PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA
KETIDAKPERHATIAN DALAM
MASYARAKAT YANG TELAH ATAU
SEDANG BERLAKU
PENSYARAH:
TUAN OMAR BIN ABDUL RAHMAN
Disediakan oleh
KETUA KUMPULAN
YAMUNARANI A/P RAMESH
06DAT20F2074
AHLI KUMPULAN
SNEHA A/P SARMUGAM
06DAT20F2041
AHLI KUMPULAN
DHARSHINI A/P KRISHNAMOORTHY
06DAT20F2046
AHLI KUMPULAN
VAISHNAVI A/P SARAVANA KUMAR
06DAT20F2027
AHLI KUMPULAN
SHARMINI A/P RAMU
06DAT20F2024
ISI
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
PENGHARGAAN 01
OBJEKTIF 02
PENGENALAN 03
PUNCA - PUNCA 04
LANGKAH - LANGKAH 05
KESAN - KESAN 06
KESIMPULAN 07
SUMBER RUJUKAN 08
LAMPIRAN 09
01
Selamat sejahtera. Pertama sekali, bersyukur ke
tuhan kerana kami dapat menyiapkan tugasan kali ini
dengan jayanya dan dilaksanakan mengikut kriteria
dan masa yang telah ditetapkan.
Melalui peluang keemasan ini, kami ingin merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah kursus
kami iaitu Tuan Omar Bin Abdul Rahman kerana telah
banyak memberikan tunjuk ajar dan penerangan yang
lengkap serta memastikan segala penyampaian
pengajarnnya difahami oleh kami tentang tugasan e-
folio ini.
Selain itu, penghargaan terima kasih juga bagi ahli
kumpulan yang tidak jemu menyumbangkan idea dan
tenaga untuk bersama-sama menyempurnakan e-folio
ini. diharapkan e-folio ini dapat membantu
meningkatkan kemahiran berfikir dan pengetahuan di
antara ahli kumpulan.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam bersama-sama menyiapkan tugasan ini.
02OBJEKTIF
OBJEKTIF
v Menyelidik tentang sikap segelintir
masyarakat yang tidak prihatin.
v Mengenalpasti punca berlakunya
ketidak prihatin dalam kalangan
masyarakat.
v Mengenalpasti langkah yang boleh
di guna untuk mengatasi
permasalahan ini.
v Mengenalpasti fungsi media dalam
membantu menangani isu ini.
03
‘Bersamamu’ merupakan sebuah program reality yang berbentuk
amal disiarkan di TV3. Rancangan ini berbentuk dokumentari di
mana pengacara akan menemu bual insan yang kurang bernasib
baik untuk berkongsi tentang pengalaman hidup susah yang
dihadapi. Rancangan ini bertujuan untuk mengurangkan beban
dan seterusnya memberikan kehidupan baru buat mereka
dengan memastikan segala hak serta nasib pihak tersebut terus
terbela melalui sumbangan dari pihak program dan masyarakat
yang prihatin. Dengan wujudnya rancangan ini, ia boleh
menyedarkan semua lapisan masyarakat pada masa kini.
Hal ini lerana, pada era perkembangan globalisasi kini, negara
kita yang begitu pesat membangun yang ‘bagai belut diketil
ekor’ keran telah menempa beberapa kejayaan yang begitu
besar sehingga nama negara dapat dijulang di arena
antarabangsa. Namun, keadaan yang berlaku dalam masyarakat
masa kini tidaklah seindah yang disangka kerana terdapat
segelintir masyarakat yang tidak prihatin. Justeru itu, tudak
hairanlah program ‘ Bersamamu’ diwujudkan bagi menyedarkan
masyarakat supaya kita sentiasa peka dan prihatin terhadap
masyarakat sekeliling kita.
Natijahnya, sikap prihatin adalah sikap yang terpuji dan patut
dicontohi. Sikap ini juga patut dipupuk sejak dari kecil lagi
supaya masyrakat kita menjadi masyarakat yang lebih
terdedah dengan realiti kehidupn dan dapat memahami bahawa
tidak semua manusia berpeluang untuk merasai kesenangan
hidup seterusnya masyarkat akan saling tolong menolong antara
satu sama lain sebagai contoh, membantu memberikan
sumbangan melalui akaun bank yang diberikan, menyumbang
melalui NGO yang sah dan sebagainya.
Namun masih ada juga segelintir masyarakat yang tidak
mempunyai sikap keprihatinan dan mamandang rendah terhadap
golongan ini. Oleh itu, kami akan menyelidik mengapa
terjadinya perkara sebegini dan akan mengenalpasti punca
ketidak prihatinan yang sedang terjadi dalam masyarakat.
Seterusnya membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil
mengatasi permasalahan ini.
04OBJEKTIF
Antara punca-punca ketidakperhatian dalam kalangan
masyarakat adalah kerana setiap rakyat tidak wujud sifat
membantu masyarakat. Contohnya, golongan yang kurang
bernasib baik di kawasan kampung sepatutnya menerima
perhatian sewajarnya seperti mereka yang berada di
institusi kebajikan.Terdapat pelbagai cara untuk
membantu golongan kurang bernasib baik ini. Antaranya
adalah sumber kewangan, makanan dan pakaian serta
mereka juga perlu dibantu untuk berdikari melalui pelan
jangka panjang. Pepatah Cina pula mengatakan, ‘lebih baik
mengajar seseorang mendapat ikan daripada memberinya
ikan setiap hari’. Jika kita mengajar seseorang cara
mendapatkan ikan, dia akan menguasai kemahiran
mendapatkan ikan secara berdikari untuk jangka masa
yang panjang. Dengan ilmu individu dapat memperbaiki
kehidupannya dan nasib keluarganya seterusnya generasi
yang bakal dilahirkannya kemudian.
Dari segi mentaliti orang Melayu pula, ada kemungkinan
bahawa masyarakat Melayu begitu yakin dengan hak-hak
keistimewaan orang Melayu, mereka merasakan segala
kebajikan orang Melayu itu akan dipelihara oleh kerajaan.
Oleh itu, mereka tidak perlu melakukan apa-apa untuk
bangsanya. Oleh sebab itu, mereka merasakan tidak perlu
membantu bangsanya sendiri dan berasa kerajaan akan
membantu golongan yang tidak berkemampuan. Mungkin
tidak semua masyarakat Melayu yang berfikiran sebegini
tidak terkecuali juga masyarakat India dan Cina juga kerana
ia tiada mengenakan dengan agama atau hak istimewa yang
diberikan terhadap sesuatu bangsa. Dengan adanya bantuan
seperti bantuan rakyat seperti zakat, sumbangan daripada
NGO dan agensi-agensi yang berkenaan secara tidak
langsung dapat meringankan beban mereka. Faktor- faktor
peribadi dan luaran pula sebenarnya mempengaruhi bukan
sahaja orang Melayu tetapi juga semua lapisan masyarakat
Malaysia kerana ia tiada kena mengena dengan agama atau
hak istimewa sesuatu bangsa. Ia juga berkait rapat dengan
masyarakat yang tidak mempunyai pengurusan masa yang
bijak. Dengan itu, mereka tidak mengambil berat hal
kebajikan golongan yang tidak berkemampuan. Masyarakat
hanya mengharapkan pihak yang bertanggungjawab sahaja
yang memberikan bantuan kepada yang memerlukan.
Sifat mementingkan Sifat tidak mahu berjanji
diri untuk menyumbang
-disebabkan bimbang
tidak dapat melaksanakan
janji tersebut dan
seumpamanya
-mengendahkan ibarat
tiada apa yang berlaku
Dari segi keadaan orang Melayu yang terkial-kial
memenuhi keperluan sendiri sehingga tiada masa untuk
memenuhi keperluan orang lain, terdapat golongan yang
berpendapatan rendah. Bagaimanapun, terdapat warga kota
yang akibat daripada kos hidup yang tinggi di bandar, mereka
terpaksa mengambil kerja sambilan untuk memenuhi tuntutan
hidup bagi mereka tentulah sukar untuk mencari masa untuk
menyumbang. Kesedaran masyarakat tentang hari ini perlu
dipertingkatkan untuk membantu keperluan golongan yang
memerlukan dan bagaimana masyarakat boleh membantu.
Apabila sifat positif dalam diri masyarakat Malaysia saban
hari semakin luntur, ketidakperhatian yang ditunjukkan,
masyarakat menjadi lebih biadab kerana kurangnya
ketidakperhatian dalam berbahasa semakin rapuh dan ampuh.
Bahkan, kita sendiri mula merasa bahangnya apabila
dipersekitaran kita semakin banyak contoh kerapuhan nilai
prihatin dalam masyarakat yang terjadi di hadapan mata kita
sendiri. Mengapakah hal ini berlaku? Justeru, marilah kita
bersama-sama mengupas persoalan hangat ini yang sering
terpampang di media dan akhbar tentang punca-punca
berlakunya ketidakperhatian dalam masyarakat yang sedang
berlaku pada zaman sekarang. Ini kerana sifat sombong dan
angkuh telah terpahat dalam diri seseorang yang
menyebabkan kurang kesedaran dalam masyarakat yang
sangat memerlukan pertolongan dan bantuan dari pelbagai
pihak yang berkaitan dalam membantu golongan yang
memerlukan.
