The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 启智虚拟书屋, 2021-07-11 03:54:16

ARNAB YANG PEMALAS

ARNAB YANG PEMALAS

ARNAB YANG PEMALAS

Di sebuah hutan tinggal
sepasang sahabat. Mereka ialah
seekor arnab dan seekor tupai.
Setiap hari mereka menghabiskan
masa bersama-sama. Pada suatu
hari, tupai berkata kepada arnab,
“Mari kita buat sarang. Sekarang
dah tiba musim hujan. Apabila
hujan, kita ada tempat berteduh.”
“Ya, betul kata awak. Tapi biarlah
saya berehat dulu,” jawab arnab.
Pada petang itu, hujan turun
dengan lebatnya. Tupai dan arnab
berteduh di bawah pokok. Mereka
basah dan kesejukan.”Jika kita ada
sarang, tentu kita tak akan basah
begini,”kata tupai. “Ya, betul kata
awak,” jawab arnab. “Pagi esok
kita akan buat sarang,” kata arnab
lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh
baik. Tupai mengajak arnab menbuat
sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu
untuk membuat sarang,” kata tupai.
“Tapi bukan sekarang,” jawab arnab.
“Kita masih ada banyak masa lagi.
Marilah kita pergi cari makanan. Saya
sungguh lapar!” Tupai menggeleng-
geleng melihat sikap sahabatnya itu.
Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai
dan arnab basah kuyup kerana tiada
tempat berteduh. “Alangkah baiknya
jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok
kita mesti buat sarang. Saya tak mahu
terus basah seperti ini sewaktu hujan.”
Arnab yang pemalasitu tidak
menghiraukan rungutan sahabatnya.
“Kita tunggu esok sahajalah,” kata
arnab.


Click to View FlipBook Version