The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nimarnibahrom611, 2021-01-26 07:23:00

FORMAT KAJIAN KES BAB 1 TGKTN 5 KSSM

Kajian Kes

Keywords: Kajian Kes

PANITIA SEJARAH
SMK TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA

77000 JASIN MELAKA

KAJIAN KES SEJARAH TINGKATAN 5 TAHUN 2021
PENDAHULUAN
1. Kajian kes adalah kaedah penyelesaian masalah dalam bentuk penerangan tentang sesuatu isu atau persoalan sama

ada berkaitan tokoh, institusi, tempat, peristiwa dan dokumen.
2. Kajian kes bertujuan memberi pengalaman dan kemahiran kepada murid tentang pengetahuan sejarah diri, negara dan

bangsa.
3. Kajian kes turut melibatkan aktiviti penyelidikan secara langsung apabila murid didedahkan dengan pelbagai kaedah

dan kemahiran seperti pencarian, pengumpulan dan menganalisis maklumat.
4. Murid menghasilkan dapatan kajian yang dijalankan dalam pelbagai bentuk seperti kerja projek, pelaporan,

pembentangan dan sebagainya.

MATLAMAT KAJIAN KES
1. Kajian kes merupakan proses pengajaran dan pembelajaran yang mengkaji sesuatu isu atau persoalan berkaitan dengan

tokoh, institusi, tempat dan peristiwa.
2. Kajian ini merupakan aplikasi pengetahuan, Kemahiran Pemikiran Sejarah, kreativiti, Elemen Kewarganegaraan dan

Nilai Sivik.
3. Kajian kes juga dapat memperkembang potensi murid ke arah warganegara minda kelas pertama yang mampu

bersaing di peringkat global

OBJEKTIF
1. Mendapat pengalaman bermanfaat semasa menjalankan kajian.
2. Mengaplikasi disiplin ilmu sejarah dalam kehidupan seharian.
3. Membentuk sikap dan tingkah laku murid dalam ruang lingkup peristiwa dan pengalaman lepas.
4. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara.
5. Memberi kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan warisan sejarah negara kita.
6. Membina kemahiran insaniah agar menjadi warganegara yang berilmu.
7. Membina semangat patriotisme dalam kalangan murid.
8. Menghasilkan pelbagai bentuk persembahan dan dapatan daripada interpretasi kajian kes

KAEDAH MELAKSANAKAN KAJIAN KES
1. Kajian kes boleh menggunakan kaedah inkuiri dan penerokaan yang melibatkan aktiviti pembelajaran seperti

membuat pemerhatian, penyelidikan serta eksplorasi sama ada dalam latihan kerja lapangan, kajian bahan dan
dokumen.
2. Guru perlu membimbing murid dalam menggunakan kaedah ini supaya pembelajaran yang berkesan dapat
dilaksanakan
PENTAKSIRAN
1. Pentaksiran dan penilaian dalam kajian kes adalah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu,
faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan SPi yang ditetapkan mengikut
tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
2. Kajian kes ini membolehkan guru membuat pentaksiran secara berterusan semasa proses PdP. Pentaksiran ini juga
memerlukan guru membuat perancangan, membina, mentadbir, menilai dan merekod serta melaporkan pencapaian
murid
3. Pentadbir sekolah bersetuju untuk mengambil kira keseluruhan markah murid Peperiksaan Akhir Tahun , 20% adalah
wajaran dari Kajian Kes . Usaha ini dapat menanam minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah dan dalam masa
yang sama dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan

PANITIA SEJARAH SMAAT / KAJIAN KES TING.5/2021

PERSEDIAAN GURU
1. Guru mengenal pasti tema atau tajuk kajian yang akan dilaksanakan;
2. Guru perlu membimbing murid untuk menentukan skop kajian dan membina soalan yang dapat mencungkil maklumat

tentang tajuk yang dikaji;
3. Guru membantu murid dalam membuat perancangan dan menyusun atur proses kerja berdasarkan senarai semak yang

disediakan
4. Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam melaksanakan kajian;
5. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan (dua atau tiga orang setiap kumpulan) dan memastikan ahli

dalam kumpulan mengambil bahagian serta memastikan murid mengetahui tugasan masing-masing;
6. Guru perlu membuat tindakan susulan bagi memantau hasil kerja murid; dan
7. Guru perlu memastikan murid menyiapkan laporan mengikut masa yang ditetapkan

PERANAN PELAJAR
1. Penulisan dan penghasilan tugasan ini hendaklah dilaksanakan di sekolah dan mendapatkan bimbingan guru dalam

melaksanakan tugasan ini.
2. Melaksanakan semua aspek tugasan mengikut format penulisan yang ditetapkan.
3. Aktiviti mencari dan mengumpul maklumat boleh dilakukan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran.
4. Boleh melaksanakan kajian secara berkumpulan tetapi hasil kerja mestilah dibuat secara individu.
5. Digalakkan untuk menyertakan foto / gambar / rajah / grafik yang bersesuaian untuk menjelaskan lagi hasil kajian.
6. Digalakkan supaya menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) untuk mencari dan mengumpul fakta.
7. Menulis sumber rujukan dengan betul
8. Hasil tugasan mestilah ditulis dengan tangan.
9. Hasil kerja mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Anda tidak dibenarkan

melakukan plagiat. Plagiat adalah mengambil hasil kerja orang lain sepenuhnya atau sebahagian daripadanya dan
menjadikannya sebagai hasil kerja sendiri. Sekiranya anda mengambil petikan atau grafik dari sumber lain hendaklah
menyatakan sumber rujukannya. Jika anda didapati melakukan plagiat anda boleh digagalkan atau diberikan gred F.

