KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
PERJUMPAAN KALI KE-4, 20 JULAI 2022
TENTATIF:
1. NYANYIAN LAGU KADET BOMBA
DAN PENYELAMAT
2. KEHADIRAN
3. AKTIVITI
LAGU KADET BOMBA
MENGENALI ORGANISASI JABATAN
BOMBA DAN PENYELAMAT
OBJEKTIF:
1. MENGENALI ORGANISASI JABATAN BOMBA
DAN PENYELAMAT MALAYSIA (JBPM)
2. MENGENALI KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
SEKOLAH
3. MENGENALI PERBEZAAN JABATAN BOMBA DAN
PENYELAMAT (JBPM) VS ANGKATAN
PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Dibentuk 1883; 139 tahun yang lalu
Di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Ibu pejabat Ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia, Putrajaya
Moto
www.bomba.gov.my
"Sedia Menyelamat", "Cepat Dan Mesra"
Perkataan Bomba berasal dari Bahasa Portuguese iaitu Bombeiros bermaksud pasukan pemadam.
Misi:
"Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan berprestasi
tinggi."
Visi:
"Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi
menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat
Objektif Jabatan Bomba dan Penyelamat
(JBPM)
I.
Memberi khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan
yang cekap dan berkesan.
II.
Dari segi kualiti Jabatan bertekad untuk lebih cemerlang melalui inovasi dan kualiti M.S ISO 9001-2015.
Fungsi Jabatan Bomba dan Penyelamat
(JBPM)
Untuk memenuhi objektif tersebut antara fungsi-fungsi yang dijalankan oleh jabatan mengikut peruntukkan
dibawah seksyen 5(1) & (2) di dalam akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) seperti berikut :
• Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran.
• Melindungi nyawa dan harta sekiranya berlaku kebakaran.
• Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelengaraan dan pengawalseliaan yang
sempurna.
• Menjalankan penyiasatan tentang sebab, punca dan hal kebakaran.
• Melaksanakan khidmat kemanusiaan termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa
berlakunya apa-apa bencana.
MOTO KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
SEKOLAH
LOGO
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT SEKOLAH
Bulan Bintang
Melambangkan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan
ke dalam Kadet Bomba dan Penyelamat.
Dua rumpun padi
Kerjasama antara pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat
dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Helmet
Memberikan perlindungan dan keselamatan kepada ahli
Kapak
Salah satu alat (perkakas ) yang dapat menggandingkan antara ilmu
akademik dengan kebombaan. Semangat juang dalam mencegah
kebakaran dan mengutamakan keselamatan nyawa dan harta benda.
Warna
Kuning emas—Lambang taat dan setia kepada Raja dan Negara
BENDERA
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT SEKOLAH
Bendera Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia (6” X 3”)
terbentuk daripada segi empat tepat berwarna merah (warna
merah bendera bomba) tertera logo Kadet Bomba di tengah-
tengah segi empat.
Warna merah melambangkan keberanian dan semangat jati
diri yang tinggi di kalangan ahli Kadet Bomba.
Logo berwarna kuning emas (2.8” X 2”) melambangkan taat
setia kepada raja dan negara serta mempunyai pasukan
Kadet Bomba yang mempunyai kualiti terbaik
JBPM VS APM
APM atau lebih kenali sebagai Angkatan Pertahanan Awam
Malaysia ialah agensi pertahanan awam di Malaysia yang
terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri.
Dahulu dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian
dikenali sebagai JPAM (terkini APM)
Pada tahun 1958 Pertahanan Awam telah menjadi sebagai
salah satu unsur tetap Sistem Pertahanan Negara.
Dalam tahun 1979, Ordinan Pertahanan Awam (1951) telah
dipinda dengan menambah tanggungjawab memberi Khidmat
Bantuan Bencana semasa aman sehinggalah ke hari ini.
Fungsi Pertahanan Awam
1. Melatih dan melengkapkan rakyat dengan ilmu pertahanan awam ke arah
kesiapsiagaan menghadapi ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
2. Melaksanakan tugas menyelamat, perlindungan dan khidmat kemanusiaan dari
sebarang ancaman musuh, bencana dan kecemasan.
3. Menggubal dan menyusun modul-modul latihan yang terkini dan komprehensif
bagi Angkatan Pertahanan Awam.
4. Menubuh dan mentadbir urus Angkatan Pertahanan Awam melalui
perkhidmatan dan logistik yang relevan dan terkini.
Fungsi Pertahanan Awam
5. Mengenalpasti dan mengkaji ancaman serta mengawal risiko yang boleh
memberi impak terhadap keselamatan rakyat dan negara.
6. Menyediakan perkhidmatan kecemasan dan khidmat bantuan kemanusiaan di
seluruh negara.
7. Menilai dan menyebar maklumat, khidmat nasihat serta amaran kepada orang
awam berkaitan sebarang ancaman musuh, kecemasan dan bencana.
8. Melaksana dan menambahbaik dasar-dasar pertahanan awam berpandukan
punca kuasa yang ditetapkan.
9. Merekuisisi aset dan fasiliti bagi tujuan pertahanan awam.
Tujuan Penubuhan Kadet Bomba
& Penyelamat Sekolah
1. Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan
langkah-langkah pencegahan.
2. Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan
kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
3. Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk
semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta
benda and masyarakat.
Tujuan Penubuhan Kadet Bomba
& Penyelamat Sekolah
4. Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli
dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
5. Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya
kebakaran.
6. Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota
Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya.
SOALAN
KUIZ
1. BILAKAH JABATAN
BOMBA & PENYELAMAT
DIBENTUK?
2. APAKAH MOTO JABATAN
BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA DAN MOTO KADET
BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA?
3. BERIKAN MAKSUD LOGO KADET
BOMBA DI ATAS.
4. APAKAH CIRI-CIRI BENDERA KADET
BOMBA DI ATAS.
5. NYATAKAN TUJUAN PENUBUHAN
KADET BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA.