Kesan
Kemusnahan
Flora dan Fauna
terhadap
Manusia
Nama:Lee Xin mei
Kelas: 3 adil
1.Kepupusan hidupan liar dan spesis
pokok
Kegiatan manusia yang tidak dirancang seperti aktiviti pembalakan boleh
menyebabkan kesan negatif ke atas keseimbangan alam. Penebangan hutan
yang keterlaluan menyebabkan kepupusan spesies pokok seperti pokok
meranti, cengal dan balau. Penebangan hutan juga boleh menyebabkan
habitat haiwan liar terganggu menyebabkan kepupusan haiwan liar seperti
gajah, badak,harimau kerana kehilangan kawasan habitat dan sumber
makanan. Kegiatan penebangan hutan untuk tujuan pertanian juga membawa
permukaan tanah terdedah kepada hakisan tanah dan tanah runtuhterutama
sekali apabila berlaku hujan
Sekali lagi, keseimbangan ekologi terancam dan dunia kehilangan suatu
khazanah yang tidak dapat diganti dengan kebijaksanaan manusia. Alam
semula jadi telah membina semuanya selama jutaan tahun, sementara tangan
manusia mampu menghancurkannya dalam tempoh hanya beberapa dekad.
2. Menyebabkan kepupusan hidupan
akuatik
Tumpahan minyak dan sampah sarat serta pembuangan sisa toksik ke dalam laut
menyebabkan kemusnahan hidupan laut. Sesetengah bandar dan kampung
mengepam pelbagai bahan buangan yang tidak dirawat,manakala kilang kadang
kala membuang bahan beracun ke dalam sungai. Ini boleh membunuh ikan dan
tumbuhan seperti haiwan air yang lain. Baja dan racun perosak kimia yang
digunakan oleh petani juga dibawa oleh air hujan ke dalam sungai dan anak
sungai.Bahan-bahan ini boleh membunuh berbagai-bagai jenis hidupan air
Pencemaran laut juga menyumbang kepada kepupusan hidupan laut. Sungai yang
tercemar akan mengalir ke laut,dan membawa pencemaran bersama-
samanya.Minyak yang tumpah daripada tangki minyak dan pelantar minyak
merebak di lautan lalu membunuh burung laut, kerang-kerang dan hidupan liar
yang lain.Pencemaran yang berpunca daripada pembuangan sisa kilang.Industri
memproses serbuk pencuci pakaian memberikan kesan terhadap sistem air di
laut.Bahan kimia,asid dan bahan organik seperti nutrien, bahan radioaktif dan gas
semakin berleluasa mencemari laut
3.Menyebabkan hakisan Tanah
Pembalakan yang berleluasa akan menyebabkan hakisan tanah berlaku.Ini kerana k
awasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan.Pembukaan tanah
baru dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan
hutan secara meluas. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan
biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang
kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.
Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air
akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan
pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di
kawasan tanah rendah.
Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat
dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap
alam sekitar contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim, kesan kepada
rumah hijau dan banjir.Pembalakan haram dan pembalakan yang tidak terkawal
akan menyebabkan kemusnahan ekologi hutan yang boleh membawa perubahan
suhu dunia.
Rumusan
Flora dan fauna memainkan peranan penting dalam kehidupan harian
kita.Flora dan fauna yang tidak tercemar memberikan kita satu suasana yang
selesa dan nyaman.
Sekian, terima kasih