Sudah terang lagi bersuluh, anak – anak kurang
didikan ibu bapa juga merupakan masalah yang
dititikberatkan dalam masalah ketidakperhatian
masyarakat. Hal ini demikian kerana anak – anak tidak
tahu mengambil berat tentang masyarakat mahupun
keluarga sendiri. Ibu bapa tidak mempunyai peranan
untuk memberi tunjuk ajar dari sejak kecil lagi
bagaimana untuk menegur masyarakat setempat dan
hal ini boleh dilakukan kepada ketidakperhatian dalam
diri anak – anak. Hal ini perlu dibendung dari akar
umbi lagi kerana pepatah ada menyatakan bahawa
‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’.
Meluangkan
masa bersama
anak-anak
mereka
Sentiasa PERANAN Memberikan
berkongsi KELUARGA didikan agama
masalah
DALAM dan moral
MENANGAN
I MASALAH
SOSIAL
Menjadi
contoh teladan
terbaik
Ibu bapa hendaklah memainkan peranan yang amat penting
dalam memberikan didikan atau pendedahan tentang
perlunya menyumbang kepada masyarakat mahupun
tentang kewujudan pertumbuhan kebajikan daripada ibu
bapa. Hal ini menyebabkan kurangnya ketidakperhatian
dalam kalangan anak-anak. Pepatah melayu ada berkata
anak-anak umpama kain putih ibu bapa yang
mencorakkanya. Ibu bapa seharusnya memberikan
pendedahan awal tentang sifat keprihatinan yang perlu
diterapkan dalam diri anak-anak seperti memberikan
sumbangan kepada orang yang tidak berkemampuan.
Dengan ini, mengajar anak-anak agar bersedekah jika
ternampak golongan yang dalam kesusahan. Secara tidak
langsung hal ini dapat mendidik mereka mempunyai sifat
prihatin terhadap persekitaran. Sikap prihatin atau
mengambil berat adalah sikap yang boleh menyatukan
sesebuah komuniti atau negara agar menjadi lebih baik.
enilai paras rupa mahupun pangkat dalam masyarakat
merupakan salah satu punca berlakunya ketidakperhatian dalam
masyarakat ‘’akhir zaman’’ sekarang ini beranggapan bahawa jika
memberi wang hasil titik peluh sendiri akan menyebabkan wang
semakin berkurang dan tidak cukup untuk membuat perbelanjaan
harian sedangkan di dalam Islam kita diajar supaya selalulah
memberi sedekah kerana dengan sedekah ini pasti boleh
membuatkan rezeki kita semakin bertambah.Ini kerana apabila Kita
membantu orang yang sedang susah pasti kita akan dapat balasan
yang baik. Hal ini kerana, golongan yang menilai harta ini sangat
mementingkan diri sendiri dan tidak mengendahkan orang lain
seperti
orang miskin yang sangat memerlukan perhatian dari mereka. Oleh
itu,memilih kasih adalah punca juga berlakunya ketidakperhatian
dalam masyarakat. Hal ini,pihak yang berkenaan bersikap kurang
professional dalam memberi bantuan kepada orang yang
memerlukan dan kurang bernasib baik dalam kehidupan harian
mereka. Ini juga kerana, sesetengah pihak kurang mengambil
pendekatan kepada golongan yang sangat memerlukan apabila
mereka kurang dari segi makanan,pakaian dan tempat tinggal.
Bahawanya, kita tidak sentiasa hidup senang apabila kita dalam
keadaan yang memerlukan pasti ada yang membantu jika kita selalu
membantu orang yang berada dalam kesusahan.
SIKAP PRIHATIN TIDAK MENDAPAT
TEMPAT DALAM PENYIARAN MEDIA
PENYEBAR
SALURAN
MAKLUMAT
MENYAMPAI PERANAN MEDIA MEMUPUK
KAN BERITA MASSA DI SIKAP
MALAYSIA GEMAR
KEPADA
RAKYAT MEMBACA
MENYAMPAI
KAN BERITA
KEPADA
RAKYAT
Sekiranya perkara ini dipandang remeh, tidak mustahil
masyarakat boleh berpecah belah dan negara mengalami
nasib yang sama. Manusia tidak terlepas daripada
melakukan kesalahan, kesilapan, mahupun kecuaian.
