The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 启智虚拟书屋, 2021-07-21 03:11:10

RUSA YANG BONGKAK

RUSA YANG BONGKAK

RUSA YANG BONGKAK

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu
selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu
berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.

“Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada
dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya
yang kurus.

“Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku
cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga
hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya
di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu
sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa
itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba
tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok
yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan
tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah
cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin
dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat
menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya
sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat
melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini
menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu
menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya
sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu
juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi
kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan
tidak semestinya membawa kebaikan.


Click to View FlipBook Version