The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

EBOOK BAGAIMANA AL-QURAN MEMBICARAKAN MENGENAI SEJARAH

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thurayasafiyyah, 2023-01-01 08:45:27

BAGAIMANA AL-QURAN MEMBICARAKAN MENGENAI SEJARAH

EBOOK BAGAIMANA AL-QURAN MEMBICARAKAN MENGENAI SEJARAH

SEMESTER 1 PENSYARAH
2022/2023
DR MOHD SYUKRI ZAINAL ABIDIN
PROF MADYA DR FAISAL @ AHMAD FAISAL
BIN ABDUL HAMID

Disediakan Oleh U2000317/2
U2000148/2
‘AYUNI ‘AMIRAH BINTI AJIN U2002370/3
THURAYA SAFIYYAH BINTI HILMI U2100360/2
SOPIAH BINTI SAIDIN
ALYA SAKINAH BINTI MOHD RUZI

BAGAIMANA
AL-QURAN
MEMBICARAKAN
MENGENAI
SEJARAH

IIX1004 PENGANTAR PENGAJIAN USULUDDIN

Isi Kandungan

01 Pengenalan 15 Hikmah Sejarah dalam Al-Quran
02 Definisi Al-Quran & Sejarah 16 Kesimpulan
17 Penutup

04 Hubungan Sejarah & Al-Quran 18 Rujukan

08 Fungsi Sejarah dalam Al-Quran

10 Ciri Sirah / Sejarah dalam Al-

Quran

12 Contoh-Contoh Surah Yang

Menceritakan Sejarah
Kaum Nabi Nuh a.s
Kisah Firaun
Kisah Qarun
Kisah Luqman dan
Kebijaksanaannya
Kisah Kaum Nabi Musa

Pengenalan

Al-Quran merupakan mukjizat yang termaktub di dalamnya pelbagai kisah dan
isi kandungan yang dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat manusia. Isi Al-
Qura yang sarat dengan kaedah, aturan kehidupan, hukum-hakam serta moral yang
komprehensif sewajarnya dikaji dan ditelaah sekaligus diamalkan oleh manusia
dalam kehidupan seharian. Rentetan daripada itu, pengajaran yang terkandung di
merupakan alat penting kepada umat Islam kini agar tidak terpesong hanyut dek
zaman yang semakin berubah seiring arus modenisasi yang semakin pesat.

Makalah ini membincangkan hubungan di antara Al-Quran dan sejarah yang
mempunyai banyak persamaan meskipun terselit sedikit perbezaan di beberapa
sudut. Secara dasarnya, Al-Quran dapat dikaitkan dengan fungsi-fungsinya yang
tertentu seperti huda ( petunjuk) , bayyin (penjelasan) dan furqa (pembeza) antara
hak dan batil. Manakala sejarah pula merupakan penemuan atau catatan ilmu
terhadap peristiwa lampau. Oleh itu, kedua-duanya saling berkait rapat mengenai
penjelasan sesuatu peristiwa lampau. Al-Quran juga merupakan rujukan yang
paling benar bagi pengkaji sejarah yang membuktikan kemukjizatannya sebagai
panduan umat akhir zaman.

Terdapat dua jenis sejarah yang umum diketahui dalam kalangan umat Islam,
iaitu sejarah yang ditulis berdasarkan fakta-fakta zahir (terlihat) atau yang sering
dipanggil aktivisme sejarah. Kedua, sejarah yang digambarkan oleh al-Quran yang
menggunakan fakta-fakta batin, yang tidak kelihatan atau sering disebut sebagai
eskatologi.

01

DEFINISI
AL-QURAN & SEJARAH

A l-quran dari segi istilah ialah
kalam Allah s.w.t yang
diturunkan kepada Rasulullah,
melalui perantaraan Jibril a.s,
diriwayatkan secara mutawatir, ditulis
pada mushaf (diawali dengan surah al-
Fatihah dan diakhiri dengan surah al-
Nas), membacanya mendapat pahala (ibadah), mukjizat ke atas
nabi Muhammad. Ia diturunkan secara beransur-ansur, dan menjadi
kitab panduan untuk seluruh umat akhir zaman yang sesuai bagi
setiap bangsa dan zaman.

