The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Berikut merupakan e-book bagi tugasan IIX1004 oleh kumpulan 2

Nama pensyarah : Dr. Sharifah Basirah binti Syed Muhsin
Tahun pengajian: 2022/2023
Semester: 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by iqbal hakim, 2022-05-29 10:55:05

PERANAN TASAWUF DALAM MENDEPANI PASCAMODEN

Berikut merupakan e-book bagi tugasan IIX1004 oleh kumpulan 2

Nama pensyarah : Dr. Sharifah Basirah binti Syed Muhsin
Tahun pengajian: 2022/2023
Semester: 2

Keywords: [In reply to Muhammad Iqbal Hakim bin Badrul Alam] Tasawuf, pascamodenisme, penyucian jiwa,tasawuf

PERANAN TASAWUF DALAM
MENDEPANI PASCAMODEN

IIP1004:PENGANTAR PENGAJIAN
USULUDDIN

NAMA PENSYARAH: Dr. Sharifah Basirah binti
Syed Muhsin

NAMA PELAJAR:
UMAR ABDUL AZIZ BIN AZHAR
MUHAMAD KHAIRUL NAJMI BIN ZAILANI
MUHAMMAD AIMAN BIN JAFFAR

HARIS BIN RUSHDAN
MUHAMMAD SOLEHUDDIN BIN JAMHARI
AHMAD KAMAL AMRI BIN AHMAD YATIM

HULAIF HILMI BIN HANIZAM
MUHAMMAD IQBAL HAKIM BIN BADRUL ALAM

Peranan tasawuf dalam mendepani
pascamoden

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT:

1.0: Pendahuluan 1

2.0: Apakah itu tasawuf? 2

3.0: Kepentingan tasawuf secara umum. 3-5

4.0: Apakah itu era pascamoden dan era-era sebelumnya? 6

5.0: Peranan tasawuf dalam menghadapi pascamoden: 7-8
5.1: Peranan tasawuf dalam menangkis pengaruh negatif penyebaran
maklumat.

5.2: Peranan tasawuf dalam mengukuhkan jati diri generasi moden. 9-10

5.3: Peranan tasawuf dalam membendung budaya hedonisme. 11-12

5.4: Peranan tasawuf dalam membentuk keluarga stabil. 13

5.5: Peranan tasawuf dalam membentuk sistem pemerintahan yang

bersih. 14-16

6.0 : Penutup 17

7.0: Rujukan 18

PENDAHULUAN

Tasawuf merupakan salah satu komponen yang
penting dalam agama di samping ilmu tauhid and
fiqh. Walaubagaimanapun, tipikalnya, masyarakat
umum khusunya masyarakat era pascamoden ini
sering terlepas pandang akan kepentingan tasawuf
dan praktisnya dalam kehidupan. Pada era ini,
kepentingna tasawuf sebenarnya perlu lebih
ditekankan daripada sebelum-sebelum ini. Hal ini
kerana umat islam sekarang dihujani dengan
pelbagai ancaman dalaman khusunya dari segi
pemikiran (ghazwul fikri) dan spiritual. Globalisasi
digital yang bermula pada era pascamoden ini
membawa banyak kelebihan bersama banyak
keburukan antara yang paling jelas ialah pengaruh
negatif Barat dan asimilasi ideologi dan uslub hidup
yang kontradik dengan islam seperti materialisme,
nihilisme dan hedonisme. Oleh disebabkan tasawuf
mempunyai banyak peranan pada era ini, kumpulan
buku ini akan menerangkan peranan-peranan
tersebut secara terperinci.

1

APAKAH ITU
TASAWUF?

Ilmu tasawuf pada era ini sudah diketahui ramai orang bahkan ada juga
sekolah-sekolah yang menjadikan ilmu tasawuf ini sebagai subjek yang harus
di pelajari. Hal ini kerana tasawuf memainkan peranan penting dalam
mendepani era pascamoden ini. Sebelum kita mengulas tentang peranan
tasawuf tersebut, kita perlu mengetahui takrif tasawuf itu terlebih dahulu.
Asal perkataan tasawuf ini sebenarnya tidak ada dalam mana-mana nas al-
Quran dan hadis.

Mengikut pandangan mufti wilayah asal usul perkataan tasawuf ini berasal
dari pelbagai kata akar iaitu al-sifat (mengisi diri dengan sifat terpuji), Al-suf
(pakaian yang diperbuat dari bulu binatang yang menjadi pakaian ahli
tasawuf ketika dahulu serta merupakan syiar bagi orang yg zuhud) dan Al-
safa’ (yang bermaksud suci).

Dari segi istilah tasawuf juga terdapat pelbagai pandangan. Antara
pendapatnya adalah Ibn ‘Ajibah menyatakan bahawa tasawuf ialah jalan
untuk mencapai kesempurnaan batin kepada raja bagi segala raja iaitu Allah.
Menurut Syeikh Ahmad Zarruq tasawuf ialah ilmu untuk memperelokkan
hati dan memberi fokus hanya untuk Allah. Akhir sekali Syeikh Muhammad
Amin Al-kurdi: tasawuf adalah cara untuk mengetahui kebaikan dan
keburukan jiwa, cara membersihkan hati dan mengisinya dengan sifat-sifat
yang baik. Ringasnya tasawuf ini adalah ilmu dan amal yang dapat
menyucikan hati dan jiwa manusia bagi mencapai redha Allah SWT.

2

KEPENTINGAN TASAWUF
DALAM AGAMA SECARA UMUM

Tasawwuf adalah sebahagian daripada agama Islam yang tidak boleh
dipisahkan oleh mana-mana individu muslim kerana berdasarkan sebuah
hadith Rasulullah S.A.W yang menceritakan tentang pertanyaan Jibril a.s
tentang Islam, Iman dan Ihsan sehigga kemudiannya baginda S.A.W bersabda
kepada para sahabat “Ini adalah Jibril as, ia datang kepada kamu untuk
mengajar tentang agamamu” menjadikan maqam Ihsan sebagai “Din” cara
hidup dan merupakan salah satu rukun agama yang tiga.

Dalam hadith Nabi S.A.W ini disebut “An Ta’budallah” bermaksud: “Kamu
menyembah atau beribadat kepada Allah”. Beribadat kepada Allah, tentulah
berdasarkan kepada Iman dan Islam. Ini bermakna, ibadah itu merupakan
penghayatan ilmu tauhid dan feqah. Menurut Hadith tersebut , ibadah itu
jika dapat ditingkatkan sehingga mendapat pengalaman rasa seakan-akan
atau seolah-olah melihat atau menyaksikan hakikat Allah, maka pengalaman
rasa seakan-akan melihat Allah itulah ihsan yang dikenali sebagai Tasawwuf
atau Tariqah. Oleh sebab itulah, maka ilmu Tasawwuf atau Tariqah dianggap
sebagai ilmu rasa (ilmu zauqi) yang mana menurut Imam Ghazali r.a., tidak
dapat dicapai dengan jalan mendengar atau ta’lim seperti ilmu-ilmu yang
lain kecuali dengan zauq dan suluk sahaja. Apabila ibadah itu telah sampai ke
peringkat zauq, maka ibadah itu akan bertukar menjadi ubudiyyah.

Seorang penulis Islam yang terkenal iaiu Syeikh Ahmad Asy-Syarbashi
yang juga merupakan salah seorang tenaga pengajar di Al-Azhar Asy-Syarif
telah menyebut di dalam majalah Al- Ishhah Al-Ijtimaie di bawah tajuk;
Akhlak di Sisi Kaum Sufi. Setelah beliau memperkatakan tentang Tasawwuf,
taarif serta asal usulnya, beliau menyebut: “Aku yakin dan berpegang bahawa
hakikat Tasawwuf” yang sempurna adalah martabat Ihsan yang telah
digariskan oleh Rasul Islam Sayyidina Muhammad ‘alaihisshalatu wassalam
dalam hadis Jibril iaitu ketika baginda mengatakan:

3

‫الإحسان أن تعبد الله كأنك تراه فإن لم تكن تراه فإنه يراك‬

Gerakan tariqah mempunyai peranan dan pengaruh yang mendalam
dalam dakwah Islam di Malaysia semenjak dahulu hingga kini. Dengan
metod, kaedah dan uslub yang khusus untuk merealisasikan tawhid hakiki
melalui kalimah syahadah La Ilaha illa Allah dan Muhammad Rasulullah
S.A.W., ahli tariqah menghayati rahsia tawhid hingga ke darjat maqam al-
ihsan, sejajar dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Ihsan itu, hendaklah kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu
melihatNya, sekalipun kamu tidak dapat melihatNya, maka sesungguhNya
Dia melihat mu.”

Ilmu usuluddin dan Ilmu feqah kesempurnaannya adalah dengan Ilmu
Tasawwuf. Ilmu usuluddin untuk mengesahkan Iman.Ilmu feqah untuk
mengesahkan Amal manakala Ilmu Tasawwuf untuk menjernihkan Iman dan
Amal. Kalau alim Ilmu usuluddin, Ilmu feqah tetapi tidak ada Ilmu Tasawwuf
tidak beramal seperti bersifat dengan sifat riya’, ‘ujub,takabbur, mencari ‘aib
orang lain,mencari kelemahan orang, dan mencari kesalahan orang maka
tidak sempurna imannya dan islamnya.

