NURUL AFIQAH BINTI SHARIFF D20231107047 PORTFOLIO KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN
TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK Dipelopori oleh George Herbert Mead (1863-1931) Mengkaji bagaimana individu menginterpretasi dan bertindak menurut kemahuan masing- masing dalam masyarakat. Mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. TOPIK 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN Istilah sosiologi telah diperkenalkan oleh Auguste Comte (1798- 1857) di dalam bukunya yang bertajuk Positive Philosophy (1842). Perkataan sosiologi berasal daripada perkataan Latin iaitu ‘sosio’ yang bermaksud ‘berkongsi’. Ia juga merupakan gabungan dari perkataan Yunani dan Rom yang membawa maksud ‘pengetahuan mengenai masyarakat’. Tujuan utama dalam sosiologi adalah untuk mengetahui struktur asas masyarakat manusia, mengenal pasti tekanan- tekanan utama yang melemahkan mereka serta mempelajari syarat-syarat yang membentuk kehidupan sosial mereka. PENGENALAN TEORI UTAMA SOSIOLOGI TEORI FUNGSIONALISME Dipelopori oleh Auguste Comte (1798-1857). Menekankan persefahaman antara ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan. Masyarakat dianggap seperti tubuh badan yang mempunyai bahagian dengan fungsi tersendiri. TEORI KONFLIK Dipelopori oleh Karl Marx (1818-1883) Menganalisis konflik yang berlaku dalam masyarakat. Konflik yang berlaku bukan disebabkan oleh faktor ekonomi tetapi mungkin disebabkan agar dipandang tinggi oleh masyarakat (pengiktirafan). Merupakan asas kepada pembentukan masyarakat yang terdiri daripada faktorfaktor ekonomi seperti tanah, modal, industri dan perdagangan. SOSIOLOGI DAN PENDIDIKAN Kajian mengenai faktor-faktor yang berkaitan dengan pendidikan seperti jantina, kelas sosial, bangsa dan etnik serta kediaman luar Bandar (Saha,2015). Kajian yang sistematik dan saintifik mengenai hubungan antara pendidik dengan masyarakat dan sangat penting kepada para pendidik untuk memahami pelajarnya. RUMUSAN Pendidikan dan sosiologi merupakan suatu perkara yang berkait antara satu sama lain. Oleh itu, sebagai seorang pendidik mereka harus mengetahui perkara mengenai sosiologi kerana ia mampu memberikan kesan kepada pembelajaran serta dapat menghubungkan antara guru dan murid.
TOPIK 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN Interaksi Dalam Bilik Darjah Guru menggalakkan interaksi pelajar supaya berinteraksi sama ada dengan rakan yang lain atau dengan guru itu sendiri semasa dalam proses Pdp. Interaksi ini boleh berlaku sama ada dalam bentuk lisan atau bukan lisan. CCiirrii IInntteerraakkssii YYaanngg BBeerrkkeessaann IV. INTERAKSI ANTARA KUMPULAN Selepas perbincangan dalam kumpulan, boleh mengadakan sesi pembentangan dan kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan pembentang. V. INTERAKSI SOSIAL Dalam konteks bilik darjah interaksi sosial lebih menekakan aktiviti berkumpulan yang bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dan kerjasama antara para pelajar. Bersikap positif dan percaya kepada pelajar Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah Hormat pandangan dan pendapat pelajar. Mengetahui tentang latar belakang pelajar. Menggunakan bahasa yang sesuai dan mudah difahami. Menggunakan nama pelajar ketika berinteraksi Pengenalan Rumusan Interaksi merupakan tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain atau tindak balas antara dua belah pihak atau lebih. Selain itu, menurut Murphy dan Alexender (2006) pembelajaran merupakan satu proses bagi pelajar untuk untuk memperolehi sesuatu kefahaman dan mengubah kefaham tersebut. Ia juga merupakan proses dalam memperolehi maklumat, pengetahuan, kemahiran dan pembentukkan kepercayaan dan sikap. I. INTERAKSI SEHALA Guru menggunakan pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah syarahan, kaedah kelas, dan interaksi dalam bilik darjah menjadi sehala kerana guru akan mengawal segala aktiviti Pdp yang berlaku dalam bilik darjah. Ciri- ciri interaksi sehala:- a) Tiada interaksi antara murid dengan murid b) Guru memberi arahan dan penerangan c) Pelajar tidak dapat terlibat dalam proses Pdp secara aktif. II. INTERAKSI DUA HALA ANTARA GURU DENGAN MURID Menggunakan pendekatan seperti perbincangan atau kaedah induktif dan berlakunya interaksi di dalam bilik darjah. Ciri- ciri interaksi dua hala:- a) Menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam proses Pdp dengan bertanya soalan dan meminta pendapat. b) Guru mendorong pelajar untuk pelajarnya aktif. c) Tiada interaksi antara pelajar. III. INTERAKSI KUMPULAN Bertujuan untuk mengalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses Pdp. Ciri- ciri interaksi kumpulan:- a) Guru hanya menjadi fasilitator b) Mampu memupuk nilai positif seperti bekerjasama, menghormati dan toleransi. c) Pelajar yang takut atau malu berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan yang lain. Mewujudkan suasana interaksi yang kondusif dalam bilik darjah. Interaksi merupakan perkara penting dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran (PdP). Oleh itu, guruguru haruslah tahu cara yang berkesan dalam berinteraksi dengan pelajar supaya maklumat dan pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat diterima oleh semua pelajar
