The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dokumen ini boleh diguna pakai oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai panduan apabila memberikan kenyataan di media atau media sosial.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by affanridzuan, 2021-07-16 02:47:38

GARIS PANDUAN MEDIA & MEDIA SOSIAL PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dokumen ini boleh diguna pakai oleh Pegawai Psikologi (Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai panduan apabila memberikan kenyataan di media atau media sosial.

GARIS PANDUAN MEDIA &
MEDIA SOSIAL

PEGAWAI PSIKOLOGI (KAUNSELING)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

JAWATANKUASA TEKNIKAL PEGAWAI PSIKOLOGI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kandungan

01

TUJUAN GARIS PANDUAN m/s 1

02

PERKARA DIBENARKAN DAN DILARANG

m/s 5 & 7

03

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PSIKOLOGI

m/s 8

04

PENUTUP m/s 8

05

LAMPIRAN SURAT LARANGAN MEMBUAT
PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI
AWAM DI KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA

m/s 9

KEGUNAAN DOKUMEN INI:

Dokumen ini boleh diguna pakai oleh Pegawai Psikologi
(Kaunseling) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
sebagai panduan apabila memberikan kenyataan di media
atau media sosial.

DEFINISI MEDIA

Media (atau media penyiaran) merupakan cara
komunikasi yang membolehkan maklumat disebarkan
kepada masyarakat, melalui radio, televisyen, surat
khabar, majalah, filem, dan juga internet.

DEFINISI MEDIA SOSIAL

Media sosial adalah sejenis media yang digunakan
dengan membolehkan para pengguna dengan mudah
untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta isi
kandungan tersendiri. Contoh media sosial adalah
facebook, twitter, youtube, instagram, tik tok dan lain-
lain.
Media sosial juga digunakan secara meluas sebagai satu
corak perhubungan antara pegawai dengan ketua
jabatan, kakitangan, rakan-rakan serta komuniti dalam
dan luar negara.

1

PENDAHULUAN

Kepesatan penyampaian maklumat pada masa kini telah
mencetuskan suatu fenomena di mana masyarakat ingin
mendapatkan maklumat dengan lebih cepat dan tepat.
Pada masa ini, media dan media sosial dilihat sebagai
medium utama untuk mendapat maklumat dengan lebih
cepat.

Ledakan internet dan media sosial banyak mengubah
landskap komunikasi dan penyampaian maklumat agensi
sektor awam. Situasi masa kini juga telah memberikan
peranan baru kepada Pegawai Psikologi yang mana, amat
diperlukan oleh media untuk tampil memberikan
informasi secara langsung di media massa, media
elektronik dan media sosial.

Sehubungan dengan itu, satu garis panduan dikeluarkan di
peringkat profesion agar kandungan, maklumat dan kaedah
penyampaian yang dilakukan oleh Pegawai Psikologi
mencapai objektif dan tidak tersasar daripada peraturan
sedia ada.

2

TUJUAN
Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan tatacara,
peraturan dan kawalan kandungan media sosial yang perlu
dipatuhi oleh Pegawai Psikologi KKM supaya:

Penyebaran dan perkongsian maklumat adalah
terkawal
Maklumat yang dikongsikan tidak menjejaskan
kepentingan perkhidmatan awam dan kedaulatan
negara
Mengelakkan isu salah laku dan penyebaran yang tidak
beretika di khalayak umum
Memastikan maklumat dan bahan hebahan adalah
jelas, tepat dan benar
Menampilkan dan memberikan imej korporat KKM

3

GARIS PANDUAN

Berhati-hati mengenai maklumat-maklumat sulit.
Pegawai Psikologi KKM adalah dilarang mendedahkan
maklumat sulit mengenai KKM, hospital, Jabatan
Kesihatan Negeri (JKN), klinik kesihatan, Pejabat

Kesihatan Daerah/ Bahagian (PKD/PKB), institusi,
pesakit, klien atau pihak-pihak yang berkepentingan
dengan kementerian.
Berwaspada dengan hak cipta KKM dan harta intelek
pihak luar.
Tidak menggunakan logo Jata Negara dan logo KKM
untuk kegunaan peribadi.
Dilarang memuat naik atau berkongsi maklumat,
pautan, gambar, video atau bahan-bahan yang
berunsur negatif, perkauman, ganas atau bersifat
penghinaan.
Dilarang berkongsi aktiviti yang bersifat jenayah,
fitnah, ancaman, hasutan yang boleh mencemarkan
imej KKM dan institusi diraja.
Dilarang memuat naik iklan-iklan berkaitan
perniagaan dan pemasaran di laman sosial rasmi
jabatan, unit dan semasa sedang bersiaran.

4

SILA PATUHI:
Peraturan-peraturan pegawai awam Peraturan 19(1),
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993 sebelum membuat
penyataan awam melalui media sosial

4

PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN DAN
DILARANG SEMASA BERSIARAN KE UDARA

DIBENARKAN

1.Bercakap dalam skop bidang tugas sebagai Pegawai
Psikologi.

