“Perawatan Holistik Pemangkin Kelestarian Kesihatan Ummah”
Prakata Pengarah HASA Pengenalan Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023 Senarai pembentang Atur cara program Abstrak pembentang: Kelestarian Penjagaan Kesihatan Holistik Penjagaan Kesihatan Digital : Pengalaman dari Hospital Pakar An-Nur Mesra Ibadah Mobile Application (MIA) a Patient Enable Prayer Checklist And Guidelines Program Berteraskan Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat Community Hospice - Mobilising the Community in Delivering Quality Holistic Care Peranan Sukarelawan Hospital Ke Arah Komuniti Cakna Kesihatan Holistik Jawatankuasa Program 2 3 4 6 10 11 12 13 14 15 16
Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023 dapat dianjurkan buat julung kalinya di Hospital Al-Sultan Abdullah (HASA) UiTM. Kami mengalu-alukan kedatangan para pembentang dan peserta dari seluruh negara ke Konvensyen Hospital Mesra Ibadah ini. Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) ini telah sekian lama dilaksanakan di institusi perubatan di serata Malaysia, terutama yang menempatkan kader atau pegawai agama dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Objektif awalnya adalah untuk memberi sokongan keagamaan kepada pesakit yang sedang dirawat di hospital. Namun kini, HMI telah berkembang dengan menekankan aspek spiritual di samping sokongan keagamaan dalam penjagaan pesakit. Sokongan spiritual ini adalah penting dan diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (‘World Health Organisation’, WHO) sebagai salah satu daripada empat komponen kesejahteraan (‘well-being’) hidup. Salah satu misi HASA, adalah untuk memberi perkhidmatan kesihatan berasaskan konsep ihsan dan kasih sayang (‘compassionate healthcare’). Ianya mampu dicapai dengan menekankan tiga nilai teras untuk menjadikan HASA UiTM sebagai institusi kesihatan akademik terunggul di persada dunia. Salah satu nilai teras tersebut adalah sinergi bersama rakan kongsi strategik. Penganjuran Konvensyen HMI peringkat kebangsaan pada tahun ini adalah satu contoh penerapan nilai teras tersebut dengan keterlibatan pihak JAKIM dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai penganjur bersama. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah buat semua jawatankuasa Konvensyen HMI 2023 di atas usahasama dan gerak kerja padu untuk menjayakannya. Semoga hadirin dan hadirat beroleh manfaat daripada pembentang hebat yang dibariskan. Selamat ber-konvensyen! Profesor Dr. Sazzli Shahlan Kasim 2
Program Konvensyen Hospital Mesra Ibadah (HMI) Peringkat Kebangsaan 2023 merupakan konvensyen yang julung kalinya diadakan di HASA semenjak ia mula beroperasi pada tahun 2021. Penganjuran konvensyen ini amat bersesuaian dengan status HASA yang merupakan salah satu hospital pengajar yang mementingkan konsep ihsan dalam menjalankan perkhidmatan kesihatan. Lantaran itu, HASA berhasrat untuk tidak ketinggalan melaksanakan Program Hospital Mesra Ibadah ini bagi memastikan pesakit mendapat perkhidmatan penjagaan spiritual yang terbaik ketika menerima rawatan. Program konvensyen ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Berbeza dengan tahun-tahun yang lepas, konvensyen HMI pada tahun ini berhasrat membawa peserta memahami konsep penjagaan kesihatan yang lebih menyeluruh. Kesihatan masyarakat dan ummah yang baik akan dapat dicapai dan dimantapkan sekiranya perkhidmatan kesihatan itu sendiri menggabung-jalin pelbagai aspek yang menjadikannya holistik dan menyeluruh. Perawatan bersifat holistik yang dimaksudkan adalah meliputi aspek kepimpinan dalam khidmat kesihatan, penggunaan teknologi, mengambil kira aspek spiritual dan keagamaan, sokongan penjaga dan pengembelingan komuniti yang prihatin. Penceramah-penceramah hebat dalam bidang masing-masing dijemput untuk memberi pandangan dan perkongsian bagaimana kepakaran dan inovasi mereka telah menyumbang untuk mencapai kesihatan masyarakat dan ummah yang lestari. Objektif Konvensyen Hospital Mesra Ibadah 2023 : 1. Memberi pendedahan kepentingan perawatan secara holistik kepada ummah. 