Maksud Eksplisit & Implisit Maksud Pengurusan Perancangan, pengelolaan pengkoordinasian, pengawalan dan penilaian sumber untuk mencapai sesuatu matlamat Sesuatu proses mendapatkan penyataan kerjasama dan campurtangan ahli untk mencapai objektif organisasi atau kumpulan gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin dan mengarah Pengurusan sumber-sumber seperti kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai matlamat organisasi. Maksud Pembelajaran Menurut Kamus Inggeris-Melayu (1992) perkataan belajar diertikan sebagai memperolehi imu pengetahuan atau kemahiran. Maka,pembelajaran boleh diertikan sebagai proses memperolehi ilmu pengeahuan atau kemahiran. Pembelajaran boleh diuur melalui stimulitindak balas yang menghasilkan tingkah laku seseorang. Pembelajaran juga diertikan sebagai suatu perubahan tingkah laku mausia. KEPERLUAN FISIOLOGI Mengetahui keperluan fisiologi pelajar Tahap pemelajaran Keluarga Tingkah laku Emosi PENGURUSAN MASA Membolehkan pelajar menjalankan pembejaran dengan masa yang sama Jadual waktu perlu seimbang Tiada pembaziran masa SUASANA BILIK DARJAH Pencahayaan yang cukup Perabot yang elesa dan mencukupi Aliran udara yang baik dan lancar Eksplisit Diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan orang untuk melakukan aktivti yang memberi faedah kepadanya. Melibatkan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberi contoh, menunjukkan cara yang betul berdasarakan apa yang diajar. Implisit Diwujudkan semula jadi daripada rangsangan dalam Seseorang individu ikhlas melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharapkan balasan dan ganjaran Rangsangan dalaman berlaku atas dorongan minat yang tinggi Melibatkan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui dan menghargai sesuatu yang dipelajari Kaedah Pengurusan Dan Pembelajaran Pelajar Menghias ruang bilik darjah supaya menjadi lebih ceria, tenang dan santai Menganjurkan permainan ilmiah sebagai satu bentuk ulangkaji Guru tidak terlalu serius sewaktu PdPc dan memberikan ruang kepada pelajar untuk melontarkan pandangan Memaparkan visual seta audio yang menarik untuk mengukuhkan kefaham pelajar Strategi untuk menarik minat pelajar Menggunakan kaedah set induksi yang baik dan mampu menarik minat belajar Kaedah pendekatan pengurusan dan pembelajaran yang berkait dengan model, prinsip dan teori pembelajaran. Kaedah demonstrasi digunakan bagi melaksanakan strategi berpusatkan pensyarah TTOOPPIIKK 33:: PPEENNGGUURRUUSSAANNDDAANN PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN PPEELLAAJJAARR Pengurusan Pembelajaran Pelajar Yang Berkesan Rumusan Institusi sekolah menjadi wadah bagi pengurusan kurikulum dan kokurikulum para pelajar. Pengurusan pembelajaran pelajar bukan sahaja terletak pada tanggungjawab pihak sekolah melainkan guru turut terlibat. Guru hendaklah sentiasa memperbaiki diri untuk menampilkan keperibadian yang elok dalam usaha mengendalikan para pelajar. Penglibatan guru sebagai pengurus dan pemimpin memerlukan guru agar sentiasa muhasabah sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dengan ketulusan hati dan kecerdikan akal budinya.
TOPIK 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI Jenis Gaya Kepimpinan CCiirrii IInntteerraakkssii YYaanngg BBeerrkkeessaann Kepimpinan guru terbahagi kepada kepimpinan pengajaran dan kepimpinan bilik darjah. Kepimpinan pengajaran bermaksud pengurusan pengajaran dan pembelajaran bagi perkembangan pelajar. Kepimpinan guru hendaklah disokong oleh personaliti yang sentiasa diperkembangkan bagi mewujudkan jalinan kepercayaan dan amanah antara pihak sekolah dan staf. Menurut Danielson (2006), kepimpinan guru merupakan perbuatan yang dilakukan oleh individu yang mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dan mendorong mereka untuk mempengaruhi individu lain dalam dan luar organisasi. Kepimpinan guru didasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki sehingga mampu melaksanakan perubahan dalam atau luar organisasi. Berbeza pula dalam kelas, kepimpian bilik darjah merupakan usaha untuk menyampaikan visi kepada pelajar dan meyakinkan mereka untuk mematuhi visi tersebut. Kepimpinan guru menjurus kepada dimensi kemahiran dalam menyampaikan pengajaran. Guru perlu menyampaikan objektif pengajaran dengan jelas bagi memastikan matlamat yang ingin dicapai dalam pengajaran dan pembelajaran murid dapat direalisasikan. Kepimpinan guru yang berkesan membantu memotivasikan dan mendorong pelajar agar bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu dan sentiasa berusaha untuk mencapai kejayaan. Tanggungjawab dalam menjalankan amanah sebagai pemimpin merupakan faktor penyumbang kepada kejayaan sekolah. Ia juga menjadi pemangkin kepada ketrampilan sekolah dan kecemerlangan pelajar. Jenis Interaksi Dalam Bilik Darjah Organisasi sekolah merujuk kepada satu gabungan yang mempunyai objektif mentadbir, mengajar, dan belajar. Pihak tertinggi di sekolah disandang oleh pengetua yang akan dibantu oleh penolongpenolong kanan, guru-guru, dan pekerja-pekerja perkeranian. Pengetua akan mengendalikan beberapa aspek seperti kurikulum dan kokurikulum, kewangan, tenaga pengajar dan kakitangan, kebajikan pelajar, serta perhubungan dalaman dan luaran. Selain itu, penolonag kanan pentadbiran bertanggungjawab terhadap kurikulum, pentadbiran am, pusat sumber, dan sebagainya. Manakala penolong kanan kokurikulum pula akan mengurus segala aktiviti yang melibatkan kokurikulum. Guruguru akan melaksanakan tugas sebagai tenaga pengajar dimana pelajar akan berperanan menerima tunjuk ajar yang disampaikan guru. Sebagai organisasi sekolah, sekolah menjadi pusat penyebaran ilmu yang mempunyai kemudahan fizikal dan sumber manusia yang berkaliber. Rumusan kepimpinan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Kunci kejayaan bagi setiap organisasi adalah pucuk kepimpinan yang bijak menguruskan pasukan. Di peringkat sekolah, teras kepada kepimpinan disandang oleh pengetua. Keberhasilan pengetua mengendalikan tugas menyebabkan guru-guru lebih memahami skop tugasan mereka di sekolah. Walau bagaimanapun, guru juga bertanggungjawab sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Kejayaan sesi pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada gaya kepimpinan yang diamalkan guru dan kemampuan mereka menganalisis persekitaran kelas. Oleh itu, kepimpinan memerlukan rasa tanggungjawab yang besar dalam diri seseorang agar amanah yang diberikan mampu dilaksanakan dengan sebaiknya. Proses mempengaruhi kegiatan kumpulan kearah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancangkan. .(Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2003). Konsep kepemimpinan adalah keupayaan mempengaruhi, memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat atau orang bawahan seperti guru, staf sokongan, dan pelajar supaya bersetuju melaksanakan program-program dan melakukan perubahan bagi mencapai matlamat sekolah.(Yahya Don, 2005) Kepimpinan merupakan kemampuan dan keterampilan seseorang yang menduduki jambatan sebagai pemimpin PPeennggeennaallaann Bertentangan dengan autokratik. Laissez-Faire bermaksud tidak ada keyakinan diri dan tidak menetapkan matlamat. Pengetua memberi kebebasan sepenuhnya kepada para guru untuk membuat keputusan. Pengetua tidak membuat penilaian, tidak memberi pujian, kritikan, idea dan nasihat kecuali diminta oleh ahli. Pengetua tidak menentukan tugas dan tanggungjawab ahli. Pengetua tidak menekankan prestasi, pencapaian dan kecemerlangan guru-guru. Pengetua memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada guru, dan kadangkala guru bertindaksebagai ketua. Gaya Laissez-Faire Guru mengamalkan interaksi sehala. Pengetua memberi arahan-guru hanya mendengar dan menurut sahaja. Guru tidak diberi peluang untuk mengemukakan pendapat dan memberi cadangan. Sikap pengetua sangat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek. Hubungan antara pengetua dan pihak guru menjadi dingin dan tegang. Motivasi kerja dalam kalangan guru akan berkurangan. Para guru akan terlalu bergantung kepada pengetua. Gaya Autokratik Gaya Demokratik Berlaku interaksi dua hala. Pengetua akan berbincang, menerima dan memberi pandangan. Sesuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti. Gaya ini amat disukai oleh pihak guru dan staf sekolah kerana tiada kekangan dan arahan yang keterlaluan. Menimbulkan suasana kondusif dan harmoni dalam kalangan warga sekolah. Sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan tenang dan gembira. Guru dapat menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Menggalakkan hubungan yang mesra, hormat dan hubungan yang mesra. Gaya Kontingensi Berpendapat tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin dan mentadbir organisasi sekolah. Kepimpinan mengikut situasi. (tidak tetap) 3 faktor utama yang mempengaruhi kesesuaian situasi dan mempengaruhi keberkesanan pemimpin iaitu: 1. hubungan antara pemimpin dan anggota 2.Struktur tugas 3.Posisi kuasa
TOPIK 5 : PENGURUSANMURID Pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi tujuan untuk mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelanggan supaya objektif organisasi tercapai (Jaafar Muhammad, 1998). Pengurusan murid merupakan satu bidang yang penting di sekolah. Hal ini kerana pelaksanaannya di sesebuah sekolah tersebut akan mencerminkan prestasi sekolah. Kepimpinan sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Mengurus KesedianMurid Belajar Pengurusan & Jenis RekodMurid Rekod Pencapaian Maklumat yang direkodkan tentang pencapia murid dalam ujian, pemeriksaan dan pentaksiran bilik darjah. Rekod ini disimpan dalam bentuk buku atau fail secara konvensional atapun elektonik Rekod Disiplin Maklumat yang direkodkan tentang perilaku dan pekerti murid-murid yang meliputi keskes melanggar disiplin atau salah laku. Selain itu, aklumat terhadap murid-murid yang melakukan pekerti yang terpuji juga turut direkodkan Rekod Perkembangan Diri Maklumat yang direkodkan tentang prkembangan diri murid bermula denan pendaftaran awal kemasukan ke sekolah sehinggalah rekod berhenti sekolah Kesediaan mental murid perlu diambil kira sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakkan sekolah menggunakan penilaian sebelum memasuki kelas. Sebagai contoh, murid tahun 1 perlu mengadapi ujian diagnostik iaitu jian saringan sebeum masuk ke dalam kelas. Murid-murid yan cerdik akan masuk ke kelas pertama manakala murid yang kurang cerdik akan dimasukkan ke kelas akhir Mental Rohani Emosi Jasmani Pengenalan Rekod Aktiviti Kokurikulum Maklumat yang direkodkan tentang keterlibatan murid-murid dalam aktiviti persatuan, pemaianandan unit beruniformpada semua peringkat iaitu sekolah, daerah, negeri kebngsaan dan antarabangsa Motivasi Instrinsik Motivasi intrinsik ialah dorongan dan minat yang terdapat pada diri seseorang pelajar untuk melakukan sesuatu tanpa mengambil kira ganjarannya. Dengan itu, teknik motivasi instrinsik berkait dengan sifat semula jadi seseorang dengan unsur yang sedia ada dalam pembelajaran. Motivasi Ekstrinsik Motivasi ini direka cipta oleh faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi wujud daripada persekitaran (Woolfolk,2006). Motivasi ekstrinsik berkait dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran yang nyata seperti pujian, hadiah, markah, gred, wang, pengiktirafan berbentuk sijildan penghargaan diberikan kepada mereka yang berjaya mencapai prestasi baik atau melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti yang diamanahkan. MotivasiMurid Belajar Rohani sangat penting dalam menjadikan kesedian murid untuk belajar. Semanga dan fokus murid untuk belajar bermula dengan keadaan rohani yang baik. Sekiranya rohani tidak baik maka kesediaan murid untuk belajar akan berubah Dalam kesediaan murid utuk belajar, emosi memainkan peranan yang penting. Kestabilan emosi berkaiapat dengan inat,keinginan dan kepuasan murid-murid dalam menghadap pelajaran. Sehubungan itu, sesuatu rangsangan yang selaras dengan minat dan keinginan dapat membangkitkan emosi positif yang endorong seseorang itu untuk belajar. Kesediaan murid juga boleh dilihat dari segi jasmani atau kecegasan murid tersebut. Kesediaan muridi dalam kelas perlu erada dalam suasana yang baik. Ia boleh dilihat bila mana murid tersebut duduk di atas kerusi yang sesuai dengan mereka. Secara tidak langsung muridmurid tersebut bersedia unuk belajar di dalam kelas Kesimpulannya, pengurusan murid di sekolah bertujuan untuk membantu para guru dalam memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. Selain itu, pengurusan murid juga berupaya untuk memastikan objektif pembelajaran dapat dicapai dan melahirkan murid yang seimbang dari segi mental dan fizikal. Rumusan
Sumber pembelajaran secara umumnya merujuk kepada teks, video, perisian, dan bahan-bahan lain yang membantu pelajar untuk mencapai matlamat pembelajaran. Sumber pembelajaran mestilah dinilai kesesuaian penggunaannya (spt: memenuhi kurikulum, pertimbangan sosial, dan usia pelajar) sebelum dapat digunakan di bilik darjah. Penilaian sumber pembelajaran bergantung kepada kepakaran dan penilaian profesional guru. Penggunaan sumber pembelajaran difokuskan kepada pelajar bagi memudahkan aktiviti pembelajaran, mencapai tahap kefahaman yang tinggi, seterusnya mencapai pembelajaran berkesan 4. Merapatkan jurang pengetahuan 1. Tingkatkan kualiti pendidikan 2. Tingkatkan profesionalisme keguruan 3. Tingkatkan kualiti murid Strategi untuk menarik minat pelajar TTOOPPIIKK 77 :: PPEENNGGUURRUUSSAANN SSUUMMBBEERR PPEEMMBBEELLAAJJAARRAANN Sumber Berasaskan Manusia Guru, Pakar bidang, Rakan sebaya, Pegawai sumber Jenis Sumber Pembelajaran Sumber Sebenar (Maujud) Realia, Model, Diodrama, Boneka Sumber Bercetak Buku teks, Majalah, Akhbar, Grafik Sumber Elektronik Bahan komputer, Slaid, Radio, Televisyen, Internet projektor CARA PENGGUNAAN SUMBER PEMBELAJARAN 1. Penggunaan sumber pembelajaran hendaklah sesuai dengan situasi pembelajaran. 2. Guru hendaklah merancang penggunaan sumber pembelajaran supaya mencapai matlamat yang diharapkan. 3. Guru hendaklah membimbing pelajar menggunakan sumber pembelajaran. 4. Aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber yang digunakan sama ada secara individu atau berkumpulan. Kesimpulannya , pengurusan sumber amat penting untuk meningkatkan kefahaman pelajar mengenai apa yang telah dipelajari. Pelajar dan guru juga dapat mencari bahan rujukan dengan mudah dan pantas berpandukan sumber yang ada di sekolah sebagai persediaan pengajaran di dalam kelas. Rumusan Pendahuluan
TOPIK 8 : STRATEGI PENGURUSAN BILIK DARJAH Rumusan kesimulannya, strategi pengurusan bilik darjah merupakan satu aspek yang sangat penting dalam menjamin kelancaran sssi pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru haruslah bijak dalam mengatur unsurunsur fizikal dalam bilik darjah. Ini bukan sahaja penting untuk menjamin iklim pembelajaran yang positif dalam bilik darjah tetapi juga memudahkan interaksi antara guru dan murid. Pengurusan bilik darjah merangkumiaspek seperti iklim dan persekitaran bilik darjah, berkomuikasi dalam bilik darjah, pengurusan pembelajaran dan pengajaran dan pengurusan disiplin murid. Pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah menekankan aktiviti tang berfokuskan murid. Interaksi seperti interaksi murid-murid dan mrid-guru adalah digalakkan. Murid perlu tahuprosedur bertanya atau menjawab perkara yang diharapkan semasa berada di pusat pembelajaran semasa menjalankan perbincangan dan aktiviti bilik darjah yang lain. PPeennggeennaallaann Jenis & Ciri-Ciri Interaksi Dalam Bilik Darjah Murid pasif Penumpuan diberi kepada guru Tiada Interaksi antara murid dan murid Kurang interaksi atau tindak balas antara murid dengan guru Interaksi sehala (Guru-Murid) Interaksi 2 hala (Guru-Murid) Guru dan murid terlibat secara aktif dalam proses PdP Hubungan murid dan guru sangat erat Penglibatan murid seperti memberi pendapat, berbincang, bertanya soalan sering digalakkan Interaksi Pelbagai Hala (Guru-Murid-Murid) Aktiviti pembelajaran bercorak aktif Perhubungan antara guru dengan murid dan di antara murid dengan murid menjadi lebih erat Interaksi guru dengan murid sahaja, iaitu melalui bimbingan atau arahan guru sahaja Unsur Manusia Unsur Pembelajaran Di Bilik Darjah • Guru • Murid • Pembantu Murid PPKI • Juruteknik • Pembantu Makmal Unsur Fizikal • Bilik Darjah • Perabot • Bahan • Kebersihan • Cahaya dan Pengudaraan Aktiviti pembelajaran dinamik dan aktif Interaksi antara guru dan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja Susunan meja dan kerusi berbentuk modular (KBSR) Interaksi 2 Hala (Murid-Murid)
TOPIK 9 : PENGURUSAN TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN Tingkah laku ialah perlakuan atau percakapan seseorang individu. Tingkah laku juga merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara sedar ataupun tidak sedar atau separa sedar. Menurut Garry Martin dan JosephPear (2003), tingkah laku merangkumi aktiviti aksi, prestasi, bertindakbalas, tindakan dan reaksi dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otototot,kelenjar dan aktiviti eletrik oleh setiap organ. Seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin. Faktor persekitaran murid seperti suasana di sekolah , di rumah dan disekelilingnya Persekitaran Keluarga Genetik Pengaruh rakan sebaya Rumah adalah kilang peribadi manusia, ibu bapa atau penjaga yang gagal melahirkan dan membentuk anak yang baik akan mempengaruhi kelakuaanya di tempat awam Kelemahan dan perkembangan mental yang diwarisi melalui genetik Murid yang mudah terikut-ikut dengan rakan sebaya dari segi perlakuan dan percakapan Peranan pihak sekolah Pihak sekolah haruslah memperketatkan lagi pelaksanaan peraturan di sekolah. Pihak sekolah juga harus menjatuhkan hukuman yang sewajarnya berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh murid yang bersalah Langkah mengurangkan tingkah laku negatif murid Rumusan Peranan Masyarakat Masyarakat turut dapat membantu dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Orang sekeliling boleh membuat tindakan seperti menasihati dan memberi pendapat serta pandangan terhadap kelakuan murid yang negatif Peranan Ibu Bapa Ibu bapa memainkan peranan yang cukup besar bagi mengatasi masalah disiplin anam-anaknya disekolah. Ibu bapa dan penjaga hendaklah kerap memantau dan memberi ajaran yang positif kepada anak mereka bagi membantu anaknya untuk memahami pelbagai tindakan yang benar Faktor yang mempengaruhi tingkah laku murid JenisTingah Laku Tingkah laku Negatif Bersifat hiperaktif Pelajar yang sukar dikawal kerana tindakan hyper yang cecara berterusan Agresif secara lisan/fizikal Pelajar yang sering menggunakan katakata kasar, licah dan tidak sopan Kebimbangan Murid yang sentiasa berasa takut dan tiada keyakinan diri apabila bersama rakannya Vandalisme Murid yang suka merosakkan harta benda di sekolah dan tidak menghargai kemudahan sekolah Pengenalan Tingkah laku Positif Suka belajar Individu yang rajin untuk mempelajari perkara baharu Sifat ingin tahu Sifat positif ingin tahu yang tinggi terhadap suatu perkara yang dilihat dan dipelajari Sering terlibat dalam aktiviti dalam sekolah Pelajar yang aktif dalam melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum disekolah Sifat tekun dalam belajar Pelajar yang aktif dan rajin dalam menyiapkan tugasan sekolah Kesimpulannya, golongan ibubapa juga perlu melakukan peranan mereka sebagai penjaga kepada anak-anak dalam mengatasi masalah tingkah laku anakanak yang bermasalah. Hal ini kerana tanggunggjawab pengurusan tingkah laku ini bukan terletak pada bahu pengetua atau guru besar dan guru-guru sekolah semata-mata malah ke atas semua pihak. Masalah disiplin di sekolah akan dapat di atasi sekiranya semua pihak berganding bahu menyelesaikannya mengikut peranan masing-masing.
Pengenalan Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Pengurusan tingkah laku boleh ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai. TTOOPPIIKK 1100:: PPEENNGGUURRUUSSAANN PPEENNAASSIIHHAATTAANNMMUURRIIDD Perbandingan Bimbingan, Penasihatan, Mentoring dan Kaunseling Dalam Pembelajaran bimbingan yang merupakan satu proses menolong individu untuk memahami diri dan alam sekelilingnya. Selain itu, bimbingan juga merupakan aktiviti yang dirancang dengan teliti dan tersusun untuk dilakukan dan mempunyai arah tuju yang tepat. Bimbingan juga boleh membantu dalam bentuk kumpulan atau individu pada bila-bila masa untuk mebantu pelajar menentukan dan membuat sesuatu keputusan dalam hidup mereka. Sebagai contoh, apabila seorang pelajar menghadapi kesukaran dalam menentukan aliran yang harus dipillih untuk melanjutkan pelajaran, mereka perlu meminta bimbingan daripada guru dalam membuat keputuan berdasarkan minat dan kebaikan yang diperolehi oleh pelajar tersebut. Hal ini dapat dilihat bahawa peranan guru penting bagi meyakinkan pelajar dengan keputusan yang dibuat. Bimbingan Menurut kamus dewan penasihatan bermaksud ajaran, petunjuk yang baik, peringatan mengusulkan, mengesyorkan atau menganjurkan kepada seseorang tentang pelbagai hal. Di samping itu, ia merupakan satu proses yang berfokuskan kepada permasalahan yang dihadapi dalam diri individu yang bermasalah. Penasihatan adalah berbentuk arahan atau suruhan daripada seorang yang dianggap lebih berautoriti kepada seorang lain. Orang yang berautoriti ini adalah lebihmberpengalaman, banyak pengetahuan, mempunyai kelayakan dan pengiktirafan. Sebagai contoh, guru menasihati pelajarnya yang malas belajar dengan cara yang betul, maka sudah pasti pelajar itu akan terkesan dengan nasihat yang diberikan oleh gurunya itu dan mereka akan belajar bersungguh-sungguh. Penasihatan mentoring yang bermaksud membimbing dan menyokong pelajar (mantee) supaya mereka dapat melalui satu transisi sukar dengan lebih mudah, tentang melicinkan tatacara, yang dapat membenarkan, menyakinkan di samping mengurus sesuatu perkara. Dalam konteks pendidikan pula, mentoring adalah gabungan melatih (coaching), kauseling, dan penilaian mentor untuk membantu mantee mendalami perkembangan profesional. Mentor adalah individu yang lebih berpengetahuan dalam sesuatu bidang manakala mantee adalah individu atau sekumpulan individu yang ingin belajar dalam bidang berkenaan. Sebagai contoh, pelajar yang cemerlang menjadi mentor kepada rakannya yang kurang pengetahuan dalam sesuatu pembelajaran. Mentoring Perkhidmatan psikologi kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik dan berterusan untuk mencapai matlamat ke arah masyarakat yang sihat. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada semua golongan masyarakat bagi mencapai kesejahteraan psikologi. Kaunselor perlulah sentiasa mengutamakan kepentingan klien, menghormati hak peribadi klien dan memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien Kaunseling Kesimpulannya, ketiga-tiga konsep ini sangat penting kepada para pelajar dalam aspek pembelajaran dalam kehidupan. Setiap sekolah perlulah mengambil peduli tentang pelajar di sekolah terutama yang mempunyai masalah disiplin, guru tidak boleh hanya menghukum pelajar itu tanpa usul periksa yang betul. Malah guru-guru perlu mengambil tahu Rumusan
TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA TOPIK 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA Pengenalan Pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu langkah yang diambil untuk membantu murid-murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran. Secara amnya, pengurusan murid pelbagai upaya ini lebih terarah kepada program pendidikan khas yang dijalankan ke atas peajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran sama adasecara fizikal atau mental. Pendidikan khas merujuk kepada satu pendekatan, rancangan pendidikan, strategi, kaedah dan teknik untuk mengajar murid-murid istimewa kerana mereka tidak berupaya untuk mencapai target yang sepatutnya daripada program sekolah aliran perdana. Murid Pelbagai Upaya Pengayaan merupakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan sama ada dalam atau luar sekolah. Setiap aktiviti yang dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Menurut Mong Soon Sang (1990), pengayaan merupakan aktiviti yang dilakukan untuk semua murid sama ada di peringkar sekolah rendah, menengah, cerdas, sederhana atau lambat. Tujuannya bagi memberi peluang kepada pelajar agar dapat memperluaskan pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan minat mereka dalam sesuatu pelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mampu memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan minat, daya kreativiti. Sikap berdikari, bakat kepimpinan, dan keberanian untuk melibatkan diri dalam membuat sebarang keputusan. Program pemulihan merupakan satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah rendah yang menumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira dan dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini Pemulihan Pengayaan Pelbagai Kecergasan • Menurut Garciulo (2003), berkeperluan khas bermaksud individu yang mempunyai perbezaan dengan masyarakat normal yang memerlukan mereka untuk mendapatkan program pendidikan khas untuk memenuhi keperluan pendidikan mereka. Setiap pelajar mempunyai tahap pembelajaran yang berbeza. Pelajar berkeperluan khas mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-berbeza. Golongan pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran seperti kurang upaya tumpuan dan hiperaktif (ADHD), lambat perkembangan, sindrom down, dan autism menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam memproses maklumat dengan tepat. Hal ini memerlukan pengurusan yang berbeza di sekolah. Golongan pelajar yang menghadapi masalah ini memerlukan perkhidmatan pendidikan khas yang