The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by junyenn0312, 2022-12-25 11:10:09

Kerja lapangan geo 2022

Kerja lapangan geo 2022

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN

TAMAN PELANGI INDAH

DISEDIAKAN OLEH:
TAN JUN YEN
TINGKATAN:

2 AMBER

GURU MATA PELAJARAN

PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN

TARIKH PENGHANTARAN:

21/12/2022

BIL KANDUNGAN M.S

1. PENGHARGAAN 1
2. PENDAHULUAN 2
3. JADUAL KERJA 3
4. OBJEKTIF KAJIAN 4
5. KAWASAN KAJIAN 5&6
6. HASIL KAJIAN 7-12
7. RUMUSAN 13
8. SUMBER RUJUKAN 14
9. LAMPIRAN 15-18

PENHARGAAN

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada Puan Hanifah Binti Jamaluddin selaku guru mata
pelajaran Geografi saya. Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi
tunjuk ajar dan membimbing saya untuk menyempurnakan kerja kursus ini.
Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi
nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan kerja kursus ini.

Khas untuk ibu bapa saya yang tercinta, iaitu Tan Kok Lim dan Cheong
Siok Lan, jutaan terima kasih dirakamkan kerana memberi sokongan moral dan
sudi mengorbankan masa mereka untuk menolong saya mengumpulkan
maklumat-maklumat tentang teknologi hijau di kawasan kajian saya.

Penghargaan kepada rakan baik saya iaitu Teo Sky dan semua rakan lain
atas kesudian membantu dan memberi segala nasihat. Tidak lupa juga, terima
kasih kepada semua responden saya kerana sudi meluangkan masa menjawab
soal selidik dan temubual.

Akhir kata, ribuan terima kasih diucapkan dengan ikhlasnya kepada
semua orang yang telah membantu saya secara lansung dalam menjayakan kerja
kursus ini.

Sekian, terima kasih.

PENDAHULUAN

Saya, Tan Jun Yen merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di SMK
Sultan Ismail. Tajuk kajian lapangan pada tahun ini ialah penggunaan ‘Teknologi
Hijau’ di kawasan tempat tinggal pelajar. Oleh itu, saya membuat pemerhatian
dan tinjauan daripada laman sesawang dan buku-buku yang berkaitan untuk
membuat kajian lapangan ini.

Kawasan kajian saya adalah di Taman pelangi Indah,Ulu Tiram,Johor
kerana ianya merupakan kawasan tempat tinggal saya. Saya telah menggunakan
beberapa kaedah kajian yang ditetapkan,iaitu:

a.) Pemerhatian
b.) Temubual
c.) Soal selidik
d.) Rujukan

Saya telah menetapkan tiga objektif yang perlu saya capai untuk menjayakan
kajian lapangan saya, iaitu:

 Menyatakan contoh amalan penggunaan teknologi hijau yang terdapat di
Taman Pelangi Indah.

 Mengenal pasti maksud teknologi hijau
 Menjelaskan kesan amalan penggunaan teknologi hijau.

Berikut merupakan jadual kerja saya dalam menyiapkan kerja lapangan ini .

Bil Tarikh Perkara CATATAN

1. 4 Disember 2022 Menghadiri taklimat tentang kajian Berkumpul di makmal
lapangan yang diberikan oleh guru komputer

mata pelajaran Geografi

3. 5 Disember 2022 Membuat perancangan awal dan Menyediakan alatan-
persediaan awal alatan yang sepatutnya

4. 8 Disember 2022 Mengumpul maklumat dan data yang Menggunakan
komputer
berkaitan dengan tajuk yang diberi

melalui pelbagai sumber.

5. 9 Disember 2022 Membuat soal selidik Menggunakan google
form

6. 10 Disember 2022 Mencari responden untuk menjawab Kebanyakan di taman
permainan
soal selidik yang telah disediakan.

7. 11 Disember 2022 Mencari responden untuk menjalankan Menjalankan temu bual
di rumah responden
temu bual.

8. 12 Disember 2022 Mengambil gambar-gambar untuk Menggunakan kamera

dimasukkan ke lampiran.

9. 13 Disember 2022 Menggunakan semua maklumat yang

dikumpulkan untuk memenuhi

objektif kajian.

10. 16 Disember 2022 Memenuhi semua objektif kajian yang Menggunakan
Microsoft Word
diberikan oleh guru.

11. 21 Disember 2022 Semak semula dan menghantar

tugasan.

OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir kajian ini, saya akan dapat:

1.) Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau.
2.) Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi Hijau yang terdapat di

Taman Pelangi Indah, Ulu Tiram.
3.) Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
4.) Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau tidak diterapkan dalam

kehidupan seharian.
5.) Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi yang boleh dibuat bagi

meningkatkan penggunaan Teknologi hijau yang sesuai.

KAWASAN KAJIAN

Kawasan Taman Pelangi Indah terletak di Ulu tiram, Johor. Taman ini
mula dikembangkan sejak tahun 1997. Ciri pandang darat fizikal yang terdapat
di kawasan peta ialah sungai dan tasik. Ciri pandang darat budaya yang terdapat
dalam peta ialah jalan raya, lebuh raya, petempatan, sekolah, balai polis dan
lain-lain.

Bentuk muka bumi yang terdiri daripada taman ini ialah tanah pamah
yang rata. Kawasan tanah pamah digunakan untuk petempatan dan jalan
pengangkutan. Saliran yang terdapat dalam peta tersebut ialah tasik dan Sungai
Tiram.

Kawasan Taman Pelangi Indah juga berdekatan dengan pusat beli-belah
seperti Mydin, Aeon Tebrau, Toppen dan Ikea. Terdapat juga kemudahan sosial
seperti sekolah,klinik,balai polis dan gelanggang badminton.

Peta 1: Peta daerah negeri Johor
Peta 2: Peta Taman Pelangi Indah

KONSEP DAN TAKRIFAN TEKNOLOGI HIJAU

Wikipedia:

Teknologi hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk
memulihara sumber dan alam sekitar semula jadi dan mengawal kesan negatif kepada aktiviti
seharian untuk spesies bangsa keturunan manusia. Pembangunan mampan adalah teras
kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira
aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar

Internet:
 “Aplikasi teknologi moden untuk memulihara sumber dan alam sekitar
semula jadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.”Konsep ini
berhubung rapat dengan prinsip pembangunan mapan yakni pembangunan
hendaklah memenuhi keperluan masyarakat kini tanpa mengabaikan
keperluan generasi akan datang.
 Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara
sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif daripada
aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan
lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita
menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti
tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu
produk.

Buku Teks:

Teknologi hijau merujuk pembangunan produk, peralatan dan sistem untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar serta sumber semula jadi.

CONTOH PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU

 Membuang sampah ke dalam tong sampah kitar semula mengikut

warna yang sepatutnya.

 Memasang panel solar untuk menjanakan tenaga elektrik.
 Mengamalkan amalan 5R, iaitu, reuse, reduce, recycle, refuse,

repurpose.

 Mengumpul air hujan untuk menyiram pokok bunga.
 Menanam banyak pokok bunga.
 Mengadakan kempen “Satu Keluarga Satu Pokok”
 Menggunakan kereta hybrid.

Punca-punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan
dalam kehidupan seharian:

1.) Kos yang tinggi:
Contohnya, kos memasang panel solar adalah berpuluh-puluh
ribu. Apatah lagi kos penyelenggaraannya.

 Pihak kerajaan boleh memperuntukkan dana kepada penduduk agar
mereka mampu menampung kos penggunaan teknologi hijau yang
tinggi.

2.) Kekurangan kesedaran tentang penggunaan amalan teknolgi hijau dalam
kalangan penduduk. Contohnya, terdapat banyak orang yang tetap
membuang sampah di merata-rata tempat meskipun mempunyai tong
sampah.

 Pihak kerajaan dan sekolah haruslah memberikan penerapan dan

kesedaran yang lebih lagi untuk memupuk amalan penggunaan
teknologi hijau dalam semua orang sejak kecil. Contohnya, kempen
kesedaran boleh dijalankan sepanjang tahun supaya dapat
memastikan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang amalan
penggunaan teknologi hijau disampaikan kepada semua orang.

3.) Kurang penguatkuasaan. Contohnya, pihak kerajaan tidak
melarang penggunaan plastik di Malaysia. Terdapat banyak gerai
yang menggunakan plastic untuk mengangkat barangan dan
sebagainya.

 Pihak kerajaan haruslah memupuk sikap penduduk yang
menggunakan beg hijau semasa membeli-belah atau
sebagainya dengan melarang penggunaan beg plastik.

4.) Tiada konsistensi dalam melakukan projek teknologi hijau yang
berpanjangan:

 Projek teknologi hijau yang berpanjangan haruslan
dijalankan oleh pihak kerajaan supaya dapat memastikan
keberkesanan projek tersebut .

KEPENTINGAN TEKNOLOGI HIJAU

1.)Mengurangkan impak negatif daripada aktiviti manusia.
2.)Mengatasi masalah kemusnahan kesihatan dan kehidupan.
3.)Meningkatkan taraf hidup penduduk.
4.)Meringankan beban kerajaan dalam mengeluarkan kos yang

banyak.
5.)Memelihara ekosistem
6.)Menjimatkan sumber alam yang terhad
7.)Memelihara dan memulihara alam sekitar.
8.)Menyamankan udara di kawasan perumahan.
9.)Menggalakkan penggunaan sumber bahan yang boleh

diperbahurui

PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI

KAWASAN KAJIAN

a.) Membuat bahan baharu menggunakan bahan buangan.
b.) Memasang panel solar untuk menjanakan elektrik.
c.) Menyediakan tong kitar semula.
d.) Menanam banyak pokok di sekeliling rumah.
e.) Menggunakan air hujan untuk menyiram pokok bunga.
f.) Menggunakan beg hijau untuk mengangkat barangan.
g.) Rumah terdapat banyak tingkap.

TEMU BUAL

Saya telah melakukan temu bual bersama kawan saya ,Teo Sky yang tinggal sama
taman.

Saya: Apa khabar? Saya akan menjalankan temu bual yang berkaitan dengan
amalan penggunaan teknologi hijai? Sudah sedia?

Teo: Khabar baik. Ya, saya sudah sedia menjawab soalan kamu.

Saya: Baiklah, mari mulakan dengan soalan pertama. Adakah kamu
menggunakan teknologi hijau?

Teo: Ya, ada.

Saya: Bolehkah kamu berikan contoh peggunaan teknologi hijau?

Teo: Boleh. Saya kadang-kadang menggunakan bahan buangan untuk membuat
barang baharu seperti pasu bunga dan pemegang pen. Saya juga kurang
menggunakan pendingin hawa semasa tidur. Tambahan pula, saya menyiram
pokok bunga dengan air hujan yang ditaja.

Saya: Wah, banyaknya teknologi hijau yang kamu guna. Bolehkah kamu
senaraikan langkah-langkah untuk menjayakan amalan tersebut?

Teo : Pihak berkuasa bolehlah menyediakan lebih banyak tong kitar semula di
taman kita. Selain itu, kita boleh memasang panel solar untuk menjimatkan
tenaga elektrik.

Saya: Baiklah, sekarang soalan terakhir akan ditanyakan. Apakah kesan dan
perasaan kamu selepas mengamalkan penggunaan teknologi hijau?

Teo: Bil elektrik rumah saya menjadi kurang berbanding rumah orang lain. Saya
berasa gembira kerana dapat memberikan sumbangan dalam memelihara alam
sekitar tersayang kita.

Saya: Setakat ini sahaja temu bual ini. Terima kasih.

Teo: Sama-sama.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, kajian ini telah memenuhi objektif
kajian dan menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan
terdapat ramai penduduk yang mengamalkan teknologi hijau di
kawasan kajian saya. Saya juga telah mengeratkan hubungan kejiranan
selepas kajian saya. Hasilnya, saya lebih peka tentang kepentingan
amalan penggunaan teknologi hijau terhadap manusia.

Kesimpulannya, kajian ini telah menonjolkan masayarakat yang
mempunyai kesedaran terhadap teknologi hijau dan sudi memelihara
alam sekitar kita. Sesungguhnya, kawasan kajian akan dipenuhi dan
dilengkapi dengan teknologi hijau.

SUMBER RUJUKAN:

Buku teks Geografi 2022

Internet:
https://anyflip.com/ybgsy/aopk/basic
http://online.anyflip.com/vthh/jyrs/mobile/

LAMPIRAN A
Borang Soal Selidik(Google form)

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdKS7aRO53rIxoDYy_1Le0rtPKe8O4CCfZ7Hbb0bQzJET6
j1A/viewform?usp=pp_url

ANALISIS YANG DIPEROLEHI DARIPADA SOAL SELIDIK(GOOGLE FORM) YANG DIEDARKAN KEPADA 10
RESPONDEN



LAMPIRAN B


Click to View FlipBook Version