2. Membuka ruang idea terutama aspek penggunaan teknologi bagi mencapai kesihatan holistik. 3. Medium bagi pengamal perubatan dan penjaga untuk bertukar pandangan ke arah mencapai kelestarian kesihatan holistik. Tema “Perawatan Holistik Pemangkin Kelestarian Kesihatan Ummah” 3
Sidang Pleno 1 Simposium 1 Forum 1 Sidang Pleno 2 Sidang Pleno 3 Keterampilan Kepimpinan Bagi Mencapai Kesihatan Holistik Penjagaan Kesihatan Digital Peranan Penjaga (Carer) Dalam Mencapai Kesihatan Holistik Kelestarian Penjagaan Kesihatan Holistik Penjagaan Spiritual Pelengka Kepada Penjagaan Kesihatan Holistik Dato’ Dr. Khalid bin Ibrahim Pensyarah Utama Fakulti Perubatan UiTM Dr. Nor Faridah Ahmad Roslan Ketua Jabatan Perubatan Pemulihan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Dr. Shaharom Md Shariff Ketua Pegawai Eksekutif An-Nur Specialist Hospital Puan Sarah Norasikin binti Abdullah Ketua Unit Hal Ehwal Islam Hospital Sultanah Nora Ismail Dr. Ahmad Mazli bin Muhammad Mantan Dekan Akademi Pengajian Bahasa UiTM Prof. Dr. Che Zarrina binti Sa’ari Timbalan Dekan (Penyelidikan) Akademi Pengajian Islam UM Dr. Noraliza binti Noordin Merican Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia Prof. Madya. Dr. Nur Ezan Rahmat Timbalan Dekan (Akademik) Fakulti Undang-Undang, UiTM Profesor Datuk Dr. Haji Rohaizat bin Haji Yon Profesor & Pakar Perubatan Kesihatan Awam Management and Science University (MSU) Dr. Ahmad Fahmi bin Md Sahray Ketua Unit Spiritualiti & Kesihatan Hospital Sungai Buloh Slot Tajuk Pembentang 4
Simposium 2 Forum 2 Sidang Pleno 4 Mobilisasi Sumber Ke Arah Komuniti Cakna Kesihatan Holistik Model Solusi: Sokongan Sosial dan Program HMI Anjakan Paradigma ke Arah Kelestarian Kesihatan Ummah Encik Kuan Chee Heng Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia Encik Quek Kia Ann Pengarah Bahagian Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Dr. Siti Noor Munirah binti Ibrahim Kasih Hospice Foundation Datin Seri Siti Zubedah Hazabollah Sukarelawan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Tn. Haji Rashidi Yahya Ketua Pegawai Eksekutif Seterra Group Ustaz Mohd Isa Abdullah Ketua Penolong Setiausaha Unit Hal Ehwal Islam Kementerian Kesihatan Malaysia Tuan Haji Mohd Nazarudin bin Ali Pengurus Kanan Waqaf An-Nur Corporation Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Pengerusi Lembaga Pengarah USIM Diwakili oleh: Ustaz Muhammad Fahmi bin Rusli Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Slot Tajuk Pembentang 5
24 MEI 2023 | RABU 8.00 – 9.00 pagi 9.00 – 9.15 pagi 9.15 – 10.00 pagi Pendaftaran peserta/ minum pagi Ucapan alu-aluan & perasmian: Prof. Dr. Sazzli Shahlan bin Kasim Pengarah Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Pembentang: Dato’ Dr. Khalid bin Ibrahim Pensyarah Utama, Fakulti Perubatan UiTM 10.00 – 10.30 pagi 10.30 – 11.00 pagi 11.00 - 11.30 pagi 11.30 pagi -12.00 tengah hari 12.00 tengah hari – 1.00 petang Pembentang 1: Dr. Nor Faridah Ahmad Roslan Ketua Jabatan Pemulihan Perubatan, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Pembentang 2: Dr Shaharom bin Md Shariff Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar An-Nur Pembentang 3: Puan Sarah Norasikin binti Abdullah Ketua Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Sultanah Nora