MPU 3183 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN SESI II 2022/2023 ACUAN DAN IKATAN KEKELUARGAAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK NAMA PELAJAR NO MATRIKS MAS SYUHADA BINTI MOHD ZAILANI 22BI02025 HANISAH BINTI AZAIF 22BI02031 TUAN NURBATRISHA BINTI TUAN ROHISHAM 22BI02032 HUSNA BINTI MAZLAN 22BI02033 NAMA PENSYARAH CIK AYU NOR AZILAH BINTI MOHAMAD
PENDAHULUAN Istilah keluarga memberi makna yang berbeza kepada orang yang berbeza disamping boleh berubah mengikut pola kehidupan sesebuah masyarakat. Keluarga ialah satu kumpulan manusia yang dihubungkan melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan dimana para anggotanya tinggal dalam suatu tempat dibawah suatu rumah dalam keadaan saling bergantungan. Di malaysia, terdapat keluarga daripada pelbagai kaum seperti melayu, cina, india, kadazan, iban dan sebagainya. Ini menunjukkan masing-masing mempunyai pelbagai budaya, dan agama. Setiap keluarga mempunyai nilai dan maruah yang dipertahankan melalui peranan yang diharapkan daripada ahli-ahli keluarga. Perpaduan berkeluarga dicapai melalui hubungan baik antara semua ahli keluarga. Hubungan ini merangkumi nilai kasih sayang, sifat hormat-menghormati dan bertanggungjawab. Oleh itu, institusi keluarga adalah institusi yang terpenting dalam proses pembentukan individu yang sihat rohani dan jasmaninya, lagi berilmu dan bermoral.
Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India. Oleh itu, semangat perpaduan adalah sangat mustahak. Walaubagaimanapun institusi kekeluargaan adalah asas kepada pembentukan masyarakat yang bermoral. Keamanan, keadilah, kesefahaman, sikap toleransi, kasih sayang dan kesejahteraan yang wujud dalam sesebuah keluarga adalah factor utama dalam mewujudkan keluarga yang harmoni, bahagia, dan cemerlang. Acuan kekeluargaan dalam masyarakat melayu sebenarnya jelas menerangkan agama islam tidak boleh dikeluarkan daripada identiti melayu. Dalam masyarakat melayu juga terdapat banyak adab-adab yang diturunkan oleh nenek moyang terdahulu sehinggalah diguna pakai pada masa kini. Antara adab atau tradisi masyarakat melayu yang masih diamalkan ialah memberi salam. Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat melayu untuk memberi salam ketika bertemu dengan sesiapa sahaja. Tujuan memberi salam ialah bagi mengeratkan silaturahim saudara sesama Islam dan ia juga menunjukan manusia itu tidak boleh hidup bersendirian.
Majoriti masyarakat melayu itu beragama Islam dan agama Islam itu sendiri sangat menitikberatkan ikatan dan hubungan kekeluargaan yang baik dan harmoni. Dan antara salah satu cara merapatkan jurang kekeluargaan itu dengan cara solat berjemaah. Ini juga sudah menjadi rutin kebanyakan keluarga untuk melakukan solat berjemaah sebagaimana yang diperintahkan dalam Agama dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan menjadi kunci serta asbab kebahagaian sesebuah keluarga. Setiap masyarakat pasti mempunyai cara panggilan dan menyapa untuk berinteraksi dengan individu lain. Cara tersebut diklasifikasikan sebagai ‘sistem panggilan’. Dalam konteks keluarga pula, bagi masyarakat Malaysia khususnya melayu, panggilan dalam keluarga telah wujud sekian lama. Bisanya sistem panggilan dalam sesebuah keluarga akan ditentukan dan dimulakan oleh ibu bapa. Sistem ini bertujuan untuk membezakan setiap individu. Secara tidak langsung memupuk perasan hormat di kalangan individu yang berlainan usia. Berikutan itu, amalan memanggil dengan panggilan khusus mampu memelihara keharmonian dalam sesebuah keluarga. Masyarakat melayu meletakkan bahasa sebagai satu kepercayaan yang membentuk pemikiran secara langsung menggambarkan nilai dan realiti budaya sesebuah masyarakat.
