bin Azraai8. Wakil Jalan 1A : En. Nor Shahril Bin Abd Rahman9. Wakli Jalan 1B : En. Mohd Zulaila Bin Zain10. Wakil Jalan 1C : En. Ab Aziz Dabaghi Bin Ismail11. Wakli Jalan 2 : En. Mohd Ridzuan Bin Ali12. Wakil Jalan 3 : Cik. Adzleen Bin Abu Bakar13. Wakil Jalan 3A : En. Izam Bin Md Aris14. Wakil Jalan 5 : En. Azam Bin Abd ShukurWakil Wanita15. AJK Wanita 1 : Datin Munira bte Mohamed16. AJK Wanita 1 : Pn. Tutynor Ana Binti Mohd Khalid17. AJK Wanita 3 : Pn. Azza Binti UzirPemeriksa kira-kira18. Pemeriksa kira-kira 1 : En. Yusmarulnizam Bin Yusof19. Pemeriksa kira-kira 2 : En. Wan Nazri Bin Wan AbdullahPage | 20