Ismail Pembentang 4: Dr. Ahmad Mazli bin Muhammad Mantan Dekan Akademi Pengajian Bahasa UiTM (Pengguna Aplikasi EMPOWER-SUSTAIN App) Moderator: Dr. Sakinah binti Idris Pensyarah Kanan Jabatan Psikiatri Fakulti Perubatan UiTM Panelis: Prof. Dr. Che Zarrina binti Sa’ari Timbalan Dekan (Penyelidikan), Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Dr. Noraliza binti Noordin Merican Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia Prof. Madya. Dr. Nur Ezan binti Rahmat Timbalan Dekan Penyelidikan & Jaringan Industri Fakulti Undang-undang UiTM (Penjaga anak berkeperluan khas) Masa Acara SIDANG PLENO 1: “Keterampilan Kepimpinan Bagi Mencapai Kesihatan Holistik” SIMPOSIUM 1: “Penjagaan Kesihatan Digital” FORUM 1: “Peranan Penjaga (Carer) Dalam Mencapai Kesihatan Holistik” 6
24 MEI 2023 | RABU 1.00 – 2.00 petang 2.00 – 2.45 petang Makan tengah hari / solat Pembentang: Profesor Datuk Dr. Haji Rohaizat bin Haji Yon Pakar Perubatan Kesihatan Awam Management and Science University (MSU) 2.45 – 3.30 petang Pembentang: Dr. Ahmad Fahmi bin Md Sahray Ketua Unit Spiritualiti & Kesihatan, Hospital Sungai Buloh Masa Acara SIDANG PLENO 2: “Kelestarian Penjagaan Kesihatan Holistik” SIDANG PLENO 3: “Penjagaan Spiritual Pelengkap Kepada Penjagaan Kesihatan Holistik” Konvensyen ditangguhkan 7
25 MEI 2023 | KHAMIS 8.00 pagi 9.00 – 9.30 pagi 9.30 – 10.00 pagi 10.00 – 10.30 pagi 10.30 – 11.00 pagi 11.00 pagi - 12.00 tengah hari Pendaftaran peserta / minum pagi Pembentang 1: Encik Kuan Chee Heng Pertubuhan Amal Uncle Kentang Malaysia Pembentang 2: Encik Quek Kia Ann Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pembentang 3: Dr. Siti Noor Munirah binti Ibrahim Kasih Hospice Foundation Pembentang 4: Datin Seri Siti Zubedah binti Hazabollah Sukarelawan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Moderator: Dr. Muhammad Fairuz Azmi Pensyarah Kanan Jabatan Anatomi, Fakulti Perubatan UiTM Panelis: Tuan Haji Rashidi bin Yahya Ketua Pegawai Eksekutif, Seterra Group Ustaz Mohd Isa bin Abdullah Ketua Penolong Setiausaha, Unit Hal Ehwal Islam, KKM Tuan Haji Mohd Nazarudin bin Ali Pengurus Kanan, Waqaf An-Nur Corporation Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof Pegawai Hal Ehwal Islam JAKIM Masa Acara SIMPOSIUM 2: “Mobilisasi Sumber Ke Arah Komuniti Cakna Kesihatan Holistik” Forum 2: “Model Solusi: Sokongan Sosial & Program HMI” 8
25 MEI 2023 | KHAMIS 12.00 – 12.45 tengah hari 1.00 - 2.00 petang 12.45 tengah hari – 1.00 petang Pembentang: Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Rumusan & penutup oleh: Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin bin Ismail Timbalan Pengarah (Klinikal) Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Makan tengah hari / solat Masa Acara SIDANG PLENO 4: “Anjakan Paradigma ke arah Kelestarian Kesihatan Ummah” Program selesai / Bersurai 9
Kelestarian Penjagaan Kesihatan Holistik Professor Datuk Dr. Hj. Rohaizat Bin Hj. Yon Management & Science University (Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Kem. Kes. Malaysia) Penjagaan kesihatan holistik penting sejajar dengan saranan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang menetapkan definasi kesihatan meliputi kesejahteraan fizikal, mental dan sosial, bukan semata-mata ketiadaan penyakit atau keuzuran. Perkhidmatan kesihatan holistik meliputi aspek spiritual dan mental. Sosial determinant kesihatan mengenalpasti hanya 10% determinant kesihatan bergantung kepada fasiliti dan perkhidmatan kesihatan, di mana baki 90% dipengaruhi faktor di luar sistem kesihatan, iaitu tingkah laku (51%), persekitaran (22%), dan faktor keturunan (22%). Penjagaan kesihatan holistik menepati 17 