bersesuaian dengan kemampuan setiap pelajar. Pendidikan khas juga merujuk kepada pelajar yang memiliki IQ minda yang lebih daripada pelajar biasa. Pelajar seperti ini digolongkan sebagai ‘pintar cerdas’. Ross (1993) menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas merupakan mereka yang menunjukkan kecemerlangan atau potensi untuk melakukan pencapaian yang sangat tinggi berbanding rakan-rakan sebaya. Beberapa ciri yang menunjukkan pintar cerdas iaitu perbendaharaan kata yang luas, kematangan dalam penggunaan istilah, mencari kesempurnaan kendiri, dan keistimewaan dalam bidang tertentu. Pelajar pintar cerdas juga cenderung menguasai sesuatu aspek pelajaran berbanding rakan sekelas. Bagi mengatasi pelajar berasa bosan dalam kelas, kurikulum pendidikan pintar cerdas hendaklah diubahsuai mengikut tahap kemampuan pelajar. Dr. Howard Gardner (1983) telah memperkenalkan kecerdasan pelbagai dalam bukunya Frame of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Beliau turut memperkenalkan sembilan kecerdasan berbeza yang dimiliki setiap individu dengan kepelbagaian aras kecerdasan yang dimiliki. Sembilan tahap itu terdiri daripada Verbal-Linguistik, logik-matematik, visual ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal, naturalis dan eksistensialis. Walau bagaimanapun, sistem pelaksanaan persekolahan hanya memfokuskan dua aspek kecergasan iaitu verbal-linguistik dan logik-matematik. Situasi ini meletakkan tahap pemikiran pelajar dan masyarakat bahawa hanya pelajar yang mampu menguasai nombor dan pengelohan ayat atau perkataan sedangkan pelajar yang menguasai aspek lain kecerdasan dikatakan kurang bijak. Berkeperluan Khas Secara kesimpulannya, pengurusan murid pelbagai upaya merupakan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang digunakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program ini bermatlamat untuk menghakis jurang perbezaan terutamanya pencapaian murid dalam sesuatu aktiviti. Sekiranya matlamat ini dapat dicapai, golongan pelbagai upaya ini tidak merasa diri mereka disisihkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dalam kelas. Rumusan
TOPIK 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN Rumusan Secara keseluruhannya, dengan adanya persekitaran yang kondusif akan memberikan implikasi positif yang membawa keharmonian dan kemakmuran sesebuah organisasi tersebut. Perkara ini hanya dilihat satu perkara yang biasa akan tetapi impaknya besar lebih-lebih lagi jalinan hubungan diplomatik di antara guru dan pelajar, pelajar dan guru, guru dan ibu bapa. Hal demikian, sokongan ibu bapa,tingkah laku pelajar tersebut,komitmen guru lain-lain yang berkekalan mampu membentuk perkembangan sekolah meningkat seterusnya mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dari sudut akademik dan perkembangan intelek semakin meningkat. Secara terperincinya, maka sesebuah sekolah yang cemerlang mampu melahirkan generasi yang gemilang dan terbilang Sekolah merupakan satu tempat pusat penyebaran maklumat serta ilmu pengetahuan atau sebuah institusi yang memberikan pendidikan formal dan informal. Sekolah turut berfungsi sebagai mencapai matlamat dan objektif bagi melahirkan pelajar yang cemerlang gemilang dan terbilang dalam membentuk manusia untuk bersahsiah baik serta mereka yang mengetahui tanggungjawab mereka sebagai pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). Manakala,menurut Mohd Yusuf Othman (1999),beliau berpendapat sekolah merupakan sebuah tempat institusi formal yang melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran(PdP) bermula tahap pra persekolahan sehingga menengah atas. Tambahan pula, setiap peringkat yang berbeza mempunyai kelainan dari segi silibus pada setiap matapelajaran, kokurikulum dan paling diutamakan adalah matlamat dan objektif yang ingin dicapai oleh mana-mana sekolah. Menurut Kamus Dewan Edisi Baru (1989), persekitaran adalah keadaan sekeliling atau latar belakang dari sudut seseorang atau sesuatu. Secara terperinci,persekitaran yang dimaksudkan adalah yang dapat dikaitkan dengan suasana persekitaran dari segi fizikal,sosial dan perkembangan intelek. (jasmani,emosi,rohani,intelek) PPeennggeennaallaann Hubungan yang mempunyai persamaan, mereka yang berkait rapat antara satu sama lain dan menduduki sesuatu wilayah tertentu bersama-sama Masyarakat merupakan satu kelompok manusia yang mempunyai perkaitan secara tetap dan teratur dalam aktiviti kolektif dan merasakan bahawa mereka akan hidup bersama Masyarakat adalah sekumpulan manusia yang menganggotai satu organisasi yang mempunyai beberapa kreteria tertentu iaitu terdapat proses penggantian masyarakat melalui pembiakan genetik HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MASYARAKAT HUBUNGAN SEKOLAH DENGAN SEKOLAH Sekolah adalah tempat yang paling penting untuk proses sosialisasi bagi membentuksesebuah masyarakat setempat. Menurut Willard Waller (1932), terdapat 4 alasan yang menyatakan bahaw sekolah sebagai unit sosial 1. Mempunyai anggota yang nyata 2. Mempunyai struktur sosial yang jelas 3. Suasana Yang membbantu dalam perhubungan yang harmoni 4. Mempunyai budaya yang tersendiri Hubungan sekolah dengan masyarakt adalah satu interaksi yang dapat membantu untuk mencapai sesuatu maklamat dalam membentuk sesebuah masyarakat dan mendapatkan aspirasi dari masyarakat serta menjalinkan kerjasama yang baik antra sekolah dengan masyarakat luar. hubungan ini boleh dibentuk melalui program – program yang dijalankan bersama. HUBUNGAN DENGAN GURU Guru sebagai pengganti ibu bapa Kebajikan murid – murid terletak pada tanggungjawab guru – guru sepanjang mereka berada disekolah. Memberi perhatian kepada murid – murid ketika di sekolah. Guru sebagai seorang kerani yang membantu pentadbiran sekolah. Guru menyediakan soalan – soalan peperiksaan dan menyemak soalan. Guru menyediakan surat jemputan kepada ibu bapa untuk jemputan program disekolah. Guru sebagai seorang kaunselor yang membantu pelajar untuk membuat pilihan yang betul dalam kehidupan mereka. Membantu murid – murid memyelesaikan masalah berkaitan akademik. HUBUNGAN DENGAN IBU BAPA Tanggungjawab ibubapa memberi kesan kepada perkembangan dan pencapaian sekolah Ibu bapa prihatin akan melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang Ketidakfahaman ibubapa dan sekolah akan menyebabkan kemerosotan prestasi Membantu memberikan sokongan moral kepada pihak sekolah Dasar Kerajaan Tentang Sekolah Dan Masyarakat Akta Pendidikan 1996 Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Bahasa Kebangsaan Dasar Perpaduan/Integrasi Nasional Dasar Sukan Negara
