The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jea9002, 2020-12-18 00:38:44

PANDUAN, PEKELILING DAN PERATURAN

PANDUAN, PEKELILING DAN PERATURAN

PANDUAN PEKELILING DAN PERATURAN 2024/ 2025 ➢ PEKELILING IKTISAS (MS 2 – 15) ➢ TUGAS DAN TANGGUNGKAWAB GURU (MS 16 – 24) ➢ SKPMg2 (MS 25 – 29) ➢ KETETAPAN DAN PERATURAN UMUM ANUGERAH CEMERLANG (MS 30 – 32) ➢ SPESIFIKASI TUGAS JK HEM (MS 33 - 51)


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 2 PANDUAN ( PEKELILING DAN PERATURAN ) RINGKASAN PEKELILING-PEKELILING IKHTISAS YANG MESTI DIPATUHI OLEH SEMUA GURU / KAKITANGAN SEKOLAH 1. Ketepatan masa di Sekolah (Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1981 a. Semua pegawai Perkhidmatan Pendidikan dan Kakitangan sekolah serta murid-murid diwajibkan memelihara dan mengekalkan amalan menepati masa datang dan hadir ke sekolah. b. Ketepatan masa juga termasuk kegiatan luar bilik darjah dan semasa waktu pengajaran. Guruguru tidak boleh meninggalkan kelas atau kawasan sekolah sebelum tiba masanya untuk berbuat demikian. c. Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab untuk memberi contoh teladan yang baik bagi menggalakkan tabiat ketepatan masa dalam kalangan murid-murid. 2. Kebersihan di sekolah (Pekeliling Ikhtisas Bil. 4.1981) a. Kebersihan di sekolah adalah tanggungjawab setiap guru/kakitangan sekolah dan perkara ini perlu dititikberatkan setiap waktu. b. Kebersihan sekolah juga termasuk semua bilik darjah, pejabat, bilik guru, bilik stor, tandas dan kantin. c. Kawasan sekolah juga hendaklah bersih daripada longgokan sampah, rumput yang tidak berbela, lopak-lopak air dan himpunan perabot-perabot yang tidak boleh digunakan lagi. 3. Penggunaan waktu tidak mengajar/waktu luang (Free Period) oleh Guru-guru (Pekeliling Ikhtisas Bil 3/1981) a. Guru-guru diingatkan bahawa waktu tidak mengajar (Free Period) adalah masa bekerja juga. b. Oleh yang demikian, masa luang ini hendaklah digunakan untuk membuat kerja-kerja yang memberi faedah kepada murid-murid khasnya dan sekolah amnya seperti berikut: i. Menggantikan guru yang tidak hadir di sesebuah kelas. ii. Membuat persediaan-persediaan untuk mengajar seperti membaca buku tambahan, membuat nota mengajar dan sebagainya. iii. Memeriksa buku-buku latihan murid-murid. iv. Mengadakan pertemuan khas dengan murid berhubung dengan masalah pelajaran yang diajar. v. Tugas-tugas lain yang difikirkan perlu atau diarahkan oleh Pengetua.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 3 4. Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pendidikan Bil. 3/1982 a. Seseorang pegawai tidak boleh membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam sama ada tuntutan itu adalah tuntutan perseorangan atau tuntutan lain anggota perkhimatan awam. b. Seseorang pegawai tidak boleh menekan atau mendesak pegawai-pegawai yang menjalankan dasar-dasar kerajaan melalui pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi sesuatu keputusan yang melibatkan kepentingan sendiri. c. Dalam keghairahan untuk mendapatkan sesuatu keputusan yang menguntungkan itu, pihakpihak yang berkenaan telah menggunakan pelbagai cara seperti saluran politik, kesatuankesatuan dan orang-orang yang berpengaruh. d. Tindakan ini melanggar Tatakelakuan Pegawai Awam bawah Peraturan 4 (2)(h) Perintah Am Bab ‘D’ 1980. e. Sebarang perasaan tidak puas hati atau kemusykilan berhubung dengan perkara-perkara perkhidmatan hendaklah dikemukakan secara teratur dan melalui saluran-saluran yang tertentu yang disahkan. 5. Amalan-Amalan Yang Tidak Harus Dilakukan Oleh Sekolah Dalam Membuat Perolehan.(Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 26 Tahun 1986) a. Membeli tanpa menggunakan borang pesanan bagi pembelian kecuali pembelian melalui panjar wang runcit yang melebihi dari RM50.00. b. Membeli dari satu kedai tertentu sahaja bagi semua barangan. c. Pembelian yang dibuat secara spontan tanpa ada perancangan awal. d. Mengambil barang dahulu dan membuat pesanan kemudian. e. Membeli dari wang Pengetua/Guru Besar sendiri atau lain-lain pegawai dan kemudian dituntut dari sekolah. 6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1970 : Pekerjaan Luar Sebagai Pensyarah atau Tutor Sambilan di Universiti atau Pusat Pelajaran Tinggi Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 16, tahun 1970, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia : a. Pegawai-pegawai Kerajaan tidak boleh mengambil pekerjaan luar sebagai Pensyarah atau Tutor Sambilan di Universiti atau Pusat Pelajaran Tinggi kecuali dengan kebenaran daripada Ketua Jabatan. Guru-guru kerajaan di sekolah-sekolah adalah tertakluk di bawah surat pekeliling itu.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 4 b. Bagi guru-guru yang bukan kerajaan, Perenggan 20 : Assisted Schools (Management) Rules, 1962 ada membekalkan : i. “The head teacher or any teacher may, with the written consent of the Board, and subject to any directions on the matter issued by the Minister from time to time, undertake for consideration any employment in addition to his duties at the school” ii. Jika ada tawaran oleh pihak Universiti atau Pusat Pelajaran Tinggi : c. Seseorang guru yang bukan guru kerajaan boleh dibenarkan mengajar 4 jam dalam seminggu sahaja, termasuk pekerjaan luar yang lain yang diluluskan. d. Jika had masa mengajar ini perlu ditambah lagi, guru yang berkenaan hendaklah memohon kepada Ketua Pegawai Pelajaran Negeri dan masa mengajar bagi guru tersebut boleh dibenarkan tidak lebih daripada 6 jam dalam seminggu sahaja, dengan syarat Ketua Pegawai Pelajaran Negeri berpuas hati bahawa masa lebih yang dibenarkan itu tidak akan menjejaskan mutu kerjanya yang biasa di sekolah. 7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1977 : Tugas-Tugas Guru dalam Cuti Penggal Sekolah a. Mengikut S.P.I ini, semua guru sebagai kakitangan Kerajaan, adalah tertakluk kepada perenggan 15 Bab A dan perenggan 50(a) Bab C, Perintah-Perintah Am. b. Peraturan-peraturan yang dimaksudkan itu ialah seperti berikut : ▪ Perintah-Perintah Am : Bab A 15. “Seseorang pegawai adalah dikehendaki menjalankan segala tugas-tugas jawatannya dan lain-lain tugas yang sesuai yang dia mungkin diarakan untuk menjalankan dari semasa ke semasa.” ▪ Perintah-Perintah Am : Bab 50(a). “Sebagai ganti cuti rehat, guru-guru adalah berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah dengan syarat bahawa Ketua Jabatan boleh memanggil guru-guru untuk menjalankan tugas-tugas mengajar biasa semasa percutian penggal sekolah bagi masa yang tidak melebihi separuh daripada jumlah cuti penggal sekolah dalam satu-satu tahun itu.” c. Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran telah menerima beberapa sungutan daripada guruguru, iaitu : • Mesyuarat guru-guru diadakan di pertengahan cuti sekolah menyebabkan guru yang tinggal atau berada di luar daerah/ negeri atau bercuti di tempat-tempat lain terpaksa kembali untuk menghadiri mesyuarat sehari. • Ada guru dipanggil balik satu atau dua hari di pertengahan cuti sekolah untuk menguruskan perkara-perkara yang tudak beberapa mustahak.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 5 d. Kadangkala, guru dipanggil balik ke sekolah untuk bertugas tanpa tugas-tugas yang tertentu. e. Oleh itu, adalah dicadangkan bahawa Guru Besar/ Pengetua hendaklah merancangkan segala tugas waktu cuti penggal sekolah dengan lebih awal supaya tugas-tugas akan dapat dibahagikan dengan lebih saksama dan teratur. f. Guru-guru tidak seharusnya diwajibkan bertugas secara bergilir-gilir untuk menjalankan tugastugas kektika Guru Besar/ Penolong Kanan tidak bercuti semasa cuti penggal, khasnya di pertengahan cuti penggal sekolah. 8. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1987 : Perhimpunan Sekolah a. Mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas, perhimpunan sekolah ditetapkan sebagai majlis rasmi dan perhimpunan pelajar-pelajar diwajibkan hadir sekurang-kurangnya sekali seminggu. b. Tujuan utama perhimpunan sekolah adalah digunakan untuk menyemai, menanam dan memupuk perasaan cinta dan semangat patriotisme negara di kalangan pelajar mereka. c. Di dalam majlis perhimpunan semua pelajar dikehendaki menghormati dan mematuhi nilai, norma serta peratauran perhimpunan tersebut. d. Masa dan tempat perhimpunan sekolah adalah bergantung kepada keadaan dan kemudahan serta ketetapan sekolah masing-masing. e. Bagi sekolah yang ada dua sesi persekolahan, iaitu sesi pagi dan sesi petang, mereka boleh mengadakan perhimpunan yang berasingan. f. Walaubagaimanapun, sekolah yang ada dua sesi, tetapi ada ruang yang cukup, adalah digalakkan berhimpun bersama. Upacara Perhimpunan Sekolah • Perhimpunan sekolah lazimnya dijalankan mengikut aturcara seperti berikut : (1) Nyanyian Lagu Bangsa Johor (2) Nyanyian Lagu Negaraku (3) Bacaan Doa (4) Bacaan Ikrar (5) Laporan Guru Bertugas (6) Ucapan Pihak Pentadbir (7) Upacara Tamat (Diakhiri dengan Nyanyian Lagu Sekolah)


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 6 9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1972 : Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah Pelajaran 1959) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 : Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 : Tatacara Mengenakan Tindakan dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Disiplin (a) Tatacara Disiplin Sekolah • Tatacara disiplin sekolah masa kini dibentuk berlandaskan kepada Ordinan Pelajaran 1957 dan Pekeliling-pekeliling Ikhtisas yang diedarkan dari semasa ke semasa oleh Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan sejak tahun 1968. • Peraturan-peraturan Pelajar (Disiplin Sekolah) di bawah Ordinan Pelajaran 1957 menghuraikan tanggungjawab dan kuasa Pendaftar Besar serta Guru Besar atau Pengetua dalam menjaga disiplin sekolah, di samping mengambil tindakan terhadap pelajar yang melibatkan diri dalam politik. • Peraturan-peraturan Lawatan Sekolah 1957 misalnya, menghuraikan garis panduan, Kriteria dan langkah-langkah mendapatkan kebenaran untuk mengelolakan sesuatu lawatan ke tempat-tempat di luar kawasan sekolah. • Peraturan-peraturan Majalah Sekolah 1958 menghuraikan kuasa dan tindakan Guru Besar atau Pengetua dan Pendaftar Besar untuk meluluskan permohonan supaya menerbitkan majalah sekolah. • Sejak tahun 1968 hingga 1997, beberapa puluh Surat Pekeliling Ikhtisas mengenai disiplin sekolah daripada Kementerian Pendidikan telah diedarkan kepada semua sekolah di seluruh negara. • Di antara jenis salah laku disiplin sekolah dan tindakan yang disebut dalam surat-surat pekeliling itu ialah : * Pembuangan murid-murid dari sekolah kerana kelakuan jenayah, seperti membawa senjata-senjata yang merbahaya, menghisap rokok, meminum arak, melibatkan diri dalam kongsi gelap, mencuri, mengancam pelajar lain dan melawan pihak berkuasa. * Peraturan hukuman dera. * Pearturan asrama sekolah. * Disiplin murid-murid menghisap rokok. * Salah guna dadah : Garis Panduan untuk guru dan Guru Besar. * Potongan rambut murid-murid * Pakaian murid-murid lelaki dan perempuan. * Larangan bermain bahan-bahan letupan. * Tatertib perhimpunan sekolah


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 7 (b) Peraturan-Peraturan Sekolah • Peraturan-peraturan disiplin sekolah dibentuk berlandaskan kepada garis panduan daripada Peraturan-peraturan Disiplin Sekolah 1957 dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa. * Peraturan masa kehadiran, masa rehat dan masa balik. * Peraturan kekemasan diri yang meliputi pakaian, kasut dan stokin, lencana sekolah, rambut dan kebersihan. * Peraturan bilik darjah. * Peraturan memohon balik awal atau memohon pergi hospital. * Peraturan perhimpunan sekolah. * Peraturan menyertai aktiviti kokurikulum. * Peraturan penggunaann kemudahan dan harta benda sekolah. * Larangan kelakuan curang dan salahguna dadah. (c) Tatacara Pengurusan Disiplin Sekolah • Mengikut Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, Guru Besar atau Pengetua adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan diberi kuasa mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar disiplin tertentu. • Bagaimanapun, Guru Besar atau Pengetua juga dibenarkan menurunkan kuasa menjaga didplin sekolah ini kepada guru-guru lain, khasnya Penolong Kanan (HEM), penyelia petang, guru disiplin, guru bimbingan dan kaunseling atau guru kelas. • Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah), Education (School Disiplin), 1959, yang utama adalah diturunkan seperti berikut : Peraturan 4 dan 8, Education Ordinance 1957, Education (School Disiplin) Regulations, 1959 menetapkan Guru Besar / Pengetua sahaja yang boleh (di bawah undang-undang yang berkuatkuasa sekarang) menggantung atau membuang pelajar daripada sekolah setelah beliau berpuas hati dengan berbuat demikian agar ketenteraman dan disiplin di sekolah dapat dikekalkan. • Sebelum melaksanakan sesuatu hukuman kepada seseorang murid, pastikan maklumat dan proses berikut diteliti dan dipatuhi. (d) Penggantungan / Penyingkiran • Guru Besar / Pengetua tidak boleh menyingkirkan seseorang murid daripada sekolah atas “kesalahan” yang tidak dinyatakan (silent) dalam peraturan / dasar yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. (Rujuk keputusan Mahkamah Tinggi Seremban berhubung dengan kes pemakaian serban.) • Murid yang dituduh hendaklah diberi peluang membela diri sebelum dihukum, agar natural justice diberikan kepada murid yang terlibat dan berhak.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 8 • Meminta surat tunjuk sebab sebelum seseorang murid dijatuhi hukuman. • Jika sesuatu kes dalam siasatan polis, sekolah tidak boleh menjatuhi hukuman mendahului kuasa mahkamah demi mengelakkan berlaku hukuman dua kali kes yang sama. • Sesuatu kesalahan disiplin tidak boleh dihukum dua kali atas kesalahan yang serupa pada waktu yang sama (contoh : Guru Disiplin dan Guru Besar / Pengetua masing-masing menghukum murid yang sama). • Hanya Guru Besar / Pengetua boleh menandatangani semua surat tatatertib yang dikeluarkan oleh sekolah. • Hak ibu bapa/penjaga membuat rayuan atas hukuman yang dikenakan hendaklah diberitahu dengan jelas. • Surat pertuduhan mestilah lengkap, jelas, tepat dan mengandungi hal-hal berikut * Nama rasmi tertuduh / no. kad pengenalan / kelas / tingkatan. * Waktu kejadian. * Tarikh kejadian. * Tempat berlaku. * Saksi-saksi yang bertanggungjawab. * Peruntukan peraturan hendaklah dirujuk bagi setiap kes. Peraturan sekolah yang dilanggar mesti dinyatakan dengan jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. • Semua surat / dokumen penggantungan dan pembuangan yang disampaikan ke Jabatan Pendidikan mestilah disertakan dengan dokumen bukti berikut : * Minit Mesyuarat Lembaga Tatatertib. * Rekod disiplin murid berkenaan. * Rekod kaunseling murid berkenaan. (e) Hukuman Dera (Corporal Punishment - Merotan) • Boleh dikenakan kepada murid lelaki sahaja. • Disempurnakan hanya oleh Guru Besar / Pengetua / guru lain yang telah diturunkan kuasa oleh Guru Besar / Pengetua. • Merotan hanya dilakukan pada tapak tangan atau punggung yang berlapik. • Hukuman rotan mestilah direkodkan. • Hukuman merotan tidak boleh dilakukan di hadapan khalayak ramai atau perhimpunan sekolah kerana tindakan ini dianggap “liar” dan boleh memalukan murid. (f) Hukuman Dera (Penahanan – “Detention”) • Aktiviti semasa penahanan mestilah sesuatu yang berfaedah dan membina.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 9 (g) Peringatan Tambahan • Masukkan agenda “Kesahsiahan & Disiplin” dalam Mesyuarat PIBG dan Mesyuarat Staf Sekolah. • Jawatankuasa Lembaga Disiplin hendaklah diwujudkan di setiap sekolah. Mesyuarat jawatankuasa ini hendaklah bersidang setiap kali apabila perlanggaran disiplin berat berlaku (melibatkan penggantungan dan pembuangan sekolah). • Rekod yang lengkap dan komprehensif setiap murid bermasalah disiplin hendaklah disimpan untuk rujukan. • Anggota Jawatankuasa Lembaga Disiplin mestilah faham dan dapat mengharyati semua peraturan dan pekeliling ikhtisas yang tersabit dengan disiplin supaya keputusan Guru Besar/ Pengetua tidak dapat dicabar di mahkamah. • Pastikan siri sesi kauseling telah dijalankan dalam usaha memulihkan sikap negatif pelajar yang bermasalah disiplin. • Pastikan sekolah mempunyai peraturan sekolah mempunyai peraturan sekolah dan asrama yang lengkap dipamerkan serta dimiliki oleh setiap murid. • Semua Maklumat Data Salah Laku (SSDM), walaupun retan kosong mestilah sampai kepada PPD masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan (3 kali setahun). * Maklumat ini amat penting untuk makluman dan tindakan JPN serta Kementerian Pendidikan * Maklum balas ini diperlukan juga oleh Dewan Undangan Negeri Parlimen. • Semua kes salah laku murid hendaklah dilaporkan dan tidak disembunyikan supaya maklumat adalah lebih tepat dan menyeluruh. 10. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 : Pemantapan Pengurusan Disiplin Sekolah Mengikut Surat Pekeliling ini, pengetua/ Guru Besar dan Guru Penolong Kanan (HEM) hendaklah memikul tangggungjawab bagi melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid yang berkesan serta mempunyai rekod murid yang kemas kini. Langkah-langkah yang berkesan untuk memantapkan pengurusan disiplin sekolah adalah disarankan seperti berikut: Pemantapan Sistem Pengurusan Murid di Sekolah • Sistem rekod murid (kad 01 & 02) yang sedia ada perlu dikaji semula, sama ada telah memenuhi keperluan pengurusan hal ehwal murid yang cekap dan berkesan. • Sistem tambahan boleh dicipta sekiranya ia dapat membantu pihak sekolah dan guru dalam hal pemantauan dan kawalan perkembangan akademik, emosi,sahsiah dan tingkah laku murid sepanjang mereka bersekolah. • Melalui sisitem pengurusan hal ehwal murid, sekolah diminta supaya memperkemas profil murid dari hari pertam persekolahan.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 10 • Profil yang mengadungi maklumat murid seperti gambar mrid, butiran peribadi dan keluarga, rekod disiplin, prestasi akademik, minat, hobi, pilihan kerjaya dan kemahiran sosial hendaklah dikemas kini dari semasa ke semasa. Profil ini hendaklah dipindahkan secara sulit mengikut pergerakan murid, sama ada ketika berpindah kelas atau bertukar sekolah supaya guru-gurru dapat mengenali murid dan keluarganya dengan lebih cepat lagi. • Laporan kes-kes yang khusus merujuk salah laku murid yang berpindah sekolah juga perlu dihantar ke sekolah baru secara sulit supaya pemantauan dan pemulihan berterusan dapat dilakukan terhadap murid berkenaan. • Semua rekod disiplin dan profil murid hendaklah disimpan dengan baik di tempat selamat. Sekolah hendaklah menyimpan salinan maklumat rekod dan profil murid dalam tempoh masa yang sesuai walaupun murid telah menamatkan persekolahan untuk keperluan-keperluan tertentu. Pemantapan Pengurusan Disiplin • Setiap sekolah mesti mempunyai jawatankuasa disiplin sekolah yang berfungsi merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan murid. • Semua guru hendaklah mengambil tanggungjawab bersama dalam menentukan disiplin sekolah yang sentiasa berada dalam keadaaan baik dan terkawal. • Guru-guru kelas terutamanya, boleh memainkan peranan sebagai guru disiplin bagi kumpulan murid-murid dalam kelas masing-masing. Guru sewajanya membantu murid yang bermasalah atau merujuk murid yang berkenaan kepada Guru Bimbingan dan Kauseling atau Kaunselor sekolahsupaya murid-murid sedemikian dapat meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam hati sanabari mereka. • Guru Besar atau pengetua boleh mengurangkan bilangan waktu mengajar Ketua Guru Disiplin supaya mereka mempunayai masa yang cukup menyediakan laporan atau profil yang lengkap mengenai segala salah laku murid serta langkah yang wajar diambil untuk membimbing murid berkenaan. Pemantapan Pengurusan Bimbingan dan Kauseling di Sekolah • Sekolah hendaklah memastikan bimbingan dan kauseling sentiasa mempunyai maklumat yang kemas kini mengenai murid yang mempunyai masalah daripada guru kelas atau guru tingkatan. • Murid-murid berkenaaan perlu diberikan khidmat nasihat sehinggga keadaan permasalahan yang mereka hadapi dapat dipulihkan sepenuhnya. Pelaksanakan ”Konsep Sekolah Penyayang” yang menekankan kepada rasa sayang menyayangi serta menimbulkan kemesraan di antara guru dengan murid serta antara warga sekolah dengan ibu bapa hendaklah dipertingkatkan lagi. Dengan wjudnya kemesraan ini maka gejala yang tidak sihat yang berkemungkinan dilakukan oleh murid dapat dihindar dan dibanteraskan.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 11 • Sekolah dengan kerjasama dan pemuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) hendaklah merangka program : Lawatan ke Rumah” (Home Visit)bagi membolehkaqn guru-guru lebih mengenali latar belakang murid dan keluarganya. Pendekatan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kemesraaan antara guru-guru dengan ibu bapa. • Sekolah juga menggalakkan program timbal-balik yang meminta ibu bapa berkunjung ke sekolah bagi membincangkan perkembangan anak mereka dengan guru dari semasa ke semasa. • Setiap murid seharusnya tidak memandang ringan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri mereka, sama ada di sekolah atau di luar waktu sekolah. • Pendidikan keselamatan diri boleh dilakukan melalui aktiviti kelab-kelab yang ditubuhkan di sekolah seperti Kelab Pencagahan Jenayah, Pembimbing Rakan Sebaya, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dan Badan-badan Beruniform yang lain. Melalui aktiviti kelab-kelab ini, penyebaran maklumat berkaitan dengan kemalangan/ jenayah hendaklah disebarkan dan di bincangkan untuk difahami oleh murid-murid. • Kesedaran keselamatan diri ataupun perlindungan diri perlu ditekankan di sekolah-sekolah bagi mengingatkan murid supaya tidak berseorangan apabila ketika di luar waktu rasmi persekolahan, iaitu ketika balik dari sekolah dan pada keadaan-keadaan amalan biasa seperti tertinggal bas, ibu bapa tidak menjemput seperti biasa, tertinggal oleh rakan atau berada di tempat-tempat sunyi. • Sekolah perlu sentiasa mengingatkan hal-hal yang berkaitan dengan keselamatan diri sewaktu perhimpunan rasmi dari semasa ke semasa. • Guru-guru pula boleh menyampaikan panduan tentang keperluan menjaga keselamatan sewaktu pendiddikan formal di kelas atau kegiatan kokurikulum di luar bilik darjah. • Bahaya penggunaan alatan elektrik, bahan kimia, alatan sukan dan permainan serta tingkah laku yang boleh memudaratkan diri hendaklah sentiasa diperingatkan oleh guru-guru. • Sekolah hendaklah mempamerkan maklumat penting mengenai panduan keselamatan ini di tempat yang strategik serta memaklumkan kepada murid-murid tentang nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi ketika mereka berada dalam kecemasan. Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat • Pihak sekolah perlu melibatkan ibu bapa supaya anak-anak mereka yang bermasalah dapat sama-sama dibantu. Dalam hal ini, pihak sekolah perlu memaklumkan kepada ibu bapa tentang apa jua masalah atau perlanggaran disiplin yang dilakukan oleh murid, iaitu anak mereka. • Ibu bapa juga harus diminta memberikan kerjasama supaya tidak merahsiakan masalah anak, mereka, malah memaklumkan tingkah laku anak-anak mereka yang bermasalah kepada pihak sekolah atau guru bimbingan dan kauseling supaya tindakan pemulihan dapat dibincangkan secara muafakat. • Masyarakat sekitar seperti pihak polis, Majlis Perbandaran atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jawatankuasa KemajuanKampung (JKK) dan Rukun Tertangga perlu dilibatkan bersama untuk


