PERTANDINGAN MEMBACA BUKU
CERITA BAHASA MELAYU MURID
PEMULIHAN KHAS DAERAH MUKAH
TAHUN 2021
DISEDIAKAN OLEH:
MUNAH ANAK UGIN
LOI HUI LANG
MATLAMAT
• Pertandingan ini seharusnya dapat mencungkil
bakat murid pemulihan khas dalam kemahiran
membaca dan mewujudkan keinginan untuk
berusaha dalam menimba ilmu demi masa
depan yang cemerlang.
OBJEKTIF
– Mencungkil bakat dan kreativiti murid membaca
cerita.
– Menggalakkan murid-murid membaca dan
menghayati karya kreatif penulis-penulis tempatan
dan karya tradisional.
– Membina keyakinan diri dan semangat juang yang
tinggi serta berdaya saing dalam kalangan murid.
– Meningkatkan minat murid untuk membaca buku
Bahasa Melayu.
TARIKH DAN MASA
• Cadangan tarikh penghantaran video:
03.05.2021
• Masa penghantaran video:
Selewat-lewatnya pukul 3 p.m.
• Cadangan tarikh penghakiman:
05.05.2021
PENYERTAAN
• Penyertaan terbuka kepada murid-murid
pemulihan Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan 3) dan
Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) dari Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan
Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
• Setiap sekolah perlu menghantar sekurang-
kurangnya seorang peserta (murid pemulihan)
untuk mengikuti kategori yang ada.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
• Setiap sekolah perlu menghantar sekurang-kurangnya
seorang peserta untuk mengikuti setiap kategori
pertandingan.
• Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada
medium berikut:
- buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
- cerita-cerita daripada majalah dan media massa lain.
- cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
- hasil karya sendiri.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
• Kualiti cerita
- Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran
dan nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu
politik, ras dan agama.
- Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap
umur murid.
- Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema.
• 3 orang hakim akan dilantik.
• Keputusan panel hakim adalah muktamad.
SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
• Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang
diperuntukkan. Setiap peserta Kategori Tahap 1 diberi masa 3
minit untuk membaca dan 5 minit untuk pesertaKategori
Tahap 2.
• Peserta dibenarkan memakai pakaian seragam sekolah atau
pakaian yang sesuai dan kemas.
• Teks bacaan menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan
langkau 2 baris. Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak
pengelola semasa penghantaran video.
• Video peserta perlulah dihantar melalui telegram kepada
Cikgu Munah Ugin atau Cikgu Loi Hui Lang.
HADIAH
• Setiap kategori akan dipilih pemenang untuk
Tempat Pertama, Tempat Kedua, Tempat
Ketiga dan 5 saguhati.
• Sijil penyertaan akan diberi kepada semua
peserta.
KRITERIA PENGHAKIMAN
BIL ASPEK SKOR
1. KANDUNGAN 25
2. KELANCARAN 25
3. INTONASI 25
4. SEBUTAN 25
JUMLAH 100