BUKU CERITA KANAK-KANAK
SAYAKUAT
NAK JADI
Hong Jia Jing
01
Selamat berkenalan, kawan-kawan.
Saya ialah Ah Bu. Saya ada satu
cerita ingin bagi tahu kepada kawan-
kawan semua. Satu cerita tentang
keyakinan dan keberanian. Saya amat
berharap cerita saya ini boleh
dijadikan pengajaran kepada kamu
semua.
Hai!
02
Saya berasa sedih.
Mak, Ayah, Atuk, dan Along suka
mengatakan saya: “Ah Bu, kamu ni
perlu makan banyak sikit, barulah
boleh jadi orang yang tinggi nanti.”
Pak Cik dan Mak Cik pun suka
bergurau dengan saya: “Tengok, kamu
pendek lagi daripada Along.”
aHaHa
HaH Ha...
03
Saya ingin menjadi kanak-kanak yang
tinggi.
“Nyam…nyam…nyam…”
Saya makan nasi yang banyak setiap
hari. Selepas makan, saya tidak sabar
untuk mengukur ketinggian saya.
Tetapi, saya masih rendah daripada
kanak-kanak yang lain.
04
Saya jadi kecil hati.
05
Cikgu saya selalu puji rakan saya,
Ling Ling. Orangnya cantik,
tulisannya juga cantik dan kemas.
Bagus, Ling Ling!
Wah… Saya nak dapat pujian cikgu.
Saya juga ingin memiliki tulisan yang
cantik. Saya berlatih tulisan saya
setiap hari. Tetapi, tulisan saya masih
senget dan tak cantik.
06
Saya jadi kecil hati
lagi.
07
Apabila saya bermain, kawan-kawan
saya sering mengejek saya:
“Ah Bu, kenapa kamu selalu lari
dengan lambat?” kata Ravi.
“Hahaha, macam siput lah!” kata Lee.
Saya tak tahu nak jawab.
Sebenarnya, saya suka tengok awan di
langit. Saya juga risau terpijak semut-
semut kecil di atas jalan. Saya sambil
mengeluh sambil berfikir: “Aduh, saya
selalu begini!”
08
Saya jadi sangat kecil
hati.
09
Haih…
Saya ni tak tinggi,
Tulisan pun tak cantik,
Lari pun perlahan seperti siput.
Saya nak cari satu tempat untuk
bersembunyi, saya nak cari satu
tempat untuk tidurlah. Tak mahu layan
sesiapa pun.
10
Hmmm… Apakah bau ni? Wanginya!
Eh, ada sekuntum bunga
kecil di sini!
11
“Siapakah kamu?” saya bertanya
kepada bunga tersebut.
“Saya ialah Bunga Matahari.” jawab
bunga.
“Bunga Matahari?” saya beragu-ragu.
“Ya, saya bernama Mimi,” kata bunga.
“Apa khabar, Mimi. Saya bernama Ah
Bu,” saya balas.
“Khabar baik, Ah Bu. Sedapnya nama
kamu!” Mimi memuji saya.
ApaMkihmaib? ar,
Khabar baik,
Ah Bu.
12
“Hai, Ah Bu. Kamulah orang pertama
yang nampak Mimi di sini!” Mimi
berkata dengan teruja.
“Orang pertama? Ya ke saya?” saya
bertanya.
“Ya. Mimi sangat kecil. Oleh itu, kanak-
kanak yang tinggi selalu tak dapat
nampak Mimi.” kata Mimi.
“Oh, begini. Kanak-
kanak yang tak tinggi
baru dapat nampak Mimi
ke?” saya gembira
apabila mendengar kata
Mimi itu.
Hehehe
“Mujurlah!” 13 dengan
kata Mimi
menunjukkan senyuman yang manis.
“Apa yang mujurnya?” tanya saya
kepada Mimi.
“Mujur kamu masih belum tinggi lagi,
kami baru dapat berkenalan.” Mimi
menjawab.
Saya dipengaruhi oleh senyuman Mimi.
Saya berfikir: “Betul tu, nampaknya
rendah pun ada kebaikannya.”
14
Saya berasa gembira.
15
“Mimi selalu berada di sini dan tak
dapat bergerak ke mana-mana
tempat, Mimi tak rasa bosan?” saya
mengambil berat tentang Mimi.
Mimi berkata: “Erm… bosan juga.
Tetapi, saya boleh nampak banyak
benda dan perkara di mana orang
yang berjalan dengan pantas tak
dapat nampak.”
16
Seperti ibu burung memberi makanan
kepada Si Burung Kecil.
