The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by VAISH, 2021-05-10 03:19:24

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN PROJEK KUMPULAN 2.MUTIARA [TEKNOLOGI PENGLOBALAN]

MPU21032 PROJEK KUMPULAN 2.MUTIARA [TEKNOLOGI PENGLOBALAN]

TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN
KOMUNIKASI [TMK]

PENGGERAK KESEPADUAN
NASIONAL DI MALAYSIA

NAMA PENSYARAH: USTAZAH JARIAH BINTI ABDULLAH
KUMPULAN 2

NAMA: MUTIARA BINTI GUSRIAL
AHLI: KETUA KUMPULAN
NO MATRIK: 06DAT20F2012

NAMA: SHARMINI A/P RAMU
AHLI: AHLI KUMPULAN
NO MATRIK: 06DAT20F2024

NAMA: NURUL SITI AISYAH BINTI
MURAD
AHLI: AHLI KUMPULAN
NO MATRIK: 06DAT20F2050

NAMA: VAISHNAVI A/P SARAVANA
KUMAR
 
AHLI: AHLI KUMPULAN
NO MATRIK: 06DAT20F2027

ISI KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT
Pengenalan 1-2

Evolusi & penglobalan 3
teknologi 4-7
8-9
Impak2 Penglobalan teknologi
dari pelbagai segi

Impak negatif & positif

Sejarah Evolusi TMK % ICT di 10 - 13
Malaysia 14 - 18
19 - 21
Konsep hubungan Manusia
dan Teknologi 22
23
Kepentingan TMK kepada
manusia

Etika & Peradaban dalam
penggunaan TMK

Penyalahgunaan Teknologi

TMK sebagai platform 24
Nasional 25

Peranan TMK

Isu - isu semasa 26 - 33

Rumusan, Rujukan & Penutup 34 - 36

Teknologi ialah suatu sistem bagi
memudahkan manusia memenuhi
keperluannya dari masa ke semasa.
Seterusnya maklumat bermaksud data
maklumat dari satu pihak ke pihak yang lain.
TMK merupakan suatu alat perkongsian
maklumat yang berpotensi untuk
mempertingkatkan kualiti pendidikan, ekonomi,
politik dan juga social sama ada digunakan
secara formal atau tidak formal. Ianya
melangkaui batas umur, etnik, gender sama
ada lelaki atau perempuan, orang kurang
upaya, muda atau tua,bangsa tanpa ada
sempadan masa.

Kemajuan teknologi maklumat dan

komunikasi (TMK) berkembang dengan begitu

cepat. Perkembangan kemajuan TMK ini

sangat memberi kemudahan kepada manusia.

Namun begitu terdapat juga kesan negatif dan

positif kepada pengguna. Hal ini bergantung

kepada pengguna untuk menggunakan TMK

sama ada untuk urusan yang boleh memberi

manfaat atau memberi mudarat. 1
This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-NC.

   

Pembinaan kesepaduan nasional sekali gus 'pera
daban majmuk'
Malaysia sangat dipengaruhi oleh perkembanga
n teknologi semasa, iaitu, Information
Communication Technology
(ICT), terjelma dalam bentuk internet,
Digital Apps, Facebook, Instagram
dan berbagai lagi tapak digital. Ianya telah menul
ar dalam setiap lapisan masyarakat dan generas
i, termasuk di Malaysia. Dari satu segi,
ICT merapatkan jurang komunikasi, namun tiada
satu institusi sejagat yang mengawal perkemban
gan ini, menjadikannya seperti digital
jungle. Serentak ICT boleh jadi kawan dan jadi la
wan, positif dan negatif, membina dan menghanc
urkan. Dengan berleluasnya fake news melalui m
edia sosial  seperti Facebook adalah satu contoh
yang sangat dirisaukan oleh kerajaan dan orang
awam. Kefahaman mengenai etika dalam
penggunaan ICT yang tidak bercanggah dengan
peradaban di Malaysia sangat diperlukan oleh
semua pihak. Kupasan mengenai pros & cons
mengenai ICT, budaya digital dan teknologi.