gol atau matlamat Sustainable Development Goal (SGD), terutamanya gol ke tiga iaitu Good Health and Wellbeing. Di Malaysia, perkhidmatan kesihatan holistik memang menjadi keutamaan. Perkhidmatan ini telah dimantapkan dengan pelaksanaan Hospital Mesra Ibadah (HMI) mulai 2013. Perkhidmatan ini meliputi semua agama. Bagi agama Islam, aktiviti HMI dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM). Pada tahun 2019, persijilan HMI diperkenalkan dan sehingga kini 17 hospital telah mendapat pensijilan HMI. Pada tahun 2019 juga, perkhidmatan penjagaan spiritual dibangunkan, melalui pendekatan Bio-Psycho-Socio-Spiritual semasa memberi rawatan kepada pesakit. Perkhidmatan penjagaan spiritual telah dijalankan di negara maju melalui perkhidmatan yang lebih dikenali sebagai Chaplaincy Service, di mana perkhidmatan ini turut disediakan di beberapa hospital swasta dan juga hospital universiti di Malaysia Kelestarian perkhidmatan ini amat penting. Tadbir Urus di peringkat hospital telah dibangunkan. Garispanduan, polisi dan modul latihan dibangunkan. Kerjasama pelbagai pihak amat penting terutama melalui agensi seperti JAKIM, agensi agama lain, pihak MSQH dan sebagainya. Perluasan perkhidmatan ini ke seluruh negara secara mantap dan berfasa akan melestarikan lagi perkhidmatan penjagaan holistik untuk manfaat pesakit, waris, masyarakat dan negara. (Kata Kunci: Penjagaan Holistik, Hospital Mesra Ibadah, Spiritual dan Lestari) 10
Penjagaan Kesihatan Digital : Pengalaman Dari Hospital Pakar An-Nur Dr. Shaharom Md Shariff Ketua Pegawai Eksekutif, Hospital Pakar An-Nur [email protected] Peranan teknologi maklumat dalam meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan dan penglibatan pesakit telah mendorong minat yang semakin meningkat disebabkan laporan oleh Institut Perubatan 2001 (IOM, 2001). Laporan itu menekankan peranan kritikal teknologi maklumat dalam merekabentuk sistem penjagaan kesihatan yang memenuhi enam objektif penjagaan, iaitu i . selamat ii. berkesan iii. cekap iv. tepat pada masanya v. saksama dan vi. berpusatkan pesak. Laporan itu mengesyorkan mewujudkan infrastruktur maklumat penjagaan kesihatan yang akan menghapuskan kebanyakan data klinikal tulisan tangan menjelang akhir dekad. Dalam penjagaan kesihatan hari ini, perkara utama di tengah-tengah pengurangan kos adalah unjuran kekurangan profesional mahir perubatan, meningkatkan kualiti penjagaan dan kepuasan pesakit. Penjagaan pesakit telah memasuki era baharu dengan kemunculan teknologi digital seperti Internet dan media sosial, yang memberi kesan kepada pengalaman pesakit. Kesedaran yang semakin meningkat bahawa pemerkasaan pesakit membawa kepada peningkatan kepuasan pesakit dan keuntungan ekonomi menjadikan penyedia penjagaan kesihatan berusaha lebih keras untuk memenuhi keperluan pesakit mereka. Memuaskan keperluan pesakit adalah langkah pertama ke arah memperkasakan pesakit. Penjagaan kesihatan digital merujuk kepada penggunaan teknologi untuk menyediakan dan meningkatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan. Ia merangkumi pelbagai teknologi dan aplikasi, termasuk teleperubatan, rekod kesihatan elektronik, aplikasi kesihatan mudah alih, peranti boleh pakai dan kecerdasan buatan. Penjagaan kesihatan digital berpotensi untuk meningkatkan penyampaian dan hasil penjagaan kesihatan dengan meningkatkan akses kepada penjagaan, meningkatkan penglibatan dan komunikasi pesakit, mengurangkan kos, dan meningkatkan pembuatan keputusan klinikal melalui analisis data dan pemodelan ramalan. Ia juga membolehkan pemantauan pesakit jarak jauh, membolehkan pesakit menerima penjagaan di luar tetapan penjagaan kesihatan tradisional dan