PERATURAN AM ASRAMA
1.0 PERATURAN AM
1.1. Waris dan murid hanya dibenarkan menggunakan pintu pagar utama sahaja
untuk memasuki kawasan sekolah.
1.2. Pihak pengurusan asrama hanya membenarkan 2 orang sahaja memasuki
kawasan sekolah (seorang murid dan seorang waris atau penjaga).
1.3. Saringan kesihatan akan dilakukan dua kali sehari iatu pada waktu pagi dan
petang. Murid yang didapati mempunyai suhu badan 37.5 oC dan ke atas
atau bergejala akan diasingkan di bilik kesihatan dan dihantar ke klinik
kesihatan atau dibawa balik oleh waris.
1.4. Murid yang bergejala diwajibkan memakai pelitup muka (face mask) dan
kerap basuh tangan (sanitizer).
1.5. Murid mesti menjaga penjarakan sosial (1 meter) setiap masa sepanjang
berada di asrama.
1.6. Sebarang taklimat atau perjumpaan dalam kalangan murid hanya dibenarkan
seramai 10 orang sahaja.
1.7. Murid juga dilarang meminjam sebarang peralatan dan barangan peribadi
murid yang lain.
1.8. Murid mesti menggunakan sejadah sendiri untuk solat di surau. Murid tidak
dibenarkan solat berjemaah.
1.9. Murid perlu menggunakan laluan yang telah disediakan untuk bergerak ke
sesuatu tempat dan dilarang berada di tempat yang tidak dibenarkan.
1.10. Pelawat hanya dibenarkan berjumpa dengan murid di asrama sekiranya
terdapat urusan kecemasan dan perlu mendapat kebenaran pentadbir/ ketua
warden sahaja.
1.11. Murid tidak dibenarkan menyertai aktiviti luar (outing) dan pulang bermalam
sehingga KPM mengeluarkan pemakluman lanjut.
1
PENDAFTARAN MURID ASRAMA
1.0 PERATURAN
1.1. Waris dan murid hanya dibenarkan menggunakan pintu pagar utama sahaja
untuk memasuki kawasan sekolah menghantar anak ke asrama.
1.2. Murid yang akan mendaftar masuk ke asrama sekolah adalah pelajar
tingkatan 5 & 6 Atas sahaja.
1.3. Murid yang bergejala diwajibkan memakai pelitup muka (face mask).
1.4. Waris dan murid digalakkan sentiasa memakai pelitup muka (face mask) dan
menggunakan ‘hand sanitizer’.
1.5. Pelajar akan diambil suhu badan di hadapan pejabat asrama dan suhu badan
akan direkodkan ke dalam buku yang akan disediakan oleh pihak asrama.
1.6. Pendaftaran akan dibuat di hadapan pejabat asrama. 2 kaunter disediakan
untuk pendaftaran dan pastikan mematuhi penjarakan 1 meter.
1.7. Selepas pendaftaran murid dibenarkan memasuki dorm untuk menyimpan
barang.
1.8. Taklimat asrama hanya diberi kepada murid sahaja di Bilik Teater Puteri.
Seramai 10 orang murid akan diberi taklimat dalam satu masa.
1.9. Selepas mendengar taklimat murid akan mengikuti orientasi laluan-laluan
khas sepanjang berada di asrama.
1.10. Murid dibenarkan untuk memasuki dorm untuk mengemas barang selepas
selesai sesi orientasi..
2
PENDAFTARAN MURID ASRAMA
2.0 CARTA ALIR
2.1 PINTU PAGAR UTAMA
Pintu masuk utama ke asrama sekolah
2.2 PENGUNAAN FACE MASK DAN HAND SANITIZER
Diwajibkan kepada waris dan pelajar asrama
2.3 PENDAFTARAN ASRAMA
Hadapan pejabat asrama
2 kaunter dengan jarak 1 meter
10 orang murid sahaja 1 masa
Pemeriksaan suhu badan
Rekod suhu badan dalam buku
Simpan barang di dalam dorm
2.4 MASUK BILIK TEATER PUTERI
Murid perlu masuk mengikut pintu yang telah disediakan
2.5 KELUAR BILIK TEATER PUTERI
Murid perlu keluar mengikut pintu yang telah disediakan
Murid akan mengikuti sesi orientasi laluan-laluan khas di asrama
2.6 MASUK ASRAMA
Murid dibenarkan masuk ke asrama sekolah selepas tamat sesi orientasi
dan taklimat
3
PENDAFTARAN MURID ASRAMA
3.0 PLAN LANTAI (BILIK TEATER PUTERI)
MEJA HADAPAN PINTU MASUK
PINTU KELUAR
4 32 1
65
10 9 87
12 11
16 15 14 13
PETUNJUK:
Laluan Masuk
Laluan keluar
4
PENDAFTARAN MURID ASRAMA
4.0 GAMBAR BILIK TEATER PUTERI
LALUAN KELUAR & MASUK
LABEL
TEMPAT DUDUK
LALUAN KELUAR & MASUK
5
DORM ASRAMA
1.0 PERATURAN
1.1. Murid perlu sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang unggul semasa
berada di dalam Dorm dengan mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
1.2. Mengamalkan penjarakan sosial (Social Distancing) sekurang-kurangnya 1
meter dan tidak bersentuhan antara satu sama lain.