2.Dapatkan fakta yang sahih daripada kajian dan
laporan

3.Kandungan yang hendak disampaikan mestilah
menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh
pelbagai lapisan masyarakat.

4.Beri tips aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk
memberikan kesedaran dan meningkatkan
pemahaman mengenai tajuk yang dibincangkan.
Selitkan juga pemahaman dan kepentingan mental
yang sihat.

5.Rahsiakan dan lindungi maklumat dan identiti pesakit
atau klien apabila memberi contoh dan pengajaran
dalam isu-isu sosial.

6.Berwaspada dalam memberi fakta dan data. Berfikir
dahulu sebelum menyatakan pendapat dan pandangan
bagi mengelakkan maklumat palsu.

7.Elakkan sebarang komen yang mengenai isu-isu
sensitif yang melibatkan kementerian, jabatan agensi
dan kementerian lain.

5

PERKARA-PERKARA YANG DIBENARKAN DAN
DILARANG SEMASA BERSIARAN KE UDARA

DIBENARKAN

8.Sentiasa mengamalkan budaya penyayang dan
bersikap profesional. Sekiranya ada kritikan dan
pertanyaan dari pihak luar, jawab komen dengan
mesra, berhemah serta tunjukkan rasa hormat pada
semua orang dengan menggunakan perkataan yang
sopan.
9.Sekiranya terdapat kesilapan pada sebarang
maklumat atau perkongsian ilmu, akui pada umum,
buat pembetulan dan mohon maaf pada pihak yang
berkaitan.
10.Memohon kebenaran atau mendapat kelulusan
ketua jabatan
11.Mematuhi etika pamakaian penjawat awam
12.Semak ketepatan data dan sensitiviti maklumat
yang hendak disampaikan
13.Pastikan perkongsian/ penggunaan hak cipta dan
harta intelek telah mendapat kebenaran pemilik hak
cipta/harta intelek

6

DILARANG

1.Jangan menyentuh skop atau bidang kerja di luar

kemahiran dan kepakaran Pegawai Psikologi. Elakkan

daripada mengulas tugas profesion lain yang boleh

menimbulkan isu-isu sensitif.

2.Jangan menyentuh atau sebut perkara-perkara dan

perkataan sensitif yang boleh menjadi pencetus kepada

perbuatan yang memudaratkan Contoh: perkataan

bunuh diri.

3.Jangan mengaitkan isu politik dalam kandungan yang

hendak disampaikan.

4.Jika tidak bersetuju dalam sesuatu perkara, elakkan

memulakan atau meneruskan perbincangan yang

menjurus kepada kebencian dalam apa jua keadaan.

5.Jangan menggunakan media sosial untuk tujuan

peribadi atau boleh mewujudkan ‘conflict of interest’

6. Jangan kongsikan kisah peribadi di media sosial.

7.Tidak terlibat dalam acara parti politik atau Badan

Bukan Kerajaan (NGO) yang mendokong pemahaman

radikal

8.Tidak mendedahkan maklumat rasmi di dalam

media/media sosial

9.Tidak membuat komen mengenai isu-isu berbentuk

serangan peribadi atau agensi

10.Jangan berniaga atau mempromosi barang jualan di

media sosial semasa waktu bekerja dan dalam sesi talk

show/ceramah. 7

TANGGUNGJAWAB PEGAWAI PSIKOLOGI KKM
(PPSI)

1. Tidak menjejaskan imej KKM
2. Tidak bercanggah dengan dasar kerajaan
3. Tidak mengaibkan individu atau kumpulan tertentu
4. Tidak menyalahi undang-undang
5. Tidak menyalahgunakan sosial media sehingga
menganggu masa bekerja dan tugas hakiki

PENUTUP

Komitmen semua Pegawai Psikologi KKM untuk berkogsi
maklumat, pengalaman dan ilmu akan membuka ruang
komunikasi dengan masyarakat luar dengan lebih luas.
Pengendalian media sosial secara profesional adalah amat
penting untuk menyebarkan maklumat kepada orang luar.
Perkongsian ini harus dilaksanakan dengan mematuhi
peraturan dan panduan yang telah ditetapkan.

8

LAMPIRAN

SURAT LARANGAN MEMBUAT
PERNYATAAN AWAM OLEH PEGAWAI
AWAM DI KEMENTERIAN KESIHATAN

MALAYSIA



















DISEDIAKAN OLEH:
AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL
PEGAWAI PSIKOLOGI KAUNSELING
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENYELARAS
PUAN RUHANA BINTI MAHMOD KB,PA
KETUA PROFESION PEGAWAI PSIKOLOGI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

EDITOR:
PUAN FARIZ SAKINA BINTI ABDULLAH KB,PA
PUAN WAN NORIZAN BINTI W OTHMAN KB,PA

AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL
PEGAWAI PSIKOLOGI (KAUNSELING)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Click to View FlipBook Version