Dengan itu, telah menjadi tanggungjawab sosial bagi
semua lapisan masyarakat untuk saling menasihati
antara satu sama lain demi menjaga kebaikan dan
kemaslahatan bersama. Dengan sikap saling menjaga
kemaslahatan dalam masyarakat menunjukkan
kewujudan hubungkaitan antara iman dengan
penyalahgunaan media penyiaran. Kewajipan sesama
insan untuk saling menegur dan mengingatkan ke arah
kebaikan dan meninggalkan kejahatan terutamanya sikap
tidak prihatin. Oleh yang demikian, tanggungjawab sosial
dalam memupuk semangat kemasyarakatan perlu
dipandang serius agar keutuhan masyarakat dapat
dipupuk dan terjalin. Masyarakat yang prihatin dapat
dipupuk melalui individu itu sendiri sama ada ingin
melihat keutuhan atau silaturrahim di dalam masyarakat
terus terjalin.
Keadaan politik yang memecahbelahkan masyarakat
sehingga membentuk masyarakat yang berpuak.
Sokongan yang membabi buta kepada ahli politik
sehingga menutup mata dan berfikiran mereka dengan
tidak peduli keadaan orang-orang miskin yang berada
di dalam kalangan mereka jika berlainan sokongan
atau warna bendera. Hal ini, juga bertambah tenat
apabila bantuan yang sepatutnya diagihkan telah
diberilkan kepada kroni dan terus meninggalkan
kelompok miskin dalam keadaan kesusahan. Keadaan
media juga menambahkan lagi minyak ke dalam api
yang marak di dalam jiwa masyarakat apabila
menyebarkan berita yang belum diketahui usulnya
serta memburukkan pemimpin politik sehinggakan
usul itu dijadikan bukti atau fakta dalam berbahas.
Oleh ini, menjadikan masyarakat berpecah belah dan
tidak menghiraukan antara satu sama lain dan
generasi seterusnya menutup mata tentang keadaan
sekeliling di samping kecanggihan teknologi yang
semakin pintar.
05
KESAN KEMISKINAN
DALAM MASYARAKAT
Sebenarnya, kemiskinan boleh disebabkan oleh faktor
kebudayaan, personaliti, demografi dan kekurangan
teknologi moden. Budaya tidak mahu bekerja kuat dan
mencari peluang yang ada di sekeliling kita boleh
mempengaruhi peluang mencari rezeki dan
mengurangkan masalah kemiskinan. Begitu juga kesan
demografi, sebagai contoh jika sekumpulan penduduk
tinggal di kawasan terpinggir dari arus pembangunan
dan tidak mempunyai tanah yang subur untuk bertani
tentulah sukar untuk mendapatkan pekerjaan untuk
memperolehi pendapatan berbanding dengan
penduduk yang tinggal di kawasan yang maju dengan
arus pembangunan dan mempunyai kawasan tanah
yang subur. Ada juga sebahagian ahli ekonomi yang
mengatakan hukum warisan di dalam pemilikan tanah
juga boleh menyebabkan tanah masyarakat petani
menjadi tidak ekonomik, kerana saiznya menjadi
semakin kecil dari satu generasi ke generasi yang lain.
Di antara kesan kemiskinan yang ketara ialah wujudnya
satu golongan masyarakat yang tidak mempunyai
pendapatan yang mencukupi, kekurangan kuasa sosial,
kekurangan pendidikan dan ketidakupayaan memiliki
faktor-faktor pengeluaran.
Dalam Islam, hubungan yang berbentuk menegak di
antara manusia dengan Penciptanya akan menentukan pula
hubungan mendatar di antara manusia dengan manusia di
muka bumi ini. Dengan cara inilah juga kejayaan (falah), iaitu
kesejahteraan dan kemewahan di muka bumi dan di Akhirat
akan kita nikmati. Di antara kesan kemiskinan yang ketara
ialah wujudnya satu golongan masyarakat yang tidak
mempunyai pendapatan yang mencukupi, kekurangan kuasa
sosial, kekurangan pendidikan dan ketidakupayaan memiliki
faktor- faktor pengeluaran.