PANITIA SEJARAH SMAAT / KAJIAN KES TING.5/2021

LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN KAJIAN KES

1 Membina penyataan 1. Membuat pernyataan masalah secara individu atau berbincang dalam

masalah kumpulan kecil berdasarkan pernyataan masalah yang diberi

2. Membuat kajian dan mendapatkan maklumat berdasarkan persoalan yang

dikemukakan

3. Persoalan yang dibina membantu menulis, menganalisis data dan merangka

laporan kajian

2 Kajian literatur 1. Mencari bahan atau sumber berkaitan untuk menentukan objektif kajian

2. Mengenalpasti bahan rujukan dan kajian lepas berdasarkan buku ilmiah,

jurnal, majalah dan sebagainya

3. Jumlah rujukan sekurang-kurangnya tiga rujukan

4. Cara penulisan.

Ridzuan bin Hassan, Shahrifah Afidah binti Syed Hamid, Subramaniam a/l

Ramab, Muslimin bin Fadzil, 2019 Buku Teks KSSM Tingkatan 4, Dewan

Bahasa dan Pustaka

https://en.wikipedia.org/wiki/Malayan_Union

3 Objektif kajian 1. Membina objektif yang jelas agar mudah dicapai

2. Mengetahu objektif kajian dan menulis laporan kajian berdasarkan objektif

yang dibina

4 Kaedah kajian 1. Cara yang digunakan untuk mendapatkan fakta, sumber, bukti,

mewujudkan idea dan mengadakan analisa sesuatu kajian

2. Pelajar perlu mengenalpasti kaedah yang sesuai dengan kajian

3. Contoh kaedah kajian

a. Kaedah bertulis

b. Kaedah lisan

c. Pemerhatian

d. Kajian perpustakaan

5 Sumber Rujukan 1. Menentukan sumber rujukan yang sesuai

2. Mengumpul dan mencari data daripada sumber yang berkaitan

3. Memilih sumber yang sesuai bagi memastikan data yang diperolehi sahih

dan benar

4. Menyenarai bahan-bahan yang dirujuk

5. Contoh sumber rujukan ialah dari orang sumber, dokumen/jurnal, internet,

buku ilmiah, majalah dan agensi berkaitan

6 Analisis data 1. Menganalisis data dan membuat perbandingan daripada pelbagai bahan dan

sumber untuk menjawab persoalan kajian

7 Laporan Kajian 1. Laporan kajian dalam bentuk individu atau berkumpulan tidak melebihi 3

orang

2. Laporan kajian mesti dalam bentuk

a. Esei

b. Pembentangan

3. Format penulisan laporan

a. Tajuk(Persoalan)

b. Pendahuluan

c. Objektif

d. Kaedah kajian

e. Hasil dapatan

f. Kesimpulan dan cadangan

g. Lampiran

h. Rujukan

8 Pembentangan 1. Masa pembentangan hanya 5 minit

2. Setiap pelajar perlu menggunakan 2 kaedah pembentangan

PANITIA SEJARAH SMAAT / KAJIAN KES TING.5/2021

TEMA : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
S.K 12.1 KONSEP KEDAULATAN NEGARA

Teliti gambar dibawah

Berdasarkan gambar tersebut sediakan satu kajian kes tentang peritiwa bersejarah tersebut

TUGASAN MARKAH
PENDAHULUAN
a. Penghargaan. 5
b. Objektif kajian 5
c. Kaedah Kajian 5
d. Sumber kajian 5
TAJUK 2
PENGENALAN
1. Berikan takrifan kedaulatan mengikut bahasa dan beberapa tokoh 5
PERKEMBANGAN IDEA
2. Menjelaskan jenis-jenis kedaulatan 10
3. Menghuraikan ciri-ciri negara berdaulat 10
4. Sejauhmanakah kepentingan mewujudkan negara berdaulat 15
5. Sebagai generasi muda , nyatakan usaha untuk mempertahankan kedaulatan negara 10
6. Menghuraikan cabaran untuk mengekalkan kedaulatan negara dan kesan tidak mempertahankan 10

kedaulatan negara 5
KESIMPULAN
1. Pengetahuan yang diperolehi daripada kajian. 3
2. Nilai-nilai murni dan iktibar yang diperolehi daripada kajian. 10
3. Harapan terhadap masa depan negara.
RUJUKAN
PEMBENTANGAN

PANITIA SEJARAH SMAAT / KAJIAN KES TING.5/2021


Click to View FlipBook Version