2

Evolusi dan perubahan teknologi akan terus meningkat 
dan berkembang dari satu masa ke satu masa yang lain. 
M a n u s i a   p e r l u   b e r s i k a p   t e r b u k a   d a n   m e n g i k u t   a r u s 
k e m a j u a n   t e k n o l o g i   s u p a y a   t i d a k   k e t i n g g a l a n .   I l m u 
berkaitan teknologi perlu dititik beratkan dan dikuasai bagi 
meningkatkan kompetensi dan kemahiran bagi mengikut  
arus pengglobalan teknologi. 

     Globalisasi merupakan zaman yang penuh dengan 
cabaran kerana semua maklumat diperolehi dengan cepat 
d a n   t a n p a   a d a   s e k a t a n   g e o g r a f i .   P a d a   h a r i   i n i 
ramai manusia memperkatakan tentang globalisasi dan 
mereka memberi pelbagai tafsiran tentangnya sama 
ada positif mahupun negatif. Oleh itu, manusia perlu 
menggunakan akal yang waras yang berpaksikan ajaran 
agama bagi menilai sesuatu maklumat dan bahan yang 
d i p e r o l e h i   m e l a l u i   t e k n o l o g i .   P a d a   h a k i k a t n y a 
pengglobalan teknologi sangat memberi maanfaat kepada 
manusia bagi memudahkan sesuatu urusan dan pekerjaan, 
c o n t o h n y a   d a l a m   b i d a n g   p e r t a n i a n   d a n   m a k a n a n , 
pembinaan, pengangkutan, teknologi maklumat, kewangan, 
perindustrian, perhotelan, komunikasi dan sebagainya.

3

• Dapat memberi keuntungan yang maksimum dan
meningkatkan produktiviti serta pengeluaran pertanian
mampan.

•Dapat meningkat dan menggalakkan
operasi komersil berskala besar sama ada dalam bentuk
sistem perladangan berkelompok atau estet.

• Dapat keuntungan yang optimum oleh sebab
pengurangan penggunaan tenaga buruh dan penjimatan
kos operasi.

• Meningkatkan pendapatan petani.

IMPAK PENGGLOBALAN TEKNOLOGI
DALAM BIDANG PERTANIAN

4

v Pemaju
boleh melengkapk
an projek dalam
tempoh yang lebih
singkat

v Dapat meningkatk
an produktiviti dan
kualiti
kerja dengan
penggunaan
pembinaan yang
lebih baik
melalui melalui
jentera, peralatan,
bahan dan pra
perancangan proje
k terperinci

v Dapat
menjimatkan masa
pembinaan dan
penghasilan
kualiti kerja yang
baik.

v Menjimatkan kos
dengan
mengurangkan
penggunaan
tenaga buruh.

5

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA-NC.

I. Penggunaan jentera berteknologi dalam
kerja penanaman membolehkan peningkatan
dalam pengeluaran pertanian seperti dalam
tanaman padi, sayur-sayuran, kelapa sawit dan
sebagainya.

II. Industri makanan yang dapat dihasilkan dalam
kuantiti yang banyak pada masa yang singkat.

III. Penggunaan jentera berteknologi dapat
membuka kawasan baru untuk ladang pertanian
dengan mudah dan cepat.

IV.Teknologi dapat membantu membekal sumber
makanan yang mencukupi.

V. Teknologi dalam industri makanan dapat
meningkatkan prestasi ekonomi dan dapat
bertindak sebagai negara pengeluar makanan.

6

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA-NC.

Meningkatkan produktiviti pembuatan.

Meningkatkan sumbangan sektor
pembuatan kepada ekonomi negara.

Menguatkan kapasiti inovasi.

Menambah bilangan pekerja
berkemahiran dalam sektor pembuatan

khususnya dalam bidang teknologi.

7

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA-NC.

 

ü Perhubungan lebih mudah terutamanya jarak
yang jauh.

ü Maklumat dapat dicapai dengan lebih cepat
walaupun jarak yang jauh.

ü Boleh saling kenal mengenali dengan individu
lain sama ada yang kenali atau tidak dengan
menggunakan rangkaian atas talian.

ü Pelbagai kaedah untuk saling berhubung atas
talian melalui pelbagai aplikasi
seperti WhatsApp, Telegram, Facebook,
Instagram dan sebagainya.

ü Boleh menjimatkan masa dan tenaga
untuk berhubung dengan orang lain.