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 12 memainkan peranan dalam menentukan persekitaran yang selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. • Sekolah perlu mewujudkan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat sesuai dengan konsep ”School- Home-CommunityPartnership”. Sekolah Selamat (Safe School) • Aspek keselamatan dalam sistem persekolahan hendaklah diberi keutamaan dalam pengurusan sekolah. Misalnya, pemeriksaan secara berkala hendaklah dilakukan terhadap sistem pendawaian elektrik, sistem bekalan gas, atau apa jua sistem yang boleh mengundung bahaya di sekolah. • Jabatan atau agensi yang bertanggungjawab seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Bekalan Elektrik dan Gas, Polis Diraja Malaysia dan sebagainya hendaklah dihubungi untuk peperiksaan segera sekiranya terdapat tanda-tanda awalkerosakan atau kecemasan yang boleh membahayakan guru-guru, kakitangan, dan murid-murid di sekolah. • Konsep ”Sekolah Selamat” (Safe School) hanya dapat dijayakan sepenuhnya dengan warganya mengamalkan tingkah laku ang boleh menghalang bahaya terhadap diri sendiri, rakan sebaya serta orang lain. • Pengetua/ Guru Besar dan guru-guru mesti selalu mengingatkan tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda, dan segala peralatan yang ada di sekolah. Penjagaan serta penyelenggaran yang baik terhadap segala kemudahan ini akan menjamin persekitaran yang selamat di sekolah. 11. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1999: Keselamatan Diri Murid dalam Pergi dan Balik Sekolah • Menubuh J/K Pemuafakatan sekolah, J/K Keselamatan Sekolah atau PIBG demi merancang langkah-langkah keselamatan murid. • Mendapat kerjasama pihak polis dan ibu bapa untuk mengadakan rondaan di kawasan kurang selamat. • Membersihkan semak samun kawasan laluan yang digunakan oleh murid-murid pergi dan balik sekolah. • Menyediakan tatacara pelaporan insiden atau orang yang disyaki. • Mempamerkan poster atau peraturan untuk mengingat murid-murid supaya menjaga keselamatan diri. • Menggunakan perhimpunan sekolah untuk mengingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan sendiri.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 13 12. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000: Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa PJK, Aktiviti Kokurikulum dan Sukan di dalam/ Luar kawasan sekolah. • Guru PJK * Menjaga keselamatan murid dengan rapi. * Bertanggungjawab semua alat sukan adalah dalam keadaan baik dan selamat digunakan. • Penyertaaan murid dalam Sukan dan aktiviti Kokurikulum di Luar Sekolah * Setiap murid hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu bapa/ penjaga dan Guru Besar/ Pengetua. * Wajib ada guru mengiringi murid dalam semua aktiviti. Guru wanita harus dilantik bertugas jika ada murid perempuan dalam pasukan sekolah. * Keselamatan dan kebersihan murid diutamakan termasuk makanan dan minuman. * Murid yang ada penyakit asma atau kecederaan tidak boleh dipaksa mengambil bahagian. * Murid dikehendaki menjalani pemeriksaan doktor sebelum mengambil bahgian dalam aktiviti lasak. • Skim Perlindungan Diri * Sekolah digalakkan mengatur skim perlindungan untuk murid-murid seperti: (a) Kemalangan dalam perjalanan pergi dan blik sekolah/ bersukan. (b) Kemalangan semasamenyertai sukan dan kokurikulum. (c) Kemalangan yang disebabkan peralatan sukan dalam tempoh “Warranty” • Penyelenggaran Peraturan Sukan (Stor Sukan) * Pastikan semua alatan sukan yang merbahaya hanya digunakan pada masa yang berasingan dengan latihan sukan lain. * Alatan sukan yang merbahaya dikehendaki disimpan pada tempat khas, dijaga dengan rapi, terutamanya semasa digunakan. * Setiap alatan sukan dikeluar atau dipulang wajib direkodkan dalam buku yang tidak dipulangkan hendaklah mengambil tindakan dengan serta merta. * Penjaga stor bertanggungjawab memeriksa bilangan dan keadaan alatan sukan.Jika terdapat sebarang kehilangan atau kerosakan, penjaga stor hendaklah melaporkan kepada pentadbir sekolah. • Peraturan Sekolah * Semua alatan sukan khasnya alatan yang merbahaya hendaklah ada tempoh “warranty” dan mengikut piawai yang diluluskan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan. * Sekolah tidak boleh menggunakan alatan sukan yang belum diiktiraf rasmi.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 14 • Kawasan sekolah * Pastikan kawasan latihan, permainan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. • Kawasan larangan * Kawasan larangan dan merbahaya hanya boleh digunakan jika ada guru/jurulatih mengawasi aktiviti sukan. * Kawasan larangan dan merbahaya ialah kolam renang, dewan gimnastik, bilik kecergasan (latihan beban), stor sukan, dan kawasan yang menyimpan alatan sukan yang Guru Besar/Pengetua dengan serta merta, dan mesti direkodkan. • Cuaca/ Musim Buruk * Dilarang menjalankan aktiviti sukan atau permainan semasa cuaca/musim buruk di tempat lapang. • Laporan Kemalangan Atau Kecederaaan * Sebarang kemalangan/ kecederaan yang berlaku hendaklah dilaporkan kepada Guru Besar/ Pengetua dengan serta merta, dan mesti direkodkan. • Aktiviti Sukan Kemahiran Tinggi * Segala aktiviti sukan yang perlu kemahiran tinggi melakukannya, misalnya gimnastik hendaklah diajar oleh guru sukan bertauliah. * Pastikan ada life saver yang bertauliah bertugas semasa aktiviti berenang dijalankan. 14. Surat Pekeliling ikhtisas Bil. 24/ 1998 : Penglibatan Guru dan Murid dalam Aktiviti Pasukan Pakaian seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaaan • Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang terdapat di sekolah-sekolah. • Selaras dengan dasar tersebut, guru-guru dan murid-murid juga dibenarkan menyertai aktiviti seperti perkhemahan, perbarisan dan khusus yang dianjurkan dari semasa ke semasa oleh agensi-agensi kerajaan seperti Polis Di Raja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, atau oleh pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang berdaftar seperti persatuan pandu puteri, Persatuan pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan seumpamanya. • Namun demikian, penyertaan guru dan murid dalam aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri. • Pengetua/ Guru Besar hendaklah mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri terlebih dahulu, sebelum guru dan murid dibenarkan menyertai aktiviti-aktiviti anjuran agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 15 • Sehubungan dengan itu, Pengetua/Guru Besar hendaklah mengambil perhatian terhadap perkara-perkara seperti berikut: * Pelepasan guru dari tugas-tugas hariannya tidak akan menjejaskan perjalanan dan pengurusan sekolah. * Cuti tanpa rekod (jika dipohon) bagi guru yang berkenaan tidak melebihi 14 hari. * Penyertaan murid tidak akan mengganggu atau menjejaskan proses persekolahannya. * Mesti ada guru yang dilantik untuk mengawasi keselamatan dan kebajikan murid. * Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa sebarang unsur paksaan. 15. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1999: Larangan Terhadap Penglibatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Staf Sokongan dan Murid Sekolah dalam Kegiatan Politik Anti-Kerajaan • Kementerian Pendidikan telah berulang kaji memperingat para pegawai dan staf sokongan supaya tidak melibatkan diri dalam kegiatan politik anti-kerajaan. • Kementerian Pendidikan masih menerima laporan, aduan dan bukti yang menunjukkan bahawa terdapat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, staf sokongan dan murid sekolah yang terlibat dalam aktiviti politik anti-kerajaan, seperti: * menghadiri perhimpunan haram; * tunjuk perasaan; * memiliki dan mengedarkan poster dan risalah untuk pertubuhan dan pemimpin politik. • Sebagai kakitangan kerajaaan, semua pegawai dan staf sokongan adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan-peraturan perkhidmatan yang telah ditetapkan, dan dituntut supaya sentiasa mematuhi arahan dan peraturan yang dikeluarkan oleh kerajaan yang memerintah. • Apa jua bentuk kegiatan berunsur politik yang dijalankan di pejabat, di kawasan sekolah ataupun di dalam bilik darjah adalah dilarang sama sekali, termasuk perbuatan mencuba mempengaruhi pemikiran murid dengan fahaman politik anti-kerajaan. • Pegawai dan staf sokongan yang didapati ingkar dengan larangan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (kelakuan dan Tatatertib) 1993. • Mana-mana murid yang didapati terlibat dalam aktiviti tersebut juga boleh dikenakan tindakan disiplin mengikut peraturan yang ada. • Semua Ketua Jabatan, Pengetua/ Guru Besar adalah diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai, staf atau murid yang didapati bersalah mengingkari larangan yang dinyatakan di atas.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 16 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU MAJLIS KURIKULUM SEKOLAH 1. KEAHLIAN – Lihat dalam Senarai Agihan Tugas Pengurusan Kurikulum yang dilampirkan. 2. PERANAN MAJLIS Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran murid-murid dan guru-guru di sekolah supaya mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik di dalam semua bidang yang ada di sekolah. 3. TUGAS a. Mengkaji sukatan pelajaran baru (jika ada) dan membuat syor-syor, teguran-teguran terhadap kesesuaiannya untuk dimajukan kepada Majlis Kurikulum Negeri. b. Mengkaji dan menilai buku-buku teks/buku-buku tambahan yang digunakan oleh muridmurid untuk menentukan kesesuaiannya. Jika didapati tidak sesuai, akan dimajukan kepada Jawatankuasa Kurikulum Negeri. c. Menilai Rancangan Kerja. d. Menentukan perjalanan Panitia Mata pelajaran e. Membincang/menilai prestasi murid-murid dan guru dan langkah-langkah untuk memperbaikinya: i. Mengadakan kelas-kelas pemulihan ii. Mengadakan kelas-kelas bimbingan iii. Penyeliaan rakan sejawat/buku latihan/perkembangan staf iv. Merancang danmengadakan profesionalisma / perkembangan staf. f. Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house training untuk semua guru di sekolah masing-masing. (sekurang-kurangnya satu kursus setiap panitia) dan juga untuk pelajarpelajar. g. Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus pengajian Kementerian Pendidikan. h. Berusaha untuk membanyakkan bahan-bahan sumber pendidikan di sekolah. i. Menyedari/mengetahui mengenai program-program radio dan ETV. j. Mengetahui bahan-bahan rujukan yang ada di perpustakaan sekolah. k. Penyelarasan penilaian bulanan/semester/tahun. l. Penyelarasan latihan murid-murid. m. Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran. n. Penyeliaan: Membantu Pengetua dalam hal penyeliaan pengajaran guru dan semakan bukubuku latihan dan penyeliaan perjalanan rancangan kurikulum dan ko-kurikulum sekolah. o. Merancang dan menyediakan rancangan kurikulum/kokurikulum satu tahun dan lima tahun untuk mata pelajaran masing-masing. Memastikan rancangan-rancangan dijalankan seperti yang dirancangkan. p. Merancang, membantu dan memastikan setiap panitia menyediakan soalan-soalan/kertas peperiksaan yang betul dan bermutu.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 17 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENOLONG KANAN Sebagai Guru Penolong Kanan, bertanggungjawab kepada Pengetua untuk mencapai matlamat dasar pendidikan kebangsaan. Penolong Kanan bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi pengajaran guru serta pembelajaran murid dan menyediakan khidmat bantu secukupnya supaya matlamat dasar pendidikan tercapai. 1. Kurikulum 1.1. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini. 1.2. Menentukan penggunaan alat pandang dengar dan kaedah-kaedah pengajaran/pembelajaran yang kemaskini. 1.3. Menyelia penyediaan rancangan pelajaran tahunan dan harian. 1.4. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman. 1.5. Menyemak buku latihan dan rampaian pelajar. 1.6. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar. 1.7. Mengadakan tindak balas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru jika ada. 1.8. Sentiasa berinteraksi dengan guru-guru di bawah tanggungjawab . 1.9. Menjalankan pencerapan guru-guru di bawah kawalan. 1.10. Menentukan pelaksanan pengajaran dan pembelajaran 1.11. Menentukan Rancangan Pelajaran Harian, Mingguan dan penggalan dan lain-lain 1.12. Memastikan perjalanan panitia-panitia mata pelajaran. 1.13. Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi pendidikan, pusat sumber, makmal dan bengkel. 1.14. Menentukan penggunaan dan penyenggaraan bahan-bahan sumber pendidikan. 1.15. Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar. 1.16. Merancang, menyelaras dan melaksanakan segala kegiatan kokurikulum yang bersifat akademik yang membantu meningkatkan kecemerlangan akademik. 2. Pentadbiran 2.1. Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua. 2.2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua 2.3. Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 2.4. Membantu Pengetua menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 2.5. Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan. 2.6 Membantu Pengetua dalam menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah dan mengawal perbelanjaan.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 18 2.7. Membantu Pengetua dalam menyelaras penyediaan penyata kewangan untuk urusan audit tahunan. 2.8. Membantu Pengetua dalam menjaga dan menyemak stok dan inventori segala peralatan, barang atau bahan. 2.9 Menentukan aspek-aspek penyemaian nilai-nilai murni dan amalannya berlaku di bilik darjah dan menjaga keceriaannya. 3. Tugas-tugas lain 3.1 Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi keindahan dan kebersihan sekolah. 3.2 Membantu Pengetua dalam merancang langkah-langkah keselamatan sekolah. 3.3 Berhubung dengan Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pendidikan Daerah dan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri mengenai apa jua maklumat dan bantuan yang boleh didapati bagi membantu sekolah dan guru-guru. 3.4 Berhubung dengan Guru Penolong Kanan Sekolah lain yang berhampiran bagi tujuan berkongsi maklumat dan sumber pendidikan bagi memantapkan keupayaan dan pengetahuan. 3.5 Melengkapkan Bilik Gerakan Sekolah dengan data atau maklumat mengenai semua mata pelajaran dan menggunakannya dengan berkesan dan berhasil 3.6 Membantu Pengetua menyelia dalam hal-hal peperiksaan ,kegiatan sukan,penyediaan jadual waktu sekolah dan urusan Pusat Sumber 3.7 Melaksana segala arahan dan tugasan yang diberikan oleh Pengetua dari masa ke masa. TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KANAN MATA PELAJARAN 1. Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemaskini. 2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran-pembelajaran yang kemaskini. 3. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan penggal. 4. Penyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam dan pemeriksaan kertas-kertas jawapan. 5. Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian pengajaran dan pembelajaran dari masa kesemasa seperti mengadakan: • Kelas-kelas tambahan • Ceramah-ceramah menjawab soalan-soalan • Peraduan-peraduan tertentu • Bahas


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 19 • Kuiz • Kursus-kursus “developmental”/profesionalisme untuk guru-guru/murid. • Dialog dan perbincangan hal profesionalisme dan perkembangan staf. • Mengaturkan ceramah teknik menjawab solaan peperiksaan. 6. Menentukan jenis buku-buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru. 7. Membantu menyemak buku-buku latihan dan membuat salinan pengajaran dan pembelajaran. 8. Mengumpul segala keputusan ujian/peperiksaan untuk membuat penilaian dan tindakan. 9. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan 10. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pengajaran dan pameran-pameran jika ada. 11. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan. 12. Mengumpul dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi tiap-tiap tingkatan jika diperlukan. 13. Mengadakan tindakbalas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti Sukatan Pelajaran baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran tahunan untuk persetujuan pihak sekolah. 14. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah. 15. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi murid-murid. 16. Mengadakan mesyuarat panel sekurang-kurangnya sekali dalam semester atau lebih kerap lagi, jika perlu. Mesyuarat ‘post mortem’ peperiksaan setengah tahun/percubaan mesti diadakan. 17. Membantu merancang, menyediakan dan melaksanakan rancangan kurikulum/kokurikulum panitia masing-masing. 18. Menjalankan semua arahan yang diberikan dari masa ke semasa. TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PANITIA 1. Menentukan bahawa ketua panitia mempunyai senaskhah sukatan pelajaran yang kemaskini. Boleh memahami dan mentafsirkan kandungan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran yang diajarnya. 2. Mempunyai sebuah buku rekod mengajar yang kemaskini dan menyerahkannya kepada Pengetua/Penolong Kanan/Penyelia Petang pada masa-masa yang ditetapkan untuk disahkan. 3. Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/satu semester/harian dan melaksanakan pengajaran mengikut rancangan pelajaran yang disediakan. 4. Menyediakan dan memberikan kerja-kerja latihan yang cukup, memeriksa buku-buku latihan murid dan memulangkannya semula dengan secepat mungkin. Menyerahkan/menunjukkan buku-buku latihan murid kepada Pengetua/wakilnya pada masa yang dikehendaki. 5. Memberi ujian bulanan dan penilaian kepada murid-murid. Merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian di dalam Buku Rekod Mengajar, juga bertanggungjawab dalam mengadakan kelas-kelas tambahan. 6. Mengesan kawasan-kawasan kelemahan murid-murid dan menjalankan kerja-kerja pemulihan. 7. Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan-


