DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN DT50002 TEKNOLOGI DIGITAL DAN INOVASI NAMA ROSNALAILA BINTI ROSLAN NO MATRIK PP2212044T
WARNA Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1
WARNA • Tahukah anda bahawa warna pada sesuatu objek buatan manusia, alam semula jadi dan karya seni visual mempunyai peranan tertentu dari sudut komunikasi visual? Pemahaman tentang warna, misalnya warna merah, kuning dan hijau pada lampu isyarat boleh membantu anda untuk mengelakkan berlakunya kemalangan atau kesesakan di jalan raya. Oleh itu, untuk memahami makna atau mesej menerusi warna memerlukan ilmu dan pengetahuan tentang jenis, sifat dan fungsi warna.
DEFINISI WARNA Warna ialah tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan. Tanpa cahaya, warna tidak akan wuju. Warna dapat dikesan melalui deria penglihatan kita. Cuba perhatikan gambar foto di bawah: Gambar foto 1.1 Gambar foto B yangberwarna adalah lebih menarik berbanding Gambar foto A
JENIS WARNA • Warna terbahagi kepada tiga jenis, iaitu warna primer (asas), warna sekunder dan warna tertier. Jenis-jenis warna ini boleh dilihat dengan jelas menggunakan roda warna. Roda warna merupakan bahan rujukan asas dalam menganalisis dan memilih warna yang sesuai dalam gubahan.
JADUAL 1.1 JENIS-JENIS WARNA Warna primer - Warna yang tidak boleh dihasilkan dengan cara campuran warna. - Warna merah, biru dan kuning. Warna sekunder - Warna yang dihasilkan daripada campuran dua warna asas. - Warna jingga, ungu dan hijau. Warna tertier - Warna yang dihasilkan daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder. - Warna kuning kehijauan, kuning kejinggaan, merah keunguan, merah kejinggaan, biru kehijauan dan biru keunguan. Rajah 1.2 Roda warna
• Seorang pengkarya perlu bijak menggunakan gubahan warna dalam karyanya. Penggunaan unsur warna yang betul dapat menghasilkan karya seni yang menarik dan berkesan. Rajah di bawah dapat membantu murid menggunakan gubahan warna dengan tepat dalam karya yang dihasilkan. NILAI WARNA TON WARNA ialah nilai pancaran warna dari gelap ke terang melalui melalui campuran warna putih atau hitam. KROMA WARNA ialah nilai ukuran warna hasil campuran warna penggenap. WARNA NEUTRAL ialah hitam, putih dan campuran antara keduanya, iaitu kelabu.
GUBAHAN WARNA WARNA SEWARNA/MON OKROM terhasil melalui pelbagai ton. WARNA HARMONI ialah warna yang terikat bersebelahan dalam roda warna. WARNA PENGENAP ialah warna yang terletak bertentangan dalam roda warna.
SUHU WARNA WARNA PANAS ialah kumpulan warna yang memberi kesan terang dan garang. WARNA SEJUK ialah kumpulan warna yang memberi kesan tenang dan damai.
WARNA BERTINDAK Warna yang akan menimbulkan kesan pantulan warna yang berbeza apabila bertemu dengan warna latar yang berlainan. Dua jenis warna bertindak, iaitu : POSITIF NEGATIF PERSPEKTIF WARNA Warna berubah mengikut suasana dan jarak. Mohktar Ishak, Imaginary Landscape, 2000, cat air Rajah 1.2 Gubahan warna dalam seni visual
• Nilai gubahan suhu dan perspektif warna serta warna bertindak dapat dilihat pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni visual. Perhatikan contoh gambar foto di bawah untuk meningkatkan lagi kefahaman anda tentang jenis-jenis warna.
JENIS WARNA Warna harmoni Warna pengenap Persepktif warna
JENIS WARNA Warna primer Warna neutral
JENIS WARNA Warna panas Warna sejuk Warna bertindak Sharifah Fatimah Syed Zubir, Sri Jingga Indera Kayangan, 1998, Akrilik atas kanvas Koleksi LPSVN Mastura Abdul Rahman, Interior No. 29, 1987, Media campuran Koleksi LPSVN Ismail Abdul Latif, Arus Pagi, 2007, Acrylic on museum board Rajah 1.3 Jenis-jenis warna pada alam semula jadi, objek buatan manunsia dan karya seni visual
FUNGSI WARNA • Fungsi warna ialah untuk berkomunikasi secara langsung dan tidak langsung. Antara fungsi warna adalah sebagai reprensentasi dari alam semula jadi, ekspresi kendiri, psikologi dan simbolisme.
Sebagai representasi daripada alam semula jadi
Long Thein Shih, Dead Soul Are Laughing at Us, Gurisan Koleksi LPSVN Sebagai ekspresi kendiri untuk meluahkan emosi
Sebagai kesan psikologi kepada perasaan manusia
Sebagai simbolisme yang memberikan makna tertentu Rajah 1.4 Fungsi warna
SOALAN Soalan 1 Nyatakan jenis warna, iaitu primer, sekunder atau tertier bagi warna-warna berikut. a) Merah = b) Biru keunguan = c) Merah kejinggaan = d) Hijau = e) Kuning = f) Ungu = Soalan 2 Salin dan lengkapkan jadual berikut. Campuran warna Hasil warna Kuning + Hijau Merah + Jingga Biru + HIjau
AKTIVITI PEMBELAJARAN • Tujuan - Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman untuk membuat eksperimentasi serta penerokaan unsur warna pada alam semula jadi, objek buatan manusia dan karya seni melalui penggunaan media, proses dan teknik. • Bahan - Kertas lukisan, kunyit , tanah, daun inai, kulit bawang , arang , daun pandan dan buah naga. AKTIVITI 1. Bahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Sediakan bahan-bahan di atas. 3. Gosokkan bahan tersebut ke atas kerta lukisan dan catatkan penemuan anda dalam buku nota. 4. Persembahan hasil eksperimentasi anda di hadapan kelas.
SEKIAN , TERIMA KASIH