Bab 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN Menurut Noradanisha (2012) secara umumnya pengurusan boleh ditakrifkan sebagai satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur serta mempunyai garis panduan tertentu. Ini bermakna sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan berkesan melalui pengurusan. Kerana pengurusan merupakan satu seni atau budaya yang tersususn dalam melaksnakan bidang tugas individu sesbuah organisasi. Pengurusan alam pembelajaran yang sistematik di sekolah amat penting dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas berlaku dengan berkesan dan berkualiti berdasarkan masa yang ditetapkan. Pada umumnya, strategi pengajaran terbahagi kepada tiga jenis, iaitu strategi pemusatan kepada guru, murid, atau bahan. Pemilihan strategi pengajaran oleh guru bergantung kepada situasi pelajar sama ada berada pada tahap awal kanak-kanak, pra sekolah, sekolah rendah atau menengah dan gaya pembelajaran mereka. Pemusatan strategi yang dipilih adalah tidak tetap kerana boleh diubahubahmengikut keadaan semasa murid. Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran Variasi penyampaian bermakna guru menggunakan segala kebolehan dan bakat sebagai guru semasa berhadapan dengan murid. Guru sewajarnya menggunakan semua pancaindera seperti bertepuk tangan, fokus pandangan, gerak kepala dan gerakan fizikal guru yang berbagai-bagai. Dengan mempelbagaikan variasi rangsangan, ia mampu menarik perhatian pelajar-pelajar daripada kebosanan mempelajari mata pelajaran tersebut. Merancang variasi penyampaian Keupayaan kognitif harus diperkaya melalui pelbagai teknik pengajaran. Fungsi kognitif seperti persepsi, memori bahasa dan pemikiran berkomunikasi, penaakulan, membuat keputusan dan aspek kecerdasan, emosi dan kesedaran adalah antara topik yang menyentuh pembelajaran. Sekiranya guru memahami dan mengaplikasikan proses kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran, maka pelajar dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pengajaran. Beberapa komponen telah dikenal pasti dalam pengajaran dan pembelajaran, iaitu motivasi guru, ilmu pengetahuan subjek yang diajar, kesediaan pelajar dari segi mental dan sosioemosi serta bahan bantu mengajar yang berkesan. Peranan kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran Kaedah pengurusan alam pembelajaran yang berkesan Pengenalan Antara kaedah pengajaran yang biasa diamalkan adalah seperti kaedah kumpulan, koperatif, inkuiri, perbincangan, sosiodrama, kuliah, perbincangan dan sebagainya. Guru perlu mendalami pelbagai kecenderungan kaedah pengajaran yang disukai oleh pelajaran. Walaupon guru tidak dapat memenuhi kehendak semua pelajar, namun dengan mempelbagaikan kaedah mengajar, guru akan dapat mengurangkan kebosanan pelajar Mempelbagaikan kaedah pengajaran Ciri-ciri guru dalam menguruskan pembelajaran di bilik darjah Berkebolehan dalam memahami pengajaran Bijak dalam menentukan Kesesuaian Aras Pengajaran Mempunyai kemahiran mengikut perkembangan semasa Kaya ilmu pengetahuan Rumusan Kesimpulan adalah alam pembelajaran merupakan alam yang membantu seseorang mengenal erti kehidupan serta mengenal pasti baik dan buruk sesuatu perkara. Setiap manusia perlu mengalami proses pembelajaran yang sempurna bermula umur lima tahun dan seterusnya. Pengurusan alam pembelajaran ini perlu dititik beratkan kepada para guru supaya minat pelajar dapat dipupuk dan sekaligus meningkatkan prestasi pelajar-pelajar tersebut.
RUJUKAN SETIAP TOPIK TOPIK 1 Othman Ab Rahman, Salhah Abdullah,Sapora Sipon, ‘EAS3113, 2014, Sosiologi dalam Pendidikan’. https://teecingyingnotakps.blogspot.com/2022/07/tajuk-1-sosiologidan-pendidikan.html https://anyflip.com/awgne/vibf/basic https://anyflip.com/egrfy/dyzc/basic http://madihah9717.blogspot.com/ TOPIK 2 https://www.slideshare.net/slideshow/strategi-mengurus-bilikpembelajaran-bab-8/241769683 http://madihah9717.blogspot.com/ TOPIK 3 TOPIK 4 TOPIK 5 TOPIK 7 TOPIK 8 TOPIK 9 TOPIK 10 TOPIK 12 TOPIK 13 https://www.studocu.com/my/document/universiti-pendidikansultan-idris/pengurusan-pembelajaran/bab-3-kajian-pengurusanpembelajaran/19255476 https://www.slideshare.net/slideshow/kps-3014-pengurusanpembelajaran-upsi/123156387 https://notakpsupsi.wordpress.com/2018/12/24/rumusan-nota-bab4/ https://www.slideshare.net/slideshow/pengurusan-pembelajaranbab-5/241683078 http://notakps3014.blogspot.com/ https://kps3014kumpulan21.blogspot.com/p/bab-7.html https://tugasanportfoliokps3014.blogspot.com/p/tajuk-7- pengurusan-sumber.html http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-12-pengurusanpelbagai-upaya.html https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/28/bab-12-pengurusanpelbagai-upaya/ TOPIK 14 http://notakps3014.blogspot.com/2018/12/bab-14-pengurusan-alampembelajaran.html https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/29/bab-14-pengurusanalam-pembelajaran/ https://d085259.wixsite.com/website/post/bab-10-pengurusan-alampembelajaran https://notakpsupsi.wordpress.com/ https://anyflip.com/awgne/vibf/basic https://remiefarizf.wordpress.com/2018/12/28/bab-13-sekolah-danpersekitaran/ https://nurulfarishakps.blogspot.com/2018/12/bab-9-pengurusantingkah-laku.html https://www.scribd.com/doc/307189538/Rumusan-Nota-PengurusanPembelajaran