mengurangkan keperluan untuk lawatan secara peribadi. Secara keseluruhannya, penjagaan kesihatan digital sedang mengubah cara penjagaan kesihatan disampaikan dan berpotensi untuk meningkatkan kualiti dan kecekapan penjagaan di samping memperkasakan pesakit untuk mengambil peranan aktif dalam menguruskan kesihatan mereka. Pembentangan ini adalah untuk memberi perkongsian pengalaman dan ilmu yang telah dijalankan di Hospital Pakar An-Nur dari segi sejauh mana memuaskan keperluan pesakit serta kearah memperkasakan pesakit dalam memenuhi Penjagaan Kesihatan Digital. Kata kunci: Kualiti Penjagaan, Kepuasan Pesakit, Teknologi Digital, Pemerkasaan Pesakit Rujukan: IOM. (2001). Crossing the Quality Chasm: A New Health System for the 21st Century. National Academy Press, Washington. 11
Mesra Ibadah Mobile Application (MIA) A Patient Enable Prayer Checklist And Guidelines Dr. Khursiah Bt Daud (Pengarah Hospital) Pn. Sarah Norasikin Bt Abdullah (Ketua Unit Hal Ehwal Islam) Pn. Fizlin Bt.Zakaria (Ketua Unit Teknologi Maklumat) Cik Siti Nurbatrisyia Bt Karim (Pelatih Latihan Industri ICT) En. Amirul Hakim B. Abdul Rahman (Pelatih Latihan Industri ICT) Hospital Sultanah Nora Ismail, Jalan Korma,Taman Soga,83000 Batu Pahat, Johor [email protected] , [email protected] Mesra Ibadah Apps (MIA) ini bertujuan untuk meneroka penggunaan aplikasi digital dalam memberi tumpuan utama menyediakan fungsi senarai semak berkaitan maklumat solat fardu, solat sunat, doa dan panduan solat pesakit khusus kepada pesakit Islam. Dalam era digital yang semakin berkembang, aplikasi telefon mudah alih telah menjadi alat penting dalam kehidupan seharian. Penerapan teknologi ini dalam konteks agama, khususnya solat, telah memberi peluang baru untuk menyampaikan maklumat dan bimbingan kepada pesakit yang memerlukan panduan solat dalam kehidupan mereka. Bagi pesakit yang sedang menjalani rawatan atau menghadapi cabaran kesihatan, menjaga konsistensi dalam melaksanakan ibadah seringkali menjadi tentangan yang signifikan. Justeru dengan adanya Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang diinspirasikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, menjadi satu anjakan paradigma dalam memastikan keperluan penjagaan spiritual pesakit dikenalpasti dan dipenuhi oleh penyedia perkhidmatan kesihatan (Healthcare Provider). Dalam usaha melestarikan pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan pada masa kini, satu aplikasi mobile telah dibangunkan yang diberi nama Mesra Ibadah Apps ( MIA ): A Patient Enable Prayer Checklist And Guidelines. Objektif Mesra Ibadah Apps (MIA) ialah mendigitalkan senarai semak maklumat ibadah dengan membantu pesakit memantau solat, mengemaskini aktiviti ibadah harian, memberi panduan ibadah semasa sakit sambil mendapatkan beberapa petikan motivasi. Terdapat enam peringkat asas terlibat berdasarkan metodologi Agile iaitu penemuan, merancang, mereka bentuk, membangunkan, menguji, dan menilai. Berdasarkan pemerhatian, sebahagian besar pesakit Islam cenderung tidak menunaikan solat kerana kurang ilmu dan kesedaran. Pesakit hilang semangat menunaikan solat ketika mereka sakit kerana tiada faktor motivasi untuk mendorong mereka. Justeru, aplikasi yang dibangunkan ini mudah diakses, mesra pengguna, menjimatkan masa dan tidak melibatkan sebarang kos. Impak keberkesanan aplikasi ini diharapkan dapat memberikan wawasan yang lebih baik tentang pentingnya aplikasi senarai semak ibadah dan manfaatnya dalam membantu individu memantau dan memperbaiki pelaksanaan ibadah mereka. Hasil ini diharapkan dapat digunakan untuk pengembangan aplikasi yang lebih efektif dalam mendukung praktik ibadah yang konsisten dan bermakna bagi individu Muslim. Mesra Ibadah Apps (MIA) ini bukan sahaja memudahkan pesakit dan waris, tetapi sebagai pemudahcara kepada petugas klinikal dalam menggalas misi dan visi hospital dan institusi kesihatan yang mengamalkan konsep Hospital Mesra Ibadah. Kata kunci : pesakit Islam; senarai semak ibadah; ibadah; pantauan, senarai semak solat. 12
Program Berteraskan Komuniti Jabatan Kebajikan Masyarakat Quek Kia Ann Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Putrajaya [email protected] Program berteraskan Komuniti (Community Based Program) bagi kumpulan sasar JKM berfokus kepada warga emas, kanak-kanak, orang kurang upaya dan komuniti. Lazimnya program-program ini berbentuk advokasi, penjagaan perlindungan, pemulihan, pencegahan dan pembangunan bagi memenuhi keperluan semasa komuniti setempat seterusnya meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan komuniti. Komuniti setempat mendepani pelbagai isu-isu sosial semasa yang memerlukan intervensi secara tersusun, berstruktur dengan penglibatan komuniti secara bersepadu serta menyeluruh dalam menangani isu keperluan semasa komuniti dewasa ini. Justeru itu, pendekatan JKM ialah berteraskan “Kebajikan Adalah Tanggungjawab Bersama” iaitu komuniti bersama Kerajaan memainkan peranan dan tanggungjawab secara bersama dalam penyampaian perkhidmatan khususnya khidmat sokongan sosial kepada kumpulan sasar JKM. Antara pendekatan yang digunakan untuk ialah melalui kerjasama atau kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan sukarela kebajikan (PSK), sektor korporat, swasta, individu dan komuniti setempat. Di dalam konteks ini dalam mendayaupyakan serta memperkasakan komuniti cakna kesihatan yang holistik secara khususnya, JKM telah melaksanakan program kesukarelaan seperti Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help), Volunteers@Centre, Sukarelawan Kebajikan, Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK), Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) dan Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PPAWE) dan Program Bantuan Khas Perbendaharaan (BKP) Program-program ini diadakan bagi pencegahan serta pemulihan ketidakfungsian anggota dan mental melalui intervensi awal, advokasi gaya hidup sihat, kesihatan mental dan fisikal, penuaaan aktif dan produktif, peningkatan pengetahuan dan kemahiran, serta pengkhususan fungsi dan peranan dalam organisasi bagi mengenalpasti keperluan, perancangan,, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian setiap program oleh ahli komuniti setempat. Secara keseluruhan program-program diharapkan dipertingkatkan penglibatan komuniti secara keseluruhan bagi mewujudkan masyarakat penyayang melalui ruang dan peluang kepada komuniti untuk menyumbang secara positif ke arah komuniti cakna kesihatan yang holistik khususnya dan kesejahteraan komuniti amnya secara inklusif. 13
Community Hospice - Mobilising the Community in Delivering Quality Holistic Care Dr. Siti Noor Munirah Ibrahim Palliative care is a branch of medicine providing supportive care to patients with serious and life limiting illnesses and their families, spanning from hospital to the community. Kasih Hospice Foundation is one of the leading hospices in Klang Valley providing palliative care in the community setting. Hospice services allow patients to remain in the comfort of their own home while receiving medical care and advice, psychological and spiritual support, end of life care, equipment loans, and also bereavement support for carers and families. Volunteers from the community can play a role in supporting patients and families, as well as helping to fundraise for charity organisations