SEKOLAH KEBENGSAAN BUKIT CHORAS,
KOTA SARANG SEMUT.
06800 ALOR SETAR ,KEDAH
KAJIAN TINDAKAN
PANITIA
PENDIDIKAN ISLAM
1
PENDIDIKAN ISLAM
( JAWI )
KUMPULAN PENYELIDIK / DIKEMUKAKAN OLEH :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
1. ZABAIDAH BINTI ABIDIN
2. ASYRAF BIN ABD GHANI
3. RAMZIAH BINTI ABDULLAH
4. ZANARIAH BINTI AHMAD
5. FAIZAH BINTI AYOB
6. NOR FARAH WAHIDA BINTI AHMAD
7. HAFIZAH BINTI HASHIM
8. MAHIZAN BINTI AZIT
2
TAJUK KAJIAN :
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKUKATA
TERBUKA HURUF JAWI DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK
NYANYIAN SIFIR JAWI DAN CANTIKNYA SUSUNAN AKU.
3
ABSTRAK
Guru – guru Pendidikan Islam sering menghadapi masalah dalam pengajaran
pelajaran Jawi kerana terdapat sebilangan murid yang bermasalah dalam
menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi. Senario ini tidak boleh diabaikan
kerana ia akan berpanjangan sehingga murid menjejakkan kaki ke sekolah
menengah. Kaedah dan Teknik sedia ada sememangnya sudah cukup berkesan
bagi murid yang cerdas tetapi tidak bagi murid yang dalam kumpulan sederhana dan
lemah. Justeru itu kajian ini dilaksanakan untuk membantu beberapa orang murid
yang dikesan menghadapi masalah dalam mengenal sukukata bagi membentuk
perkataan. Kebolehan menulis dan membaca jawi akan memungkinkan murid lebih
menguasai pembelajaran Pendidikan Islam dan menjawab soalan pentaksiran.
Keperihatinan pimpinan tertinggi juga menekankan penguasaan jawi dalam
kalangan masyarakat dimana diistiharkan hari Jumaat adalah hari penggunaaan
Jawi.
4
LATAR BELAKANG KAJIAN
Berdasarkan pengalaman AJK Panitia Pendidikan Islam didapati murid kurang
menguasai kemahiran membaca dan menulis jawi.
Sebahagian murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakn sistem
ejaan jawi. Ini menyebabkan mereka sukar untuk menulis sukukata jawi yang
mempunyai huruf bersambung pada perkataan jawi semasa proses pembelajaran
dan pengajaran di dalam kelas.
Terdapat sebahagian murid juga masih tidak mengenali huruf jawi dan
sukukata untuk menyebut dan mengeja sekiranya bersambung dengan huruf lain.
Masalah ini berlaku di kalangan murid yang sikap mereka kurang berminat untuk
membuat latihan dan tidak berusaha mengulangkaji pelajaran lepas.
Amalan dan penghayatan isi mata pelajaran Pendidikan Islam hanya
tertumpu di sekolah dan tidak dilanjutkan di rumah. Malah terdapat juga dikalangan
waris yang tidak tahu membaca dan menulis jawi.
Oleh itu, kami rakan-rakan guru Pendidikan Islam di sekolah ini
bertanggungjawab memberi pendedahan dan membina asas yang kukuh dalam
pegangan hidup beragama serta memberi panduan agar menguasai kemahiran jawi.
Kegagalan menguasai kemahiran Jawi akan menyukarkan murid membaca
bahan-bahan pembelajaran contohnya kandungan buku teks, buku rujukan , dan
menjawab soalan latihan serta pentaksiran . Pentaksiran bilik darjah juga agak sukar
dilakukan . kegagalan murid menjawab soalan pentaksiran secara asasnya bukan
5
disebabkan tidak menguasai mata pelajaran Pendidikan Islam tetapi kemahiran
membaca tulisan jawi.
Kini, kami rakan-rakan guru Pendidikan Islam berazam untuk merungkaikan
permasalahan yang dihadapi oleh murid yang dijadikan responden dalam kajian
tindakan ini.
6
PERNYATAAN MASALAH
Kajian ini dijalankan kerana terdapat sebilangan murid tahun 4 tidak dapat
mengenal dan menulis kalimah atau perkataan jawi dengan betul.
Justeru itu, kajian ini akan memberikan tumpuan utama kepada penguasaan
kemahiran membaca dan menulis suku kata terbuka jawi dan mempunyai huruf
bersambung.
Kelas ini dipilih dan dijadikan indikator dalam cadangan kajian in berasaskan
beberapa faktor berikut;
1) Tahun 4 adalah fasa peralihan dalam konteks pembelajaran daripada tahap 1 ke
tahap 2. sewajarnya murid pada tahap ini telah menguasai kemahiran asas jawi
sebagai persediaan seterusnya pada tahap 2.