1.3. Kerap mencuci tangan menggunakan “hand sanitizer”yang disediakan.
1.4. Mengamalkan adab batuk dan bersin yang berhemah dengan cara menutup
mulut dengan tangan atau menggunakan tisu dan buang ke dalam tong
sampah yang disediakan. Segera mencuci tangan dengan pembasuh tangan
(hand sanitizer) .
1.5. Memastikan pengudaraan Dorm berada dalam keadaan baik dengan
membuka tingkap dan langsir.
1.6. Dilarang sama sekali meminjam dan menggunakan barang-barang dari
penghuni lain seperti pakaian, alat penjagaan diri dan alat tulis semasa
berada di dalam Dorm.
1.7. Tidur mengikut katil yang telah ditetapkan dan dilarang bertukar tempat tidur.
1.8. Digalakkan memakai Pelitup Muka (Face Mask) semasa berada di dalam
Dorm.
1.9. Murid atau Ketua Dorm mesti menghubungi Pihak Warden Asrama dengan
segera jika ada murid yang merasa tidak sihat seperti demam panas dan
selsema atau sukar bernafas.
1.10. Dilarang bergurau senda secara keterlaluan dengan berkumpul beramai-
ramai dalam jarak yang dekat.
6
DORM ASRAMA
2.0 CARTA ALIR
2.1 SUHU BADAN
Mengambil bacaan suhu badan bagi sesi pagi dan petang di depan pintu masuk asrama
dan mencatat pada buku catatan yang disediakan.
2.2 HAND SANITIZER
Mencuci tangan menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer) yang disediakan di
asrama (satu di setiap tingkat)
2.3 PENJARAKAN SOSIAL
Mengamalkan penjarakan sosial (1 meter) semasa memasuki dorm dan di dalam dorm
2.4 KEBERADAAN DI DALAM DORM
Sentiasa berada atau tidur / berehat di katil sendiri sahaja
2.5 BANGUN TIDUR
Bangun tidur dan kemas katil masing-masing
2.6 LUAR DORM
Keluar dari dorm menggunakan pintu dorm yang telah ditetapkan
7
DORM ASRAMA
3.0 PLAN LANTAI
8
DORM ASRAMA
4.0 GAMBAR
9
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
1.0 PERATURAN
1.1. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang unggul semasa berada di dalam
Bilik Persediaan Belajar (Prep).
1.2. Mengamalkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan tidak
bersentuhan antara satu sama lain.
1.3. Kerap mencuci tangan menggunakan “hand sanitizer” yang disediakan.
1.4. Mengamalkan adab batuk dan bersin yang berhemah dengan cara menutup
mulut dengan tangan atau menggunakan tisu dan buang ke dalam tong
sampah yang disediakan. Segera mencuci tangan dengan pembasuh tangan
(hand sanitizer) .
1.5. Memastikan pengudaraan bilik Persediaan Belajar (Prep) berada dalam
keadaan baik dengan membuka tingkap dan langsir.
1.6. Dilarang sama sekali berkongsi alat tulis semasa berada di dalam Bilik
Persediaan Belajar (Prep).
1.7. Digalakkan memakai Pelitup Muka (Face Mask) semasa berada di dalam Bilik
Persediaan (Prep).
1.8. Menghubungi Pihak Warden Asrama dengan segera jika merasa tidak sihat
seperti demam panas dan selsema atau sukar bernafas.
1.9. Dilarang bertukar tempat duduk semasa berada di dalam Bilik Persediaan
Belajar (Prep).