02

Sejarah ialah kata serapan dari selepas catatan penulisan
bahasa arab iaitu ‫ شجرة‬yang
bermaksud pokok telah dicipta. Ilmuwan yang

Sejarah bermaksud "menyiasat menulis mengenai sejarah
/inkuiri, ilmu yang diperolehi
melalui perkara penyiasatan". dipanggil sejarawan. Ia juga
Ia adalah penemuan,
pengumpulan, pengurusan, adalah satu medan
dan persembahan maklumat
terhadap peristiwa silam atau penyelidikan yang
lampau. Ia juga bermaksud
tempoh masa yang lalu menggunakan suatu naratif

atau pengisahan untuk

memeriksa dan menganalisa

turutan peristiwa, dan

kadangkala ia cuba untuk

menyiasat secara objektif

corak-corak sebab dan akibat

yang menilai peristiwa-

peristiwa.

Ibn Khaldun iaitu seorang sarjana islam
yang masyhur berpendapat bahawa sejarah
bermaksud ilmu yang menjelaskan mengenai
tingkah laku dan gaya kehidupan manusia
yang membabitkan hal kerajaan, kemahiran
serta ilmu pengetahuan mereka.

03

Seperti yang kita tahu, islam adalah satu agama HUBUNGAN
yang mulia dan syumul. Oleh sebab itu, ianya pasti SEJARAH &
AL-QURAN
mencangkupi pelbagai aspek seperti peraturan,
politik, ekonomi ,spritual dan tidak ketinggalan
juga sejarah. Jadi , apa hubungan sejarah dan Al-

Quran?

Sejarah yang terkandung dalam
al-Quran mencakupi beberapa ruang
lingkup seperti peristiwa para nabi, raja-
raja dan tokoh -tokoh terkenal. Salah
satu kisah para nabi yang diceritakan
dalam Al-Quran ialah kisah nabi Adam.

Allah menceritakan kepada kita bagaimana nabi adam

diciptakan iaitu dari segumpal tanah yang dihembuskan roh.
Kemudian , Allah memerintahkan kepada malaikat dan iblis untuk
sujud kepada nabi Adam. Malaikat sujud kepada nabi Adam
sebaliknya iblis tidak. Iblis angkuh dan sombong kerana dia
diciptakan dari api sedangkan nabi Adam diciptakan dari
tanah. Lalu iblis dikeluarkan oleh Allah daripada syurga. Allah
menciptakan Hawa daripada tulang rusuk kiri nabi Adam. Pada
suatu hari , sang iblis menghasut nabi Adam dan Siti Hawa
untuk memakan buah yang dilarang oleh Allah (buah Zaqqum).
Nabi Adam dan Hawa pun memakan buah
tersebut lalu mereka pun
diperintahkan untuk turun ke
dunia.

04

‫َو ُق ْلَنا ٰٓيٰا َد ُم اْس ُك ْن َا ْنَت َو َز ْو ُج َك اْلَج َّنَة َو اَلُك ِم ْنَه ا َر َغ ًد ا َح ْيُث ِش ْئُتَم ۖا َو اَل َتْق َر َبا ٰه ِذ ِه‬
ۖ ‫) َف َا َز َّلُه َم ا الَّش ْيٰط ُن َع ْنَه ا َف َا ْخ َر َج ُه َم ا ِم َّم ا اَك َنا ِفْيِه‬35( ‫الَّش َج َر َة َف َتُك ْو َنا ِم َن الّٰظ ِلِم ْيَن‬

)36( ‫َو ُق ْلَنا اْه ِبُط ْو ا َبْع ُض ُك ْم ِلَبْع ٍض َع ُد ٌّو ۚ َو َلُك ْم ِفى اَاْلْر ِض ُم ْس َتَق ٌّر َّو َم َتاٌع ِاٰلى ِح ْيٍن‬
Al- Baqarah: 35-36

