The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

NOR NAJIHAH BINTI IBRAHIM
6 USM A

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by najihahibrahimnajihahibrahim, 2021-06-23 22:12:58

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA

NOR NAJIHAH BINTI IBRAHIM
6 USM A

ISTIADAT
MENGIBARKAN

BENDERA

NOR NAJIHAH BINTI IBRAHIM

6 USM A

ETIKA MENAIKKAN BENDERA

1.Hendaklah berpakaian kemas
2.Memastikan bendera tidak meleret ke tanah
3.Sebelum menaikkan bendera pastikan bendera dalam
keadaan baik
4. Uji tali bendera bagi memastikannya teguh dan tidak
mudah putus
5.Menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah dengan
tertib secara perlahan-perlahan
6.Apabila mengebarkan bendera separuh tiang, bendera
hendaklah dinaikkan sepenuhnya terlebih dahulu dan
kemudian diturunkan semula sehingga separuh tiang
7.Bendera hendaklah sentiasa ditatang atau diletakkan di
bahu apabila sampai ke bawah

ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA

1.Semua pemimpin berbaris mengikut kekanaan 3 langkah di belakang tiang bendera
2. Pemimpin bertugas berdiri 3 langkah ke kiri dan selangkah di hadapan kiri tiang bendera
3. Ahli Pengakap membuat bentuk ladam kuda dan dalam keadaan sedia.
4. Pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada ahli pengakap.
5. Pemimpin bertugas mengadap pemimpin kanan memohon kebenaran untuk menjalankan istiadat
6. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan akan menyebut
perkataan “bendera”,
7. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke hadapan dan berkawad menuju tiang bendera dan berhenti di
hadapan tiang bendera.
8. Pengakap bertugas menarik tali bendera dengan tangan kanan.
9. Pengakap bertugas bergerak 1 langkah ke belakang dan memberi hormat kepada bendera (dalam
kiraan 3 saat) diikuti oleh semua pemimpin serta pengakap lain .
10. Selesai memberi hormat, pengakap bertugas kembali ke tempat asalnya.
11. Pemimpin bertugas akan menyebut perkataan “Negaraku”, semua ahli pengakap menyanyi lagu
Negaraku diikuti lagu 'Pengakap Malaysia', Persetiaan Pengakap dan doa berturutan.
12. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk menjemputnya menyampaikan
ucapan ringkas.
13. Selepas mendapat persetujuan, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya dan mengarahkan ahli
pengakap untuk 'senang diri'.
14. Selepas selesai ucapan pemimpin kanan, pemimpin bertugas akan memberi hukuman “sedia” kepada
ahli pengakap.
15. Pemimpin bertugas sekali lagi mengadap pemimpin kanan untuk memohon kebenaran untuk
menjalankan tugasan lain.
16. Selepas mendapat kebenaran, pemimpin bertugas kembali ke tempat asalnya.
17. Pemimpin kanan memberi arahan keluar baris kepada semua pemimpin.
18. Pemimpin bertugas memberi arahan keluar baris kepada semua ahli..

TATACARA MELIPAT BENDERA

1. Dua (2) orang petugas diperlukan semasa melipat satu
bendera.
2. Ikat tali bendera pada tali tiang bendera dengan kemas,
pastikan bendera tidak terbalik.
3. Lipat 2 atau lipat 4 bendera tersebut (saiz lipatan perlu
sesuai dengan bendera).
4. Bentukkan lipatan bendera dalam bentuk zip-zap.
5. Belitkan tali tiang bendera melilit bendera. Seterusnya
selitkan tali bahagian bawah ke dalam lipatan tersebut.
6. Naikkan bendera yang diikat ke puncak tiang bendera.

ADAB DAN TERTIB MENAIKKAN BENDERA

1. Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya
teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu
kibarannya.
2. Sebelum bendera dinaikkan pastikan ianya dalam keadaan yang baik.
3. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas.
4. Apabila mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu
sepenuhnyadan kemudian menurunkannya separuh tiang. Apabila menurunkan bendera
separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus.
5. Jangan meletakkan bendera di atas tanah semasa hendak menaikkannya.
6. Jangan dibiarkan bendera meleret ke tanah sewaktu menurunkannya. Ia hendaklah
ditatang atau diselimpangkan ke bahu apabila ia sampai ke bawah.
7. Selepas digunakan, bendera hendaklah dilipat dan disimpan dengan baik di tempat yang
tertentu.
8. Bendera tidak seharusnya digunakan untuk mengalas meja atau menutup sesuatu
melainkan digunakan dalam upacara Pemakaman/ Pemgkebumian Negara.
9. Bendera yang koyak dan bertukar warna adalah dianggap bendera yang uzur dan tidak
sepatutnya dikibarkan. Ia hendaklah dimusnahkan dengan cara yang sopan. Caranya ialah
membakar bendera tersebut secara tertutup tanpa menunjukkan rasa tidak hormat kepada
bendera tersebut


Click to View FlipBook Version