PROJEK FERTIGASI 2021
TINGKATAN 1
GABUNGAN SUBJEK MENENGAH RENDAH
REKA BENTUK TEKNOLOGI GEOGRAFI
PENDIDIKAN JASMANI & MATEMATIK
PENDIDIKAN KESIHATAN
TEAM PBL SMKBJ 2021 PENGGERAK PEMBELAJARAN BERMAKNA Hak cipta PBL SMKBJ @ Unit Kurikulum 2021
PROJECT BASED LEARNING
(PBL) 2021
Projek FERTIGASI
Tingkatan 1
Senarai Kandungan
DEDIKASI PENGHARGAAN 1
BICARA PENYELARAS 2
GURU PENYELARAS 3
GURU PEMBIMBING 4
TEAM PBL 5
PENGENALAN PROJEK PBL SMK BUKIT JALOR 6
RPH GABUNGAN (ASAS) 7-8
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN 9 – 12
KETERANGAN PBL 13 - 20
LAPORAN BERGAMBAR 21 - 25
RUBRIK TAHAP PENGUASAAN 26
BORANG SENARAI SEMAK 27
LAPORAN RINGKASAN AKTIVITI 28
PBL
REKA BENTUK TEKNOLOGI 29 - 40
MATEMATIK 41 - 52
GEOGRAFI 53 - 66
PENDIDIKAN JASMANI & KESIHATAN 67 - 90
PENUTUP 91
Dedikasi Penghargaan
TEAM PBL SMK Bukit Jalor Tn. Syed Naseer bin Syed Mohideen
mengucapkan setinggi-tinggi Pengetua
penghargaan kepada Tuan Pengetua atas SMK Bukit Jalor
sokongan, bimbingan dan galakan kepada
kami dalam melaksanakan PBL Mock-up
Sistem Fertigasi Penanaman Cili ini bagi
subjek RBT dengan merentas kurikulum
subjek Matematik, Geografi dan juga
Pendidikan Jasmani & Pendidikan
Kesihatan.
~ TEAM PBL ~
Bicara Penyelaras Pn.Hjh.Normala Mohd Sharif
Penyelaras PBL
PROJECT-BASED LEARNING (PBL) adalah salah satu modul pengajaran SMK Bukit Jalor
dan pembelajaran dari rumah (PDPr) yang dihasilkan oleh kumpulan pelajar
menengah rendah dengan bantuan guru-guru yang komited di SMK Bukit Jalor.
Uniknya teknik pembelajaran PBL kali ini kerana ia merangkumi 4 elemen
merentasi kurikulum (EMK) iaitu RBT, Matematik, Geografi dan PJPK. Tidak
dinafikan, PBL yang dijalankan sepanjang PKP agak mencabar tapi berjaya
dilunaskan dengan cemerlang oleh kumpulan murid dan guru- guru yang
dipertanggunjawabkan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima
kasih kepada tuan pengetua, Tn.Syed Naseer Bin Syed Mohideen kerana memberi
peluang kepada kami untuk melaksanakan PBL ini. Ucapan terima kasih juga kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk
menjayakan PBL hingga menjadikan ia satu realiti. Syabas & setinggi - tinggi
tahniah kepada team PBL SMK Bukit Jalor 2021. Anda sungguh hebat!
Sesungguhnya segala yang baik daripada Allah SWT dan yang kurang baik
daripada kelemahan kami sendiri.
Sekian, Terima kasih.
Dari Pena Penyelaras PBL
SMK Bukit Jalor
2021
#JalorHebat
Guru Penasihat Team PBL
PN. SITI HAJAR BT MUHAMMAD ISA
GKMP TEKNIK & VOKASIONAL
PN. AZIZAH BT. TAMBY AHMAD
GKMP SAINS MATEMATIK
PN. NORLIZA BT. ISMAIL
GKMP KEMANUSIAAN
Guru Pembimbing Team PBL
PN. ZANARIAH BT ABD HAMID PN. NURFADZILAH BT FUZAI EN. ISMAIL BIN AZIZ EN. MUHAMAD SYARIF BIN SAKANI
GURU SUBJEK REKA BENTUK GURU SUBJEK MATEMATIK GURU SUBJEK GEOGRAFI GURU SUBJEK PEND.JASMANI &
TEKNOLOGI KESIHATAN
Membuat pengiraan Teknologi rumah
Membina mock-up isipadu hijau Pemakanaan sihat dan
sistem fertigasi seimbang
“Kaitan isu semasa dalam
“Mock-up memberikan murid “Penyelesaian masalah pembelajaran membolehkan “Jasmani yang sihat menghasilkan
peluang merasai pengalaman merupakan pendekatan murid lebih mengingati sesuatu pemikiran yang cergas”
menghasilkan produk.” terbaik dalam PdPr.” fakta.”