Budaya ziarah menziarahi dan mengadakan rumah terbuka sangat sinomin dengan masyarakat melayu yang sering dijadikan aktiviti wajib dalam kehidupan sehari-hari. Ianya dapat dilihat dalam sambutan hari perayaan dan juga dalam majlis keramaian. Amalan ini mempunyai banyak hikmah dan kelebihan. Amalan atau budaya ini membolehkan yang jauh menjadi dekat yang renggang menjadi rapat yang bersengketa menjadi damai dan sebagainya. Maka terbentuklah satu ikatan kasih sayang yang dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan juga dapat saling bermuafakat dan faham-memahami sesama kita. Antara cara yang boleh dilakukan bagi masyrakat melayu dalam melestarikan sesebuah keluarga yang terdidik acuanya ialah dengan berkumpul dan makan Bersama-sama. hal ini dikatakan demikian kerana dari sini lah institusi keluarga dapat berkerja dalam berkongsi buah fikiran, saling bertukar pendapat dan menigkatkan tahap komunikasi dengan baik.
ACUAN DAN IKATAN KEKELUARGAAN DALAM MASYARAKAT INDIA
Bagi masyarakat India pula, acuan dan ikatan kekeluargaan adalah salah satu unit yang paling asas dan paling penting dalam kehidupan mereka. Apa yang penting dalam masyarakat India adalah, konsep yang dapat membentuk keperibadian dan jati diri masyarakatnya agar bertindak mengikut ajaran-ajaran yang diberikan dan diajari oleh ajaran agama mereka. Keluarga bersama akan dibentuk oleh semua anggota lelaki yang seketurunan, isteri serta anak-anak yang belum berkahwin. Sekiranya anak perempuan mereka berkahwin, maka, anak perempuan tersebut akan menjadi ahli anggota dalam keluarga suaminya. Tujuan membentuk satu keluarga dalam alam perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan pada masa akan datang dan seterusnya. Apa yang dititikberatkan oleh masyarakat India adalah, perpaduan di antara ahli keluarga yang akan dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dijaga dan diturunkan kepada generasi muda pada masa akan datang. Sistem keluarga dipelihara oleh dua aspek utama iaitu " ashrama dharma " , iaitu tahap yang harus dilalui oleh masyarakatnya dan " purusartha " iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap manusia. Terdapat empat objektif mulia yang dapat membentuk jati diri dalam masyarakat India.
Yang pertama ialah, Aramldharma. Yang mana ia dapat diperoleh melalui pendidikan yang bersifat kerohanian. Perkara ini sangat mementingkan moral dan etika yang merupakan objektif utama dalam kehidupan masyarakat mereka. Yang kedua ialah, Porullatha iaitu kekayaan. Individu yang berkelayakan dan mempunyai daya tenaga yang kuat, mereka hendaklah bekerja untuk mencari dan mengumpul kekayaan mereka sendiri dengan melalui cara yang halal. Yang ketiga pula, Inbamkalma. Bermaksud orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal, mereka hendaklah menikmati dan memanfaatkan kekayaan tersebut dengan berlandaskan moral dan etika. Bagi mereka tujuan mencari rezeki yang halal ialah untuk memberi makan dan pakaian ahli keluarga mereka dengan cara yang betul. Yang terakhir, Vidulmoksha. Perkataan itu membawa maksud pencapaian yang membebaskan kerohanian, di mana golongan tua yang menunggu saat kematian mereka supaya mereka dapat mengawal nafsu dan keinginan terutama kepada perkara-perkara duniawi.
Mereka juga melakukan kerja-kerja amal disamping menyebarkan ajaran-ajaran agama. Secara ringkasnya, agama hindu menitikberatkan kehidupan mereka yang lebih baik dari hidup mereka yang sebelumya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan dan sifat yang buruk terhadap makhluk-makhluk yang lain sama ada manusia mahupun haiwan. Bagi mereka sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mereka dapat mengamalkan nilai-nilai tersebut, maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran mereka pada masa akan datang sehingga mereka dapat mencapai " Moksha " iaitu mereka akan bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya mereka tidak dapat mengamalkan nilai-nilai tersebut, maka mereka akan dilahirkan dengan darjat yang rendah. Proses ini berterusan sehinggalah individu itu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan amal kebaikan. Kepercayaan inilah yang membentuk keperibadian masyarakat india dari segi etika dan moral yang mantap agar kehidupan mereka menjurus ke arah yang lebih baik pada masa akan datang. Ianya dapat menghindarkan masyarakat tersebut daripada melakukan perkara-perkara yang menyalahi peraturan dan garis panduan dalam kepercayaan agama mereka.