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 20 keputusan mesyuarat panitia. 8. Guru-guru mata pelajaran harus menyedari dan menggunakan buku-buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Negeri/badan-badan profesional yang tertentu. Menyampaikan semula maklumat-maklumat kepada guru-guru lain yang mengajar mata pelajaran yang sama. Menghadiri mesyuarat/taklimat/kursus, ini adalah atas budi bicara Pengetua, jika difikirkan perlu. 9. Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang berkenaan sama ada yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan/Jabatan Pendidikan Negeri/badan-badan Profesional yang mengenai Pendidikan. 10. Memastikan keselamatan murid-murid di makmal/bengkel/bilik ERT/padang/Sains Pertanian serta mengawasi penggunaan alat-alatan. 11. Sentiasa mengikut perkembangan/pembaharuan-pembaharuan tentang teknik mengajar bagi mata pelajaran yang berkenaan supaya dapat meninggikan lagi prestasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 12. Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran. a) Membantu Pengetua/Guru Penyelia Sumber Pendidikan menjaga keselamatan dan kebersihan alat-alat bantu mengajar yang digunakan. Mempastikan bahawa alat-alat bantu mengajar digunakan secara meluas. Bertanggungjawab dalam menambahkan alat bantu mengajar bagi memperkaya Pusat Sumber Sekolah. b) Menggunakan perkhidmatan ETV secara berkesan. 13. Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan di dalam kelas-kelas yang diajarnya. 14. Mematuhi dan melaksanakan arahan Pengetua dari semasa ke semasa. TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU TINGKATAN Guru Kelas adalah bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang berikut: 1. JADUAL KEDATANGAN KELAS 1.1. Menandakan kedatangan pelajar tiap-tiap hari persekolahan. 1.2. Tandakan • “/” jika pelajar hadir; • “L” jika pelajar datang lambat; • “O” jika pelajar tidak hadir dan di dalam “O” - tuliskan “P” jika pelajar ponteng (tanpa sebarang surat); - tuliskan “K” jika ada surat kebenaran/ kenyataan daripada ibu bapa/penjaga. -tuliskan ” W” jika pelajar mewakili sekolah -tuliskan” G” jika pelajar digantung sekolah 1.3. Buku kedatangan mesti diambil dan ditanda oleh Guru Tingkatan sendiri. 1.4. BUKU KEDATANGAN MESTI DISERAH KE PEJABAT SELEWAT-LEWATNYA PADA AKHIR WAKTU KE-2. BUKU KEDATANGAN PELAJAR TIDAK BOLEH DIBAWA BALIK.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 21 1.5. PELAJAR DILARANG MENGAMBIL BUKU KEDATANGAN 1.6. Segala maklumat butir diri murid mesti dilengkapkan dengan HURUF BESAR. 1.7. Jadual kedatangan mesti ditutup pada hari terakhir setiap bulan. 1.8. Penggunaan ‘liquid paper’ dilarang. Untuk membuat pembetulan, dipalang dan ditandatangani. 1.9. Menutup Jadual kedatangan murid pada tiap-tiap akhir bulan dan menyerahkannya kepada Penolong Kanan (HEM). 2. MEMASUKKAN BUTIRAN PELAJAR BARU TERMASUK PELAJAR PINDAH KE SEKOLAH INI KE DALAM BUKU PENDAFTARAN PELAJAR. 3. PUNGUTAN WANG RAMPAI/ BAYARAN TAMBAHAN DAN BAYARAN-BAYARAN LAIN 3.1. Bayaran-bayaran hanya dikenakan setelah mendapat persetujuan PIBG dan Jabatan Pelajaran Johor / Kementerian Pelajaran Malaysia. a. Yuran PIBG ialah RM20.00 setahun dari setiap keluarga murid. Sekiranya murid itu ada kakak atau abang, abang atau kakak sahaja yang bayar. Yuran buku resit boleh didapati dari Bendahari PIBG. 3.2. Bayaran Yuran Ahli Koperasi ialah RM3.50 seumur hidup bagi setiap pelajar. 4. AKADEMIK 4.1. Merekodkan keputusan peperiksaan dalam Buku Rekod Mengajar. 4.2. Mengisi markah peperiksaan dalam Sistem Aplikasi Peperiksaan. 4.3. Memastikan papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah seperti menampal pekeliling sekolah, jadual sukan, peraturan sekolah dan carta-carta mata-mata pelajaran. 4.4. Menyediakan borang surat akuan murid Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas bagi tujuan mengeluarkan Sijil Berhenti. 4.5. Menguruskan pemberian Buku Teks mengikut peraturan mengenainya. 4.6. Melaporkan murid-murid yang perlu diberi bimbingan / kaunseling pada Guru Bimbingan dan Kaunseling serta memberikan kerjasama yang diperlukan. 4.7. Bertanggungjawab tentang kebajikan kelasnya. 4.8. Menggalakkan penyediaan sudut-sudut bagi mata pelajaran dan memastikan sudut-sudut ini diisi dengan guntingan-guntingan surat khabar. Contoh-contoh karya dan artikel-artikel yang baik untuk rujukan murid. 5. BANTUAN DAN BIASISWA 5.1. Membuat cadangan murid-murid yang layak diberi bantuan BKP atau bantuan-bantuan persekolahan yang lain dari masa ke semasa.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 22 5.2. Mengisi maklumat bagi pihak Pengetua dalam Borang BKP atau bantuan-bantuan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pengetua. 6. KEBAJIKAN PELAJAR 6.1. Melaporkan pelajar yang betul-betul miskin kepada sekolah/Badan Kebajikan. 6.2 Nama-nama pelajar hendaklah diserahkan kepada GPK HEM / Guru-guru Kebajikan Pelajar. 7. SPBT 7.1. Memberikan buku SPBT kepada semua pelajar . 7.2. Mengisi borang rekod pinjaman SPBT dan pastikan tandatangan pelajar dibuat sewaktu proses peminjaman dan pemulangan SPBT dilakukan. 7.3. Memastikan setiap pelajar menuliskan nama dalam buku SPBT. Pastikan nama yang ditulis tidak boleh dipadam. Segala pembetulan mesti disahkan oleh Guru Tingkatan. Perkara ini amat penting untuk mengelak pelajar mengambil/mencuri buku orang lain. 7.4. Menyemak buku SPBT dengan kerap untuk memastikan buku dijaga dengan baik. 7.5. Pastikan pelajar menyampul buku dengan penyampul plastik/yang bersesuaian. 8. Agihan Tugas Guru Tingkatan Pertama dan Kedua Guru Tingkatan Pertama 1. Urusan berkaitan jadual kedatangan dan data pelajar. 2. Urusan berkaitan pendaftaran pelajar, sijil berhenti dan pertukaran sekolah. 3. Urusan berkaitan pungutan yuran dan bayaran lain. 4. Urusan berkaitan akademik dan peperiksaan. 5. Urusan berkaitan ponteng dan disiplin pelajar. 6. Hal-hal lain yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. 7. Mengambil alih tugas guru tingkatan kedua sekiranya guru tingkatan kedua tiada di sekolah. Guru Tingkatan Kedua 1. Urusan berkaitan kebajikan pelajar (SPBT, biasiswa, hadiah pelajaran, bantuan lain) 2. Urusan berkaitan aset dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah/ Pengurusan Kelas Abad 21. 3. Urusan berkaitan kebersihan, keceriaan dan keselamatan di bilik darjah. 4. Urusan berkaitan ponteng dan disiplin pelajar. 5. Hal-hal lain yang berkaitan dengan pengurusan bilik darjah . 6. Mengambil alih tugas guru tingkatan pertama sekiranya guru tingkatan pertama tiada di sekolah.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 23 9. HAL-HAL LAIN 1. Melantik ketua darjah dan penolongnya pada awal persekolahan. 2. Menjaga keadaan fizikal kelas serta alat perabot di dalamnya. 3. Memastikan senarai ‘Inventory’ dipamerkan di dalam kelas. 4. Menentukan tempat duduk murid-murid untuk mencegah ‘polarisasi’ (jika ada). 5. Membantu menanam dan memupuk sikap kewarganegaraan yang sihat. 6. Guru kelas hendaklah memastikan kelasnya di dalam keadaan bersih. 7. Buku Kedatangan Kelas mesti diserahkan untuk semakan Penolong Kanan (HEM) setiap minggu. 8. Mematuhi dan melaksanakan arahan Pengetua dari semasa ke semasa. MAJLIS KO-KURIKULUM KEAHLIAN – Lihat dalam Senarai Agihan Tugas Pengurusan Kokurikulum yang dilampirkan. TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PENASIHAT PERSATUAN 1. Bertanggungjawab menasihat, membimbing dan mengawal susunan dan perjalanan persatuanpersatuan yang berkenaan supaya benar-benar teratur dan bergerak. 2. Bertanggungjawab sebagai penggerak kepada persatuan-persatuan yang berkenaan bagi melaksanakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah kepada ahli- ahli seperti: - Melaksana projek-projek tertentu - Penganjur/menyertai peraduan-peradun - Mengadakan kursus-kursus bimbingan dalam bidang-bidang yang sesuai - Mengadakan lawatan sambil belajar - Berbagai-bagai kegiatan lain Dari kegiatan-kegiatan yang tersebut di atas, tiap-tiap persatuan dikehendaki, melaksanakan sekurangkurangnya satu projek tertentu. 3. Membimbing ahli-ahli jawatankuasa dan ahli-ahli persatuan dalam memahami peraturan-peraturan berpersatuan. 4. Menggiatkan lagi kecenderungan murid-murid dalam bidang pelajaran. 5. Menentukan bahawa rancangan kegiatan setahun dibuat dan disampaikan kepada Pengetua pada awal semester persekolahan yang pertama tiap-tiap tahun. 6. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 24 TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU PERMAINAN 1. Memajukan kemahiran dan minat murid-murid dalam permainan yang diajar. 2. Membentuk, membuat pemilihan dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual yang dirangka. 3. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat dari guru-guru yang mahir dalam permainan itu. 4. Menentukan undang-undang permainan dan perlawanan untuk perlawanan antara rumah. 5. Menganjurkan perlawanan antara sekolah seberapa kerap yang mungkin. 6. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar termasuk surat kebenaran dari ibu bapa dan memastikan murid-murid itu dilindungi insurans. 7. Melaporkan dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai oleh pasukan sekolah dan pertandingan-pertandingan peringkat sekolah. Buku akan disediakan dalam Pejabat. 8. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan bagi permainan itu. 9. Memastikan murid-murid pasukan sekolah memiliki semangat kesukanan yang tinggi di samping menjunjung undang-undang dan disiplin sekolah. 10. Menentukan peralatan/gelanggang permainan sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat untuk digunakan. 11. Merancang dengan guru-guru rumah mengenai aktiviti-aktiviti tahunan pada awal penggal. 12. Menilai prestasi pasukannya dalam permainan. 13. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari semasa ke semasa


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 25 STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2 (SKPMg2) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) untuk menggantikan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2003 (SKPM 2003) dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM 2010). Perubahan ini adalah sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dan perkembangan bidang pendidikan semasa. SKPMg2 – 5 STANDARD STANDARD PERNYATAAN STANDARD 1- KEPIMPINAN Pengetua / Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya menggembleng dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan meningkatkan kualiti pdp 2- PENGURUSAN ORGANISASI Organisasi sekolah diurus secara cekap dengan mengambil kira potensi dan keperluan warga sekolah, kemudahan sumber dalaman dan luaran untuk meningkatkan keberkesanan pengoperasian sekolah. 3- PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWAL MURID Bidang kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid diurus secara cekap dan berkesan untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial selaras dengan halatuju sekolah. 4- PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Guru berperanan sebagai pemudah cara dalam pembelajaran dan pengajaran yang berkesan untuk memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan pencapaian murid pada tahap optimum secara berterusan. 5- KEMENJADIAN MURID Murid yang dididik secara holistik dalam pengurusan sekolah yang cekap berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan, dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 26 KERANGKA SKPMg2 PEMBELAJARAN ABAD KE-21 Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk menjayakan Pelan Pembangunana Pendidikan Malaysia. 1. Antara Kemahiran pembelajaran dan pembelajaran (PdP) yang terdapat dalam abad ke-21 ialah: a) Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills) b) Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills) c) Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) 2. Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah: a) Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation) b) Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving) c) Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration) d) Literasi Maklumat (Information Literacy) e) Literasi Media (Media Literacy) f) Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology Literacy) g) Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability) h) Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction) i) Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills) j) Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability) k) Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 27 3. Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut: a) Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum) b) Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi c) Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka d) Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology) e) Memiliki kemahiran kaunseling f) Menggunakan teknologi terkini 4. Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah: a) Berupaya membuat hubung-kait b) Bijak menyoal c) Yakin berkomunikasi d) Mengambil risiko e) Dahagakan ilmu f) Ingin tahu g) Menjana idea h) Fleksibel i) Tidak berputus asa j) Mendengar dan membuat refleksi k) Berkemahiran kritis l) Menguasai kemahiran literasi m) Berani mencuba o) Mampu berfikir sendiri p) Membuat inisiatif r) Mampu bekerja dengan orang lain s) Membuat perubahan t) Berintegriti u) Berkeperibadian tinggi


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 28 4. BILIK DARJAH ABAD KE-21 Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah: a) Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna. b) Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif. Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah: 1. Bilik darjah sebagai bilik sumber a) Murid duduk dalam kumpulan (4 – 6 orang). b) Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) – Instant Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /soft board. c) Hasil kerja murid dipamerkan. 2. Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC) a) Murid duduk dalam kumpulan (4 – 6 orang). b) Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal c) Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) – Instant Access/ Interactive/ dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih / soft board. d) Hasil kerja murid dipamerkan. e) SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong f) Bilik darjah ‘terbuka’ (Outdoor Classroom) g) Lorong bermaklumat h) Ruang santai KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC) Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan usaha komprehensif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid. PLC merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga pihak sekolah dengan komuniti luar. Antaranya ialah a) Jejak Pembelajaran (Learning Walks) b) Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 29 c) (Peer Coaching / Instructional Coaches) d) Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study) e) Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions) f) Perkongsian amalan terbaik (Best practises) g) Pengajaran secara kolaboratif ( Collaborative Teaching ) h) Sistem Sokongan Rakan Sekerja ( Buddy Support System ) i) Coaching Partnership j) Cross Visits


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 30 KETETAPAN DAN PERATURAN UMUM ANUGERAH CEMERLANG 1. Anugerah Kecemerlangan PEPERIKSAAN KRITERIA HADIAH TERBAIK CEMERLANG TERBAIK CEMERLANG PT3 Keseluruhan Minimum 5A, 1B Plak, Sijil Wang tunai Plak, Sijil Wang tunai SPM Keseluruhan Minimum 6A, 2B Plak, Sijil Wang tunai Plak, Sijil Wang tunai STPM Keseluruhan Minimum PNGK 3.00 Plak, Sijil Wang tunai Plak, Sijil Wang tunai Kokurikulum – Pencapaian Terbaik Di Peringkat Tertinggi Plak, Sijil * Pelajar yang memperoleh "Semua A" akan diberi hadiah kewangan RM200 (PT3), RM300 (SPM) dan RM350 (STPM) :Punca sumbangan PIBG, Koperasi, dll badan sekolah. 2. Hari Q 2.1) Peperiksaan Awam/(Tingkatan 3, 5 dan 6 Atas) PEPERIKSAAN KRITERIA HADIAH TERBAIK CEMERLANG TERBAIK CEMERLANG PT3 Keseluruhan Minimum 5A, 1B Plak, Sijil Wang tunai Plak, Sijil Wang tunai SPM Keseluruhan Minimum 6A, 2B Plak, Sijil Wang tunai Plak, Sijil Wang tunai STPM Keseluruhan Minimum PNGK 3.00 Plak, Sijil Wang tunai Plak, Sijil Wang tunai Kokurikulum – Pencapaian Terbaik Di Peringkat Tertinggi Plak, Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik (Ting. Peralihan, 1, 2, 4 & 6 Bawah) ➢ Kedudukan terbaik (GPC & Lulus) dalam kelas pada peperiksaan akhir tahun - Sijil & Cenderamata & RM15 ➢ 3 Pelajar terbaik keseluruhan setiap Tingkatan - Sijil, Plak & RM30 ➢ Mata pelajaran Terbaik Tingkatan - Sijil & Cenderamata