2) Tahap perkembangan fisiologi murid juga berada pada fasa yang berlainan
daripada murid tahun 1 hingga tahun 3. proses kematangan murid mempengaruhi
kemahiran sedia ada murid.
3) Tahun 4 Cerdik adalah kelas tercorot berbanding kelas 4 Pintar di sekolah ini.
Justeru itu, kami guru-guru pendidikan Islam memacu tanggungjawab untuk cuba
menyelesaikan masalah ini
Kajian ini akan melibatkan 13 orang murid daripada 31
orang murid kelas 4 Cerdik bersama seorang guru Pendidikan Islam.
7
MASALAH KAJIAN
1. Murid kurang menguasai suku kata terbuka
2. Murid tidak dapat membina perkataan sukukata terbuka
3. Murid kurang berkebolehan menjana idea
4. Murid kurang berminat mata pelajaran jawi
5. Murid kurang kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
6. Murid kurang pendedahan penggunaan tulisan jawi dari persekitaran
7. Tahap pencapaian murid yang berbeza di dalam kelas
OBJEKTIF AM
Membaca dan menyebut teks jawi dengan menggunakan sukukata terbuka dengan
betul.
OBJEKTIF KHUSUS
1. Membunyikan sukukata dengan mengeja menggunakan konsonan dan vokal
jawi.
2. Membunyikan satu dan dua sukukata perkataan yang dipelajari
3. Menyambung dan seterusnya menyebut perkataan yang menggunakan
sukukata terbuka
4. Membina ayat dengan menggunakan perkataan dari sukukata terbuka
8
KUMPULAN SASARAN
Murid- murid Tahun 4 Cerdik seramai 13 orang daripada 31 orang murid yang
dikenalpasti mempunyai masalah membaca dan menulis sukukata jawi. Mereka
yang terpilih adalah :
1. Muhammad Naufal bin Abdul Wahab
2. Muhammad Afif Rayyan bin Muhammad Sham Shukri
3. Muhammad Aiman Syazwan bin Mohamad Noor
4. Muahammad bin Abdullah
5. Muhammad Ezreen farhan bin Mohd Yazib
6. Mohamad Shakir bin Mohamad Rosli
7. Muhammad Faiz Hakimi bin Mohd KOshiri
8. Muhammad Razin bin Abu Mansor
9. Muhammad Hafiz Haikal bin Abdul Halim
10. Nuh Alexander Damianbin Mohd Azril
11. Nur Aliyah Najihah binti Muhamad Hasirun
12. Nur Dinie Jalilah binti Mohd Khairudin
13. Nur Saffiya Humaira binti Muhammad Nazrul
9
TINDAKAN CADANGAN PELAKSANAAN
1. TINJAUAN MASALAH
Pemerhatian
Pembacaan individu
Pra ujian jawi
Perbincangan bersama rakan guru
2. NYANYIAN SUKUKATA TERBUKA/ SIFIR JAWI
Menyediakan kad bacaan/ nota bacaan
Nyanyian sukukata mengikut guru
Nyanyian berkumpulan
Nyanyian individu
3. KAD SUKUKATA
Menyusun kad sukukata
Membentuk perkataan sukukata
Berkumpulan / individu
Mengeja perkataan
Berkumpulan / individu
4. POST MORTEM
Ujian Pos
10
PLAN TAKTIKAL TARIKH PELAKSANAAN
25 Februari 2021
BIL PERANCANGAN
1. Perbincangan dengan pentadbiran 1 – 5 Mac 2021
6 - 8 Mac 2021
( Mesyuarat Guru kali ke 2 ) 7 Mac 2021
2. Pengumpulan data
3. Mengenalpasti masalah 10 Mac 2021
4. Mesyuarat merancang kajian 8 – 13 Mac 2021
14 Mac – 03 Mei 2021
Tindakan ( Mesyuarat Panitia 05 Mei 2021
Pendidikan Islam) 17 Mei 2021
5. Pra Ujian 18 - 20 Mei 2021
6. Penyediaan proposal
7. Pelaksanaan program
8. Ujian Pos
9. Refleksi kajian
10. Menyediakan laporan
11
PLAN PELAKSANAAN
BIL TARIKH PERKARA GURU TERLIBAT CATATAN
1. 10.3.2021 Pra Ujian
Ustz Ramziah/ Ust
Asyraf
2. 14.3.2021 Bacaan sukukata Ustz Faizah Waktu
persediaan
3. 15.3.2021 Bacaan sukukata Ustz Ramziah Waktu
persediaan
4. 16.3.2021 Sifir Jawi Ustz Faizah Waktu
persediaan
5. 17.3.2021 Sifir Jawi Ustz Ramziah Waktu
persediaan