ü Dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara individu atau kumpulan.

8

o Mudah tersebar berita palsu dan fitnah yang
boleh merosakkan hubungan silaturrahim

o Pembaziran masa kerana terlalu lama dalam
laman sosial sehingga lalai dengan
tanggungjawab lain.

o Boleh mendatangkan ketagihan media sosial
sehingga menjejaskan kesihatan mental dan
fizikal.

o Kurang aktiviti sosial secara bersemuka dengan
orang lain.

9

Istilah teknologi maklumat muncul pada sekitar dekad 1970-
an. Pada abad ke-20, banyak industri bertumbuh dengan
pesat dalam membangunkan sektor elektronik,
sektor pengkomputeran, dan juga bidang-bidang teknologi
yang lain. Pada ketika itu, terdapat banyak penyelidikan telah
dilakukan bagi membiayai inovasi serta pembaruandalam
bidang jentera dan pengkomputeran. Komputer komersial
yang pertama ialah UNIVAC I yang direka bentuk oleh J.
Presper Eckert dan John Mauchly untuk Biro Banci Amerika
Syarikat. Pada akhir dekad 1970-an, penciptaan
mikrokomputer dan diikuti oleh penciptaan komputer
peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak itu, empat generasi
komputer telah berkembang, dengan setiap generasi
melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan
yang semakin kecil dan mempunyai pelbagai fungsi. Pada
ketika itu, generasi pertama menggunakan tiub vakum,
manakala generasi-generasi kedua dan ketiga masing-
masing menggunakan transistor dan litar bersepadu.
Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan
sistem – sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala
sangat besar (VLSI).

Di Malaysia, perkembangan teknologi maklumat bermula
pada tahun 1983 apabila jurutera dan ahli akedamik Malaysia
iaitu Dr. Mohamed Awang Lah memulakan idea untuk
menghubungkan Malaysia dengan dunia menerusi Internet di
makmal Universiti

10

Malaya. Beliau telah membuat hubungan internet yang sama
di akhir tahun 1984 ketika beliau ditempatkan diMIMOS.
(Malaysian Institute of Microelectronic System). Penubuhan
MIMOS oleh kerajaan menyediakan peluang kepada warga
Malaysia yang cerdik IT untuk menghasilkan hubungan
internet yang lebik baik.

Pada tahun 1989, Rangkaian Komputer Malaysia
(RangKoM) dengan kemudahan sambungan antarabangsa
telah ditubuhkan oleh Dr. Mohamed Awang –Lah. Universiti-
universiti tempatan merupakan pengguna RangKom pada
peringkat awal. Ianya terus berkembang dengan sokongan
dan perhatian dari pihak swasta. Tumpuan awal penggunaan
RangKoM ialah pada mel dan forum elektronik, walaupun ia
mempunyai keupayaan komunikasi dan perkongsian
sumber. Projek RangKoM bukan sahaja memberi
pengalaman dari segi pembangunan teknologi, malah ia
juga mendedahkan beberapa kelemahan, kekurangan dan
juga potensi penggunaan teknologi rangkaian komunikasi
dan isu-isu pengurusan yang berkaitan dengannya.
Berdasarkan kepada pengalaman ini, program JARING
(Joint Advanced Integrated Networking) telah dirumuskan,
dan ianya dilancarkan pada tahun 1991 yang bertujuan
untuk membangunkan rangkaian komunikasi negara secara
bersepadu dan lebih menyeluruh. Secara praktiknya, segala
kegiatan dan pengalaman projek RangKoM telah diserapkan
ke dalam projek JARING.

11

EVOLUSI ICT DI MALAYSIA

Secara ringkasan daripada teks,
v 1983- Dr. Mohamed Awang- Lah memulakan

idea untuk menghubungkan Malaysia dengan
dunia menerusi Internet di makmal Universiti
Malaya.
v 1989- Rangkaian Komputer Malaysia 
     (RangKoM)
v 1991- JARING (Joint Advanced Integrated
Networking) dilancarkan.

12

EVOLUSI TEKNOLOGI DAN ICT DI
MALAYSIA

Bahagian Pertama, Rukun
Negara, 31 Ogos 1970
(Kemerdekaan ke-13) -
membina masyarakat
progrestif yang akan
menggunakan sains dan
teknologi moden. 

BAHAGIAN PERTAMA 

Menggariskan objektif masyarakat Malaysia yang mahu
dibentuk:-
q Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan

seluruh masyarakat,
q Memelihara satu cara hidup demokratik,
q Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran

negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama,
q Membentuk satu sikap yang liberat terhadap tradisi

kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak, dan
q Membina sebuah masyarakat progresif yang akan

menggunakan sains dan teknologi moden.
13

Manusia telah berinteraksi dengan alat ataupun
teknologi sejak zaman purbakala lagi. Dunia masa kini
menyaksikan perubahan dan perkembangan sumber
teknologi moden. Pelbagai bentuk inovasi dan ciptaan
berteknologi tinggi dihasilkan sehingga memberi
impak kepada kepesatan pembangunaan teknologi
canggih yang membawa dunia ke alat baru.
Kepesatan perkembangan teknologi moden ini telah
memberi kesan yang amat besar dan mengubah
landskap kehidupan manusia sejagat tanpa mengira
peringkat usia. Manusia dengan teknologi tidak boleh
dipisahkan kerana banyak manfaat yang diperolehi
melalui teknologi, termasuk dalam bidang teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK).

14

ü Alat yang mempercepatkan banyak urusan
manusia.

ü Alat yang memudahkan dan meringankan
beban kerja.

ü Alat yang membantu komunikasi lebih efisen.
ü Menghubungkan sesiapa sahaja, walau di

mana sahaja, pada setiap masa

15

    Kegagalan manusia menguruskan dan menggunakan
teknologi menurunkan nilai hubungan mesra sesama
anggota dalam masyarakat mengurang rasa akrab dalam
keluarga, menyababkan rasa sunyi keseorangan serta
bermacam nilai negatif lain. Aktiviti- aktiviti sosial
dalam masyarakat turut berubah dengan hadirnya
teknologi maklumat. Ada kalangan, mereka lebih suka
berada di dalam rumah dan tidak menghadiri program
sosial seperti gotong-royong, ceramah, majlis ilmu dan
sebagainya. Mereka lebih gemar melayari internet untuk
mengikuti ceramah  dan majlis ilmu dan sebagainya.
Secara amnya, semakin banyak masa digunakan bagi
melayari internet di rumah semakin berkurangan masa
yang diluangkan untuk rakan, keluarga dan masyarakat.
Begitulah juga apabila Internet dilayari semasa cuti
hujung minggu sangat berkaitan dengan merosotnya
masa berinteraksi dan bersosial.

16

§ Kerja kepada orang yang tidak menguasai teknologi
baharu.

§ Hidup kerana tuntutan kerja 24 jam, 7 hari seminggu.
§ Seharian kerana dikejar pemiutang (minta bayar hutang

bil – bil, kad kredit, kereta, rumah dan lain- lain.
§ Hidup baharu iaitu buli cyber, hate speech, mangsa

scam

17

Namun begitu, penggunaan teknologi juga boleh
memberi kesan positif dalam komunikasi antara rakan,
ahli keluarga dan masyarakat. Dengan kehadiran
teknologi dapat mengaktifkan perhubungan di
kalangan masyarakat seperti kutipan sumbangan,
kempen-kempen keselamatan dan sebagaiman.
Sayugia,terpulang kepada manusia untuk menggunakan
kemajuan teknologi sedia ada untuk menyeimbangkan
keperluan individu dan sosial. Manusia yang
diberikan akal untuk membuat pertimbangan secara
rasional dan waras bagi menggunakan teknologi sejajar
dengan keperluan jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial.

This Photo by Unknown author is licensed under CC BY-SA-NC.