10
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
2.0 CARTA ALIR
2.1 PENJARAKAN SOSIAL
Beratur di hadapan bilik persediaan belajar (prep) dengan mengekalkan penjarakan
sosial.
2.2 PENGUNAAN FACE MASK DAN HAND SANITIZER
Memakai penutup muka (face mask) dan mencuci tangan dengan sabun / hand
sanitizer.
2.3 TEMPAT DUDUK
Duduk ditempat sendiri yang telah ditanda dengan mengekalkan jarak sosial 1 meter
2.4 BERSURAI
Keluar dari bilik persediaan belajar (prep) mengikut laluan yang telah ditetapkan
dengan mengekalkan jarak sosial
11
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
3.0 PLAN LANTAI (RUANG LEGAR)
12
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
4.0 GAMBAR BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (RUANG LEGAR)
13
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
5.0 PLAN LANTAI (BILIK REHAT)
14
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
6.0 GAMBAR BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (BILIK REHAT)
15
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
7.0 PLAN LANTAI (PERPUSTAKAAN ASRAMA)
16
BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PREP)
8.0 GAMBAR BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (PERPUSTAKAAN ASRAMA)
17
DEWAN MAKAN ASRAMA
1.0 PERATURAN
1.1 Penjarakan sosial 1 meter antara murid.
1.2 Penggunaan “hand sanitizer “ yang disediakan
1.3 Pemeriksaan suhu badan murid tidak melebihi 37.5 oC dibenarkan masuk ke
dalam dewan makan. Jika suhu badan melebihi ketetapan tersebut,murid
akan dikuarantinkan di bilik isolasi asrama dan dihantar ke klinik kesihatan
untuk pemeriksaan lanjut atau dibawa balik oleh waris.
1.4 Murid akan berada di dalam petak masuk dan menunggu giliran untuk
mencuci tangan dan mengambil makanan serta minuman mengikut jarak
sosial yang telah ditetapkan.
1.5 Murid akan menuju ke meja makan yang telah dilabel nama mengikut jarak
sosial yang telah ditetapkan.
1.6 Murid akan menuju ke pintu keluar (pintu kedua) mengikut jarak sosial yang
telah ditetapkan untuk mencuci tangan dan terus keluar.
1.7 Murid akan keluar mengikut laluan yang telah disediakan di dalam Dewan
Makan Asrama.
18
DEWAN MAKAN ASRAMA
2.0 CARTA ALIR
Beratur di luar dewan makan
Penjarakan sosial 1 meter antara murid.
Ambil suhu badan, rekod suhu badan & hand sanitizer
Cuci tangan & mengambil makanan ( masih menjaga jarak)
Menuju ke meja makan yang telah dilabel nama ( telah ditetapkan jarak)
Murid akan menuju ke pintu keluar (pintu kedua) dengan jarak yang
ditetapkan
19
DEWAN MAKAN ASRAMA
3.0 PLAN LANTAI
20
DEWAN MAKAN ASRAMA
4.0 GAMBAR DEWAN MAKAN
21
BILIK RAWATAN / ISOLASI ASRAMA
1.0 PERATURAN
1.10. Sentiasa mengamalkan kebersihan diri yang unggul semasa berada di dalam
Bilik Rawatan/ Isolasi dengan mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
1.11. Mengamalkan penjarakan social (Social Distance) sekurang-kurangnya 1
meter dan tidak bersentuhan antara satu sama lain.
1.12. Kerap mencuci tangan menggunakan “hand sanitizer” yang disediakan.
1.13. Mengamalkan adab batuk dan bersin yang berhemah dengan cara menutup
mulut dengan tangan atau menggunakan tisu dan buang ke dalam tong
sampah yang disediakan. Segera mencuci tangan dengan pembasuh tangan
(hand sanitizer) .
1.14. Memastikan pengudaraan Bilik Rawatan/ Isolasi berada dalam keadaan baik
dengan membuka tingkap dan langsir.
1.15. Dilarang sama sekali berkongsi semua peralatan peribadi yang digunakan
semasa berada di dalam Bilik Rawatan/ Isolasi.
1.16. Digalakkan memakai Pelitup Muka (Face Mask) semasa berada di dalam Bilik
Rawatan/ Isolasi.
1.17. Menghubungi Pihak Warden Asrama (oleh murid terlibat / Pengawas Asrama)
dengan segera jika merasa tidak sihat seperti demam panas dan selsema
yang teruk atau sukar bernafas.
1.18. Dilarang bertukar katil atau berkongsi katil semasa berada di dalam Bilik
Rawatan/ Isolasi.