providing hospice care. With limited resources, cooperation and networking with hospitals, government bodies, non governmental organisations and other institutions is essential in providing the necessary holistic support required by palliative patients. There is still a significantly large gap nationally as current hospice providers are unable to cover all geographical areas and all patients requiring palliative care. This means that many patients still have no choice but to die in hospital, or die at home with possible uncontrolled symptoms. Continuous improvements must be made at all levels, from government policies to ground efforts, to increase access to quality palliative care, so that everyone can live well and die well. 14
Peranan Sukarelawan Hospital ke Arah Komuniti Cakna Kesihatan Holistik Datin Seri Siti Zubedah Hazabollah Sukarelawan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Pembentang merupakan seorang yang sangat bergiat aktif dalam bidang kesukarelawanan di hospital sejak tahun 2004 hingga kini. Pembentang juga merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah di Hospital Sungai Buloh. Antara tugas sukarelawan di hospital seperti menyantuni pesakit dan waris di wad-wad Ortopedik, Obstetrik & Ginekologi, Kecemasan dan Perubatan. Tanggungjawab sukarelawan hospital kepada pesakit seperti memberi pendedahan tanggungjawab menunaikan ibadah dalam apa jua keadaan pesakit. Selain itu, pesakit masih boleh menjalani ibadah dengan bantuan waris atau staff yang ada di wad. Sepanjang tempoh pandemik Covid-19 selama 2 tahun, sukarelawan hospital turut membantu barisan hadapan (frontliner) hospital untuk mendapatkan sumbangan pelitup muka, pensanitasi tangan, peralatan perlindungan diri serta keperluan lain yang diperlukan untuk digunapakai di wad-wad Covid-19. Selain itu, sukarelawan hospital turut bersama-sama memberi kesedaran kepada komuniti mengenai kepentingan penjagaan kesihatan melalui cara pemakanan, kesihatan mental dan lain-lain. Sukarelawan hospital turut membantu masyarakat dalam misi kemanusiaan membantu mangsa banjir dan juga ke perkampungan orang asli. Aktiviti kemasyarakatan ini turut melibatkan pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh dan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Pasukan perubatan akan memberi khidmat perubatan kepada masyarakat, manakala sukarelawan hospital membantu masyarakat dalam melaksanakan ibadah dengan betul. Kesimpulannya, peranan sukarelawan hospital amat diperlukan bagi membantu pihak hospital dari segi penjagaan spiritual pesakit dan waris semasa mereka menerima rawatan di hospital, mendapatkan sumbangan untuk kegunaan hospital dan memberi kesedaran kepada komuniti mengenai penjagaan kesihatan serta khidmat kemasyarakatan. Kata kunci: Sukarelawan, komuniti, khidmat masyarakat. 15
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Pengerusi Setiausaha Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Dr Diana Katiman Adam bin Zakaria Prof. Madya Dr. Ahmad Ramzi Yusof Prof. Madya Dr. Azlina Wati Nikmat Ustaz Mohd Amri Bin Abdullah Ustazah A’azah Awang Kechik Ustazah Shamrifah Dahalan Alliya Amira binti Yasin Ustazah Norhafezah Hanem Halim Ustazah Azira Ibrahim Unit Perawatan Paliatif, HASA Unit Spiritualiti, JPSM HASA Jabatan Pembedahan, HASA Jabatan Psikiatri, HASA Unit Hal Ehwal Islam, Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. Nama Jabatan Jawatan Penasihat Pengarah Program Timbalan Pengarah Program Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari Prof. Dr. Sazzli Sahlan Kassim Dato’ Dr. Khalid bin Ibrahim Prof. Madya Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail Prof. Madya Dr. Ahmad Ramzi bin Yusoff Adam bin Zakaria Dr. Nur Fatimah binti Ahmad Zairin Khairi Haziq bin Abdul Rahim 16