18

19

20

21

22

o Menyebarkan maklumat yang tidak sahih.

o Berkongsi kenyataan yang menyentuh isu-isu sensitif
politik, agama, kaum dan individu terutama kepada isu
yang boleh mengancam keselamatan negara.

o Melayan komunikasi dengan pihak yang agresif dan kasar,
melihatkan diri dengan aktiviti yang membawa kepada
jenayah sosial dan seksual.

o Mendedahkan maklumat rasmi yang terkandung dalam
dokumen sulit/ dokumen kerajaan kepada pihak umum.

o Melibatkan diri dengan perniagaan bahan-bahan yang
berisiko buruk atau bahaya.

o Memberikan atau berkongsi komen negatif tentang isu-
isu yang melibatkan isu-isu sensitif politik, agama, kaum
dan individu terutama kepada isu yang boleh mengancam
keselamatan negara.

o Membuat sebarang pernyataan yang menyentuh perkara

yang boleh menjejaskan imej dan dasar Kerajaan,

maklumat berbentuk fitnah, hasutan dan lucah atau cuba

memprovokasikan sesuatu isu yang menyalahi peraturan

dan undang-undang atau perkara yang menyentuh

sensitif individu atau kumpulan tertentu yang boleh

menimbulkan suasana yang tidak harmoni. 23

TMK berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat
dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalanagan masyarakat.
Media cetek, media elektronik atau media digital serta media dalam talian
banyak menyumbang dan memberi kesan positif dalam menjaga hubungan
dan perpaduan masyarakat. Hal ini dapat dibuktikan melalui perkembangan
dunia teknologi maya seperti WhatsApp, Instagram, Twitter, Facebook,
Telegram dan sebagainya. Teknologi maya ini telah menjadikan salah satu
keperluan masyarakat pada hari ini. Perkembangan teknologi maya ini dapat
mengeratkan hubungan terutama mereka yang berada di luar negara. Mereka
dapat bertanya khabar melalui jaringan sosial yang cepat, murah dan mudah.

Interaksi sosial memainankan peranan yang penting dalam sesebuah
organisasi. Kepentingan interaksi adalah sebagai penyalur dan perkongsian
maklumat antara manusia yang menjadi wadah kepada proses sosialisasi.
Namun kesan penggunaan TMK yang tidak terkawal akan memberi impak
negative terhadap komunikasi dan hubungan sosial serta menghalang
kecergasan interpersonal, iaitu hubungan manusia dan menyebabkan
kurangnya komunikasi dengan orang sekeliling.Sebagai contoh, remaja masa
kini telah kurang berkomunikasi dengan ibu bapa dan orang yang lebih
dewasa kerana keasyikan mereka melayari internet dan bermain gajet. Mereka
lebih suka interasksi dengan ibu bapa mereka melalui medium teknologi
moden. Hal ini amat bertentangan dengan nilai-nilai kekeluargaan dalam
masyarakat kerana interaktiviti teknologi sama sekali tidak boleh
menggantikan interaksi sesame manusia

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

TMK berperanan penting dalam usaha mewujudkan hubungan 

baikdi kalangan masyarakat dan salam satu wadah ajen sosial 

kepada masyarakat. Teknologi Maklumat dan komunikasi amat 

penting dalam pendidikan yang semakin maju pada masa kini, di 

mana pelajar lebih berminat untuk melihat benda-benda yang 

bolehbergerak dan berwarna-warni. Tidak dapat dinafikan lagi 

sudah menjadi lumrah kehidupanmanusia tertarik pada benda-

benda yang menarik. Disamping itu, melalui Teknologi Maklumat 

maklumat yang disampaikan lebih jelasdan mudah difahami oleh 

pelajar kerana lebih jelas dan tidak mengelirukan pelajar tentang 

isipelajaran. Selain itu, Teknologi Maklumat juga membenarkan 

keadaan pembelajaran yanglebih aktif, dimana pembelajaran 

berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkanpelajar 

membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai 

dengan gaya dankeperluan kognitif mereka.Tidak dapat dinafikan 

lagi Teknologi Maklumat amat penting untuk 

mengintegrasikanpendidikan yang lebih menarik minat murid dan 

pengetahuan mereka terhadap pembelajaranpada masa kini yang 

semakin maju bersesuaian dengan peredaran zaman 34

RUJUKAN • BUKU PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN

• https://www.coursehero.co
m/file/pahurh/6-Rumusan-
Teknologi-Maklumat-dan-
komunikasi-amat-penting-
dalam-pendidikan-yang/

• http://ppd.cidos.edu.my/

• https://my.linkedin.com/in/
dr-mohamed-awang-lah-
7577a753

35

36


Click to View FlipBook Version