TEAM PBL SMK BUKIT JALOR 2021
BALQIS BT ABD AZIZ PUTERI ANUM BT MD.NOH
NUR ALISHA BT SUPANO (Pembentang Matematik) (Pembentang Geografi) AINI NADHIRAH BT NOR
(Pembentang RBT) (Pembentang PJPK)
TEAM CILI ALISYA
Pengenalan Projek PBL
Projek PBL SMK Bukit Jalor telah dimulakan pada awal tahun Januari 2021
semasa murid dibenarkan hadir ke sekolah. Projek ini kemudiannya, telah
disambung semasa kelas dijalankan secara atas talian.
Murid telah membina kumpulan mereka dan melaksanakan tugasan
masing-masing secara individu dan akhirnya tugasan tersebut digabungkan
menjadi tugasan berkumpulan dengan bimbingan guru pembimbing subjek
masing-masing.
Uniknya kali ini SMK Bukit Jalor telah membuat sedikit inovasi
dengan menggabung jalin pembelajaran tersebut merentasi kurikulum
mengikut kesesuaian DSKP subjek berkaitan iaitu RBT, Matematik, Geografi
dan PJ&PK.
Projek ini dimulai dengan proses membina mock-up atau model
struktur reka bentuk baharu bagi sistem fertigasi dalam subjek Reka Bentuk
Teknologi Tingkatan 1. Kemudian melibatkan pengiraan isipadu liter air yang
diperlukan untuk menyiram tanaman (Matematik), menyentuh tentang
teknologi rumah hijau (Geografi) dan akhirnya dikaitkan dengan kepentingan
pengambilan pemakanan yang sihat dan seimbang (PJPK) untuk kesihatan bagi
memastikan keperluan vitamin dan mineral dalam badan mencukupi.
RPH PBL
DSKP RBT TINGKATAN 1
DSKP MATEMATIK TINGKATAN 2
DSKP GEOGRAFI TINGKATAN 2
DSKP PJPK TINGKATAN 1
BAHAGIAN A: PERANCANGAN
MAKLUMAT GURU DAN MURID
Nama Kumpulan / Murid Team Cili Alisya
Nama Guru Pembimbing Puan Zanariah bt Abd.Hamid
Kelas Tingkatan 1UPM
Sekolah SMK Bukit Jalor
MAKLUMAT PROJEK
Mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT)
Tema Aplikasi Teknologi
Mata Pelajaran Lain (EMK) 1. Matematik 2. Geografi 3. PJK
Tempoh Pelaksanaan 3 Minggu
KANDUNGAN KURIKULUM
Standard Kandungan 5.1 Reka bentuk Sistem Fertigasi
Standard Pembelajaran 5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk
baharu sistem fertigasi
Objektif Pembelajaran Pada akhir penghasilan projek ini, murid dapat:
1. Membina model struktur fertigasi dengan menggunakan
pelbagai jenis bahan seperti botol kosong, penyedut
minuman, PVC dan kotak.
2. Menghasilan projek fertigasi penanaman cili.
Soalan Asas SOALAN KURIKULUM
Soalan Unit
Soalan Kandungan Apakah inovasi yang paling sesuai untuk mengaplikasikan teknologi tanpa tanah
dalam pertanian?
Fasa Perancangan
Apakah bahan-bahan yang diperlukan dalam membina mock-up bagi struktur
reka bentuk sistem fertigasi?
1. Apakah langkah-langkah dalam membina mock-up bagi sistem fertigasi?
2. Bagaimanakah menentukan mock-up yang baik dan sesuai?
3. Apakah maksud sistem fertigasi?
4. Apakah kelebihan sistem fertigasi berbanding sistem biasa?
5. Apakah kelemahan sistem fertigasi berbanding sistem biasa?
6. Apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan projek ini?
7. Bagaimanakah untuk menentukan pengiraan jumlah air yang perlu digunakan
dalam sistem fertigasi?