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 31 2.2) Kokurikulum Insentif Tambahan (Pertandingan di bawah Jabatan / Kementerian Pelajaran) - Sumbangan PIBG sekolah Pencapaian Peringkat Pertandingan Daerah Negeri Kebangsaan Individu Pasukan Individu Individu Johan RM20 RM100 RM100 RM300 Naib Johan RM8 RM50 RM50 RM150 Ketiga - - RM25 RM125 *Pelajar yang dipilih mewakili Malaysia di pertandingan antarabangsa akan diberi tambahan insentif sebanyak RM300 dan jika berjaya memenangi pingat, tambahan RM100 akan diberikan. Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum ❖ Emas – Sijil - Mewakili negara ke peringkat antarabangsa. ❖ Perak – Sijil - Mewakili negeri ke peringkat kebangsaan atau mewakili daerah ke peringkat negeri dengan kedudukan minimum ketiga. ❖ Gangsa – Sijil * Untuk aktiviti yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia - Mewakili sekolah ke peringkat daerah dengan kedudukan minimum ketiga atau mewakili daerah ke peringkat negeri. Anugerah Khas (Sijil & Cenderamata) - Terbaik : (i) Sukan (ii) Persatuan (iii) Unit Beruniform Sijil Penghargaan - Semua AJK Kelab/Persatuan/Unit Beruniform diberi sijil penghargaan 2.3 Hal Ehwal Pelajar (Sijil/& Cenderamata) i) Kehadiran cemerlang – Kehadiran 100% (Sijil) ii) Ketua Darjah/Penolong Ketua Darjah yang bertanggungjawab (Sijil & Cenderamata) iii) Pengawas-Pengawas Cemerlang (Sijil & Cenderamata)


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 32 2.4 Sumbangan Lain - Ahli Pusat Sumber/SPBT/Koperasi/Unit Khas - Ahli paling cemerlang yang telah memberi sumbangan khas. - Diberi sijil dan cenderamata 3. Kategori Guru – (Sijil dan plak) 3.1 Akademik – Peningkatan Prestasi dari segi GPMP dan Peratus Menguasai. 3.2 Pengurusan Program Kurikulum Terbaik. 3.3 Pengurusan Kelab/ Persatuan/ Unit Beruniform Terbaik (3 terbaik). 3.4 Pengurusan Hal Ehwal Murid Terbaik (2 terbaik). - Guru Tingkatan yang cemerlang. 3.5 Pengurusan / Jurulatih permainan / olahraga yang cemerlang. 3.6 Kehadiran Cemerlang (5 terbaik). 2.1) Akademik Penerima anugerah dipilih berdasarkan keputusan Peperiksaan Akhir Tahun. Sijil Permata Syarat pemilihan pemenang adalah berikut; Peralihan – Tingkatan 2 : Lulus semua mata pelajaran dengan GPC lebih baik daripada 2.9 Tingkatan 4 : Lulus semua mata pelajaran dengan GPC lebih baik daripada 5.0 Tingkatan 6 : PNGK lebih daripada 2.00.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 33


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 34 KOMPONEN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN | Guru Kelas 1. Merekod dan mengemaskinikan kehadiran serta butiran peribadi murid. 2. Memastikan murid membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau surat doktor sekiranya mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah. 3. Melaksanakan tindakan berikut bagi kes-kes ponteng sekolah seperti : a. Surat Amaran Pertama pada hari ketiga (3) tidak hadir berturut-turut atau pada hari kesepuluh tidak hadir bukan berturut-turut. b. Surat Amaran Kedua pada tujuh (7) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir berturut-turut atau sepuluh (10) hari selepas Amaran Pertama tidak hadir bukan berturut-turut. c. Surat Amaran Terakhir pada tujuh (7) hari selepas Amaran Kedua tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Kedua tidak hadir bukan berturut-turut. d. Surat Buang Sekolah (bertandatangan PGB) secara berdaftar pada 14 hari selepas Amaran Terakhir (31 hari) tidak hadir berturut-turut atau 20 hari selepas Amaran Terakhir (60 hari) tidak hadir bukan berturut-turut. 4. Memaklumkan kepada guru admin APDM untuk mengeluarkan nama murid dari sistem selepas Surat Buang Sekolah dikeluarkan. 5. Sekiranya murid tidak hadir selama 60 hari persekolahan, namanya dikeluarkan dari buku jadual kedatangan. Kes-kes ini hendaklah dirujuk kepada PGB terlebih dahulu. 6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua kelas mengikut suara ramai dalam kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, kerusi meja berada dalam keadaan teratur dan mengurus pertukaran murid. 7. Mengurus pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks kepada murid. 8. Membantu PGB dalam pengurusan pendidikan dan kebajikan, mengirim surat-surat jemputan kepada ibu bapa/penjaga, sijil-sijil dan surat akuan. 9. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masing-masing dan memberitahu murid. 10. Bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam kelasnya dan menanam semangat rajin, tekun, dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik. 11. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada GPKHEM seperti ketidakhadiran, ponteng yang berulang dan masalah disiplin lain. 12. Merekod dan mengemaskinikan butiran maklumat murid pindah masuk dan pindah keluar di dalam Sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) dan Buku Daftar Kemasukan Murid/sistem yang berkuat kuasa sekarang.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 35 13. Mengurus fail peribadi murid yang mengandungi dokumen berikut baharu jika ada pertukaran: a. Rekod Prestasi Murid b. Kad Rawatan Perkhidmatan Pergigian dan Buku Rekod Kesihatan Murid c. Buku Maklumat Kokurikulum dan PAJSK d. Laporan SSDM dan Borang Laporan Psikometrik 14. Mengisi borang pengesahan calon bagi kelas-kelas peperiksaan dan membantu menyusun kerusi meja. 15. Mengisi butiran semua ujian dan pentaksiran dengan lengkapnya dan dianalisis dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) melalui guru mata pelajaran. 16. Memastikan keselamatan perabot dan kebersihan kelasnya. 17. Menyediakan senarai tugas bagi murid dalam kelasnya untuk tugas pembersihan kelas pada tiap-tiap hari persekolahan. 18. Memastikan sudut info kelas ditampalkan dengan bahan ilmiah yang positif, membina dan terkini. 19. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. | Guru Bertugas Harian 1. Guru bertugas harian disarankan hadir awal sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula mengikut keperluan dan ketetapan pihak pentadbir sekolah. 2. Mengingatkan warga sekolah bagi memastikan semua lampu, kipas, pili air dan suis eletrik ditutup sebelum meninggalkan kelas. 3. Mengingatkan guru dan murid supaya menjaga kebersihan, memastikan bilik-bilik darjah disapu, sampah – sarap dibuang serta lampu dan kipas/tingkap ditutup sebelum tamat sesi persekolahan. 4. Mengawasi disiplin murid di luar waktu belajar seperti waktu rehat dan waktu sebelum loceng pertama dibunyikan, sekitar kawasan sekolah dan mengambil tindakan yang segera dan munasabah (jika perlu). 5. Mengawasi kebersihan bilik-bilik darjah, tandas, kantin, bilik-bilik khas dan kawasan sekolah. 6. Memastikan murid mengikut peraturan semasa membeli makanan di kantin. 7. Mengurus murid yang sakit dengan memaklumkan kepada ibu bapa untuk mendapatkan rawatan bagi murid tersebut. 8. Memastikan surat pengesahan murid dan nama murid direkodkan sebelum ke hospital. 9. Mengawasi murid menepati waktu datang dan pulang dari sekolah serta waktu rehat.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 36 10. Menentukan keselamatan murid di sekitar kawasan sekolah. 11. Membuat catatan mengenai perkara-perkara penting yang berlaku sepanjang hari/ minggu persekolahan ke dalam Buku Laporan Bertugas, antara perkara-perkara yang dicatat ialah: a. Rumusan guru tidak hadir b. Rumusan murid sakit dan murid pulang awal c. Laporan perhimpunan rasmi dan pengumuman dalam perhimpunan harian d. Laporan pemerhatian guru bertugas e. Hal-hal lain 12. Memastikan perhimpunan rasmi berjalan lancar mengikut tatacara perhimpunan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. 13. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. | Penyelaras Tingkatan 1. Bertanggungjawab membuat pembahagian murid dalam kelas di bawah jagaannya dengan mendapatkan persetujuan PGB. 2. Membantu menerima kemasukan murid baharu dan membuat penempatan mengikut kelulusan PPD/JPN. 3. Memaklumkan kepada PGB jumlah murid dalam setiap kelas dari semasa ke semasa. 4. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dan memastikan guru kelas mendaftarkan maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran serta memaklumkan kepada guru admin APDM. 5. Memastikan surat-surat kelulusan kemasukan murid baharu disimpan dengan kemas dan teratur. 6. Memastikan guru kelas mengisi maklumat murid di dalam Buku Pendaftaran Murid. 7. Memastikan guru kelas mengemaskini Profil Murid di dalam APDM dari semasa ke semasa. 8. Mengemaskinikan dan menyimpan fail-fail pertukaran murid dengan kerjasama Pembantu Operasi. 9. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 37 | Setiausaha Jawatankuasa (A) TUGAS UMUM 1. Membantu merancang pelaksanaan sesuatu program dalam jawatankuasa. 2. Menbantu menyediakan anggaran perbelanjaan sesuatu program. 3. Bertanggungjawab terhadap pengurusan rekod dan fail jawatankuasa. 4. Memastikan semua aktiviti yang dirancang berjalan dan dilaksanakan mengikut perancangan. 5. Mengumpul semua laporan aktiviti yang telah dilaksanakan. 6. Menyediakan laporan dan dokumentasi tahunan mengikut jawatankuasa. 7. Memberi input yang imaginatif dan inovatif untuk peningkatan kecemerlangan jawatankuasa. 8. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. (B) TINDAKAN SEBELUM MESYUARAT 1. Menentukan agenda, tarikh, masa dan tempat mesyuarat bersama pengerusi mesyuarat 2. Membuat tempahan bilik mesyuarat. 3. Mengurus kertas-kertas pembentangan/bahan-bahan dan dokumen yang diperlukan dalam mesyuarat. 4. Mendapatkan maklum balas bagi mesyuarat lepas. 5. Menghantar jemputan mesyuarat 6. Mengadakan perbincangan sebelum mesyuarat. 7. Mengesahkan kehadiran. 8. Memastikan persediaan kemudahan-kemudahan bilik mesyuarat. 9. Menangguhkan atau membatalkan mesyuarat dengan arahan pengerusi. (C) TINDAKAN SEMASA MESYUARAT 1. Mengemaskinikan kehadiran ahli mesyuarat semasa mesyuarat berlangsung. 2. Memastikan mesyuarat dijalankan mengikut agenda yang telah ditetapkan 3. Merekodkan perkara-perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat bagi tujuan penyediaan minit mesyuarat. (D) TINDAKAN SELEPAS MESYUARAT 1. Menyediakan minit mesyuarat. 2. Mengedarkan minit dan format/ borang maklum balas mesyuarat. 3. Mendapatkan maklum balas mesyuarat. 4. Merekod dan menyimpan minit mesyuarat.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 38 KOMPONEN HAL EHWAL MURID | JK Pengurusan Hal Ehwal Murid (HEM) 1. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurang dua (2) kali setahun 2. Menentukan dasar dan hala tuju pengurusan hal ehwal murid sekolah. 3. Merancang dan mengurus pengoperasian hal ehwal murid di sekolah. 4. Merancang dan mengawal pengurusan sumber berkaitan hal ehwal murid di sekolah. 5. Mengenal pasti dan menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan hal ehwal murid di sekolah. 6. Merancang, memantau, menilai dan menambahbaik pelaksanaan program dan aktiviti hal ehwal murid di sekolah. 7. Membina hubungan seranta dengan ibu bapa, komuniti dan pihak yang berkepentingan. 8. Melapor dan mendokumenkan program dan aktiviti berkaitan hal ehwal murid di sekolah. 9. Mengurus dan menyelia pengoperasian bilik-bilik khas berkaitan hal ehwal murid. 10. Merancang, menyusun dan melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan tahap pencapaian sekolah di bidang pengurusan kokurikulum, keceriaan, kebersihan, kesihatan dan keselamatan (3K). 11. Membuat penilaian kendiri tahap pencapaian sekolah berdasarkan keputusan Pelaporan Sekolah Menengah. 12. Melaksanakan tugas PPS di bawah komponen terlibat untuk mengurus pelaporan SKPMg2. Subkomponen Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah seperti yang berikut: (1) JK PEMBANGUNAN MODAL INSAN (KrMJ, SLB, JSLC & PRS) a. Jawatankuasa membincangkan peranan dan aktiviti yang penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan, keperibadian mulia, berpengetahuan dan kemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju. b. Aktiviti yang ingin dihasilkan juga mesti membentuk modal insn yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang baru, mempunyai ketahanan dan membangunkan kepemimpinan murid.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 39 c. Jawatankuasa perlu merancang, melaksanakan dan menilai Program Pembangunan Karakter Murid Johor (KrMJ), Modul Kepimpinan Student Leaders Board (SLB & JSLC) Negeri Johor, Program Pembangunan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) untuk membentuk modal insan holistik dan berkeperibadian unggul. (2) PENGURUSAN KELAS a. Pengurusan Bilik Darjah merujuk kepada semua tindakan guru semasa mengendalikan kelas supaya dapat mewujudkan persekitaran kondusif untuk menggalakkan pembelajaran yang berkesan. b. Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu merancang, mengelola, mengarah dan mengawal. c. Meningkatkan penglibatan murid dalam PdP, mengurangkan masalah displin, dapat mengoptimumkan masa proses PdP dengan mengambil berat tentang: i. Iklim dan persekitaran bilik darjah ii. Komunikasi iii. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) iv. Pengurusan Disiplin Murid (3) PENDAFTARAN, PENEMPATAN DAN KEHADIRAN MURID a. Mengurus pendaftaran merangkumi proses pemakluman permohonan, pengesahan, penerimaan borang penempatan dan pengurusan data murid. b. Mengurus pendaftaran murid dari sekolah bukan kerajaan/swasta/persendirian atau bukan warganegara yang telah mendapat kelulusan penempatan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. c. Mendaftar maklumat murid ke dalam Buku Kemasukan Sekolah. d. Memastikan setiap murid mendapat nombor daftar sekolah. e. Mengemaskinikan data murid melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dan memasukkan nombor daftar sekolah. f. Menyemak dan mengumpulkan semua maklumat murid berkaitan SPBT, kebajikan dan bantuan. g. Mengurus pertukaran murid merangkumi proses pengisian dan penyerahan borang pertukaran kepada ibu bapa/penjaga untuk diserahkan ke PPD. h. Mengumpulkan semula borang pertukaran yang telah diluluskan oleh PPD.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 40 i. Mengurus murid yang memohon berhenti atau tamat sekolah rendah merangkumi proses permohonan, penyerahan fail murid dan juga pengeluaran sijil berhenti murid. j. Mendapatkan pengesahan akuan bebas hutang bagi murid yang memohon berhenti sekolah dan berpindah keluar. k. Mengurus nama murid yang bertukar dan berhenti sekolah dalam APDM dengan bantuan Guru Admin APDM. l. Bekerjasama dengan agensi luar KPM dalam urusan berkaitan pendaftaran murid cicir. (4) BANTUAN DAN KEBAJIKAN (4.1) TUGAS UMUM JAWATANKUASA 1. Merancang dan mengadakan projek untuk mengisi Tabung Kebajikan. 2. Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan bantuan kebajikan. 3. Menyediakan borang permohonan, mengumpul dan membuat keputusan melalui mesyuarat. 4. Mengeluarkan bantuan dalam bentuk wang, pakaian, peralatan dan lain-lain. 5. Mengurus agihan derma dan bantuan dalam/luar dari semasa ke semasa. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa. (4.2) BANTUAN KEWANGAN (BAP, BAPJ & KWAMP DLL) 1. Memilih dan memperakukan murid yang layak untuk bantuan berbentuk kewangan. 2. Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap mengandungi maklumat bagi tujuan auditan dan pemantauan seperti berikut: a. Senarai nama murid yang membuat permohonan. b. Senarai nama murid yang diperakukan oleh jawatankuasa. c. Senarai nama murid yang tidak diperakukan bersama justifikasi penolakan. 3. Menentukan bayaran bantuan kewangan sama ada dimasukkan ke akaun murid, wang tunai, cek atau pemberian dalam bentuk barangan. 4. Memastikan urusan terimaan dan bayaran dibuat mengikut Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah/Akaun Khas. 5. Melaporkan kepada Bahagian Kewangan, KPM sekiranya terdapat keraguan pada senarai penerima data sedia ada (DSA) dan status miskin/miskin tegar murid yang tersenarai dalam eKASIH dan Data Murid Orang Asal (DMOA).


