CINTA
PUTERI
RIMBA
ADAPTASI BUKU SULALATUS SALATIN
(MEMINANG PUTERI GUNUNG LEDANG)
ADIBAH MAISARAH
Di sebuah desa, terdapat sebuah keluarga orang
kaya. Desa Harmoni namanya. Tuan Nadim
merupakan ketua desa yang sangat dihormati oleh
penduduk. Beliau mempunyai seorang Isteri yang
bernama Siti dan seorang anak lelaki iaitu, Amir dan
mereka sekeluarga hidup bahagia.
Namun tidak lama
kemudian, desa
tersebut telah
digemparkan dengan
berita pemergian isteri
Tuan Nadim. Penduduk
desa merasa amat
simpati terhadap Tuan
Nadim dan anaknya.
Pada suatu hari,
terdapat beberapa
pengikut Tuan Nadim
mencadangkan agar
beliau berkahwin lagi.
Hal tersebut membuatkan
Tuan Nadim bingung kerana dia
tidak terlintas untuk mencari
calon isteri baru.
Namun, ada seorang
pengikutnya iaitu Wan Kamal
mengkhabarkan ada seorang
gadis yang tinggal di hujung
desa memiliki rupa jelita dan
menawan.
Walau bagaimanapun, masih
tiada yang berjaya memikat
hati si gadis.
Setelah mendengarnya, Tuan Nadim teruja
akan berita yang disampaikan oleh Wan
Kamal. Beliau bersetuju untuk melamar si
gadis yang digelar Puteri oleh penduduk
desa. Tuan Nadim mewakilkan tiga orang
pengikutnya iaitu Wan Kamal, Wan Faiz dan
Wan Hakim yang merupakan adik beradik
untuk sampaikan lamaran beliau kepada
Puteri.
Keesokkan paginya, tiga beradik itu
berangkat untuk mengunjungi rumah
Puteri di hujung desa. Mereka terpaksa
mengharungi laluan yang berliku dan
sempit kerana rumahnya terletak di
dalam hutan. Setelah tibanya tiga
beradik di sana, barulah mereka
mengetahui bahawa si Puteri tinggal
bersama ibu tirinya di rumah itu.
Mereka memberi salam kepada tuan rumah. Ibu
tirinya iaitu Mek Yan menjawab salam dengan mesra
dan menjemput tiga saudara itu duduk di ruang tamu
rumahnya. Setelah bertanya khabar, Wan Kamal
membuka bicara dengan menyampaikan hajat Tuan
Nadim untuk melamar Puteri. Mek Yan menyatakan
bahawa dia tidak dapat memberi keputusan
sewenangnya. Dia meminta diri sebentar untuk
memberitahu puteri hajat Tuan Nadim.
Setelah berbincang, Mek Yan memberitahu
kepada tiga saudara bahawa Puteri juga
mempunyai permintaan yang perlu ditunaikan
oleh Tuan Nadim. Lalu, Mek Yan menyatakan
hajat pertama, Puteri menginginkan lima bidang
tanah yang subur untuknya bercucuk tanam,
seterusnya hajat kedua, dia mahukan sebuah
rumah yang dipenuhi dengan perhiasan emas
permata dan akhir sekali dia meminta Tuan
Nadim untuk menghantar anaknya ke pusat
asuhan kerana dia tidak mahu menjaga anak itu.
Setelah selesai perbincangan, tiga saudara
itupun berangkat pulang. Setibanya mereka
di rumah Tuan Nadim, ternyata beliau amat
menantikan kedatangan tiga saudara itu
untuk menyampaikan keputusan Puteri. Lalu,
Wan Kamal menceritakan segala permintaan
Puteri kepada Tuan Nadim.
Setelah mendengarkan kesemuanya, beliau
mendiamkan diri seketika.
Pada akhirnya, beliau memutuskan untuk
batalkan lamara
n tersebut kerana harta
benda sanggup beliau gadaikan namun,
darah daging sendiri tiada galang ganti.
RUJUKAN
SULALATUS SALATIN
JABATAN PENGAJIAN BAHASAPUSAT PENGAJIAN BAHASA,
TAMADUN DAN FALSAFAH.
Semester Pertama Sesi 2022/2023 (A 221)
SBLM1013 KARYA KREATIF AGUNG
TUGASAN 1
BUKU CERITA KANAK-KANAK BERTEMAKAN
SEJARAH MELAYU
ADIBAH MAISARAH BINTI ZUKEFLI
NO MATRIK
292435
DISERAHKAN KEPADA:
DR. MELOR FAUZITA BINTI MD YUSOFF
TARIKH SERAHAN:
8 DECEMBER 2022