The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nimarnibahrom611, 2021-01-17 08:41:27

BUKU PERATURAN SMK TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA TERBARU

Buku Peraturan Sekolah









































S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 1

Buku Peraturan Sekolah

MAKLUMAT DIRI MURID
Tahun :


Nama Murid :

No. K/P :
No. Kemasukan :

Tahun
Tingkatan
Peralihan


Nama Ibu Bapa / Penjaga :


Alamat :



Tel (Rumah):
Tel (Pejabat):





Tandatangan Murid

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 2

Buku Peraturan Sekolah

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA IBU BAPA/
PENJAGA DENGAN PIHAK SEKOLAH
Sebagai ibu bapa/penjaga, saya berjanji untuk:
1. Memastikan anak/waris saya hadir ke sekolah dan menepati
masa persekolahan. Sekiranya anak/waris saya tidak dapat
hadir ke sekolah, saya akan memaklumkan pihak sekolah
dengan secepat mungkin.
2. Memberi rangsangan dan dorongan kepada anak/waris saya
untuk terus berusaha dengan gigih.
3. Membimbing dan menyelianya membuat kerja sekolah.
4. Menyemak keputusan peperiksaan dan ujian bulanan.
5. Menghadiri upacara/perjumpaan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah berkaitan dengan hal-hal akademik, disiplin dan
kokurikulum anak/waris.
6. Memastikan anak/waris saya mematuhi peraturan-peraturan
sekolah dari segi pakaian seragam sekolah, potongan
rambut, penampilan diri yang kemas dan berkelakuan baik.
7. Memastikan anak/waris saya membawa alat tulis, buku teks,
buku latihan dan tidak membawa barang-barang larangan ke
sekolah.
8. Membayar ganti rugi sebarang peralatan/harta benda
sekolah yang dirosakkan/dihilangkan oleh anak/waris saya.
9. Menyokong penuh program-program yang dianjurkan oleh
pihak sekolah.
10. Memberikan kerjasama kepada pihak sekolah
berhubungdengan hukuman yang dikenakan terhadap
anak/waris saya jika didapati bersalah.



Tandatangan Ibu Bapa / Penjaga :

Tarikh :
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 3

Buku Peraturan Sekolah

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA PENGETUA
DENGAN IBU BAPA/WARIS
SMK Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa berjanji akan memberi kepada
anak/waris tuan/puan:

1. Pendidikan yang menyeluruh dan berkualiti.
2. Pendidikan yang berteraskan pencapaian cemerlang.
3. Bimbingan dan pengajaran yang berkualiti.
4. Kerja rumah yang mencukupi dan penilaian/pemeriksaan
bulanan yang konsisten.
5. Semakan dan pemeriksaan buku latihan yang konsisten.
6. Laporan kemajuan murid bagi setiap pentaksiran dan
peperiksaan.
7. Peluang menceburi diri dalam pelbagai aktiviti akademik,
kokurikulum dan sahsiah.
8. Suasana pembelajaran yang selamat, selesa, dan kondusif.
9. Penggunaan infrastruktur yang disediakan oleh pihak
sekolah.




Tandatangan Pengetua :
Tarikh :








S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 4

Buku Peraturan Sekolah

AKU JANJI MURID SMK TAN SRI HJ ABD AZIZ TAPA
1. Hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan.
2. Sentiasa menepati masa belajar di sekolah.
3. Berada di premis sekolah dan mengikuti pelajaran sepanjang
waktu persekolahan.
4. Berusaha dengan gigih dan menyempurnakan semua
tugasan dan projek.
5. Menyiapkan kerja sekolah dan semua kerja rumah secara
berkualiti dan menepati masa.
6. Mematuhi peraturan-peraturan sekolah dari segi pakaian
seragam, potongan rambut, penampilan yang kemas dan
berkelakuan baik, semasa waktu persekolahan dan semasa
dalam perjalanan pergi dan balik sekolah.
7. Bekerjasama dan bertanggungjawab untuk menjamin
suasana persekitaran sekolah yang kondusif
8. Mematuhi peraturan-peraturan keselamatan terutama sekali
di dalam Makmal Sains, Bengkel Kemahiran dan semasa
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan kegiatan
kokurikulum.
9. Menjaga harta benda sekolah dan mengganti rugi
kerosakan/kehilangan harta benda yang berkenaan.
10. Menghormati, memahami dan menyayangi warga SMK
TanSri Haji Abdul Aziz.
11. Taat setia kepada sekolah dan menghayati prinsip-
prinsipRukun Negara.