1. 2. 3. 4. 5. 6. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Wan Saufi Irfaan W.Zamri Mohd Afnan Shakil Mamat@Mohd Intan Nadhirah Jasrudin Siti Nur'amira Zul'aziki Faris Fauzan Khirizam Muhammad Nazieruddin Baharuddin Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Syaza Najwa Khairudin Nabilah Azman Mohd Nor Shahlan Suhadi Siti Aishah Yunus Muhammad Syafiq Danial Ismail Naziah Noor Ahmad Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Kewangan, HASA Pejabat Undang-undang, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. 3. 4. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Nurshafika Binti Sulor Nurul Hafiza Binti Busra Nurzaima Fateha Binti Zafri Nur Fazirra Binti Jaafar Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 17
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Alliya Amira Yasin Nur Hazim Amat Simin Muhammad Asyraf Abdul Rahim Abu Zariq Abdul Rahman Zatul Norzakiah Abdullah Ahmad Faizal Abd Karim Normazlina Mat Noor Safara Nurul Nadia Zamri Nurul Jannah Nazarudin Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Nora Noordin Mohd Hafidz Ab Satar @ Ahmad Sabri Nurhidayah Yakob Siti Normasidayu Amir Nurul Shafika Md Idros Nuradila Johari Jabatan Komunikasi Korporat, HASA Jabatan Komunikasi Korporat, HASA Jabatan Komunikasi Korporat, HASA Jabatan Komunikasi Korporat, HASA Jabatan Komunikasi Korporat, HASA Jabatan Komunikasi Korporat, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. 3. 4. 5. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Hazean Abd. Talib Salehah Binti Ab Rahim Busrah Binti Abd Wahab Norhidayah Binti Moksin Marziana Binti Mohd Rejab Jabatan Kejururawatan, HASA Jabatan Kejururawatan, HASA Jabatan Kejururawatan, HASA Jabatan Kejururawatan, HASA Jabatan Kejururawatan, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 18
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Rozalina Rokli Nurul Syuriani Kamalun Baharin Nur Atikah Mohd Rani Nursafura Idayu Suhaimi Nor Hazirah Ismat Rawaidah Rosli Nurul Atirah Shahardin Nur Nadirra Abd Shukor Norazlina Mohd Noor Farah Zafirah Feizal Azwani Arif Iszraa Suhaidah Jaiman Ezrin Fazrina Kamal Noor Zaimah Bahar Nurfarhanah Abdul Mohsin Nurhazwani Mohammad Asri Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia , HASA Pejabat Timbalan Pengarah, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Pejabat Undang-undang, HASA Jabatan Farmasi, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Pejabat Timbalan Pengarah, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Anestesiologi, HASA Jabatan Pediatrik, HASA Jabatan Pembedahan, HASA Jabatan Perubatan Kecemasan, HASA Jabatan Psikiatri, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. Ketua Jawatankuasa Nur Nadiah Mohamad Rosdi Nisa Nabila Binti Mohd Ngali Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 19
1. 2. 3. 4. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Jawatankuasa Mohd Hafiz Anuar Muhammad Ruzaini Abd Rahim Nur Syahirah Sanusi Muhammad Nazmi Aiman Noor Azlin Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. 3. Ketua Jawatankuasa Jawatankuasa Md. Hairul Haron Wan Mohamad Azri Wan Mohd Rais Ahmad Hafzuddin Abdul Moes Jabatan Infrastruktur, HASA Jabatan Infrastruktur, HASA Jabatan Pentadbiran Sumber Manusia, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 1. 2. Ketua Jawatankuasa Isnariza M.Zakaria Zairi Azmal Burham@Borhan Jabatan Infostruktur, HASA Jabatan Infostruktur, HASA Bil. Nama Jabatan Jawatan 20
Dengan Kerjasama : Anjuran : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA