The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKS PENGACARA SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Yunus Rajuli, 2022-03-18 12:45:00

TEKS PENGACARA MUS

TEKS PENGACARA SEKOLAH AGAMA TAMAN KOTA

SKRIP PENGACARAAN MUS
PENGUMUMAN KETIBAAN

MAKLUMAN KEPADA HADIRIN

Ibu bapa para pelajar dan para hadirin dipersilakan memenuhkan barisan
hadapan dewan kerana majlis akan bermula sebentar lagi
KATA SALUTASI

Bismillahirahmanirahim,

Yang Dihormati,
_______________________________________, Pengerusi Badan
Kebajikan Sekolah Agama Taman Kota
Yang berusaha,
Al Fadhil Ustaz ______________________________________________,
Guru Besar Sekolah Agama Taman Kota
Puan _______________________________________________
Guru Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Agama Taman Kota
Puan_________________________________________________
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Agama Taman Kota

Barisan Guru-guru,
ibu bapa penjaga, para pelajar baharu tahun satu
seterusnya hadirin dan hadirat yang dimuliakan.
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG
Hadirin dan hadirat yang dihormati,
Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini.
Dalam suasana ceria penuh harmoni, dari Dewan ___________________,
majlis berbesar hati mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan puan

1

dan pelajar baharu tahun satu ke majlis
___________________________pada hari ini.

NYAYIAN ASMAULU HUSNA, BANGSA JOHOR, NEGARAKU
Hadirin Sekalian,
Marilah kita semua berdiri, bagi menyanyikan nasyid asmaulhusna, lagu
bangsa johor seterusnya nyayian negaraku.

(Nasyid)
Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin. Hadirin dipersilakan duduk.

BACAAN DOA

Sebagai pembuka atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Al-
Fadhil Ustaz ________________________ untuk memimpin bacaan doa
sebagai permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

(Bacaan doa)
Semoga doa pimpinan Ustaz_________________ tadi diberkati Allah
hendaknya. Majlis mengucapkan terima kasih.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin yang dirahmati,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
________________________________ , Guru Besar Sekolah Agama
Taman Kota untuk menyampaikan ucapannya. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan yang penuh
bermakna sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

2

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
________________________________ , Guru Penolong Kanan
Pentadbiran Sekolah Agama Taman Kota untuk menyampaikan taklimatnya
. Majlis mempersilakan.

(Taklimat)
Majlis mengucapkan terima kasih Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Sekolah Agama Taman Kota atas taklimat sebentar tadi.

Hadirin yang kasihi sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan
________________________________ , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid Sekolah Agama Taman Kota
untuk menyampaikan taklimatnya . Majlis mempersilakan.

(Taklimat)
Majlis mengucapkan terima kasih Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sekolah Agama Taman Kota atas taklimat sebentar tadi.

LAFAZ PENYERAHAN ANAK
Hadirin yang dikasihi,

Majlis diteruskan lagi dengan atucara lafaz penyerahan anak daripada wakil
ibu bapa penjaga para pelajar baharu tahun satu . Para ibu bapa penjaga
diminta berdiri untuk melafazkan ikrar penyerahan anak kepada pihak
sekolah
Dipersilakan_____________________________ untuk mengetuai laungan
lafaz ikrar.

( Lafaz ikrar )
Terima kasih diucapkan kepada _______________________ juga para ibu
bapa penjaga atas lafaz ikrar yang dilaungkan. Mudah-mudahan anak-anak
pelajar kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. amin
LAFAZ PENERIMAAN ANAK
Hadirin Sekalian

Majlis diteruskan dengan lafaz penerimaan anak daripada pihak sekolah.

3

Dipersilakan_____________________________ untuk mengetuai laungan
lafaz ikrar.

( Lafaz ikrar )
Terima kasih diucapkan kepada _______________________ dan para
guru Sekolah Agama Taman Kota. Semoga dengan laungan ikrar tersebut
menjadi panduan kepada kami dalam mendidik para pelajar untuk menjadi
insan yang seimbang dan berketerampilan
PENUTUP
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini
Bunga dedap di atas para,
Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta
Dengan ini saya (sebut nama)
Memohon maaf jika ada kesalahan dan kehilafan sepanjang saya
mengacarakan majlis
Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.
Makluman kepada semua ibubapa penjaga. Ibubapa dibenarkan balik. Para
pelajar baharu tahun akan berada disekolah sehingga pukul
____________.
Para pelajar akan meneruskan aktiviti bersama guru-guru.

Shafinah binti sungngachee

4


Click to View FlipBook Version