6. 17.3.2021 Latihan menulis Ustz Ramziah Waktu
Pen. jawi
7. 21.3. 2021 Sifir Jawi Ustz Faizah Waktu
persediaan
8. 22.3.2021 Sifir Jawi Ustz Ramziah Waktu
persediaan
9. 23.3.2021 Sifir Jawi Ustz Faizah Waktu
persediaan
10. 24.3.2021 Sifir Jawi Ustz Ramziah Waktu
persediaan
12
11 24.3.2021 Latihan menulis Ustz Ramziah Waktu Pen
Jawi
12. 5.4.2021 Sifir Jawi Ustz Ramziah
Waktu
13. 6.4.2021 Sifir Jawi Ustz Faizah persediaan
14. 7.4.2021 Membina perkataan Ustz Ramziah Waktu
persediaan
15. 7.4.2021 Membina perkataan Ustz Ramziah
Waktu
16. 14.4.2021 Membina perkataan Ustz Ramziah persediaan
17. 21.4.2021 Membina perkataan Ustz Ramziah Waktu
Pen.Jawi
Waktu
Pen. Jawi
Waktu
Pen.Jawi
18 05.05.2021 Ujian Pos Ustz Ramziah
13
REFLEKSI KAJIAN
Hasil pemerhatian cara belajar dan sikap yang ditunjukkan oleh responden
sebelum pelaksanaan kajian ini amat mengecewakan dan tidak membantu ke arah
peningkatan diri. Namun apabila di pilih melibatkan diri dalam kajian ini mereka mula
menunjukkan perubahan dari aspek sikap dan penguasaan kemahiran membaca
dan menulis jawi. Mereka bermain dengan huruf jawi dengan jayanya dan dalam
masa yang sama memahirkan diri menyambung huruf dengan betul.
Perubahan yang ditunjukkan dari aspek sikap adalah;
1. Mulai rasa diberi perhatian
2. Yakin diri
3. Berkehendak melibatkan diri
4. Memberi kerjasama yang baik
5. Berani mencuba
Perubahan dari aspek pembelajaran;
1. Tidak lagi keliru dalam menyambung huruf
2. Berjaya menyambung suku kata
3. Berjaya menulis suku kata
4. Menyiapkan latihan dengan jayanya
5. Menjawab dengan betul
14
Hasil daripada tinjauan ini didapati terdapat perubahan yang positif dari segi
amalan pembelajaran murid dan penguasaan murid. Mereka lebih yakin berada di
samping rakan sekelas.Perubahan sikap kurang berminat, malas ,kurang tumpuan
dan tidak yakin kepada kemampuan diri dapat diatasi dengan baik sekali.
Sehubungan itu, tahap penguasaan murid dalam PBD dapat ditingkatkan dan
semoga kelas 4 Cerdik mempunyai peningkatan dalam pentaksiran di akhir tahun .
15
KESIMPULAN
Walaupun kajian ini hanya melibatkan beberapa orang murid namun aktiviti
yang direka ini dijalankan di kelas yang lain atau murid lain yang mempunyai
masalah yang sama. Semoga ianya menjadi panduan buat guru-guru lain. Secara
peribadinya kami guru-guru Pendidikan Islam merasakan usaha ini dapat
menyumbang kepada peningkatan tahap pencapaian murid dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam dan secara tidak langsung pelaporan dalam e-Pelaporan
Pendidikan jawi dapat ditingkatkan. Semoga murid yang terhasil di bawah acuan kita
adalah murid yang celik Jawi.
16
LAMPIRAN
17
LAPORAN UJIAN
BIL NAMA MURID PRA UJIAN UJIAN POS
( 30 ) ( 30 )
1 MUHAMMAD NAUFAL BIN ABDUL WAHAB 01 28
2. NUH ALEXANDER DAMIAN BIN MOHD AZRIL 03 28
3 MUHD EZREEN FARHAN BIN MOHD YAZIB 04 28
4 MOHD SHAKIR BIN MOHD ROSLI 12 26
5 MUHD AIMAN SYAZWAN BIN MOHD NOOR 09 26
6 MUHD FAIZ HAKIMI BIN MOHD KOSHIRI 11 29
7 MUHAMMAD BIN ABDULLAH 27 30
8 MUHD AFIF RAYYAN BIN M. SHAM SHUKRI 17 30
9 MUHD HAFIZ HAIKAL BIN ABDUL HALIM 04 29
10 MUHD RAZIN BIN ABU MANSOR 07 29
11 NUR SAFFIYA HUMAIRA BT, MUHD NAZRUL 23 28
12 NUR DINIE JALILAH BT. MOHD KHAIRUDIN 14 30
13 NUR ALIYAH NAJIHAH BT. MUHD HASIRUN 26 30
18
19
20
21
22
23
SEKIAN
TERIMA KASIH
24