8. Adakah sistem fertigasi selamat dan tidak menyebabkan pencemaran?
9. Adakah hasil pertanian menggunakan sistem fertigasi ini baik?
10. Apakah yang telah kamu pelajari semasa menyiapkan projek ini?
PROSES PEMBELAJARAN
1. Guru memilih teras, fokus dan Standard Kandungan projek PBL.
2. Menentukan tugasan PBL yang sesuai dengan murid.
3. Menyediakan panduan lengkap untuk menyiapkan projek.
Fasa Pelaksanaan 1. Murid menyiapkan projek PBL dengan bimbingan guru-guru dan ibu bapa
(ahli keluarga).
Fasa Penilaian 2. Projek PBL dihantar dalam tempoh masa yang ditetapkan.
3. Murid membuat pembentangan tentang projek PBL yang
telah dilaksanakan.
Kaedah Pentaksiran 1. Guru memberikan skor Tahap Penguasaan (TP) mengikut
rubrik yang disediakan dalam bahan PBL.
1. Guru menyediakan senarai nama murid dan Tahap
Penguasaan murid.
Instrumen Pentaksiran yang 1. Senarai Semak
digunakan 2. Rubrik Pentaksiran
3. Video Penerangan hasil kerja murid
4. Produk PBL murid
Bahan Sumber yang digunakan (a) botol kosong (b) penyedut minuman
(c) PVC (d) kotak
(e) anak pokok cili (f) air
Artifak / Produk yang dihasilkan Mock-up sistem fertigasi
Video pembentangan murid
Pembentangan Hasil 1. Murid membentangkan hasil kerja bahagian masing-
Pembelajaran masing secara dalam talian menggunakan rakaman video.
BAHAGIAN B: PELAKSANAAN
Gambar / Penerangan Aktiviti
Fasa Perancangan 1. Guru menghantar makluman tugasan PBL kepada murid secara dalam
talian.
2. Murid menerima tugasan dan disarankan membuka youtube berkaitan
sistem fertigasi.
https://www.youtube.com/watch?v=lix-IOwStUA
3. Setelah murid belajar mengenai topik reka bentuk sistem fertigasi,
murid dikehendaki menyediakan mock-up reka bentuk sistem fertigasi
tersebut.
4. Guru memberikan panduan lengkap berkaitan langkah-langkah dalam
melaksanakan projek PBL.
5. Guru menetapkan tarikh mula dan tarikh hantar projek PBL.
6. Ibu bapa disaran untuk membantu murid menyiapkan tugasan PBL.
7. Ibu bapa disaran membantu anak mengambil gambar semasa proses
pelaksanaan PBL dan kemudian membantu membuat rakaman
pembentangan projek PBL.
Fasa Pelaksanaan Gambar / Penerangan Aktiviti
Fasa Penilaian
1. Guru membimbing murid.
2. Murid menyiapkan projek dengan bimbingan ibu bapa dan ahli keluarga.
3. Fasa pelaksanaan :
a) Langkah menyiapkan projek
1. Aktiviti penyediaan bahan mock-up
2. Aktiviti mengira isipadu air yang diperlukan oleh tanaman
3. Aktiviti mengumpul maklumat berkaitan rumah hijau
4. Aktiviti memilih dan mengenal pasti tanaman berkhasiat
b) Hasil Projek
1) Penghasilan mock-up
2) Penghasilan tanaman cili menggunakan sistem fertigasi
3) Penyelesaian masalah pengiraan isipadu
4) Video Pembentangan hasil kerja
c) Pembentangan PBL menggunakan rakaman video murid.
1. Murid menghantar gambar dan video berkaitan tugasan PBL.
2. Murid menghantar hasil projek (video pembentangan).
3. Guru membuat pentaksiran berdasarkan senarai semak dan rubrik Tahap
Penguasaan murid.
Gambar / Penerangan Aktiviti
Fasa Artifak / Produk 1. Mock-up sistem fertigasi
yang Dihasilkan
2. Tanaman Cili dengan Sistem Fertigasi
Instrumen/Rubrik
digunakan 3. Rakaman Pembentangan Hasil Kerja
SENARAI SEMAK PBL
Nama : Kelas :
Kriteria Aspek Penilaian Catatan
Rekabentuk Hasil Projek (Item projek)
Proses / Fasa Langkah Prosedur
Pelaksanaan (Senarai semua perkara
terlibat dalam pelaksanaan)
Aplikasi 1. Penyelesaian Masalah
(Kemahiran 2. Kemahiran Penerokaan
yang terlibat) 3. Kemahiran Berkomunikasi
4. Kemahiran Berfikir
Pengetahuan 5. Kreativiti
Persembahan
EMK
Bahan bukti
(mock-up, tanaman cili, gambar, rakaman video dan
sebagainya)
KOD KONSTRUK STANDARD PRESTASI
TAHAP TAFSIRAN KETERANGAN
PENGUASAAN
5.1.6 Kemahiran TP6 Berupaya menghasilkan Kreativiti dan
menghasilkan mock-up menggunakan keaslian produk
produk bahan terpakai.
Penerangan
penghasilan projek
secara sistematik
RUMUSAN
Refleksi Pembelajaran PENTAKSIRAN : Tahap Penguasaan Murid (TP)
1. NUR ALISHA BT SUPANO (TP6)
2. BALQIS BT ABD.AZIZ (TP6)
3. PUTERI ANUM BT MUHAMMAD NOH (TP5)
4. AINI NADHIRAH BT NORRIZAT (TP5)
KETERANGAN MURID: Setiap murid telah berpeluang merasai pengalaman
berbeza dan menunjukkan komitmen kerja berkumpulan yang baik semasa
menyiapkan tugasan masing-masing secara atas talian.
KEPENTINGAN PROJEK: Membina mock-up dengan kreativiti berasaskan
pengiraan jumlah isipadu air siraman yang tepat dengan menggunanakan barang
terpakai bertujuan menghasilkan medium penanaman secara fertigasi.
KESIMPULAN: Projek PBL yang dijalankan dapat memberi peluang kepada murid
mengintegrasikan empat subjek melalui satu tugasan dengan membolehkan
guru membuat penilaian dalam aspek yang berbeza.
1. DSKP RBT Tingkatan 1
Senarai Rujukan / 2. DSKP Matematik Tingkatan 2
Sumber yang digunakan 3. DSKP Geografi Tingkatan 1
4. DSKP PJPK Tingkatan 1
5. Buku Teks RBT Tingkatan 1
6. Buku Teks Matematik Tingkatan 2
7. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
8. Buku Teks PJPK Tingkatan 1
9. Laman Youtube https://www.youtube.com/watch?v=lix-IOwStUA
LAPORAN AKTIVITI BERGAMBAR
SUBJEK AKTIVITI GAMBAR
RBT
1. Proses membina mock-up dari awal hingga
akhir untuk sistem tanaman cili secara fertigasi.
MATEMATIK 2. Proses penyelesaian masalah dengan
GEOGRAFI mengira isi padu keperluan siraman tanaman
PJPK fertigasi.
3. Proses mencari bahan dan maklumat
berkaitan bagi memastikan bahan-bahan yang
digunakan bahan terpakai bagi
mengaplikasikan Teknologi Hijau.
4. Pemilihan makanan seimbang bagi
memastikan tubuh badan sihat dan kemudian
menterjemahkannya ke dalam sistem piramid
makanan.
GAMBAR AKTIVITI RBT
Membuat lakaran
Menghasilkan mock-up
GAMBAR AKTIVITI MATEMATIK
Mengukur Isipadu
Mengambil ukuran tinggi
Mengambil ukuran diameter
GAMBAR AKTIVITI GEOGRAFI
Mencari maklumat, mengumpul maklumat dan mempersembahkan maklumat
berkaitan Teknologi Hijau menggunakan slaid Power Point.
GAMBAR AKTIVITI PJPK
Mengenalpasti sayur-sayuran sihat Menglasifikasikan jenis makanan
sumber makanan berkhasiat mengikut keperluan menggunakan
piramid makanan
RUBRIK TAHAP PENGUASAAN
KESELURUHAN PROJEK
TAHAP PENGUASAAN HURAIAN KRITERIA
1 Menghasilkan mock-up dan membuat pengiraan keperluan siraman air.
2
3 Menghasilkan mock-up, membuat pengiraan keperluan siraman air dan
4 mengkaji Teknologi Hijau.
5 Menghasilkan mock-up, membuat pengiraan keperluan siraman air,
mengkaji Teknologi Hijau dan mengkaji kelebihan pemakanan sihat.
6
Menghasilkan mock-up, membuat pengiraan keperluan siraman air,
mengkajI Teknologi Hijau dan mengkaji kelebihan pemakanan sihat serta
menghasilkan pembentangan hasil tugasan.
Menghasilkan mock-up, membuat pengiraan keperluan siraman air,
mengkajI Teknologi Hijau dan mengkaji kelebihan pemakanan sihat serta
menghasilkan pembentangan hasil tugasan mengikut kreativiti dan asli.
Menghasilkan mock-up, membuat pengiraan keperluan siraman air,
mengkajI Teknologi Hijau dan mengkaji kelebihan pemakanan sihat serta
menghasilkan pembentangan hasil tugasan mengikut kreativiti dan asli
serta disampaikan dengan teratur, lancar dan menguasai keseluruhan
kandungan.
BORANG SENARAI SEMAK
Tarikh Pentaksiran : Tahap Penguasaan
Catatan : Tahap Penguasaan
Tarikh Pentaksiran
Catatan Tahap Penguasaan
Tarikh Pentaksiran :
Catatan : Tahap Penguasaan
Tarikh Pentaksiran
Catatan
Murid menggunakan borang senarai semak yang disediakan oleh guru untuk menentukan tahap
penguasaan kendiri dengan bimbingan ibu bapa.
LAPORAN AKTIVITI
Murid berbincang untuk melaksanakan tugasan dan kemudian melaksanakan tugasan bahagian
masing-masing.
Setiap tugasan dilaksanakan secara berturutan. Setelah tugasan individu pertama
diselesaikan iaitu setelah Nur Alisha berjaya membina mock-up, Balqish pula akan
menyambung tugasan dengan membuat pengiraan isi padu bagi mengira keperluan air untuk
digunapakai bagi menyiram tanaman fertigasi itu nanti.
Dalam masa yang sama juga, Puteri Anum akan memastikan semua bahan yang digunakan
adalah bahan terpakai dan tanaman tersebut juga bebas dari penggunaan racun. Puteri Anum
akan berusaha mendapatkan maklumat dan menyediakan bahan pembentangan berkaitan
Teknologi Hijau dengan menggunakan slaid Power Point.
Kemudian akhir sekali, Aini akan membuat pemilihan dan penentuan terhadap sayuran segar
dan sihat serta mengklasifikasikan makanan mengikut keperluan menggunakan piramid
makanan. Akhir sekali, setiap ahli kumpulan perlu membuat pembentangan terhadap hasil
kerja masing-masing.
Semasa pembentangan dijalankan, kemahiran komunikasi murid, kreativiti dan sifat
kepimpinan juga akan dinilai. Semua aspek dinilai oleh guru secara holistik mengikut keperluan
subjek masing-masing.
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
5.1.6 Membina mock-up atau model struktur reka bentuk baharu sistem fertigasi
ELEMEN TMK
• RBT – MATEMATIK
Bekas tanaman yang dipilih perlulah bekas berbentuk selinder
seperti botol mineral atau cawan plastik. Supaya nutrien dan air
dapat dibekalkan sepenuhnya kepada tanaman.
Jarak 1 meter diletakkan antara satu bekas dengan satu bekas
tanaman yang lain supaya tanaman selesa untuk proses
tumbesaran.
• RBT – GEOGRAFI
Sistem fertigasi ini sangat baik untuk menstabilkan suhu. Semakin
banyak sistem fertigasi dijalankan maka gas oksigen akan semakin
bertambah. Jadi peningkatan suhu dipermukaan bumi akan
semakin berkurangan.
• RBT- PEND.JASMANI & PEND.KESIHATAN
Penanaman cili dan sayur-sayuran dapat membekalkan serat dan
vitamin sangat baik untuk sistem tubuh manusia.
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN
SISTEM FERTIGASI
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN
SISTEM FERTIGASI
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN
SISTEM FERTIGASI
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN
SISTEM FERTIGASI
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN
SISTEM FERTIGASI
LANGKAH-LANGKAH PEMASANGAN
SISTEM FERTIGASI
HASIL PEMBENTANGAN MURID
Link youtube : https://youtu.be/Mfgtosl4yQ4
Rakaman video penerangan tentang mock-up yang dibina
ELEMEN MATEMATIK
DALAM FERTIGASI
6.4 Isi Padu Bentuk Tiga Dimensi