ACUAN DAN IKATAN KEKELUARGAAN DALAM MASYARAKAT CINA
Dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia, suatu perkara yang mendasari kehidupan ialah keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran. Semua ini hanya terhasil dengan Kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Justeru, sejarah Malaysia merakamkan kepentingan yang tinggi terhadap soal perpaduan dalam pembinaan sebuah negara bangsa. Hakikatnya, setiap bangsa mempunyai pendekatan tersendiri untuk menyuburkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Namun, dalam masyarakat cina yang cukup menarik perhatian ialah nilai budaya wu lun atau dikenali juga sebagai lima hubungan. Nilai ini berakar umbi daripada tradisi Konfusianisme. Bagi masyarakat Tiong Hua, konsep ini diberikan penekanan kerana ia dianggap sebagai ‘tali’ yang mengikat masyarakat supaya keamanan dan perpaduan dapat diamalkan secara beretika.
Sistem hubungan kekeluargaan dalam masyarakat cina terbahagi kepada 5 aspek yang merupakan Konsep wu lun (5 hubungan) 1)Hubungan ibu bapa dan anak Hubungan ibu bapa dan anak yang juga dikenali sebagai Prinsip filial piety konsep ini merupakan antara konsep yang digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat cina tradisional. Konsep filial piety ini sebenarnya bersandarkan kepada konsep xiao yang boleh didapati dalam ajaran konfucianisme yang berkembang luas di china dan menjadi satu pegangan dalam kalangan masyarakat china tradisional. Antara ciri penting yang ditekankan ialah penghormatan kepada ibu bapa terutamanya ayah yang menjadi ahli keluarga. Antara tugas yang perlu dilakukan seorang anak ialah menghormati ibu bapa, memberi perkhidmatan kepada mereka, menjaga mereka dan lain-lain.
2)Hubungan antara pemerintah dengan rakyat Hubungan antara pemerintah dengan rakyat sebagai tonggak keamanan, kestabilan, dan kesejahteraan negara. Ia menuntut kepemimpinan negara berintegriti, adil, jujur, dan berwibawa. Ini kerana pemerintah dianggap sebagai bapa, manakala rakyat sebagai anak. Maka, personaliti pemerintah yang baik dapat diteladani rakyatnya. Secara tidak langsung, ia melahirkan rakyat berbudi pekerti mulia, bersahsiah tinggi dan berbudaya maju. Dalam konteks Malaysia, keperibadian yang dipertuan agong dan perdana Menteri menggambarkan kepemimpinan yang jujur, prihatin serta berwibawa terutamanya pada waktu genting ketika menangani penularan COVID-19. Kepimpinan berintegriti ini mempamerkan keperibadian terpuji yang menawan hati rakyat. Di samping itu, keprihatinan kepimpinan negara ditandai pelbagai insiatif untuk mengurangkan masalah ekonomi dihadapi rakyat. Keterujaan rakyat terhadap kepemimpinan negara tergambar dengan konsep ‘Raja dan rakyat berpisah tiada’. Kepemimpinan melalui teladan dicontohi pendakwah, selebriti serta orang awam yang secara berterusan menyalurkan sumbangan untuk kebajikan golongan B40, gelandangan dan pekerja yang hilang sumber pendapatan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
3)Hubungan antara suami dan isteri. Konsep wu lun menyatakan suami perlu mempunyai tanggungjawab besar terhadap isteri dalam menyediakan keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan kewangan.isteri pula mempunyai tanggungjawab besar di rumah dan perlu menurut kata serta menghormati suaminya. Kedua-duanya mestilah saling menyayangi, hormatmenghormati dan saling melengkapi agar memelihara keharmonian rumah tangga. Ini penting untung melahirkan warganegara yang baik buat bangsa dan negara kerana keperibadian yang baik bertitik tolak sosialisi di rumah. Jika suami isteri mampu menjaga keharmonian rumah tangga, berkuranglah gejala social domestic seperti penderaan fizikal, keganasan rumah tangga dan gangguan emosi yang dapat menggugat kesejahteraan keluarga.