22
BILIK RAWATAN / ISOLASI ASRAMA
2.0 CARTA ALIR
2.1 Tidak Sihat
Maklumkan kepada warden bertugas jika tidak sihat
Berada di Bilik Rawatan/ Isolasi
2.2 Periksa Suhu dan Sanitizer
Ambil suhu badan, rekod suhu badan & hand sanitizer
2.3 Kesihatan Tidak Memuaskan
Warden bertugas membawa murid ke klinik untuk dapatkan rawatan
2.4 Selepas Rawatan Doktor
Berehat di dalam Bilik Rawatan/ Isolasi
Teruskan makan ubat yang dibekalkan
Pemeriksaan suhu badan
Dapatkan rawatan susulan jika perlu
2.5 Kesihatan Bertambah Baik
Balik ke Dorm masing-masing apabila sudah sihat
23
BILIK RAWATAN / ISOLASI ASRAMA
3.0 PLAN LANTAI
Katil 2
Katil 1 Pintu
masuk/Keluar
Petunjuk : Hand Sanitizer
Katil
Masuk
Keluar
24
BILIK RAWATAN/ ISOLASI ASRAMA
4.0 GAMBAR BILIK RAWATAN/ ISOLASI ASRAMA
25
PENGGUNAAN BILIK AIR
1.0 PERATURAN
1.1 BILIK MANDI
i. Penjarakan sosial 1 meter semasa menunggu giliran untuk masuk ke bilik mandi
ii. Murid perlu menggunakan bilik mandi sebaik mungkin.
iii. Kemudahan bilik mandi seperti pancur air (shower head), pintu dan sebagainya
mesti dijaga dengan baik
iv. Murid digalakkan membersihkan bilik mandi selepas setiap kali digunakan.
v. Murid dilarang membuang sabun dan sampah di dalam saluran keluar air
vi. Seramai 10 orang murid sahaja dibenarkan mandi dan murid lain akan menunggu
giliran
vii. Murid perlu meminimakan waktu mandi untuk memberi peluang kepada murid lain
viii. Dilarang berkumpul di dalam bilik mandi sewaktu mandi.
ix. Dilarang berlari semasa berada di dalam bilik mandi dan semasa keluar dari bilik
mandi
x. Murid mesti menggunakan laluan keluar dan masuk yang telah disediakan.
1.2 TANDAS
i. Murid perlu memastikan penjarakan 1 meter semasa berada di tandas.
ii. Murid perlu menggunakan tandas sebaik mungkin.
iii. Murid perlu memastikan menarik (flush) selepas menggunakan tandas
iv. Murid dilarang sama sekali membuang sampah seperti TUALA WANITA, kertas,
plastik dan sebagainya di dalam mangkuk tandas
v. Murid perlu bertanggungjawab menggunakan kemudahan tandas untuk
mengelakkan kesulitan kepada pihak asrama
vi. Murid perlu membasuh tangan selepas keluar daripada tandas.
vii. Murid mesti menggunakan laluan keluar dan masuk yang telah disediakan.
26
PENGGUNAAN BILIK AIR
1.3 RUANGAN MEMBASUH
i. Murid tidak dibenarkan meninggalkan peralatan membasuh seperti berus, sabun,
baldi dan sebagainya di atas lantai bilik mandi. Murid perlu menyimpan di bilik murid
ii. Pastikan ruangan membasuh dibersihkan selepas digunakan (contoh : sisa air sabun
dan sampah)
iii. Dilarang merendam pakaian di dalam sinki
iv. Dilarang menyidai pakaian di ruangan membasuh
v. Bekas rendaman hendaklah diletakkan di atas lantai
vi. Pastikan penjarakan 1 meter di antara satu sama lain
vii. Murid perlu menggunakan laluan keluar masuk yang disediakan.
27
PENGGUNAAN BILIK AIR
2.0 CARTA ALIR
2.1 LUAR BILIK AIR
Beratur di hadapan bilik air dengan mengekalkan jarak 1 meter.
2.2 LALUAN
Masuk melalui pintu masuk yang telah ditetapkan
2.3 KEBERADAAN DI DALAM BILIK AIR
Gunakan bilik mandi atau tandas dalam tempoh masa yang
ditetapkan. (15 minit max)
2. 4 SELESAI HAJAT
Murid akan menuju ke pintu keluar (pintu kedua) dengan jarak
yang ditetapkan
28
PENGGUNAAN BILIK AIR
3.0 PLAN LANTAI
29
PENGGUNAAN BILIK AIR
4.0 GAMBAR BILIK AIR/ AMPAIAN
30
RIADAH / AKTIVITI LUAR
1.0 PERATURAN
1.1 KAWASAN YANG DIBENARKAN
a) Gelanggang Bola Keranjang
b) Dataran Puteri
c) Kawasan Asrama
1.2 KAWASAN YANG DILARANG
a) Padang Sekolah
b) Dataran Madani
c) Dataran Saujana
d) Semua tempat lain yang tidak dinyatakan sebagai KAWASAN YANG
DIBENARKAN.
1.3 JENIS AKTIVITI /PERMAINAN YANG DIBENARKAN
a) Sebarang jenis aktiviti/ permainan yang tidak melibatkan SENTUHAN
FIZIKAL.
b) Permainan yang boleh dimainkan oleh pelajar ialah Badminton sahaja.
1.4 PENJARAKAN SOSIAL
a) Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter di antara dua
individu dipatuhi.
1.5. MENCUCI TANGAN DENGAN SABUN / HAND SANITIZER
a) Sentiasa mencuci tangan sebelum dan selepas beriadah.
31
RIADAH / AKTIVITI LUAR
1.6. MEMAKAI PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (Face mask)
a) Murid perlu memakai alatan pelindung hidung dan mulut untuk
mengelakkan sebarang risiko jangkitan.
1.7. WAKTU DIBENARKAN RIADAH BERKAITAN SUKAN
a) Jam 5.00 – 6.30 petang sahaja
1.8. BERGEJALA
a) Sekiranya bergejala, murid perlu maklumkan kepada guru / warden
bertugas.
b) Murid bergejala perlu berada di bilik rawatan / isolasi untuk tindakan
selanjutnya.
32
RIADAH / AKTIVITI LUAR
2.0 CARTA ALIR
2.1 PAKAIAN
Murid perlulah lengkap berpakaian sukan dan 'face mask' sebelum memulakan
aktiviti riadah.
2.2 PEMERIKSAAN SUHU BADAN
Murid akan diperiksa suhu badan.
Suhu akan direkodkan di dalam buku catatan yang disediakan.
Jika suhu badan melebihi 37.5°c murid tersebut akan dikuarantin & dihantar ke
klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Murid dibawa balik oleh waris jika perlu rawatan lanjut
2.4 MENGGUNAKAN HAND SANITIZER
Murid menggunakan hand sanitizer sebelum mendapatkan peralatan sukan bagi
aktiviti riadah.
2.5 PERGERAKAN KE TEMPAT RIADAH
Murid perlu menjaga penjarakan sosial 1 meter antara murid sepanjang sesi
riadah.
Sebarang aktiviti/ permainan berkumpulan tidak dibenarkan.
33
PERGERAKAN KE SEKOLAH
1.0 PERATURAN
1.1 MENGGUNAKAN PENUTUP HIDUNG DAN MULUT (Face mask)
Murid perlu memakai alatan pelindung hidung dan mulut untuk mengelakkan
sebarang risiko jangkitan.
1.2 WAKTU BERGERAK KE KELAS
JAM 7.20 – 7.30 pagi
1.3 MENGAMBIL SUHU BADAN
Murid perlu mengambil suhu badan di hadapan pintu keluar dan mencatat di
dalam buku yang disediakan.
1.4 MENCUCI TANGAN DENGAN SABUN / HAND SANITIZER
Sentiasa mencuci tangan sebelum bergerak ke kelas.
1.5 PENJARAKAN SOSIAL
Memastikan penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter di antara dua
individu dipatuhi dan mengikut laluan yang disediakan.
1.6 BERGEJALA
Sekiranya bergejala, pelajar perlu maklumkan kepada guru / warden bertugas.
34
PERGERAKAN KE SEKOLAH
2.0 CARTA ALIR
2.1 KEDUDUKAN DI PAGAR ASRAMA
Beratur di laluan pagar asrama
Pastikan penjarakan sosial 1 meter antara murid dipatuhi.
2.2 SUHU BADAN
Ambil suhu badan, rekod suhu badan
2.3 MENCUCI TANGAN
Menggunakan Sabun / hand sanitizer
2.4 PERGERAKAN KE KELAS
Murid akan bergerak menuju ke kelas mengikut laluan yang telah
ditetapkan dengan mengekalkan jarak sosial
35