Dasawarsa ini, pelajar- pelajar dari keluarga yang kurang
berkemampuan selalunya terlepas daripada mendapat
peluang pendidikan. Kebanyakan pelajar terpaksa berhenti
sekolah bagi membantu keluarga mereka yang kurang
berkemampuan dari segi kewangan dan terpaksa bekerja
untuk menyara keluarga. Tambahan lagi, hal ini juga
menyebabkan mereka terlibat dengan aktiviti- aktiviti
jenayah kerana terdesak untuk mendapatkan wang dan
akibat tidak mempunyai tahap pendidikan tinggi, mereka
tidak dapat peluang pekerjaan yang lebih meluas . Rajah 1
menunjukkan kesan bagi pelajar- pelajar dari keluarga yang
kurang berkemampuan.
RAJAH 1
TIADA PENDAPATAN
MENJADI BURUH KANAK- TIADA PEKERJAAN YANG
KANAK MELUAS
MELIBATKAN DIRI DALAM
AKTIVITI JENAYAH
Bagi kesan dari segi ekonomi, kesan kemiskinan
menyebabkan peningkatan perbelajaan kerajaan.
Perbelanjaan kerajaan yang meningkat ini adalah
disebabkan kerajaan terpaksa menanggung
perbelajaan yang besar bagi membasmi kemiskinan.
Perbelanjaan yang besar ini seterusnya akan
menyebabkan aktiviti pembangunan yang lain terjejas
kerana telah dibelanjakan bagi menampung kos
program- program pembasmian kemiskinan dalam
kalangan masyarakat kita. Sebagai contoh, PPKB
merupakan program yang dilaksanakan untuk
mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di
bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup
keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti
dalam kontek kemakmuran Bersama. Pelaksanaan PPKB
adalah selari dengan hasrat Kerajaan dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh (RMK10) iaitu untuk mengurangkan
insiden kemiskinan daripada 3.8% pada tahun 2009
kepada 2.0% pada tahun 2015 dan meningkatkan
purata pendapatan isi rumah berpendapatan 40%
terendah (dirujuk sebagai B40) daripada RM1,440 pada
tahun 2009 kepada RM 3,050 pada tahun 2015.
Program ini juga selaras dengan Wawasan
Kemakmuran Bersama dan Matlamat Pembangunan
Lestari (SDG) 2030. Rajah 2 menunjukan contoh-
contoh bantuan kerajaan kepada rakyat yang
berkurang pendapatan
RAJAH 2: BANTUAN KERAJAAN BAGI
MEMBASMI KEMISKINAN
Pada zaman pascakemerdekaan ini, kewujudan
penempatan setinggan untuk orang- orang miskin yang
menjadikan tempat tinggal mereka sekeluarga. Bagi
masyarakat yang berpendapatan rendah ataupun tiada
punca pendapatan yang tetap menghadapi ketiadaan
kemudahan perumahan yang seleras dengan
kemampuan merupakan suatu masalah yang sukar di
atasi. Ini memaksa kebanyakan daripada mereka untuk
tinggal di Kawasan setinggan. Apabila melihat dalam
konteks taraf hidup, terutama dari segi keselesaan
tempat tinggal, penduduk luar bandar yang miskin
didapati lebih selesa berbanding dengan penduduk
bandar miskin yang tinggal diKawasan setinggan. Oleh
itu, berlakunya penempatan setinggan pada kadar yang
sangat tinggi dan ianya merupakan Kawasan yang tidak
sah dari segi undang- undang. Oleh itu, bekalan
kemudahan asas adalah kurang dan keadaan
perumahan tidak tersusun. Mereka yang tinggal di
Kawasan setinggan ini menghadapi pelbagai masalah
terutama dari segi penyediaan kemudahan asas seperti
bekalan air, elektrik dan sebagainya. Rumah yang dibina
pula di Kawasan yang merbahaya dan selalunya di tapak
tanah yang tidak sah dari segi undang- undang.
Kebanyakan kawasan perumahan setinggan ini
dirobohkan atas sebab tidak sah dari segi undang-
undang. Rajah 3 menunjukan gambar kawasan setinggan
dan pencerobohan.
Rajah 3
Rumah setinggan
Kawasan
perumahan
setinggan
dirobohkan kerana
tidak sah dari segi
undang- undang
06OBJEKTIF
LANGKAH-
LANGKAH
MENYEMAI SIKAP
PRIHATIN DALAM
KALANGAN
MASYARAKAT
Sejak lima dasawarsa ini, negara kita dilanda
arus modenisasi yang begitu sempurna.
Lantaran itu, hari ini kita boleh mendabik dada
dengan pembangunan pesat negara kita yang
bagai belut diketil ekor yang telah menempa
beberapa kejayaan yang menjadi buah mulut
masyarakat sejagat sehingga maruah dan
martabat roh bangsa Malaysia dapat dijulang di
arena antarabangsa. Misalnya, beberapa mercu
tanda kejayaan bumi bertuah kita seperti Menara
Kuala Lumpur, Menara Berkembar Petronas dan
mutakhir ini, Syeikh Muzaphar yang merupakan
angkasawan Malaysia yang pertama berjaya
menjejakkan kaki ke stesen angkasawan telah
mengharumkan nama Malaysia di mata dunia di
samping menobatkan imej bumi bertuah kita di
persada dunia. Namun, sayang seribu kali sayang,
di sebalik kejayaan dan kemajuan negara kita,
kita telah dikejutkan oleh kejadian
ketidakprihatinan masyarakat terhadap hal-hal
persekitaran.
Fenomena ini bukan sahaja tidak pernah lekang
dari bibir, malah meniti subur dari bibir ke bibir
ibarat barah yang melarat tidak kira di parlimen
ataupun di warung kopi. Lantaran itu, senario ini
telah merunsingkan segenap lapisan
masyarakat memandangkan sikap priharin
memainkan peranan yang tidak kurang penting
dalam melahirkan masyarakat yang berminda
kelas pertama. Justeru, langkah-langkah yang
efektif dan efisien harus dirancang dan diambil
sebelum kudis menjadi tokak. Pokok
persoalannya, apakah strategi-strategi yang
ampuh lagi bersepadu untuk menyemai sikap
prihatin dalam kalangan masyarakat?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa
memainkan peranan perdana dalam
menyemai sikap prihatin dalam kalangan
masyarakat. hal ini demikian kerana ibu bapa
merupakan pohon rendang tempat anak berteduh
dan mendapatkan perlindungan. Malah,
anak-anak umpama sehelai kain putih, terpulanglah
kepada ibu bapa bagaimana hendak
mencorakkannya. Sesungguhnya, ibu bapa seyogia
sentiasa mengambil berat tentang kelakuan anak-
anak bagai menatang minyak yang penuh di
samping memberitahu anak-anak tentang
kepentingan sikap prihatin dalam kalangan
masyarakat agar anak-anak mempunyai kesedaran
tentang perlunya mengamalkan sikap prihatin dan
penyayang dalam jiwa mereka. Dalam pada itu ibu
bapa patut mengasuh dan mencanai anak-anak
agar dapat membezakan intan dengan kaca dan
seterusnya yang baik dijadikan teladdan dan yang
buruk dijadikan sempadan supaya anak-anak tidak
mudah terjebak dalam lembah yang penuh dengan
kejahilan dan kedurjanaan. Lantaran itu, ibu bapa
seyogia menerapkan nilai kasih sayang dan sikap
keprihatinan dalam sanubari anak-anak agar dapat
melahirkan generasi akan datang yang mengambil
berat tentang hal-hal persekitaran di samping tidak
melakukan kejadian buruk.
Tidak menjadi seorang ibu
bapa yang tidak prihatin
malah menjaga anak dengan
baik
Maka, anak- anak menjadi
seorang anak yang
berprihatin terhadap
pesekitaran.
Seperkara lagi, kalau dikaji dari perspektif yang
lain, didapati bahawa pihak kerajaan turut
memainkan peranan yang tidak kurang penting
dalam melahirkan masyarakat penyayang dan
mempunyai sikap prihatin. Pihak berkuasa harus
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan
bermanfaat dalam kalangan masyarakat seperti
aktiviti gotong-royong dan ceramah. Pihak
berkenaan dapat menggadakan ceramah
kesedaran tentang kepentingan sikap keprihatinan
dalam kalangan masyarakat supaya masyarakat
sedar akan kepentingannya dan seterusnya
mengamalkan nilai kasih sayang dan sikap prihatin
terhadap masyarakat. Tambahan pula, pihak
kerajaan harus melancarkan kempen-kempen
seperti semakin hari semakin sayang dalam
kalangan masyarakat untuk mengeratkan
hubungann silaturahim antara satu sama lain
disamping mewujudkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat. Sementelahan itu, pihak kerajaan juga
patut menguatkuasakan undang-undang terhadap
individu yang melakukan kejadian penculikan,
penderaan dan pembunuhan dalam kalangan
kanak-kanak yang semakin bermaharajalela pada
era ledakan teknologi maklumat ini. Pendek kata,
pihak kerajaan patut mencari jalan untuk menyemai
sikap prihatin dalam kalangan masyarakat di
samping menitikberatkan sikap keprihatinanan
agar daapt melahirkan modal insan yang berminda
kelas pertama
KERAJAAN
AKTIVITI GOTONG- MENGUATKUASAKAN
ROYONG UNDANG- UNDANG
DAPAT MENINGKATKAT PERPADUAN TERHADAP
MASYARAKAT
Sementara itu, jika kalau diselusuri sindrom ini sehingga
ke peringkat akar umbinya, didapati bahawa pihak
sekolah turut bertanggungjawab dalam menyemai sikap
prihatin dalam kalangan remaja yang merupakan
pemimpin pelapis negara yang bakal memperjuangkan
bangsadan negara serta membawa negara kita ke
ambang kejayaan. Hal ini demikian kerana guru sebagai
pendeta di atas pentas seyogia menekankan unsur
rohaniah dan ilmu duniawi dalam kalangan pelajar
supaya dapat melahirkan pelajar yang prihatin terhadap
isu-isu semasa. Dalam pada itu, guru-guru sepatutnya
menitikberatkan Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam
yang diwajibkan oleh Kementerian Pelajaran negara kita
agar nilai-nilai murni dan pengajaran dapat diterapkan
dalam jiwa pelajaran seterusnya tidak mudah terjerumus
ke dalam kancah maksiat. Di samping itu, pihak sekolah
juga patut menjalankan aktiviti-aktiviti berfaedah seperti
gotong royong, Bulan Penyayang dan sebagainya yang
bukan sahaja dapat menerapkan sikap prihatin dalam
sanubari pelajar, malah dapat memupuk sikap bertolak
ansur dan bekerjasama dalam diri pelajar seperti berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing. Justeru, aktiviti-
aktiviti tersebut dapat diibaratkan seperti serampang dua
mata. Sebagai tuntasnya, pihak sekolah turut
memainkan peranan yang penting dalam menyemai
sikap prihatin dalam kalangan anak watan negara kita
supaya dapat melahirkan tunas-tunas negara yang
seimbang dari segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
Seterusnya, memang tidak dapat disangkal bahawa
media massa yang merupakan lidah
penting dalam menyalurkan dan menyampaikan
maklumat serta infomasi turut memainkan
peranan yang prima dalam menyemai sikap prihatin
dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian
disebabkan pihak media masaa yang sering
menyiarkam program-program dan rancangan
televisyan yang berunsurkan keganasan ataupun
bercorak. Barat telah mempengaruhi dan
mencemari sanubari pemuda-pemudi negara kita
dan seterusnya menyebabkan mereka melakukan
anasir-anasir jahat seperti penculikan, penderaan,
pembunuhan dan sebagainya yang bertentangan
dengan ajaran agama. Rentetan daripada itu, pihak
media massa seyogia menyiarkan rancangan yang
menekankan nilai-nilai moral dan bermanfaat agr
para remaja tidakmembiarkan syaitan bertakhta
dalam jiwa merka dan seterusnya dapat
menghadapi duri dan onak dalam marcapada kini.
Pendek kata, media massa wajar memainkan
peranan mustahak dalam menyemai sikap prihatin
dalam kalangan masyarakat dan seterusnya
menzahirkan masyarakat penyayang seperti yang
termaktub dalam Rancangan Malaysia kita.
“kita tidak mahu negara kita mempunyai prasarana
yang berkelas pertama, tetapi
menteliti rakyatnya masih dalam kelas ketiga.”
Begitulah kata-kata mantan Perdana Menteri
kita. Justeru, kita seyogia bersatu padu dan bertolak
ansur dalam merealisasikan matlamat bumi
bertuah kita kerana bersatu teguh, bercerai roboh.
Hasrat murni ini bukanlah suatu yang
mustahil untuk dicapai kerana di mana ada
kemahuan, di situ pasti ada jalan. Lantaran itu, kita
haruslah sedarkan diri daripadda terus dibuai mimpi
kerana kini bukanlah masa untuk
menunggu. Sebaliknya, kita harus berfikir, mencuba
dan bertindak. Tambahan pulah, para remaja yang
merupakan cerucuk utama pembangunan negara
kita seyogia memperiagaka diri dalam anjakan
paradigma yang mensosialisasikan masyarakat kita
ke era globalisasi agar tidak tenggelam dalam arus
yang bermula daripada riak kecil ke gelombang
besar. Rentetan daripada itu, kita haruslah
mencelikkan mereka yang buta dan mengejutkan
mereka yang sedang tidur. Sesungguhnya,
kerjasama kita sebagai anak tiri bumi bertuah ini
haruslah menjadi saluran penting dalam menjadikan
Wawasan 2020 yang sering kita uar-uarkan bukan
lagi satu imaginasi tetapi satu reali dan seterusnya
menjadikan bumi bertuah kita melantun ke langit
menjadi bintang jatuh ke laut menjadi mutiara.