Peristiwa ini diceritakan dalam surah Al- Baqarah: 35-36:
Dan kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah engkau dan
isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya
sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan
janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu
menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari
golongan orang-orang yang zalim". Setelah itu maka
Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu
dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang
mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman:
"Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh
kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua
disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat
kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

Oleh itu, kita mestilah mengambil pengajaran daripada
kisah nabi Adam ini. Iblis sentiasa berusaha menyesatkan
anak Adam tanpa mengenal erti putus asa. Kita juga perlu
istiqamah serta bermujahadah untuk melawan bisikan
iblis yang menyesatkan supaya kita dapat pulang ke
tempat asal kita dengan selamat iaitu syurga. Syurga yang
keindahannya tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah
didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati dan
fikiran.

05

Al-Quran juga menceritakan
tentang peristiwa ghaib dan
tidak terbayangkan oleh akal.
Misalnya , kerajaan nabi
Sulaiman yang sangat gah dan
tiada satu pun kerajaan
sebelumnya atau sesudahnya
yang dapat menyaingi kerajaan
nabi Sulaiman. Nabi diberikan
kelebihan dapat memahami
bahasa binatang. Baginda juga
dapat berbicara dengan bangsa jin.

‫َق اَل اَّلِذ ْي ِع ْنَد ُه ِع ْلٌم ِّم َن اْلِكٰتِب َا َن۠ا ٰا ِتْيَك ِبٖه َق ْبَل َا ْن َّيْر َتَّد ِاَلْيَك َط ْر ُف َۗك َف َلَّم ا َر ٰا ُه ُم ْس َتِق ًّر ا‬
‫ِع ْنَد ُه َق اَل ٰه َذ ا ِم ْن َف ْض ِل َر ِّبْۗي ِلَيْبُلَو ِنْٓي َء َا ْش ُك ُر َا ْم َا ْك ُف ُۗر َو َم ْن َش َك َر َف ِاَّنَم ا َيْش ُك ُر ِلَنْف ِس ٖۚه َو َم ْن‬

)40( ‫َك َف َر َف ِاَّن َر ِّبْي َغ ِنٌّي َك ِرْيٌم‬
surah Al-Naml: 40

Hal ini dapat dijelaskan dalam surah Al-Naml: 40 : “ Berkatalah
Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu
sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan
sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya,
lagi amanah.” Intihanya, Al-Quran dapat menjelaskan perkara
yang ghaib dan menakjubkan.

06

Sebahagian daripada sejarah dalam Al-Quran telahpun
dibuktikan kebenarannya oleh para ilmuwan pada masa
kini. Sebagai contoh, Al-Quran menceritakan tentang
proses kejadian manusia dengan sangat teliti yang
dahulunya tiada teknologi untuk membuktikan
kebenarannya. Tetapi pada hari ini , kajian-kajian sains
telah membuktikan kebenarannya. Hal ini dijelaskan
dalam surah Al-Mukminun ayat 12-14 yang bermaksud :
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari
saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami
menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat
yang kokoh (rahim). Kemudian, air mani itu Kami jadikan
sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu
Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu
lalu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang
itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami
menjadikannya makhluk yang (berbentuk) lain.
Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik."

Frasa Perkembangan Embrio

07

FUNGSI SEJARAH
DALAM AL-QURAN

‫َع َلْيَك ِم ْن َا ْۢنَبۤا ِء الُّر ُس ِل َم ا ُنَثِّبُت ِبٖه ُف َؤ اَد َك َو َج ۤا َء َك ِفْي ٰه ِذ ِه‬ ‫َو اًّلُك َّنُق ُّص‬
)120( ‫اْلَح ُّق َو َم ْو ِع َظ ٌة َّو ِذ ْك ٰر ى ِلْلُم ْؤ ِم ِنْيَن‬

surat hud: 120

Menurut Al-Qur’an terdapat empat fungsi sejarah bagi kehidupan manusia yang
terangkum dalam surat hud: 120 : “Dan semua kisah dari Rasul-rasul Kami ceritakan
kepadamu, ialah kisah-kisah yang dengannya Kami teguhkan hatimu; dan dalam surat
ini telah datang kepadamu kebenaran serta pengajaran dan peringatan bagi orang-
orang yang beriman.”

Sejarah berfungsi sebagai 01
peneguh hati
Pemimpin zalim yang mengancam iman
Dalam surat al-Kahfi, Allah SWT mengisahkan mereka pun ternyata telah meninggal. Hikmah
ada sekelompok pemuda yang mengasingkan yang dapat diambil dari kisah pemuda kahfi
diri ke dalam gua dalam rangka menghindari bahwa keimanan atas Allah SWT perlu
pemimpin zalim yang memimpin negeri mereka. diperjuangkan penuh pengorbanan. Teladan
Dalam upaya menyelamatkan imannya itu, atas dari ashabul kahfi itu seharusnya dapat
izin Allah SWT, mereka tertidur dalam gua meneguhkan hati kita agar selalu beriman
kepada Allah SWT.
tmeersreekbautsusdealahmmae3n0em9 utakhanunh.aKiweOatinkCayTatnegrbdainbgauwna,

mereka hanya tersisa tulang dan ketika mereka
menuju ke sebuah pasar untuk membeli
makanan, wang yang dipakai untuk membayar
sudah tidak laku lagi.

Sejarah berfungsi 02 Namun menariknya, Allah SWT masih
sebagai pengajaran meninggalkan bangunan-bangunan
tersebut sebagai pengajaran kepada
Dalam surah al-‘Araf ayat manusia yang hidup setelahnya
bahawa dahulu, sebelum masihi,
73-74, Allah SWT dan mewah serta melupakan perkembangan seni bina manusia
nikmat-nikmat yang telah sudah berkembang pesat. Dengan
mengisahkan bagaimana diberikan. Mereka beramai- adanya kisah ini, dapat dijadikan
ramai juga membunuh unta sebuah simbol peradaban manusia
Allah SWT memberi Nabi Soleh yang merupakan pada masa lampau sebagai
mukjizat yang diberikan Allah pengajaran bagi manusia yang telah
peringatan kepada Kaum SWT. Maka Allah SWT kemudian tercatat didalam kitab suci Al-
mengirimkan petir yang Quran.
Tsamud iaitu kaum Nabi dahsyat dan menghancurkan
kaum Tsamud.
Soleh AS yang ingkar

kepada Nabi dan Tuhan

mereka. Mereka memahat

gunung-gunung menjadi

rumah-rumah yang megah

08

Sejarah berfungsi 03
sebagai peringatan

Banyak kisah-kisah pada Menariknya lagi, sampai pada hari ini

masa nabi dan rasul yang jasad Fir'aun masih utuh atau diawetkan

terletak di dalam Al-Quran, agar dapat disaksikan di bawah Piramid

yang dapat di ambil yang terletak di daerah Giza, Mesir.

pelajaran sebagai Dengan kisah ini, Allah S.W.T ingin

peringatan di dalam memberi peringatan kepada manusia

kehidupan saat ini. agar jangan memiliki sikap angkuh,

Contohnya, kisah Fir'aun penguasa Mesir kikir, dan bahkan menganggap dirinya

yang menentang ajaran Nabi Musa as. setara dengan Allah, apalagi

Kisahnya terdapat dalam Surah al-A`raf ayat menuhankan Tuhan selain Allah, serta

109. Dikisahkan bahawa atas perintah Allah jangan sombong atau pun melalaikan

S.W.T, Nabi Musa menenggelamkan peringatan Allah baik yang

pasukan Fir'aun ke dalam Laut Merah disampaikan oleh para nabi atau rasul-

kerana selain menentang ajaran yang Nya.

dibawa oleh Nabi Musa namun juga atas

keangkuhannya yang mengaku dirinya

Tuhan yang dapat menghidupkan dan

mematikan makhluk terutama manusia.

04 Sejarah sebagai
sumber kebenaran

Allah menciptakan manusia pertama dari Dengan demikian, kisah ini dapat
tanah iaitu Nabi Adam dan selanjutnya Allah dijadikan sebagai sumber kebenaran
menciptakan pasangan bagi Nabi Adam iaitu tentang asal muasal manusia
Hawa. Pada awalnya kedua manusia ini diciptakan, dari awal terbentuknya
bertempat di tempat yang mulia iaitu syurga sampai menjadikan manusia sebagai
sebagai makhluk yang mengawali sejarah makhluk yang paling mulia melebihi
manusia. Dikisahkan, mereka tergoda akan makhluk lainnya. Tak terbayangkan,
bisikan iblis yang memerintahkan mereka manakala jika tidak diceritakan kisah
untuk memakan buah khuldi yang mana sejarah oleh Sang Pencipta melewati
tindakan tersebut di larang oleh Allah,mereka kitab suci al-Quran
terlalu tamak dan lupa akan pesan yang Allah bagaimana dapat
sampaikan sebelumnya. Sehingga kemudian memperoleh
Allah mengeluarkan mereka dari syurga dan jawapan dari
dilempar ke alam dunia ini. Kisah tersebut pertanyaan
diabadikan dalam Surah al-Baqarah ayat 30- mereka.
39.

09

CIRI SIRAH/ SEJARAH
DALAM QURAN

Peristiwa yang nyata dan benar-benar berlaku.

Mafhumnya, sirah-sirah yang terkandung Antara contoh yang dapat kita lihat
adalah dengan penemuan sejarah dalam
dalam al-Quran adalah cerita yang benar bentuk arkeologi di kawasan Hisn al-
Ghurab berdekatan kota Aden di Yaman
dan bukan rekaan semata-mata. pada tahun 1980 yang membuktikan
bahawa pernah adanya kota yang
Penurunan ayat-ayat yang menceritakan dinamakan ‘Tsamutu, Ad dan Irom di
kawasan tersebut suatu ketika dahulu.
sejarah atau sirah ini adalah sebagai

pembenaran kepada kitab-kitab

terdahulu, menjelaskan sesuatu atau

sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum

yang beriman. Kisah yang terdapat dalam

al-Quran ini sudah pasti tepat walau masa

berlakunya peristiwa yang diceritakan

sudah berlalu sehingga berabad-abad

lamanya.

Sejalan dengan kehidupan manusia.

Ironinya walaupun al-Quran merupakan Hal ini jelas menunjukkan bahawa
100% kalam Allah, namun begitu kisah yang kandungan al-Quran itu sesuai dan
ada di dalamnya tidak lepas dari selaras dengan keperluan manusia
kehidupan makhluk-Nya iaitu manusia itu sehingga tidak salah jika kita
sendiri. Oleh itu, manusia dapat menobatkannya sebagai satu panduan
memahami kandungannya dengan cepat atau petunjuk yang paling sahih dalam
kerana ia berkaitan dengan keseharian menentukan ke mana arah kita
mereka atau apa-apa perkara yang melangkah untuk mencapai kejayaan dan
berkaitan dengan mereka. kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat
kelak.

10

Berbeza dengan ilmu sejarawan.

sejarah yang termaktub dalam al-Quran Berbeza dengan sejarah yang ada dalam
adalah tidak sama dengan sejarah yang telah al-Quran, tiada satu pun makhluk yang
kita belajar di bangku sekolah. Sejarah yang boleh menyangkal kebenarannya kerana
kita lihat pada hari ini tidak menjamin setiap kalimat mahupun huruf di
kebenaran sepenuhnya. Sudah banyak dalamnya adalah daripada Allah Swt
campur tangan yang dilakukan sehingga apa yang disampaikan melalui utusan-Nya
yang sampai pada kita tidak sama atau lari iaitu Rasulullah Saw. Al-Quran bukan
sedikit dari kenyataan yang sebenarnya. Kita sahaja berbicara mengenai sejarah
tidak boleh menelan bulat-bulat apa yang secara umum, namun ada juga beberapa
disuap oleh para sejarawan itu kerana ada kisah pilihan dengan tujuan untuk
beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang membantu menguatkan keimanan umat-
melakukan tokok tambah demi kepentingan Nya. Hal ini kerana, sirah-sirah tersebut
mereka. mempunyai banyak pelajaran dan
tauladan yang dapat diambil terutama
yang membaca dan benar-benar
menghayatinya.

Sejalan dengan kehidupan manusia.

Signifikannya, Al-Quran menyimpan banyak yang mana tidak dapat ditandingi oleh
sirah atau kisah sejarah. Tetapi, uniknya kisah mana-mana orang pun sehingga tiada
ini diceritakan secara berulang kali dan di yang dapat menentang bahawa kisah-
tempat yang berbeza-beza. Selain itu, kisah kisah dalam al-Quran itu sendiri memang
tersebut juga kadang diceritakan secara benar datangnya dari Allah Swt.
ringkas dan tidak sedikit juga yang
diceritakan secara panjang lebar dan Setiap kisah-kisah yang diceritakan juga
sebagainya. Mungkin ia dianggap sebagai adalah dengan maksud dan tujuan yang
sesuatu yang pelik dan menyusahkan untuk berbeza-beza. Maka disebabkan hal
orang-orang yang bertugas menyusun kisah- tersebut hanya sebahagian dari kisahnya
kisah tersebut mengikut kronologi berikutan yang disebut manakala sebahagian
tempat penveritaannya yang berbeza-beza lainnya lagi diceritakan pula di tempat lain
dalam al-Quran. Namun jika diteliti dengan yang sesuai dengan tuntutan keadaan
lebih jelas hal ini sebenarnya menunjukkan ketika ayat itu diturunkan. Hal ini juga
kehebatan mukjizat al-Quran dalam dapat sebenarnya dapat membantu
mengemukakan sesuatu makna melalui untuk menarik perhatian pembaca agar
pelbagai bentuk susunan kalimat lebih mempelajari Al-Quran berserta isi-isi
di dalamnya.

11

CONTOH SURAH-SURAH
YANG MENCERITAKAN
SIRAH/SEJARAH

01 Kaum Nabi Nuh A.S

Firman Allah dalam surah Al-‘Ankabuut ayat 14:

‫َلَق ْد َأْرَس ْلَنا ُنوًحا ِإٰىَل َق ْو ِم ِه َف َلِبَث ِفيِه ْم َأْلَف َس َنٍة ِإاَّل َخْم ِس يَن َع اًم ا َف َأَخَذُهُم‬
14( ‫)الُّط وَف اُن َوُهْم َظ اِلُم وَن‬



“ Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nabi Nuh kepada
kaumnya, maka tinggalah ia dalam kalangan
mereka selama sembilan ratus lima puluh
tahun; akhirnya mereka dibinasakan
oleh taufan sedang mereka
berkeadaan zalim (dengan kufur
derhaka).”

Firman Allah dalam surah Al-Anfaal ayat 54: 02Kisah Firaun



‫َكَدْأِب آِل ِفْرَع ْو َن ۙ َواَّلِذيَن ِم ن َق ْبِلِه ْم ۚ َكَّذُبوا ِبآَياِت َرِّبِه ْم َف َأْه َلْكَناُهم ِبُذُنوِبِه ْم َوَأْغ َرْق َنا آَل‬
54( ‫)ِفْرَع ْو َن ۚ َوُكٌّل َكاُنوا َظ اِلِم يَن‬



“ (Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya
serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka
mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan
mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan
Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya
adalah orang-orang yang zalim.”

12

03 Kisah Qarun

Firman Allah dalam surah Al-Qasas ayat 76:

‫ِإَّن َق اُروَن َكاَن ِم ن َق ْو ِم ُم وَس ٰى َف َبَغ ٰى َع َلْيِه ْم ۖ َوآَتْيَناُه ِم َن اْلُكُنوِز َم ا ِإَّن َم َف اِتَحُه َلَتُنوُء‬
76( ‫)ِباْلُع ْص َبِة ُأوِلي اْلُقَّوِة ِإْذ َق اَل َلُه َق ْو ُم ُه اَل َتْف َرْح ۖ ِإَّن َهَّللا اَل ُيِح ُّب اْلَف ِرِح يَن‬



“Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia
berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah
mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang
anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh
berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang
kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya
berkata kepadanya: "Janganlah engkau
bermegah-megah (dengan kekayaanmu),
sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang bermegah-megah.
(seperti lagakmu itu)”.

Kisah Luqman dan kebijaksanaannya 04

Firman Allah dalam surah Luqman ayat 12:

‫َوَلَق ْد آَتْيَنا ُلْق َم اَن اْلِح ْكَم َة َأِن اْش ُكْر ِلَّلِه ۚ َوَم ن َيْش ُكْر َف ِإَّنَم ا َيْش ُكُر ِلَنْف ِس ِه ۖ َوَم ن‬
)12( ‫َكَف َر َف ِإَّن َهَّللا َغ ِنٌّي َحِم يٌد‬

“ Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada
Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami
perintahkan kepadanya): Bersyukurlah
kepada Allah (akan segala nikmatNya
kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur
maka faedahnya itu hanyalah terpulang
kepada dirinya sendiri, dan

sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah
menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya

Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.”

13

05 Kisah Kaum Nabi Musa A.S

Firman Allah dalam surah Al-A’raf ayat 148:



‫َواَّتَخَذ َق ْو ُم ُم وَس ٰى ِم ن َبْع ِدِه ِم ْن ُحِلِّيِه ْم ِع ْجاًل َجَس ًدا َّلُه ُخَواٌر ۚ َأَلْم َيَرْو ا َأَّنُه‬
)148( ‫اَل ُيَكِّلُم ُه ْم َواَل َيْه ِديِه ْم َس ِبياًل ۘ اَّتَخُذوُه َوَكاُنوا َظ اِلِم يَن‬

“ Dan kaum Nabi Musa, sesudah ia (pergi ke Gunung
Tursina), mereka membuat dari barang-barang emas
perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh
dan bersuara (Allah berfirman): "Tidakkah mereka
memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-
kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan
jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala
yang disembah) dan sememangnya mereka adalah
orang-orang yang melakukan kezaliman".

14

HIKMAH SEJARAH
DALAM AL-QURAN

Dari semua penjelasan tadi, kita dapat menyedari bahawa begitu banyak hikmah
dari sejarah atau sirah yang diceritakan dalam al-Quran yang dapat diambil dan diserap
oleh semua generasi manusia tanpa terkecuali. Mempelajari sejarah sentiasa
membawa banyak impak positif kepada kita. Kerana semakin kita tahu, pasti kita akan
semakin berjaga-jaga. Begitu banyak pelajaran dan hikmah yang boleh kita pelajari dari
sejarah lampau untuk menjadi perisai menghadapi masa hadapan kelak. Bak kata
pepatah, pohon pisang tidak berbuah dua kali.

Sirah di dalam al-Quran ini banyak didominasi oleh siri perjuangan para Nabi dan
Rasul yang disalurkan dalam bentuk penggal ayat mahupun surah-surah menyimpan
seribu satu manfaat di dalamnya. Kisah-kisah yang dinukilkan ini bukan hanya untuk
meneguhkan hati Rasulullah Saw sahaja. Sebaliknya ia juga berlaku untuk seluruh umat
manusia yang hidup di muka bumi ini. Supaya mereka sentiasa beringat-ingat dalam
bertindak dan selalu mendapat keredhaan Allah Swt, bukan murka-Nya.

Di antara hikmah-hikmah tersebut adalah dapat memahami dasar-dasar agama
dan syariat ajaran agama Islam dengan lebih jelas. Selain itu, melalui sejarah ini juga
pembenaran akan mukjizat yang dikurniakan ke atas para Nabi, perjuangan mereka
dalam mengenalkan ajaran agama Allah Swt yakni agama Islam, dapat ditegakkan.
Yang terpenting sekali, memperkuat keyakinan dan kepercayaan umat Islam atas
kebenaran agama kita sendiri.