4)Hubungan antara adik-beradik. Hubungan antara adik-beradik ini mengutamakan sikap sopan santun, bermuafakat dan saling tolong -menolong antara adik-beradik amatlah dituntut oleh masyarakat cina. Adik-beradik perlu prihatin terhadap satu sama lain supaya keharmonian keluarga dapat dipelihara. Sikap dengki dan permusuhan mesti dielakkan agar dapat hidup Bersatu padu dan bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang timbul. Bak kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitulah juga kepentingan menjaga hubungan adik beradik agar keharmonian keluarga dapat dipelihara dan dikekalkan.
Type equation here. 5)Menjaga hubungan antara kawan Menjaga hubungan antara kawan seperti mana menjaga hubungan antara adik beradik. Hubungan antara kawan juga sepatutnya berlandaskan sikap hormat- menghormati, saling bekerjasama dan tolong-menolong. Masyarakat cina secara umumnya terkenal dengan sikap setia kawan dan amat menjaga kebajikan kawannya, terutama jika mengalami kesusahan. Mereka mempunyai konsep ‘kongsi’ sebagai suatu wadah untuk saling membantu.
AMALGAMASI
Amalagamasi satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur dan mewujudkan budaya dan ras yang baru.Ia biasanya berlaku melalui perkahwinan campur antara etnik.Perkahwinan campur dalam Islam adalah dua pihak yang berlainan latar belakang,bangsa dan agama serta kewarganegaraan. Menurut sejarah, istilah ini pertama kali digunakan di abad ke-20(1967) di Amerika Syarikat dan setelah itu tersebar luas penggunaan istilah ini ditempat lain. Hal ini kerana,di Amerika terdapat perbezaan dua suku iaitu kulit putih dan kulit gelap.Sehingga 1967, perkahwinan antara ras dilarang di banyak negara bahagian Amerika Syarikat melalui undang-undang anti perkawinan antara suku atau bangsa.
KEBAIKAN Pertama,dapat menyebarkan agama Islamsupaya islam terus berkembang.Kedua dapat melahirkan genetik baik atau generasi yang unik dan berpenampilan menarik,ia juga mengaitkan perkahwinan campur ini mampu menghasilkan anak yang tinggi IQ.Ketiga,dapat bertukar pengalaman daripada segi kebudayaan seperti mempelajari adat istiadat bangsa bagi kedua-dua belah pihak. KELEMAHAN Pertama,mucul konflik kerana adanya perbezaan budaya dan berbeza pendapat atau memandang rendah akan budaya pasangan.Kedua,pasangan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.Ketiga,pasangan melepaskan tanggungjawab dalam membimbing dan mendidik suami atau isteri tentang ajaran islam.
CARA MENGATASI Pertama perlu ada komunikasi dan perbincangan dalam keluarga dengan mencari masa yang sesuai.Kedua menerapkan nilai-nilai murni dalam diri ahli keluarga daripada ibu bapa sehingga anak-anak.Bak kata pepatah melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Ketiga,wujudkan budaya`Rumah Taman Syurga’ iaitu dengan mengamalkan ajaran Islam.
KESIMPULAN Kesimpulannya, semua perkara yang dibincangkan ini amatlah relevan dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Sikap positif ini mampu mengukuhkan kesepaduan sosial, perpaduan nasional dan integrasi nasional dalam kalangan rakyat Malaysia. Nilai murni terkandung dalam wu lun perlu dipraktikkan masyarakat Malaysia supaya dapat menghindari sikap perkauman, prejudis dan seumpamanya. Masyarakat Malaysia digalakkan mempromosi gagasan unity in diversity (penyatuan dalam kepelbagaian) bagi mengukuh dan mengekalkan keharmonian dalam kehidupan. Jelasnya, kepelbagaian budaya masyarat Malaysia mampu membentuk bangsa Malaysia yang harmoni, makmor dan Bersatu-padu. Kepimpinan berintegriti ini mempamerkan keperibadian terpuji yang menwan hati rakyat. Di samping itu, keprihatinan kepemimpinan negara ditandai pelbagai insiatif untuk mengurangkan masalah ekonomi dihadapi rakyat.
RUJUKAN 1. https://kamus.tokopedia.com/a/amalgamasi/ 2. http://psivikdankewarganegaraan- davidzx.blogspot.com/2012/05/masyarakat-india-kebanyakannya- beragama.html?m=1 3. http://khookaykeat.blogspot.com/2009/09/langkah-langkah-untuk- memupuk-semangat.html?m=1 4. https://www.pressreader.com/malaysia/berita-harian- malaysia/20201003/281715502069103