‫مقام الإحسان شرط لكمال الإيمان والإسلام‬
Maqam Ihsan merupakan SYARAT bagi kesempurnaan Iman dan Islam.

Walaupun maqam Ihsan merupakan pelengkap dan penyempurna Iman
dan Islam namun harus diingat untuk menceburi di dalam bidang Tasawwuf
mestilah terlebih dahulu melalui ilmu syariat yang terdiri daripada Feqah
dan Usuluddin. Dikhuatiri apabila seseorang terus berada di dalam bidang
Tasawwuf tanpa mengetahul ilmu syariat dan beramal dengannya maka ia
boleh membahayakan dirinya kerana akan tertipu dek kerana berasa tinggi
akan ilmu dan amalnya tanpa perlu melalui syariat dan juga telah merasa
kelazatan di dalam Tasawwuf yang membuatkannya malas untuk melalui
perjalanan ilmu Syariat yang dituntut supaya mempelajarinya. Dikhuatiri dia
terperangkap dengan tipu daya syaitan bahawa merasakan amalannya itu
diterima oleh Allah S.W.T. Di sinilah pentingnya ilmu Syariat sebagai kayu
ukur untuk mengetahui dan menilai sama ada amal ‘ibadat kita itu sah di sisi
Allah S.W.T ataupun tidak.

Dan diketahui daripada demikian itu, bahawa Tasawwuf adalah Ihsan yang
disebut di dalam hadith Jibril ‘Alaihi as Salam sebagaimana sabda Rasulullah
S.A.W: ((Ihsan ialah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya,
jika kamu tidak melihatNya maka sesungguhnya Dia melihatmu)).

4

Maka sesungguhnya Ihsan itu disebut selepas Islam dan Iman, dan pada
demikian itu berkata oleh al-Imam Ahmad bin Abi Bakar bin Sumait “dan
adapun Tasawwuf itu maka tidak dianggap seseorang itu sebagai ahlinya
tanpa dia faqih (di dalam ilmu Syariat), dan sesungguhnya Syari’ (Allah) telah
menerangkan Islam dan Iman dahulu sebelum Ihsan sebagaimana yang telah
disebutkan di dalam hadith Jibril ‘alaihi as-Salam maka jadilah di dalam
menuntut ilmu juga seperti yang demikian itu (yakni mempelajari Ilmu
Islam iaitu Feqah dan Ilmu Iman iaitu Tauhid dahulu daripada Ihsan iaitu
Ilmu Tasawwuf). Telah berkata oleh Imam al-Ghazali “Sesiapa yang berilmu
kemudian bertasawwuf maka dia telah berjaya, dan sesiapa yang bertasawwuf
sebelum menjadi faqih maka membahayakan akan dirinya.”

5

APAKAH ERA PRAMODEN, MODEN DAN
PASCAMODEN?

Kehidupan di bumi ini telah melalui 3 zaman atau era. 3 era tersebut ialah
era pra-moden, moden dan pascamoden. Maksud era pra-moden mengikut
kamus dewan edisi ke-4 ialah zaman sebelum berlaku zaman moden di mana
ketika itu sedang berlaku peperangan dunia yang pertama. Era moden ialah
satu zaman sejarah manusia yang bermula setelah tamatnya perang dunia
pertama dan diakhiri dengan kedatangan revolusi digital. Era moden
terbahagi kepada dua iaitu zaman moden awal yang bermula pada 1400-an
sehingga 1700-an dan zaman moden akhir pada 1700-an hinggalah 1900-an.
Akhir sekali ialah era pascamoden. Pascamoden adalah gabungan dari dua
perkataan iaitu pasca (selepas) dan moden (pembaharuan). Zaman yang
terkini adalah pascamoden. Ini menunjukkan bahawa zaman moden telah
berakhir. Menurut Michael Koehler dalam kajian beliau, kemunculan awal
era pascamoden bermula sekitar tahun 1970.

6

5.0: PERANAN TASAWUF PADA ERA
PASCAMODEN INI

5.1: Menangkis pengaruh negatif penyebaran maklumat.

Merupakan satu pengetahuan am bahawa kita hidup dalam satu era di
mana maklumat tersebar pada kadar ekstrem dari sudut liputan dan
kepantasan. Dari televisyen ke telefon bimbit, dari media cetak ke media
eletronik dan media sosial ditambah dengan akses mudah terhadap gajet-
gajet eletronik, kita dibanjiri dengan lautan maklumat sepanjang waktu.
Malangnya, sebahagian besar maklumat dan penggunaan media membawa
penagruh negatif terutamnaya kepada golongan muda. Contohnya, akses
kepada laman sesawang poronografi, kepada platform media sosial yang
mempromosikan hiburan dan gaya hidup individu atau kelompok penghibur
dari dalam atau luar negara memberi kesan buruk terhadap bukan sahaja
perlakuan bahkan corak pemikiran mereka sendiri. Tambahan pula, pelbagai
bentuk kemudahan yang ditawarkan menyebabkan ramai individu yang
mengalami ketagihan berinteraksi dengan platform-platform media sosial
seperti Youtube, TikTok dan Instagram. Hal ini menyebabkan masa mereka
banyak terbuang seterusnya menjadikan kehidupan harian mereka sia-sia
selain dengan mudah terjebak dalam perkara yang dilarang syarak.

Sehubungan dengan arus pengaruh dan faktor luaran yang semakin
membarah ini, umat islam memerlukan kepada faktor-faktor yang dapat
menahan dan mencegah pengaruh penyebaran maklumat pada era
pascamoden ini. Selain daripada faktor luaran seperti pengawasan dan faktor
persekitaran yang positif, faktor dalaman memainkan peranan yang amat
penting bagi menjamin seseorang itu tidak terjebak dalam masalah ini. Di
sinilah di mana tasawuf sebagai pendidikan hati dan praktis spiritual
memainkan peranannya melalui pelbagai cara contohnya melalui maqamat
tasawuf seperti tawbah (taubat), sabr (sabar), muhasabah (muhasabah) dan
khawf (takut).

7

Praktis ini dapat menahan seseorang daripada terjebak dalam perkara yang
secara jelas buruk seperti menahan pemuda dari melayari laman pornografi
dan rancangan hiburan yang tidak bermoral disebabkan faktor khawf dan
juga membantu mereka untuk menahan diri daripada melakukan perkara
tersebut melalui sabr (sebagaimana yang kita tahu bahawa kesabaran itu
bukan hanya sabar dalam menghadapi musibah tetapi juga dalam menahan
diri dari maksiat dan konsisten dalam melakukan ketaatan). Selain itu, ia juga
dapat mendidik seseorang untuk menjauhi perkara-perkara buruk yang
sering dilepas pandang seperti hanya membuang waktu pada platform-
platform yang tidak membawa manfaat. Hal ini kerana melalui praktis
tasawuf (muhasabah) seseorang itu lebih menghayati hakikat hidup yang
sementara lalu bergegas melakukan kebaikan.

Pendeknya, disebabkan pengaruh penyebaran maklumat kini, umat islam
sangat memerlukan kepada ilmu dan praktis tasawuf lebih daripada
sebelumnya kerana ancaman yang meruncing terhadap umat islam kini
datang secara utamanya dari sudut spiritual dan mental bukan lagi fizikal.
Maka, sememangnya wajar bagi kita untuk mengukuhkan sudut dalaman kita
dengan tasawuf supaya ancaman dan apa sahaja pengaruh yang negatif dapat
dihadapi dan agar akal umat islam tidak tercemar dan dinodai najis-najis
maksiat yang datang dari penyebaran maklumat.

8

5.2: Mengukuhkan jati diri generasi moden.

Mempraktikkan tasawuf dalam kehidupan amatlah penting khusunya bagi
membangunkan nilai-nilai akhlak masyarakat kini yang semakin pudar.
Tasawuf adalah ilmu penting yang perlu diamalkan oleh setiap umat Islam
bagi memastikan nilai-nilai akhlak dapat diterapkan dalam generasi kini dan
mengelakkan nilai-nilai ini terhakis . Hal ini sejajar dengan konsep tasawuf
menurut Abu Bakar Al-kattani iaitu Tasawuf ialah akhlak dan sesiapa yang
menambahkan kepada kamu akhlak sesungguhnya ia menambahkan
Tasawuf mu. Manakala, konsep Tasawuf menurut Abu Muhammad Al-Jariri
ialah masuk kepada semua akhlak yang tinggi dan keluar daripada semua
akhlak yang rendah. Berdasarkan kedua-dua tokoh tersebut, dapat
disimpulkan bahawa konsep Tasawuf adalah untuk mebangunkan akhlak
setiap umat Islam yang mempelajari dan mengamalkannya.

Keunggulan umat Islam salah satunya adalah pada ilmu Tasawuf ini.
Dengan bertasawuf yang merupakan suatu kekuatan dalaman untuk
mempertebal iman, tauhid, ladang amal, membersihkan hati dan jiwa, serta
untuk memperkuat Ihsan suatu cara untuk lebih mengenal Allah dan
mencari keredhaan-Nya semata-mata maka secara tidak langsung akan
meningkatkan akhlak yang mulia (‫)أخلاق الكريمة‬. Adapun ciri seorang sufi
menurut Imam Nawawi ada lima, iaitu: (1) menjaga kehadiran Allah dalam
hati pada waktu ramai dan sendiri, (2) mengikuti sunnah Rasulullah SAW
dengan perbuatan dan kata, (3) menghindari ketergantungan kepada orang
lain, (4) bersyukur pada pemberian Allah meski sedikit, (5) selalu merujuk
masalah kepada Allah SWT.

Akhlak amat dititikberatkan oelh Rassulullah S.A.W. disamping baginda
adalah ikutan dan contoh akhlak yang terbaik. Seperti firman Allah S.W.T.:

‫لقد كان لكم في رسول لله أسوة حسنة لمن كان يرجوا الله واليوم الأخر وذكر الله كثيرا‬
(Surah Al-Ahzab: 21)
Maksudnya: Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang
baik bagimu iaitu bagi mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Berdasarkan Tafsir Ibn Kathir bahawa ayat yang mulia ini adalah pokok
yang agung tentang mencontoh Rasulullahdalam berbagai perkataan,
perbuatan, dan perilakunya.

Selain itu juga, tasawuf dapat mendidik kita untuk sentiasa memiliki budi
pekerti yang baik dalam diri. Sikap budi pekerti yang utuh dalam diri inilah
yang akan selalu mengutamakan sikap bertimbang rasa antara sesama
manusia apabila kita menghadapi suatu masalah dalam kehidupan. Dengan
ini juga, kita mampu terhindar daripada melakukan perbuatan-perbuatan
yang tercela menurut ajaran Islam.

9

Jelaslah bahwa, ilmu tasawuf dan sufi adalah merupakan salah satu ilmu
dalam agama Islam yang sangat halus dan mendalam yang mampu
menembus dalam hati serta susah untuk diajarkan dan diterangkan secara
konkrit. Hal ini bukan bererti tidak dapat dibuktikan secara ilmiah namun
seseorang yang memiliki kebersihan hati dan kecerdasan yang luar biasa
yang mampu mecahkannya. Sebab "Al-Islaamu 'ilmiyyun wa 'amaliyyun,
(Islam adalah ilmiah dan amaliah)" (HR Bukhari).

10

5.3: Membendung budaya hedonisme.

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kemunculan ilmu tasawuf ini
memberikan impak yang besar dalam diri setiap individu kerana ia
mengajarkan nilai-nilai yang positif untuk mengubah diri kearah yang lebih
baik. Tasawuf ini juga secara spesifiknya menggambarkan sesuatu ilmu yang
mampu membimbing dan mengajar kita kaedah yang sebenar untuk
membersihkan hati kita daripada penyakit hati yang sangat menggugat
keimanan kita kepada Allah SWT. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tasawuf
ini berpotensi untuk mengubah diri individu kearah yang lebih baik seperti
membantu individu merasakan dirinya dekat dengan kepada Allah SWT dan
melahirkan perasaan khusyuk dalam melakukan apa jua ibadah yang
diperintahkan Allah.

Tidak dilupakan juga bahawa apabila kita berbicara ataupun berdiskusi
mengenai tasawuf ini,ia sangatlah berkait rapat dengan dengan ‘hati’ manusia
kerana kita sedia maklum bahawa baik buruknya seseorang itu bergantung
kepada hatinya.Ini bertepatan dengan hadis Nabi SAW ,’Ingatlah,bahawa di
dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging.Jika ianya baik maka baiklah
seluruh perbuatannya dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh perbuatannya.
Ingatlah,daging itu adalah hati’ (H.R Bukhari dan Muslim).

Ini menggambarkan kepada kita bahawa hati itu memainkan peranan
yang penting dalam menentukan individu mempunyai perilaku yang baik
atau sebaliknya.Justeru itu dengan kehadiran ilmu tasawuf ini sangatlah
membantu dalam pembersihan hati dan mengembalikan kemulian individu
itu apatah lagi ia sangat diperlukan oleh setiap masyarakat yang hidup pada
era pascamoden yang penuh dengan mehnah keruntuhan moral dan
cintakan dunia yang fana’ ini.Sudah terang lagi bersuluh bahawa peranan
tasawuf pada era pascamoden ini yang boleh kita ketengahkan disini adalah
menjadi wadah untuk mengembalikan semua lapisan masyarakat kearah
yang lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan segala
yang telah diperintahkan Allah dan meninggalkan segala kemungkaran.

Hal yang demikian kerana apabila semua lapisan masyarakat mengambil
cakna tasawuf ini di dalam diri mereka nescaya mereka akan merasakan
perubahan yang drastis terhadap diri mereka disamping merasakan ketengan
hati yang luar biasa yang sukar untuk diterjemahkan melalui kata-kata.Ini
merupakan anugerah dari Allah kepada hamba-Nya yang mencari
ketenangan dan keredhaan Allah SWT semata-mata.Disini kita tidak nafikan
bahawa era pascamoden ini merupakan era yang penuh pancaroba dan
mehnah kerana begitu banyak kemanisan dunia yang semakin mengaburi
‘mata’ masyarakat dan demikian sudah pastinya akan menjadi sukar untuk
lapisan masyarakat untuk berubah kearah yang lebih mendekatkan diri
kepada Allah dek kerana termakan dengan tipu daya duniawi.

11

Di samping itu juga kita dapat lihat bahawa pelbagai budaya yang dibawa
dari barat seperti budaya hedonisme ini semakin merosakkan masyarakat
tambahan lagi anak muda yang senantiasa memikirkan keseronakan dengan
berfoya-foya melakukan pelbagai kemungkaran dengan jelas tanpa perasaan
malu.Perkara ini sangatlah merisaukan semua pihak kerana anak muda inilah
merupakan ikon negara suatu hari nanti. Justeru itu,kerosakan demi
kerosakan ini perlu dibanteras dengan mempelajari ilmu tasawuf dan
memparaktiknya dalam diri semua masyarakat untuk membersihkan diri
dari maksiat demi mendekatkan diri kepada Allah dalam usaha menempuh
onak duri pada era pascamoden ini.Diingatkan juga bahawa tasawuf ini
sangatlah melatih masyarakat untuk mengubah diri kearah yang lebih baik
akan tetapi jika hanya mengiyakannya tanpa usaha untuk memperbaiki diri
maka ia hanya seperti ‘angin sepoi-sepoi,’ yang berlalu pergi begitu saja dan
sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum
itu sendirilah yang berusaha untuk mengubah dirinya.

12

5.4: Membentuk keluarga yang stabil.

Keluarga adalah suatu organisasi kecil dalam sebuah masyarakat dan
negara. Bagi anak-anak, keluarga adalah tempat bermulanya pendidikan
akhlak, sebelum mereka memasuki alam persekolahan. Apabila nilai-nilai
akhlak diberikan perhatian yang tinggi dalam sebuah keluarga, maka akan
lahirlah situasi yang sangat menguntungkan anak-anak dan anggota keluarga
lainnya. Suasana keharmonian dalam keluarga dapat diwujudkan apabila
sebuah keluarga mengutamakan akhlak yang tinggi dalam aktiviti seharian.

Al-Quran dan al-Hadis menganjurkan sikap sopan santun dalam keluarga
adalah suatu yang lengkap dan sempurna. Berikut adalah contoh dari al-
Quran tentang adab sopan seorang anak terhadap kedua orang tuanya: “Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepada Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai
kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau
berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”,
dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah
kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan-santun). Dan
hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan
kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai
Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka
telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa
kecil.” (Surah al-Isra’ (17): 23-24).

Sehubungan dengan ayat di atas, terdapat sepotong hadis yang menyeru
kepada berkasih saying sesama ahli keluarga di rumah mahu pun di luar
rumah agar interaksi yang baik antara golongan tua dengan muda
berkekalan: “Bukanlah daripada kalangan kami orang yang tidak menyayangi
orang yang lebih muda daripada kami dan menghormati orang yang lebih
berusia daripada kami.” (HR Tirmizi: 1919).

Di samping hubungan anak dengan orang tuanya dalam keluarga, al-
Quran dan al-Hadis juga menggalakkan hubungan timbal balik yang baik di
antara suami dan isteri untuk mewujudkan suasana kekeluargaan yang penuh
dengan kasih sayang.

Konklusinya, dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan faktor yang
besar untuk membentuk keluarga bahagia dan harmoni. Setiap ibubapa
perlulah untuk menerapkan akhlak yang mulia dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi dan elaklah sikap-sikap mazmumah yang boleh merosakkan
hubungan kekluargaan.

13

5.5: Membentuk sistem pemerintahan islam yang bersih.

DEFINISI NEGARA ISLAM
Menurut Dr. Abdul Karem Zaidan dalam bukunya Usul al- Dakwah, negara

Islam ialah negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan dan
pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang bersumberkan al-Quran
dan Hadis serta itihad yang benar. Pemerintahan Islam in wajib dilaksanakan
untuk menegakkan undang-undang Allah s. w.t., merealisasikan keadilan dan
kesaksamaan serta melaksanakan kebajikan. Syariat Islam yang dilaksanakan
sepenuhnya ini akan menjamin kesaksamaan serta kebajikan ummah sejagat.
Madinah al-Munawwarah yang dibangunkan sebagai sebuah negara Islam
oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat telah membuktikan kesempurnaan
Islam yang mengangkat keadilan dan kesaksamaan dalam system
pentadbiran tapa mengira kaum, bangsa, dan agama.

PRINSIP NEGARA ISLAM
Asas pemerintahan Islam berdasarkan al-Quran dan Hadis. Allah s.w.t.

adalah pemilik mutlak kuasa dan undang- undang, sementara manusia
diamanahkan untuk menjalankan pemerintahan sebagai khalifah Allah s.w.t.
di muka bumi ini. Madinah al-Munawwarah merupakan kota pertama dalam
pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Pemerintahan
baginda diteruskan oleh Khulafa' ar- Rasyidin dan semakin berkembang las
pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah dan dikuti oleh kerajaan-
kerajaan Islam selepasnya. Pemerintahan Islam ini dibina atas prinsip:

1.Musyawarah: (as-syura)
Sama ada dalam menentukan pelantikan ketua negara mahupun dalam
bidang-bidang lain yang memerlukan keputusan yang muktamad.

2.Keadilan: (al-'adalah)
Bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya, iaitu member sesuatu
kepada orang yang berhak sahaja. Keluasan daerah keadilan ini mencukupi
pelaksanaannya dalam semua bidang kehidupan seperti pemerintahan,
penghakiman, hak dan tanggungjawab untuk memelihara agama, nyawa, akal
fikiran, keturunan, dan harta benda.

3.Kebebasan: (al-hurriyyah)
Berasaskan kebebasan yang tidak terkeluar daripada batas-batas yang
ditentukan oleh Allah s.w.t.

4. Persamaan: (al-musawah)
Mengiktiraf semua manusia adalah sama dari segi hak dan tanggungjawab.

14

MATLAMAT NEGARA ISLAM

Pembentukan negara Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis dan
berpaksikan tauhid kepada Allah s.wt adalah untuk merealisasikan matlamat
yang berikut:

1.Menegakkan perundangan dan hukum Allah s.w.t.
Hukum Allah s.w.t. tidak dapat dilaksanakan tapa kuasa pemerintahan.
Undang-undang sahaja tidak memadai untuk membaiki masyarakat. Oleh
sebab itu, kita memerlukan kuasa pelaksana yang teas dan jelas bagi
memastikan tercapainya matlamat hukum tersebut.

2.Merealisasikan keadilan.
Prinsip keadilan merupakan prinsip utama dalam Islam bagi menjamin
kesaksamaan, keamanan, dan kesejahteraan umat manusia. Dalam
melaksanakan sebarang penguatkuasaan dan hukuman, pemerintahan Islam
mestilah berlaku adil dan mementingkan kebaikan Bersama yang
berdasarkan prinsip-prinsip syariat.

3.Melaksanakan kebajikan.
Melalui kuasa pemerintahan, kebajikan rakyat akan terbela dengan adanya
pelbagai perancangan dan perlaksanaan hak- hak mereka seperti mendapat
pendidikan dan keperluan- keperluan asas yang lain. Pentadbiran dan
pengurusan pemerintahan Islam yang amanah dan bertanggungjawab akan
memastikan pelaksanaan kebajikan ini dapat dicapai di semua peringkat
sama ada individu, masyarakat, dan negara, tapa mengira kaum, agama, dan
bangsa.

4.Mencapai kebahagiaan.
Pemerintahan Islam berperanan untuk memastikan rakyat mencapai
kebahagiaan dunia dan akhirat. Ini sesuai dengan konsep negara yang baik,
iaitu negara yang makmur dan mendapat keredaan Allah s.w.t.

15

CIRI-CIRI NEGARA ISLAM

Pemerintahan Islam diasaskan kepada ciri-ciri yang berikut:

1.Berdasarkan al-Quran dan Hadis
Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a. W., baginda hanya merujuk kepada
wahyu Allah dalam melaksanakan pemerintahannya. Baginda juga
mewujudkan Majlis Syura yang dianggotai oleh para sahabat yang
berkelayakan dan berwibawa. Manakala, pada zaman selepas Baginda,
amalan ini tetap diteruskan, bahkan diluaskan lagi dengan adanya Hadis,
ijmak ulama, dan qias.

2.Melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
Ajaran Islam menganjurkan kebaikan dan mencegah segala kemungkaran.
Oleh itu, sebuah negara Islam mestilah menjalankan tanggungjawab tersebut.

3.Mewujudkan keamanan dan kesejahteraan
Negara diibaratkan sebagai sebuah keluarga yang besar yang memerlukan
kepada kepemimpinan yang baik bagi memastikan kesejahteraan hidup.
Oleh itu, negara Islam perlu melaksanakan tuntutan tersebut bag menjamin
hak- hak individu dan masyarakat yang bernaung di bawahnya.

4.Jaminan kebebasan hak asasi
Kebebasan rakyat untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, hak
untuk mencari harta, bersuara, dan memberi pendapat perlu dijamin selagi
tidak mengganggu ketenteraman awam.

5.Ketua negara yang adil dan beriman
Pemilihan ketua negara perlu melalui Majlis Syura. Pemilihan in mestilah
berasaskan ketakwaan kepada Allah s.w.t. serta mempunyai ilmu dan
kemampuan dalam melaksanakanpemerintahannya.

6.Majlis Syura sebagai asas pemerintahan
Pemerintahan Islam tidak dijalankan oleh seorang ketua sahaja, malah
dibantu dan ditadbir bersama dengan para ilmuan Islam yang berwibawa.
Majlis Syura berperanan penting dalam mengurus dan mentadbir negara
dengan berdasarkan al-Quran dan Hadis.

16

Melahirkan sebuah negara Islam dan pemerintahan yang bersih
merupakan perkara yang besar. Ia memerlukan pelbagai komponen dari
pelbagai sudut untuk direalisasikan seperti sudut politik, ekonomi dan sosial.
Walaubagaimanapun, perlu kita ingat bahawa di samping gerakan-gerakan
tersebut dalam pelbagai bidang, kita memerlukan individu terutamanya
pemimpin yang murni akhlak dan suci jiwa untuk memikul amanah
pemerintahan negara kerana tanpanya akan lahir pemimpin yang khianat,
melakukan kerosakan dan menggalakkan kemungkaran.

Kesannya akan meletus konflik dan sesebuah pemerintahan itu akan
menjadi kacau bilau dan runtuh dari dalam.

PENUTUP

Rumusannya, tasawuf memainkan banyak peranan penting terutamanya
dari sudut sosial. Peranan tasawuf dapat dilihat dari dua sisi iaitu menghalang
kerosakan dan membaiki masalah dalaman seseorang. Tasawuf perlu
dipraktikkan oleh golongan millenial bagi mengelakkan rosak jati diri dan
mental muslimin justeru mengelakkan runtuhnya islam dari dalam.

Praktis tasawuf pada era ini relevan kepada semua peringkat masyarakat,
dari rakyat kepada pemimpin kerana ia dapat membantu mengembangkan
pengetahuan agama dari teori kepada praktis serta membawa praktis agama
ke dimensi yang lebih mendalam di mana setiap muslim akan lebih
menghayati agama dan melihatnya dari skop yang dapat menolak mereka
mempraktikkan nilai yang diajarkan agama dari peringkat individu ke
peringkat kolektif.

Ingatlah bahawa tanpa tasawuf dan pemurnian akhlak maka tidak akan
sempurna agama ini kerana tasawuf merupakan sebahagian daripada agama
selain dari ilmu aqidah dan fiqh. Tanpanya akan berlaku kerosakan dan
kemungkaran dan dari sudut umum umat Islam akan dilihat sebagai umat
yang tidak bertamadun kerana akhlak dan tingkah laku merupakan kayu
ukur utama ketamadunan dan peradaban tambah lagi ia merupakan sebab
sesebuah institusi masyarakat itu dihormati dan disegani.

17

RUJUKAN
1. Ramlan Ahmad & Nor Aishah Raduan (2002). Tasawwur Islam Tingkatan
4. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn Bhd.
2. Al- Ghazali (2011). Mukhtasar ihya' ulumiddin (Terj. Ibnu Yasin). Johor
Bahru: Perniagaan Jahabersa.
3. Mashira Yahaya (2015). Kesan Bimbingan Muhasabat al-Nafs (E-MAN)
Terhadap Pelajar Salah Laku (Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan).
Penang: Universiti Sains Malaysia
4. https://muftiwp.gov.my/en/artikel/al-afkar/4094-al-afkar-86-definisi-
tasawwuf.
5. Nurul Fathonah binti Mohd Effendy, Perkembangan Pascamodenisme,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
6. Imam Nawawi (620H-675H/1223-1278M), Al-Maqasid At-Tawhid.
7. Tafsir Ibn Kathir, ms 461, Jilid 6, terjemahan Dr Zulkifli Albakri.
8. Zakaria Stapa. 1995. Akhlak & Tasawuf Islam. Kuala Lumpur: Berita
Publishing Sdn. Bhd. 1993.
9.Mohamad Kamal bin Abb. Aziz (2021). Era Modenisme dan Pascamodenisme:
Suatu Transformasi Seni Visual dalam Konteks Sosio-Budaya. International
Journal of Art & Design. Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka.

10.Che Zarrina Saari & Sharifah Basirah Syed Muhsin (2012). Cadangan Model
Psikoterapi Remaja Islam Berasaskan Konsep Tazkiyah al-Nafs. Jurnal
Usuluddin. Universiti Malaya.

18


Click to View FlipBook Version