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 41 (4.3) BANTUAN PAKAIAN SERAGAM (BPS) 1. Menerima peruntukan BPS dan mengakaunkan jumlah yang diterima di bawah lajur Bantuan Persekolahan Lain (BPL) dalam Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan (KWK). 2. Menyelenggarakan Akaun Subsidiari BPS. 3. Menyediakan laporan prestasi perbelanjaan BPS secara berkala kepada JPN. (4.4) SKIM TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA KPM telah melantik Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad melaksanakan Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia (TPSM) untuk memberikan kemudahan kepada murid sekolah di seluruh Malaysia menuntut takaful perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar jangkaan. Tatacara membuat tuntutan: 1. Notis Pemberitahuan Kemalangan/tuntutan mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh kemalangan. 2. Pihak sekolah/ibu bapa/murid/waris boleh mengemukakan tuntutan terus ke Unit Tuntutan TPSM, Ibu Pejabat, cawangan Takaful Malaysia yang berdekatan melalui pengesahan sekolah dengan menggunakan borang tuntutan TPSM. 3. Borang tuntutan hendaklah diisi oleh sekolah berkenaan dengan membuat pengesahan dan perakuan daripada PGB atau GPK HEM. 4. PGB hendaklah memastikan bahawa: a. Murid yang menuntut ialah murid yang sah dan berdaftar di sekolah berkenaan. b. Tuntutan yang dibuat benar-benar berada bawah skop perlindungan yang dinyatakan. 5. Borang tuntutan hendaklah diisi dengan betulnya dan tepatnya. 6. Semua borang mestilah ditandatangani oleh PGB atau GPK HEM. 7. Bayaran manfaat tuntutan akan dimasukkan ke dalam akaun bank penerima.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 42 (5) KANTIN 1. Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK Pengurusan 3K dalam mengurus halhal yang berkaitan dengan kesihatan, kebersihan dan keselamatan. 2. Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau, cantik, selesa, selamat dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu. 3. Memastikan kemudahan-kemudahan di kantin seperti tempat membasuh tangan dan tong sampah serta lain-lain alat kelengkapan yang digunakan perlu ditinjau dari segi kebersihan, keselamatan dan kegunaannya dari semasa ke semasa. 4. Memastikan pihak kantin menyediakan makanan dan minuman halal mengikut menu dan harga seperti dalam surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan. 5. Memastikan pengusaha kantin akur dengan pekeliling dan panduan Kementerian Kesihatan berkaitan dengan pengurusan kantin sekolah. 6. Memastikan pekerja kantin menjaga kebersihan dirinya dan mengelakkan amalanamalan yang boleh yang menyebabkan kekotoran atau pencemaran bahanbahan makanan dan minuman. 7. Memastikan makanan yang dijual di kantin mestilah bersih, bermutu, berzat, selamat untuk dimakan dan harganya berpatutan. 8. Memastikan alat-alat ataupun perkakas-perkakas yang digunakan, seperti pinggan mangkuk sentiasa dalam keadaan bersih. 9. Memastikan pengusaha/pengendali makanan memasak makanan di dalam kawasan sekolah. 10. Memastikan makanan bermasak yang disediakan tidak dimasak tidak melebihi empat (4) jam. 11. Mengadakan kempen kesedaran mengenai kebersihan makanan dan kebersihan premis makanan. 12. Bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan bagi usaha-usaha peningkatan dan menggalakkan kebersihan dan kesihatan. 13. Mengurus sebut harga dan Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan kantin Sekolah bagi memastikan kantin dapat beroperasi.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 43 (6) SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT) 1. Mengemaskinikan Bilik Buku SPBT Sekolah (BOSS). 2. Menyemak penyata berkomputer yang sampai bersama bekalan buku untuk tindakan selanjutnya jika ada masalah. 3. Menerima dan memproses buku daripada pembekal. 4. Mengagihkan buku kepada murid pada minggu pertama persekolahan. 5. Mengagihkan borang G kepada guru untuk dilengkapkan dan disimpan oleh GPK HEM. 6. Menyediakan senarai hapus kira untuk dihantar kepada semua murid dari semasa ke semasa. 7. Mengadakan pemeriksaan buku teks mengejut kepada semua murid dari semasa ke semasa. 8. Melantik Pembantu SPBT di kalangan murid. 9. Memastikan Bilik BOSS sentiasa kemas dan bersih serta semua buku tersusun mengikut mata pelajaran. 10. Memproses permohonan SPBT dan memberikan kelulusan sama ada layak atau tidak. 11. Bermesyuarat bersama Penyelaras Tingkatan apabila diperlukan. 12. Penyelaras Tingkatan perlu membuat senarai semak kelayakan dan selesai seminggu dari tarikh Panel Kelayakan bersidang. 13. Penyelaras Tingkatan membantu setiausaha SPBT mengedarkan surat pemberitahuan kelayakan. 14. Memastikan Guru Kelas melaksanakan tugas seperti berikut: a. Bekerjasama dengan guru SPBT dalam pelaksanaan dan pengurusan SPBT. b. Mengedar, mengumpul dan menyemak Borang Kelayakan Murid (Borang SPBT1) sebelum diserahkan kepada Penyelaras Tingkatan. c. Menyediakan senarai nama layak dan tidak layak menerima SPBT. d. Bertanggungjawab mengagihkan dan mengumpulkan semula buku teks dari murid. e. Mengisi Borang SPBT G dan mendapatkan pengesahan penerimaan dan pemulangan buku teks dari murid. f. Memastikan murid menggantikan buku teks yang hilang/rosak oleh muridmurid. g. Memastikan buku teks di tangan murid dijaga dengan baiknya. h. Memastikan murid melengkapkan maklumat diri mereka pada ruang yang disediakan pada cap SPBT.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 44 (7) PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) 1. Menentukan warga sekolah didedahkan tentang Pendidikan Pencegahan Dadah. 2. Bekerjasama dengan komuniti setempat, agensi kerajaan dan NGO menangani penyalahgunaan dadah. 3. Menghadiri mesyuarat dan aktiviti/program dari pihak AADK. 4. Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah berdasarkan 4 strategi iaitu : a. Pengurusan dan kepimpinan b. Kurikulum c. Kokurikulum d. Pembangunan Sahsiah 5. Melaksanakan program pencegahan, pengesanan dan intervensi di peringkat sekolah. 6. Mengadakan sudut, laluan atau bilik PPDa. (8) AMALAN GURU PENYAYANG 1. Merancang dan melaksanakan aktiviti amalan penyayang di antara guru dan murid seperti aktiviti yang berikut: a. Mengalu-alukan kehadiran murid. b. Memberi penghargaan kepada murid. c. Program mentor mentee. d. Ziarah Cakna. 2. Melaksanakan konsep penyayang sepanjang masa sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. 3. Membuat analisa setiap bulan bagi menilai impak pelaksanaannya. 4. Melibatkan pihak luar seperti ibu bapa, komuniti dan masyarakat setempat. 5. Sentiasa menunjukkan penampilan yang kemas, ceria, berbudi bahasa, prihatin terhadap murid dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah. 6. Melaksanakan tugas lain yang diarahkan oleh PGB/pentadbir dari semasa ke semasa.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 45 | JK Pengurusan Disiplin Murid (9) PENGURUSAN DISIPLIN 1. Jawatankuasa disiplin sekolah bertanggungjawab merancang dan mengurus hal-hal berkaitan dengan masalah disiplin dalam kalangan murid. 2. Semua guru ialah guru disiplin. 3. Memberikan pendedahan kepada semua guru tentang cara mengenal pasti muridmurid yang berisiko dalam kelas. 4. Bertanggungjawab mewujudkan iklim suasana harmoni, akrab serta selesa di sekolah. 5. Menggubal dan menyediakan peraturan sekolah. 6. Membantu dan bekerjasama dengan guru bertugas harian menjaga disiplin. 7. Memberikan maklumat murid kepada unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) untuk bimbingan kepada murid berisiko. 8. Merancang bersama-sama UBK bagi mempertingkatkan disiplin di sekolah. 9. Pengurusan Murid Berisiko Cicir : a.Penataran senarai dan maklumat murid berisiko cicir. b.Bersama-sama UBK merancang dan melaksanakan program intervensi bagi murid berisiko cicir. c.Bekerjasama dengan PIBG bagi mengatasi isu murid berisiko cicir. d.Pemantauan kemajuan program intervensi murid berisiko cicir dilakukan oleh PGB atau GPK HEM. 10. Mengemaskinikan maklumat murid dalam Sistem Sahsiah Disiplin Murid (SSDM). 11. Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah berkaitan untuk tindakan selanjutnya. (10) PENGURUSAN PENGAWAS 1. Melantik, melucut dan menyediakan garis panduan bidang tugas pengawas bagi memastikan peraturan sekolah dipatuhi. 2. Memastikan semua pengawas diberikan pendedahan dan mematuhi peraturan dan panduan disiplin sekolah. 3. Memastikan pengawas menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat bulanan dan taklimat mingguan. 4. Menyediakan jadual bertugas pengawas. 5. Merancang dan melaksanakan Program Kepimpinan Pengawas. 6. Bersama-sama guru disiplin dan UBK untuk melaksanakan perancangan peningkatan sahsiah.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 46 | JK Pengurusan 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) (11) TUGAS UTAMA JAWATANKUASA 3K 1. PGB dan GPK melakukan pemantauan, kawal selia dan pengesahan prestasi perkhidmatan kerja-kerja pembersihan dan keselamatan di sekolah. 2. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa 3K peringkat sekolah tiga (3) kali setahun. (Januari, Jun dan September). 3. Merancang dan mengemaskinikan Program 3K peringkat sekolah. 4. Memastikan warga sekolah melaksanakan Program 3K. 5. Mendapatkan kerjasama daripada PIBG dan agensi berkaitan untuk menyokong pelaksanaan Program 3K. 6. Menyediakan laporan pelaksanaan Program 3K peringkat sekolah. 7. Laporan segera kes aduan mengikut tempoh 1:3:7 kepada PPD. (1 hari laporan awal, 3 hari laporan lengkap, 7 hari kes telah selesai dan diambil tindakan) 8. Mengumpul maklumat program 3K a.Penggredan Kendiri Kantin Sekolah (oleh Pengusaha Kantin). b.Senarai Semak Keselamatan Sekolah. (11.1) KEBERSIHAN DAN KECERIAAN 1. Memastikan iklim suasana sekolah yang menekankan aspek kebersihan pada setiap masa. 2. Memastikan panduan kebersihan bagi sekolah dipatuhi. 3. Melibatkan penyertaan semua warga sekolah dalam perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti peningkatan kebersihan sekolah. 4. Melaksanakan saranan dan cadangan yang terkandung dalam Buku Garis Panduan Amalan Kebersihan Sekolah. 5. Meningkatkan usaha dan menggunakan inisiatif serta kreativiti sendiri dalam memastikan sekolah dalam keadaan indah dan bersih sepanjang masa. 6. Mengamalkan tindakan positif dalam memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri warga sekolah supaya mereka dapat menjadikan amalan menjaga keindahan dan kebersihan sebagai cara hidup yang berkekalan. 7. Menangani masalah disiplin murid dengan mewujudkan persekitaran sosial sekolah yang dapat membantu perkembangan emosi, rohani dan sosial yang sihat.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 47 8. Merancang cara meningkatkan keceriaan dan kebersihan persekitaran sekolah serta tandas di sekolah. 9. Menjadi Jawatankuasa Pelaksana Aktiviti Gotong-royong untuk keceriaan persekitaran sekolah. 10. Memastikan langkah-langkah pencegahan denggi dilaksanakan: a.Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. b.Memberi garis panduan kepada guru bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. c.Menyebar maklumat tentang bahaya nyamuk aedes dan demam denggi dalam pelbagai kaedah media. d.Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. e.Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi. f. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. (11.2 ) KESIHATAN & PENCEGAHAN PENYAKIT 1. Mengurus dan memastikan bilik rawatan dan peti ubat disediakan dan dilengkapi. 2. Mengumpulkan dan mengurus kad kesihatan dengan kerjasama guru kelas/ Penyelaras Tingkatan. 3. Membantu pegawai kesihatan mengurus pemeriksaan kesihatan gigi dan suntikan. 4. Membantu mengurus murid yang memerlukan rawatan awal. 5. Menyimpan minit-minit mesyuarat JK Pengurusan 3K. 6. Memastikan premis dan persekitaran sekolah, termasuk bilik darjah, tandas, asrama dan kantin sentiasa dalam keadaan bersih, selesa dan selamat supaya murid tidak dijangkiti penyakit. 7. Melaporkan semua kes penyakit berjangkit muntah, cirit-birit dalam kalangan murid dan kakitangan sekolah/kantin kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran dan tidak membenarkan murid yang disahkan menghidapi penyakit berjangkit hadir ke sekolah yang ditentukan oleh Pegawai Kesihatan yang bertauliah. 8. Menggalakkan murid-murid menjaga serta mengawal kebersihan diri dan kebersihan alam sekitar, seperti: a.membasuh tangan dengan air dan sabun selepas ke tandas. b.membasuh tangan sebelum menjamah makanan. c.menjaga kebersihan tandas.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 48 9. Menitikberatkan aspek-aspek kesihatan diri, makanan dan pemakanan, kesihatan masyarakat dan sebagainya kepada murid-murid serta menegaskan kaitannya dengan penyakit berjangkit, terutama penyakit-penyakit yang merebak melalui makanan dan minuman. 10. Melarang murid-murid membeli makanan dan minuman dari penjaja di luar kawasan sekolah. 11. Menggalakkan penyertaan dan kerjasama ibu bapa, komuniti setempat serta agensiagensi kesihatan dalam mewujudkan sekolah sihat. (11.2) PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI (PPDenggi) 1. Merancang dan melaksanakan pelan tindakan pencegahan pembiakan nyamuk Aedes ke arah menjadikan kawasan sekolah sebagai kawasan bebas denggi. 2. Menyebarluaskan garis panduan Pendidikan Pencegahan Denggi (PPDe) kepada warga sekolah bagi menyelaraskan aktiviti pendidikan pencegahan denggi dan peranan murid sebagai agen perubahan di sekolah, rumah dan masyarakat. 3. Melibatkan pihak luar seperti agensi kerajaan dan swasta dalam merancang serta melaksanakan program pencegahan denggi. 4. Memantau dan melaporkan pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Denggi di sekolah. 5. Memantau, melaporkan dan merujuk kes-kes yang disyaki demam denggi kepada pihak berwajib. (11.4) KESELAMATAN & SEKOLAH SELAMAT 1. Melaporkan kepada GPK HEM sebarang masalah yang berkaitan risiko keselamatan untuk tindakan selanjutnya. 2. Menyediakan papan maklumat untuk memberitahu pelawat supaya mendapat kebenaran PGB sebelum berurusan di sekolah. 3. Mencadangkan lantikan pengawal lalu lintas sekolah kepada PGB. 4. Mendapatkan kerjasama pihak polis untuk mengawal keselamatan (jika perlu). 5. Merancang dan melaksanakan program keselamatan. 6. Mengadakan latihan mengosongkan bangunan sekurang-kurangnya satu (1) kali setahun. 7. Memastikan pelan laluan keselamatan dan peraturan keselamatan bilik-bilik khas ditampal di bilik darjah dan di dalam buku latihan murid. 8. Memastikan peralatan alat pemadam api berada di tempat sepatutnya serta memaklum pada pentadbir jika sudah menghampiri tarikh luput.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 49 9. Meletakkan tanda amaran 'BAHAYA' di tempat-tempat yang berbahaya. 10. Merancang pergerakan lalu lintas dan tempat letak kenderaan pada masa majlis rasmi sekolah. 11. Menetapkan laluan tertentu untuk murid bagi mengelakkan kesesakan. 12. Melaporkan sebarang kerosakan suis, alat elektrik dan pendawaian kepada pentadbir. 13. Memaklumkan dengan segera kepada ibu bapa jika berlaku sekolah dicutikan kerana kecemasan, kebakaran dan bencana melalui platform komunikasi dan Internet yang ada. 14. Mengisi Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS). (A) KESELAMATAN DIRI MURID 1. Mendapatkan kerjasama dari pihak polis dan ibu bapa untuk membuat rondaan di kawasan-kawasan yang difikirkan berisiko dari segi keselamatan. 2. Memastikan kebersihkan semak samun kawasan, laluan dan jalan yang digunakan seharian oleh murid-murid supaya lebih terbuka dan selamat. 3. Mempamerkan poster atau peraturan mengenai keselamatan bagi meningkatkan kepekaan dan kesedaran murid tentang pentingnya amalan dan sikap sentiasa berhati-hati dan berwaspada apabila dalam perjalanan pergi dan balik sekolah. 4. Menggalakkan murid agar sentiasa berkumpulan khususnya ketika pergi dan balik dari sekolah dan melarang murid-murid berseorangan khususnya ketika berada di tempat-tempat sunyi dan terselindung tanpa pengetahuan sesiapa. 5. Menggunakan apa sahaja ruang, seperti perhimpunan mingguan, pemakluman oleh guru tingkatan, guru darjah dan warden asrama, mesyuarat staf, mesyuarat pengawas dan seumpamanya, bagi memperingatkan semua warga sekolah tentang pentingnya menjaga keselamatan dan kebajikan diri masing-masing. 6. Bekerjasama dalam merancang aktiviti bersama-sama dengan Kelab Pencegahan Jenayah yang ditubuhkan di sekolah.