07
KESIMPULAN
Kesimpulannya, setiap individu perlu menanam sikap
prihatin dalam diri sendiri, selain dapat mewujudkan sikap
toleransi terhadap golongan yang kurang berkemampuan
atau kurang bernasib baik. Sikap prihatin akan menjadi
amalan yang mulia kerana dapat memberi semangat dalam
menyumbang untuk membangunkan masyarakat setempat.
Sikap prihatin merupakan sikap yang terpuji dalam diri.
Kerajaan telah lama membantu golongan memerlukan
dengan pelbagai cara dan ia merupakan usaha kerajaan
dalam memastikan golongan yang kurang bernasib baik ini
tidak rasa seperti disisihkan dalam arus kemajuan negara.
Semangat bantu membantu dalam kalangan masyarakat
sekeliling haruslah disemai dalam diri setiap individu supaya
dapat melahirkan sifat bantu membantu.
Acara dan program yang diadakan seperti “BERSAMAMU”
membuktikan kita adalah sebuah masyarakat yang prihatin
dan bertanggungjawab terhadap orang sekitar. Negara yang
dihuni pelbagai kaum dan kepercayaan dikenali kerana
Malaysia merupakan sebagai sebuah negara yang dihuni
pelbagai kaum dan kepercayaannya yang dikenali kerana
kebolehannya untuk menyediakan keperluan kepada mereka
yang kurang bernasib baik tanpa mengira kaum,
bangsa,agama,warna kulit atau latar belakang. Masyarakat
haruslah mewujudkan sifat ingin membantu masyarakat
tanpa mengira latar belakang dan keturunan. Golongan yang
kurang bernasib baik di luar bandar juaga harus menerima
perhatian daripda masyakarat dan kerajaan supaya tidak
disisihkan. Mereka dapat dibantu dari segi kewangan,
makanan dan pakaian.
Seterusnya, setiap individu perlu memiliki rasa empati
terhadap kesusahan masyarakat. Jika tiada rasa empati dalam
diri, maka semakin melaratlah indeks kemiskinan di Malaysia.
Individu yang tiada rasa empati dalam diri kebanyakkannya
adalah orang yang mementingkan diri sendiri. Sikap selalu
mementingkan diri sendiri dan kerakusan untuk mendapatkan
hak orang lain untuk kepuasan diri semata-mata akan
membahayakan nyawa seseorang individu serta rakyat dan
negara.
Antara usaha yang dapat dilakukan adalah dengan memberi
bantuan dalam bentuk material dan derma wang. Hal ini
sedikit sebanyak mampu menolong dan meringankan beban
nasib keluarga ataupun individu yang dalam kesusahan. Kita
juga haruslah memahami keadaan individu yang dalam
kesusahan dan dengan adanya usaha yang berterusan seperti
ini, ia sedikit sebanyak mampu menjadikan masyarakat yang
kesusahan di negara kita berada dalam keadaan yang lebih
selesa.
Akhir sekali, saya berharap agar segala usaha daripada pihak
bertanggungjawab dan masyarakat sekitar mampu membuka
mata lebih ramai rakyat Malaysia supaya lebih peka dengan
permasalahan semasa seperti yang menimpa waktu ini. Tugas
membantu, mencari dana dan memberikan bantuan bukan
sahaja perlu dipikul oleh seseorang individu ataupun badan
tertentu, tetapi ianya merupakan tanggungjawab kita sebagai
rakyat Malaysia yang prihatin. Bak kata pepatah “Bukit sama
didaki, lurah sama dituruni”.
08OBJEKTIF
SUMBER RUJUKAN
INTERNET
§ http://eykaasazli.blogspot.com/2017/01/pun
ca-punca-berlakunya.html
§ https://www.google.com/search?q=punca+
berlaku+ketidakprihatin+dalam+masyaraka
t&oq=PUNCA+&aqs=chrome.0.69i59j69i57j
69i61l2j69i60.6500j0j8&sourceid=chrome&i
e=UTF
§ https://ms.wikipedia.org/wiki/Kemiskinan
§ https://2017ppkpdm.blogspot.com/2017/02/i
si-isi-dan-pengertian-tentang.html
§ https://dokumen.tips/documents/langkah-
menyemai-sikap-prihatin-dalam-kalangan-
masyarakat.html
09
LAMPIRAN