Tandatangan Murid :
Tarikh :




S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 5

Buku Peraturan Sekolah










































S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 6

Buku Peraturan Sekolah





Falsafah Pendidikan Negara





“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke

arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
Negara”.













S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 7

Buku Peraturan Sekolah




VISI SEKOLAH
“Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera”.


MISI SEKOLAH



“Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk
Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi
Aspirasi Negara”.


MATLAMAT SEKOLAH




*Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu
*Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketerampilan dan sejahtera
*Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara
*Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara Malaysia



S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 8

Buku Peraturan Sekolah




COGAN KATA SMAAT
“SMAAT TOGETHER, WE SMART”

“Guru dihormati, Pelajar disantuni, Ilmu Diberkati”





LAGU SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Aziz Tapa,
Kami pelajar berbilang bangsa,
Jadi harapan nusa tercinta,
Kami pelajar bercita-cita tinggi,
Rukun sekolah kami patuhi,
Kami berikrar dan berjanji,
Berdisiplin dan dedikasi,
Nama baikmu dipelihara,
Agar harumi di sepanjang masa.











S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 9

Buku Peraturan Sekolah

Sejarah Sekolah

Diasaskan pada tahun 1964 dengan nama “Jasin Lower
Secondary Continuation School” dengan murid-murid printisnya
menumpang di bangunan SRJK (C) Yu Hsein. Bilangan murid
tahun pertamanya berjumlah seramai 154 orang sahaja.
Pengetua pertamanya ialah En. I. Chinniah (1964-1968).
Sekolah lanjutan itu kemudiannya ditukarkan kepada nama
“Sekolah Menengah Rendah 20 (SMR20)” dan kemudiannya
berpindah pula ke bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan
Jasin. Akhirnya nama itu bertukar sekali lagi dengan panggilan
“Sekolah Menengah Kebangsaan Jassin (SMKJ)” yang kekal
digunakan hingga sekarang. SMKJ mendapat bangunannya
sendiri yang dirasmikan oleh Menteri Pelajaran ketika itu YB
Encik Mohd. Khir b. Johari pada 1 Oktober 1967 iaitu di tapak
bangunan yang ada sekarang.
Pada tahun 1973 kelas aliran sastera di peringkat Tingkatan 4
telah dimulakan. Murid-murid yang lulus SRP/LCE dan layak
memasuki tingkatan 4 aliran sains telah dipindah ke Sekolah
Menengah Iskandar Shah Atau Sekolah Menengah Datuk
Bendahara. Kelas aliran sains di peringkat tingkatan 4 di sekolah
ini hanya dimulakan pada tahun 1985.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mempersetujui cadangan
PIBG untuk menukar nama SMK Jasin kepada SMK Tan Sri Haji
Abdul Aziz Tapa (SMAAT) Mulai 16 Jun 2017, nama SMJ
bertukar SMAAT bagi mengenang jasa beliau.






S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 10

Buku Peraturan Sekolah

Disiplin

1. Definisi Disiplin
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar
Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979 mentafsirkan disiplin
sebagai:

“..............kesanggupan seseorang individu menghormati dan
mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan
dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna
kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu
dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu
lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan
tidak menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan
hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong dan kesanggupan memperbaiki
keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina
serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat.”
2. Matlamat Disiplin

Disiplin akan menjadikan seseorang murid itu sebagai
manusia yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya
pada masa depan. Disiplin diri bagi setiap individu adalah
mustahak dalam usaha mewujudkan satu masyarakat
Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan progresif. Disiplin diri juga akan melahirkan
individu-individu yang kreatif serta mempunyai kesedaran
harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah
kemajuan.




S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 11

Buku Peraturan Sekolah


3 .Pelaksanaan disiplin di sekolah hendaklah
berasaskan kepada prinsip atau dasar berikut:
*Keadilan dan layanan sama rata.
*Pertimbangan minat dan keperluan murid.
*Kebebasan tertakluk kepada undang-undang.
*Amalan menghormati seseorang individu.
*Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan
berharmonis.
*Perpaduan masyarakat dan Negara.



OBJEKTIF UNIT DISIPLIN SEKOLAH:
*Menerapkan pegangan agama yang kukuh dalam
diri murid bagi membendung tingkah laku negatif.
*Meningkatkan kesedaran jati diri murid.
*Menanamkan nilai-nilai murni dan tatasusila
dalam diri murid bagi mengurangkan kes salah laku












S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 12

Buku Peraturan Sekolah


















Bab 2:

Etika

Murid
















S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 13

Buku Peraturan Sekolah

Etika Murid

1. Tanggungjawab murid terhadap diri sendiri
* Menjaga kebersihan diri termasuk kebesihan fizikal
danmental
* Bersopan, jujur dan amanah
* Menghargai masa dan menepati masa
* Berjimat cermat
* Bersifat sederhana dan tidak sombong
* Sabar dan bertolak ansur
* Berani dan cekal hati
* Bersikap dedikasi
* Bersikap berdikari
* Bersifat rajin dan berusaha

2. Tanggungjawab murid terhadap sekolah
* Mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan sekolah
* Menghormati guru-guru
* Belajar bersungguh-sungguh
* Menaikkan imej sekolah
* Memupuk nilai-nilai moral yang tinggi
* Bekerjasama di antara satu sama lain. Menceburkandiri
dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan di sekolah.

3. Tanggungjawab murid terhadap keluarga
* Menghormati ibu bapa dan orang-orang yang lebih tua*
Memupuk hubungan yang baik antara ahli keluarga
* Memenuhi hasrat dan cita-cita keluarga untuk
menjadiseorang yang bermoral


S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 14

Buku Peraturan Sekolah

Etika Murid

4. Tanggungjawab murid terhadap agama
* Taat kepada perintah Allah/Tuhan
* Mempertahankan kesucian agama
* Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian
5. Tanggungjawab murid terhadap masyarakat
* Tolong-menolong dan bekerjasama
* Menghormati orang-orang yang lebih tua
* Suka bertolak-ansur
* Menghormati agama, pantang larang dan adat resamsuku
kaum lain
* Bersifat sederhana dan tidak sombong
* Memupuk persefahaman dan sabar
* Melibatkan diri dalam kerja-kerja kebajikan amal
* Bersifat kasihan terhadap sesama manusia dan
bukanmanusia

6. Tanggungjawab murid terhadap negara
* Bersedia untuk berkhidmat dan mempertahankan Negara
* Mematuhi undang-undang
* Mengamalkan prinsip Rukun Negara
* Menjaga infrastruktur awam








S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 15

Buku Peraturan Sekolah
















Bab 3:

Peraturan

&


Disiplin Sekolah














S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 16

Buku Peraturan Sekolah

1.0 Waktu Persekolahan dan Kehadiran Murid-murid
1.01 Murid perlu berada di kawasan perkarangan sekolah
selewat-lewatnya pada pukul 7.30 pagi. Sesi
pengajaran dan pembelajaran bermula pada pukul
7.40 pagi
1.02 Jika hari tersebut terdapat perhimpunan sekolah,
murid dikehendaki berbaris mengikut tingkatan
masing-masing sama ada di Dewan ataupun di
Dataran Perhimpunan.
1.03 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan
sekolah pada waktu persekolahan termasuk pada
masa rehat tanpa kebenaran bertulis daripada
Penolong Kanan HEM atau Pengetua.
1.04 Murid-murid yang ditangkap keluar dari kawasan
sekolah tanpa kebenaran akan dikira ponteng
sekolah dan tindakan disiplin yang sewajarnya akan
diambil oleh pihak sekolah.
1.05 Murid-murid juga perlu berada di dalam kelas
semasa waktu pembelajaran dan tidak dibenarkan
keluar dari kelas tanpa kebenaran daripada guru
dalam kelas (Menggunakan Pas Keluar Kelas) untuk
urusan penting atau atas sebab lain yang
munasabah.
1.06 Murid-murid yang didapati merayau-rayau di
kawasan sekolah semasa waktu persekolahan
(tanpa pas keluar) akan dikira ponteng kelas dan
tindakan disiplin akan diambil.
1.07 Jika murid-murid tidak dapat hadir ke sekolah untuk
suatu tempoh masa tertentu, pelajar-pelajar tersebut
mesti mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada
Penolong Kanan HEM atau Pengetua.




S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 17

Buku Peraturan Sekolah

1.08 Dalam kes kecemasan, surat perubatan
( Medical Certificate)/Penjelasan daripada ibubapa/
haruslah diserahkan kepada Guru Tingkatan pada
hari pertama pelajar itu kembali ke sekolah.
1.09 Murid yang tidak hadir ke sekolah akan
dikenakan amaran seperti jadual di bawah:

Surat Hari Tidak Hadir (P) Hari Tidak Hadir (P) Bukan
Berturut-turut berturut-turut
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10


Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepas Amaran

Pertama Pertama

Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas Amaran

Kedua Kedua
Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepas Amaran


Ketiga Ketiga
Jumlah Hari 31 hari berturut-turut 60 hari bukan berturut-turut


Tidak Hadir









S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 18

Buku Peraturan Sekolah




















Perhimpunan




















S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 19

Buku Peraturan Sekolah

2.0 Perhimpunan Sekolah

2.01 Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada setiap
pagi hari Isnin atau hari pertama setiap minggu
persekolahan. Kehadiran semua murid adalah wajib.
2.02 Murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing
di Dataran Perhimpunan selewat-lewatnya 7.30
pagi. Murid-murid dikehendaki bersedia untuk
kehadiran Pengetua dan barisan pentadbir yang
lain.
2.03 Murid-murid yang lewat ke perhimpunan tidak
dibenarkan masuk ke barisan tingkatan
masingmasing. Sebaliknya mereka diasingkan
untuk berbaris di tepi dataran perhimpunan yang
dikhaskan
2.04 Semasa Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu
Sekolah dimainkan, semua murid dikehendaki
berdiri tegak dan menyanyi dengan penuh semangat
dan rasa hormat.
2.05 Murid-murid yang didapati bercakap, membuat
bising, tidak menghormati lagu kebangsaan,
mengejek, mengeluarkan kata-kata tidak senonoh,
tidak berbaris, bergurau senda, berkelakuan tidak
sopan, gaya tepuk tangan yang aneh/luar daripada
yang biasa, “jeering” semasa perhimpunan boleh
menyebabkan tindakan disiplin diambil terhadap
mereka.
2.06 Pemeriksaan mengejut boleh dijalankan ke atas
murid-murid selepas perhimpunan. Semasa
“Pemeriksaan Mengejut” murid dikehendaki berada
dalam keadaan berdisiplin.
2.07 Murid-murid dikehendaki berada di dalam dewan
atau Dataran Perhimpunan sehingga dibenarkan ke
kelas oleh pengawas bertugas.
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 20

Buku Peraturan Sekolah
















3.0

Pakaian

Seragam


Sekolah














S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 21

Buku Peraturan Sekolah

3.0 Pakaian Seragam Sekolah
3.01 Kod pakaian seragam untuk murid lelaki
3.01.1 Pakaian seragam kasut kanvas putih atau
hitam, stoking putih atau hitam, seluar
panjang hijau (dark olive), lencana sekolah,
baju kemeja lengan pendek, tali leher rasmi
sekolah dan tag nama pada setiap hari
persekolahan.
3.01.2 Kasut
a) Hanya kasut kanvas putih/hitam
bertalidibenarkan.
b) Kasut yang dipakai mesti tidak
berlabelatau bercorak.
c) Tali kasut mesti berwarna putih-
kasutputih / hitam-kasut hitam dan diikat
secara betul.
d) Stokin mestilah mengikut warna kasut.
e) Setiap murid digalakan mempunyai
duapasang kasut sekolah dan stoking
supaya tidak timbul kes murid tidak
memakai kasut dan stoking dengan
sebarang alasan.
g) Kasut dan stoking mesti dipakai pada
setiap hari persekolahan.
3.01.3 Seluar sekolah
a) Seluar sekolah tidak boleh ada
‘pleats’atau corak pada poket.
b) Semua seluar jenis potongan
‘baggy’,‘carrot’ dan seluar ketat tidak
dibenarkan.
c) Murid dilarang melipat hujung kakiseluar
mereka. Sekiranya seluar yang dipakai
terlalu panjang, seluar tersebut mesti
dilipat ke dalam dan dijahit. Jikalau tidak,
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 22

Buku Peraturan Sekolah

seluar tersebut tidak boleh dipakai oleh
murid ke sekolah.
d) Murid-murid hanya dibenarkan
memakaiseluar panjang yang berwarna
hijau.
3.01.4 Kemeja
a) Kemeja sekolah mesti berlenganpendek
berwarna putih dengan satu poket di
sebelah kiri.
b) Jika kemeja yang dipakai
berlenganpanjang, maka lengan mesti
dilipat sehingga ke atas paras siku.
c) Murid-murid mesti mengenakan
semuabutang.
d) Murid-murid mesti menyelitkan kemejake
dalam seluar panjang masa
persekolahan.
3.01.5 Lencana
a) Lencana yang dipakai mesti
dalamkeadaan sempurna (iaitu berada
dalam warna asal, dan tiada kecacatan).
b) Murid-murid akan dikenakan
tindakandisiplin jika didapati tidak
memakai lencana sekolah atau terdapat
kecacatan pada lencana yang dipakai.
c) Lencana sekolah mesti ditampal di
atastanda nama iaitu di atas poket
kemeja sekolah seperti gambar di bawah




S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 23

Buku Peraturan Sekolah

3.01.6 Tali Pinggang
a) Hanya tali pinggang yang berwarnahijau
tua sahaja dibenarkan.
b) Tali pinggang mesti bebas dari
segalacorak dan hanya mempunyai satu
warna sahaja tidak berjenis kulit.
c) Kepala tali pinggang mesti di antara
½inci hingga 1½ inci.
d) Kepala tali pinggang juga tidak
bolehbercorak.
e) Tali pinggang yang melanggar
syaratpakaian seragam sekolah akan
dirampas dan tindakan disiplin akan
dikenakan terhadap murid tersebut.
3.01.7 Rambut, Janggut dan Misai
a) Rambut murid lelaki tidak
dibenarkanmelebihi 7cm, sama ada
rambut depan, belakang ataupun tepi.
b) Fesyen rambut berekor, ‘punk’
ataufesyen yang keterlaluan serta
rambut yang diwarnakan tidak
dibenarkan.
c) Rambut depan lelaki tidak bolehmelepasi
kening, rambut tepi tidak boleh melepasi
setengah daripada telinga dan rambut
belakang tidak boleh menyentuh kolar
kemeja sekolah.
d) Murid-murid lelaki tidak
dibenarkanmenyimpan janggut, jambang
dan misai.
e) “sideburns” tidak dibenarkan
melepasiseparuh daripada telinga.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 24

Buku Peraturan Sekolah

3.01.8 Kuku
a) Kuku perlulah pendek dan bersih
3.01.9 Baju Sejuk
a) Baju sejuk hanya boleh dipakai
padahari hujan dan apabila seseorang
murid itu kurang sihat.
b) Baju sejuk yang dipakai mesti
ditanggalkan pada waktu rehat semasa
murid berada di dalam kantin.
3.01.10 Pakaian Pendidikan Jasmani
a) Semasa Pendidikan Jasmani
dijalankan, murid-murid digalakkan
memakai seluar panjang biru/hitam atau
jenis pakaian yang dibenarkan pihak
sekolah
3.01.11 Barang Kemas
a) Murid lelaki tidak dibenarkan memakai
sebarang alat perhiasan diri [gelang
(termasuk ‘friendship bands’),
antinganting, subang dan cincin]

3.02 Kod pakaian seragam sekolah bagi murid
perempuan
3.02.1 Pakaian seragam lengkap bagi murid
perempuan terdiri daripada tudung putih
paras dada, kemeja putih/baju kurung,
sepasang kasut kanvas putih/hitam, stoking
putih/hitam, skirt biru muda/ turquoise,
lencana sekolah dan tag nama pada setiap
hari persekolahan.
3.02.2 Kasut
a) Hanya kasut kanvas putih/hitam.
b) Kasut yang dipakai mesti tidak berlabel
atau bercorak
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 25

Buku Peraturan Sekolah

c) Kasut yang dipakai mesti dipakai
bersama tali kasut ataupun ‘Velcro’.
Tali kasut mesti berwarna putih-kasut
putih / hitam-kasut hitam dan diikat
secara betul.
d) Stoking bercorak tidak dibenarkan.
3.02.3 Skirt
a) Skirt berwarna biru muda/turquoise
dan tidak mempunyai ‘pleats’.
b) Panjang skirt hendaklah melebihi paras
lutut.
3.02.4 Kemeja
a) Kemeja sekolah bagi perempuan mesti
berwarna putih.
b) Kemeja yang dipakai tidak boleh
mempunyai tag-tag atau ‘pleats’.
c) Murid-murid mesti mengenakan
kesemua butang baju kemeja
d) Baju kurung pula tidak boleh ketat dan
jarang
3.02.5 Lencana










a) Lencana sekolah mesti dipakai
gambar
seperti diatas.
b) Lencana yang dipakai pada mana-
mana tempat lain akan dirampas oleh
pihak pengawas.

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 26

Buku Peraturan Sekolah


c) Lencana yang dipakai mesti
dalamkeadaan sempurna (iaitu berada
dalam warna asal dan tiada kecacatan).
d) Murid-murid akan dikenakan
tindakandisiplin jika didapati tidak
memakai lencana sekolah atau terdapat
kecacatan pada lencana yang dipakai.
3.02.6 Rambut
a) Murid perempuan yang
berambutpendek tidak boleh melepasi
bahu.
b) Murid perempuan yang
berambutpanjang pula mesti mengikat
rambut mereka.
c) Klip dan sebarang pengikat rambutyang
berwarna biru, putih sahaja dibenarkan.
d) Rambut berfesyen dan berwarnatidak
dibenarkan.
3.02.7 Kuku
a) Kuku hendaklah pendek dan bersih
b) Kuku tidak boleh diwarnakan ataudiinai
kecuali tujuan perubatan
3.02.8 Baju Sejuk
a) Baju sejuk hanya boleh dipakai
padahari hujan dan apabila seseorang
murid itu kurang sihat.
b) Walau bagaimanapun, baju sejuk
yangdipakai mesti ditanggalkan pada
waktu rehat semasa murid berada di
dalam kantin.



S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 27

Buku Peraturan Sekolah

3.02.9 Perhiasan
a) Murid-murid perempuan tidak
dibenarkan memakai anting-anting,
gelang (termasuk ‘friendship bands’)
cincin dan sebarang alat perhiasan
diri.
b) Hanya subang bermata satu
dibenarkan.
c) Subang yang hendak dipakai mestilah
dipakai pada lubang yang pertama di
cuping telinga dan tidak melebihi saiz
duit 5 sen.


























S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 28

Buku Peraturan Sekolah
















4.0

Pemeriksaan Mengejut

&


Rampasan














S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 29

Buku Peraturan Sekolah

4.0 Pemeriksaan Mengejut dan Rampasan

4.01 Semasa pemeriksaan mengejut dijalankan,
murid-murid perlu mengikuti arahan daripada
pengawas.
4.02 Murid-murid dikehendaki berdiri dengan kedua-dua
belah tangan di sisi, meletakkan beg-beg di atas
meja, kosongkan saku, pandang depan dan senyap
sehingga pemeriksaan mengejut selesai dijalankan
dan mengikuti arahan yang diberikan oleh
pengawas yang bertugas.
4.03 Semasa pemeriksaan mengejut dijalankan,
muridmurid yang didapati tidak mematuhi syarat
kekemasan diri, tindakan disiplin akan diambil
dengan segera. Contoh: Murid lelaki yang berambut
panjang akan diberi potongan rambut segera
(instant cut).
4.04 Semua barang larangan yang dirampas oleh pihak
pengawas tidak akan dikembalikan.
4.05 Barang larangan yang berharga hanya boleh
dituntut oleh waris (ibu/bapa)
4.06 Sekiranya barang berharga tersebut tidak dituntut
dalam tahun semasa , barang tersebut akan
dilupuskan.
4.07 Semua barang larangan yang ada pada seseorang
murid boleh dirampas oleh pihak pengawas atau
guru-guru tanpa sebarang amaran.
4.08 Maklumat lanjut tentang barang larangan terdapat
pada sub-unit 11.0.






S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 30

Buku Peraturan Sekolah
















Bab 5.0

Penggunaan

Insfrastruktur


Sekolah














S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 31

Buku Peraturan Sekolah

5.0 Penggunaan/infrastruktur Sekolah
5.01 Murid-murid mesti berada di dalam kelas
masingmasing sepanjang waktu pengajaran dan
pemudahcaraan.
5.02 Pas keluar dan kebenaran diperlukan sekiranya
seseorang murid ingin keluar dari kelas.
5.03 Pada waktu rehat semua murid dilarang berada di
dalam kelas dan di mana-mana kawasan larangan
yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
5.04 Murid-murid juga dilarang berada di koridor, duduk
di atas tembok/tebing-tebing dan mengotorkan
dinding sekolah/menconteng dinding.
5.05 Murid-murid dilarang mengalihkan kenderaan
mereka (motosikal) semasa waktu persekolahan.
5.06 Murid-murid tidak dibenarkan menunggang,
membawa atau meletakkan basikal, motosikal di
koridor kelas, dewan, kantin, padang, dataran
perhimpunan, gelanggang bola keranjang dan
gelanggang serbaguna. Basikal dan motosikal
hanya boleh diletakkan di kawasan yang telah
dikhaskan oleh pihak sekolah.
5.07 Bangunan sekolah adalah kawasan larangan
selepas waktu persekolahan kecuali mendapat
kebenaran pihak sekolah.
5.08 Kebenaran bertulis mesti diperoleh terlebih dahulu
daripada Pengetua/Penolong Kanan HEM, sebelum
mana-mana kawasan sekolah dapat digunakan.
5.09 Kebersihan kawasan sekolah adalah
tanggungjawab setiap murid SMK Tan Sri Haji Abdul
Aziz Tapa dan mesti dijaga bersama.
5.10 Murid dilarang membawa kereta di kawasan
sekolah.
5.11 Dilarang memetik/mencabut/merosakkan tanaman
yang terdapat di persekitaran sekolah.
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 32

Buku Peraturan Sekolah

5.12 Kawasan Larangan
5.12.1 Kawasan Larangan Sepanjang Masa
* Bilik Pengawas
* Bilik Guru
* Hanya pihak-pihak yang
berkenaandibenarkan memasuki
kawasan-kawasan di atas.
5.12.2 Kawasan Larangan Semasa Waktu
Persekolahan
1. Murid-murid hanya boleh
memasukikawasan ini dengan
kebenaran guruguru yang berkenaan. -
Pejabat Sekolah
- Pejabat Pengetua
- Pejabat Penolong Kanan
- Pusat Sumber Sekolah
- Makmal Sains
- Bengkel-bengkel kemahiran
- Bilik Pendidikan Seni
- Bilik Guru
- Taman Landskap
- Dewan Sekolah
- Tandas Guru
- Makmal Komputer
- Bilik-bilik Persendirian
- Bilik Pengawas
- Bilik Bimbingan dan
Kaunseling dan
- bilik-bilik lain yang difikirkan
perlu



S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 33

Buku Peraturan Sekolah

2. Kawasan-kawasan ini dilarang masuk
sepanjang hari persekolahan.
- Tempat letak motosikal/basikal/kereta
3. Kawasan-kawasan ini hanya dibenarkan
masuk semasa waktu rehat.
- Dataran Perhimpunan
- Koperasi Sekolah
- Kantin
5.13 Kantin
5.13.1 Murid-murid hanya dibenarkan berada di
kantin pada waktu rehat. Murid-murid
dilarang membeli makanan dan minuman di
luar waktu rehat.
5.13.2 Semua makanan dan minuman hanya boleh
dibeli pada waktu rehat. Murid-murid hanya
boleh makan di kantin.
5.13.3 Semasa membeli makanan, murid-murid
dikehendaki beratur
5.13.4 Pembalut, saki-baki makanan dan
sebagainya harus dibuang ke dalam tong
sampah yang disediakan untuk menjamin
kebersihan persekitaran sekolah.
5.13.5 Pinggan mangkuk, piring, gelas dan
sebagainya mestilah diletakkan dalam
bekas yang disediakan.
5.13.6 Membeli makanan daripada luar tidak
dibenarkan ketika hari persekolahan
5.14 Tandas
5.14.1 Murid-murid TIDAK dibenarkan
menggunakan tandas guru.
5.14.2 Tandas murid mestilah dijaga
kebersihannya.
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 34

Buku Peraturan Sekolah

5.14.3 Waktu ke tandas hanya boleh pada waktu
rehat sahaja. Waktu PdPc murid hanya di
benarkan ke tandas dengan kebenaran
guru.




































S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 35

Buku Peraturan Sekolah
















6.0

Kebersihan

Kawasan


Sekolah














S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 36

Buku Peraturan Sekolah

6.0 Kebersihan Kawasan Sekolah

KEBERSIHAN SEKOLAH ADALAH TANGGUNGJAWAB
SETIAP MURID
6.01 Kebersihan seluruh kawasan sekolah hendaklah
sentiasa jaga. Murid yang didapati mengotorkan
kawasan sekolah dan membuang sampah merata-
rata boleh diambil tindakan disiplin terhadapnya.
Amalkan sikap suka membuang sampah ke dalam
tong sampah yang disediakan.
6.02 Ketua tingkatan bertanggungjawab menyediakan satu
Jadual Tugas Harian untuk satu minggu dengan
melibatkan semua murid dalam kelas bagi menjaga
kebersihan kelas.
6.03 Jadual tersebut hendaklah dipamerkan di papan
kenyataan kelas. Adalah menjadi tanggungjawab
ketua tingkatan atau penolongnya menentukan
bahawa jadual tersebut dipatuhi oleh setiap murid.
Murid yang tidak menjalankan tugasnya mesti
dilaporkan kepada Guru Tingkatan supaya tindakan
disiplin boleh diambil ke atasnya.
6.04 Pembersihan kelas perlu dilakukan dua kali sehari
sebaik sahaja sekolah bermula dan selepas waktu
rehat. Kerja pembersihan ini harus dilakukan secara
bergilir-gilir oleh murid-murid mengikut jadual waktu
bertugas masing-masing.
6.05 Makan dan minum dalam bilik darjah adalah
merupakan satu kesalahan.
6.06 Seluruh ahli di dalam sesuatu kelas adalah
bertanggungjawab terhadap:
i) Keselamatan peralatan-peralatan di dalam kelas
tersebut seperti kerusi, meja, almari, papan