Seperti Pak Cik Matahari yang
berwana emas kuning semakin
bertukar jadi warna merah…
Selamat Smealalamma!t
pagi!
17
“Haha, saya juga pernah nampak
Matahari menjadi warna merah!” kata
saya sambil melompat-lompat.
Nampaknya…
Perlahan juga ada kebaikannya.
18
Saya berasa gembira
lagi.
19
Angin bertiup dengan lemah lembut.
Bunga mula menari mengikut irama
tiupan angin tersebut.
20
“Mari menari bersama saya, Ah Bu.”
Mimi mengajak saya. Saya berasa malu
dan ingin menolak ajakannya. “Erm…
Saya tak pandai menari.” Tetapi, Mimi
tak berputus asa dan memujuk saya:
“kamu boleh menyanyi tak? Nyanyilah.
Tak mengapa, saya tak pandai menari
jugak.” “Baiklah, saya akan cuba.”
kata saya sambil menarik nafas.
Kemudian, saya mula menyanyi dengan
suara yang kuat. "La… la … lalala… Lala… lala…"
BagAuhsnByua! ,
21
Saya sangat gembira.
22
Tuk tuk tuk…
Saya dengar bunyi pintu diketuk dan
panggilan daripada mak, “Ah Bu,
bangun. Mai makan sarapan pagi.”
Saya sedar dari mimpi tadi, terus
menjawab: “Baik, mak!” saya bangun
segera dan turun ke ruang makan.
Ah Bu, bangun!
23
“Makan, makan. Ah Bu perlu makan
sarapan pagi setiap hari, baru boleh
tinggi dan sihat.” kata ayah sambil
minum kopi.
“Betul kata ayah tu. Ah Bu sihat dan
kuat adalah paling penting bagi mak
ayah.” kata mak sambil menghidang
segelas susu kepada saya.
“Haha… Baiklah mak ayah. Ah Bu akan
jadi seorang yang sihat dan kuat
nanti!” saya berjanji dengan menepuk
dada.
24
Di sekolah, saya cuba meminta
bantuan rakan saya untuk memeriksa
kerja sekolah saya. Oleh itu, saya
berani bertanya: “Hai, Ling Ling.
Bolehkah Ling Ling tolong Ah Bu
tengok kerja sekolah Ah Bu ini?”
Ling Ling bersenyum. “Boleh sangat,
Ah Bu.” katanya. Selepas itu, Ling Ling
memuji: “Wah, jawapan Ah Bu betul
semua! Tulisan pun kemas! Pandailah.”
25
Saya berasa teruja apabila dengar
pujian daripada Ling Ling. Saya
berkata: “Terima kasih, Ling Ling.”
Seterusnya, saya sambung lagi: “saya
juga ingin menjadi seorang yang
cemerlang seperti Ling Ling, saya
perlu berusaha lagi!”
26
Ketika saya bermain bersama kawan-
kawan saya di padang, mereka
bergaul mesra dengan saya.
Ravi bertanya: “Ah Bu, kenapa kamu
berhenti di sini?” Seorang lagi kawan,
Lee juga bertanya: “Bu, apakah yang
kamu tengok di langit ni?”
Dua orang kawan baik bertanya
sambil mengangkat kepala seperti
saya. Saya bersenyum dan
menunjukkan jari ke arah langit.
“Tengok, bentuk awan di sana nampak
macam seekor kucing tak?” kata saya.
27
“Mana? Mana? Ah Bu, tengok! Awan di
sana pula nampak macam arnab.” kata
Ravi dengan suara yang kuat. Lee pula
menunjukkan jarinya ke arah langit
dan berkata: “Kamu berdua tengok
awan di tepi tu pula macam bentuk
donat!” Kami bertiga ketawa dengan
gembira. Pada masa sekarang, saya
berasa sangat seronok bersama
kawan-kawan saya.
28
Sampai sini sahaja, kawan-kawan.
Marilah kita memikirkan persoalan
berikut bersama-sama!
“Apabila kamu berasa susah
hati, apa yang akan kamu
buat?”
“Apabila kamu berasa
rendah diri, apa pula yang
akan kamu buat?”
29
Melalui cerita ini, saya belajar untuk
menjadi seorang kanak-kanak yang
yakin dan berani. Hati saya menjadi
lebih kukuh dan kuat.
Saya tak lagi takut jadi seorang yang
rendah, perlahan, atau tulisan senget.
30
Apa-apa pun, saya perlu yakin bahawa
saya akan menjadi lebih baik jika saya
berusaha. Saya juga akan menerima
semua kelemahan saya dengan hati
saya yang besar ini!
Terima kasih kerana sudi mendengar
cerita saya sampai sini. Jumpa lagi!