The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-85432008, 2024-06-04 09:57:30

PEMUGARAN SISTEM BAHASA

PEMUGARAN SISTEM BAHASA

1 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA SINTAKSIS Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat. Satu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa. PEMBINAAN AYAT Ayat mengandungi unsur klausa manakala klausa pula terdiri daripada frasa, dan frasa terdiri daripada perkataan. Kesimpulannya, bentuk yang tertinggi ialah ayat, manakala perkataan terletak pada tingkat yang paling bawah. Ayat Ayah membaca buku. Klausa ayah membaca buku Frasa ayah membaca buku Perkataan ayah membaca buku Perkataan ialah bentuk kata yang terkecil, boleh berdiri sendiri dalam ayat dan mempunyai makna. Frasa ialah untuk yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Klausa ialah rangkaian perkataan yang mengandungi satu subjek dan satu predikat dan mempunyai potensi untuk menjadi ayat. Klausa terbahagi kepada klausa bebas dan klausa tak bebas. Ayat ialah unit bahasa yang paling tinggi dalam susunan tatabahasa. Ayat mengandungi makna yang lengkap dan diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Dalam tulisan, ayat didahului oleh huruf besar dan diakhiri dengan titik. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat. ******************* AYAT DASAR • Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat dalam sesuatu bahasa. • Ayat dasar juga disebut ayat inti atau ayat mudah. • Ciri-ciri utama ayat dasar ialah: ➢ Ayat dasar terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. ➢ Susunan ayat ialah subjek mendahului predikat. ➢ Subjek dan predikat hanya terdiri daripada unsur asas. ➢ Ayat dasar ialah ayat penyata. • Contoh ayat dasar: ➢ Alif bijak. ➢ Kamil mandi. ➢ Buah rambutan manis. ➢ Pelancong itu dari Jepun.


2 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA POLA AYAT • Dalam bahasa Melayu terdapat empat pola ayat dasar. • Semua subjek dibentuk oleh frasa nama. • Predikat pula dibentuk oleh sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. • Empat pola ayat dasar dalam bahasa Melayu ialah: Pola 1 Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN) Pola 2 Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK) Pola 3 Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) Pola 4 Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS) • Contoh dalam ayat AYAT Pola Subjek Predikat Pola 1 (FN + FN) Frasa Nama Frasa Nama Lelaki itu petani. Encik Ahmad pegawai bank. Pola 2 (FN + FK) Frasa Nama Frasa Kerja Adiknya sedang berjoging. Bapa saya akan bersara. Pola 3 (FN + FA) Frasa Nama Frasa Adjektif Penari itu lincah. Rumah itu sangat besar. Pola 4 (FN + FS) Frasa Nama Frasa Sendi Nama Baju ini untuk nenek. Sekolah saya di Jalan Desa Utama. LATIHAN 1 a. Kenal pasti subjek dan predikat ayat-ayat di bawah. b. Nyatakan pola ayat bagi ayat-ayat di bawah. Bil. Subjek dan Predikat Ayat Pola Ayat 1. Maria pelajar dari Singapura. 2. Peserta silat itu sungguh tangkas. 3. Nurain olahragawati sekolah kami. 4. Salmi masih membaca buku cerita hingga larut malam. 5. Perabot ini sumbangan orang kaya itu. 6. Murid sekolah tersebut sangat aktif. 7. Serangga itu amat berbahaya. 8. Danial di Perhentian Bas Segamat. 9. Wanita itu menjual ulam-ulaman.


3 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA 10. Pasukan hoki sekolah ke Stadium Bukit Jalil. 11. Bandar Ipoh di negeri Perak. 12. Rakan-rakan Ali ke perpustakaan. 13. Masakan Mak Uteh sungguh lazat. 14. Rumah tangga Puan Sarah aman bahagia. 15. Ujian memandu akan bermula pada pukul 9:00 pagi. 16. Pembantu rumah itu mencuci lantai. 17. Setiausaha itu mencatat minit mesyuarat. 18. Sebutan penyampai berita itu jelas. 19. Kami sekeluarga ke Pulau Kapas. 20. Tilam baharu itu empuk. AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK AYAT TUNGGAL AYAT MAJMUK Ayat yang mengandungi satu klausa bebas, iaitu mempunyai satu subjek dan satu predikat. Ayat yang jumlah subjek dan predikatnya melebihi satu. Binaan ayat tunggal menyamai binaan ayat dasar. Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada gabungan beberapa ayat tunggal. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan. Ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk gabungan – dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. Ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk pancangan relatif – yang komplemen – bahawa , untuk keterangan – kerana, sekiranya, kalau, sementara,ketika, walaupun, agar, semoga, andai kata, jika, jikalau, setelah, tatkala, sungguhpun, meskipun, kendatipun, semasa, sebab, untuk, apabila Ayat tunggal boleh berada dalam keadaan susunan biasa atau susunan songsang. Ayat majmuk terdiri daripada ayat majmuk campuran. LATIHAN 2 Kenal pasti ayat tunggal dan ayat majmuk. Bil. Ayat Ayat tunggal @ Ayat Majmuk 1. Kereta kami dipandu oleh abangnya.


4 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA 2. Adam dan Mahin tercengang ketika disoal oleh Cikgu Akmal. 3. Abang saya belum mendirikan rumah tangga. 4. Bas itu akan bertolak pada pukul 10:00 atau 11:00 malam. 5. Blok asrama itu untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja. 6. Puan Meera berbaring di atas sofa lalu tertidur. 7. Nenek mengurut-urut kakinya. 8. Kamu jangan bercakap ketika guru sedang mengajar. 9. Penduduk kampung bimbang akan keselamatan mereka. 10 Dia masuk ke dalam dewan itu lalu duduk di barisan belakang. LATIHAN 3 a. Kenal pasti jenis ayat majmuk yang diberikan sama ada ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. b. Pisahkan ayat majmuk tersebut menjadi beberapa ayat tunggal. Bil. Ayat Majmuk Jenis Ayat Majmuk 1. Kanak-kanak itu makan sambil berbual. 2. Pulau peranginan itu sangat cantik tetapi tidak dijaga. 3. Enjin kereta itu berasap lalu terbakar. 4. Bangunan yang tinggi itu Bangunan Berkembar Petronas. 5. Amirul sangat cekap menunggang motosikal yang berkuasa tinggi. 6. Kami berpendapat bahawa mutu sukan negara semakin baik. 7. Memang wajar untuk kita mengambil tindakan tegas itu. 8. Guru besar mengumumkan bahawa pasukan sekolah telah memenangi pertandingan itu. 9. Untuk kamu menyelesaikan masalah tersebut agak rumit.


5 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA 10. Saya tidak akan bermain bola jika hujan turun. 11. Apabila hujan turun, kakak segera mengangkat jemuran. 12. Kami akan bermain bermati-matian hingga mencapai kemenangan. 13. Murid yang cemerlang disukai oleh guru-guru dan rakanrakannya. 14. Setelah hujan berhenti, kami segera ke sekolah kerana kelewatan. 15. Azimah sangat pandai kerana sering membaca dan sentiasa mengulang kaji pelajaran. LATIHAN 4 (Tahun 4) Susun semula perkataan untuk membina ayat tunggal. tenang sungguh tasik air itu Subjek Predikat 1. tumbuh meliar pelbagai jenis teratai di dalam tasik tersebut. 2. menghabiskan masa lapang kaki pancing di tasik ini 3. kaki pancing digoreng oleh ikan siakap di dapur. 4.


6 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA tersebut buaya dua ekor di permukaan tasik berenangrenang 5. LATIHAN 5 (Tahun 4) Gabungkan ayat tunggal yang berikut dengan kata hubung yang diberikan bagi membentuk ayat majmuk. Bil. Ayat Tunggal Ayat Majmuk 1. Abu menunggang motosikal. (sambil) Abu bernyanyi. 2. Pokok itu besar. (tetapi) Pokok itu tidak berbuah. 3. Datuk mengait rambutan. (dan) Nenek mengait rambutan. 4. Kamu suka membaca cerpen? (atau) Kamu suka membaca novel? 5. Budak itu kawan saya. (yang) Budak itu berbaju merah. 6. Borhan berasa kesal. (kerana) Borhan tidak mendengar nasihat ibunya. 7. Nazrin masih tidak hadir ke sekolah. (walaupun) Nazrin sudah sembuh daripada sakit. 8. Adik menangis. (apabila) Adik diusik oleh abang. 9. Ahmad membantu ibunya di dapur. (manakala) Adiknya membantu ayahnya di ladang. 10. Cuaca panas. (walaupun) Para pekerja masih membanting tulang di sawah. AYAT TUNGGAL DENGAN PELUASAN SUBJEK DAN PREDIKAT Contoh: Kucing itu / tidur. Subjek (peluasan) Predikat (Peluasan) Anak kucing itu tidur di atas sofa. Dua ekor anak kucing itu tidur di atas sofa.


7 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA LATIHAN 6 (TAHUN 5 DAN TAHUN 6) Binalah ayat tunggal dengan peluasan subjek dan peluasan predikat mengikut konteks. 1. Ali mengait buah rambutan. Subjek (peluasan) Predikat (Peluasan) 2. Peladang itu menanam buah nanas. Subjek (peluasan) Predikat (Peluasan) 3. Pokok kelapa itu tumbang. Subjek (peluasan) Predikat (Peluasan) 4. Bunga itu berbau harum. Subjek (peluasan) Predikat (Peluasan) 5. Tayar kereta meletup. Subjek (peluasan) Predikat (Peluasan) JENIS AYAT Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. Ayat Penyata • Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan. • Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. • Ayat jenis ini disebut juga ayat berita atau ayat keterangan. • Ayat penyata terdiri daripada empat pola, iaitu: Ayat Pola 1. Puan Mastura pengurus taska. FN + FN 2. Danish membeli kasut sukan. FN + FK 3. Jalan cerita novel ini menarik sekali. FN + FA 4. Kek hari jadi itu untuk anaknya. FN + FS


8 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA Ayat Tanya • Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal atau berita. • Ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis: ➢ Ayat tanya tanpa kata tanya ➢ Ayat tanya dengan unsur tanya. ✓ Ayat tanya jawapan terbuka dan jawapan tertutup 1. Ayat tanya tanpa kata tanya • Ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. • Dalam bentuk tulisan, ayat tanya ini menggunakan tanda tanya (?) pada akhir ayat. • Ayat tanya jenis ini menggunakan partikel tanya -kah yang hadir dalam predikat ayat. Apabila ini berlaku, predikat ayat dikedepankan. • Contoh ayat: Bil. Ayat tanya tanpa kata tanya (Susunan biasa) Ayat tanya tanpa kata tanya (Susunan songsang) 1. Baju kurung itu cantik? Cantikkah baju kurung itu? 2. Semalam kamu di bandar? Di bandarkah kamu semalam? 3. Seoul ibu negara Korea Selatan? Ibu negara Korea Selatankah Seoul? Seoulkah ibu negara Korea Selatan? 2. Ayat tanya dengan unsur tanya • Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat tanya yang mengandungi unsur tanya. • Ayat ini terdiri daripada tiga jenis, iaitu: ❖ Ayat tanya dengan kata tanya – berapa, bagaimana, bila, mengapa ❖ Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya – apa, siapa, mana ❖ Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya – di mana, daripada siapa, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila, dengan siapa ▪ Dalam susunan biasa, frasa sendi nama tanya hadir dalam predikat. • Ayat tanya jenis ini boleh mengalami proses pendepanan predikat dengan cara menggunakan partikel -kah dan meletakkan bahagian predikat di hadapan ayat. • Contoh ayat: Bil. Ayat tanya dengan kata tanya (Susunan biasa) Ayat tanya dengan kata tanya (Susunan songsang) 1. Dia menangis mengapa? Mengapakah dia menangis? 2. Farisha ke Jepun bila? Bilakah Farisha ke Jepun? 3. Jumlah botol itu berapa? Berapakah jumlah botol itu? 4. Cara menukar tayar kereta bagaimana? Bagaimanakah cara menukar tayar kereta? Bil. Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya (Susunan biasa) Ayat tanya dengan kata ganti nama tanya (Susunan songsang) 1. Benda ini apa? Apakah benda ini? 2. Kakaknya siapa? Siapakah kakaknya? 3. Buku awak mana? Manakah buku awak?


9 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA Bil. Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Susunan biasa) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Susunan songsang) 1. Dia mengulang kaji pelajaran di mana? Di manakah dia mengulang kaji pelajaran? 2. E-mel itu daripada siapa? Daripada siapakah e-mel itu? 3. Lembu-lembu itu dari mana? Dari manakah lembu-lembu itu? 4. Kaki kamu patah sejak bila? Sejak bilakah kaki kamu patah? 5. Ah Chong hendak ke mana? Hendak ke manakah Ah Chong? 6. Alia berjumpa dengan siapa? Dengan siapakah Alia berjumpa? 7. Encik Zainul guru besar sampai bila? Sampai bilakah Encik Zainul guru besar? Ayat tanya jawapan terbuka dan jawapan tertutup • Ayat tanya jawapan terbuka ialah ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada jawapan ya atau tidak atau bukan, tetapi lebih luas lagi bergantung pada maksud yang terkandung dalam ayat tanya tersebut. • Contoh ayat: Mengapakah Rainah masih bersedih? Rainah masih bersedih kerana jari telunjuknya masih sakit. Bilakah ayah hendak ke Melaka? Ayah hendak ke Melaka pada tahun depan. • Ayat tanya jawapan tertutup ialah ayat tanya yang memerlukan jawapan ya, tidak atau bukan. • Contoh ayat: Murid itu ke pusat sumber? Ya, murid itu ke pusat sumber. Duit itu tersimpan di dalam laci? Tidak, duit itu tidak tersimpan di dalam laci. Bangunan itu Muzium Negara? Bukan, bangunan itu bukan Muzium Negara. LATIHAN 7 Kenal pasti jenis kata tanya ayat-ayat di bawah. Bil. Ayat tanya Jenis ayat tanya 1. Mereka hendak membantu kita? 2. Mereka hendak bertolak ke Perlis sekarang juga? 3. Adik ke sekolah bila? 4. Luaskah padang bola itu? 5. Dari manakah pelumba motosikal itu? 6. Apakah yang sedang kamu fikirkan? 7. Ini kereta siapa? 8. Siapakah nama cikgu baharu itu?


10 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA 9. Adik suka makan sambal? 10. Dia kawan baik kamu? LATIHAN 8 (Tahun 4, Tahun 5, Tahun 6) Berdasarkan gambar grafik di bawah, bina ayat tanya dan ayat penyata. Ayat tanya Ayat penyata AYAT PERINTAH • Ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. • Perintah diajukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang seperti awak, kamu, engkau dan sebagainya, yang biasanya digugurkan. • Terdapat empat jenis ayat perintah, iaitu:


11 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA Ayat suruhan - Ayat yang digunakan dengan tujuan memberikan perintah atau suruhan. - Subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti kamu, awak, engkau yang biasanya digugurkan. - Untuk tujuan penegasan, subjek boleh dikekalkan. Contoh ayat: 1. Awak siapkan kerja itu sekarang juga. 2. Buka buku di halaman 33. 3. Bersihkan bilik ini sekarang juga. Ayat larangan - Ayat perintah yang menggunakan kata larangan seperti jangan, usah dan tak usah sebelum kata kerja dengan tujuan menengah seseorang melakukan sesuatu Contoh ayat: 1. Kamu jangan pegang kek itu. 2. Usah dikenang lagi peristiwa silam. 3. Tak usah mencampuri urusan mereka. 4. Jangan merokok di sini. Ayat silaan - Ayat perintah yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Contoh ayat: 1. Jemput masuk. 2. Jemput makan kek itu. 3. Sila maklumkan perkara tersebut kepada guru kami. 4. Sila kembalikan borang itu pada minggu hadapan. Ayat permintaan - Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Contoh ayat: 1. Minta anda semua masuk ke dewan. 2. Tolong tutup suis lampu itu. AYAT SERUAN • Ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, dan sakit. • Tanda koma hadir selepas kata seru. • Tanda seru (!) hadir di akhir ayat. • Kata seru yang digunakan dalam bahasa Melayu ialah oh, wah, amboi, cis, eh, nah, aduh, dan syabas. • Terdapat dua jenis ayat seruan, iaitu: Ayat yang tidak menggunakan kata seru Ayat yang menggunakan kata seru • Ibu! • Hati-hati! • Comelnya bayi ini! • Amboi, cantik sungguh awak hari ini! • Syabas, pasukan kamu berjaya! • Wah, mahalnya pen ini!


12 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA LATIHAN 9 (Tahun 5 dan Tahun 6) Tuliskan cara membuat inti sandwich daripada telur. LATIHAN 10 (Tahun 5 dan Tahun 6) Tuliskan ayat seruan berdasarkan gambar yang diberi.


13 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA LATIHAN 11 Buku teks Tahun 6 muka surat 156 Berdasarkan gambar grafik di atas, kenal pasti ayat seruan dan ayat perintah.


14 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA RAGAM AYAT – AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. • Ayat aktif terbahagi kepada dua iaitu ayat aktif tak transitif dan ayat aktif transitif. 1.Ayat aktif tak transitif Ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu kata kerja yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat aktif tak transitif terbahagi kepada dua: i.Ayat aktif tak transitif dengan keterangan atau pelengkap yang boleh digunakan. Contoh ayat: 1a. Ombak laut memutih di pantai.√ 1b. Ombak laut memutih. √ 2a. Padi Pak Utih menguning pada ketika itu. √ 2b. Padi pak Utih menguning. √ Type equation here. (tersenyum, berkubang, mandi, berbualbual, sembuh, mengecut) ii.Ayat aktif tak transitif dengan keterangan atau pelengkap yang tidak boleh digugurkan. Contoh ayat: 1a. Saya ingin menjadi kaya. √ 1b. Saya ingin menjadi. 2a. Kereta itu menuju ke arah barat. √ 2b. Kereta itu menuju. (berselimutkan, bercadang, berada, berasal, tinggal, berasa) 2.Ayat aktif transitif Ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai objek atau penyambut. Subjek + Kata Kerja Transitif + Objek (frasa nama) Contoh ayat: 1. Nelayan itu mendayung sampan ke tepi pantai. 2. Jururawat membawakan pesakit itu ubat. 3. Abang menghadiahkan barang kemas kepada isterinya. LATIHAN 12 Teliti kata kerja yang diberikan. Kemudian, isikan peta pokok yang berikut dengan kata kerja yang sesuai. menangis mengetuk membeli bernyanyi memikul duduk bersenam membaca mengambil tidur Kata Kerja Tak transitif Transitif


15 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA LATIHAN 13 Kenal pasti kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif. Taman rekreasi ini baru sahaja siap dibina. Taman ini menjadi tumpuan orang ramai. Pelbagai jenis pokok bunga hidup subur di situ. Bunga-bungaan yang pelbagai warna menghiasi serta mencantikkan taman ini. Pekerja-pekerja taman membersihkan kawasan taman ini. Mereka memotong rumput dan menyirami pokok-pokok bunga di situ. Orang ramai yang mengunjungi taman ini duduk di bangku yang tersedia sambil berbual-bual atau membaca buku, Kanak-kanak pula bermain dengan gembiranya. LATIHAN 14 Nyatakan sama ada ayat-ayat yang berikut ayat aktif transitif atau ayat aktif tak transitif. Bil. Ayat Jenis ayat 1. Ziana termenung di jendela rumahnya. 2. Rizman menghiris timun nipis-nipis. 3. Munir menguap semasa duduk di hadapan pentas itu. 4. Remaja itu menunggang motosikal dengan laju. 5. Maria menjolok buah manga dengan menggunakan galah. 6. Anak itik itu menyelam di dasar tasik. 7. Faizal tidak dapat menjawab soalan Matematik itu. 8. Kera itu bergayut pada dahan pokok ara. 9. Ramai orang berniaga di pasar tani ini. 10. Pengawal keselamatan sentiasa mengawasi orang yang keluar masuk. Ayat pasif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan objek asal dan menjadikannya subjek baharu. Contoh ayat: 1a. Husna membeli coklat. (ayat aktif) 1b. Coklat dibeli oleh Husna (ayat pasif) 2a. Kamu patut membalut buku latihan. (ayat aktif) 2b. Buku latihan patut kamu balut. (ayat pasif) Terdapat tiga jenis ayat pasif. 1.Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif ialah ayat yang kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan terContoh: Subjek Kata Kerja Pasif Oleh + Frasa Nama Keterangan 1 Kereta Zila dibeli oleh Arif esok. 2 Tong sampah kami diselongkar oleh anjing sebentar tadi. 3 Pembahagi jalan itu terlanggar oleh lori pagi tadi. 4 Perlawanan bola sepak itu tercemar oleh rusuhan penonton pada separuh masa kedua.


16 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA 2.Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua ialah ayat yang menggunakan kata ganti diri di hadapan kata kerja dasar. Contoh: Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama/Kedua Keterangan 1 Makanan ibu belum saya rasai lagi 2 Tugas ini mesti kami pikul dengan sepenuhnya. 3.Ayat pasif dengan perkataan kena ialah ayat yang mengandungi perkataan kena di hadapan kata dasar yang tidak menerima awalan. Contoh: 1a. Rusa jantan itu kena jerat oleh pemburu. 2a. Pokok ini kena tebang oleh Fadil. Ayat pasif dengan perkataan kena dapat bertukar ganti dengan ayat pasif dengan awalan diContoh: 1b. Rusa jantan itu dijerat oleh pemburu. 2b. Pokok ini ditebang oleh Fadil. Teknik menukar ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh 1 1a. Kakak / menyimpan barang-barang kemas ibu di dalam almari. (aktif) 1. Kakak (Pelaku/Subjek) 2. menyimpan (kata kerja) 3. barang-barang kemas ibu (objek) 4. di dalam almari (keterangan) 1b. Barang-barang kemas ibu disimpan oleh kakak di dalam almari. (pasif) Contoh 2 2a. Saya sudah menyelesaikan semua kerja sebentar tadi. (aktif) 1. Saya (pelaku/subjek) 2. menyelesaikan (kata kerja) 3. semua kerja (objek) 4. sebentar tadi (keterangan) 2b. Semua kerja sudah saya selesaikan sebentar tadi. 3 + (di) 2 + (oleh) 1 + 4 3 + (KB) 1 + 2 + 4


17 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA LATIHAN 15 Tulis semula ayat-ayat aktif ke dalam bentuk ragam ayat pasif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Bil. Ayat aktif Ayat pasif 1 Saya sudah menyiapkan semua latihan Matematik. 2 Kalian mesti mengulang kaji pelajaran pada hari ini. 3 Masli menebang pokok betik pagi tadi. 4 Kami masih belum memulakan kerja itu lagi. 5 Ketua darjah menampalkan jadual peperiksaan pada papan kenyataan. LATIHAN 16 Tulis semula ayat-ayat pasif ke dalam bentuk ragam ayat aktif tanpa mengubah maksud asal ayat-ayat tersebut. Bil. Ayat aktif Ayat pasif 1 Aiskrim dijual oleh penjaja itu. 2 Kulit buah betik saya kupas dengan pisau lipat. 3 Cerpen dalam majalah tersebut belum aku baca. 4 Buku teks telah kami serahkan kepada Cikgu Almus. 5 Pencuri itu tertangkap oleh polis. SUSUNAN AYAT • Susunan ayat dilihat dari segi kedudukan subjek dan predikat. • Terdapat dua jenis susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. • Proses yang berlaku untuk menghasilkan ayat songsang disebut proses pendepanan iaitu proses yang mendepankan predikat. Contoh: Abu / sedang menyampaikan taklimat di Bilik Kuliah A. 1. Abu (1) / sedang menyampaikan taklimat (2) / di Bilik Kuliah A. (3) 1a. Sedang menyampaikan taklimat (2) di Bilik Kuliah A (3) / Abu. (1) 1b. Sedang menyampaikan taklimat (2)/ Abu (1) /di Bilik Kuliah A. (3) 1c. Di Bilik Kuliah A (3) / Abu (1) / sedang menyampaikan taklimat. (2) Formula Ayat Songsang 2 + 3 + 1 2 + 1 + 3 3 + 1 + 2


18 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA LATIHAN 17 Tukarkan ayat susunan biasa yang berikut kepada ayat susunan songsang. Ayat susunan biasa Ayat susunan songsang 1.Surat itu dari seberang laut. 2.Anak jiran kami sangat baik. 3.Dompet ibu di atas meja tulis. 4.Ibu Alya ke pasar pagi ini. 5.Murid itu berjaya juga akhirnya. 6.Bapa Hisham pegawai tentera laut. 7.Lelaki segak itu pelakon drama terkenal. 8.Luka pada kaki saya belum sembuh lagi. 9.Komputer riba ini untuk pemenang pertama. 10.Soalan saya telah dijawab oleh peserta kedua. 11.Dia membawakan ayahnya secawan kopi. 12.Petani itu akan menanam tebu di ladangnya. 13.Penerbangan MH6263 telah mendarat sebentar tadi. 14.Ravi menghadiahkan sebuah buku kepada kawannya. 15.Kami adik-beradik masih kecil pada masa itu. LATIHAN 18 Tukarkan ayat susunan songsang yang berikut kepada ayat susunan biasa. Ayat susunan songsang Ayat susunan biasa 1.Untuk siap dimasak, masakan ini mengambil masa 40 hingga 50 minit. 2.Terletak pada resipi asli dan aromanya keistimewaan masakan ini. 3.Ketika menyambut perayaan Hari Gawai Dayak dan Krismas lazimnya masakan ini dimasak dan dihidangkan. 4.Bagi sesetengah penggemar, masakan ini lebih enak dimakan jika dihidangkan di atas daun pisang.


19 KURSUS PEMUGARAN SISTEM BAHASA 5.Di dalam sebatang buluh, sebanyak 15 hingga 25 bungkus beras dapat dimuatkan. 6.Selain daun bemban, daun lerek juga dapat digunakan. 7.Dimasak seperti lemang nasi buluh. 8.Dengan cara merebus atau mengukusnya, nasi buluh dapat juga dimasak. 9.Dilakukan secara bergotong-royong kegiatan mengemping. 10.Menikmati hidangan tengah hari di dapur kami sekeluarga.


Click to View FlipBook Version