Selain sirah tentang Nabi dan Rasul kita juga boleh mengambil hikmah dari kisah
umat-umat sebelumnya. Sama ada yang beriman dan terselamat berkat ketakwaan
mereka mahupun yang dibinasakan atas kezaliman dan kekufuran yang dilakukan
mereka. Kisah-kisah ini adalah bersumberkan wahyu Allah Swt dan tujuan
penyampaiannya adalah semata-mata untuk menjadi pelajaran bagi mereka yang
berakal dan mau menerimanya.

15

KESIMPULAN

Al-Quran mempunyai keistimewaan tersendiri dalam menyampaikan
mesej kepada pembaca. Gaya corak naratif penceritaannya yang tersendiri
jelas menunjukkan perbezaan yang membezakan wahyu dengan buku dan
bahan-bahan sejarah yang lain. Selepas pembaca membaca makalah ini,
dapatlah kita fahami bahawa Al-Quran lebih mengetengahkan pengajaran
kepada pembaca daripada jalan penceritaan sesebuah peristiwa lampau yang
teliti.

Kesimpulannya, umat Islam seharusnya berusaha untuk membaca Al-
Quran dengan lebih kerap supaya dapat menghayati kisah-kisah nabi dan umat
terdahulu dengan penghayatan yang mendalam. Isi Al-Quran yang tersirat
pelbagai kiasan dan makna yang mendalam mestilah dirujuk kepada ahli quran
supaya kefahaman para pembaca dapat didorong ke arah yang betul. Hal ini
kerana sekiranya kefahaman yang salah terhadap ayat Al-Quran boleh
mengundang fitnah kepada pembaca meskipun tidak dinafikan bahawa ayat-
ayat Al-Quran cenderung kepada mengajak pembacanya untuk berfikir dan
menilai secara kritis serta mendalam mengenai sesebuah peristiwa atau
hukum-hakam.

16

PENUTUP

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah SWT atas segala
rahmat dan kurnianNya sehingga kami dapat menjayakan tugasan ini dengan
baikdan jayanya. Seterusnya, kami berbesar hati ingin mengucapkan jutan
terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu kumpulan
kami dalam usaha menjayakan tugasan ini terutamanya Prof Madya DR Faisal @
Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid selaku pembimbing kami yang banyak memberi
tunjuk ajar serta dorongan dan sokongan untuk kami menyelesaikan kajian ini.
Di samping itu, kami turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli
kumpulan kami yang yang saling memberi komitmen dan kerjasama yang tinggi
sehingga proses menyiapkan makalah ini dapat berjalan dengan lancar. Akhir
kata, kami berharap agar makalah ini dapat memberi banyak manfaat dan ilmu
yang berguna kepada semua yang membaca. Sekian, terima kasih.

17

RUJUKAN

AL-QURAN AL KARIM

KAZMI, Y. (1998). THE NOTION OF HISTORY IN THE QUR’ĀN AND HUMAN DESTINY.
Islamic Studies, 37(2), 183–200.

Neuwirth, A., & 2003( .‫ ‮ٲنجليک‬ا‬,‫ ‮)نيوور ‬ث‬. Qur’an and History — a Disputed
Relationship: Some Reflections on Qur’anic History and History in the Qur’an /
‫ علاقة موضع جدل‬:‫‬القرآن والتاريخ‬.‫ ‮‬Journal of Qur’anic Studies, 5(1), 1–18.

MEMPELAJARI SEJARAH MENURUT AL-QUR’AN, Oleh : Aji Muttaqin. (n.d.).
Kumparan. Retrieved December 31, 2022, from https://kumparan.com/aji-
muttaqin/peran-sejarah-didalam-al-qur-an-dan-implikasinya-terhadap-
pendidikan-oleh-aji-muttaqin-1503504244235/full

ST, A. A. (2013, December 30). Hikmah Cerita-Cerita Dalam Al Quran.

Muslim.or.id. https://muslim.or.id/19412-hikmah-cerita-cerita-dalam-al-

quran.html

Dalhari, M.. (2014). NILAI SEJARAH DALAM AL-QURAN. Al-A'raf : Jurnal Pemikiran
Islam dan Filsafat. 11. 39. 10.22515/ajpif.v11i2.1189.

18


Click to View FlipBook Version