S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 37

Buku Peraturan Sekolah

kenyataan kelas, papan tulis, cermin tingkap dan
lain-lain.
ii) Kebersihan dan kekemasan/keceriaan kelas.
iii) Ketenteraman dan ketertiban di dalam kelas.
6.07 Setiap murid bertanggungjawab melaporkan kepada
Guru Disiplin/Guru Tingkatan jika seseorang murid
melakukan sesuatu yang bertentangan dengan
perkara (i), (ii) dan (iii) di atas.
6.08 Papan kenyataan kelas hendaklah dijaga dengan
baik. Jadual Bertugas Harian, Jadual Waktu
Matapelajaran serta notis-notis penting harus
dipamerkan di papan kenyataan kelas.
6.09 Murid-murid juga diingatkan supaya mematikan
suis, kipas angin dan menutup pintu kelas apabila
keluar dari kelas. Pintu kelas juga perlu ditutup
selepas sekolah bersurai dan sewaktu pelajarpelajar
menghadiri kelas PJ ataupun berada di
makmal.Sekiranya kelas dikunci, kunci pendua perlu
diserahkan ke pejabat sekolah.
6.10 Kebersihan juga perlu dipelihara pada setiap masa
terutama berkenaan penggunaan tandas dan kantin
sekolah. Perbuatan meludah di meratarata tempat
adalah ditegah.
6.11 Murid-murid yang menggunakan bilik-bilik khas
mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan bagi memelihara kebersihan dan
keselamatan tempat-tempat tersebut.







S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 38

Buku Peraturan Sekolah

7.0 SENARAI BARANGAN LARANGAN
1. BUKU KOMIK
2. SENJATA
3. BUKU CERITA/NOVEL
4. SEBARANG BAHAN DADAH
5. KAD PERMAINAN
6. PEN MARKER
7. CECAIR PEMADAM (LIQUID PAPER)
8. CAT SEMBUR
9. CAT MINYAK/CAT GLOSS
10. BUAH DADU
11. LILIN
12. BUKU ATAU MANUAL PERMAINAN
13. BAHAN-BAHAN LUCAH
14. CAKERA PADAT (CD)
15. MANCIS/PEMETIK API
16. TELEFON BIMBIT
17. AKSESSORI TELEFON BIMBIT
18. SEGALA BENTUK GAJET
19. SEBARANG BENTUK MINUMAN
KERAS/ALKOHOL/MEMABUKKAN
20. LAMPU SULUH
21. SEBARANG GEL
22. SEBARANG BAHAN SEMBUR
23. SUPER GLUE
24. GAM UHU
25. MAJALAH BERUNSUR HIBURAN
26. ROKOK
27. SEBARANG ALAT SOLEK
28. BARANGAN KEMAS/GELANG/RANTAI
29. PISAU CUKUR
30. BIJI GULI
31. SEBARANG JENIS PERMAINAN
32. CERMIN
S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 39

Buku Peraturan Sekolah

33 .CERMIN MATA BERWARNA
34 .PERMAINAN ELEKTRONIK
35 .BATERI
36 .LAMPU INFRA-MERAH(LASER PEN )
37 .TALI PERSAHABATAN
38 .SEBARANG GAMBAR POSTER
39 .MINYAK WANGI
40 .PERALATAN VAPE































S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 40

Buku Peraturan Sekolah

Lampiran
POTONGAN RAMBUT YANG DIBENARKAN UNTUK
MURID LELAKI DIBENARKAN UNTUK MURID LELAKI


GARIS PANDUAN CONTOH

Pandangan hadapan
- Rambut tidak boleh melebihi
kening
- Rambut berfesyen dan
berwarna dilarang sama sekali



Pandangan sisi
- ‘Sideburn’ tidak dibenarkan






Pandangan belakang
- Rambut tidak boleh menyentuh
atau melepasi kolar baju








S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 41

Buku Peraturan Sekolah

Lampiran







































S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 42

Buku Peraturan Sekolah









































S.M.K. TAN SRI HAJI ABDUL AZIZ TAPA 43


Click to View FlipBook Version