Lampiran 2024-2025 Pengetahuan Jiwa Kehidupan Panduan dan Pekeliling I 50 (B) KESELAMATAN BANGUNAN DAN PENCEGAHAN KEBAKARAN 1. Memastikan semua pendawaian di bangunan sekolah berfungsi dengan baiknya dan berada dalam keadaan selamat dengan merujuk kepada pihak JKR dan Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Memohon kepada Jabatan Pendidikan Negeri untuk menggantikan pendawaian telah melebihi jangka masa piawaian pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). 3. Memastikan sistem dan alat pencegahan kebakaran seperti pili bomba, pemadam api (fire extinguisher), dan alat pencegah kebakaran automatik/manual sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan. 4. Mengadakan ceramah dan pameran bomba. 5. Mengadakan aktiviti fire drill di sekolah dengan melibatkan semua murid, guru-guru, dan semua kakitangan sekolah. 6. Mengadakan demonstrasi memadam kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api (fire extinguisher). 7. Mengadakan hari/minggu pencegahan kebakaran di sekolah. 8. Menyediakan pelan keselamatan kebakaran di sekolah. (C) PROGRAM SEKOLAH SELAMAT 1. Memberikan pendedahan kepada semua warga sekolah mengenai maksud dan tujuan Program Sekolah Selamat ini diadakan. 2. Mengadakan sesi taklimat kepada agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta komuniti setempat yang boleh membantu mempertingkatkan keselamatan di sekolah melalui Program Sekolah Selamat.


Click to View FlipBook Version