The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by AMIR BIN HAMZAH, 2021-03-18 10:53:42

TERMA DAN SYARAT VIRTUAL RUN SMKSM 2021

TERMA DAN SYARAT virtual run SMKSM 2021

TERMA DAN SYARAT
VIRTUAL RUN CHALLENGE PERINGKAT NEGERI TERENGGANU (VRCPNT)

TAHUN 2021 5KM

1.0 PENDAFTARAN PESERTA

1.1 VRCPNT TAHUN 2021 terbuka kepada semua khususnya murid sekolah menengah

di seluruh negeri Terengganu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri

Terengganu. Larian ini dibahagikan kepada 4 kategori seperti berikut:

a) Kategori Lelaki 15 - 2 orang

b) Kategori Perempuan 15 - 2 orang

c) Kategori Lelaki 18 - 2 orang

d) Kategori Perempuan 18 - 2 orang

2.2 Pendaftaran bermula pada 14 Mac 2021 hingga 10 April 2021.

2.0 TUNTUTAN DAN KESELAMATAN

2.1 Dengan bersetuju kepada syarat-syarat ini, maka peserta bersetuju untuk tidak
melibatkan pihak pengurusan, pengelola acara atau pihak sekolah daripada semua
tuntutan berkaitan dengan penyertaan. Peserta mengaku dan paham bahawa pihak
pengurusan, pengelola dan pengajur acara serta pihak sekolah tidak
bertanggungjawab kepada semua liabiliti terhadap kecederaan atau kerosakan harta
benda berkaitan dengan penyertaan acara ini.

2.2 Peserta faham bahawa ini adalah larian maya (Virtual Run). Maka pihak penganjur
atau pihak sekolah tidak akan menyediakan pemantauan secara terus semasa larian
yang dilakukan oleh peserta. Pihak penganjur atau pihak sekolah juga tidak akan
menyediakan sukarelawan atau paramedik kepada mana-mana peserta yang terlibat.
Peserta bersetuju bahawa penyertaan kepada acara ini adalah atas risiko sendiri dan
keluarga peserta.

3.0 SOP SEMASA LARIAN

Sukan tidak melibatkan sentuhan seperti larian dibenarkan tetapi peserta perlu mematuhi
SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti mengadakan PENJARAKAN FIZIKAL
serta tiada sentuhan badan berlaku ketika larian dijalankan.

4.0 PILIHAN APLIKASI DAN PENGHANTARAN REKOD LARIAN
Keputusan yang dihantar boleh berupa keputusan daripada apps larian seperti Nike+.
Runtastic, Garmin, Mapmyrun, Google Fit, Runkeeper dan sebagainya (berupaya merekodkan
jarak dan masa larian) keputusan boleh berupa screenshot. Gambar larian peserta juga perlu
hantar kepada pihak penganjur bersama keputusan larian.

5.0 KEPUTUSAN PENGANJUR
Keputusan pihak penganjur atau pihak sekolah adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak
akan dilayan. Pertanyaan boleh diajukan melalui group Larian Maya (Virtual Run) mengikut
tingkatan yang telah ditetapkan.

-TERIMA KASIH-


Click to View FlipBook Version